Está en la página 1de 60

Ahbash

Promosi Perdana Ahbash Di Malaysia

!
Syeikh Hussam al-Qaraqirah
Dan
Seminar Ulama’ Pewaris Anbia’
Pada
17 hingga 19 Mac 2003

Bertempat
Di Kompleks Dewan Warisan
Kangar, Perlis

1
Ahbash

Syeikh Hussam Qaraqirah & Seminar Ulama' Pewaris


Anbia': Promosi Perdana Bagi 'Ahbash' di Malaysia
1.0 Pendahuluan
Seminar Antarabangsa "Ulama' Pewaris Anbia" telah pun selamat dilangsungkan
dengan jayanya pada 17 hingga 19 Mac 2003 yang lalu di Kompleks Dewan Warisan,
Kangar. Program yang 1dianjurkan dengan kerajaan Negeri Perlis memegang teraju
utamanya, berserta kerjasama pihak IKIM dan JAKIM telah mengundang penyertaan
ramai ulama' dari dalam mahupun luar negara baik sebagai pembentang kertas kerja,
peserta mahupun pemerhati. Penulis tidak berkesempatan untuk hadir ke seminar ini.
Walau bagaimanapun, beberapa rakan penulis sempat hadir dan telah berkongsi
beberapa maklumat yang telah dibaca, dilihat dan didengar daripada sessi-sessi
pembentangan kertas-kertas kerja yang telah dilangsungkan. Bagi penulis yang serba
kekurangan ilmu ini, kertas kerja yang ditulis oleh Syeikh Dr. Hishamuddin al-Qaraqira
dari Lubnan amat 'menarik' perhatian.

Beliau diberikan penghormatan untuk membentang kertas kerja kedua yang bertajuk
'Peranan Ulama' Di Dalam Pembangunan Ummah di Lebanon' pada hari pertama
seminar yakni pada 17 Mac, di dalam sessi kedua1 yakni selepas penyampaian ucaptama
oleh Syaikh Dr. Zayn al-Abidin al-Zuwaydi selaku vvakil Syeikh al-Azhar Mesir. 2 Syeikh
Dr. Hishamuddin al-Qaraqira juga diperkenalkan sebagai Rektor kepada Universiti
Antarabangsa Beirut. 'Berkat' keunikan tulisan beliau di dalam kertas kerja yang
dibentangkan oleh beliau, serta maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan yang thiqah,
penulis terpanggil untuk membuat sedikit penyelidikan di internet dan menulis tentang
apa yang didapati daripada ketiga-tiga kategori sumber-sumber di internet: iaitu yang
pro, yang kontra dan yang bersifat neutral terhadap beliau dan organisasi/institusi yang
diwakilinya. Oleh itu, esei ini penulis gelarkan 'kertas perbincangan awal' untuk para
pembaca yang dimuliakan Allah lagi budiman sekalian meneliti, menilai, menapis
segala yang batil dan memperteguhkan yang haq di dalamnya. Selain daripada itu,
memandangkan Universiti Antarabangsa Beirut bernaung di bawah 'Jam'iyyah al-
Masyari' al-Khayriyyah al-lslamiyyah' atau The Association of Islamic Charitable
Projects (A.I.C.P) yang lebih popular dikenali sebagai Ahbash sahaja, penulis akan
merujuk organisasi tersebut sebagai Ahbash atau A.I.C.P sahaja. Kemudian, Syeikh Dr.
Hishamuddin al-Qaraqira pula akan dirujuk sebagai Syeikh Hussam Qaraqirah ( 4j^j*)
sahaja, seperti mana yang dirujuk oleh laman web rasmi A.I.C.P.3

1
Sessi ini dipengerusikan oleh Ustaz Ismail Batubara dari Ma'ahad Tahfiz Negeri
Perlis.
2
Ini secara tidak langsung mengisyaratkan besarnya signifikan mesej kertas kerja
beliau, sebesar rasional penilaian oleh tokoh pengelola atau mana-mana jawatankuasa
kecil yang berkenaan. Isyarat ini diserlahkan lagi memandangkan beliau hanya
digandingkan dengan Y.Bhg Datuk Hj. Monamad Shahir Bin Haji Abdullah, Ketua
Pengarah JAKIM sendiri.
3
Laman web ini boleh dilihat di alamat url: http://www.aicp.org

2
Ahbash

Suka juga penulis tegaskan di sini bahwa penulis tidak pernah berniat untuk
mengkritik Syeikh Dr. Hishamuddin al-Qaraqira ataupun para pengelola seminar
antarabangsa, apatah lagi mencabar keilmuan dan kewibawaan mereka. Apa yang
penulis harapkan daripada kewujudan ‘Kertas Perbincangan Awal’ ini ialah untuk
memberikan suatu pandangan alternatif hasil daripada analisis maklumat yang didapati
daripada kertas kerja beliau serta maklumat yang diperolehi di internet, berbekal sedikit
kemampuan penulis yang serba dhaif ini, 4 bagi kegunaan awal dan penilaian para
pencinta kebenaran di mana sahaja mereka berada umumnya, dan bagi pihak-pihak
yang dianugerahkan Allah dengan amanah kekuasaan dan pentadbiran di Negeri Perlis
khususnya. Sekiranya ada sebarang butiran yang penulis kemukakan ini terbukti salah
atau keliru, penulis bersedia untuk menariknya semula dan merujuk kepada kebenaran
itu semasa penulis hidup mahupun sesudah meninggal dunia kelak Insya-Allah.
Semoga kertas perbincangan awal "Syeikh Hussam Qaraqirah & Seminar Ulama'
Pewaris Anbia' : Promosi Perdana Bagi ‘Ahbash’ di Malaysia" akan mendatangkan
kebaikan yang optimum kepada semua, Amin.

Wallahu A'lam

al-Faqir ila Allah;


Ibnu Ahmadayin Barlisi

* * *

2.0 Latarbelakang Syeikh Hussam Qaraqirah


Laman web AICP mencatatkan bahawa "His Eminence Shaykh Husam Qaraqirah is
well known for his scholastic abilities and for his major contribution in structuring the
A.I.C.P. organizationally and educationally. He was authorized by great scholars such as
Shaykhs ^Abdullah al-Harariyy, al-Fadaniyy, and al-Ghumariyy, among many others, to
narrate and give instruction in the Religious Knowledge' 5 (al-Fadhil Syeikh Husam
Qaraqirah amat termahsyur dengan keupayaan-keupayaan kesarjanaannya dan dengan
sumbangan utamanya dengan menstrukturkan A.I.C.P baik di peringkat organisasi
mahupun (aktiviti) pendidikannya. Beliau dianugerahkan ijazah oleh ulama’-ulama’
agung seperti Syeikh Abdullah al-Harari6, al-Fadani, al-Ghumari dan ramai lagi, untuk
meriwayat dan mengajarkan pelbagai ilmu-ilmu agama (dengan sanad mereka)).

Daniel Nassif pula menyatakan Syeikh Hussam Qaraqirah berkelulusan daripada


pusat pengajian Islam di Syria7. Berhubung dengan gelaran Dr. di hadapan namanya,
4
Penulis cuba sedaya-upaya untuk mengekalkan ketulenan teks yang penulis ambil
dari kertas kerja al-Syeikh baik daripada aspek ejaan, transliterasi, gaya bahasa dan
sebagainya. Untuk lebih jelas dan selamat, para pembaca dianjurkan merujuk kepada
salinan kertas kerja beliau yang asli dan lengkap semasa menatap 'Kertas
Perbincangan Awal' ini.
5
Lembaran ‘Shaykh Hussam Qaraqirah’ bagi laman web rasmi AICP di url :
http://www.aicp.org/ About/shaykh_husam_qaraqirah.htm
6
Yakni mursyid atau pemimpin kerohanian kepada A.I.C.P
7
Nassif, Daniel. (April 2001). Al-Ahbash. Dimuatkan di dalam Middle East

3
Ahbash

seperti yang dicetak bersama kertas kerja seminar, penulis belumlah terjumpa mana-
mana rujukan di laman web rasmi yang menunjukkan institusi di mana beliau
menyelesaikan ijazah kedoktorannya ataupun mana-mana institusi yang
menganugerahkan gelaran doktor kehormat kepadanya. Wallahu A'lam.

Pada 31 Ogos 1995, Presiden A.I.C.P ketika itu yakni Syeikh Nizar al-Halabi telah
ditembak mati oleh penyerang-penyerang yang tidak dikenali ketika dia sedang beredar
dari rumahnya menuju ke pejabat A.I.C.P di Beirut. 8 Dengan itu, sidang tergempar
jawatankuasa eksekutif A.I.C.P sebulat suara bersetuju melantik Naib Presiden ketika
itu, Syeikh Hussam Qaraqirah sebagai presiden yang baru. Dalam pidato penerimaan
jawatan presiden, Syeikh Hussam Qaraqirah berjanji untuk meneruskan perjalanan yang
telah dimulakan oleh Syeikh Nizar al-Halabi sambil berpegang kepada prinsip
‘kesederhanaan’ A.I.C.P dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam yang ‘sahih’.9

3.0 Kandungan Kertas Kerja Sy'eikh Hussam Qaraqirah dan Ulasannya


Kertas kerja Syeikh Hussam Qaraqirah didatangkan dalam dua versi yakni dalam
bahasa Arab10 dan juga versi terjemahan bahasa Melayu.11 Walaupun demikian, jika
dibandingkan antara versi terjemahan dengan versi asal, ternyata agak banyak mesej
yang agak signifikan di dalam versi berbahasa Arab yang tidak diterjemahkan. Kertas
kerja beliau juga nampaknya tidak disertakan dengan notakaki atau takhrij kepada
sumber nukilan beliau kepada nas mahupun pendapat ulama' yang dibawakannya.12

Berikutnya akan dipaparkan beberapa perkara yang ditekankan oleh Syeikh Hussam
Qaraqirah di dalam kertas kerjanya, baik secara tersurat mahupun secara tersirat, yang
dirasakan perlu mendapat ‘pandangan kedua’, yakni selaku alternatif kepada
pandangan beliau yang tersebut. Ini disebabkan pernyataan tersebut boleh membawa
kekeliruan dan kesalahfahaman kepada orang ramai para peserta seminar, dalam
berbagai-bagai permasalahan ‘aqidah, manhaj dan fiqh yang dibentangkannya; baik
yang berupa aspek prinsip, konsep, metodologi mahupun furu’nya. Sebanyak 16
perkara tersebut adalah berkait tentang:

5 isu tentang Taqlid, Ijtihad dan Madhab (perkara 1- 5),

4 isu tentang konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah (perkara 6 - 9),

Intelligence Bulletin. Vol. 3 Bil. 4. United States Committee For Free Lebanon dan
Middle East Forum. Versi web boleh didapati di url : www. meib. org/articles/0104 Id
1. htm
8
Lembaran ‘Shaykh Nizar al-Halabi’ bagi laman web rasmi A.I.C.P di url :
http://www.aicp.org/ About/ shaykh nizar_al-halabi.htm
9
Ibid
10
Bermula dari halaman 9 hingga 15. Sila rujuk kertas kerja oleh Syeikh Hussam
Qaraqirah.
11
Dimulakan dari mukasurat 1 hingga ke mukasurat 8.
12
Satu pengecualian ialah terhadap rujukan kepada pendapat Ibn Abbas dan al-
Bara' Ibn Azib tentang tafsiran ayat 44, surah al-Ma'idah di dalam Jami' Ahkam al-
Qur'an oleh al-Qurtubi pada halaman 4 dan 12.

4
Ahbash

5 isu tentang sifat golongan bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah


(perkara 10-14) dan

2 isu-isu lain (perkara 15-16)

Selanjutnya, disenaraikan perkara-perkara yang tersebut, dengan disertakan ulasan


yang amat ringkas penulis:13

1. Sahabat yang dididik oleh Nabi sendiri tidak ramai yang mampu berijtihad.
Dan sahabat sendiri masih bertaqlid kepada Mujtahid di kalangan mereka
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : “..kebanyakan para sahabat bukanlah
mujtahidin, malahan mereka bertaqlid kepada mujtahidin di kalangan para sahabat14…”

Ulasan:

Di sini, Syeikh Hussam Qaraqirah bagai melupakan terus bahawa wujudnya satu
lagi peringkat di antara ijtihad dan taqlid, yakni ittiba’. Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Hj.
Othman15 menakrifkan Ittiba’ sebagai ‘menerima sesuatu hukum hasil ijtihad seseorang
mujtahid, dengan mengetahui dalil dan alasannya yang sah’.

