Está en la página 1de 5

Agama Hindu Agama Hindu adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India.

Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini diperkirakan muncul antara tahun 3102 SM sampai 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini. Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia setelah agama Kristen dan Islam . Keyakinan Agama Hindu Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, yakni: 1. Widhi Tattwa - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya 2. Atma Tattwa - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk 3. Karmaphala Tattwa- percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan 4. Punarbhava Tattwa - percaya dengan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi) 5. Moksa Tattwa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia Pustaka suci Hindu meliputi banyak aspek keagamaan, tradisi, tuntunan hidup, serta aliran. Umat Hindu meyakini akan kekuasaan Yang Maha Esa, yang disebut dengan Bhraman dan memuja Brama, Visnu atau Siwa sebagai perwujudan Brahman dalam menjalankan fungsi sebagai pencipta, pemelihara dan pelebur alam semesta. Weda Weda merupakan kitab suci yang menjadi sumber segala ajaran agama Hindu. Weda merupakan kitab suci tertua di dunia karena umurnya setua umur agama Hindu. Weda berasal dari bahasa sanskerta. Bhagawadgita Bhagawadgita merupakan suatu bahagian dari kitab Bhismaparwa, yakni kitab keenam dari seri Astadasaparwa kitab Mahabharata, yang berisi percakapan antara Sri Kresna dengan Arjuna menjelang Bharatayuddha terjadi. Diceritakan bahwa Arjuna dilanda perasaan takut akan kemusnahan Dinasti Kuru jika Bharatayuddha terjadi.

Purana adalah bahagian dari kesusasteraan Hindu yang memuat mitologi, legenda, dan kisah-kisah zaman dulu. Kata Purana berarti "sejarah kuno" atau "cerita kuno". Penulisan kitab-kitab Purana diperkirakan dimulai sekitar tahun 500 SM. Itihasa adalah suatu bagian dari kesusasteraan hindu yang menceritakan kisah kepahlawanan para raja dan kesatria Hindu pada masa lampau dan dikombinasikan dengan filsafat agama, mitologi, dan cerita tentang makhluk supranatural, yang merupakan manifestasi kekuatan Brahman. Kitab Itihasa disusun oleh para Resi dan pujangga India masa lampau, seperti misalnya Resi Walmiki danResi Byasa. Itihasa yang terkenal ada dua, yaitu Ramayana dan Mahabharata.

AGAMA HINDU DAN PENERAPAN NILAI MORAL Dharma ( tanggungjawab ) Segala tugas dan tanggungjawab dengan sempurna serta amanah. Ahimsa ( kasih sayang ) Tiada kekejaman terhadap sebarang mahluk sama ada manusia atau binatang. Dhruthi ( keberanian dan ketetapan ) Berani dan mempunyai hati yang tetap untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan. Kahamaa ( timbang rasa, baik hati ) Bertimbang rasa dan baik hati terhadap semua orang serta binatang.

Damo ( mengawal fikiran ) Tidak bertindak dengan sesuka hati atau Mengikut perasaan yang mungkin menyebabkan kecederaan, kecelakaan dan apa- apa yang tidak baik keypad orang lain.

Stheyam ( tidak tamak ) Hidup sederhana dan tidak tamak untuk memperoleh kebahagian, sebaiknya akan berasa sedih dan terseksa jika selalu tamak dan bersifat kebendaan.Oleh itu, individu mesti hidup Mengikut kemampuan sahaja. Vidyaa ( ilmu & pandangan rohani ) Menggunakan ilmu yang diperoleh untuk mencapai kerohanian dan kemakmuran dalam kehidupannya.

Showcha (kebersihan) Kebersihan dari segi mental dan Fizikal. Mindriya nigraham (mengawal perasaan) Mengawal perasaan supaya dapat bertindak sengan rasional. Dheer (Membentuk fikiran yang tetap) Saling baerkait dengan nilai mengawal perasaan dengan kedua- dua nilai ini individu dapat bertindak secara rasional. Maakkrodha (keseimbangan) Keseimbangan dari semua segi seperti emosi, jasmani dan rohani. Ssthya (mencintai kebenaran) Bercakap ,Berfikir dan bertindak dengan benar. Jika tidak berbuat demikian , individu akan berasa sesatdan mungkin jalan salah.

Tokoh Tempatan

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun1919 - 18 Mei1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia. Kerjaya Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun. Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society). Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

Beliau seorang insan moral dan mengamalkan nilai moral 1. Bersatupadu 2. Bertanggunjawab membangunkan taraf kaum india 3. Sikap Kerohanian 4. Keberanian 5. Bertolak ansur

Kepentingan atau fungsi peraturan masyarakat dalam pembentukan insan yang bermoral membolehkan masyarakat : 1. Mempertingkatkan mutu hidup manusia. 2. Mengembangkan intelek manusia supaya ia berfungsi dengan efektif. 3. Melindungi nyawa manusia dan membenarkan mereka terus hidup. 4. Mempertahankan hak asasi dan kebajikan manusia. 5. Mengelakkan keruntuhan akhlak dan sistem moral dalam masyarakat. 6. Menstabilkan keadaan dan suasana masyarakat. 7. Menjaga keamanan masyarakat. 8. Mewujudkan dan memelihara rukun sosial (social order). 9. Memelihara keamanan masyarakat dengan suasana yang harmonis. 10. Menjimatkan masa dan tenaga individu dalam masyarakat semasa melakukan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri dan orang lain. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk semua orang mematuhi semua peraturan masyarakat.

También podría gustarte