Está en la página 1de 17

Topik 9: Pelaporan Data Pentaksiran

Tujuan Pelaporan
Kaedah Pelaporan

Hasil pembelajaran
1. Menerangkan kaedah-kaedah
pelaporan yang sering dilakukan
2. Menjelaskan tujuan dan kepentingan
pelaporan kepada penerima
3. Menganalisis proses
penambahbaikan dalam
pendidikan melalui pentaksiran

KERANGKA KONSEP

TUJUAN PELAPORAN
Matlamat utama data pentaksiran adalah untuk
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran
serta memberi manfaat besar kepada guru, pelajar,
ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan.
Khususnya dalam pendidikan, maklumat berkaitan
pentaksiran dapat menentukan kesediaan pelajar
untuk mempelajari kemahiran yang baharu.
Input kepada guru pula, mampu memberi
maklumbalas terhadap keberkesanan pengajaran dan
pencapaian pelajar.
Manakala pihak ibu bapa, mereka amat memerlukan
maklumat pentaksiran bagi melihat perkembangan
dan penguasaan kemahiran yang telah dicapai oleh
anak mereka.

Orang Berkepentingan Untuk Data


Pentaksiran
GURU

Maklumat tentang pencapaian dan penguasaan


pelajar dapat membantu dalam pengajarannya.
Antara maklumat yang diperolehi seperti
pencapaian lepas, pengetahuan asas kemahiran,
kemajuan akademik dan pencapaian akhir.
Maklumat keseluruhan data pentaksiran dapat
membantu guru-guru untuk membuat
perancangan, penyusunan dan keputusan
berkaitan pemilihan kaedah dan teknik pengajaran
yang berkesan serta sesuai dengan tahap
pengetahuan sedia ada pelajar.
Guru-guru juga dapat merancang aktiviti-aktivti
pembelajaran seperti latihan ulangkaji, latih-tubi
dan praktikal yang sesuai mengikut kawasan
kelemahan dan kekuatan pelajar supaya mereka
dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi
pelajar dalam proses pembelajaran.

Orang Berkepentingan Untuk Data


Pentaksiran
PELAJAR

Pelajar merupakan orang yang menerima proses


pembelajaran secara langsung. Justeru itu,
maklumat dan tujuan pelaporan dapat memberi
gambaran dan motivasi terhadap tahap
pencapaian , penguasaan dan kebolehannya
dalam memajukan diri sendiri.
Mereka juga boleh memberi tumpuan untuk
membuat ulangkaji terhadap tajuk atau
kemahiran yang belum dikuasai.
Oleh yang demikian, mereka dapat memilih atau
mengubah gaya pembelajaran yang bersesuaian
untuk peningkatan diri.
Maka, ukuran pentaksiran digunakan untuk
mengukur tahap kejayaan atau kelemahan
mereka mengikut bidang mata pelajaran pada
setiap semester pengajian.
Perbincangan dan maklumbalas yang diperolehi

Orang Berkepentingan Untuk Data


Pentaksiran
IBUBAPA

Sokongan kuat dalam pembelajaran pelajar


datangnya daripada ibu bapa yang
berperanan sebagai pendorong, motivator dan
pembimbing di luar waktu sekolah.
Ibu bapa juga dapat mengadakan pelbagai
kegiatan dan aktiviti yang dapat
meningkatkan sahsiah dan perkembangan
pembelajaran anak-anak dengan adanya
petunjuk prestasi yang khusus dan tepat.
Maklumat-maklumat pentaksiran dapat
memberi gambaran tentang halangan atau
pencapaian pembelajaran, pencapaian akhir
dan perkembangan sahsiah anak-anak
mereka.
Perlakuan pembelajaran di rumah juga dapat
dilakukan seperti menghantar ke pusat
tuisyen atau membimbing sendiri anak
mereka mengikut bidang kelemahan yang di

Orang Berkepentingan Untuk Data


Pentaksiran

Guru
Bimbinga
n dan
Kaunselin
g

Maklumat-maklumat perkembangan pembelajaran


dan sahsiah amat diperlukan oleh guru bimbingan
dan kaunseling.

