Está en la página 1de 4

150

OUM
TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

10.1.1 Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual


Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) berikut merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai.
Rajah 10.2: Contoh pelan Bilik Seni 151

OUM
TOPIK 10PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Rajah 10.3: Bilik Seni saiz bilik darjah

10.1.2 Buku Stok dan Senarai Inventori


Pengendalian buku stok merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni dan menjadi tanggungjawab guru kanan mata pelajaran Pendidikan Seni untuk menguruskannya dengan sempurna dan kemaskini. Perkara-perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:
152

OUM
TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(a) Semuaalat/bahan yang dibeli hendaklahdicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruangruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. (b) Dua buah buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkanbutir-butir alat/bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat/bahan habis guna. Setiap jenis alat/bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan berbuat demikian, maka ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. (c) Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat/bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

10.1.3 Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual Dari Aspek Fizikal, Emosi dan Sosial
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran. (a)Aspek fizikal
Rajah 10.4: Bilik Seni Sumber: http://www.brookfieldschool.co.uk/images/Art/art_room.jpg

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalahbersih, susunan perabot adalahteratur dansesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (i)Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. (ii)Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
153

OUM
TOPIK 10PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. (iv)Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk

dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid. (v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (b)Aspek Sosial
Rajah 10.5: Murid berinteraksi Sumber: http://www.blackrockps.vic.edu.au/about_brps/Tour_art.html

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat: (i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid; (iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan (v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.
154

OUM
TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(c)Aspek Emosi
Rajah 10.6: Guru mengajar kelas seni Sumber: http://dragons1.k12.ar.us/dragons/WCOBBWEB/art%20class.jpg

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramahdan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan: (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; (ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; (iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan (iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

10.2 PENGURUSAN ALAT DAN BAHAN SERTA BAHAN RUJUKAN


10.2.1 Prosedur Pengurusan Alat dan Bahan
Anda boleh menggunakan prosedur berikut untuk pengurusan alat dan bahan dalam bilik pendidikan seni: 1. Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan. 2. Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah. 3. Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkannya.

Upload a Document

Search Documents

También podría gustarte