Está en la página 1de 4

SEJARAH PERKEMBANGAN SASTERA MELAYU MODEN (SAJAK-SAJAK SEBELUM PERANG)

Soalan 1

1. Abdul Rahim Kajai dan Noordin Hassan merupakan dua orang tokoh sasterawan yang memberi
sumbangan besar pada kesusasteraan Melayu moden. Berdasarkan SAMADA Abdul Rahim Kajai ATAU
Noordin Hassan jelaskan perkara-perkara berikut:

A. ABDUL RAHIM KAJAI

a. Latar belakang tokoh (4m)


Nama sebenar haji Abdul Rahim bin haji Salim
Nama penanya Pak Lacuk/ Wak Ketuk
Lahir di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1894, meninggal dunia pada 5 Disember 1943 di Geylang,
Singapura.
Keluarganya berasal dari Kampung Kajai Di Sumatera Tengah, Indonesia.
Menerima pendidikan awal si Sekolah Melayu Setapak hingga lulus darjah lima
Juga menerima pendidikan Inggeris dan lulus darjah tiga
1906 menyambung pelajaran ke Mekah dalam bidang agama dan bahasa Arab.
1917 pulang ke Tanah Melayu
Beliau bekerja sebagai pengarang di pelbagai penerbitan akhbar dab Majalah, seperti Akhbar Majlis,
Warta Ahad, Warta Jenaka, Utusan Melayu, Mingguan Edaran Zaman dan Mingguan Saudara.
1930 dilantik sebagai penolong pengarang akhbar saudara
Dianggap sebagai ‘bapa Kewartawanan’ dan ‘pelopor Cerpen Melayu Moden’

Pilih 4 isi x 1m = 4m
1 isi = 1m
4 isi x 1m = 4 m

b. Sumbangan beliau dalam Kesusasteraan Melayu Moden (12m)


i. Beliau menghasilkan cerpen
Beliau banyak menghasilkan cerpen antaranya ialah Awang Putat, Jamil Jamilah, dan Si Mat Pisang
Rebus. Antologhinya yang tekenal ialah
1. Pustaka Kajai Jilid I-IV (1949)
2. Banyak Udang banyak garam (1960)
3. Lain Padang Lain Belalang (1961)
4. Satira Kajai

ii. Karya terjemahan


1. Hikayat Dzul Ruhain (1930-31)

iii. Memberi sumbangan dalam perkembangan akhbar


1. 1925 menjadi penulis khas akhbar “Edaran Zaman” di Pulau Pinang
2. 1928 penulis khas akhbar “Saudara”
3. 1931 pengarang akhbar “Majlis” di Luala Lumpur
4. 1935 wartawan khas akhbar harian “Warta Malaya” di Kuala Lumpur
5. 1936 ketua pengarang akhbar harian “Warta Ahad” dan “Warta Jenaka” di Singapura
6. 1936 Ketua pengarang akhbar harian Utusan Melayu – “Utusan Melayu Press” di Singapura
7. 1939 menerbitkan “Utusan Zaman”
8. 1942 pengarang akhbar “Perubahan Baru” dan “Berita Malai”

iv. Melahirkan karya yang membawa pelbagai tema 


Menyedarkan masyarakat Melayu tentang nasib bangsa mereka dengan menghasilkan karya-karya yang
membawa tema nasionalisme, ( Awang Putat, Si Mat Pisang Rebus) politik, ekonomi ( Awang Putat,
Ceretera Hiburan Raya Aidilfitri) dan agama(Siapa salah, Tercabut Iman Kerana Cinta)

Perlu 3 isi x 4m = 12m


1 Fakta x 2m = 2m
H/C = 2m

c. Peranan atau sumbangan (9m)


1. Digelar “Bapa Kewartawanan Melayu” kerana kegiatannya dalam perkembangan akhbar
Melayu.Sumbangan dan jasanya dalam dunia kewartawanan Melayu amat besar dan sukar ditandingi
2. Beliau dianggap sebagai “Pelopor Cerpen Melayu” – menulis cerepen mulai tahun 1930 – 1942 dan
menghasilkan 48 buah cerpen
3. Wartawan pertama yang berani menyuarakan istilah Darah Keturunan Keling(DKK)
4. Berani dan lantang mengkritik pemimpin Melayu yang melakukan penyelewingan

Perlu 3 isi x 3m = 9m
Fakta = 2m
H/C = 1m

Tokoh Abd. Rahim Kajai

Contoh soalan dan skema cadangan:

Ketokohan Abdul Rahim Kajai terserlah dalam penulisan genre cerpen sebelum perang dunia kedua,
sesuai dengan profesionnya sebagai wartawan , beliau memperlihatkan kepekaannya sebagai wartawan
dengan memerhati, melapor, mengupas, mengkritik dan menganalisis pola masyarakat dalam karya-
karya cerpennya.
(Petikan dari Esei bertajuk ”Cerpen-cerpen Abdul Rahim Kajai: Pemikiran dan Aspirasinya oleh
Amida@Hamidah Haji Abdul Hamid, DBP)

Berdasarkan kenyataan di atas bincangkan pemikiran dan isu sosial yang terdapat dalam karya-karya
cerpen Abdul Rahim Kajai. [25]

Fakta 1: Kehilangan jati diri Melayu apabila digantikan dengan budaya barat.
Huraian/Contoh: Perubahan yang berlaku pada anggota masyarakat Melayu kesan dari pengaruh budaya
barat yang bertentangan dengan budaya timur telah membimbangkan beliau lalu beliau luahkan
menerusi cerpen beliau yang bertajuk ”Punggok Merindukan Bulan – Peperangan Moden dengan Adat
Pepatih” (Mastika, September 1941 – Oktober 1941) yang mengisahkan perilaku keluarga Abdul Rauf
yang terpesong daripada pola budaya Melayu dengan mengamalkan cara hidup barat menerusi
sambutan hari jadi.

