Está en la página 1de 7

Al-Kauthar

Makkiyyah 3 ayat

Pengenalan
Allah menganugerahkan banyak kebaikan kepada NabiNya. Tunaikan solat dan bersedekah. Solat dan sedekah adalah sebagai tanda syukur di atas nikmat yang diperolehi.

Maksud Perkataan
Al-Kauthar: Nikmat yang banyak : sebatang sungai disyurga. Al-Abbtar : dialah yang terputus ; terputus jejak dan tidak menjadi sebutan.

Keterangan Ayat
Orang musyrik memandang rendah kepada orang beriman lantaran tidak ramai dan tidak berharta. Prinsip mereka : kebenaran dan kebaikan mesti disetai timbunan harta dan ramai pengikut. Orang munafik juga mengharapkan orang Islam dapat dikalahkan. Orang beriman : bagi yang lemah imannya mungkin timbul sangkaan buruk disebabkan oleh tertekan dan tersempit. Surah : menjelaskan kewajiban Nabi saw dan kebaikan dunia dan akhirat yang melimpah ruah dianugerahkan kpd Baginda saw.

Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak ayat 1 Kebaikan yang banyak sampai tahap berlebihan. Anugerah : kenabian, agama yang benar, utusan kepada manusia, agama penutup, penamat risalah, kebaikan dunia dan akhirat(kandungan),kebaikan dan kesempurnaan setiap sudut. Anugerah : Al Quran, Ilmu dan hikmah.Kelebihan, kebaikan, petunjuk dan cahaya. Kebaikan dunia dan akhirat hingga hari kiamat kepadamu, sahabat dan umatmu Juga al-Kauthar : sungai di syurga. Abu Bakr : al-Kauthar ;Banyak sahabat, banyak ummatnya dan banyak pengikutnya.beribu-ribu dan berjuta.

Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban!! ayat 2 Sembahyang dengan ikhlas kepada Tuhanmu. Menghadaplah kepadaNya. Bertawakallah kepadaNya jangan mengharap kepada yang lain. Dia tempat bergantung dan sebaik-baik penolong. Ini adalah antara ibadat kepada Allah. Iaitu solat dan korban. Allah : mengasuh, memberi, menganugerah dan menuntun kamu ke jalan yang benar.

Sesungguhnya orang yang membencimu dialah yang terputus(dilupai) ayat 3 Orang yang membenci, dengki dan marah akan dilupai. Istilah al-batr popular untuk mereka yang tiada ingatan yang baik. Abtar : putus turunan. Cth ada banyak anak lelaki dan perempuan tapi anak lelaki meninggal semuanya orang itu dinamai Abtar. Al-Ash bin wail selalu mecemuh nabi saw. Dia itu putus turunan, biarlah dia bercakap. Abu Lahab; Bila dpt berita Muhammad tiada anak lelaki dia pergi sesama musyrik : sudah putus turunan Muhammad malam ini! Uqbah bin Abu Muith : Putuslah dia!!