Está en la página 1de 77

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

2JAM

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.
HASIL PEMBELAJARAN

i.

Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara mendalam.

ii.

Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta

iii.

Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada murid-murid berkeperluan khas.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kerangka Konsep Tajuk

1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku 1.1.1 Pengurusan Tingkah laku 1.1.2 Pengubahsuaian Tingkah laku

1.2

Konsep pengurusan tingkah laku 1.2.1 Perspektif sejarah 1.2.2 Perkembangan masa kini

Pengenalan Kepada Pengurusan Tingkah Laku

1.3

Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku 1.3.1 Keturunan 1.3.2 Persekitaran 1.3.3 Pemakanan

1.4

Kesan salah laku terhadap pembelajaran 1.4.1 Masalah disiplin 1.4.2 Keciciran 1.4.3 Gejala sosial

1.5.

Kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas 1.5.1 Pengurusan diri 1.5.2 Pendtdikan 1.5.3 Sosialisasi

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.1

Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Sebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah laku, ia perlu memahami erti tingkah laku. tingkah laku? Apakah yang dimaksudkan dengan

1.1.1 Definisi Tingkah Laku Pelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968) . Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada umumnya ada berbagai-bagai perkataan digunakan untuk menggambarkan tingkah laku aktiviti, aksi, perubatan, bergerak balas, dan reaksi (Martin & Pear, 1996). Mengikut Miltenberger (2001), terdapat beberapa ciri-ciri mengenai tingkah laku:

apa yang seseorang cakapkan dan katakan ada satu atau lebih dimensi yang boleh diukur boleh diperhati, diterangkan member kesan kepada persekitaran dipengaruhi oleh peristiwa dalam persekitaran mungkin overt atau covert

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Ini bermaksud Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai laku. (Kamus Dewan, 1979). Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya ada dua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkah laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku
covert merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain (Bear, Wolf and Risley, 1968).

1.1.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah Laku Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positif bagi seorang individu

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy (1993) memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana, iaitu:

a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa; b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran; c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti.

1.2

Konsep Pengurusan Tingkah Laku Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut; perancangan yang rapi tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku 4

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU teknik intervensi yang berkesan penialian secara objektif

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkahlaku dilaksanakan, iaitu; Setiap murid adalah unik Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid. Ini adalah disebabkan bahawa

aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait.

1.2.1 Perspektif Sejarah Pada peringkat awal, para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia dalam badan dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.

Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa merangsang seseorang individu

mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya, hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari.

Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bilabila masa. Malah, tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka

merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, sesuai dan sistematik.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1.2.2 Perkembangan Masa Kini Kajian terkini yang dijalankan terhadap 'challenging behaviour' menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai fungsi dan berbentuk komunikatif. Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut bentuk & kefungsiannya. Pendapat ini memberi implikasi kepada pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging behaviour). Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar. A. Pengelakan (avoidance) B. Perhatian (Attention seeking) C. Tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour) dan D. Rangsangan Diri (Self-stimulation)

1.3

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku

1.3.1 Keturunan Faktor Psikologi Individu yang mengalami tingkah laku obsesif dan tingkah laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang. la dikaitkan dengan tingkah laku yang berbentuk ritualistik dan obsessif. a. Ketakutan dan Phobia - Phobia ialah ketakutan terhadap sesuatu yang melampau batas dan membahayakan nyawa. Conthonya seseorang yang takutkan anjing sanggup berlari melintas jalan tanpa memikirkan keselamatan diri. b. Perhatian Pada hakikatnya, apa sahaja perhatian yang 6

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU diberikan kapada kanak-kanak (samada negatif/positif) adalah lebih baik daripada tiada perhatian langsung. Walau begini, perhatian yang terlampau daripada seseorang yang signifikan mungkin adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah laku mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang signifikan adalah rangsangan yang paling berkesan untuk kanak-kanak 'misbehave' bagi mendapat perhatian walaupun perhatian yang diberikan adalah dalam bentuk teguran (reprimand).
c.

Peneguhan - Peneguhan yang tidak bersesuaian boleh meningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar. Conthonya seorang murid yang tidak mendapat perhatian guru akan berpura-pura sakit dan memaksa dirinya untuk muntah untuk mendapat perhatian. Sikap guru yang memberi peneguhan

positif/perhatian apabila murid sakit ini akan menyebabkan murid ini akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat
perhatian. Begitu juga dengan penggunaan 'time-out yang tidak bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang mencabar.

d.

Ketakutan - Menghadapi situasi/ objek yang menakutkan boleh menyebabkan berlaku tingkah laku agresif, mencederakan diri/tidak mengikut arahan. Bagaimanapun biasanya ketakutan itu sukar dipastikan kerana ia berbentuk 'idiosyncratic dan tingkah laku yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang akal (crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran.

1.3.2 Persekitaran Stimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi satu masalah kepada tingkah laku seseorang. Jika persekitaran (Setting) itu terlalu sibuk, bising, sesak dan ada murid lain 'misbehave' serta menghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi, murid berkenaan akan hilang kawalan dan bertindak untuk melepaskan diri dari situasi yang tidak 7

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU menyenangkan. Di antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah: a. Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) - Ada perkaitan yang jelas di antara masalah sukar menyiapkan tugasan, membuat kesilapan dan kegagalan dalam sesuatu dengan masalah tingkah laku yang mencabar. Kajian menunjukkan

bahawa tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri, agresif dan tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan masalah menyelesaikan tugasan. b. Rutin - Perubahan dalam rutin harian - akan menyebabkan berlaku 'tantrums'. Guru perlu pandai membuat ramalan

tentang apa yang akan berlaku kerana tanpa komunikasi dan penjadualan aktiviti yang berstruktur perubahan dalam aktiviti yang diminati murid akan menyebabkan kekecewaan yang amat sangat. c. Komunikasi dengan kanak-kanak - salah satu daripada punca kekecewaan ialah apabila tidak memahamai arahan orang lain. Adalah penting memastikan bahawa seseorang itu faham apa yang akan berlaku. Ini boleh dilakukan dengan kaedah komunikasi seperti pertuturan, isyarat, compiks atau demonstrasi. Komunikasi yang jelas disertai dengan nada

yang positif adalah penting untuk menghalang tingkah laku mencabar. d. Kekecewaan - Dalam banyak situasi percubaan menyiapkan tugasan yang sukar, boleh mengakibatkan rasa kecewa. Dalam keadaan begini, perkara yang dianggap remeh yang mungkin berlaku di masa akan datang mungkin menimbulkan tingkah laku yang diluar jangkaan. Terhalang daripada melakukan atau mendapatkan sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat besar. Perkara yang mudah seperti menunggu untuk sesuatu 8