Sesungguhnya bukan semua sahabat yang mampu berijtihad, akan tetapi mereka
cuba sedaya-upaya untuk berittiba’ kepada Sunnah Rasulullah SAW. Sahabat yang
memberikan fatwa pula sentiasa menyertakan fatwa mereka dengan dalil-dalil daripada
al-Qur’an dan al-Sunnah dan bukan dengan pendapat-pendapat sendiri yang
berasaskan kepentingan dunia. Para sahabat tidak ta’asub kepada mana-mana mufti di
kalangan mereka, sentiasa mementingkan kesahihan dalil, tidak menyalahkan pendapat-
pendapat yang bertentangan dengan apa yang mereka persetujui kecuali dengan dalil
yang lebih sahih, menghormati pandangan yang dalilnya sama-sama kuat, tidak
mencari-cari kemudahan berdasarkan hawa-nafsu (Tattabu’ al-Rukhas) serta tidak
membentuk madhab-madhab yang bersifat sectarian.

Inilah teladan yang diikuti oleh generasi selepas mereka seperti Tabi'in, Tabi' al-
Tabi'in dan para ulama’ rabbani selepasnya. Antaranya ialah Imam al-Muzani, murid

13
Penulis cuba membandingkan buah fikiran Syeikh Hussam Qaraqirah ini,
khususnya dengan mengemukakan pendapat-pendapat Imam al-Syafi'iy selaku imam
madhab fiqh yang diikuti oleh umat Islam Nusantara, Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari
selaku imam dalam madhab Usuluddin yang juga banyak diikuti oleh umat Islam
Nusantara, serta pandangan beberapa tokoh akademik khususnya yang diiktiraf di
peringkat persekutuan khususnya oleh JAKIM dan di peringkat Negeri Perlis
khususnya oleh MAIPs.
14
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Kertas Kerja 'Peranan Ulama' Di Dalam
Pembangunan Ummah di Lebanon' sempena Seminar Antarabangsa "Ulama' Pewaris
Anbia" di Dewan Warisan Kangar, Perlis pada 17-19 Mac 2003, anjuran bersama
kerajaan Negeri Perlis, IKIM dan JAKIM. Halaman 2
15
Beliau menamatkan pengajian peringkat B.A, M.A dan Ph.D di Unvershi Islam
Antarabangsa Madinah serta merupakan putera Asia Tenggara terawal berhasil
menyelesaikan pengajian Ph.D di dalam disiplin hadis di Arab Saudi. Kini berkhidmat
sebagai Pengerusi Bahagian Pengajian Islam di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
(PPIK). Beliau banyak memberikan khidmat rundingcara kepada JAKIM
khususnya berhubung dengan isu golongan Anti-Hadis.

5
Ahbash

kepada Imam al-Syafi'iy yang meringkaskan fiqh Imam al-Syafi'iy telah menulis di
dalam Mukhtasarnya: ‘Kitab ini saya ringkaskan daripada ilmunya Muhammad Bin
Idris al-Syafi'iy Rahimahullah dan daripada makna ucapannya kerana ucapannya itu
paling dekat kepada apa yang dimaksudkannya, padahal di dalamnya terdapat larangan
dari Imam al-Syafi'iy untuk bertaqlid kepadanya dan kepada orang lain, agar ia
menjalankan akalnya untuk agamanya dan berhati-hati untuk dirinya, Wabillah al-
Tawfiq’.16

Dr. Mohd. Radzi Othman juga mengatakan: ‘Seperkara lagi yang juga nyata ialah
bahawa kaum Muslimin sebelum kelahiran madhab-madhab ini, semuanya tunduk
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah semata-mata. Pada masa itu tidak ada penggolongan
kepada kelompok madhab. Meskipun sejak zaman sahabat juga berlaku perbezaan
pendapat tentang beberapa masalah hukum namun kecenderungan untuk berdirinya
sesuatu madhab yang khas belum menunjukkan tanda-tandanya’.17

Akan tetapi, kelapangan ini tidak bertahan lama apabila: 'Dalam perkembangan
selanjurnya, para pengikut seseorang imam mula mengelompok mendirikan madhab
masing-masing. Lalu timbullah ta'asub dan fanatisme kepada madhab yang diikuti.
Pendapat imamnya atau ulama’ yang terlingkung di dalam madhab imamnya tidak lagi
dibandingkan dengan pendapat imam-imam yang lain.Dan orang awam jarang
menanyakan dalil sesuatu masalah. Mereka percaya kepada ulama'yang diikutinya.
Mereka percaya bahawa pendapat itulah yang paling handal. la tidak lagi menghormati
pendapat imam-imam lain. Dengan yang demikian, taqlid tumbuh dengan subur, dan
kebebasan berijtihad atau mentarjih dibunub mati. Dan itulah yang kemudian
menimbulkan kejumudan dan kebekuan di dalam tubuh umat Islam’18.

Justeru itu, sekiranya kes-kes taqlid berlaku di kalangan segelintir sahabat, maka
Insya-Allah ia lebih mendekati ittiba’ dan sekali-kali tidak sama dengan taqlid yang
berleluasa di kalangan umat Islam hari ini. Maka, tidaklah tepat kalau mahu ditegaskan
bahawa amalan taqlid ialah amalan yang mulia kerana ia telah pun dilakukan oleh para
Sahabat dan taqlid pada hari ini serupalah sifatnya dengan taqlid yang dilakukan oleh
sesetengah sahabat!

2. Sahabat Nabi masih bertanya kepada Rasulullah dan tidaklah mereka


berijtihad.
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis: "...bapa kepada penzina itu walaupun dia
seorang sahabat, namun dia tidak mampu berijtihad dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh anaknya sehinggalah dia meletakkan kepada Rasulullah SAW
16
Mukhtasar al-Muzani: I seperti yang dinukil oleh al-Aqil, Muhammad Ibn Abd al-
Wahhab, Dr. (2002). Manhaj al-Imam al-Syafi 'iy fi Ithbat al- 'Aqidah. (edisi
terjemahan oleh H.Nabhani Idris dengan judul Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'I).
Bogor : Pustaka Imam Asy-Syafi'i. halaman 102
17
Mohd. Radzi Hj. Othman dan O.K Rahmat. (1996). Gerakan Pembaharuan
Islam : Satu Kajian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitannya Dengan Malaysia. Pulau
Pinang: Penerbit USM. Halaman 47.
18
ibid

6
Ahbash

sebagai pemutus kepada permasalahan tersebut19..."

Ulasan:

Seterusnya, Syeikh ini pula bagai mahu melupakan peranan Rasulullah SAW ketika
baginda masih hidup di kalangan para sahabat. Ketika baginda masih ada tentunya
baginda dirujuk untuk mendapatkan pedoman daripada Sunnah baginda, baik ia
berupa perkataan, perbuatan ataupun persetujuan baginda. Semua mengetahui bahawa
segala pedoman Sunnah baginda telah direkodkan bermula dari seringkas-ringkas
menunaikan hajat di tandas sampailah kepada urusan perhubungan antarabangsa.

Penulis yang kurang ilmu ini, ingin menanyakan tentang apakah kes-kes di mana
para sahabat telah berijtihad ketika baginda Rasulullah masih hidup di kalangan
mereka?. Adakah benar sahabat yang berijtihad akan berijtihad dahulu sebelum
membawakan masalah mereka kepada pertimbangan Rasulullah SAW?. Apakah syarah
kepada hadis yang dibawakan sebagai 'dalil sahabat pun tidak berijtihad'?. Siapakah
ulama' hadis yang menghuraikan hadis di atas serta mempunyai pandangan yang
serupa dengan Syeikh Hussam Qaraqirah ini?

3. Para ulama’ yang layak berijtihad masih menganut madhab, maka tidaklah
patut bagi umat hari ini yang serba kekurangan menyatakan diri ‘tidak terikat
kepada mana-mana madhab'
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : “Golongan yang bertaqlid kepada mujtahidin
ini walaupun di kalangan mereka yang bergelar ulama’, masih tidak mampu untuk
berijtihad. Akan tetapi, mereka masih bertaqlid kepada para imam tersebut 20” Versi
Arab bagi ayat yang serupa mencatatkan: ...mereka masih menisbahkan diri kepada
imam-imam madhab.21

Ulasan:

Adakah Syeikh mahu mengatakan berpegang kepada madhab fiqh sama seperti
berpegang kepada aqidah?. Adakah tidak mengikut ketetapan madhab di dalam mana-
mana hukum fiqh sama berat kesalahannya dengan tidak berpegang dan beramal
dengan dalil al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih tentang hukum tersebut?.

Berikut Dr. Mohd. Radzi Othman menghuraikan kekurangan terikat kepada mana-
mana madhab fiqh secara bertaqlid tanpa ilmu dan tanpa menanyakan dalil yang sahih,
khasnya dalam konteks masyarakat Islam Nusantara yang mengaku bermadhab Syafi'iy.
Beliau mengatakan:

‘Di dalam madhab Syafi’y kita jumpai lagi beberapa orang ulama’ yang berijtihad
mengikuti kaedah ijtihad Imam Syafi’iy. Hasil ijtihad ini kadang-kadang sealiran dengan

19
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 2
20
Ibid: Halaman 2
21
Ibid:Halaman 10

7
Ahbash

pendapat Imam Syafi’iy; namun kadang-kadang berlainan. Imam bawahan dan


pendapatnya disebut sebagai ‘Syafi’iyah’. Bahkan ulama’ dengan kaliber yang lebih kecil
melahirkan hukum-hakam yang kadang-kadang berlawanan dengan prinsip ijtihad
yang dipegang dan diamalkan oleh Imam Syafi’iy sendiri. Dengan cara demikian
masuklah perkara-perkara bid’ah ke dalam tubuh mereka yang mendakwa dirinya
penganut madhab Syafi’iy, terutama di Nusantara ini. Pada masa dahulu perkara seperti
itu tidak atau kurang mendapat perhatian. Prinsip taqlid atau tertutupnya pintu ijtihad
telah ditanamkan dengan kukuhnya ke dalam hati umat Islam. Perkara ini dibantu pula
oleh dasar kaum penjajah yang mengambil keuntungan daripada kejahilan anak
jajahannya. Hal ini semua meyakinkan para pengikut Syafi’iyah tentang kebenaran
pegangan mereka. Yang lain itu salah belaka. Fanatisme madhab dan fanatisme
terhadap seseorang tok guru memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk’.22

‘Selama ini kaum Syafi’iyah belajar fikah melalui kitab-kitab ulama’ Syafi’iyah, tidak
daripada kitab Imam Syafi’iy sendiri. Tidak berapa orang yang pernah mempelajari al-
Umm atau al-Risalah dan kitab Imam Syafi’iy yang lain. SEMUA ORANG MENGENALI
NAMANYA, TETAPI HANYA SEGELINTIR YANG KECIL YANG MENGETAHUI
AJARANNYA YANG MURNI.23

Tanpa sedikit pun mengurangkan hormat kita kepada para imam-imam mujtahidin
dan ulama’-ulama’ madhab, tidak taqlid kepada madhab juga merupakan wasiat
warisan para ulama’, yang menegah taqlid dan menganjurkan ittiba’. Antaranya ialah
Imam Syafi’iy sendiri yang mengatakan24:

“Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah SAW
bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka
hadith Rasulullah SAW mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan
qaulku (kata-kataku)”.

“Sesiapa yang bertaqlid pada seseorang dalam pengharaman sesuatu atau


penghalalannya sedangkan telah nyata hadith sahih yang bertentangan dengannya dan
menegah dari bertaqlid kerana diperintahkan (diwajibkan) beramal dengan sunnah,
maka dia telah mengambil orang yang ditaqlidkan sebagai tuhan selain Allah Ta’ala”.

“Setiap masalah yang benar datangnya dari Rasulullah SAW menurut Ahli Naql
sedangkan ia bertentangan dengan apa yang telah aku katakan, maka aku akan kembali
merujuk pada hadith itu selama hidupku atau setelah kematianku”.

