Está en la página 1de 14

CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJNPPPJ
NPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPPJPPPJPNPPJ
940/1 STPM 2023
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPPPJPNPPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJNPJPNPPJPPJPPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPPPPNPPJPNPPJJP
NPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPPPJPNPPJPNPPJPNPJPNPJPNPPJPNPPJ
JPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
SEJARAH DUNIA
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
KERTAS 1
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJPNPPJ
( Dua jam )
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJJPNPPJ
PNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJPNPPJ

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

MODUL KHAS
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja.


Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Kertas soalan ini mengandungi 80 markah.

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

1
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

Jawab empat soalan sahaja.

1. Bincangkan ciri-ciri kemajuan masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga
abad ke-17 Masihi. [ 20 m ]

2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan sosio-


ekonomi Jerman selepas tahun 1871. [ 20 m ]

3. Sejauhmanakah kemajuan industri mempengaruhi perkembangan ekonomi kapitalisme


di England pada abad ke-18 dan 19 Masihi. [ 20 m ]

4. Bincangkan faktor-faktor ekonomi yang mendorong perkembangan perdagangan


Belanda pada abad ke-16 hingga 18 Masihi. [ 20 m ]

5. Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah menemui kegagalan.
Bincangkan. [ 20 m ]

6. Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap kerjasama ketenteraan pada abad ke-20 M.
[ 20 m ]

KERTAS SOALAN TAMAT

2
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

SOALAN 1 : BINCANGKAN CIRI-CIRI KEMAJUAN MASYARAKAT MARITIM DI


PORTUGAL PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-17 MASIHI.

Pendahuluan
1. Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti
berasaskan kelautan.
2. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangan, perikanan, perkapalan dan
perdagangan.
3. Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul pada abad ke-16 dan abad ke-17 M.
4. Ciri-ciri kemajuan masyarakat maritim di Portugal dapat dilihat dalam aspek-aspek tertentu.

Isi-isi utama
1. Kemajuan teknologi perkapalan
• Mempunyai kemahiran dalam pembinaan perahu dan kapal.
• Mereka mampu membina kapal-kapal besar seperti Caravel seberat 2000 tan.
• Kapal-kapal ini dibina dengan menggunakan teknologi tinggi dan digunakan dalam
pelayaran jarak jauh.
• Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di
Portugal.

2. Kemajuan teknologi pelayaran


• Mempunyai kemahiran dalam menentukan arah pelayaran dengan menggunakan
kompas magnetik dan astrolab yang digunakan untuk menentukan kedudukan kapal di
tengah laut.
• Mereka juga mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu
pelayaran, ilmu nautika dan kartografi.
• Sekolah pelayaran di Sagres melahirkan ramai ahli pelayaran dan jurumudi yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang pelayaran.
• Mereka mencipta peralatan-peralatan baru seperti carta pelayaran dan peta benua
Eropah yang terkini. Peta-peta pelayaran yang dihasilkan lengkap dengan catatan yang
tepat mengenai sesuatu wilayah.
• Kemajuan ini membolehkan pelaut Portugis melancarkan ekspedisi pelayaran ke Timur.

3. Kemajuan penjelajahan dan penerokaan


• Penglibatan masyarakat maritim Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan
bermula seawal abad ke-15.
• Mereka mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan aktiviti
penjelajahan dan penerokaan.
• Tokoh-tokoh pelayaran seperti Diego Cam, Bartholomew Diaz dan Vasco da Gama
berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dan menawan pantai barat Afrika dan seterusnya
melancarkan ekspedisi ke Timur.
• Ekspedisi pelayaran oleh Vasco da Gama pada tahun 1497 dengan empat buah kapal
seberat 120 ton dan 180 anak kapal berjaya merentasi lautan Hindi dan tiba di Calicut,
India pada tahun 1498.
• Jelaslah perkembangan ini menjadi asas bagi Portugal melakukan penjelajahan ke Asia
Tenggara, China dan Jepun.

4. Keupayaan menguasai jalan laut


• Penguasaan laluan laut membolehkan masyarakat maritim di Portugal menguasai
pelabuhan, mendirikan pangkalan perdagangan dan mengasaskan koloni di tanah
jahanan.
• Pada tahun 1503, Francisco di Almeida memulakan usaha menguasai laluan
perdagangan ke Timur untuk menghapuskan monopoli perdagangan rempah.

