Está en la página 1de 53

PSIKOLOGI

PEMIKIRAN
DISEDIAKAN OLEH : NURUL HUDA BINTI OMAR JUNAIDAH BINTI ABDUL JALEL

KONSEP PEMIKIRAN

PEMIKIRAN
Takrif pemikiran ialah satu operasi mental yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan kemudian membuat keputusan untuk mendapatkan jawapan. Pemikiran adalah proses mental dalaman yang menggunakan data atau maklumat sebagai input, maklumat tersebut dipadukan dengan bahan yang pernah dipelajari untuk menghasilkan pengetahuan. Ia berlaku semasa makan, tidur atau melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan.

KENAPA PERLU BELAJAR PEMIKIRAN?


Individu-individu boleh mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang sikap dan perhubungan manusia dalam persekitaran sosial. Ia memudahkan proses pengesanan penyakit mental dan menyediakan penyelesaiannya. Ia dapat menetapkan norma- norma kelakuan manusia supaya kelakuan bukan normal dapat dikesan. Ia membantu individu memahami bagaimana mereka berfikir dan bekerja, mengapa emosi dan pemikiran negatif timbul supaya mereka dapat mengawal diri. Ia membantu individu menganalisa tindakan mereka, emosi atau keadaan. Pengalaman-pengalaman dan bagaimana mereka membuat pemilihan dan membuat keputusan berasaskan analisa tersebut.

KONSEP PEMIKIRAN
Konsep yang merangkumi ciri- ciri tersebut: i) ia berlaku dalam otak seseorang individu. ii) ia berlaku kerana terdapatnya rangsangan apabila individu berasa curiga atau berhadapan dengan sesuatu masalah. iii) ia berlaku seperti sesuatu proses yang mengikut prosedur- prosedur spesifik. iv) ia adalah aktiviti kognitif yang bertindak atas rangsangan yang diterima oleh lima pancaindera dan ingatan kembali daripada pengalaman v) ia mentafsirkan pelbagai rangsangan dengan membuat penilaian, keputusan dan penyelesaian masalah.

TUJUAN PEMIKIRAN

untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid- murid. Proses pemikiran dan usaha oleh otak adalah untuk mencari keputusan rasional. Semasa berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk memahami rangsangan-rangsangan luar yang diterima oleh deria. Selepas itu, otak menukar rangsangan- rangsangan ini ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalamanpengalaman yang sedia ada dalam ingatan.

JENIS JENIS PEMIKIRAN

Title
PEMIKIRAN CELIK AKAL

PEMIKIRAN MENDATAR? LATERAL PEMIKIRAN MENEGAK

PEMIKIRAN REKACIPTA

PEMIKIRAN KRITIS

PEMIKIRAN KONVERGEN PEMIKIRAN DIVERGEN

PEMIKIRAN KREATIF

PEMIKIRAN MENDATAR/LATERAL
Dikenali sebagai pemikiran analitikal. Diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono. Kepentingan : sesuatu masalah perlu dilihat daripada perspektifperspektif yang berlainan supaya mudah diselesaikan. 4 Faktor penting dalam pemikiran mendatar iaitu:
I. II. III. IV. Mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan. Melonggarkan cara- cara pemikiran yang terkawal Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.

Tujuan : Untuk merangsang pemikiran lateral ialah untuk merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti sumbangsaran di mana muridmurid dalam kumpulan perlu berhubung dengan satu sama lain.

5 Jenis Teknik Pemikiran Lateral


PERKAITAN BEBAS
Berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapat banyak idea-idea bebas untuk murid- murid membentuk kaitan dengan konsep-konsep yang dikaji. Untuk menilai sesuatu keadaan biasa secara terbalik. Murid-murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat caracara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi.

KAEDAH REVERSAL

KAEDAH OBJEK FOKAL

Murid memilih sesuatu objek secara rawak Kaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji.

5 Jenis Teknik Pemikiran Lateral


KAEDAH CABARAN
Murid mencabar cara-cara @ perkara yang dilakukan dengan keadaan yang sedia ada. Menggalakkan konsep pemikiran di luar kotak (thinking of the box).

MENGANALISA MASALAH

Memecahkan situasi atau masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil (fraction). Seseorang murid dapat menyusun semula keadaan dengan meletakkan fractions dalam cara-cara yang baru. Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan menjana alternatif berbeza kepada sesuatu masalah.

Kaedah Merangsang Pemikiran Lateral


Senarai rujuk (checklist) Permainan dan latihan Metafor dan analogi ( persamaan dan perbandingan)

PEMIKIRAN MENEGAK
Dikenali sebagai vertical thinking dan pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Diperkenalkan juga oleh Dr Edward De Bono. Menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ciri-ciri Pemikiran Menegak: i) Murid-murid mesti betul dan tepat dalam setiap langkah. ii) Dalam kategori pemikiran menegak, klasifikasi dan label adalah tetap. iii) Seseorang itu mesti betul setiap masa. iv) Mengikut urutan yang spesifik. v) Menumpukan kepada apa yang relevan.