Oleh itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perils (MAIPs) khususnya
22
Mohd. Radzi Hj. Othman dan O.K Rahmat. (1996). Gerakan Pembaharuan
Islam : Satu Kajian di Negeri Perils dan Hubung Kaitnya Dengan Malaysia. Pulau
Pinang: Penerbit USM. Halaman 89
23
Ibid
24
al-Albani, Muhammad Nasiruddin. (2000). Sifat Solat al-Nabi Sallallahu 'Alaihi
wa Sallam' min al-Takbir ila al-Taslim Ka Annaka Taraha. (edisi terjemahan oleh
Muhammad Thalib dengan judul Sifat Shalat Nabi SAW). Cetakan Ke-15. Yogyakarta:
Media Hidayah. Halaman 57-60.

8
Ahbash

menerusi Jawatankuasa Syari’ahnya telah awal-awal menegaskan bahawa: ‘Mazhab-


mazhab fiqh ialah aliran hukum syara’ yang sah didirikan di atas tafsiran tertentu
terhadap nas-nas syara’ oleh ulama mujtahidin mengikut kaedah yang mutakhir. Majlis
tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam mazhab mana pun
yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari Kitab Allah atau Sunnah Rasul atau
jemaah sahabat Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wa Sallam maka Majlis sedia menerima dan
beramal dengannya. Adapun mazhab-mazhab seperti Hambali, Maliki, Syafie dan
Hanafi pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam mazhab-mazhab yang
tergolong di dalam Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Majlis Agama Islam Perlis memang
berpandu kepada mazhab-mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang
ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jamaah sahabat Rasulullah Sallallahu
'Alaihi wa Sallam'. 25

Dr. Mohd. Radzi amat bersetuju dengan pandangan fatwa tersebut. Beliau
menegaskan:

‘Dalam masalah furu’, sama ada terikat kepada sesuatu madhab atau mengikuti
sesuatu madhab tertentu, bukanlah suatu kesalahan dari sudut pandangan Islam selama
pendapat itu tidak terkeluar daripada sumber asal Islam, iaitu al-Qur'an dan al-
Sunnah’.26 'Makna asal istilah ‘madhab’ ialah pendapat yang berbeza di dalam
memahamkan dalil yang Dhanni oleh para mujtahid. Kemudiannya makna perkataan
itu berkembang menjadi kelompok para pengikut seseorang imam yang diikat oleh
perasaan ta’asub, dengan mempunyai emosi dan sentimen yang tersendiri.27

“Pengertian ‘madhab’ di dalam lingkungan istilah hukum Islam hendaklah


dipulihkan menurut maknanya yang mula-mula dahulu... Dengan yang demikian,
kita boleh menghilangkan perasaan dan sikap ta’asub daripada para pengikut sesuatu
madhab”.28 Oleh itu, bagi penganut madhab Syafi’iy di Malaysia khususnya, beliau
berpesan:

“Penganut madhab Syafi’iy yang merupakan majoriti kaum Muslimin di Malaysia


semestinya membersihkan keSyafi’iyannya dan menyaring semua tampalan yang
ditampalkan orang padanya dengan menggunakan jenama ‘Syafi’iy’, padahal datangnya
bukan daripada sumber yang diakui kesahihannya sejajar dengan kehendak imam yang
telah menyatakan: ‘Apabila sahih sesuatu hadis itulah mazhab aku’. Adalah suatu
pendustaan terhadap imam itu menampalkan nama ‘Syafi’iy’ padahal perkara itu bukan
datang daripada beliau”.29
25
Risalah Fatwa Jawatankuasa Syariah MAIPs tentang Ahl al-Sunnah wa al-
Jama'ak (1988). Rujuk juga Mohd. Radzi f§. Othman dan O.K Rahmat. (19%). Gerakan
Pembaharuan Islam : Satu Kqjian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya Dengan
Malaysia. Putau Pinang: Penerbit USM. Halaman 251
26
Mohd. Radzi Hj. Othman dan O.K Rahmat. (1996). Gerakan Pembaharuan
Islam : Sain Kajian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya Detigan Malaysia. Pulau
Pinang: Penerbit USM. Halaman 246
27
Ibid: 247
28
Ibid: 248
29
Ibid: 246

9
Ahbash

Justeru itu, mengapa pula masalah-masalah yang timbul oleh kerana ta’asub
madhab dibenamkan oleh Syeikh Qaraqirah ini, sedangkan sesuatu yang sudah
diputuskan oleh MAIPs serta sedia difahami dan diamalkan sedikit-sebanyak oleh umat
Islam Perlis di pelbagai peringkat bagaikan cuba diruntuhkan sendi-sendinya?

4. Sedangkan sahabat tidak sendiri tidak mampu berijtihad dalam keadaan


ilmu mereka yang jauh lebih hebat. Bagaimana pula munculnya pihak yang
mengaku mampu berijtihad pada hari ini?.
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis di dalam kertas kerja versi Arabnya “…. sekarang
muncul orang yang mengaku menjadi mujtahid ….” sedangkan “…. ilmu kita sedikit
berbanding sahabat30 ….”

Ulasan:

Apa yang ditekankan oleh Syeikh Hussam Qaraqirah ini bukanlah perkara baru
malah ia telah muncul dan mendarah-daging dalam minda umat Islam sejak berabad-
abad dahulu. Apa yang digembar-gemburkan sebagai ‘pintu ijtihad sudah tertutup’ atau
‘orang yang layak berijtihad dengan memenuhi segala syarat-syaratnya sudah tidak
wujud lagi’ ataupun ‘sahabat yang berilmu tinggi’ juga tidak berijtihad, telah mendapat
perhatian para ulama’ yang sudah tidak dapat membiarkan lagi ‘kempen besar-besaran’
ini terus dijayakan. Antaranya, ialah Imam al-Suyuti seorang ulama’ bermadhab Syafi’iy
yang menulis sebuah kitab khas tentang persoalan ini bertajuk ‘al-Raddu ‘ala man
Akhlada ila al-Ardhi wa Jahila Anna al-Ijtihada fi Kulli ‘Ashrin Fardun”. Tajuk yang
amat panjang ini sendiri bererti ‘Bantahan Terhadap Orang Yang Mengabadikan Taqlid
di Muka Bumi, dan Tidak Tahu Bahawa Ijtihad Itu Pada Setiap Masa Adalah Wajib’.31

Dr. Mohd. Radzi Othman mengalu-alukan golongan yang berpendapat seperti


Syeikh Qaraqirah ini dengan katanya: ‘...kita ketahui bahawa Rasulullah SAW telah
membuka pintu ijtihad untuk umatnya. Apakah kemudiannya ditutup?. Jika benar
demikian, ditutup oleh siapa?. Tidak ada dalil yang mengatakan pintu ijtihad telah
ditutup. Namun demikian sejak berkurun-kurun dahulu, umat Islam difahamkan oleh
sebahagian ulama’nya sendiri bahawa tidak mungkin lagi melakukan ijtihad. Hal ini
menyebabkan perkembangan pemikiran umat Islam, menjadi terhenti. Orang
dimestikan bertaqlid mengikut pendapat para ulama’ beberapa abad yang lampau, yang
difatwakan dalam suasana yang berlainan dan menghadapi kes yang berbeza dengan
yang dihadapi pada masa kini’.32

Mungkin, mereka yang sependapat dengan Syeikh akan mengatakan lagi ‘Takkanlah
apa yang dibuat oleh orang-orang dahulu salah atau tidak betul?’. Reaksi seperti ini
30
Ibid: 10
31
al-Suyuti, Imam Jalaluddin. (1999). al-Raddu 'ala man Akhlada ila al-Ardhi wa
Jahila Anna al-Ijtihada fl Kulli 'Ashrin Fardun. (edisi terjemahan oleh KH A.Azis
Masyhuri dan M.Munawir Az Zahidi). Semarang: PT Karya Toha Putera.
32
Mohd. Radzi Hj. Othman dan O.K Rahmat. (1996). Gerakan Pembaharuan
Islam : Satu Kajian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya Dengan Malaysia. Pulau
Pinang: Penerbit USM. Halaman 38

10
Ahbash

kalau dihadapkan kepada Prof. Abdul Fattah Haron Ibrahim 33, mungkin akan disambut
oleh beliau dengan ucapan ‘Kalaulah dikatakan “semua perkara itu” betul dan benar
dengan alasan orang-orang dahulu telah menerima semuanya, maka ini tidak boleh
dibuat hujjah. Hujjah ialah al-Qur'an dan al-Sunnah. Tidakkah orang dahulu berpegang
dengan al-Qur'an dan al-Sunnah?. Kebanyakan orang dahulu bersifat menyalin bukan
menapis, mereka kutip apa sahaja!’34

Pernyataan Syeikh Qaraqirah ini, kalau direnungkan maksud tersiratnya, menuntut


kita untuk berundur beberapa ratus tahun ke belakang dalam pelbagai aspek kehidupan
kerana ‘tidak ada siapa yang layak berijtihad’ maka yang paling baik boleh dilakukan
ialah dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh. Dengan pelbagai persoalan melibatkan
umat Islam yang telah diselesaikan berasaskan ijtihad pada hari ini, seperti sistem
perbankan Islam, Takaful, bayi tabung uji, pendermaan organ, makanan ubahsuai
genetik, pengklonan haiwan serta manusia, dan sebagainya sudah tentu akan
memerlukan ulangkaji semula baik dari aspek teoritikal mahupun praktikal,
berdasarkan taqlid kepada qaul-qaul sesuatu madhab fiqh yang khusus sahaja, bukan
kepada nas-nas wahyu.

5. Pihak yang menolak taqlid dalam urusan ibadah tidak mempunyai bukti
yang kukuh dan kajian yang lebih mendalam
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : “Di sini dapat difahami bahawa golongan yang
menolak taqlid dalam ibadat tidak mempunyai bukti yang kukuh dan kajian yang lebih
lanjut dengan alasan ‘tiada perbezaan antara kita dan para sahabat’.35”

Ulasan:

Akhirnya ditemui juga rumusan Syeikh ini tentang persoalan ijtihad, taqlid dan
madhab. Adakah benar apa yang dirumuskannya?. Kalaulah ia benar, maka sudah tentu
kesannya antara lainnya, fatwa yang disiarkan pada 1 Ramadan 1408 bersamaan 18
April 1988 perlu disemak semula, atau yang jelas daripada pernyataan ini ialah fatwa
tersebut perlu dimansuhkan serta fatwa baru yang ‘mewajibkan’ taqlid patut
dikeluarkan semula oleh MAIPs. Kalau tidak benar, apakah hipotesis syeikh inilah yang
‘tidak mempunyai bukti yang kukuh dan kajian yang lebih lanjut?’. Tentunya orang
awam seperti penulis berhajat kepada huraian dan penjelasan lanjut oleh pihak yang
berwajib.

6. Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ialah al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah sahaja


Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : “...Dalam membincangkan persoalan aqidah ini
33
Beliau menyelesaikan pengajian B.A, M.A dan PhD. di Universiti aj,-Azhar Mesir.
Kini masih bertugas di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Bangi. Prof. Abdul Fattah juga merupakan salah seorang pakar rujuk JAKIM dalam
aqidah dan banyak berjasa dalam menangani permasalahan ajaran sesat, khususnya
isu Tasawwuf Falsafi.
34
Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (1999). Ahli Sunnah dan Wvjudiah-Batiniah
(Mengenai Ajaran Salah). Kuala Lumpur: JAKIM. Halaman viii
35
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 2

11
Ahbash

kebenaran yang mesti diikuti dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat ialah
kebenaran aqidah Asya’irah atau pegangan Abu Hasan Asyaari36…”

“Golongan yang dimaksudkan dalam hadis tersebut sebagai golongan Ahli Sunnah
wal Jama'ah ialah mereka yang mengikut mazhab Imam Asy’ari dan Maturidiyyah37...”