Fakta 2:Bangsa pendatang menindas mentaliti orang Melayu


Huraian/Contoh: Nasib bangsa Melayu menjadi lebih genting apabila kehadiran bangsa pendatang
khususnya dari kalangan keturunan Arab dan India Muslim. Kaum pendatang yang bergerak aktif dalam
perniagaan ini memberi tamparan hebat kepada kehidupan orang Melayu. Cerpen Buang Bangsa Buang
Harta Keranamu Tuan, jelas memperlihatkan kepekaan Abdul Rahim Kajai tentang ketaksuban orang
Melayu terhadap kaum pendatang.

Fakta 3: Orang Melayu mengagungkan status keturunan dan kekayaan


Huraian/Contoh: Ketaksuban orang Melayu terhadap keturunan kaum pendatang khususnya yang
berketurunan Arab yang pada anggapan mereka perlu disanjung kerana mereka dikatakan dari kalangan
orang yang baik-baik sehingga ada yang sanggup memaksa anak-anak mereka berkahwin dengan
keturunan ini. Cerpen ” Cetera Harta, Cinta dan Roh Kebangsaan” (Utusan Zaman, 24 Disember 1939,
31 Disember 1939, 7 Januari 1940) yang mengisahkan Hj. Abd. Latif memaksa anaknya Salamiah
berkahwin dengan Sayid Ambrus al-Mutaki dan lupakan kekasihnya iaitu Mas’ud.

Fakta 4: Bangsa Melayu perlu bersatu untuk memartabatkan kedaulatan bangsa.


Huraian/Contoh: Nasib orang Melayu juga terancam dengan kelicikan dan tipu muslihat kaum pendatang
yang mahu mengaut keuntungan dengan melakukan pelbagai tipu muslihat. Cerpen ”Cerita Awang Putat”
(Utusan Zaman 1 Nov 1941 – 8 Nov 1941) mengisahkan bagaimana Awang Putat menyeru orang-orang
Melayu agar bersatu padu melalui penubuhan kedai kerjasama bagi mengatasi kelicikan tipu muslihat Ah
Kau dalam perniagaan.

Fakta 5: Bangsa Melayu harus celik ekonomi dalam membangunkan bangsa.


Huraian/Contoh: Nasib orang Melayu yang mudah diperkotak-katikkan oleh kaum pendatang yang
mengambil kesempatan diatas kemulian budi orang Melayu boleh ditebus menerusi celik ekonomi
Cerpen ”Cerita Awang Putat” jela memaparkan celik ekonomi watak Awang Putat telah berjaya
menyedarkan orang Melayu tentang kelicikan dan tipu muslihat kaum pendatang terutama orang Cina
untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang Melayu.

Fakta 5: Harapan agar orang Melayu berpandangan jauh (futuristik) bagi memajukan bangsa Melayu.
Huraian/Contoh: Masyarakat melayu jika hendak maju dan mencapai kejayaan seharusnya memberi
penekanan kepada soal yang berkaitan dengan pelajaran dan sikap tolong menolong. Cerpen ” ”Punggok
Merindukan Bulan – Peperangan Moden dengan Adat Pepatih” jelas memperlihatkan aspek pelajaran
seharusnya dimanfaatkan oleh orang Melayu untuk kemajuan bangsa seperti yang dinyatakan oleh Cik
Tiyana.

Fakta 6: Persoalan persamaan hak wanita untuk mendapat pendidikan


Huraian/Contoh: Pendidikan juga seharusnya diberikan kepada kaum wanita agar mereka juga boleh
membantu kaum lelaki membangunkan negara dan kemajuan bangsa. Cerpen Buang Bangsa, Buang
Harta Keranamu Tuan jelas dapat dijejaki persoalan itu menerusi syarahan Syarifah Bardiah yang
menyeru kaum ibu supaya memberi penekanan terhadap pendidikan sama dengan kaum lelaki.

Fakta 7:Persoalan isu poligami


Huraian/Contoh: Poligami pada pandangan beliau sebagai penyelesai masalah yang melanda hati dan
rumahtangga. Cerpen ”Cetera Hiburan Raya Aidilfitri” dan ”Air Sungai Kausar Disangka Racun” jelas
membawa isu poligami, beliau melukiskan watak Cik Wan dan Ratna bersalam-salaman dengan muka
yang manis .

Taburan markah:
1 isi = 5 markah (2 markah fakta , 1 markah huraian dan 2 markah contoh)
5 isi x 5 markah = 25 markah.

También podría gustarte