Melalui maklumat pentaksiran, guru bimbingan dan


kaunseling dapat membantu pelajar menggunakan
pendekatan kaunseling dengan lebih tepat dan
mudah.
Pendekatan perkembangan, kerjaya, peribadi dan
pencegahan dapat membantu perkembangan pelajar
dalam dunia pendidikan masa kini melalui proses
mengumpul, memproses dan menganlisis data
daripada pencapaian pelajar.
Program peningkatan sahsiah dan motivasi berfokus
dapat dijalankan mengikut kumpulan sasar serta
bimbingan berterusan dapat dilaksanakan dengan
lebih teratur.
Guru bimbingan dan kaunseling juga ada membuat

Orang Berkepentingan Untuk Data


Pentaksiran
Pengu
rus
sekola
h

Pengurus sekolah seperti pengetua atau guru besar amat


memerlukan maklumat pentaksiran.
Hal ini, berkaitan analisis data pentaksiran yang tepat
dapat memberi gambaran pencapaian secara
keseluruhan untuk organisasi sekolah.
Maklumat pencapaian lepas, sahsiah, minat dan motivasi
pelajar dapat membantu pengurus sekolah untuk
merancang dan melaksana program yang bersesuaian
dalam proses penambahbaikan pencapaian sekolah
amnya.
Justeru itu, laporan prestasi dan pencapaian biasanya
dibincangkan di dalam mesyuarat kakitangan sekolah
dan ada program susulan secara bersama dilaksanakan.
Penglibatan persatuan ibu bapa dan guru ( PIBG )
sentiasa mendokong kejayaan sekolah dengan memberi
bantuan kewangan, dan program bagi membantu pelajar
yang lemah. Mana kala majlis anugerah kecemerlangan

Orang Berkepentingan Untuk Data


Pentaksiran
Pejabat
Pengurusan sekolah terdapat diperingkat
Pelajaran dan daerah, negeri dan pusat.
Kementerian
Pendidikan
Masing-masing mempunyai bidang tugas yang
tertentu. Sudah pasti ada mekanisme yang
digunakan untuk mengukur dan menilai
pencapaian sesuatu perkembangan
pendidikan, khususnya pencapaian akademik
dan sahsiah pelajar.
Maklumat-maklumat daripada ujian sumatif
dan formatif digunakan untuk membantu
mereka merancang dan melaksanakan
program-program yang bermakna seperi
kunjungbantu, penyeliaan, dan bimbingan ke
semua peringkat sekolah yang memerlukan.
Dengan adanya maklumat pentaksiran, semua
peringkat pengurusan dapat memberi fokus
dalam aspek penambahbaikan berterusan
termasuklah perubahan kurikulum, jika

KAEDAH PELAPORAN
Bidang pelaporan pentaksiran seperti
pencapaian lepas, pencapaian akademik,
kemahiran asas, masalah pembelajaran,
motivasi, sikap dan sahsiah, serta
perkembangan psikomotor perlu disampaikan
kepada orang-orang yang berkepentingan.
Proses pelaporan pentaksiran kepada mereka
disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti
peratus, gred, lulus-gagal, senarai semak,
perjumpaan ibu bapa dan secara di atas talian.

KAEDAH PELAPORAN
Peratu
s

Peratus memberi gambaran pencapaian pelajar dalam


bentuk nombor, iaitu per seratus bagi setiap jawapan
betul yang diperolehi. Umumnya, ini menunjukkan
berapa peratus seseorang itu dapat menguasai
kandungan pengajaran tertentu. Nilai yang besar
menunjukkan pencapaian yang tinggi. Kaedah
sebegini lebih mudah ditafsirkan kerana nilainya
masih dalam bentuk nombor. Kebanyakkan guru
menggunakan keadah ini sewaktu proses pentaksiran
pembelajaran terhadap pelajar seperti dalam ujian
semester dan tugasan projek.