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU aktiviti yang diminati dijalankan boleh mengecewakan,

terutama sekali apabila tiada rutin yang jelas. e. Tindakbalas pro negatif - Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa, guru, kakitangan sekolah & orang dewasa yang lain memberi lebih perhatian kepada tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah laku positif. Ini boleh mengakibatkan seseorang itu lebih

mempelajari tingkah laku yang tidak sesuai dan kurang mempelajari tingkah laku sebaliknya dalam usaha mendapat perhatian. f. Ketidak Konsistan - Orang dewasa seringkali tidak konsisten dalam memberi tindakbalas terhadap tingkah laku yang tidak sesuai. Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk

bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam tindakbalas yang sepatutnya diberikan terhadap tingkah laku yang mencabar. Ini menyebabkan kanak-kanak keliru dengan

arahan yang berbeza daripada dua orang dewasa yang berlainan. g. Provokasi Ejekan, campurtangan dari orang lain mungkin adalah pencetus kepada tingkah laku mencabar. Ada yang bertindakbalas secara agresif, ada yang bertindak dengan mencederakan diri sendiri dll. Walaubagaimana pun,

adakalanya orang dewasa perlu melakukan provokasi untuk mendapat hasil yang positif. h. 'Limit Testing' - Seseorang murid mungkin akan mengulangi tingkah laku tingkah laku yang terdahulu untuk

menguasai/mengawal keadaan. Biasanya jika tiada/kurang komunikasi di antara guru & ibubapa / 'teamwork,' individu itu akan terus mencuba sehingga berjaya mengawal keadaan. Limit Testing sering berlaku di situasi baru atau dengan guru 9

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU baru. i. 'Stress Relief - Jika seseorang itu terlalu gembira atau 'anxious' dia mungkin rasa perlu 'stress' melakukan dan untuk sesuatu untuk

mengurangkan

mendapatkan

keselesaan. Tingkah laku yang berbentuk stimulasi diri seperti 'flapping' 'rocking' boleh menenangkan individu itu. j. 'Demands - Kehendak/keperluan yang ditujukan kepada individu boleh menyebabkan kekecewaan, kemarahan atau kebosanan. Ini disebabkan demands itu mungkin akan

mengakibatkan kegagalan dan reprimands atau memerlukan pembetulan yang tidak disukai. k. 'Behavioural Expectations' - la berkaitan dengan penjaga

kanak-kanak yang memberi pelbagai alasan terhadap tingkah laku kanak-kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku tersebut kerana menganggapnya adalah sebahagian dari ciriciri kanak-kanak itu dan tidak boleh diubah. Untuk mengatasi masalah ini penjaga perlu kerap bersama kanak-kanak di tempat awam supaya lebih sensitif kepada tatacara

berkelakuan dalam masyarakat. Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang menganggap teguran sebagai peneguh kerana mendapat perhatian. Terdapat juga yang bertindakbalas secara negatif terhadap kegagalan dan teguran walaupun ia ditujukan kepada orang lain. Cara atau teknik bagaimana pembetulan dilakukan, menentukan samada seseorang itu boleh menerimanya atau tidak. 1.3.3 Pemakanan Perubatan dan Rawatan - Kesakitan dan kesedihan yang dikaitkan

dengan rawatan perubatan yang diterima boleh.menjadikan seseorang 10

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU itu tidak selesa dan kemungkinan berkelakuan tidak sesuai. Mereka yang menghadapi masalah perkembangan tidak dapat menyatakan dan memahami keadaan yang dialami. Contoh-contoh faktor perubatan yang mempengaruhi tingkah laku ialah :
a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit, haid, migraine,

alahan dll.
b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan c) Pengaruh hormon - 'pre-menstrual', memasuki alam remaja, dll. d) Faktor neurology - ada juga masalah sawan yang dikaitkan

dengan tingkah laku agresif


e) Ketagihan f)

Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia

g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat - rasa kecewa dan

berkelakuan agresif
h) Ketidakselesaan kerana lapar, dahaga atau diet yang tidak

seimbang, dll,
i)

Ezcema/Iain-lain

masalah

penyakit

kulit

yang

boleh

menyebabkan tingkah laku mencederakan diri.

11

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU FAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU
a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat dengan bantuan

yang bersesuaian kadang-kadang membawa perubahan yang positif dalam tingkah laku dan kemahiran.
b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal boleh secara

langsung mengurangkan tingkah laku yang agresif


c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau minuman boleh

membantu mengurangkan tabiat suka merenung atau muntah.


d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek yang

bersifat manipulatif boleh mengurangkan tingkah laku yang stereotaip


e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah ruang sekatan

di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku yang berlaku akibat dari gangguan, ejekan atau dorongan rakanrakan .
f)

Mengurangkan 'stress' akibat dari bunyi bising, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk mungkin membantu kanak-kanak autism yang sensitif dan takut.

g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat mengurangkan

rasa kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu buat sementara waktu. Jika tingkah laku ini diberhentikan rasa kebimbangan dan ketakutan akan berulang semula.
h) Kemahiran sosial dan komunikasi - Dengan kemahiran ini

seseorang itu boleh bertindakbalas dengan cara yang selamat terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang terhasil akibat darinya. Tanpa kemahiran-kemahiran ini murid-murid akan menggunakan tingkah laku yang agresif untuk mengatasi 12

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tekanan yang dihadapi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lebih ramai murid-murid yang tiada kemahiran ini berkelakuan agresif berbanding dengan murid-murid yang ada kemahirsn sosial dan komunikasi
i)

Aktiviti dan Tahap Stimulasi - Tambah aktiviti yang berbentuk konstruktif akan meningkatkan tingkah laku yang sesuai. la

bukanlah sekadar menyediakan aktiviti dan alatan sahaja tetapi juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut. 1.4 Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran

Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas, antaranya adalah: 1.4.1 Masalah Disiplin - Mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku agresif, hiperaktif, dan disruptif sangat mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 1.4.2 Keciciran - Murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan menyebabkan pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap pengajaran guru dan seterusnya menjejas pencapaiannya. Lama kelamaan akan ponteng sekolah dan akibatnya keciciran dari bangku sekolah. 1.4.3 Gejala Sosial Seseorang pemuda yang masuk bangku sosial terlalu awal mungkin akan memperolehi gejala sosial yang kurang baik dengan senang sebab pengaruh negatif dari dunia sana. Akibatnya, pusingan masalah masyarakat akan terus berlanjutan dengan kesan yang menghalang pembangunan negara.

