Está en la página 1de 13

PENGENALAN

Kebanyakan tamadun dahulu kala bertempat di sekitar laut Mediterranean. Antara tamadun ini ialah Mesir dan Babylon iaitu dua tamadun yang terawal. Kemudian tamadun Roman-Greek yang bermula kira-kira 600 S.M hingga 300 S.M memberi sumbangan yang terbaik dari abad ke-3 hingga abad ke-4 S.M. akhir sekali ialah tamadun Islam yang akan dibincangkan di sini. Tentunya banyak aspek yang dapat dikaji daripada tiap-tiap tamadun tersebut. Hingga kini tamadun Greeklah yang telah mendapat pengkajian yang mendalam dan meluas jika dibandingkan dengan tamadun lain. Bagi tamadun Islam itu sendiri yang berusia lebih sembilan abad, terdapat gambaran yang mengelirukan yang telah diberikan terhadapnya. Kebanyakan ahli sejarah memaparkan banyak aspek kelemahan dan kekurangan pada tamadun Islam walaupun sebenarnya zaman itu tidaklah segelap seperti yang disangkakan. Mereka banyak memperbesarkan sumbangan yang berbentuk penterjemahan dan kupasan sehingga menimbulkan anggapan seolah-olah tidak ada ahli matematik dalam tamadun Islam. Ada beberapa sebab mengapa ilmu-ilmu hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam tidak dikaji dengan baik. Pertama, sikap permusuhan terhadap Islam dan pertentangan teologi atau konflik antara Islam dengan Kristian. Kedua adalah disebabkan kejahilan terhadap perkembangan dan kemajuan pesat yang dicapai oleh tamadun Islam kerana ketika itu dunia Barat benar-benar berada dalam kegelapan.

PERKEMBANGAN MATEMATIK TAMADUN ISLAM


Islam di Baghdad mencapai zaman gemilang kerana orang Islam ketika itu maju dalam bidang sains dan teknologi sehingga mereka dihormati di seluruh dunia. Tamadun Islam di Baghdad dianggap tamadun paling agung dalam sejarah. Orang-orang Islam mengkaji pemikiran Yunani, Greek, Mesir, Hindu, China dan lain-lain yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana budaya orang Islam, berteraskan Al-Quran dan sunnah Rasul. Orang Islam menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab dan Parsi. Mereka mengumpulkan dan menyesuaikan semua idea asing tersebut. Menurut al-Daffa (1977), pada zaman keagungan Islam dari abad ke-7 hingga abad ke13, orang-orang Islam menguasai bidang ekonomi dan politik. Ketika itu agama Islam tersebar luas di serata dunia. Ahli-ahli matematik Islam terkenal kerana idea mereka menjadi dasar yang penting dalam evolusi pemikiran matematik moden semasa permulaan era ini. Ahli matematik Islam memperkenalkan sistem perpuluhan aritmetik dan peraturan asas operasi yang berkait dengan penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, kuasa dua, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. Mereka juga memperkenalkan simbol sifar kepada tamadun Barat. Secara keseluruhannya, ini memudahkan sistem aritmetik dan merupakan dasar penting dalam operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Cabang-cabang matematik yang disepakati oleh ahli-ahli falsafah Islam ialah aritmetik, geometri, astronomi dan muzik. Hingga kurun ke-10M, trigonometri belum disenaraikan bersama matematik, tetapi dibincangkan bersepadu dengan astronomi. Pemecahan

trigonometri berlaku kemudiannya sebagai cabang yang tersendiri selepas ilmu aljabar terasas ditangan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi dan prinsip-prinsipnya digunakan secara meluas dalam geometri dan astronomi. Agama menjadi perkara pokok mengapa orang-orang Islam perlu mengkaji matematik dan astronomi. Dari segi geometri, orang Islam perlu menentukan arah kiblat terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat. Penentuan arah kiblat ini menggunakan konsep geometri. Aritmetik dan aljabar digunakan untuk mengira dan membilang hari dan tahun. Pengetahuan tentang astronomi pula dapat membantu orang Islam menentukan waktu-waktu sembahyang dengan tepat., permulaan bulan Ramadan dan lain-lain hari yang penting. Walau bagaimanapun, orangorang Islam tidak membataskan penggunaan sains yang diperoleh oleh mereka itu untuk kepentingan agama semata-mata tetapi mengembangkan penggunaan sains itu kepada cabang-cabang yang lebih luas dalam berbagai-bagai aspek untuk kegunaan manusia.