PERBEZAAN DI ANTARA PEMIKIRAN MENEGAK DAN PEMIKIRAN MENDATAR/LATERAL


BIL 1 2 3 4 PEMIKIRAN MENEGAK Mencari pendekatan yang betul Ketepatan Dilanjutkan jika terdapat arah Mengikut urutan spesifik PEMIKIRAN MENDATAR Mencari sebanyak pendekatan yang mungkin Kekayaan Menjana arah baru Fleksibel

Mesti betul pada setiap langkah

Tidak perlu betul pada setiap langkah

Sambung...
BIL 6 7 8 PEMIKIRAN PEMIKIRAN MENDATAR MENEGAK Meninggalkan yang Menerima perubahan tidak relevan Kategori/label yang Label mungkin berubahtetap ubah Meninjau alternatitMeninjau alternatif-alternatif alternatif yang mungkin yang tidak dijangka

9 Adalah proses finit/tetap Adalah proses kemungkinan 10 Adalah analitikal Adalah provokatif

Akan memfokuskan kepada satu idea atau penyelesaian sebagai jawapan yang betul,serta membuatpenerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci.
Boleh mempertimbangkan perkaitan antara sesuatu situasi atau idea, yang membantu mereka memahamisesuatu idea dengan baik lalu menggunakan idea itu dalam situasi tertentu secara berkesan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan secara baik dan berkesan. Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan seperti berikut: i. Apakah masalah yang dihadapi? ii. Apakah alternatif-alternatif yang terdapat? iii. Apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut? iv. Apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya? v. Adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tidak?

PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran kritis ialah suatu penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi,fenomena, persoalan, atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. Pemikiran kritis juga merupakan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi. Ciri-ciri murid yang telah memperolehi kemahiran kritis : i. Membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai maklumat dan menyelesaikan masalah. ii. Menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui cabaran aktif dan penglibatan dalam kursus sepanjang kurikulum. iii. Boleh menganalisa hujah dan menjana tafsiran yang menunjukkan pola kreatif yang meyakinkan. iv. Boleh mengenal dan menilai tanggapan dan pandangan mereka sendiri dan orang lain.

v. vi. vii.

Boleh mengenal kepincangan logik, metadologi dan andaian-andaian yang tidak diingini dalam hujah Boleh mengaplikasikan kriteria divergen dalam analisa kritikal Boleh mengaplikasikan penilaian peribadi dan tafsiran.

CARA PENERAPAN KEMAHIRAN KRITIS


i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Menggunakan strategi berpusatkan murid. Mengurus fakta secara sistematik dan tersusun. Mengarah soalan- soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid. Memberi soalan yang lebih sukar kepada murid yang lebih bijak. Menggalak perbincangan dan aktiviti menyelesaikan masalah . Mengarah murid- murid memahami penaakulan yang digunakan. Mengarah murid murid membanding isi-isi yang kuat dan lemah yang telah diberikan oleh rakan sebaya. viii. Mengarah murid-murid melihat perspektif yang berbeza-beza ix. Mengarah murid-murid membuat pertalian yang signifikan serta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia sebenar.

PEMIKIRAN KREATIF
Ialah satu jenis pemikiran di mana seorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah . Ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea atau mencipta idea, hasil, metafora, analogi dan definisi ataupun merekacipta sesuatu yang baru. Peneguhan positif dalam bentuk hadiah dan ganjaran oleh guru bagi menjana pemikiran kreatif.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF


KEBERANIAN
Untuk menjana idea yang pelbagai dan baru. Sanggup menerima risiko dan dikritik orang lain.

IMAGINASI

Ciri imaginasi yang mancapah serta kemahiran sintesis untuk mencantum idea-idea yang sedia ada agar menjadi idea baru. Mengandungi ciri perkembangan idea yang dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru.

PERKEMBANGAN IDEA

REKA CIPTA

Reka cipta yang berasaskan kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea baru.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF..sambg..


Sengaja menghasilkan idea baru,konsep baru dan fikiran baru. Mengutamakan cara-cara yang berbeza untuk melihat sesuatu. Melafazkan fikiran dengan cara-cara yang unik dan berbeza untuk melihat sesuatu yang difikirkan. Tidak berminat untuk mengikuti idea-idea yang sedia ada dalam persekitaran. Memikirkan cara cara baru untuk mencadangkan penyelesaian pada satu permasalahan yang wujud.

CARA MENJANA PEMIKIRAN KREATIF


Guru kemukakan soalan terbuka dan relevan.