13

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1.5 Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku 1.5.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada kehendak semula jadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan 1.5.2 Pendidikan Membolehkan murid-murid mengikuti

pengajaran dan pembelajaran. 1.5.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku kurang baik dalam usaha mendapatkan perhatian.

Kesimpulan

Terdapat

persamaan

yang

nyata

di

antara

definisi-definisi

yang

dikemukakan. Secara umum, pengurusan tingkah laku sebenarnya lebih merupakan rasional dan metodologi daripada satu set prosedur khusus yang berasas kepada data khusus. Teknik-teknik pengurusan tingkah laku senarai di atas merupakan pelaksanakan prosedur yang telah diuji (dan diterima) dengan tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku.

Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak.

14

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan

Untuk

menguji

kefahaman

konsep-konsep,

isu-isu

penting dengan membuat ulasan. Hubung kaitkan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah tingkah laku muridmurid bermasalah pembelajaran. Sediakan senarai semak faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid-murid berkeperluan

khas.Dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber dan sila layari laman web yang berkaitan

Syabas dan Tahniah! Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya. Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.

15

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 2

TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU

2JAM

Sinopsis Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus. Ia memberi pengetahuan asas tentang teori dan model tingkah laku manusia.

Bahagian pertama membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan tingkah laku manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran Sosial. Bahagian kedua pula memberi pendedahan kepada empat model tingkah laku iaitu Model Psikodinamik, Model Biofizikal,

Model Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model Behavioral.


Hasil Pembelajaran

i.

Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran Sosial

ii. iii.

Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkah laku manusia

Kerangka Konsep Tajuk

Teori Dan Model Tingkah Laku

2.1 Teori Tingkah Laku


2.1.1 Teori Pelaziman Operan 2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

2.2.

Model model Tingkah Laku 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 Model Psikodinamik Model Biofizikal Model Persekitaran Model Tingkah laku

16
T e o

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

2.1

Teori Tingkah laku

Dalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud, definisi dan konsep pengurusan tingkah laku. Tahukah anda bahawa konsep dan

cara-cara pengurusan tingkah laku ini adalah didasarkan daripada teoriteori tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli behavioris seperti Skinner, Pavlov dan Bandura.

2.1.1 Teori Pelaziman Operan Apakah itu Pelaziman Operant? Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward Thorndike dan Skinner (Walker& Shea, 1995). Pelaziman Operant ialah satu proses pembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku ditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atau hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip ' the law of effect '. la bermaksud, tingkah laku dibentuk oleh konsekuens atau akibat sesuatu peneguhan. Jika konsekuensnya memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi kukuh pada masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah. Thorndike

menganggap prinsip ' the law of effect 'sebagai prinsip utama pengajaran dan pembelajaran. Untuk membantu anda, cuba lihat jadual yang dipaparkan seterusnya.

17

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pelaziman Operant Konsekuens sesuatu tingkah laku cenderung untuk mengubahsuai tingkah laku tersebut di masa hadapan. Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung untuk dilakukan lagi. Tingkah laku yang tidak diberi perhatian atau dihukum kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi. Peneguh Apa juga yang mengukuhkan satu gerak balas atau meningkatkan sesuatu tingkah laku kemungkinan ia akan berlaku lagi.

Pembentukan

Secara berperingkat membentuk satu tingkah laku yang dikehendaki dengan meneguhkan gerak balas yang semakin hampir menjadi tingkah laku yang dikehendaki tersebut.

Successive Approximations

Satu siri langkah latihan yang berperingkat dengan setiap langkah semakin menyerupai gerak balas yang dikehendaki.

Jadual 2.1: Sumber: Hamilton, K.R (2001)

18

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Bagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara pelaziman operant? Tiga perkara perlu kita laksanakan:
a) b) c)

Tingkatkan motivasi klien kita. Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan. Guna successive approximations dalam latihan pengubahsuaian tingkah laku.

Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kata perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Kita juga mesti mengguna pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh bercerita, menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dan sebagainya seperti perlu pastikan objek dan keadaan persekitaran yang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baik dihapuskan. Ini semua perlu perancangan pengajaran dan

pembelajaran yang teliti. la perlu dilakukan secara berperingkatperingkat sehinggalah tercapai matalamat pengurusan tingkah laku.

2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial Siapakah pelopor teori ini? Albert Bandura. Apakah narna lain bagi teori ini? Pembelajaran Melalui Pemerhatian (Observationa llearning).

Apakah idea utama teori ini? Belajar Menerusi Peniruan. Belajar dengan memerhati tingkah laku orang lain dan konsekuens tingkah lakunya. Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui? Ya, tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama lain bagi Pembelajaran Melalui Pemerhatian yang menunjuk cara satu 19

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tingkah laku atau menjadi contoh dalam Pembelajaran Melalui Pemerhatian. Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperolehi menerusi peniruan. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatian tanpa melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan luaran. Tingkah laku dibuat kemudiannya mungkin akan

memerlukan peneguhan. Contohnya dalam sukan Pendidikan Khas pemain bola sepak mungkin bertingkah laku kasar kerana mereka telah memerhati tingkah laku yang sama dan membuat peniruan seterusnya menjadi tingkah laku mereka juga.

a)

Perhatian - Nilai rangsangan dalam model yang digunakan perlu baik, menarik, pada tahap pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan meneruskan penumpuan perhatian, dan mempunyai nilai kepada pelajar.

b)

Penyimpanan - Untuk disimpan dalam ingatan, tingkah laku yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik sebagai imej atau perkataan dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu tersusun dan diulang-ulangkan.

c)

Penghasilan semula - Pelajar perlu mempunyai komponen gerak balas iaitu satu siri pergerakan yang tersedia ada. Pelajar itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas tersebut. Sebagai contoh, dalam proses belajar melukis, murid memerlukan kemahiran motor kasar, motor halus, mengenal warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Pelajar juga perlu mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan menggunakan maklum balas.

20

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU d) Motivasi - Tingkah laku bergantung kepada motivasi yang

diberikan. la berhubung kait dengan orang yang memberi motivasi dan sumber peneguhannya.

2.2

Model-model Tingkah laku

Tahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi oleh empat model tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan fahami jenis-jenis model tingkah laku berikut:

2.2.1 Model Psikodinamik Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanakkanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).

2.2.2 Model Biofizikal Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah

secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.

2.2.3 Model Persekitaran Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. menekankan bahawa Ahli-ahli mazhab persekitaran ini kanak-kanak daripada

mengasingkan

persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu 21

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU boleh mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku.

