Está en la página 1de 3

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 83000 BATU PAHAT, JOHOR

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM) TUGASAN ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH BAGI PGSR SEM ENAM TAHUN 2011 (AMB NOV 2008) SEMESTER: JUN NOVEMBER 2011
ELM3103 Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah

SOALAN TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian ringkas tentang pelaksanaan aktiviti Pendidikan Moral di sekolah anda dengan membuat laporannya berdasarkan skop-skop di bawah dengan mengemukakan bahan sokongan yang berkaitan. a. b. c. d. e. Organisasi pengurusan kurikulum Pendidikan Moral di sekolah dan; Objektif Pendidikan Moral secara umum dan kaitannya dengan pencapaian moral pelajar di sekolah dan ; Aktiviti pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah dan; Aktiviti penyelarasan kurikulum dan pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah serta; Meneliti kekuatan dan kelemahan yang ada dan cadangan penambahbaikan anda bagi meningkatkan peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara. PANDUAN DAN ARAHAN AM: o Tugasan ini merupakan tugasan projek bagi ELM 3103 dengan wajaran 50% markah. 50% markah lagi diperolehi semasa peperiksaan akhir Semester 6 pada bulan Disember 2011 nanti.

o Saudara/i dikehendaki menyediakan tugasan ini mulai 16hb September 2011 dan menghantarkan hasil tugasan kepada alamat di bawah sebelum 21hb Oktober 2011. (Tempoh masa lebih dari sebulan diberikan kepada saudara/i dengan mengambil kira masalah perhubungan/komunikasi dari penyelaras matapelajaran kepada para pelajar ) o Alamat Penghantaran adalah seperti berikut : M. Asrar bin Sidon (Ketua Kursus ELM 3103) Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Tun Hussein Onn, KM 7.75, Jln Kluang, Karung Berkunci 524, Batu Pahat, Johor (Tel : 07-4323271) o Tugasan ini merupakan tugasan individu. Hasilan tugasan hendaklah dalam 2 bentuk iaitu; i- berbentuk esei dan ii-persembahan powerpoint yang dapat menjelaskan kandungan esei anda dengan ringkas. o Tugasan esei ini hendaklah ditaip menggunakan font arial saiz 12 dengan langkau baris (line spacing) 1.5, saiz kertas A4 dengan nombor muka surat (page number) dinyatakan. o Maksud bahan-bahan sokongan ialah sebarang rekod atau dokumen, gambar bercetak, transkripsi temubual dan sebagainya. o Setiap pelajar perlu menghantar kedua-dua bahagian tugasan (hard copy dan soft copy) kepada pensyarah mengikut tarikh yang telah ditetapkan o Tugasan anda akan dinilai berdasarkan keupayaan anda menjawab dan memberikan maklumat yang diperlukan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan o Panduan untuk menyiapkan tugasan keseluruhan: a. Kulit depan tajuk; nama penuh; k.p.; opsyen; ambilan; ... b. Biodata diri pengenalan diri c. Jadual kerja proses kerja dan tarikh pelaksanaan d. Pendahuluan e. Isi kandungan f. Rumusan / kesimpulan g. Persembahan powerpoint juga perlu dicetak dalam format handout dengan 6 slides per page

h. Refleksi refleksi tentang tugasan, mata pelajaran Pendidikan Moral, tajuk-tajuk kuliah, dsb... i. Rujukan nyatakan semua sumber (buku; artikel; internet; ... j. Serah tugasan anda pada atau sebelum: Hari Jumaat 21 Oktober 2011

También podría gustarte