Está en la página 1de 12

AGAMA BUDDHA

AMALAN AMALAN AGAMA


BUDDHA SEMASA PERAYAAN
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan,
titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak
saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-
piutang dikutip atau dibayar agar mereka
tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru dan bagi
menghalau puaka dan nasib malang.
Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau
sebagai simbol murah rezeki, bunga dan
pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuanyee sang
dankuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan
tradisi sepertidaging itik,daging salai,sosej, kuih
pulut, danlimau mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wangang paudalam sampul merah
bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh
orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih
belum kahwin.
Perarakantarian nagaatausingaakan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina,
perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan
perayaanChap GoH Mei.
Secara tradisi,ang pauatau sampul merah
(Cina Tradisional Cina Ringkas pinyin:hng
bo,bahasa Hokkien(POJ):ng-pau;bahasa
Hakka:hung bao;atau,bahasa Kantonis:(lai
shiataulai see) diedarkan sepanjang
sambutan
Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri
atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin
Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa
memberi sampul merah ini kepada kanak-
kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang,
sama ada dua ataupun seratus ringgit
Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula
(bukan berakhir) dengan angka genap, kerana
angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang
ditukarkan dalam upacara pengebumian .
Oleh sebab angka 4dianggap membawa sial,
kerana perkataan untuk empat sama bunyinya
denganmati, maka wang dalam angpau tidak
boleh berjumlah 4 ringgit.
Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana
sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit
selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling
coklat dimasukkan dalam angpau.
BUNGA API

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk


meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil
pernah digunakan di China untuk mengusir puaka.
Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi
penggunaanmercunpada musim perayaan.
Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur
yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan
dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah,
dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila
dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang
kuat.
Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan
ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan
yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat.
Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang
ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan
Tahun Baru Cina.
Tuah baik
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk
tuah pada tahun baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai
menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang
mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan"
nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan
sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi
tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada
hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan
berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia
mengambil kesempatan untuk berjudipada hari pertama
ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru
bermaksud memijak orang yang bergosip tentang
pemakainya.

También podría gustarte