2.2.4 Model Behavioral Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan faktor-faktor luaran di sekelilingnya. oleh

Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model Apakah strategi yang sesuai digunakan oleh guru untuk menangani Strategi model

tingkah laku mengikut model seperti yang dinyatakan? pengurusan tingkah laku juga dilaksanakan berasaskan

pengurusan tingkah laku iaitu biofizikal, psikodinamik, behavioral, dan persekitaran.

a) Biofizikal - Model biofizikal melibatkan strategi penjagaan sebelum dan selepas lahir, pemakanan, perubatan, nutrisi, dan sebagainya. Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal tersebut.

b) Psikodinamik - Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet, main peranan, pergerakan kreatif, tarian, dan aktiviti fizikal. tidak

Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti

mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang (planned ignore), mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan sebagainya.

c) Behavioral

Pengurusan

tingkah

laku

berasaskan

model

behavioral berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan 22

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU rangsangan, ganjaran dan sebagainya.

d) Persekitaran - Intervensi tingkah laku berasaskan model persekitaran termasuklah strategi yang berpusatkan kanak-kanak, berpusatkan persekitaran, berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran dan interface-centered.

Latihan 2. Untuk menguji kefahaman konsep dengan membuat ulasan. Dengan sokongan pengurusan grafik, banding Bezakan penekanan

yang diberikan oleh model- model pengurusan Tingkah laku di atas. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat.

Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan kopi.

23

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 3

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

2 JAM

Sinopsis

Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Ia memberi pengetahuan asas tentang jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Jenis-jenis tingkah laku yang akan dibincangkan ialah jenis-jenis tingkah laku positif seperti cepat belajar, suka mencuba, perasaan ingin tahu, suka bertanya, melibatkan diri dalam aktiviti dan lain-lain. Jenis-jenis tingkah laku negatif juga dibincangkan seperti agresif, disruptif, distruktif, temper problems, withdrawal, non-compliance dan lain-lain lagi. Peserta-peserta kursus juga didedahkan dengan penyelidikan mengenai tingkah laku yang bercorak Cross-sectional research dan Longitudinal research .

Hasil Pembelajaran

1 Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

2. Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah tingkah laku negatif.

3. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal research dan

cross-sectional research.

24

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kerangka Konsep Tajuk Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah

3.1 Tingkah laku Positif 3.1.1 Cepat belajar 3.1.2 Suka mencuba 3.1.3 Ingin tahu 3.1.4 Suka bertanya 3.1.5 Melibatkan diri dalam aktiviti 3.1.6 Tekun

3.2 Tingkah laku Negatif 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 Hiperaktif Destruktif Disruptif Agresif Temper tantrums Separation problems 3.2.7 Overdependency 3.2.8 Withdrawal 3.2.9 Noncompliance

3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah Laku 3.3.1 Crosssectional research 3.3.2 Longitudinal research

25

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

3.1

Tingkah laku Positif

Pengenalan

Ramai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun guru juga perlu sedar bahawa terdapat juga tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Tingkah laku positif ini perlu diberi pengiktirafan dan perhatian oleh guru supaya tingkah laku ini dapat ditingkat dan dikekalkan. Aspek ini seringkali diabaikan oleh guru kerana guru lebih cenderung memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku negatif.

Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah

sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang

berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

Renungkan, fikirkan dan senaraikan jenis-jenis tingkah laku positif yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Apakan kaedah dan teknik-teknik yang guru boleh gunakan untuk meningkat dan mengekalkan tingkah laku positif ini? Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?

26

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku Positif

Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

a) Peneguhan positif Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi,

b) Peneguhan negatif Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

c) Pembentukan (shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.

d) Kontrak Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid diubah dan murid faham

perkara atau aktiviti yang

faham akan tingkah laku yang hendak akan kesan yang akan berlaku.

e) Ekonomi token Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini

ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau 27

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

f) Modeling Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid.

g) Rantaian (chaining) Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan.

h) Pengaburan/pelunturan (fading) Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan- lahan.

3.2

Tingkah laku Negatif

Pengenalan Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku? Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar adalah tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang

lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

3.2.1 Hiperaktif Tingkah laku aktif yang terlampau. Tidak dapat duduk diam-diam seperti ada jarum di punggung seseorang individu. Boleh tidak tidur beberapa hari dan melakukan sesuatu yang disukai tanpa berhenti. Memanjat ke atas 28

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU almari dan duduk di atas sambil belajar.

3.2.2 Distruktif Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

3.2.3 Disruptif/mengganggu Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

3.2.4 Agresif Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya.

3.2.5 Temper Tantrums Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak menerima pujukan atau ajakkan orang lain walau pun telah diberikan apa yang diminta.

3.2.6 Seperation Problems Kecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan, asyik duduk di sudut dan tidak berkerja sama

3.2.7 Pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.

29

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 3.2.8 Pengasingan diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

3.2.9 Noncompliance

a) Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti

pusat membeli belah atau taman permainan.

b) Enggan ke sekolah Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu

yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang. Contohnya enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan

keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.

c) Mencuri Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri

barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

30

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Tingkah laku Spesifik Yang Mencabar Ciri-ciri individu yang mengalami (a) Kecelaruan Tingkah Laku
(i) Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif terhadap orang lain

(ii) (iii) (iv) (v)

Mempamerkan tingkah laku membuli, mengugut, atau tingkah laku mengancam. Berkemungkinan mendera secara fizikal Menunjukkan sedikit empati, dan prihatin kepada perasaan. Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang lain, dan tiada rasa bersalah atau rasa kesal

(b) (i)

Kecelaruan Penyesuaian Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila tidak dapat menyesuaikan diri pada masa tertentu atau tidak dapat membuat perubahan dalam hidup. (ii) Tingkah laku cemas, atau takut, vandalisma atau bergaduh.

(c)

Kurang Tumpuan dan Hiperaktif (i) Menunjukkan tingkah laku tidak konsisten pada Tahap perkembangan mereka. (ii) (iii) Mudah lupa dengan aktiviti harian. Lemah dalam memberi perhatian, lalai dalam kerja sekolah atau kerja rumah. (iv) Tidak dapat mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.

(d)

Engkar Arahan (i) Tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu 31

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU arahan. (ii) Sering mengabaikan kerja sekolah dan menganggap tidak penting. (iii) (iv) Kurang bertanggngjawab. Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.

(e)

Tingkah Laku Mengganggu (i) Menunjukkan tingkah laku negatif defien, tidak taat, dan tingkah laku permusuhan terutama terhadap mereka yang berautoriti. (ii) Menunjukkan tingkah laku agresif terhadap orang ramai dan kejam terhadap binatang.

