Está en la página 1de 21

BIIL. 01. 02. 03. 04.

PERKARA
Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Laporan Kajian: a. Biodata Bapa b. Biodata Ibu c. Biodata Saya d. Biodata Adik ( 1 ) e. Biodata Adik ( 2 ) f. Biodata Datuk ( sebelah bapa ) g. Biodata Nenek (sebelah bapa ) h. Biodata Datuk ( sebelah ibu ) i. Biodata Nenek ( sebelah ibu ) j. Butir-butir saudara terdekat sebelah ibu dan bapa k. Salasilah Keluarga l. Tokoh Pilihan dalam Keluarga m. Peristiwa Bersejarah

HALAMAN
3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 12 13 13 14 - 15 16 17 18

05.
a. b. c. d. e. f.

Lampiran: Salinan kad pengenalan Salinan sijil kelahiran adik adik Salinan sijil pernikahan ibu bapa Sijil sijil diri saya Gambar gambar keluarga Soalan temu ramah

19 20 21 - 22 23 24 29 30 31 32

06. 07.

Rumusan Senarai Semak Tugas

33 34

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Encik R. Ramesh yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya Encik Mohd Fauzi bin Shaari dan Puan Nor Hafizah bt. Abdul Kadir yang turut membantu untuk menyiapkan kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan Kerja Kursus ini memerlukan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya seperti Hani Iyliani bt. Abdul Hadi, Damia Faiqah bt. Shahbodin dan Anis Asmidar bt.Junid kerana telah membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. Mereka juga telah membetulkan kesalahan dan ejaan dalam membuat kajian ini.

Saya dapat mengetahui lebih banyak perkara tentang latar belakang keluarga saya contohnya tarikh lahir, salasilah keluarga saya, salasilah keluarga ibu saya, salasilah bapa saya dan sebagainya. Di samping itu juga, saya dapat mewujudkan lebih komunikasi antara saya dengan keluarga saya dengan lebih rapat dan lebih erat antara satu sama lain. Saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya dengan ahli-ahli keluarga saya dengan lebih rapat dan menegur satu sama lain. Sedikit sebanyak saya juga dapat mengetahui sejarah mengenai keluarga saya, asal-usul saya, keturunan saya dan sebagainya. Selain itu, saya dapat menambah pengalaman dalam menyedia dan membuat kerja kursus ini yang diberi oleh guru saya.

Bagi kaedah yang pertama, saya telah menemuramah beberapa orang dalam ahli keluarga saya untuk menceritakan dengan lebih lanjut mengenai sejarah dan latar belakang keluarga saya. Bagi kaedah yang kedua, saya telah membuat pemerhatian dengan melihat foto-foto dari album keluarga saya bagi mengenal pasti setiap ahli keluarga saya. Saya juga melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka. Bagi kaedah yang terakhir, saya telah melihat, mengkaji dan mengambil beberapa dokumen yang ada mengenai maklumat sejarah keluarga saya.

Nama bapa saya ialah Mohd Fauzi bin Shaari. Beliau berusia 41 tahun. Beliau dilahirkan pada 17 Februari 1969 di 618 , Mukim A, Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang. Bapa saya bekerja sebagai Excecutive Document Controller di Syarikat Sapura Secured Technologies di TUDM Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang. Hobi bapa saya ialah membaca pelbagai jenis bahan bacaan, menonton televisyen dan melayari internet. Bapa saya merupakan anak kelima daripada enam adik beradik. Makanan kegemaran bapa saya ialah sup dan minuman kegemarannya ialah barli ais. Warna kegemaran bapa saya pula ialah warna biru.

Nama ibu saya ialah Nor Hafizah bt. Abdul Kadir. Ibu saya berumur 40 tahun. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1970 di 20, Mukim B, Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Hobi beliau ialah memasak dan membaca novel. Beliau mendapat pendidikan sehingga STPM dan melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Ibu saya merupakan anak sulung daripada enam adik beradik. Makanan kegemaran ibu saya ialah masakan kampung dan minuman kegemaran beliau ialah teh ais dan nescafe. Warna kegemaran ibu saya ialah merah dan ungu.