LATAR BELAKANG AL-KHAWARIZMI


Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Mamun, banyak cendekiawan yang menulis tentang matematik dan astronomi. Antara cendekiawan yang paling terkenal ialah al-Khawarizmi yang digelar bapa aljabar. Al-Khawarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa alKhawarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karisma, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khwarism, Usbekistan pada tahun 194H/ 780M dan meninggal tahun 266H/ 850M di Baghdad. Ibu bapanya berhijrah ke sebuah kawasan di selatan Baghdad semasa beliau masih kecil lagi. Hanya sedikit maklumat sahaja yang diketahui mengenai latar belakang beliau. Gelaran al-khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya iaitu Khath, sebahagian daripada daerah Khawarizm. Khath kini telah lenyap akibat ditelenggami pasir. Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Mamun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah. Bait al-Hikmah ialah perpustakaan yang bersambung dengan bangunan planetarium. Seperti juga kebanyakan sarjana Islam yang lain al-Khawarizmi tidak hanya menulis dalam satu bidang ilmu pengetahuan sahaja. Beliau menulis tentang georafi. Penulisan beliau ini dapat memperbaiki lagi hasil kerja Ptolemy. Beliau melukis peta baru tentang geografi dan tentang kedudukan planet. Secara keseluruhannya, penulisan al-Khawarizmi ini menyatakan hasil usaha beliau yang tersendiri dan juga merupakan sintesis daripada hasil-hasil matematik generasi sebelumnya. Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang

syariat tetapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

HASIL KARYA AL-KHAWARIZMI


Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak), Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) dan Kitab al-Jama bil Hisab al-Hindi (arithmatic). Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi tentang kira-kira telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Bukunya Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah mengenai Algebra juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, Kitab Surat al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang. Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16. Berikut adalah beberapa tulisan yang telah dihasilkan oleh beliau: Kitab at-Tarikh (falak) Kitab al-Rukhmat (falak) Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak) Kitab Surat al-Ard (falak-geografi) Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) Kitab al-Jama bil Hisab al-Hindi (aritmetik) De Numero Indorum (sistem nombor)

Hasil-hasil karya ini turut disentuh dalam penulisan di bawah.

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM PELBAGAI BIDANG


Al-Khawarizmi memberikan sumbangan yang sangat besar kepada dunia khususnya dalam bidang Matematik. Sumbangan beliau melalui hasil karyanya yang meluas menjadikan bidang matematik menjadi semakin meluas. Bukan itu sahaja, al-Khawarizmi turut dianggap sebagai Father of Algebra menunjukkan begitu besar sumbangan beliau dan menjadi sumber rujukan oleh ilmuwan-ilmuwan pelbagai bidang. Berikut adalah sumbangan beliau dalam beberapa bidang: 1. Bidang Nombor Al-Khawarizmi mempunyai kepintaran dalam mengubahsuai, merekabentuk dan memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutamanya angka sifar. Sebelum ini, telah ada angka 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Setiap bangsa mempunyai tulisannya sendiri. Contohnya, bangsa Arab menggunakan tulisan yang disebut Ghuburiyyah. Pengenalan angka sifar menyebabkan operasi pengiraan diperluaskan kepada operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya. Malah, terma sifar juga dipinjam oleh bahasabahasa Eropah dengan sebutan cifre, chiffre dan zero. Beliau telah menulis buku yang menceritakan angka-angka atau nombor-nombor yang digunakan oleh penduduk dunia bertajuk De Numero Indorum. Selain itu, beliau turut memperkenalkan pecahan, sifat nombor perdana dan teori nombor (Utusan Malaysia, May 2006). Sistem nombor itu dikenali sebagai Sistem Pernomboran Arab dan India. Sistem nombor perpuluhan juga diasaskan oleh beliau. Tidak ketinggalan, jadual al-Khawarizmi dan Habasy al-Habib turut mempercepatkan sistem angka India menjadi terkenal di India. 2. Bidang Algebra Algebra merupakan salah satu cabang ilmu matematik di mana operasi aritmetik di generalisasi menggunakan simbol abjad untuk menyatakan nombor yang tidak diketahui (anu). Mudahnya, algebra sering dirujuk sebagai ilmu persamaan. Algebra yang memperlihatkan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubah telah dapat menyelesaikan pelbagai masalah harian. Karyanya yang memuatkan hasil penulisan beliau mengenai algebra diterbitkan pada tahun 820M berjudul Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr Wa al-Muqabalah. Beliau menulis buku ini setelah berbincang dengan Khalifah al-Mamun. Ini disebabkan oleh mereka berasa hairan kerana ilmu-ilmu dahulu sangat rumit untuk difahami dan digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya dari aspek muamalat, ukur tanah dan