3
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

• Orang Portugal mendirikan pangkalan perdagangan di Ceylon, Sumatera, Jawa dan


Kepulauan Rempah.
• Pangkalan perdagangan ini memainkan peranan sebagai pusat persinggahan bagi
kapal dagang yang belayar dari Eropah ke Asia.
• Mereka juga mengasaskan koloni tanah jajahan di Goa, Melaka, Maluku dan Macau.
• Keupayaan masyarakat maritim Portugal menguasai jalan laut menjadi asas kemajuan
dalam perdagangan.

Kesimpulan
1. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim disebabkan peranan pemerintah yang
memberi galakan serta bantuan bagi kegiatan maritim.
2. Portugal muncul sebagai negara Eropah yang terawal menjalankan kegiatan
penerokaan dan penjelajahan.
3. Kejayaan ini mendorong kuasa-kuasa barat lain seperti Sepanyol, Belanda dan Britain
untuk melancarkan ekspedisi ke Timur.

SOALAN 2 : HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH OTTO VON


BISMARCK UNTUK MENGUKUHKAN SOSIO-EKONOMI JERMAN SELEPAS TAHUN 1870.

Pendahuluan
1. Sebelum tahun 1862, pelbagai usaha telah dilakukan oleh untuk menyatukan Jerman
tetapi kesemua usaha ini telah menemui kegagalan sehinggalah Bismarck dilantik
sebagai Perdana Menteri Prussia pada tahun 1862.
2. Bismarck merupakan seorang pemimpin yang bijak dan berhasrat untuk membentuk
sebuah empayar Jerman yang kuat dan bebas daripada pengaruh kuasa asing dalam
negara.
3. Penyatuan Jerman oleh Bismarck yang dilakukan dalam dua peringkat ataupun tahap ini
telah berjaya membentuk Jerman menjadi sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di
Eropah.
4. Penyatuan tahap pertama melalui peperangan berlaku dari tahun 1864 sehingga tahun
1870 manakala penyatuan tahap kedua berlaku selepas tahun 1871 iaitu usaha untuk
mengukuhkan negeri-negeri yang telah dibebaskan oleh kuasa asing.
5. Usaha penyatuan Jerman yang dilakukan oleh Bismarck selepas tahun 1871 melibatkan
pelbagai aspek termasuklah sosial dan juga ekonomi.

Isi- isi Utama:


1. Menyekat pengaruh gereja
• Semasa pemerintahannya, Bismarck berhadapan dengan Gereja Roman Katolik yang
mula menuntut lebih banyak kebebasan daripada Kaiser termasuk usaha untuk
mempengaruhi dalam hal ehwal politik di Jerman.
• Bismarck telah memulakan pergerakan antigereja ataupun Kulturkampf pada tahun
1872 bagi menyekat perkembangan semula kuasa gereja dan juga bagi mengelakkan
perpecahan perpaduan dalam negeri Jerman.
• Selain itu, Undang-undang Mei yang menetapkan semua sekolah agama Katolik
diletakkan dibawah bidang kuasa negeri telah diluluskan oleh Bismarck untuk menyekat
perkembangan gereja Katolik.
• Menurut undang-undang ini juga, perlantikan pegawai tinggi dalam gereja Katolik turut
diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan dan semua pegawai mesti daripada orang
Jerman sahaja.
• Jelaslah bahawa, usaha menyekat perkembangan pengaruh gereja telah berjaya
mengelakkan perpecahan dan mengukuhkan penyatuan Jerman selepas tahun 1871.

4
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

2. Pemulihan sosial
• Bismarck berusaha untuk merapatkan jurang antara golongan kaya dengan golongan
miskin melalui rancangan pemulihan sosial.
• Antaranya beliau memperkenalkan undang-undang Insurans Sakit pada tahun 1885
yang membolehkan para pekerja mendapatkan kemudahan perubatan percuma dan
juga gaji sekiranya mereka sakit.
• Selain itu, undang-undang untuk melindungi para pekerja yang cedera semasa bekerja
turut diluluskan oleh beliau.
• Undang-undang Insurans Hari Tua turut diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1889.
Menurut undang-undang ini, sebahagian daripada gaji pekerja akan disumbangkan
kepada tabung ini dan wang daripada tabungan ini boleh dikeluarkan apabila mereka
bersara.
• Jelaslah bahawa rancangan pemulihan sosial ini telah berjaya menyatukan negara
Jerman melalui perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