Nama saya ialah Nur Fatin Firzanah binti Mohd Fauzi. Saya dilahirkan pada 13 Februari 1997 di Hospital Bersalin Pulau Pinang, Pulau Pinang. Saya tinggal di 82, Lorong Teja 6/2, Bandar Perdana, 08000, Sungai Petani, Kedah. Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang (2004 2006 ), Sekolah Kebangsaan TUDM Subang ( 2006 2009 ), dan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah ( 2009 ). Sekarang, saya bersekolah di Sekolah Menengah Pengkalan Lebai Man. Cita cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor pakar bedah. Hobi saya ialah melayari internet jika ada kelapangan waktu. Kawan karib saya ialah Hani Iyliani bt Abdul Hadi, Damia Faiqah bt. Mohamad Shahbodin dan Anis Asmidar bt Junid. Makanan kegemaran saya ialah spaghetti dan masakan ibu saya. Minuman kegemaran saya pula ialah teh ais dan cappuccino. Saya sangat menggemari warna jingga. Subjek kegemaran saya pula ialah Bahasa Inggeris.

Nama penuh adik saya ialah Nur Farah Wahida bt. Mohd Fauzi. Nama panggilannya ialah Farah, Wahida atau Ida. Adik saya berusia 11 tahun. Adik saya dilahirkan pada 30 Julai 1999 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Hobi adik saya ialah melayari internet dan mendengar lagu rentak terkini dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor yang berjaya. Adik saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang paa tahun 2006. Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan TUDM Subang (2006 hingga 2009), Sekolah Kebangsaan Bertam Indah dan kembali bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang. Adik saya merupakan anak yang kedua daripada tiga adik-beradik. Makanan kegemaran adik saya ialah nasi goreng cina dan masakan ibu. Minuman kegemarannya ialah sirap limau, teh o ais dan nescafe. Warna kegemarannya ialah kuning dan hijau.

Nama penuh adik bongsu saya ialah Nur Farzana Hazwani bt. Mohd Fauzi. Adik saya berumur 7 tahun. Dia dilahirkan pada 15 April 2003 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Hobi adik saya ialah bermain basikal bersama rakanrakannya dan bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis apabila dewasa kelak. Adik saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang. Adik saya merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Makanan kegemaran adik saya ialah nasi paprika dan masakan ibu. Minuman kegemarannya ialah milo ais. Warna kegemarannya pula ialah merah jambu, merah dan ungu.

Nama datuk saya ialah Shaari bin Yahaya. Allahyarham dilahirkan di Sungai Pinang dan meninggal dunia pada tahun 5 Disember 1998. Allahyarham ialah seorang peniaga kedai kopi. Allahyarham anak yang kedua daripada empat adik- beradik. Makanan kegemarannya ialah nasi ayam dan minuman kegemaran Allahyarham ialah kopi o.

Nama nenek saya ialah Ramlah binti Ahmad. Allahyarhammah dilahirkan di Teluk Bahang, Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 19 Januari 1991. Allahyarhammah tidak bekerja. Allahyarhammah seorang suri rumahtangga. Allahyarhammah anak yang kelima daripada enam adik- beradik.

Nama datuk saya ialah Abdul Kadir bin Hashim. Beliau dilahirkan pada 27 March 1944 di Permatang Pasir, Balik Pulau, Pulau Pinang. Datuk saya merupakan seorang pesara tentera darat. Hobi datuk saya ialah berkebun dan menternak ayam. Datuk saya anak yang ketiga daripada tujuh adik beradik. Makanan kegemaran datuk saya ialah gulai dan minumannya ialah kopi susu. Warna kegemarannya ialah warna biru.

Nama nenek saya ialah Faridah binti Haji Sulaiman. Allahyarhammah dilahirkan pada 16 March 1947 dan telah meninggal dunia pada 10 Oktober 2002 akibat serangan jantung. Allahyarhammah tidak bekerja. Allahyarhammah seorang suri rumahtangga. Hobinya ialah memasak, menjahit baju, berkebun dan menternak ayam. Allahyarhammah ialah anak yang kedua daripada sebelas adik- beradik. Makanan kegemarannya ialah sambal tumis, ulam-ulaman dan gulai. Minuman kegemarannya ialah nescafe. Allahyarhammah menyukai warna-warna yang lembut.

BIL.
01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09. 10.