pembahagian harta pusaka. Akhirnya, buku yang ditulis oleh beliau ini juga telah diterjemah ke dalam Bahasa Latin dan menjadi sumber rujukan penting di universitiuniversiti di Eropah sejak diterjemah mulai abad ke 12 Masehi hingga abad ke 16 Masehi. Al-Khawarizmi juga memperkenalkan istilah-istilah dalam matematik seperti pembolehubah (x), pembolehubah kuasa dua (x2) dan pemalar (c). pelbagai topik telah ditulis seperti operasi asas, persamaan, keluasan bulatan dan segitiga serta isipadu piramid dan kon. Buku yang ditulis khusus mengenai pembahagian harta pusaka ialah al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr Wa al-Muqabalah. Aksiom Beliau mula-mula mengurangkan persamaan (linear atau kuadratik) kepada salah satu daripada enam bentuk standard (di mana b dan c adalah integer positif):
2

1. Squares equal to roots. 2. Squares equal to numbers. 3. Roots equal to numbers. 4. Squares and roots equal to numbers. 5. Squares and numbers equal to roots. 6. Roots and numbers equal to squares.

Contoh: Contoh: Contoh:


2

ax = bx
2

ax = b ax = b ax + bx = c
2

Contoh: Contoh: Contoh:

ax + c = bx
2

ax = bx + c,

Dengan membahagikan pekali segi empat dan menggunakan kedua-dua operasi alJabr (bahasa Arab: "memulihkan" atau "selesai") dan al-muqbala

("mengimbangi"). Al-Jabr adalah proses mengeluarkan unit negatif, akar dan kuasa dua daripada persamaan dengan menambah kuantiti yang sama kepada setiap pihak. Sebagai contoh, x2 = 40x - 4x2 dikurangkan kepada 5x2 = 40x. Al-muqbala adalah proses membawa kuantiti jenis yang sama ke sebelah yang sama persamaan. Sebagai contoh, x2 + 14 = x + 5 dikurangkan kepada x2 + 9 = x.

Aplikasi Aksiom Al-Khwarizmi kemudian menunjukkan bagaimana untuk menyelesaikan enam jenis standard persamaan. Dia menggunakan kedua-dua kaedah algebra penyelesaian dan kaedah geometri. Sebagai contoh untuk menyelesaikan persamaan x2 + 10x = 39, beliau menulis: Square and 10 roots are equal to 39 units. The question therefore in this type of equation is about as follows: what is the square which combined with ten of its roots will give a sum total of 39? The manner of solving this type of equation is to take onehalf of the roots just mentioned. Now the roots in the problem before us are 10. Therefore take 5, which multiplied by itself, gives 25, and an amount which you add to 39 giving 64. Having taken then the square root of this which is 8, subtract from it half the roots, 5 leaving 3. The number three therefore represents one root of this square, which itself, of course is 9. Nine therefore gives the square. Pembuktian geometrik dapat dilakukan dengan cara di bawah. Al-Khwarizmi mulai dengan mengandaikan sisi segiempat adalah x dan luas segiempat adalah x (gambar 1). Segiempat itu kita tambah dengan 10x yang dilakukan dengan menambahkan secara sama terhadap keempat sisinya, dimana masing-masing atau

dengan lebar x pada setiap sisinya (gambar 2). Bidang diarsir (Gambar 3) mempunyai luas x + 10x, dimana sama dengan 39. Kita lengkapkan agar bentuk segiempat menjadi lengkap dengan 4 segiempat kecil yang luasnya sama, masingmasing = . Luas segiempat (gambar 3) adalah 4 + 39 = 25 + 39 = 64.