3. Menyeragamkan sektor ekonomi


• Bismarck telah mengambil langkah menyeragamkan sistem percukaian, mata wang
serta sistem timbangan dan sukatan di seluruh negara.
• Langkah ini bertujuan mengukuhkan dan menstabilkan ekonomi Jerman.
• Selain itu, beliau juga menyatukan sistem pos dan telegraf serta membina sistem
perhubungan yang baik seperti jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh
Jerman bagi menggalakkan perkembangan ekonomi.
• Sememangnya usaha yang dibuat oleh Bismarck ini telah berjaya mendapat sokongan
daripada golongan peniaga dan pengilang yang menggerakkan ekonomi dan
seterusnya mengukuhkan penyatuan Jerman

4. Membangunkan sektor perindustrian


• Bismarck mengambil langkah memastikan kekayaan sumber asli Jerman seperti arang
batu, besi, potasium dan lignit digunakan dengan efektif bagi menjadikan Jerman
sebuah negara perindustrian yang kaya.
• Kartel telah ditubuhkan untuk menyelaraskan pertumbuhan industri di Jerman.
• Pada tahun 1875 Reich Bank ataupun Bank Kebangsaan telah ditubuhkan.
• Selain itu, kawasan perusahaan baharu seperti Rhine, Ruhr dan Silesia telah
diwujudkan untuk membangunkan sektor perindustrian di Jerman.

5. Memajukan sektor pertanian dan perindustrian


• Pelbagai langkah telah diambil oleh Bismarck untuk memajukan sektor pertanian dan
perindustrian.
• Dalam bidang pertanian, hasil pengeluaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan
baja-baja murah yang dikeluarkan oleh kilang-kilang di Jerman.
• Pada tahun 1879 beliau memperkenalkan undang-undang tarif bagi menyekat
kemasukan barangan dari negara Britain dan Perancis. Usaha ini bertujuan membantu
pedagang dan juga petani Jerman yang tidak dapat bersaing dengan barangan yang
dikeluarkan oleh negara-negara lain.
• Sesunggguhnya usaha yang diambil oleh Bismarck ini telah berjaya memajukan sektor
pertanian dan perdagangan Jerman dan seterusnya dapat mengukuhkan penyatuan
Jerman.

Kesimpulan
1. Kebijaksanaan Bismarck melakukan perubahan dalam pelbagai bidang telah berjaya
menyatukan Jerman.
2. Bismarck telah berjaya menyatukan Jerman secara berperingkat sehingga menjadi salah
sebuah negara yang kuat di Eropah dari segi ekonomi dan ketenteraan.

5
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

SOALAN 3 : SEJAUHMANAKAH KEMAJUAN INDUSTRI MEMPENGARUHI


PERKEMBANGAN EKONOMI KAPITALISME DI ENGLAND PADA ABAD KE-18 DAN 19
MASIHI.

Pendahuluan
1. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan
kekayaaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.
2. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran
kos, penetapan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.
3. Sistem kapitalisme di England mengamalkan pemilikan secara persendirian terhadap harta
benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong yang dikategorikan
sebagai modal.
4. Kemajuan industri adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan ekonomi
kapitalisme di England di samping faktor lain.

Isi-isi utama
1. Kemajuan Industri
• Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa kepada penciptaan mesin
pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764. Pada tahun 1795,
Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang menggunakan kuasa air.
Kemajuan dalam perindustrian telah membawa kepada kemajuan peleburan besi
dengan menggunakan arang batu untuk menghasilkan besi tempa bagi membuat
peralatan besi. Pada akhir abad ke18, kuasa wap telah digunakan dalam industri untuk
mengendalikan jentera
• Pelbagai kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri perindustrian di England.
Antaranya, Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli daripada keluli
belum tempa. Penggunaan teknologi tersebut membolehkan pertambahan pengeluaran
dalam industri tekstil pada abad ke18. Industri besi juga menunjukkan pertambahan
dalam pengeluaran selepas Revolusi Perindustrian di England. England mempunyai
banyak sumber bijih besi telah mengeluarkan besi yang lebih bermutu.