Ulasan:

Di sini, Syeikh Qaraqirah bagai menafikan bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah itu
seumpama nama khusus kepada Islam. la tidaklah dinasabkan kepada mana-mana
peribadi tertentu, kecuali kepada wahyu. Dalam aspek ini, satu perbezaan jelas
terbentang antara Islam dengan agama-agama lain, misalnya agama Kristian dinasabkan
kepada Jesus Christ, agama Buddha dinasabkan kepada Siddharta Gautama Buddha,
agama Yahudi dinasabkan kepada suku Judah yang merupakan keturunan Yahuda
yang merupakan salah seorang anak Nabi Ya’aqub AS. Dengan itu, umat Islam juga
menolak percubaan untuk menggelarkan mereka sebagai ‘Mohammedan’ atau agama
pengikut Muhammad. Maka, apa yang terjadi apabila Syeikh Qaraqirah ini mengaitkan
aqidah Islam hanya-sanya dengan peribadi dua orang tokoh iaitu Syeikh Abu al-Hasan
al-Asy'ari dan Syeikh Abu al-Mansur al-Maturidi, sehingga membenamkan hubungan
aqidah itu dengan Allah dan rasul-Nya?. Sedangkan aqidah Islam itulah aqidah Ahl al-
Sunnah wal al-Jama'ah, dan aqidah ini sudahpun diasaskan oleh baginda Rasulullah
SAW lagi. Muhammad ‘Uthman el-Muhammady 38 mengatakan: ‘Mereka yang Ahlis
Sunnah itu ialah mereka yang setia dengan dasar hidup Rasulullah SAW dan para
sahabatnya. Mereka bukannya muncul kemudian, bahkan kita boleh nyatakan bahawa
ianya muncul sebelum munculnya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari yang terkenal sebagai
Syeikh Ahlis-Sunnah itu’.39

Dr. Johari Mat40 : ‘..Istilah “pengasas” Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang sering
dikaitkan dengan beliau (yakni Syeikh Abu al-Hasan al-Asy’ari) boleh dipertikaikan
kerana nama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah telapun lahir sejak zaman Rasulullah SAW
lagi dan telah popular di zaman sahabat dan tabi'in...”.41

Syeikh Qaraqirah menafikan sama sekali bahawa di dalam lingkungan Ahl al-
Sunnah itu masih ada satu lagi aliran atau madhab yang digelarkan madhab Salaf atau
aliran Salafiyyah, yang lebih awal munculnya daripada Asya’irah dan Maruridiyyah.

36
Ibid: 3
37
Ibid
38
Beliau merupakan bekas pensyarah di Universiti Malaya. Kini menjadi Fellow
Kehormat kepada IKIM dan pendakwah bebas. Beliau telah diianugerahkan ijazah
Doktor Kehormat oleh USM pada tahun 2001.
39
el-Muhammady, Muhammad Uthman. (1995). Pangkalan Rantau/Asia Pasifik
Sebagai Kawasan Yang Mengamalkan Pegangan Ahlis Sunnah waljemaah. Kuala
Lumpur: BAHEIS Jabatan Perdana Menteri.
40
Beliau menyelesaikan Ph.Dnya di Universiti Imam Muhammad Ibn Su'ud di
Riyadh. Kini bertugas di Akademi Pengajian Islam UM, di kampus cawangan Nilam
Puri, Kelantan. Beliau juga merupakan seorang lagi ahli kepada panel aqidah JAKIM.
41
Johari Mat, Dr. (1998). Ketokohan Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari Di Dalam
Akidah Islam. Kuala Terengganu : Yayasan Islam Terengganu. Halaman 31.

12
Ahbash

Abu al-Hasan al-Asy’ari sendiri menakrifkan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah sebagai:


‘Kata yang kami kotakan dan agama kami yang kami anuti ialah berpegang dengan
kitab Tuhan kami yang Maha Tinggi dan Sunnah Nabi kami calayhi al-Salam dan segala
yang diriwayatkan daripada sahabat dan Tabi’in dan juga imam-imam hadith. Maka
dengan semuanya itu kami berpegang dan termasuklah juga apa yang dikatakan oleh
Abu ‘Abdullah Ahmad Ibn Muhammad Ibn Hanbal, semoga Allah menyinari
wajahnya’. Beliau menambah dengan katanya: ‘Dan kami dengan segala apa yang
dikatakan olehnya (Ahmad Ibn Hanbal) kami kata, dan orang yang menyalahi kata-
katanya akan kata-katanya kami pun ikut serta dan menjauhinya’.42

Dr. Mohd. Radzi Hj. Othman pula meneguhkan hakikat ini dengan katanya: ‘Dengan
apa yang telah kita dapati di atas menunjuk kepada kita dengan jelas bahawa pegangan
al-Syeikh Abu al-Hasan al-Asy’ari tentang aqidah adalah menepati konsep Ahl al-
Sunnah wa al-Jama’ah yang menjadi pegangan kita semua umat Islam terutama sekali
generasi umat Islam yang pertama dahulu yang dikenali sebagai al-Salaf al-Salih dan
pengikut-pengikutnya yang sealiran dengan pemahaman mereka hingga ke hari ini’.43

Di negara kita, aliran Salafi bukanlah satu perkara yang asing, khususnya di
kalangan ahli-ahli akademik. Dato' Wan Zahidi Hj. Wan Teh 44 misalnya berkongsi
pengalamannya menulis buku pendidikan Syariah untuk KBSM: ‘Saya mendapati
panduan atau kurikulum yang diluluskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan
segi akidahnya adalah mengikut mazhab Salaf. Dalamnya ada Tauhid Uluhiyyah,
Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma’ dan Sifat. Saya merujuk banyak kepada kitab-
kitab Ibn Taymiyyah...Jadi, Alhamdulillah anak kita akan belajar Tauhid Salaf, cuma kita
terpaksa ada hikmah sedikit dalam menulis buku’.45

Meskipun begitu, unsur-unsur ‘keganjilan’ madhab Salaf di kalangan orang awam di


Malaysia masih kuat terasa. Untuk itu, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hussin 46, dalam
syarahan perdana perlantikannya ke jawatan Profesor pada tahun 1998, telah dengan
tulus-ikhlasnya melahirkan saranan berikut agar fenomena ini dapat diubah dan
masyarakat Islam Malaysia akan lebih maju ke hadapan. Beliau mengatakan:

‘Abu Hasan Asy’ari dan Abu Mansur Maturidi bukanlah pengasas Ahli Sunnah
42
Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (1999). Ahli Sunnah dan Wujudiah-Batiniah
(Mengenai Ajaran Salah). Kuala Lumpur: JAKIM. Halaman 86
43
Mohd. Radzi Hj. Othman, Dr. Imam Abu Hasan Asy'ari Tokoh Ahl as-Sunnah
wal-Jemaah, dimuatkan dalam Sulaiman Noordin et.al ed. (1994). Tokoh-tokoh
Mujaddid Islam. Kajang : Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI). Halaman
126-127
44
Mendapat M.A.nya daripada Universiti al-Azhar, beliau merupakan mantan
pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Fakulti Pengajian Islam di UKM
Bangi. Beliau kini menjadi Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan di bawah kerajaan Negeri
Perak serta sangat aktif di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan
Malaysia.
45
Sulaiman Noordin et.al ed. (1994). Tokoh-tokoh Mujaddid Islam. Kajang : Badan
Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI). Halaman 141
46
Beliau yang menyelesaikan Ph.Dnya di Universiti al-Azhar adalah bekas Dekan
Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi. Kini bertugas sebagai Rektor Kolej Universiti
Islam Malaysia (KUIM), beliau juga menjadi pakar rujuk aqidah kepada JAKIM dan
juga pejabat Peguam Negara.

13
Ahbash

waljamaah, seperti yang dihuraikan oleh sebahagian besar pengkaji mazhab dan aliran
pemikiran akidah, juga seperti yang disangkakan oleh majoriti umat Islam di rantau ini.
Pada hakikatnya kedua-dua tokoh ini adalah penerus atau pejuang fahaman dan aliran
yang diasaskan oleh Sahabat Nabi dan imam-imam selepas para Sahabat sebagai
penyambung manhaj Salaf. Hakikat ini diakui sendiri oleh Asy’ari’. 47 Ditegaskannya
juga: “Menurut Asy’ari, manhaj Ahli Salaf merupakan sebaik-baik manhaj bagi umat
Islam untuk diikuti dan Imam Ahmad Ibn Hanbal adalah sebaik-baik contoh dalam
menghayati manhaj tersebut’.48 Akhimya, beliau menyarankan:

‘Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa masyarakat Islam Malaysia umumnya


orang awam dalam aspek akidah, fahaman aliran Asya’irah adalah sealiran dengan Ahli
Sunnah....Ini kerana fahaman Asya’irah dan Maturidiah pada hakikatnya adalah
sebahagian daripada Ahli Sunnah wa al-Jama’ah tetapi fahaman tradisi ini tidak dapat
memberikan kefahaman yang tepat dan menyeluruh tentang Ahli Sunnah Waljama’ah.
Fahaman ini juga tidak mampu merentasi generasi Islam yang berada di abad awal
Islam yang dikenali sebagai Ahli Salaf atau generasi sebelum Abu Hasan Asy’aari atau
Abu Mansur Maturidi. Berdasarkan fahaman tradisi masyarakat Islam maka Ahli Salaf
dan generasi berikutnya tidak tergolong dalam Ahli Sunnah Waljamaah. Oleh itu
pendekatan tradisi ini harus dinilai kembali berasaskan pendekatan yang patut
ditonjolkan bagi memahami aliran Ahli Sunnah yang sebenar dengan lebih terbuka
supaya fahaman yang sangat terbatas dan keresahan rohani serta perbezaan pendapat
dapat dikurangkan’.49

Prof. Abdul Fattah Haron pula menyelar sesetengah pengikut Asya’irah yang
menisbahkan diri kepada aliran tersebut tetapi realitinya beraqidah dan beramal dengan
perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
sendiri. Katanya: ‘Dengan kata lain, Abu al-Hasan al-Asy’ari telah menegakkan caqidah
Salaf ini berbeza dengan mereka yang datang kemudiannya, sekalipun bergelar
Asy’ariyyah (pengikut Asy’ari), tetapi mencampur-adukkan perkara caqidah dengan
tasawuf dan falsafah, tidak lagi Salaf semata. Perkara seperti ini sekali-kali tidak
dilakukan oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari. Aqidah Abu Hasan al-Asy’ari bermula dengan
Muktazilah kemudian bercampur-aduk di antara Muktazilah dengan Salaf, akhirnya
madhab Abu Hasan al-Asy’ari yang sebenar ialah madhab Salaf, beliau memihak
kepada Imam Ahmad Ibn Hanbal dan ahli-ahli hadith. Pada akhir hayatnya, beliau tidak
terlibat dengan mana-mana aliran selain dari madhab Salaf. 50 Pendekatan Mutakallimin
yang digunapakai sebagai metodologi pengajaran aqidah secara tradisi oleh golongan
ini juga dikritik oleh beliau yang berkata:

‘Telah sekian lama kita kata Tuhan ada dua puluh sifat. Maka sampailah masanya
sekarang kita keluar dari adat ini, kerana sebenarnya menurut Qur’an dan hadis sahih
47
Abdul Shukor Hj. Husin. (2000). Ahli Sunah Waljamaah Pemahaman Semula.
Bangi: Penerbit UKM. Halaman 28
48
Ibid: 36
49
Ibid: 13-14
50
Ibid: 87

14
Ahbash

sifat Allah bukan setakat dua puluh sahaja’.51

Maka, semoga sudilah para pembaca budiman membandingkan antara Syeikh yang
diundang khas dari Lubnan ini dengan para ahli akademik Malaysia, khususnya mereka
yang menjadi pakar rujuk JAKIM. Yang mana mempunyai kesarjanaan yang tinggi dan
kewibawaan akademik yang luas? Yang mana pula memiliki kejumudan dan sentimen
sectarianism yang sempit?. Apa pula halnya kalau ada peserta seminar yang pulang ke
rumah masing-masing sambil berbekal doktrin ‘Islam itu Asya’irah, dan Asya’irah itu
Islam’ berkat ajaran Syeikh Hussam Qaraqirah ini?