(f)

Impulsif
(i) Menunjukkan tingkah laku yang abnormal terutama

yang berkaitan dengan interaksi sosial dan komunikasi. (ii) Gagal membina perhubungan rakan sebaya dan yang sama umur dengan mereka.

(g)

Agresif (i) Terdapat beberapa perubahan pada individu seperti tidak dapat tidur malam, dan mempi ngeri dan perasaan takut yang amat sangat. (ii) (iii) (iv) (v) Cepat naik marah Tidak sabar menunggu giliran. Tidak dapat menerima teguran atau komen dari orang lain Sering melawan dan menganggap dirinya yang terbaik. 32

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

(h)

Mengamuk (i) (iii) Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius seperti hilang perhubungan dengan persekitaran. Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan dalam menyudahkan tugasan (iv) Mengalam halusinasi dan delusi percakapan yang tidak Terurus

(i)

Murung (i) Tingkah laku murung boleh ditunjukkan melalui simptom seperti sakit kepala atau sakit perut dan kecelaruan dalam mengurus sesuatu tugas. (ii) Gagal dalam melaksanakan kerja atau menunjukkan emosi yang tidak menentu seperti ketawa seorang diri atau menangis.

(j)

Stereotaip (i) (ii) (iii) Kurang keyakinan diri. Menunjukkan pergantungan kepada orang lain. Sering was-was apabila menjalankan tugas dan tanggungjawab. (iv) Sering mengulang tugas yang sama kerana tidak puas hati dalam menyudahkan tugasan tersebut.

Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya tingkah laku 33

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU mencabar antaranya:

Fungsi dan struktur otak Genetik Alergi makanan dan pengambilan gula

Kecederaan ketika lahir. Kesihatan mental ibu

Kurang berat badan sewaktu dilahirkan

Terdedah kepada persekiaran yang tercemar.

Pengambilan rokok semasa mengandung

Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar

Kaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan Tingkah laku Negatif

Pernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku negatif seperti yang dinyatakan di atas? Apakah tindakan yang guru lakukan untuk menangani tingkah laku negatif tersebut? Baca dan fahami teknik-teknik yang dinyatakan di bawah yang boleh membantu guru mengurang dan menghapus tingkah laku negatif yang tidak diingini.

a) Penghapusan (Extinction)

Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif.

34

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


b) Pengasingan (Time-out)

Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan,

c)

Kejemuan (Satiation) Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. Over Correction adalah satu teknik kejemuan,

d) Hukuman/dendaan

Contoh: tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token yang diberi, menarik balik hak dan keistimewaan,

e)

Disensitisasi Tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas, fobia).

f) Pembetulan semula (overcorrection)

Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya. Cth: - membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali - bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu
g) Response cost

Suatu bentuk penarikan peneguh atau ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di kalangan murid kita? Pencegahan tingkah laku mencabar memerlukan kerjasama semua 35

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pihak yang terlibat dengan pendidikan murid-murid. Pihak yang kita maksudkan ialah ibu bapa, keluarga, pihak pentadbir sekolah, guru, agensi berkaitan, para pakar, badan bukan kerajaan, komuniti dan masyarakat. Kerjasama dan kolaborasi pintar kesemua pihak ynag prihatin dengan perkembanagan dan pendidikan murid-murid akan memastikan sebarang strategi dan program pengubahan tingkah laku itu berjaya. Bagi tujuan topik ini, kita akan membincangkan hanya strategi bilik darjah, strategi untuk sekolah dan garis panduan melaksanakan program mencegah tingkah laku mencabar. Strategi di bilik darjah Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas dan tingkah laku murid-muridnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi guru juga mendidik murid-murid. Guru perlu mengamalkan amalan terbaik (best practices) dalam kelasnya. Bagi mengamalkan amalan terbaik ini, guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya dan mengaplikasikan cara pengajaran yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada perkaraperkara berikut: (a) Guru perlu sentiasa meningkatkan dirinya secara profesional iaitu selalu menghadiri kursus, latihan, ceramah terutamanya berkaitan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Guru juga mesti sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan semasa

melalui pembacaan dan pencarian maklumat pelbagai sumber lain seperti majalah, jurnal dan internet. (b) Guru perlu tahu mengurus ruang, bilik darjah dengan alat baik. bantu

Penyusunanpersekitaran,

perabot,

alatan,

mengajar dan bahan lain perlu dilakukan dengan bijaksana dengan mengambilkira keperluan dan kepelbagaian cara pembelajaran murid dalam bilik darjah. Pastikan bilik darjah selamat, ceria dan kondusif untuk pembelajaran murid. 36

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

(c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid secara yang positif iaitu dengan membanyakkan motivasi dan memberi ganjaran. (d) Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah laku dalam bilik darjah.Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk guru, pembantu guru, ibu bapa, tetamu dan sebagainya. (e) Guru perlu mengamalkan strategi pengubahsuain tingkah laku dan strategi pengajaran-pembelajaran yang berkesan. (f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan ibu bapa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan keluarga berkaitan perkembangan dan tingkah laku anak-anak mereka.

(g) Guru perlu selalu membuat pemantauan dan penilaian terhadap proses pengajaran-pembelajaran dan program pengubahsuaian tingkah laku. Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat lakukannya sudah pasti murid kita akan mendapat faedahnya.

Strategi untuk sekolah Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, untuk mengubah tingkah laku kita perlu mengubah diri kita sendiri dahulu. Kita juga nyatakan bahawa semua pihak memiankan peranan yang penting dalam mencegah tingkah laku mencabar. Pihak sekolah bererti semua warganya terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu pengetua/guru besar, guru penolong kanak, penyelia, penyelaras kelas khas bermasalah pembelajaran. Semua pihak ini perlu prihatin dan bertanggunjawab dalam membantu program 37

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pencegahan tingkah laku mencabar berjaya di sekolah mereka. Namun pendekatan 'whole school approach' atau seluruh sekolah perlu diterapkan iaitu seluruh warga sekolah meliputi pihak pentadbir, para guru, kakitangan lain, pengawal keselamatan, pihak kantin sekolah, ibi bapa dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan masingmasing. Saranan yang perlu dilakukan oleh sekolah: a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik. b) Membuat peraturan yang jelas, adil dan bertimbang rasa yang boleh dilaksanakan. c) Memastikan pembangunan profesional di kalangan warga sekolah terutama para guru, kakitangan lain, ibu bapa dan PIBG. d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang positif. e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan. f) Memberikan sokongan kepada guru, murid, ibu bapa dan keluarga. g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid. Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya sudah tentu kejayaan mencegah tingkah laku mencabar dapat dicapai. Adakah anda bersetuju ?