NAMA
Noraini bt Shaari Ruslan bin Shaari Shaariyah bt Shaari Halijah binti Shaari Md Noor b. Shaari Mohd Zurairi bin Yusof Mohd Zurizan bin Yusof Mass Syazwani bt. Mass Ariff Rosnani binti Ruslan Alia Nabila bt. Md Noor

HUBUNGAN
Ibu saudara Bapa saudara Ibu saudara Ibu saudara Bapa saudara Sepupu Sepupu Sepupu Sepupu Sepupu

PEKERJAAN
Suri rumahtangga Anggota polis Suri rumahtangga Pekerja industri Pembantu Perubatan Pekerja industri Anggota Bomba Kerani Guru Pelajar

UMUR
53 tahun 50 tahun 48 tahun 44 tahun 37 tahun 30 tahun 29 tahun 21 tahun 23 tahun 6 tahun

BIL.
01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09. 10.

NAMA
Nor Hanisah bt. Abdul Kadir Mohd Zulfikar bin Abdul Kadir Mohd Zulfatar bin Abdul Kadir Nor Hazirah binti Abdul Kadir Noor Hamizah binti Abdul Kadir Syed Hasrul Nisham Siti Rosmini bt. Harun Nur Adila Syafina bt. Rozhan Muhammad Syazwan bin Rozhan Ameer Zullutfil Hadi bin Mohd Zulfikar

HUBUNGAN
Ibu saudara Bapa saudara Bapa saudara Ibu saudara Ibu saudara Bapa saudara Ibu saudara Sepupu Sepupu Sepupu

PEKERJAAN
Kerani TNB Pensyarah PolyTech MARA Pekerja di MPPP Jururawat gigi Kerani Akaun Pembantu X-ray Guru Pelajar Pelajar Pelajar

UMUR
38 tahun 35 tahun 29 tahun 29 tahun 24 tahun 32 tahun 35 tahun 13 tahun 10 tahun 7 tahun

Bapa saya yang bernama Mohd Fauzi bin Shaari boleh dijadikan sebagai tokoh keluarga saya. Bapa saya boleh dikatakan sebagai seorang yang serba boleh, banyak sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa pun yang mustahil dalam hidup ini, asalkan kita mempunyai keyakinan diri bahawa apa yang kita lakukan akan menuju kejayaan. Beliau juga berkata bahawa kejayaan itu tidak senang untuk dicapai, kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa pun demi masa depan kita. Bapa saya tidak pernah berkirai untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada adikberadik saya. Bapa saya sering memberi nasihat dan dorongan kepada kami supaya kami dapat mencapai kejayaan yang cemerlang bagi masa depan kami. Walaupun bapa saya bersikap tegas, tetapi beliau amat penyayang orangnya. Beliau juga selalu bergurau dengan keluarganya. Tetapi, ada satu masa beliau akan bersikap tegas dan garang.

KENANGAN MANIS
Kenangan manis bagi saya ialah apabila kami sekelurga dapat berkumpul bersama di dalam satu rumah. Kami dapat makan bersama dan tinggal bersama. Pada 31 Ogos 2010, kami sekeluarga dapat berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga sebelah bapa saya di kampung. Itu adalah peristiwa yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Tahun ini juga merupakan tahun yang tidak akan saya lupakan kerana tahun ini kami sekeluarga selalu berkumpul.

KENANGAN PAHIT
Perkara yang tidak akan saya lupakan ialah apabila saya terpaksa berpisah dengan tiga orang yang merupakan kawan baik saya sewaktu saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Mereka merupakan kawan baik saya iaitu Hani Iyliani bt. Abdul Hadi, Damia Faiqah bt. Shahbodin dan Anis Asmidar bt. Junid.

BIL.

TARIKH

PERKARA

ADA (/)

TANDATANGAN GURU

1 2 3 4 5 6 7

Taklimat kerja kursus Mengenal pasti sumber maklumat Menyediakan soalan temuramah Mendapatkan maklumat Menyusun maklumat Menyiapkan laporan Menghantar tugasan

Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah yang berlaku dalam keluarga saya. Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain. Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Kajian ini juga dapat meningkatkan minat saya dalam mata pelajaran Sejarah yang sebelum ini saya tidak begitu meminatinya.

También podría gustarte