Guru boleh mengubah dan meningkatkan darjah kesukaran soalan yang dikemukakan dalam kelas.

Soalan latihan bermula dengan aras mudah dan berakhir dengan sukar.

Menyediakan soalan lisan secara spontan mengikut keperluan murid .

CARA MENJANA PEMIKIRAN KREATIF


Memupuk sifat ingin tahu dan pemikiran dengan soalan-soalan unik . Berikan peneguhan positif.

Memastikan murid tidak terlalu introvert dan terkongkong serta boleh berfikir di luar kotak.

Guru tidak harus mengikuti pemikiran tradisional untuk memupuk pemikiran kreatif muridnya.

Guru perlu memperkenalkan strategi pengajaran seperti penyoalan dan penyelesaian masalah.

PEMIKIRAN DIVERGEN
Dikenali sebagai Pemikiran Bercapah Tujuan utama untuk murid menjanakan seberapa banyak idea mengenai satu topik dalam satu masa yang ditetapkan Melibatkan kemahiran guru dalam membahagikan sebuah topik kepada unit-unit yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis topik utama secara lebih mendalam

Harus berlaku dalam satu persekitaran yang spontan dan murid-murid harus diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea tanpa apa-apa sekatan Menggunakan unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa

Tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid iaitu seperti :

Bagaimana anda menerangkan sesuatu? Apakah yang menyebabkan sesuatu? Apakah yang penting mengenai sesuatu?

PROSES PEMIKIRAN DIVERGEN


Melalui proses pemikiran divergen, individu tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari cara atau idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dengan pelbagai jawapan
Masalah Terbuka / Bercapah
Pemikiran Divergen melalui intuisi/ celik akal

Pelbagai penyelesaian yang wajar

Idea-idea unik dan kreatif

KEASLIAN

Idea-idea yang jelas dan mendalam

KELANCARAN

CIRI-CIRI PEMIKIRAN DIVERGEN

TERPERINCI

Penjelasan idea-idea bernas dan terang

KELENTURAN

Fleksibel dan mudah ubah suai

SUMBANGSARAN

PEMETAAN SUBJEK ATAU MINDA

CARA-CARA MENGGALAKKAN PEMIKIRAN DIVERGEN

MENYIMPAN JURNAL

PENULISAN BEBAS

SUMBANGSARAN
Satu teknik yang melibatkan penjanaan senarai idea-idea dalam keadaan kreatif dan tidak berstruktur Matlamat utama untuk menjana idea-idea spontan daripada ahli-ahli kumpulan untuk sesuatu topik dalam satu jangka masa yang pendek Semua idea direkodkan dan tiada idea yang dikritik atau diketepikan Setelah satu senarai idea panjang telah dijana, ahli kumpulan boleh menilai semula idea tersebut dan mengkritik kesahihan idea tersebut

MENYIMPAN JURNAL
Jurnal adalah cara yang efektif untuk merekod idea-idea yang difikirkan oleh murid-murid secara spontan Menyimpan jurnal, murid-murid boleh mencipta koleksi pemikiran untuk pelbagai subjek yang kemudiannya menjadi satu rujukan untuk sumber idea-idea Murid-murid boleh menggunakan idea-idea di dalamnya pada masa-masa yang berlainan, khasnya bila mereka menyusun bahan-bahan di peringkat pra penulisan

PENULISAN BEBAS
Murid akan memfokus kepada sesuatu topik dan menulis secara tanpa berhenti untuk satu jangka masa yang pendek Idea utamanya adalah untuk menulis apa jua yang timbul dalam minda murid-murid tentang sesuatu topik tanpa berhenti untuk menyemak atau mengubah penulisan Boleh membantu murid-murid menjana pelbagai fikiran tentang sesuatu topik dalam jangka masa yang pendek dan kemudiannya diolah mengikut satu susunan yang tertentu

PEMETAAN SUBJEK ATAU MINDA


Melibatkan idea-idea yang disumbangsarankan dalam bentuk peta visual atau gambar yang menunjukkan hubungan antara idea-idea Bermula dengan idea atau topik yang utama kemudian membuat cabang ranting kepada idea-idea yang mencerminkan aspek-aspek yang lain tentang idea yang utama

PEMIKIRAN KONVERGEN
Free Dictionary Pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu kepada penyelesaian sesuatu masalah Guilford (1967) Daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan satu idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada

Dikenali sebagai Pemikiran Tertumpu atau Berpandu Juga disebut sebagai Pemikiran Penaakulan atau Pemikiran Kritis. Terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan yang boleh difahami

Menggunakan cara analisis, kaedah induktif serta deduktif untuk membuat kesimpulan yang menuju ke arah penyelesaian masalah yang tunggal Proses pemikiran konvergen:
Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan/ pengalaman Jawapan tunggal