3.3

Penyelidikan Mengenai Tingkah laku Cross-sectionall Research

3.3.1

Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data dipungut pada satu jangkamasa tertentu dari individu yang berlainan latarbelakang. Kaedah ini seringkali digunakan di dalam bidang psikologi

perkembangan dan boleh

juga digunakan di dalam bidang-bidang 38

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU lain seperti sains sosial, pendidikan dan lain-lain bidang sains. Dalam bidang psikologi perkembangan, pengkaji boleh memilih beberapa kumpulan subjek yang mempunyai banyak ciri persamaan tetapi hanya berbeza dari segi umur. Oleh itu ini sekiranya terdapat sebarang perbezaan di antara kumpulan ini ia diandaikan adalah kerana faktor perbezaan umur. Longitudinal Research

3.3.2

Kajian longitudinal research ialah satu kaedah penyelidikan bertujuan untuk melihat perkaitan di antara beberapa pembolehubah. Ia melibatkan kajian terhadap kumpulan individu yang sama dalam jangkamasa yang panjang. Data dipungut di peringkat permulaan dan juga di sepanjang tempoh kajian. Kebaikan kajian londitudinal research ialah ia membolehkan pengkaji melihat perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut. Contohnya untuk mendapatkan sebab-sebab berlakunya jenayah di kalangan remaja, pengkaji akan mengesan 50 remaja dalam tempoh 30 tahun untuk mendapatkan faktor utama kepada berlakunya jenayah tersebut.

Latihan 3 3.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang hiperaktif. Minta kanak-kanak tersebut duduk diam. Catatakan Berapa lama dia boleh duduk diam.

masa, dan apa yang dilakukannya dalam pemerhatian anda.

3.2 Bincangkan kepentingan longitudinal research dan cross-sectional research dalam bidang pengurusan tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

39

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut : http://psychology.about.com http://www.alleydog.com http://www.enotes.com http://en.wikipedia.org

Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

40

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU)


SINOPSIS Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada pengurusan peneguhan, dokumentasi dan prinsip pengurusan tingkah laku. HASIL PEMBELAJARAN Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat: i. ii. iii.

2JAM

memahami konsep pengurusan peneguhan memahami aspek pendokumentasian memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Prinsip Peneguhan Jadual Peneguhan Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku

4.0 Pengenalan Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada prinsi-prinsip yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara yang perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku.

41

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

4.1 Prinsip peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.

Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.

Jenis-jenis peneguh Terdapat empat jenis peneguh yang boleh diberikan kepada murid, iaitu:

i.

Tangible yang dibahagi kepada dua iaitu;

a. edible reinforcer-

merupakan minum murid

makan yang

disukai makanan

seperti

(gula-gula, biskut, dll) b. non-ediblemerupakan barangan seperti pen, kereta bola mainan, dan

sebagainya.

ii. dapat

Sensory

merupakan sensasi yang disukai atau

menggembirakan murid. Terdapat lima jenis

sensory reinforcers iaitu; 42

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU a. Sentuhan (tactile) sentuhan dari kulit ke kulit antara guru dan murid yang boleh menyebabkan murid bertindak balas. Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk bahu, usap kepala, dsb.

b.

Penggetar

(vibratory)

merupakan

alat

penggetar (vibrator) yang letakkan di bahagian leher,

tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak spastik atau yang mengalami pelbagai kecacatan) Wangian (olfactory) menggunakan bahan-

c.

bahan yang menarik minat murid. visual menggunakan alat-alat yang dapat dan menggembirakan murid seperti spinning

d. menarik

colour wheel e. auditory bunyi-bunyi yang menarik minat murid atau disukai murid

iii.

sosial

merupakan

pujian,

senyuman,

beri

perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan, dan tanda- tanda / air muka persahabatan atau kasih sayang yang dapat menggembirakan murid. aktiviti merupakan lawatan, ambil bahagian,

iv.

mewarna, menonton televisyen, dll.

43

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Jadual peneguhan Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut: i. Contigent diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut ii. Continuous diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan. Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk / melatih perlakuan baru. iii. Intermitten diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku. iv. Penjadualan nisbah (ratio schedules) a. Fixed ratio penjadualan tetap nisbah perlakuan (bilangan) b. variable ratio bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa) c. Fixed interval penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 minit) d. Variable interval penentuan jangka masa yang tidak tetap (5,4,9,15,13 minit)

Jenis-jenis pemerhatian Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu

mengenal pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau ditingkatkan. Oleh itu guru perlu membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya secara sistematik. 44

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian langsung (direct observation) terhadap perlakuan kanak-kanak yang berkenaan. Melalui pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perlu diperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanakkanak berkenaan, bila tingkah laku itu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan kekerapan tingkah laku itu diulangi.

Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai / diperhati, ia itu:

i.

memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement) Melapor apa yang dilihat sahaja Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemubual individu yang berkenaan, memerhati apa yang telah dirancang dan secara open

ii.

ended

Iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu , pengetahuan, perlakuan, atau sikap yang telah dikenal pasti, di samping menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka / di luar perancangan penilai / pemerhati, tetapi relevan dengan objektif tersebut. penilaian

iii.

memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan 45

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU dalam jangka masa yang berperingkat boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan masalah / kesukaran.

Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan cara serta kriteria tertentu, antaranya;

i.

pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau dirancang,

ii.

dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot.

iii.

pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian,

iv.

jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan,

v.

maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak balas murid.

Prinsip pengurusan tingkah laku

Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsipprinsip pengurusan tingkah laku berikut:

46

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan ini bermaksud semua tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa)

Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj akibat rangsangan yang diterimanya. Prinsip ini sangat ditekankan dalam teori behavioris. Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku adalah rangsangan terhadap tingkah laku tersebut.

Tingkah laku boleh diajar dan diubah Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila hendak mengajar tingkah laku baru kepada muridnya. Melalui teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai, guru dapat mengubah tingkah laku bermasalah kepada tingkah laku baru yang diingini.

Matlamat perlu jelas dan khusus Objektif program pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus.

Program perlu secara individu Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi setiap murid, maka pelaksanaan program intervensi hendaklah dirancang untuk murid yang berkenaan sahaja.

Program perlu fokus masa kini (semasa) Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu kepada masalah tingkah laku semasa yang ditujukkan oleh murid.

47

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di rumah yang merupakan persekitaran sudah biasa kepada murid-murid.

Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membut ulasan,

Dengan

merujuk

bahan

bacaan

dan

multimedia,

huraikan pelbagai jenis peneguhan dan prinsip prinsip peneguhan di atas. Layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan

Latihan 2:

Pilih satu daripada prinsip pengurusan tingkah laku dalam tajuk 4 dan huraikan.

