Está en la página 1de 6

PENGENALAN UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal

berasaskan kesihatan. Tujuannya adalah untuk menguji daya ketahanan fizikal

seseorang individu dalam jangka masa yang panjang. Daya tahan kardiovaskular

bermaksud keupayaan sistem peredaran darah dan sistem jantung membekalkan

oksigen kepada individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Ia juga

merangkumi penguncupan otot besar yang memerlukan penyesuaian dengan sistem

peredaran respirasi. Dari aspek fisiologi iaitu dari sudut kecekapan, daya tahan dan

keupayaan maksimum merupakan pengukuran fungsi kardiorespiratori. Faria (1970)

menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran dengan ketinggian intensiti

latihan yang dilakukan oleh individu, iaitu semakin tinggi tahap latihan yang dilakukan

semakin tinggi tahap kecergasannya.

Ia bertujuan untuk member satu anggaran ukuran yang boleh dipercayai tentang

keupayaan aerobik atau keupayaan pengambilan oksigen yang digunakan. Ujian ini

tidak memerlukan kelengkapan makmal yang mahal. Ujian seperti ini boleh dijalankan

terhadap semua peringkat umur dan kumpulan yang besar serta boleh diuji dalam satu

masa.

Bagi mencapai tahap kecergasan ini, setiap individu perlu melaksanakan aktiviti-

aktiviti fizikal mengikut kemampuan dan kaedah masing-masing. Mereka yang

mempunyai tahap kecergasan tinggi khususnya kecergasan kardiovaskular akan

terhindar dari pelbagai masalah. Misalnya penyakit-penyakit jantung, tekanan darah


tinggi, diabetes dan lain-lain lagi. Menurut Jackson dan Pollock (1973), melalui aktiviti-

aktiviti kecergasan ini, individu dapat mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan

dengan ketegangan mental, gangguan fikiran, sakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit

otot dan sakit belakang.

Selaras dengan penjelasan tafsiran tersebut, Sharkey (1990) menyatakan

bahawa kecergasan fizikal merupakan aspek-aspek yang berkait dengan prestasi

jantung, peparu dan otot-otot badan. Selain itu, disebabkan kecergasan fizikal

melibatkan perlakuan manusia pastinya ia mempengaruhi kualiti minda seperti

kesedaran minda dan kestabilan emosi.


PROSEDUR UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

 Gunakan trek larian sejauh 2.4km samada di jalan raya atau di balapan

 Pada hari ujian,peserta tidak seharusnya melakukan aktiviti fizikal yang lain dan
tidak seharusnya makan atau merokok 2 jam sebelum menjalani ujian.

 Sebelum melakukan aktiviti latihan daya tahan kardiovaskular,aktiviti


memanaskan badan adalah amat penting. Contoh cara memanaskan badan
ialah dengan berjalan pantas atau berlari setempat dan diikuti dengan aktiviti
regangan. Aktiviti regangan boleh membantu mengelakkan kecederaan pada
otot, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan suhu otot selain
meningkatkan fleksibiliti dan pergerakan sendi-sendi pada julat pergerakan yang
optimum.

 Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan dan subjek mula berlari apabila mendapat
isyarat mula.

 Pelari A akan berlari dan pelari B (pasangan pelari A) mencatat pusingan jika
pelari A berlari di balapan. Jika di jalan raya masayang terbaik dicatat selepas
larian.

 Selepas pelari A berlari, Pelari B akan berlari di balapan di


mana pasangannya pula (Pelari A) mencatat bilangan pusingan
dan catatan masa setelah tamat

 Penyejukkan badan hendaklah diberi perhatian selepas ujian dijalankan. Bagi


mengelakkan pengumpulan darah di bahagian kaki dan kekurangan darah
kembali ke jantung seharusnya berjalan selama lebih kurang 5 minit supaya
dapat membantu pengambilan darah untuk pemulihan.
PENGENALAN UJIAN PACER

Ujian PACER yang diperkenalkan pada tahun 1988 masih dianggap kurang

penggunaannya walaupun kesahan yang dilaporkan oleh Leger dan Lambert adalah

tinggi, iaitu .71 (Liu, Plowman, dan Looney, 1992). Ringkasan daripada Progressive

Aerobic Cardiovascular Endurance Run. Juga dikenali dengan Ujian Bleep atau 20-

meter lari ulang-alik (20-meter Multistage Shuttle Run). Terdapat 21 peringkat, dan

masa untuk larian 20 meter yang pertama ialah sembilan saat. Kelajuan meningkat

mengikut peringkat. Ujian PACER ini digunakan bagi mengukur kecergasan

kardiorespiratori pelajar-pelajar di negara ini. Pelajar-pelajar juga boleh mengetahui

kedudukan dan pencapaian masing-masing.


Prosedur Ujian PACER.

 Menggunakan seorang pembantu terlatih untuk mencatat skor.

 Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pembantu menolong


mencatat bilangan pusingan yang dicapai oleh pasangannya dalam borang yang
disediakan

 Hanya 15 hingga 20 sahaja yang dibenarkan berlari pada setiap sesi ujian. Untuk
keselesaan dan menghindarkan gangguan sewaktu larian, jarak antara subjek
ditetapkan sekurang-kurang satu meter.

 Bagi menentukan ketepatan masa, pita kaset yang digunakan hendaklah


dikalibrasikan melalui Ujian Jeda Seminit yang disediakan di permulaan pita
kaset.

 Jika timing bunyi bip dari pita kaset tersebut tidak menepati masa, pita kaset
tersebut hendaklah ditukar dengan yang lain

 Penguji hendaklah memastikan suara dari perakam kaset tersebut kuat dan
boleh didengar oleh semua subjek.

 Selepas memanaskan badan, subjek yang bersedia dikehendaki berdiri di


belakang garisan permulaan.
 Larian bermula sebaik sahaja arahan ‘begin’ selepas countdown 5, 4, 3, 2, 1,
kedengaran.

 Subjek dikira terkeluar daripada ujian sekiranya tidak sampai ke garisan sebelum
bip berbunyi, dua kali berturut-turut.
 Skor dicatat dalam kiraan lap (ulangan).

 Subjek dikehendaki melakukan aktiviti kelonggaran dan menyejukkan badan


setelah selesai menjalankan ujian.

También podría gustarte