Masalah tertutup

Menjurus kepada satu penyelesaian dan digunakan dengan kerap dalam penyelesaian ujian-ujian aneka pilihan. Sesuai untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknologi Murid yang pandai mempraktikkan pemikiran konvergen ialah mereka yang dapat mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber yang membentuk satu penyelesaian yang betul

CARA MENINGKAT PEMIKIRAN KONVERGEN DALAM P&P


Memberi soalan-soalan tertutup yang menekankan satu jawapan/cadangan/cara penyelesaian Memberi aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Tumpukan pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal

Menggunakan kaedah induktif dan deduktif untuk menggalakkan pemikiran konvergen Berikan soalan-soalan berasaskan kepada peraturan atau konsep-konsep tertentu demi memperoleh jawapan yang tepat Menggunakan teknik penyoalan tertutup/ berstruktur

PEMIKIRAN REKACIPTA
Didefenisikan sebagai Pemikiran Artistik di mana individu boleh menunjukkan kemahiran dan bakat di dalam pemikiran ini Individu yang mempunyai kemahiran pemikiran reka cipta yang tinggi menunjukkan sifat seperti: I. Kemahiran motor yang tinggi II. Kemahiran berinteraksi yang tinggi III. Boleh mencipta sesuatu yang unik dalam jangka masa yang pendek

SENI
PEMIKIRAN REKA CIPTA PENTING DALAM SUBJEK
KEMAHIRAN HIDUP

SAINS

PENGUKIRAN

Guru boleh memanipulasi kemahiran motor manipulatives murid-murid untuk mempertingkatkan kemahiran rekacipta mereka Manipulatives melibatkan koordinasi mata dengan apa yang dibuat oleh kemahiran tangan Ini merangsang perkembangan motor halus kerana ia memerlukan kemahiran penggunaan tangan yang terkawal dan otot jari

PEMIKIRAN CELIK AKAL


Didefinisikan sebagai pemikiran yang melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan Merujuk kepada kebolehan mental individu untuk menggunakan celik akal yang abstrak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada Berhubungkait dengan memperolehi penyelesaian secara tiba-tiba dalam menyelesaikan masalah

Dikenali juga sebagai Pengalaman Aha kerana ia berhubungkait kepada situasi di mana individu-individu mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan tiba-tiba dan dalam keadaan yang tidak terancang Merujuk kepada penggunaan pengalaman seseorang untuk menyelesaikan masalah masalah yang sukar dalam jangka masa yang tertentu

Guru mesti memastikan yang mereka memberi penjelasan yang jelas tentang proses dan kaedah yang terlibat sebelum mengarah murid-murid untuk menjalankan aktivitiaktiviti yang menggunakan pemikiran celik akal Guru patut memikirkan cara yang berbeza untuk menyemai pelbagai kemahiran berfikir di kalangan murid

TEKNIK MERANGSANG KEPELBAGAIAN PEMIKIRAN MURID

Murid perlu diterapkan dengan pelbagai kemahiran berfikir untuk membolehkan mereka: Menjalankan tugasan-tugasan yang tidak dapat diurus oleh mereka secara sendiri Membawa murid-murid ke tahap pencapaian yang membolehkan mereka menghabiskan tugasan secara sendiri Membolehkan murid-murid mencapai kebolehan berdikari

Membenarkan murid mengarah pembelajaran melalui pencarian penyelesaian masalah Membantu menjadikan proses pemikiran murid-murid lebih eksplisit Membolehkan murid-murid membentuk hipotesis dan ujian dengan maklum balas yang serta-merta Membantu dalam perbincangan dengan rakan sebaya

KAEDAH UNTUK MENYEMAI KEMAHIRAN BERFIKIR

PENYEMAIAN KEMAHIRAN BERFIKIR


Menyemai pemikiran kritikal / kemahiran berfikir konvergen

Menyemai Menyemai kemahiran kemahiran berfikir berfikir metakreatif kognisi

Menyemai kemahiran Menyemai berfikir pemikiran divergen divergen dan penaakulan

KAEDAH MENGGALAK KEMAHIRAN BERFIKIR


Menjana Menganalisa banyak Memantau, komponen Membanding Membuat pilihan menilai dan inferens dan dan divergen bagi hubungan membezakan memandu dan sesuatu pilihandalam pemikiran pentafsiran situasi sesuatu pilihan sendiri dari data penyelesaian sistem masalah

KESIMPULAN
Pemikiran adalah satu operasi mental yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan kemudian membuat keputusan untuk mendapat jawapan Tujuan utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid Guru memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid menjadi pemikir yang efektif walaupun mereka memiliki gaya pembelajaran yang berlainan

SEKIAN TERIMA KASIH

También podría gustarte