48

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 5

PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU

2JAM

Sinopsis Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-langkah dalam pengurusan tingkah laku seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul san merekod data serta melaksanakan intervensi

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: i. mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku ii. menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salahlaku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran Kerangka Model Tajuk

5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran

5.2 Mengumpul dan merekod data

Langkah -langkah dalam

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan peneguhan peneguhan 5.4 Melaksanakan program intervensi

5.5 Menilai keberkesanan intervensi 49

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

5.0 Pengenalan

Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai. Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul dan merekod data serta melakdsanakan intervensi.

5.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku.

Panduan memilih tingkah laku sasaran:

i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa, iaitu tingkah laku yang

Membahayakan diri dan orang lain Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain Tidak sesuai dengan umurnya Terlalu kerap berlaku Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu Menyebabkan murid lain menjauhkan diri (Zirpoli&Mellow, 2001)

50

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan :

Jenis tingkah laku Kekerapan tingkah laku Jangka masa barlaku Tahap keterukan (intensiti) Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu meningkat atau menurun iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian v) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya.Misalnya Murid A bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam tempoh setengah jam. vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

5.2 Mengumpul dan merekod data

Sebelum

melaksanakan

program

pengurusan

tingkah

laku,

guru

seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di ubah. Maklumat atau data data. yang terkumpul dikenali sebagai baseline

Tujuan mengumpul data:

Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam sehari. Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku. Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/pola tertentu.

Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

51

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut:

Rekod Naratif Rekod Anekdot Rekod Naratif berterusan Rekod Kejadian (Event Recording) Rekod Kekerapan Rekod jangka masa (Duration) Rekod had masa (Interval) Rekod Sampel Masa

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan

5.4 Melaksana Intervensi Setelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu iaitu:

i)

Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?

ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan? iii) Bila tingkah laku itu berlaku? iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku? v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku? vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut? Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan dan corak tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Program intervensi 52

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku sasaran. Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu: i) Fasa pra intervensi ii) Fasa intervensi iii) Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi: Dikenali sebagai baseline period iaitu guru akan mengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi. Rekod baseline ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod baselinedata selepas intervensi.

Fasa intervensi: Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang

dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankansekurang-sekurang selama dua minggu.

Fasa selepas intervensi: Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.

53

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

5.5. Menilai keberkesanan intervensi Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulan program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan. Dengan merujukbahan-bahan bacaan dan multimedia, huraikan setiap teknik pengumpulan data yang dinyatakan di atas denan menunjukkan contoh yang sesuai. Bentangkan untuk perbincangan dalam kelas. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan. Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan antara rekod naratif dengan rekod anekdot. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

54

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

2 JAM

Sinopsis Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara untuk meningkatkan serta mengurangkan tingkah laku yang diingini atau tidak diingini.

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: i. mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. ii. mengenalpasti strategi-strategi untuk mengurangkan atau menghentikan tingkah laku yang tidak diingini.

Kerangka Model Tajuk Strategi Pengurusan Tingkah laku -Peningkatan tingkah laku -Pengurangan Tingkah laku

6.0 Pengenalan

Dalam pengurusan tingkah laku, guru akan berusaha untuk mengekal atau meningkatkan lagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan oleh murid. 55

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Manakala tingkah laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan. Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik tertentu.

6.1 Meningkatkan Tingkah Laku Tingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan oleh murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

Peneguhan Positif: Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan.

Peneguhan Negatif: Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

Pembentukan: (Shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.

Kontrak: Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. 56

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Ekonomi Token: Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau stiker (pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru.
Modeling :

Menggunakan watak-watak (murid atau guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid.

Rantaian (Chaining): Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan.

Pengaburan/Pelunturan (Fading): Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-perlahan.

6.2 Mengurangkan Tingkah Laku Penghapusan ( Extinction): Memberikan atau menyekat murid - murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Time-Out :

Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan(penjuru kelas, 57

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU atau bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan.

Kejemuan (Satiation):

Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. Over-correction adalah satu teknik kejemuan yang tidak digalakkan.

Hukuman/ Dendaan: Contoh: tahanan kelas (detention class), dendaan fizikal, response cost iaitu menarik balik hak atau keistimewaan.

Disensitisasi: Tindakan tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan kelas atau fobia).

Overcorrection: Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan sebelumnya. Contoh membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan berulang kali. menulis ayat atau perkataan yang sama berulang kali mungkin seratus kali.

Response cost : Suatu bentuk penarikan peneguh atau gtanjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

58

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan. Pilih satu daripada teknik meningkatkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan. Pilih satu daripada teknik mengurangkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

SELAMAT MENCUBA!

59

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 7

ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

2JAM

Sinopsih Bagi meningkatkan pengetahuan anda, modul ini menyediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan etika yang tedapat dalam program Pendidikan Khas.

Hasil Pembelajaran

i)

Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari segi normalisasi, keadilan dan penghormatan.

ii)

Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu bapa kepentingan antara pihak ibu bapa dan sekolah.

dan

iii)

Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam murid berkeperluan khas

Kerangka Tajuk

Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku

Hak asasi kanak-kanak

Penglibatan Komuniti

Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku

60

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

7.0 Pengenalan
Bagi meningkatkan pengetahuan anda tentang mobul ini, disediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu, dan etika yang terdapat dalam pengurusan program pendidikan khas. Sebenarnya dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku, terdapat bayak isu yang mungkin timbul. Di antara yang diperkatakan ialah:

Sulit (confidential) Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit. Zero reject ( education for all ) Semua murid berhak mendapat pendidikan secara percuma Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation). Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam program pendidikan khas.

Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized Educational Plan) Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan secara individu yang mencatatkan pecapaian semasa, matlamat, perkhidmatan khusus, prosedur dan hasil (out come).

Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted environment) Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan dalam kelas yang paling tidak terhad.

Due Proses Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama-sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa.

61

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Penglibatan dan persetujuan ibu bapa Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya.