2. Perkembangan bidang pertanian


• Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah
meningkatkan hasil tanaman. Petani di England mengamalkan sistem tanah berpagar
untuk menggantikan tanah lapang. Pemagaran tanah dapat memisahkan kawasan
yang dimiliki dan diusahakan daripada tanah yang diusahakan dan dimiliki oleh orang
lain. Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi yang diamalkan
sebelumnya dan memberi kebebasan yang lebih kepada seseorang dalam usahanya
untuk memajukan tanah yang disewa atau dimiliki.
• Penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera diperkenalkan. Antaranya
penggunaan alat penggali dan penabur oleh Jethro Tull. Penggunaan alat ini telah
memudahkan para petani untuk menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang
ditetapkan. Ini menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris yang
sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur dan membersihkan tanah.
• Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya memperkenalkan baja
tiruan kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi
keperluan baja yang meningkat terutamanya dalam ladang-ladang yang luas.
Kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan baja kimia. Penggunaan
kaedah dan pengenalan tanaman baharu juga telah meningkatkan sumbangan
pertanian kepada ekonomi England.

3. Kemajuan sektor penternakan


• Para petani juga turut mengamalkan sisitem pertanian campuran iaitu menternak biri-
biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Kaedah

6
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan, khususnya pada
musim sejuk. Bulu-bulu binatang juga boleh digunakan untuk industri membuat kain
dan najis binatang dijadikan baja.
• Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan kaedah
baru yang dapat mempercepatkan proses pembesaran binatang ternakan dan
menghasilkan ternakan yang besar saiznya. Hasilnya, baka biri-biri yang terbaik dapat
dihasilkan. Kaedah ini telah tersebar luas dan digunakan di England. Kesannya,
bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi keperluan England.

4. Kemajuan sistem pengangkutan


• Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan
seperti perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan. Kapal-kapal mula dibina
daripada besi menggantikan kayu balak dari Baltik. Teknologi pembinaan kapal besi
oleh Wilkinson pada tahun `787 telah menyaksikan kapal-kapal dibina menggunakan
besi sebagai rangka kayu sebagai dinding. Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan
penggunaan besi kerana boleh mengangkut lebih banyak kargo berbanding kapal yang
dibina menggunakan kayu. Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjim stim dan
keluli menggantikan besi dalam industri pembinaan kapal
• Peluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan raya
di Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu dan
minyak tar. Kemajuan ini mempermudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Lebuh raya tol juga dinaiktaraf dan diperluaskan lagi.
Penambahbaikan sistem jalan raya ini dibuktikan dengan penjimatan masa perjalanan
antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

5. Penghijrahan dan pertambahan penduduk


• Perkembangan perindustrian telah menyumbang kepada pertambahan penduduk.
Pada tahun 1850, menyaksikan lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan
bandar. Peningkatan penduduk disebabkan oleh migrasi penduduk luar, misalnya pada
tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
• Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan Ireland-England dan
penduduknya lebih tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Jika mereka tidak
berhijrah akan lumpuh disebabkan kekurangan tenaga pekerja.

Kesimpulan
1. Perkembangan kapitalisme selepas Revolusi Perindustrian menyebabkan perubahan besar
dalam sistem ekonomi. Kapitalisme menyebabkan perubahan ekonomi yang berasaskan
pertanian dan ekonomi komersial kepada negara perindustrian.
2. Perubahan ini turut menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan
pertumbuhan penduduk yang tinggi. Pengenalan kuasa jentera dan sistem kilang
menghasilkan pengeluaran berlipat ganda. Pertumbuhan dalam bidang perindustrian dan
pertanian telah menyebabkan England terlibat dalam perdagangan.

SOALAN 4 : BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR EKONOMI YANG MENDORONG


PERKEMBANGAN PERDAGANGAN BELANDA PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18
MASIHI.

Pendahuluan
1. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Belanda pada abad ke-16
hingga abad ke-18 Masihi.
2. Kegiatan perdagangan di Belanda terdiri daripada perdagangan dalam negara,
perdagangan luar negara dan perdagangan maritim.

