Está en la página 1de 5

BAB 1

PENGENALAN

1.1PENDAHULUAN Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.

Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.

Kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan yang memberi penekanan kepada pelajar-pelajar terutama mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akademik akan diberi keutamaan dan ianya selaras dengan sistem meritrokrasi bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Di dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kegiatan kokurikulum dan faktor yang menghalang penglibatan pelajar untuk menyertainya.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan, persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.

Oleh yang demikian kajian ini dijalankan kerana tiada lagi penyelidik yang membuat kajian ke atas pelajar-pelajar yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kokurikulum khususnya aktiviti sukan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Masa kini, ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program-program yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar

yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri.

Terdapat juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian terbahagi kepada dua bahagian:

1.Objektif Am Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penglibatan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung dalam kokurikulum.

2.Objektif Kursus I.Mendapat input tentang tahap kokurikukum di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung.

II.Mengenal pasti faktor-faktor yang mengekang penglibatan pelajar dalam kokurikulum. III.Menganalisis respons pelajar tentang punca-punca kurangnya minat dalam aktiviti kokurikulum. IV.Mendapatkan cara ataupun langkah terbaik untuk mengatasi kekurangan minat pelajar dalam kokurikulum.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk menjawab 4 persoalan iaitu:

1.Apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum? 2. Sejauh manakah pemahaman dan komitmen warga sekolah terhadap kokurikulum? 3. Sejauh manakah persefahaman antara penasihat dan pelajar tentang bagaimana kokurikulum harus dilaksanakan? 4, Bagaimanakah minat pelajar dalam kokurikulum dapat dipupuk?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidik berupaya mendapatkan gambaran tentang komitmen guru-guru dan pihak pentadbir sekolah dalam menjayakan program yang berfaedah ini. Maklumat yang diperoleh ini juga digunakan untuk memikirkan cara sebaiknya yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah dalam membantu mempertingkatkan lagi penyertaan pelajar dan kualiti program kokurikulum di sekolah. Hal ini dapat dilakukan dengan mengadakan tindakan susulan seperti mengadakan strategi-strategi menggalakkan penyertaan

murid dalam aktiviti kokurikulum, mengadakan kursus di peringkat dalaman dan memberikan motivasi secara berterusan kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Di samping itu, daripada maklumat yang diperoleh melalui soalselidik ini kita akan dapat melihat masalah atau kekangan yang dihadapi oleh pelbagai pihak dalam merealisasikan usaha ini. Semoga maklumat yang berjaya dikumpul mampu dijadikan

panduan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah dan menjadi asas dalam menjayakan pelbagai program lain pada masa akan datang.

Akhir sekali, masyarakat pendidik juga akan dapat melihat pandangan dan saranan yang diberikan oleh pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini dalam usaha untuk mempertingkatkan perlaksanaannya.

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah terhad kepada pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung sahaja. Kalangan pelajar ini, hanya seramai 69 orang responden sahaja yang terlibat.

Kajian ini juga terbatas dalam membuat kajian terhadap pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung kerana batasan masa, kos dan tenaga yang terhad. Selain itu, ketepatan kajian adalah berdasarkan kejujuran respondan menjawab soalan dalam borang soal selidik yang disediakan oleh penyelidik.

También podría gustarte