7.1 Hak Asasi Kanak-kanak Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai panduan: i) Normalisasi Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan perhatian: -Persekitaran sebenar kanak-kanak -Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat -Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan dan ketidakupayaan kanak-kanak.

ii)

Keadilan Prinsip keadilan berlandaskan `Due Process` yang menghendaki setiap tindakan berfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak.Di antara contoh tindakan yang tidak adil: -Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik. -Menempatkan murid secara sembarangan tanpa usaha membantu. -Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan. 62

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

iii)

Penghormatan Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang bermaruah dan bukan dilayan seperti

haiwan.Contoh tindakan yang salah: -Hukuman fizika l- (tampar, ketuk-ketampi) -Hukuman psikologi (menyindir, memarahi dan memberi gelaran) -pengabaian - (menyekat kanak-kanak daripada Peluang untuk berjaya) -Pemisah - (salah penempatan dikelas khas) -pengasingan - (pengguanaan time out secara tidak konsistem dan lama) -Pengubatan- (salah guna ubatan) -Hukuman kejam - (sekatan, renjatan elektrik)

7.2 Penglibatan ibu bapa

a) Peranan ibu bapa -Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan, pengujian(assessment), membina program, mengajar dan penilaian (evaluation) (e.g.keberkesanan program). -harapan ibu bapa dan juga harapan profesional.

b) Bentuk penglibatan -mengenalpasti dan merujuk -diberitahu dan mendapat kebenaran dari ibu bapa untuk membina program 63

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU -temuduga sejarah hidup murid -pengujian secara formal -memerhati dan membuat carta -melibatkan murid dalam pengujian (assessment)

c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu bapa (conferencing) - persediaaan untuk perjumpaan -cara komunikasi -melaporkan keputusan -membentuk matalamat (goals) program -kelulusan untuk penempatan

d) Due Process Dalam Due proses hak dan tanggungjawab terhadap ibubapa diperjelaskan.

e) Memantau perlaksanaan. -merupakan proses yang berterusan

f) kerjasama ibu bapa Kerjasama ibu bapa dengan profesional akan dapat menjamin kejayaan program.

g) Pendidikan ibu bapa -Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas, keperluan khas anak -latihan berkomunikasi, terapi, kaunseling, perundangan -membina rangkaian (net working)-kelab sokongan ibu bapa.

64

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU h) Reaksi ibu bapa Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3 bentuk, iaitu - Redha dan bersyukur - Keliru-akibatnya timbul berbagai reaksi -salahkan diri -tidak gembira/murung -rasa bersalah -penafian -menyalahkan orang lain -menarik diri -mengelak diri -Pemarah dan memencilkan diri -bermusuhan -terlalu mengharap -kecewa -Tidak terima sama sekali

i) Keperluan Latihan Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka, oleh itu merek perlu diberi

pendedahan berikut: -sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang upaya -penerangan sebagainya -perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya -Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan pendidikan, latihan dan sebagainya. pakar perubatan/psikologi/kaunseling dan

j). Hubungan rumah dengan sekolah Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti 65

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.

7.3 Penglibatan Komuniti

i) Agensi kerajaan dan swasta a)Kementerian Pelajaran Malaysia Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui: Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk muridmurid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah

pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah yang dan menengah dan sekolah menengah dan

teknik/vokasional

menggunakan

pendekatan

pengajaran

pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas

bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah- sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa. Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif. Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, 66

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

b)Jabatan Kebajikan Masyarakat i) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian. iii) Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. v)Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 67

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. vi) Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurangkurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) -Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.

vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa,

perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. c)Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan,

Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan 68

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Rawatan Psikologi.

i)

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations),

ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orangorang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal

berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: i).Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation)

Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

ii).Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial 69

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

iii).Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak- kanak diantara umur 6-16 tahun.

iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanakkanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia

JAWAB SOALAN BERIKUT: 1.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa dalam program kanak-kanak khas.

2.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas.

SELAMAT MENCUBA!

70

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut : http://psychology.about.com http://www.alleydog.com http://www.enotes.com http://en.wikipedia.org

Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

71

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

RUJUKAN : Axelrod, S. 1983. Behavior Modification for the Classroom Teacher, New York: McGraw-Hill Book Company. Hamilton, K. R. 2001. http://webhome.idirect.com/~kehamilt/psy4.html Jun 18, 2007. Harrop, A. 1987. Behavior Modification in the Classroom, London: Hodder & Stoughton Ltd. Martin, G. & Pear, J. 1993. Behavior Modification-What Is It and How to Do It 4th ed. New Jersey: Prentice Hall. Myint S. K.; Lourdusamy, A.,.Lang, Q. C. and Wong, A. F.L. 2005. Classroom Management: Facilitating Teaching and Learning. Singapore: Pearson. Sulzer, B. & Mayer, G. R. 1972. Behavior Modification Procedures for School Personnel. Illinois: The Dryden Press Inc. Walker, J. E. & Shea, T. M. 1995, Behavior Management:- A Practical Approach for Educators 6* ecf. New Jersey: Simon & Schuster Company. Wielkiewicz, R. M.. 1995. Behavior Management In The Schools: Principles and Procedure. Boston: Allyn and Bacon. Zirpoli, T. J. and Melloy, K. J. 1993. Behavior Management: Applications for Teachers and Parents. New York: Macmillan Publishing Company. Greene, R.W. (2001). The explosive child: A new approach for understanding and parenting easily frustrated chronically inflexible children. New York: Harper Collins Kazdin, A.E. (2002). Behavior Modification : (6th. ed.). Belmont C.A.: Wadsworth. Applications for teachers.

Martin, G. & Pear, J. (2003). Behavior modifications : What it is th and how to do it. (7 . Ed.). New Jersey : Prentice-Hall

Jordan, D. (2001). A guidebook for parents of children with emotional or behavior disorders (3rd ed.). Minneapolis, MN: PACER. 72

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Miltenberger, R.G. (2001). Behavior modification : Principles and procedures (2nd. Ed.). Belmont, C.A. : Wadsworth Papolos, D., & Papolos, J. (2002). The bipolar child. New York: Broadway Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002). Behavior management: A practical approach for educators (8th. Ed.). New Jersey : Merrill Prentice-Hall. Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (2001). Behavior management : Applications for teachers (3rd. ed.). New Jersey : Merrill Prentice Hall

73

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU


PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)
NAMA EN.RAYMOND MOHANRAJ PAUL Pensyarah Penyelaras Pendidikan Khas Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Rmpdavid06@yahoo.com KELAYAKAN

Kelulusan:
Sarjana Pendidikan Khas (UM) B.ED. Hons.Pendidikan Khas ( UKM) Diploma Pendidikan (TESOL),IPG Mohamad Khalid Pengalaman Pensyarah (8 Tahun)

Cr.ZULKIFLY BIN HUSSIN Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Zulkifly.hussin@yahoo.com PN. NOR LAINI BT CHE MAT Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Kelulusan:
Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UM) B.AC (Hons) Bimbingan dan kaunseling (UPM) Diploma Pendidikan Sains (IPG KRM) Pengalaman: Pensyarah (5 tahun)

Kelulusan:
Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UKM) B.ED. Hons. Pendidikan Khas (UKM) Diploma Pendidikan IPG KIK Pengalaman: Pensyarah (3 tahun)

lainichemat@ymail.com

74

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

PANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)
NAMA KELAYAKAN

75

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

76

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

77

También podría gustarte