7
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

3. Perkembangan aktiviti perdagangan Belanda semakin bertambah maju selepas


penguasaan Syarikat Hindia Timur Belanda.
4. Terdapat beberapa faktor ekonomi yang mendorong perkembangan perdagangan di
Belanda pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

Isi-isi utama
1. Kekurangan sumber alam
• Belanda tidak mengeluarkan barang keperluan yang mencukupi untuk penduduknya
kecuali produk tenusu.
• Belanda terpaksa mengimport barangan keperluan penduduknya.
• Perkembangan ini menyebabkan muncul aktiviti perdagangan Belanda dengan negara
luar.
• Kekurangan sumber alam juga menyebabkan muncul industri-industri yang
menghasilkan produk daripada bahan yang diimport.
• Contohnya, penghasilan produk seperti barangan tekstil dan kertas.
• Barangan yang dihasilkan oleh industri tersebut akan dieksport semula ke negara lain.
• Kebijaksanaan mengatasi pelbagai kekurangan yang ada telah membawa kepada
perkembangan aktiviti perdagangan di Belanda pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

2. Kemunculan syarikat dagang


• Perkembangan perdagangan maritim menyebabkan kemunculan syarikat-syarikat
dagang. Sebagai contoh, sekumpulan pedagang dari Amsterdam menubuhkan sebuah
persatuan yang dikenali sebagai Society of Distant Lands. Persatuan ini menyediakan
dana bagi membantu pedagang-pedagang dan membiayai kos pembinaan kapal-kapal
dagang. Selepas penubuhan persatuan tersebut, muncul beberapa persatuan bagi
membiayai kegiatan penerokaan dan penjelajahan ke Timur.
• Belanda turut menubuhkan dua buah syarikat untuk mengendalikan perdagangannya
iaitu Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1602 dan Syarikat Hindia Barat
Belanda (WIC) pada tahun 1621.
• Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan syarikat multi-nasional yang pertama
dibiayai oleh saham dan mengendalikan bursa saham. Syarikat ini memonopoli ke atas
perdagangan di Asia selama dua abad dan muncul sebagai syarikat perdagangan yang
terbesar di dunia pada masa itu. Antara komoditi dagangan utama ialah teh, rempah
ratus dan kopi.
• Kemunculan syarikat-syarikat dagang turut memainkan peranan dalam perkembangan
perdagangan di Belanda, sekaligus mengambil alih peranan dominan yang sebelumnya
diterajui oleh Portugal dan Sepanyol.

3. Kemudahan perbankan
• Institusi perbankan telah ditubuhkan di negara Belanda pada awal abad ke-17 Masihi.
Kemunculan institusi perbankan merangsang pertumbuhan sektor perdagangan di
Belanda.
• Institusi-institusi perbankan ini menyediakan kemudahan pinjaman dan menyediakan
modal bagi pedagang. Institusi ini juga bertanggungjawab menyelaraskan pinjaman
wang dan memperkenalkan sistem pembayaran melalui cek.
• Contohnya pada 1609, sebuah institusi pertukaran mata wang yang dikenali sebagai
Wisselbank telah ditubuhkan di Amsterdam. Kemunculan institusi perbankan ini juga
turut mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pengurup wang dan peminjam wang
persendirian.
• Tuntasnya, bantuan modal yang disediakan oleh bank-bank ini membantu
perkembangan perdagangan di Belanda.

8
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

4. Penggunaan mata wang


• Sehingga akhir abad ke-17, tidak terdapat keseragaman dalam penggunaan mata
wang di Belanda. Setiap daerah dan provinsi memiliki mata wang masing-masing.
• Namun demikian, wilayah-wilayah seperti Hoorn, Medemblik dan Enkhuizen,
mempunyai mata wang yang standard. Pengeluaran mata wang di wilayah-wilayah
tersebut berada di bawah pengawasan pemerintah. Mata wang kebangsaan yang
mempunyai nilai yang berbeza telah disebarkan untuk digunakan oleh orang ramai.
• Di samping itu, mata wang Pound Flemish, Ducatoon, dan Dollar Rix digunakan juga
dalam urus niaga. Beberapa mata wang Sepanyol dan Jerman turut digunakan secara
meluas di Belanda.
• Penggunaan mata wang yang seragam menyebabkan kegiatan perdagangan dapat
dijalankan dengan sistematik dan teratur.