7. Para ulama' 'terkenal kebanyakannya bermadhab Asya'irah


Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : ‘Antara ulama’ terkenal yang memegang
madhab ini ialah al-Hafiz Baihaqi, Imam Nawawi, Ibn Hajar Asqalani, Abu Ishak Asy-
Syirazi, Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan pengikut golongan madhab empat yang
terkenal. Sultan Salahuddin al-Ayyubi menitikberatkan pegangan terhadap aqidah Abu
Hasan al-Asy’ari. Baginda memerintahkan supaya dibaca kitab ‘Aqidah al-Asy’ari’ di
atas menara masjid-masjid sebelum solat subuh’.52

Ulasan:

Sesungguhnya diakui bahawa aliran Asya'irah memang dianut dengan begitu


meluas sejak beberapa abad yang lampau. Walaupun begitu, kenyataan bahawa aqidah
Salaf memang merupakan aqidah yang dianut oleh Rasulullah SAW, para Sahabat
baginda, Tabi'in, Tabi' al-Tabi'in serta para ulama' Salaf .khususnya imam-imam madhab
yang empat, tetap tidak dapat dinafikan. Tradisi membela aqidah Salaf al-Salih ini
diteruskan lagi zaman berzaman sehinggalah ke hari ini, oleh para ulama’ yang
sekalipun mereka berpegang kepada madhab-madhab fiqh yang berbeza, mereka tetap
bersatu hati dengan satu aqidah dan manhaj yang sama: manhaj Salaf. Ini juga
menafikan tohmahan sesetengah pihak bahawa aqidah Salaf merupakan aqidah yang
‘dimonopoli’ oleh pengikut satu-satu madhab fiqh tertentu sahaja, dan tidaklah dianut
secara menyeluruh. Bagi ulama’ yang berpegang kepada madhab Imam al-Syafi’iy
dalam fiqh khususnya, masih ramai antara mereka yang cukup gigih memperjuang dan
mendakwahkan aqidah Salaf. Antara para ulama' madhab Syafi’iy yang menganut
aqidah Salaf ialah : al-Syafi’iy sendiri, al-Buwaythi, al-Muzani, Ibn Hibban, Ibn
Khuzaymah, Ibn Khafif, al-Hakim, Ibn Surayh, Ibn Solah, Ibn al-Nuhas atau Harmalah
Ibn Yahya, al-Azhari, al-Lughawi, al-Sabuni, Ibn Abi Hatim, Ibn Thamamah, al-
Baghawi, Ibn Kathir, al-Hafidh al-Salafi, al-Daruquthni, al-Humayri, Ibn al-Sunni, Abu
al-Hasan al-Asy’ari, Abu al-Abbas al-Asham, al-Mizzi, al-Saji, al-Dhahabi, al-Darimi atau
Uthman Ibn Sa’id, al-Lalaka’iy, Muhammad Ibn Nasr al-Marwazi, al-Muqrizi, al-
Mundhiri, dan juga Abu Muhammad al-Juwayni. Dr. Nasir Abdul Karim al-‘Aql
mencatatkan: ‘Para tokoh senior madhab Syafi’iy terkenal sangat gigih dalam membela

51
Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (2000). Sanggahan Terhadap Kitab Kasyf al-
Asrar. Kuala Lumpur:JAKIM. halaman 26
52
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 3

15
Ahbash

pendapat-pendapat para Salaf al-Salih dan berpesan kepada para pengikutnya untuk
setia kepada al-Sunnah. Mereka mengecam keras tindakan-tindakan bid’ah dan para
pendukungnya, walaupun sebahagian mereka ada yang sepakat dengan para Ahl Bid’ah
dalam beberapa hal, seperti al-Baihaqi, al-Khittabi, al-Junayd, Abu Nu’aim al-Asbahani,
al-‘Izz Ibn Abd al-Sallam, al-Nawawi, al-Suyuti, dan al-Manawi. Akan tetapi secara
keseluruhan manhaj mereka sangat dekat dengan al-Sunnah, walaupun ada perbezaan
di antara mereka’.53

Maka jelas juga kepada kita, bahawa aqidah beberapa tokoh yang disenaraikannya
di atas masih mempunyai banyak persamaan dan kemiripan dengan aqidah Salaf. Di
samping itu, aqidah Asya’irah yang dipegang oleh mereka juga tidaklah 100% serupa
dengan aqidah Asya’irah yang dimiliki oleh Syeikh Hussam Qaraqirah kerana dekatnya
mereka dengan pengajian hadis dan ittiba’ dengan Sunnah.

8. Kebenaran aqidah Asya'irah diakui oleh Rasulullah


Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : “...Kebenaran aqidah ini turut diakui oleh
Rasulullah SAW dan sabda baginda ‘Kota Konstantinopel pasti akan dibuka oleh
seorang pemimpm yang agung serta pengikutnya yang setia’....Pujian yang diberikan
oleh baginda menunjukkan kebenaran aqidah Abu Hassan Asy’aari54....”

Ulasan: Beliau berdalil dengan hadis yang berbunyi:

Maksudnya: “Kota Konstantinople akan dibuka oleh seorang pemimpin yang agung
serta pengikutnya yang setia”. Menurut syeikh ini, apabila Istanbul dibuka oleh Sultan
Muhammad al-Fatih al-Uthmani, baginda dikatakan pemimpin terbaik. Oleh itu, sudah
tentu aqidahnya juga merupakan aqidah terbaik. Dengan itu, apabila Sultan
Muhammad al-Fatih al-Uthmani beraqidah Asya’irah, maka aqidah terbaik ialah
aqidahnya iaitu aqidah Sunni Asya’irah yang beriman Allah wujud tidak bertempat,
kasihkan ahli sufi dan bertawassul dengan Nabi.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-
Mustadrak, Abu Nu’aym dalam Ma’rifah al-Sahabah, Bukhari dalam Tarikh al-Kabir,
Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Khuzaymah dan al-Suyuti. la telah disahihkan
oleh al-Suyuti dalam Jami’ al-Saghir, al-Manawi dalam Faydul Saghir, al-Haytami dalam
Majmu' al-Zawa'id, al-Bazzar, Tabarani, Ahmad dan selainnya.

Walau bagaimanapun, para ahli hadis muta’akhirin seperti Muhammad Nasiruddin


al-Albani dalam semakannya terhadap Jami’ al-Saghir serta Syu’aib al-Arnawth dalam
semakannya terhadap Musnad Imam Ahmad telah mendaifkan hadis tersebut. Punca
pendaifan ini ialah disebabkan wujudnya perawi bemama Abdullah al-Khath’amiy yang
majhul pada sanad hadis tersebut, sedangkan semua riwayat yang wujud hanya
53
al-Aql, Dr. Nasir Ibn Abd al-Karim. (2002). Hirasah al-'Aqidah. (edisi
terjemahan oleh Abdul Rosyad Shiddiq dengan judul Benteng Akidah). Jakarta: Qisthi
Press. Halaman 158-159
54
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin.Haiaman 3

16
Ahbash

direkodkan melalui riwayatnya semata-mata. Oleh itu, tidaklah dapat hadis tersebut
dikatakan sahih.55

Seterusnya, jika hadis di atas sahih sekalipun, apakah syarah para ulama’ hadis
terhadap matannya? Siapakah ulama’ hadis yang berpendapat seperti Syeikh Qaraqirah
yang mengatakan hadis tersebut menjadi dalil bahawa aqidah Asya’irah telah diiktiraf
oleh Allah dan rasul-Nya?. Dibimbangi kalau-kalau pendapat ini adalah pendapat yang
syadz (ganjil), pendapat yang ganjil-ganjil ini boleh membawa ke neraka, seperti yang
telah disabdakan oleh Nabi. Menafsirkan al-Qur'an dan al-Sunnah dengan emosi dan
sentimen peribadi, bukan dengan manhaj para ulama’ mu’tabar, adalah langkah yang
membawa kepada jurang penyelewengan aqidah dan manhaj. Di sini, ada baiknya kata-
kata Prof. Abdul Fattah Haron direnungkan. Beliau berkata: “Seruan ‘Ayuh kita
tegakkan Aqidah Ahli Sunnah’” keberkesanannya amat disangsikan jika masalah
ta’wilan ayat dan hadis palsu56 tidak dikawal dengan cara yang benar-benar berkesan.
Kembali kepada cara Salaf adalah jalan yang sebaik-baiknya dalam menyelesaikan
perkara ini.57 Semoga para pembaca yang mempunyai kepakaran dalam 'Ulum al-Hadis
dapat menyumbang bagi menangani persoalan ini.

9. al-Sawad al-A'dham ialah al-Asya'irah dan al-Maturidiyyah


Syeikh Hussam Qaraqirah menulis dalam kertas kerja versi Arabnya “...al-Sawad al-
A'dham (golongan terbesar) ialah Asya’irah dan Maturidiyyah.. ...”58

Ulasan:

Istilah al-Sawad al-A'dham (golongan terbesar) ialah istilah yang thabit melalui
hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih. Syeikh ini menyatakan Asya’irah dan
Maturidiyyah ialah al-Sawad al-A'dham dengan menyenaraikan banyak negara-negara
umat Islam yang majoriti penduduknya beraqidah Asya’irah dan Maturidiyyah sebagai
dalil kepada dakwaannya. Sedangkan, apakah kefahaman sebenar bagi konsep 'al-
Sawad al-A'dham' ini?

Adakah ia merujuk kepada majoriti umat Islam dalam takrifan ‘kuantiti’ atau
majoriti semata-mata? Ataupun, adakah ia merujuk kepada situasi umat Islam pada
zaman Rasulullah SAW dan Salaf al-Salih selaku kurun Mufadhalah di mana Ahl al-
Sunnah telah membentuk arus perdana serta, terdiri daripada majoriti dan jumlah
terbesar umat Islam di seluruh dunia?. Diketahui bahawa pada zaman al-Ma’mun
menjadi khalifah Dawlah Abbasiyyah, beliau memaksa ‘aqidah Muktazilah dianut oleh
55
Rujuklah tahqiq Syu'aib al-Amawth terhadap Musnad al-Imam Ahmad, Jilid 3,
hadis no. 18957. Penulis berterima kasih kepada saudara dan sahabat penulis, Abu
Umar Hafiz Firdaus yang sudi membantu melakukan takhrij awal kepada hadis ini.
56
Tentunya termasuklah hadis-hadis yang daif(lemah), yang tidak dapat ditetapkan
bahawa ia adalah benar-benar telah disabdakan oleh Rasulullah SAW.
57
Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (1998). Martabat Tujuh : Tajalli
(Penampakan) Allah Menerusi Tujuh Martabat (Lapisan). Kuala Lumpur: JAKIM.
halaman 57-58
58
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 1 1 . Bandingkan dengan versi
Melayu di halaman 3

17
Ahbash

segenap lapisan rakyat, termasuklah para ulama’. Maka, selama beberapa tahun rakyat
dan ulama’ telah tunduk kepada tekanan itu, kecuali suatu jumlah yang sangat sedikit
diketuai oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal yang masih membantah dengan sengit
sekalipun dipenjara dan diseksa. Oleh itu, adakah pada zaman itu 'al-Sawad al-A'dham'
ialah mereka yang beraqidah Muktazilah pula kerana majoriti umat Islam ketika itu
beraqidah Muktazilah?

Apakah Syeikh ini mahu menjadikan ‘jumlah yang besar’ sebagai dalil kepada
konsep ini, dan bukannya disandarkan kepada dalil-dalil al-Qur'an dan al-Sunnah
dengan kefahaman yang sahih tentangnya? . Adakah timbangan ‘yang banyak pengikut
itulah yang benar sedang yang sedikit itulah yang batil’ mahu digunakan?. Moga isu ini
juga akan dapat ditanggapi oleh para pembaca budiman sekalian.

10. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Tidak Beriman
Allah wujud tidak bertempat
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : “...Sultan Muhammad al-Fatih adalah dari
aliran Sunni Asya’irah yang berpendapat wujudnya Allah Ta’ala itu tanpa
bertempat59.....” Jihah dan Tempat

Ulasan:

Yang tersirat daripada pernyataan ini ialah, mereka yang beriman kepada doktrin
‘Allah Wujud Tidak Bertempat’ sahaja yang dianggap sesuai dengan manhaj Ahl al-
Sunnah. Benarkah pendapat Syeikh ini?

