Está en la página 1de 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

BATU BERENDAM
MELAKA

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PELAKSANAAN


LATIHAN KEBAKARAN

SITUASI

1. Apabila berlakunya KEBAKARAN di sekolah, orang pertama yang nampak kebakaran perlulah
memaklumkan kepada pengetua, guru bertugas atau pegawai pejabat dengan segera.

2. Pengetua, guru bertugas atau pegawai pejabat akan membunyikan loceng kecemasan secara
berterusan dan suis utama elektrik hendaklah ditutup dengan segera.

3. Guru dan pelajar hendaklah segera keluar dari kelas / makmal tersebut.

GURU

1. Semasa loceng isyarat kebakaran dibunyikan secara berterusan, guru yang sedang mengajar di
kelas, haruslah dengan segera menghentikan pengajaran dan mengarahkan para pelajar keluar dari
kelas tanpa membawa beg atau sebarang benda.

2. Guru-guru haruslah mendapatkan buku kedatangan daripada penyelaras tingkatan masing-masing


dan seterusnya memeriksa kehadiran pelajar kelasnya.

3. Sekiranya, didapati ada pelajar yang hilang atau tidak berada di padang, guru tingkatan tersebut
haruslah melaporkannya kepada ‘PEGAWAI PENCATAT LAPORAN MURID HILANG’.

4. Apabila keadaan sudah terkawal dan selamat, semua guru dan pelajar akan dibenarkan balik ke
kelas masing-masing untuk meneruskan proses p&p mereka.

PELAJAR

1. Semasa loceng isyarat kebakaran dibunyikan secara berterusan, para pelajar dengan segeranya
menghentikan kerja mereka dan mematuhi arahan yang diberikan oleh guru.

2. Ketua tingkatan dikehendaki memastikan segala suis elektrik kelas telah ditutup sebelum
meninggalkan kelas.

3. Para pelajar seterusnya akan diiringi oleh guru waktu itu menuju ke padang sekolah.

4. DILARANG BERMAIN ATAU MENOLAK ANTARA SATU SAMA LAIN.

5. Ketua tingkatan kemudiannya dikehendaki mengira bilangan murid yang hadir dan seterusnya
memaklumkan kepada guru tingkatan.

6. Para pelajar dikehendaki balik terus ke kelas masing-masing apabila keadaan sudah terkawal dan
selamat.

“UTAMAKAN KESELAMATAN BERSAMA”

También podría gustarte