5. Insurans maritim
• Insurans maritim diperkenalkan di Belanda sejak pertengahan abad ke-16 bagi
pedagang-pedagang yang terlibat dalam perdagangan menggunakan laluan laut.
• Insurans ini diperkenalkan bagi menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang-
pedagang semasa menghantar barangan melalui jalan laut.
• Premium bagi insurans ini termasuk dalam harga belian barang dan premium ini
berbeza dari semasa ke semasa.
• Contohnya, premium insurans yang dikenakan pada tahun 1650 adalah antara 5
hingga 11.4 peratus daripada harga barangan.
• Perlindungan insurans membantu melancarkan lagi kegiatan perdagangan di Belanda.

Kesimpulan
1. Faktor-faktor ekonomi menjadi pemangkin kepada perkembangan perdagangan di
Belanda.
2. Perkembangan ini turut menyebabkan Belanda muncul sebagai kuasa perdagangan di
Eropah menggantikan peranan yang dimainkan oleh Portugal dan Sepanyol.

SOALAN 5 : PERISTIWA DAHAGI YANG BERLAKU DI INDIA PADA TAHUN 1857 TELAH
MENEMUI KEGAGALAN. BINCANGKAN.

Pengenalan
• Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi menentang
pemerintahan British di India pada tahun 1857.
• Selain sepoi, golongan nawab dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa
turut menyertai pemberontakan tersebut.
• Terdapat beberapa isu politik dan sosial yang mencetuskan perasaan tidak puas hati
masyarakat tempatan di India yang akhirnya menyebabkan berlakunya pemberontakan
Dahagi pada tahun 1857.
• Walaupun peristiwa Dahagi ini berjaya menggugat British namun ianya telah menemui
kegagalan disebabkan beberapa faktor.

Isi
1.Tiada Perpaduan
• Tidak wujud perpaduan dalam kalangan pemberontak. Masing-masing berjuang untuk
kepentingan peribadi dan mempunyai tujuan lain.
• Askar-askar India berjuang atas sebab agama dan golongan Brahmin Rajput pula tidak
puas hati kerana mereka percaya kedudukan mereka akan tercemar kalau bertugas di luar
wilayah.
• Manakala Nana Shahib memberontak untuk membalas dendam atas kehilangan tanah dan
estet ayah angkatnya, Baj Rao.

9
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

• Golongan Nawab/Muslim pula berjuang untuk memulihkan empayar Moghul. Jhansi Rani
pula berjuang untuk mendapatkan wilayah yang dirampas oleh British menerusi Doctrine of
Lapse.
• Jelaslah, kegagalan Dahagi disebabkan tidak wujud persefahaman dalam kalangan
pemberontak itu sendiri dan gagal menggugat kuasa British.

2. Pemberontakan Tidak Menyeluruh


• Pemberontakan hanya tertumpu di beberapa kawasan yang terhad sahaja dan tidak
menyeluruh.
• Misalnya, kawasan Oudh yang menunjukkan penentangan serta kesetiaan dengan
menggulingkan Nawab.
• Selain itu, bukan semua masyarakat India menyokong Dahagi. Misalnya kaum Sikh tidak
menyokong Dahagi India, malah mereka telah memberi sokongan kepada tentera British.
• Tidak dinafikan, pemberontakan yang tidak menyeluruh dan tidak mendapatkan sokongan
penuh daripada pelbagai lapisan turut menggagalkan Dahagi India.

3. Dasar Toleransi Lord Canning


• Dasar toleransi Lord Canning telah meredakan kemarahan rakyat India terhadap penjajahan
British.
• Hal ini diperlihatkan mengenai isu tanah di Oudh yang telah ditukar pada tahun 1812 dari
Hak Pengilhakan Tanah Oudh dengan memberi hak kepada golongan petani untuk memiliki
tanah sendiri dan penempatan yang tetap.
• Pada tahun 1830 an pula, golongan utilitarian telah bertindak memiliki tanah dengan tujuan
membebaskan petani dari kehidupan tradisional. Namun, tindakan mereka hanya
membebankan petani dan menindas petani sehingga timbul gerakan menentang golongan
aristokrat ini.
• Tindakan Lord Canning bertindak mengarahkan Ketua Pesuruhjaya Oudh memberikan hak
kepada tuan tanah sedikit meredakan kemarahan pihak tuan tanah untuk melakukan
pemberontakan di Oudh.
• Dalam masa yang sama, sepoi-sepoi juga menaruh harapan yang tinggi terhadap
perubahan yang dibawa oleh Lord Canning dalam menjaga kepentingan dan kebajikan
mereka.
• Kebijaksanaan dasar toleransi oleh pihak British dalam menangani kemarahan orang India
telah menggagalkan peristiwa dahagi