Abu al-Hasan al-Asy’ari mengatakan: ‘(Kami) percaya bahawa Allah itu beristiwa’ di
atas Arasy-Nya, seperti mana firman Allah dalam al-Qur'an, surah Taha ayat 5, yang
bermaksudi “Tuhan yang bernama al-Rahman di atas ‘Arasy beristiwa’.60

Kata Abu Hasan al-Asy’ari lagi: ‘Di samping itu, kita melihat bahawa seluruh umat
Islam mengangkat tangannya ke arah langit bila berdo’a, sebab Allah beristiwa’ di Arasy
yang letaknya di atas langit. Jika Allah tidak beristiwa’ di atas ‘Arasy, tentu mereka
tidak mengangkat tangannya ke arah langit’.61

Abdul Qadir al-Jailani pula berkatar: ‘Selayaknya, penyebutan kata istiwa’ tidak
disertai penafsiran. Kata itu bererti istiwa’ al-Dhat di atas Arasy, bukan bererti duduk
seperti yang dikemukakan oleh kumpulan Mujassimah dan Karramiyyah. Kata istiwa’
juga tidak bererti tinggi seperti yang dikemukakan oleh kumpulan Asya’irah. Juga tidak
59
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 3
60
Mohd . Radzi Haji Othman, Prof. Madya dalam 'Imam Abu Hasan Asy'ari Tokoh
Ahl as-Sunnah wal-Jemaah' dalam 'Tokoh-tokoh Mujaddid Islam". (1994). Kajang :
Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI), halaman 116. lihat juga al-Asy'ari, Abu
al-Hasan. (1998). Maqalat Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin. (edisi terjemahan oleh
Drs. H.A. Nasir Yusuf dan Drs. Karsidi Diningrat dengan judul Prinsip-prinsip Dasar
Aliran Teologi Islam). Bandung: CV Pustaka Setia. Halaman 363.
61
al-Asy'ari, Abu al-Hasan. (1993). al-'Ibanah 'an Usul al-Diyanah. (edisi
terjemahan oleh Abu FahmJ dan Ibnu Marjan dengan judul Pokok-pokok Ajaran
Dieri). Jakarta: Gema Insani Press. Halaman 63

18
Ahbash

bererti penguasaan dan dominasi seperti yang dikemukakan oleh kumpulan


Muktazilah, kerana syariat tidak mengisyaratkan hal itu. Para sahabat dan tabi’in juga
tidak pernah mengungkit hal itu’.62

Dr. Mohd. Radzi Hj. Othman telah membantah pandangan ini awal-awal lagi
dengan menunjukkan akar-umbi pendapat ini kepada aqidah Muktazilah. Beliau
berkata:

‘Di antara saki baki fahaman Muktazilah di dalara al-Asya’irah saya boleh tunjukkan
di sini. Satunya ialah sikap al-Muktazilah yang mengatakan tuhan tidak bertempat.
Kenapa kata tuhan itu tidak bertempat? Kerana kalau kita kata tuhan itu bertempat,
maka kita menthabitkan (menegaskan) pihak (arah) kepada Allah. Tempat tidak
mungkin lari dari jihah (arah). Kalau kita kata tempat di mana?. Mungkin kanan, tak
kanan kiri, tak kiri atas, tak atas bawah, tak bawah belakang, begitulah kalau kita
katakan tempat. Jadi kalau kita katakan tuhan ke kanan ke kiri, ke bawah ke atas
maknanya ia ada tempat jihah. Kalau begitu keadaannya, la bukan tuhan. Oleh kerana
Dia (Allah) itu Tuhan, tak boleh kita katakan dengan sedemikian. Jadi jalan tengahnya
(bagi Muktazilah) ialah menafikan tempat bagi Allah...”.63 Katanya lagi:

‘Ahli Sunnah wal Jemaah tidak mengatakan Tuhan itu ada tempat atau mengatakan
tuhan itu bertempat kerana kedua-duanya Allah sendiri tidak kata dan Nabi sendiripun
tidak kata. Kita akan ikut sebagaimana Tuhan kata dan macam mana Nabi kata dalam
hal ini. Dalam al-Qur’an firman Allah yang bermaksud: ‘Adakah kamu beriman dengan
Tuhan di langit?’ Kita tidak kata Allah itu bertempat. Kalau kita kata Allah itu
bertempat, kita sudah berpandai-pandai lebih dari Tuhan... .Kalau nisbah kepada kita
memang langit itu tempat. Tetapi dari segi Allah langit bukannya tempat. Allah sahaja
yang Maha Mengetahui dan apa yang Allah katakan itu memang betul dan layak bagi-
Nya dan Dia mengetahui dengan apa yang Dia buat... Allah di langit, di langitlah
sebagaimana Allah menyebutkannya... ‘.64 Maka inikah pegangan orang yang
mendakwa mengikut Abu Hasan al-Asy’ari dalam aqidah, sedangkan sudah lama imam
tersebut meninggalkan aqidah Muktazilah dan Kullabiyyah serta kembali kepada
aqidah Salaf?. Ini sikap yang diselar oleh Dato’ Wan Zahidi yang menegaskan bahawa:

‘Kita mengatakan ini mazhab Asy’ari dalilnya ini (sekian sekian). Yang ini telah
ditinggalkan oleh al-Imam al-Asy’ari. Kenapakah kita mengambil fahaman yang ditolak
oleh al-Imam al-Asy’ari?’65

11. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Mengasihi Ahli-ahli
Sufi
62
al-Jaylani, Abdul Qadir. (2001). al-Ghunyah li Talibi Tariq al-Haqq fi al-Akhlaq
wa al-Tasawwuf wa al-Adab al-Islamiyyah. (edisi terjemahan oleh Muhammad
Abdul Ghaffar E.M dengan judul Fikih Tasawwuf). Bandung : Pustaka Hidayah.
Halaman 21
63
Sulaiman Noordin et.al ed. (1994). Tokoh-tokoh Mujaddid Mam. Kajang : Badan
Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI). Halaman 133.
64
Ibid: 133-135
65
Ibid: 142

19
Ahbash

Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : Arab “....Sultan Muhammad al-Fatih adalah dari
aliran Sunni Asya'irah... danmengasihi ahli-ahli sufi yangbenar66......”

Ulasan:

Sufi atau tasawwuf memang satu istilah yang mengundang banyak perbincangan
dan kontroversi sejak dahulu sampai sekarang, bermula daripada aspek bahasa dan
asal-usul istilahnya lagi. Daripada aspek maknanya, sekiranya tasawwuf yang
dimaksudkan ialah akhlak dan zuhud yang disandarkan kepada al-Qur’an dan al-
Sunnah Sahihah maka barulah akan berkurangan kontroversinya. Akan tetapi, sekiranya
tasawwuf yang dimaksudkan ialah ‘falsafah’ dan lain-lain perkara I’tiqadiyah yang
bersifat Tawfiqiyah67, maka inilah bentuk tasawwuf yang dikecam oleh para ulama’.

Antaranya ialah Imam al-Syafi’iy sendiri yang berkata: “Jika seseorang itu menjadi
sufi (tasawafa) pada permulaan hari, dia tidak akan sampai ke waktu zuhur kecuali
(telah menjadi) gila”.68

Beliau berkata lagi bahawa: ‘Pangkal tasawwuf itu adalah kemalasan’. 69 Seterusnya
tentang ciri-ciri orang Sufi, Imam al-Syafi’iy mengatakan: ‘Tidak menjadi seorang sufi
sebelum pada dirinya terdapat empat ciri iaitu: pemalas, banyak makan, pesimis dan
berlebihan di luar keperluan’.70

Maka benarkah pendapat tersirat Syeikh Qaraqirah ini yang mengatakan sifat
golongan yang bertentangan dengan Ahl al-Sunnah ialah mereka yang tidak
memuliakan ahli-ahli sufi?. Bukankah konsep tasawwuf dan ‘ahli sufi yang benar’ itu
sendiri perlu ditakrif dan dijelaskan sejelas-jelasnya oleh beliau jika mahu membuat
pernyataan seumpama ini?. Jika tidak, mungkin akan terbuka satu lagi pintu kepada
penyelewengan kefahaman dan aqidah hasil keyakinan kepada ajaran seorang ‘ulama’
yang diimport khas dari Lubnan.

Prof. Abdul Fattah Haron menempelak golongan yang bermati-matian cuba


mengatakan semua ajaran tasawwuf yang sudah terseleweng itu sebagai sebahagian
daripada ajaran Islam. Beliau berkata:

‘Fatwa mereka bahawa ilmu Tasawuf itu Fardu Ain. Bagaimana boleh jadi begini?.
Sedangkan tasawuf hanya mula muncul pada abad kedua Hijrah (dan) tidak ada dalam
zaman Rasulullah dan Salaf.71
66
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 11
67
Yakni hanya thabit dengan ketetapan nas-nas wahyu yang sahih daripada al-
Kitab dan al-Sunnah, serta akal, emosi dan sebagainya tidak beperanan kecuali tunduk
menerimanya kebenaran nas wahyu tersebut.
68
Manaqib al-Bayhaqi (2/207) seperti yang dinukil oleh al-Aqil, Muhammad Ibn
Abd al-Wahhab, Dr. (2002). Manhaj al-Imam al-Syqfi 'iyfi Ithbat al-Aqidah. (edisi
terjemahan oleh H.Nabhani Idris dengan judul Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i).
Bogor : Pustaka Imam Asy-Syafi'i. Halaman 284
69
al-Hilyah (9/136-137), Ibid.
70
Manaqib al-Bayhaqi (2/207), Ibid
71
Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (2000). Sanggahan Terhadap Kitab Kasyf cd-

20
Ahbash

‘Tasawuf sebagai ilmu dan amal yang sistematis mula lahir pada abad kedua Hijrah.
Pada zaman Rasulullah dan Salaf tidak ada tasawwuf, yang ada kalaupun gunakan
kalimah tasawwuf juga, tidak lebih daripada zuhud dan banyak beribadah’.72

Untuk para pengikut al-Asy’ari dalam aqidah dan al-Syafi’iy dalam fiqh, beliau
menegaskan:

‘Kalau mahu ikut Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Syafie serta mereka yang
seumpama keduanya, maka tiada tasawuf. Mereka berdua adalah contoh Ahl al-Sunnah
Salafi tanpa tasawuf.73

12. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Bertawassul Dengan
Nabi
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : Arab “....Sultan Muhammad al-Fatih adalah dari
aliran Sunni Asya’irah... dan bertawassul dengan Nabi74...”

Ulasan:

Dalam persoalan bertawassul atau mengambil perantaraan dengan jah yakni


kedudukan Nabi ataupun roh Nabi, sedangkan baginda SAW sudah wafat, penulis suka
menurunkan pendapat Dr. Mahmood Daud.75 Beliau mengatakan:

Tawassul pertama yang diharamkan oleh semua ulama’ itu dikatakan syirik kerana
seseorang yang melakukan itu meminta daripada Nabi atau orang wali yang mati itu
sendiri supaya tolong memberi atau menunai suatu hajat keperluan kepadanya atau
supaya menolak bala bencana yang menimpanya tidak kepada Allah Ta’ala, kerana itu
adalah syirik’.76

‘Sedangkan tawassul kedua yang ulama’ berselisih pendapat mengenainya ini


kerana seseorang itu hanya meminta dan memohon daripada Nabi atau wali yang mati
supaya meminta tolong berdoa di dalam kubur kepada Allah bagi pihaknya supaya
Allah menunaikan hajat keperluan atau menolak bala bencana. Bagi mereka Nabi atau
wali itu hanya tolong berdoa kepada Allah bagi pihaknya sahaja tidak lebih daripada
itu, mereka tahu dan yakin bahawa Nabi dan wali tidak berhak untuk memberi atau
menolak sesuatu yang diminta itu kerana segala hak tersebut adalah kepunyaan Allah
Ta’ala. Sebab itu tawassul ini ada sebahagian ulama’ mengharuskan dan sebahagian

Asrar. Kuala Lumpur: JAKIM. halaman 80


72
Ibid: 82
73
Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (1999). Ahli Sunnah dan Wujudiah-Batiniah
(Mengenai Ajaran Salah). Kuala Lumpur: JAKIM. Halaman 74
74
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 11
75
Beliau menamatkan pengajian B.A di YPTIK Nilam Puri, M.A di Universiti Imam
Muhammad Ibn Su'ud Riyadh dan Ph.D di Universiti Malaya. Bersara sebagai
pensyarah di Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam UM,
beliau juga merupakan salah seorang anggota panel aqidah JAKIM.
76
Mahmood @ Zakaria Daud, Dr. (1995). Tawassul dan Tabarruk Mengikut
Perspektif Islam. Kuala Lumpur : BAHEIS Jabatan Perdana Menteri. Halaman 41

21
Ahbash

yang lain tetap mengharamkannya sebagaimana akan diterang nanti’.77

‘Berdasarkan kepada hujah-hujah dan dalil-dalil yang telah dikemukakan di atas


jelaslah bahawa hujah-hujah dan dalil golongan yang mengatakan bertawassul dengan
orang-orang mati (termasuk dengan Nabi selepas baginda wafat) TIDAK HARUS atau
TIDAK DIPERBOLEHKAN adalah LEBIH KUAT dan LEBIH KUKUH. Oleh yang
demikian pendapat dan hujah yang lebih kuat inilah yang lebih wajar diterima dan
diamalkan’.78