Abjad

Abjad menjelaskan kategori pencapaian pelajar berdasarkan


kadar peratus pencapaian yang dikuasai oleh calon. Sebagai
contoh, markah 90%-100% akan diberi gred "A" dan
seterusnya. Biasanya terdapat lima kategori yang
menjelaskan maksudnya, A, cemerlang, B baik, C, sederhana,
D rendah dan F untuk gred gagal. Kebanyakkan institusi
pendidikan menggunakan sistem gred ini dalam penilaian
sumatif seperti ujian akhir tahun dan peperiksaan UPSR, dan

KAEDAH PELAPORAN
Lulusgagal

Kaedah ini membahagikan pencapaian pelajar


kepada dua kategori sebagai alat ukuran
pentaksiran. Kategori tersebut ialah sama ada
lulus atau gagal, memuaskan atau tidak
memuaskan, menguasai atau tidak mengusai dan
sebagainya. Skor mentah atau nilai pencapaian
pelajar ditetapkan oleh guru sebagai penentu
pencapaian yang harus dikuasai oleh pelajar.
Sebagai contoh, markah lulus ditetapkan melepasi
50% dan keatas, jika dibawah 49% dianggap
gagal. Terdapat juga keadah pelaporan gred A, B,
C, dan D diubah kepada gred lulus, dan gagal
dikelompokkan dalam gred F. Kaedah ini biasanya
digunakan untuk menilai tahap penguasaan
pelajar yang melibatkan kemahiran seperti ujian
kecergasan, kemahiran membaca, amali dan
ujikaji.

KAEDAH PELAPORAN
Senarai
semak

Senarai semak menunjukkan pencapaian yang


sepatutnya dicapai oleh pelajar mengikut
kriteria-kriteria, hasil pembelajaran, kemahiran
dan sebagainya yang telah ditetapkan sebagai
standard pencapaian.
Kaedah ini banyak digunakan di dalam ujian
rujukan kriteria (URK ) seperti ujian diagnosis,
kemahiran membaca, dan yang meliputi domain
kognitif, psikomotor serta afektif.
Semua kriteria dan standard pembelajaran telah
ditentukan lebih awal dan diuji mengikut urutan
penguasaan pelajar.
Hal ini memudahkan guru mentafsir penguasaan
pelajar secara terperinci dan boleh merancang
dan melaksanakan program yang bersesuaian
mengikut tahap penguasaan pelajar. Laporan
kepada ibubapa dan pelajar menjadi lebih khusus
kepada tahap penguasaan dan kawasan

KAEDAH PELAPORAN
Pertemua
n ibu
bapa guru

Setelah laopran pentaksiran disediakan, ibu bapa


memerlukan maklumat lanjut dan maklimbalas
daripada guru.
Majlis atau program pertemuan dengan ibu bapa
biasanya diaturkan oleh pihak sekolah, di mana
satu hari ditetapkan dengan lain-lain program
berkaitan termasuklah laporan disiplin.
Rujukan
Pada hari tersebut, ibu bapa dapat melihat dan
berbincang lebih lanjut tentang laporan lain seperti
disiplin, contoh hasil kerja pelajar, contoh
rangsangan jawapan dan ujian profail.
Laporan pentaksiran ini banyak memberi ruang
kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru
tentang masalah yang dihadapi dan pencapaian
anak mereka. Kerjasama guru dan ibu bapa banyak
memberi impak positif dalam perkembangan
pembelajaran pelajar.

Renungan:
Bagaimana pelaporan pentaksiran
dapat membantu guru merancang
aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di
sekolah dengan
Rujukan
berkesan.

Rujukan
Azizi Ahmad, Mohd Isa Awang, ( 2008). Pengukuran dan
penilaian dalam pendidikan: Kuala Lumpur, Open University
Malaysia.
Mehrenss, W.A & Lehmann, I.J (1991). Measurement and
evaluation in education and psychology ( 4th ed.) Chicago :
Holt, Rinehart and Winston.
Modul Pentaksiran,(2015) . Putrajaya; Institut Pendidikan Guru
Malaysia
Ragbir Kaur Joginder Singh, (2007). Panduan ulangkaji ilmu
pendidikan untuk kursus perguruan lepasan ijazah. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

También podría gustarte