4. Kekurangan Kelengkapan Tentera


• Kegagalan peristiwa Dahagi juga disebabkan kekurangan kelengkapan tentera dan tidak
mampu untuk menandingi kelengkapan tentera British.
• Misalnya, Bakht Khan yang memimpin tentera revolusi hanya memiliki pedang dan
senapang yang hanya meletup sekali sahaja. Senapang ini perlu diisi peluru setiap kali dan
proses ini melambatkan.
• Tentera British dilengkapi dengan senjata moden seperti meriam yang boleh meletupkan
kawasan yang besar selain adanya penggunaan alat-alat sains seperti telegram dan pos..
• Penggunaannya membolehkan Inggeris menghantar maklumat dengan cepat dan
membolehkan mereka merancang strategi peperangan.
• Kekuatan kententeraan oleh British gagal ditandingi oleh pemberontak Dahagi
menyebabkan pemberontakan ini mudah dipatahkan.
• Perbezaan kekuatan tentera dan senjata jelas memperlihatkan keupayaan tentera British
berbanding tentera pemberontak dan seterusnya menggagalkan dahagi.

5. Ketiadaan Pemimpin
• Perjuangan pemimpin tempatan adalah untuk kepentingan politik masing-masing.
• Arahan yang diberi hanya tertumpu di Delhi sementara kawasan Timur India tidak dititik
beratkan sehingga menyebabkan British berjaya mematahkan perjuangan.

10
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

• Misalnya, pemerintahan Bahadur Shah dikatakan tidak mampu untuk memerintah kerana
usia yang lanjut dan hanya memerintah pada gelaran sahaja.
• Arahan yang diberikan tidak diendahkan dan sepoi pula menunjukkan protes kerana tidak
dibayar gaji. Bahadur sendiri tidak mempunyai autoriti untuk bertindak dan bersuara.
• Akhirnya, Bahadur beralih arah kepada British dan mendapatkan perlindungan British.
Manakala British pula dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang cekap dan berkemahiran
seperti Lawrence, Outram, Havelock dan Neil.
• Kelemahan kepimpinan dalam kalangan pemberontak memudahkan British mematahkan
segala usaha oleh pemberontak Dahagi.

Kesimpulannya
• Persitiwa Dahagi ini gagal mencapai matlamatnya kerana kelemahan faktor dalaman India
itu sendiri.
• Dahagi menjadi titik permulaan penentangan masyarakat India terhadap Brtitish yang
menjalankan pemerintahan yang menindas masyarakat India serta membangkitkan
semangat pemimpin untuk berjuang mempertahankan hak rakyat India

SOALAN 6 : BINCANGKAN KESAN PERANG DINGIN TERHADAP KERJASAMA


KETENTERAAN PADA ABAD KE 20.

Pendahuluan
• Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dan
Soviet Union. Bibit-bibit awal permulaan Perang Dingin dapat dikesan ketika Perang dunia
Kedua sedang berlangsung.
• Hubungan semakin tegang antara Amerika Syarikat, Soviet Union dan Britain ketika
Persidangan Yalta pada Februari 1945 dan Persidangan Potsdam pada Ogos 1945 yang
diadakan bagi menentukan hala tuju negara-negara Eropah Timur selepas perang tamat.
• Perang Dingin bermula secara rasmi apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan
Doktrin Truman pada tahun 1947.
• Perang Dingin yang berlanjutan hingga 1980-an telah meninggalkan kesan terhadap
pembentukan kerjasama ketenteraan pada abad ke 20.