‘Penulis menyokong pendapat yang mengharamkan kerana dibimbangi takut


terjatuh ke lembah syirik dan bid’ah yang ditegah oleh Allah. Tawassul bentuk ini
banyak dilakukan oleh beberapa golongan tertentu seperti golongan ahli tasawwuf’.79

Maka beginilah pendapat seorang anggota panel aqidah JAKIM, daripada bukunya
yang diterbitkan oleh JAKIM sendiri seawal JAKIM masih lagi bernama Bahagian Hal
Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri, belum lagi dinamakan JAKIM.
Pendapat Syeikh Qaraqirah ini dan mereka yang sependapat dengannya telah diselar
oleh Dr. Mahmood dengan katanya:

‘Golongan yang membolehkan bertawassul dengan orang yang telah mati dan
mengamalkan cara itu adalah golongan yang suka mengamalkan perkara yang amat
samar-samar kebenarannya. Mereka sengaja membesar-besarkan perkara yang kecil-
kecil dan samar-samar dan tidak jelas, dan dengan begitu mereka meninggalkan suatu
yang betul dan sahih serta jelas terang buktinya, dan mengambil perkara yang samar-
samar dan tidak jelas. Sepatutnya jika mahu bertawassul gunalah tawassul yang
diharuskan oleh seluruh ulama’ seperti tawassul dengan amalan salih atau iman kepada
Allah, tawassul dengan nama-nama Allah yang Husna atau dengan sifat-sifatnya seperti
mana yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW atau bertawassul dengan orang-orang
salih yang masih hidup’.80

13. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Mendakwa Islam
Terpecah Kepada 72 Golongan
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : “Golongan ini terdiri daripada mereka yang
mendakwa Islam itu terpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, sebahagian besarnya
tidak lagi wujud hari ini81...”

Ulasan:

Hadis-hadis yang membincangkan terpecahnya umat Islam kepada 73 golongan


sudah banyak mengundang perbincangan. Lebih wajar bagi Syeikh Qaraqirah

77
Ibid: 41-42
78
Ibid: 93
79
Ibid: 41
80
Ibid: 93-94
81
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 4

22
Ahbash

membincangkan tentang kedudukan hadis-hadis tersebut terlebih dahulu, sebelum


merumuskan segala-galanya dengan kesimpulan ini. Realitinya, umat Islam telah pun
terpecah kepada lebih daripada 73 golongan, dan asas kepada sebab perpecahan yang
paling awal sehingga kepada hari ini ialah disebabkan faktor aqidah. Bahkan, mereka
yang menerima umat Islam ini telah dan akan terpecah kepada 72 golongan ini pula
yang dikatakan oleh Syeikh Qaraqirah sebagai ‘bercanggah dengan Ahl al-Sunnah’?.

Seterusnya, beliau mengatakan lagi bahawa kebanyakan daripada 72 firqah yang


terkeluar dan manhaj Ahl al-Sunnah sudah tidak wujud lagi pada hari ini? Kalau
dikembalikan sifat firqah-firqah yang sesat ini kepada ciri-ciri yang asal dan ciri tersebut
didasarkan secara ketat dan tekstual kepada kriteria yang dihuraikan oleh ulama’-
ulama’ zaman silam, sudah tentu seimbas pandang inilah kesimpulan yang akan
dicapai. Walau bagaimanapun, akar pemikiran firqah-firqah ini telah pun tersebar serta
telah, sedang dan mungkin akan diserap dan diamalkan; secara langsung atau tidak
langsung oleh pelbagai golongan umat Islam pada hari ini. Bukankah dalam hal ‘Allah
wujud tidak bertempat’, Dr. Mohd. Radzi telah mengembalikan hipotesis tersebut
sebagai ‘saki-baki pemikiran Muktazilah yang telah dibawa masuk ke dalam pemikiran
Asya'irah dan sedang bertahan di dalamnya’? Meremehkan atau menafi pengaruh-
pengaruh firqah ini sememangnya wujud dan kukuh, khasnya secara tidak langsung di
dalam pemikiran umat Islam kontemporari, adalah satu tindakan yang nampaknya
‘tidak mempunyai bukti yang kukuh dan kajian yang lebih lanjut’. Wallahul Musta'an.

14. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Tidak Beriman
dengan Sifat Nuzul bagi Allah
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis dalam kertas kerja versi Arabnya: “...menafikan
sifat Nuzul (yakni turun ke langit dunia) bagi Allah82....” Kerana “Dia (Allah) pencipta
tempat dan Dia tidak berhajat kepada tempat tersebut 83...”

Ulasan:

Pernyataan ini tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh penterjemah


kertas kerja ini, dan hanya dijumpai secara langsung di dalam versi Arab. 84 Seterusnya,
disenaraikan beberapa ‘ucapan’ para ulama’ yang menjadikan penulis terpanggil untuk
menyenaraikan isu penolakan sifat Nuzul bagi Allah ini, al-Syafi'iy mengatakan: ‘Dan
bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam, berdasarkan hadis Rasulullah
SAW tentangnya..’85. al-Syafi'iy juga menegaskan:

‘..sesungguhnya Allah Ta’ala di atas Arasy-Nya mendekati kepada makhluk-Nya


menurut bagaimana yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah Ta’ala turun ke langit
82
Ibid: 11, dalam versi bahasa Arab
83
Ibid: 4, dalam versi bahasa Melayu
84
Mungkinkah ini terjadi kerana penerjemah tidak ‘sanggup’ untuk
menerjemahkan pernyataan tersebut?
85
al-Khumaiyyis, Muhammad Abdul Rahman. (1995). 'Aqidah 'Aimmah aI-
Arba'ah.(edisl terjemahan oleh Nabhani Idris dengan judul Aqidah Empat Imam
Mazhab). Jakarta: Qalam halaman 56

23
Ahbash

dunia menurut bagaimana yang Dia kehendaki’.86

Abu al-Hasan al-Asy’ari pula mengatakan:

‘Kami membenarkan semua riwayat yang thabit periwayatannya oleh ahli hadis
tentang Allah TURUN ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah di sana ada yang
bertanya? Adakah di sana ada yang memohon ampun?. Begiitulah juga riwayatkan yang
dinukilkan dan dithabitkannya. Hal ini jauh bertentangan dengan apa yang telah
dikatakan oleh golongan-golongan yang sesat lagi menyesatkan.87

Abdul Qadir al-Jailani pula menjelaskan:

‘Allah senantiasa turun ke langit dunia setiap malam dengan cara-Nya sendiri dan
sesuai dengan kehendak-Nya. Dia memberikan keampunan kepada sesiapa sahaja
daripada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki yang berbuat dosa, kesalahan dan
maksiat. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah di atas semua yang tinggi, tiada Tuhan
selain Dia yang mempunyai Asma’ al-Husna. Pengertian turun Allah ke langit dunia
tidak bererti turunnya rahmat dan pahala seperti yang dikemukakan oleh kaum
Muktazilah dan Asya’irah’.88

Maka bagaimanakah pula dengan pandangan tokoh yang mendakwa aqidah Abu
Hasan al-Asy’ari, fiqh al-Syafi’iy dan tariqat Abd al-Qadri al-Jaylani itulah ‘jalan
kebenaran dan keselamatan yang agung'?

15. Ulama’ Hadis tidak mengerti bidang fiqh


Syeikh Hussam Qaraqirah menulis dalam kertas kerja versi Arab "Ulama' hadis tidak
mengerti fiqh89..” kerana “mereka tidak mampu mengistinbatkan hukum-hakam fiqh”
walaupun “mereka meriwayatkan hadis” dan “memahami bahasa Arab dengan baik”.90

Ulasan:

Dalam pernyataan ini, Syeikh Qaraqirah telah merendah serta memperlekehkan


sumbangan para ulama’ hadis, bermula dari zaman sahabat lagi. Seolah-olah ahli-ahli
Hadis hanya mengerti hadis tetapi tidak faqih, yakni tidak boleh mengistinbatkan
pelbagai hukum-hakam fiqh.

86
al-Dhahabi dalam Mukhtasar al-'Uluw:176 dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam
Ijtima' al-Juyusy al-Islamiyyah: 94 seperti yang dinukil oleh al-Aqil, Muhammad Ibn
Abd al-Wahhab, Dr. (2002). Manhaj al-Imam al-Syafi'iy fi Ithbat al-Aqidah. (edisi
teriemahan oleh H.Nabhani Idris dengan judul Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'/).
Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafi'i. Halaman 284
87
Mohd. Radzi Hj. Othman., Prof. Madya dalam 'Imam Abu Hasan Asy'ari Tokoh
AM as-Sunnah wal-Jemaah' dalam 'Tokoh-tokoh Mujaddid Islam'. (1994). Kajang :
Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI), halaman: 123
88
al-Jaylani, Abdul Qadir. (2001). al-Ghunyah li Talibi Tariq al-Haqqfi al-Akhlaq
wa al-Tasawwufwa al-Adab al-Islamiyyah. (edisi teriemahan oleh Muhammad Abdul
Ghaffar E.M dengan judul Fikih Tasawwuf). Bandung : Pustaka Hidayah. Halaman 23
89
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 10
90
Ibid:2

24
Ahbash

Apakah pandangan imam teladan bagi Syeikh Qaraqirah tentang para ulama’
hadis?. Dalam kitabnya Maqalat Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin, selepas menyatakan
i’tiqad para ahli hadis, Abu al-Hasan al-Asy’ari sendiri mengatakan: ‘Begitulah semua
ini merupakan doktrin-doktrin Ahli al-Sunnah, yakni Ahli Hadis, yang juga sepadan
dengan ajaranku, sehingga aku pun dituntut untuk mengithbatkannya dan
menyampaikannya..’91 Sungguh tidak disangka bahawa sampai ke tahap ini rupanya
‘kebencian’ Syeikh ini terhadap al-Sunnah dan para ulama’ hadis sehingga sanggup
mengeluarkan rumusan seperti ini.

Sesungguhnya, para ahli hadis akan juga menguasai beberapa cabang ilmu ‘wahyu’
yang lain iaitu tafsir, fiqh, dan tarikh serta tidak sebaliknya. Bukankah ramai ahli fiqh
yang lemah ilmunya di dalam hadis sehingga mereka terkeliru dalam berfatwa?. Tidak
sedikit juga ahli tafsir yang tidak menguasai hadis sehingga mereka menafsirkan al-
Qur’an dengan tafsir-tafsir yang menyeleweng?. Demikian juga ahli-ahli sejarah juga
banyak memenuhkan tulisan mereka dengan riwayat-riwayat yang palsu dan batil.

Sumbangan ahli hadis yang juga ahli fiqh pula cukup banyak memberikan manfaat
kepada umat Islam. Sejarah juga telah membuktikan bahawa imam-imam madhab yang
empat yakni Abu Hanifah, Malik, Syafi’iy dan Ahmad sendiri merupakan ahli hadis
yang kumpulan pendapat mereka tentang fiqh membawa pengaruh yang besar sehingga
mereka merintis aliran baru di dalam dunia fiqh Islam.92

Dengan itu, celaan Syeikh Qaraqirah kepada ahli hadis telah menambahkan satu lagi
kerosakan kepada sekian banyak kekeliruan segolongan manusia yang menggelarkan
dirinya sebagai ‘ulama’.

16. Satu-satunya musuh ialah Sahyuni/Zionis


Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : “.....saling berkerjasama untuk berhadapan
dengan satu-satunya musuh iaitu Sahyuni (Israel) dan93....”

