Está en la página 1de 26

TAJUK 2 :

PENTAKSIR
AN
PENGENALAN
Apakah konsep dan pengertian pentaksiran?
Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya iaitu assessment berasal
daripada perkataan Greek, assidere bermaksud ada di sisi.
Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses
mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi
nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan
maklumat tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran =
pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan proses
pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan
maklumat tentang pembelajaran murid.
KONSEP PENTAKSIRAN
Langkah untuk menentukan tahap sejauh mana
seseorang memiliki sifat tertentu. (Mokhtar Ismail)
Status dan nilai juga dapat ditentukan selepas
menjalankan pentaksiran.
Pentaksiran turut penting bagi menentukan
kedudukan/ pencapaian murid.
KONSEP PENTAKSIRAN
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan
satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang
pelajar bagi tujuan tertentu.
TUGASAN 1 :

PILIH JENIS PENTAKSIRAN


YANG SESUAI UNTUK
MENTAKSIR HASIL KERJA
MULTIMEDIA
kartun animasi
Hasil karya multimedia yang
menggunakan adobe photoshop
1. Pentaksiran berbantukan
komputer
Merupakan satu-satunya pentaksiran yang
menggunakan komputer sebagai medium
untuk merekod data supaya lebih tepat dan
cekap.
Pentaksiran ini juga membolehkan data yang
diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan
bersistematik.
Kelebihan Pentaksiran berbantukan
komputer
Data yang disimpan dapat disimpan lebih lama
Lebih sistematik dan tersusun
Dapat memudahkan guru untuk merekod,
menyimpan dan menyusun maklumat
pentaksiran murid.
Dapat memotivasikan, meningkatkan
kefahaman, merangsang penglibatan,
mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran
serta meningkatkan tahap pembelajaran murid.
2. Pentaksiran dan tindakan
penambahbaikan
Pentaksiran ini mengfokuskan kepada guru
untuk mencari kelemahan murid.
Seterusnya membuat tindakan
penambahbaikan sama ada kekurangan atau
kelemahan murid.
Contoh : guru membuat penambahbaikan
dalam hasil karya multimedia yang dihasilkan
oleh murid.
3. Pentaksiran dan hasil
pembelajaran
Pentaksiran ini merupakan satu proses
pengumpulan data yang menerangkan sama
ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan
telah memberi kesan kepada mereka yang
terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil
pembelajaran murid itu mampu memberi
perubahan kepada murid tersebut sama ada
dari aspek kognitif, sosial, emosi dan
sebagainya.
Kelebihan Pentaksiran dan hasil
pembelajaran
Pelajar
Faham kehendak hasil pembelajaran yang
diinginkan oleh guru.
Pentaksiran lebih konsisten dan telus.
Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas
kurikulum.
Murid dapat menentukan perkara yang terbaik
untuk memperoleh hasil pembelajaran yang
terbaik seperti yang diinginkan.
Penilai (guru)
Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang
diharapkan tercapai atau tidak .
Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih
terperinci.
Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan
sesuatu hasil pembelajaran.
Dapat melihat sejauh mana keberkesanan hasil
pembelajaran tersebut kepada murid.
4. PENTAKSlRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik merupakan satu bentuk penilaian
yang merujuk kepada pencapaian sebenar yang
ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah .

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari


pelbagai aspek merangkumi :
pengetahuan pelajar
pemahaman mendalam
penyelesaian masalah
kemahiran sosial
sikap terhadap persekitaran
simulasi terhadap situasi dunia sebenar
Ciri-ciri pentaksiran autentik
Menilai pemahaman murid melalui hasil
tugasan yang telah dilaksanakan
Murid berupaya menganalisis, mensintesis dan
mengaplikasi sendiri maklumat yang diterima.
Murid membina maksud yang tersirat
disebalik hasil kerja.
Pentaksiran yang berpusatkan pelajar.
TUGASAN
2:
BINCANGKAN DARI 3 SUMBER :

Kegunaan bahasa visual di sekolah


rendah
Tindakbalas mengikut tahap kanak-
kanak terhadap hasil seni visual
Aspek ekspresi diri
KEMAHIRAN BAHASA VISUAL
Kurikulum pendidikan seni visual disusun berdasarkan dua bidang
iaitu :-
bidang penghasilan seni visual
sejarah dan apreasiasi seni visual

Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan


seni visual ialah :-
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan
Kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang
tepat
Kemahiran mencari
Menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
Kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan
Kegunaan bahasa visual di sekolah
rendah
Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai
laras bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri
seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain.
Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti:-

unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain )

prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain)

bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain)

teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain).

Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.


unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain )

prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain)

teknik dan gayaan


Tindakbalas mengikut tahap kanak-
kanak terhadap hasil seni visual
Menurut Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang
dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya
tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-
kanak selari dengan peningkatan umur mereka.
Perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara
baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik
dan luar biasa
Lowenfeld (1975) perkembangan estetik kanak-kanak
bersesuaian dengan kreativiti dipengaruhi oleh faktor
tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri
dan corak pemikiran.
Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh
faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan
budaya.
Kita dapat lihat tindak balas kanak-kanak terhadap
karya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui
pengamatan terhadap alam seperti:-

keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan karya


secara realistik melalui peniruan alam sekeliling.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang melukis imej
realistik penunggang kuda, imej lelaki yang
menunggang kuda tersebut yang ditonjolkan secara
realistik
kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam
sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimana kanak-
kanak mengutamakan elemen imbangan, garisan,
ritma dan sebagainya.
menghuraikan makna karya dari aspek
meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood
dan idea
penonton yang mengamati karya.
Aspek ekspresi diri
Ekspresi diri (self-expression) bermaksud meluahkan atau menyatakan
apa yang dirasa dan difikir secara bebas.

Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu
biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan.
Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini
dalam konteks seni visual.

Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi


diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka
menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa.
Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan
yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal.

Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan,


arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson
Pollock.

Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea


dan manifestasi fikiran.
Sekian,
terima kasih.

También podría gustarte