Panjang sisi segiempat adalah asas 64 atau sama dengan 8. Apabila sisi segiempat adalah 8, dimana + x + atau x + 5 = 8, diperoleh x = 3. x

x Gambar 1

Gambar 2

39

Gambar 3 Al-Khwarizmi meneruskan kajian beliau algebra di Hisab al-Jabr w'al-muqabala dengan melihat bagaimana undang-undang aritmetik meliputi aritmetik untuk objek algebra. 3. Bidang Trigonometri dan Geometri Geometri merupakan cabang kedua dalam matematik. Geometri berasal daripada perkataan Yunani. Geo beerti bumi dan metri beerti sukatan. Ilmu geometri merupakan ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitude dan sifat-sifat ruang. Beliau telah mengkaji ciri-ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dari ruang. Selain itu, beliau telah menulis tentang kos, sin dan tan (trigonometri) dalam menyelesaikan persamaan, teorem segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat selari dan bulatan dalam geometri. Bukunya yang terkenal dalam bidang ini berjudul al-Jabr Wal Muqabalah. Ia terkandung mengenai penggunaan secans dan tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. 4. Bidang Astronomi dan Geografi Astronomi adalah ilmu falak iaitu tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, pemikiran dan tafsiran yang berkaitan dengan bintang. Al-

Khawarizmi dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja semasa pemerintahan Khalifah alMamun Bani. Semasa bertugas di perpustakaan istana, beliau telah menghasilkan dua makalah iaitu: Tentang alat daripada batu marmar (diberi nama ruhkamat) yang digunakan untuk mengenalpasti waktu solat berdasarkan perubahan bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan, mulai terbit matahari hingga terbenam. Tentang sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil astrolab.

Astrolab seperti Rajah 1 di bawah merupakan alat pelayaran yang boleh digunakan untuk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.

Rajah 1 Selain itu, beliau telah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan semula pandangan Ptolemy.

10

Rajah 2 Penghasilan peta dunia yang pertama juga dilihat satu sumbangan yang amat besar. Rajah 2 menunjukkan peta dunia yang telah dilakar oleh beliau. Selain itu, beliau juga telah menulis sebuah buku yang memuatkan segala ilmu daripada Sarjana Yunani yang berjudul arRubul Mamur. Buku ini ditulis semasa bertugas untuk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur garis lalitud dan longitud dengan tepat. Penciptaan Kalendar Yahudi merupakan satu lagi sumbangan beliau. Kalendar ini dengan tepat menggambarkan kitaran 19 tahun, 7 bulan dan kaedah-kaedah bagi menentukan hari, minggu dan bulan Tishri bermula. Beliau juga mengira selang antara Era Yahudi atau dengan penciptaan Adam dan era Selucdid yang bermula 1 Oktober, 312 Sebelum Masihi.

11

KESIMPULAN
Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana satu ketika dahulu umat Islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Hari ini budaya ilmu kurang menjadi budaya umat islam dan agak jauh terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan. Oleh itu janganlah diculaskan diri, sama-sama kita budayakan semula ilmu pengetahuan dalam hidup kita atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Al-Khawarizmi banyak berjasa kerana berjaya mengembangkan ilmu yang dimiliki untuk mencelikkan masyarakat dunia hari ini. Ini kerana, matematik dan astronomi hari ini amat penting jika ingin maju dalam kehidupan. Kini, bidang matematik di Malaysia seiring arus perdana seperti dibuktikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Kamel Ariffin kerana berjaya menghasilkan satu-satunya perisian komputer yang menggunakan sepenuhnya bantuan animasi untuk pembelajaran kalkulus sehingga mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa.

12

RUJUKAN
Abdul Latif Samian (1992), Sejarah Matematik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Rofa Ismail (1995), Sejarah Aritmetik dan Aljabar Islam, Universiti Pertanian Malaysia: Malindo Printers Sdn Bhd. Victor J. Katz (2004), A History of Mathematics (Brief Version), University of the District of Columbia: Pearson Education, Inc. J.J O'Connor dan E.F Robertson (1999). Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi http://www.gap-system.org/~history/Biographies/Al-Khwarizmi.html (19 Oktober 2011)

Mohamad Fuad Bin Haji Ishak (2006). Tokoh-tokoh Saintis Islam: Al-Khawarizmi & Sumbangan http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html (17 Oktober 2011)

13

También podría gustarte