Está en la página 1de 14

PENGENALAN

Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah. Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan. Tamadun manusia awal seperti Mesopotamia, Mesir dan Yunani telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu astronomi. Sehingga kurun ke-16 M teori Ptolemy adalah teras pengetahuan astronomi dan dapat mempengaruhi kajian astronomi Islam dan Eropah Barat. Pada zaman Abbasiyah, terutamanya Al-Mansur, karya-karya astronomi terutamanya tulisan Ptolemy telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan kajian astronomi telah mencapai kemuncak dengan sumbangan al-Biruni. Karya beliau juga diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan dapat mempengaruhi ahli astronomi Barat. Semangat Renaissance yang menggalakkan rasionalisme dan pengujikajian

(experimentation) akhirnya berjaya membawa kepada suatu revolusi dalam pengetahuan astronomi dengan penolakan sistem astronomi Ptolemy dan permulaan sistem astronomi Copernicus. Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan

semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat. Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni.

LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN

Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Samani dan kitab Mujam al-Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi).1 Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.

Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian.

Mohd Nor Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Perpustakaan Negara Malaysia, Farhus Enterprise, Selangor . (2011). Hlm: 327.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi. Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

Sumbangan

1) Pendidikan

Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasail al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani

serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.

2) Ahli Astronomi Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu: Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Masud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undangundang) Sinaat al-Tanjim (Seni Astronomi). Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut. 1. Teori alam semesta Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa, Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain

itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips. 2. Kosmogeni Walaupun Qanun al-Masudi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat. 3. Teori geosentrik Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu. AlBiruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.2 4. Kalender dan kronologi Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Tabir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan tentang terbitnya fajar. Qanun al-Masudi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat
2

Ali Mohamad. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. (2001).

tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.3 5. Matahari Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut: (a) Sifat fizikal Matahari Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar. (b) Gerakan tahunan AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit. (c) Panjang tahun solar (tropika) Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat. Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari
3

Mohd Nor Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Perpustakaan Negara Malaysia, Farhus Enterprise, Selangor . (2011). Hlm: 329.

dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.

(d) Fajar dan senja Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lamat mengenai perkara ini.4 3) Sebagai ahli sains Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik. 1. Trigonometri sfera Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid Ilm al-Haiah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami al-Tarq al-Sairah fi Marafah Awtar al-Dairah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi
4

Azhar Hj. Mad Aros. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2004.

pengolahan yang lebih baik.

Karangan Qanun al-Masudi yang berkaitan dengan

trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisisisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudutsudut yang berganda. Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu. sinA=sinB=sinC a b c

Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum. 2. Aritmetik orang India Di samping trigonometri sfera, Al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu.5 Antaranya ialah, (a) (b) (c) (d) Rashikat Kaedah al-Hind aritmetik yang iaitu berbeza Zodiak dalam di Brahma India Siddhant

Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik. Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.

3. Cahaya dan bunyi Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran
5

Mohd Nor Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Perpustakaan Negara Malaysia, Farhus Enterprise, Selangor. (2011). Hlm: 329,

membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja kala bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan alBiruni ini sama dengan penemuan moden. 4. Graviti Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.6 5. Ketumpatan Beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti berikut:

Azhar Hj. Mad Aros. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2004.

Bahan

Ukuran dengan emas

Ukuran dengan raksa 19.05 13.59 8.83 8.58 7.74 11.29

Moden

Emas Raksa Tembaga Loyang Besi Plumbum

19.26 13.74 8.92 8. 67 7.82 11.40

19.26 13.59 8.85 8.40 7.79 11.35

Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana beliau berjaya membuat ukuran tepat. 6. Mekanik Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan Al-Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau sungai. 7. Berat dan ukuran Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.

8. Geografi, geodesi dan stratografi Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang geografi. Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pengunungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir.

Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India.7 Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat alAmakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud dan longitud serta membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi menaksirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu. Daripada AlBiruni kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa. Daripada apa yang kita lihat tentang tokoh yang telah di kaji ini, kita boleh menjadikan beliau sebagai satu tokoh untuk dijadikan sebagai rujukan bagi membentuk masyarakat Malaysia. Seperti yang kita ketahui Al-Biruni telah menjalankan kajian tentang agama Hindu. Daripada ini kita dapat lihat bahawa walaupun beliau berlainan agama, beliau masih membuat kajian tentang agama yang lain. Jadi di sini, kita dapat lihat bahawa beliau mempunyai sifat toleransi dalam pelbagai agama. Keadaan ini adalah sama dengan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan juga pelbagai agama. Oleh itu kita perlu mempunya sifat toleransi kepada bangsa lain yang menganuti agama lain.
7

Mustafa Haji Daud. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 1993.

Selain itu, kita juga dapat melihat tentang sifat kecekalan beliau dalam mempelajari ilmu yang diminati beliau. Walaupun beliau telah dipenjarakan, beliau masih meneruskan pembelajaran beliau dalam mendalami ilmu yang diminati oleh beliau. Dengan ini, kita dapat lihat tentang sifat kegigihan dan kecekalan beliau dalam mempelajari ilmu walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran. Jadi masyarakat di negara boleh mencontohi sifat beliau bagi mendalami ilmu pengetahuan.

KESIMPULAN

Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah (1984). Sejarah Dan Pemikiran Islam. Selangor : Penerbitan Pena Sdn. Bhd. Ahmad Shalaby (1970). Sejarah Dan Kebudayaan Islam. Singapura: Pustaka Nasional. Ali Mohamad. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Amin, Husayn Ahmad, (1995). Seratus Tokoh Dalam Sejarah Islam, terj oleh Bahruddin Fannani, Bandung : Remaja Rosda Karya,

Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hamka (1980). Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Hashim Bin Haji Musa, Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Mohd Nor Jusoh, (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Perpustakaan Negara Malaysia, Farhus Enterprise, Selangor. Mustafa Haji Daud. (1993). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Yatim, Badri, (1997) Historiografi Islam, Ciputat : Logos Wacana Ilmu.

También podría gustarte