Isi-Isi Penting
1. Kemunculan Perikatan Tentera
• Selepas Perang Dunia Kedua, Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling
kuat. Soviet Union berjaya menguasai satu kawasan yang luas dengan penduduk lebih
daripada tiga million orang.
• Kebangkitan Soviet Union mengancam negara-negara Eropah Barat sehingga
mewujudkan perikatan tentera dalam kalangan negara-negara ini. Antara perikatan
tentera yang diwujudkan adalah Persetiaan Dunkirk, antara Britain dan Perancis. Ia
bertujuan menjalinkan kerjasama bagi menghadapi ancaman Soviet Union.
• Perjanjian Brusells pula ditandatangani selepas peristiwa rampasan kuasa di Prague
dan ditandatangani oleh negara Britain, Perancis, Belgium, Belanda dan Luxembourg.
• Perikatan tentera diwujudkan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ketenteraan
dan ekonomi dalam negara-negara Eropah Barat.
• Amerika Syarikat mula menunjukkan minatnya terhadap kuasa ketenteraan apabila
negara-negara Eropah lain mula mewujudkan pakatan masing-masing bagi menjaga
kepentingan negara mereka daripada diancam oleh Soviet Union.

2. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)


• NATO ditubuhkan oleh Amerika Syarikat untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama
yang melibatkan semua negara anggota.

11
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

• Ditubuhkan secara rasmi pada 4 April 1949, apabila 12 buah negara menandatangani
Perjanjian Atlantik Utara di Washington.
• Menerusi perjanjian ini, semua negara di Eropah Barat bersatu di bawah kepimpinan
Amerika Syarikat untuk membendung ancaman komunis.
• Perjanjian ini menyaksikan Amerika Syarikat menempatkan pasukan tenteranya di
Eropah Barat mulai tahun 1949.
• Selepas penubuhan NATO, penyebaran pengaruh komunis di Eropah berjaya disekat.
• Penubuhan NATO berjaya menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang
memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.

3. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)


• Perang Dingin menyebabkan pakatan tentera anti komunis yang dikenali sebagai
SEATO ditubuhkan.
• SEATO merupakan pertubuhan keselamatan pertama ditubuhkan antara kuasa-kuasa
barat dengan Asia.
• Pakatan ini ditubuhkan untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan
Pasifik Barat dan Asia Tenggara.
• Pakatan ini disertai oleh Amerika Syarikat, Australia, Britain, New Zealand, Perancis,
Filipina, Pakistan dan Thailand.
• SEATO juga terlibat dalam usaha menamatkan pemberontakan yang dicetuskan oleh
komunis di Asia Tenggara.
• Walaupun penubuhan SEATO bertujuan menyekat pengaruh komunis dari China ke Asia
Tenggara namun telah berjaya menonjolkan peranan Amerika Syarikat sebagai
pemimpin ketenteraan bukan sahaja di Eropah Barat tetapi juga di Asia Pasifik dan Asia
Tenggara melalui penubuhan SEATO ini.

4. Penubuhan Pakatan Warsaw


• Penubuhan NATO menyebabkan Soviet Union mengadakan satu pakatan ketenteraan
dengan negara-negara sekutunya yang dikenali sebagai Pakatan Warsaw pada tahun
1955.
• Pakatan Warsaw melibatkan negara-negara komunis yang terletak di Eropah Timur
antaranya Soviet Union, Albania, Bulgaria, Hungary, Poland, Romania, Czechoslovakia
dan Jerman Timur.
• Tujuannya bagi menjamin bantuan ketenteraan kepada negara-negara anggotanya.
• Pasukan tentera yang ditubuhkan berada di bawah kepimpinan komander tertinggi
tentera Rusia.
• Sebuah jawatankuasa rundingan juga ditubuhkan untuk mewujudkan persefahaman
dalam hal politik negara-negara anggota.
• Pakatan ini mengukuhkan kedudukan Rusia di Eropah Timur dengan menempatkan
tenteranya di negara-negara Eropah Timur.
• Rusia juga dapat mengawal negara-negara satelit dan mematahkan pemberontakan
yang tercetus di situ.

Kesimpulan
• Perang Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain di
dunia.
• Perang ini menyaksikan Amerika Syarikat dan Rusia berlumba-lumba melebarkan
pengaruh dengan melakukan pelbagai cara termasuk menawarkan bantuan ekonomi dan
pertahanan kepada Negara-negara yang berpihak kepada mereka.
• Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir dengan pembentukan
kerjasama ketenteraan sehingga kini.

CADANGAN JAWAPAN TAMAT

12
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

13
CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS PULAU PINANG SET 1

14

También podría gustarte