Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanakkanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu.Merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas,kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan Dan sebagainya.
Antara ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas ialah : 1) Masalah kecacatan fizikal Merujuk kepada kanak-kanak yang yang mengalami ketidakupayaan fizikal dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap gigi(braces) atau kerusi roda. Ia juga termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang,sendi dan otot.Antara masalah dalam kategori ini ialah:
Epilepsi
Penyakit sawan disebabkan masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak menggeletar. Kecacatan pada tulang belakang yang menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan.Ia keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantudengan pembedahan.
Masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub bronkial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Kanak-kanak akan cepat merasa penat.
Asthma
Kanser yang agak biasa menyerang kanakkanak. Penyakit ini menyebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang sum-sum.Kanak-kanak ini akan mengalami perubahan dari segi fizikal akibat kimoterapi.
Leukemia
2)Masalah penglihatan
Kanak- yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu:
(i) buta yang langsung tidak dapat melihat dan (ii) separuh buta yang kabur penglihatan
Selain daripada dua kategori di atas, pelajarpelajar yang mengalami masalah penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya,iaitu:
(i)
astigmatisme (rabun) (ii) strabismus (juling) (iii) amblipia (mata malas) (iv) diplopia (nampak dua) (v) glaukoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata) (vi) albinisme ( sensitif pada cahaya ) (vii) myopia (rabun jauh ) dan (viii) hyperopia (rabun dekat )
Kanak-kanak ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan bahawa: Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan
Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992) Kanak-kanak mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian yang lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membantu mereka.
3)Masalah pendengaran
Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu bermasalah pendengaran: (i) penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga) (ii) pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian telinga) (iii) pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera)
(iv) psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi yang terpendam)
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti melalui tandatanda seperti:
Kurang memberi perhatian Susah mengikut peraturan Selalu berkhayal Memerlukan bantuan daripada kawan Meminta percakapan diulang berkali-kali Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan Sukar memahami perbualan di tempat bising
- Tidak bertindak balas terhadap bunyi - Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri - Tidak memahami/silap memahami arahan - Kelihatan tidak memberikan tumpuan/sentiasa mengelamun - Kelihatan nakal,tidak mempedulikan orang lain/sangat pasif ,menyendiri - Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
- Akan membaca bibir,melihat isyarat visual,ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar - Lewat bertutur - Lebih banyak menunjuk dengan jari daripada bercakap - Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan - Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan - Telinga sering berair atau bernanah - Dilahirkan sangat kecil(berat badan kurang 1.5 kg) - Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
- Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari - Sukar memahami perbualan telefon - Toleransi terhadap bunyi bising berkurang - Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual - Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat - Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher
Masalah pertuturan yang dialami oleh kanakkanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah :
1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi. 2. Mempunyai suara yang kasar. 3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap. 4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit lain. 5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali.
Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.
o Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif.
o Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanakkanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad.
Masalah sebutan
- Kecenderungan kanak-kanak meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan misalnya perkataan saya menjadi caya. - Kebiasaan kepada kanak-kanak melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka
Masalah gagap
Gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang,memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap berlaku apabila seseorang individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.
Masalah suara Berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang,lembut,garau ,kasar,sengau,nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah Masalah ini berpunca daripada masalah saraf pusat. Masalah ini boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial.
Menulis Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan
Mengira Keliru dengan simbol matematik dan salah baca nombor Kesukaran mengingati fakta matematik Kesukaran dalam kiraan Menukar aturan nombor
6) Masalah pembelajaran(disleksia)
Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dankebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku),mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira.
Ciri-ciri disleksia
Selalu dikesan pada peringkat awal persekolahan. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Antara masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah seperti berikut: Tingkahlaku ganas Menentang, tidak mahu menurut kata Sikap terlalu bergantung Sikap suka mengelak Tingkahlaku pasif
Ia melibatkan 3 jenis kepayahan : Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati (Impulsiviti)
B. Hyperaktif Kanak-kanak sering : Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) Bising waktu bermain
Masalah Autisme
Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Kerencatan akal
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran.
Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatankecacatan fizikal atau anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.
Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mereka juga mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).