Ulasan:

Dan ulasan penulis yang terakhir bukannya tidak membenarkan pernyataan Syeikh
Qaraqirah ini, akan tetapi penulis terasa seolah-olah konteks pengertian musuh telah
sedikit disempitkan. Sahyuniyah atau Zionisme sememangnya merupakan musuh
kepada umat Islam sampai ke hari Kiamat. Akan tetapi umat Islam masih mempunyai
musuh-musuh lain yang terdiri daripada hawa-nafsu, syaitan, orang-orang Yahudi dan
Nasrani, serta pelbagai agen-agennya. Umat Islam juga mempunyai musuh yang terdiri

91
al-Asy'ari, Abu al-Hasan. (1998). Maqalat Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin.
(edisi teriemahan oleh Drs. H.A Nasir Yusuf dan Drs. Karsidi Diningrat dengan judul
Prinsip-prinsip Dasar Aliran Tehologi Islam). Bandung: CV Pustaka Setia, Halaman
371-372
92
al-Khatib, Dr. M. ‘Ajaj. (1999). Usul al-Hadis. (edisi terjemahan oieh Drs. H.M.
Qadirun Nur dengan judul Keutamaan Ilmu-ilmu Hadis). Johor Bahru : Badan
Cemerlang Sdn. Bhd.
93
al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 7

25
Ahbash

daripada mereka yang mengaku ulama’ dengan gelaran yang hebat-hebat, padahal
mereka ialah ULAMA’ SU’, yakni ulama’ jahat yang mengkhianati umat Islam. Oleh itu,
istilah ‘satu-satunya musuh iaitu Sahyuni’ sebaik-baiknya tidak digunakan. Wallahu
A'lam.

Demikianlah ulasan ringkas penulis tentang beberapa perkara di dalam kertas kerja
Syeikh Hussam Qaraqirah yang pada hemat penulis memerlukan pandangan yang
‘alternatif. Penulis tidaklah ingin berkomentar pun tentang tulisan beliau berkenaan
perkara-perkara yang menjadi teras tajuk kertas kerjanya iaitu ‘Peranan Ulama’ Di
Dalam Pembangunan Ummah Di Lebanon’. Malah, penulis secara peribadi, berpendapat
bahawa sekiranya lebih banyak penulisan kertas tersebut difokuskan dan diperincikan
bagi memenuhi objektif yang dikehendaki oleh tajuknya, maka akan lebih besarlah
manfaatnya kepada para peserta seminar, khususnya para ulama’ di dunia Islam sebelah
sini. Ini kerana pengalaman para ulama’ memajukan umat Islam di sebuah negara yang
baru sahaja selesai mengalami perang saudara selama puluhan tahun, malah sesetengah
wilayahnya seperti di selatan Lubnan masih lagi menghadapi ancaman pencerobohan
Israel, adalah sangat berharga untuk dikongsi dengan umat Islam di Malaysia.
Tambahan pula, umat Islam asalnya bukanlah berstatus golongan majoriti di dalam
negara yang secara tradisinya diterajui oleh mereka yang beragama Kristian.

Walau bagaimanapun, tanpa disangka-sangka tidak kurang daripada 16 perkara


‘kontroversi’ di atas telah menelan hampir setengah daripada mesej utama kertas kerja
Syeikh Hussam Qaraqirah dan mengundang reaksi yang sebegini rupa. 94 Dan daripada
itu jugalah menjadikan penulis tidak dapat berhenti di sini tetapi perlu meneruskan lagi
kertas perbincangan awal ini dengan lebih lanjut

3.0 The Association of Islamic Charitable Projects (A.I.C.P) atau ‘Ahbash’


Syeikh Hussam Qaraqirah kini memegang jawatan sebagai Presiden kepada The
Association of Islamic Charitable Projects (A.I.C.P) yakni Persatuan Projek-projek
Kebajikan Islam. Kini organisasi ini berpangkalan di Markaz al-Syeikh al-Iskandarani, di
Masjid Burj Abi Haydar, Beirut yakni di tengah kawasan penempatan masyarakat Islam
Sunni di Beirut, Lubnan.95 Kawasan yang strategik ini dikelilingi oleh bangunan-
bangunan yang dihuni oleh ahli-ahli dan penyokong A.I.C.P dengan kelebihan lokaliti
untuk berinteraksi secara terus dengan masyarakat Islam Sunni di sekitarnya.
94
Penulis berusaha dan berdo'a agar reaksi ini merupakan reaksi positif daripada
penulis tetapi penulis juga sedar bahawa selain daripada peranan penulis sendiri,
bagaimana reaksi pihak ketiga yang, meneliti kertas perbincangan awal ini juga sama
pentingnya dalam memanjangkan mesej-mesejnya ke dalam bentuk rancangan, dasar
atau tindakan, ataupun hanya menjadi bahan buangan di tong sampah semata-mata.
95
Hamzeh, A. Nizar dan Dekmejian,R.Hrair. (1996). A Sufi Response To Political
Islamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International
Joumal of Middle East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan
American University of Beirut. Versi internet boleh dirujuk di laman web dengan url:
http://abnashriq.niof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbaskhtml . A.Nizar Hamzeh adalah
Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dan Pentadbiran Awam, di American
University of Beirut, Beirut, Lebanon. R. Hrair Dekmejian pula adalah Professor di
Jabatan Sains Politik di University of Southern California, Los Angeles, Calif. 90089-
0044, U.S.A.

26
Ahbash

A.I.C.P asalnya ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad al-‘Ajuz pada 1930. 96 Akhirnya,
A.I.C.P diambilalih oleh pengikut-pengikut Syeikh Abdullah al-Hariri pada 1983; dan
menjelang akhir 80-an ia telah menjadi salah satu daripada harakah umat Islam Sunni
yang besar di Lebanon. Sebagai pengikut yang fanatik kepada Syeikh Abdullah al-Hariri
atau dikenal juga sebagai al-Habashi yang menunjukkan asal-usulnya dari Habsyah
(Ethiopia), para pengikutnya juga dikenali al-Habashiyyin, al-Ahbash atau Ahbash
sahaja.97 Julukan Ahbash juga biasa digunakan oleh baik oleh para ahli akademik
mahupun oleh penentang-penentang Abdullah al-Hariri dan AICP, hanya saja gelaran
AICP banyak digunakan secara rasmi.

Misalnya, Pusat Kajian Dasar Lubnan memperkenalkan AICP atau Ahbash dengan
perkataan berikut: “The Ahbash movement took shape during the 1980s around the
leadership and teachings of Shaykh Abdallah al-Hirari who came to Lebanon from
Ethiopia via Syria. The movement has somewhat esoteric Sufi and spiritual teachings
and has come into sharp theological conflict with the Jamaah and the Sunni
establishment. They did not participate in the conflicts of the civil war, but have
maintained a strong focus on recruiting new members and expanding their religious
influence in the community. They are strongest in Beirut, where they control four
mosques and have established three schools, as well as a number of cultural and youth
associations and a radio station (Call of Faith)” (Pergerakan Ahbash bermula pada tahun
80-an di sekitar kepimpinan dan ajaran Syeikh yang datang ke Lubnan dari Habsyah
melalui Syria. Pegerakan ini mempunyai ajaran-ajaran kebatinan dan kerohanian Sufi,
dan telah mengalami konflik i’tiqadiyah yang dahsyat dengan Jama’ah Islamiyyah dan
masyarakat Sunni yang lain. Mereka tidaklah terlibat di dalam peperangan saudara
tetapi sangat memfokus kepada penambahan ahli baru dan mengembangkan pengaruh
keagamaan mereka di dalam masyarakat. Mereka paling kuat di Beirut di mana mereka
mengawal 4 buah masjid, mengasaskan 3 buah sekolah, beberapa pertubuhan
kebudayaan dan belia, serta satu stesen radio, Nida’ al-Ma’rifah).98

Dasar Ahbash atau A.I.C.P dinyatakan dengan tegas di laman webnya bahawa': ‘The
A.I.C.P, part of Ahlus-Sunnah -wal-Jama^ah, adheres to the creed of the Ash^ariyys and
the school of Imam ash-Shafi’iyy’. (A.I.C.P, adalah sebahagian daripada Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah, berpegang dengan aqidah Asya’irah dan mazhab Imam al-Syafi’iy). 99 Di
samping itu, atas dasar keterikatannya yang kuat dengan tasawwuf, Hamzeh
mengatakan: ‘..gerakan Ahbash berfungsi sebagai organisasi pan-Sufi -sebagai ekspresi
aktivis bagi harakah sufisme Lubnan- disokong oleh tariqat-tariqat Qadiriyyah,
Rifa'iyyah dan Naqsyabandiyyah’.100

96
Ibid
97
Dengan itu pencarian maklumat di internet dimulakan dengan pencarian kata
kunci 'Ahbash', 'Ahbasy' , 'Habashi', 'Habashies' dan sebagainya.
98
Lebanese Center for Policy Studies . (1999). Civil Society and Governance in
Lebanon, versi web boleh dimuaturun di url: www.ids.ac.uk/ids/civsoc/docs/leb.doc
99
Lembaran 'Identity, Membership and Finances' bagi laman web rasmi A.I.C.P di
url: http://www..aicp. org/About/IdentityMernbershipandFinanccs.htm
100
Majalah Manar al-Hudd, Jun-Julai 1993: 34; Disember 1992-Februari 1993, 3 1-
33; November 1992,41, seperti yang dinukil oleh Hamzeh, A. Nizar dan

27
Ahbash

Sambil berbangga dengan jumlah keahlian yang banyak dan meliputi kesemua
lapisan masyarakat khususnya golongan profesional 101, laman web A.I.C.P
menyenaraikan perkara-perkara berikut sebagai aktivitinya. Antaranya ialah102:

a. Projek pendidikan yang meliputi pelbagai institusi bermula daripada peringkat


tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.103

b. Pelajaran agama secara kuliah umum mahupun pengajaran peribadi.

c. Menerbitkan majalah, pamflet dan buku melalui biro penerbitannya iaitu Islamic
Studies and Research Division (I.S.R.D.).104 Antaranya ialah majalah Manor al-Huda.

d. Mengelolakan stesen-stesen penyiaran105 bagi menyebarkan Islam dan juga


madih.106

e. Mengendalikan laman web di internet (http://www. aicp.org).

f. Mempunyai kumpulan-kumpulan ‘madih’ yang mengadakan persembahan di


pelbagai tempat, merakamkan 'madih' dalam bentuk audio dan video.

g. Mengadakan pelbagai sambutan hari-hari kebesaran Islam

h. Menganjurkan aktiviti-aktiviti belia, wanita dan kanak-kanak seperti kem-kem


motivasi, pertunjukan fesyen dan sebagainya.

i. Mengambil bahagian di dalam persidangan-persidangan dan telah diundang


sebagai pembentang di USA, Kanada, Australia, India dan Afrika.

j. Mengajar penghuni-penghuni penjara dan pusat-pusat pemulihan.

Selain di Beirut, penyokong A.I.C.P juga bertumpu di kalangan masyarakat Islam


Sunni di sekitar Tripoli, Sidon, Biqa, dan ‘Iqlim al-Kharrub di kawasan Shuf. Pada
tahun-tahun kebelakangan ini juga, A.I.C.P telah menguasai pentadbiran 9 masjid
termasuk Masjid Burj Abi Haydar dan Masjid ‘Ali bin Abi Talib di Beirut, Masjid al-

Dekmejian,R.Hrair. (1996). A Sufi Response To Political Islamism: Al-Ahbash Of


Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International Journal of Middle East
Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan American University of Beirut.
Versr internet boleh dirujuk di laman web dengan mi:
http://ahnashriq.hiof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbash.html
101
Lembaran 'Identity, Membership and Finances' bagi laman web rasmi A.I.C.P di
url: http://www..aicp. org/About/IdentityMembershipandFinances. htm
102
Halaman 'AICP Accomplishments' bagi laman web rasmi A.I.C.P di url :
http://www.aicp.org/ About/Accomplishments.htm
103
Walau bagaimanapun, institusi peringkat universiti yang dipanggil 'Universiti
Antarabangsa Beirut' yang dikatakan Syeikh Hussam Qaraqirah belumlah dijumpai
maklumatnya di internet, khusus di laman web rasmi A.I.C.P.
104
Halaman I.S.R.D bagi laman web rasmi A.I.C.P di url:
http://www.aicp.org/Dar/Dar.htm
105
Laman web rasmi stesen Nida'ul Ma'rifah di url: http://www.nidaulmaarifa.com
106
Inilah yang dimaksudkan dengan puisi semacam nasyid oleh Syeikh Hussam
Qaraqirah di dalam kertas kerjanya, halaman 7

28
Ahbash

Siddiq di Tripoli, dan Masjid Salah al-Din al-Ayyubi di Sidon. 107 Mereka juga mendakwa
mempunyai lebih 30 cawangan di luar negara Lubnan iaitu di Australia, Kanada,
Denmark, Perancis, Jerman, Jordan, Sweden, Switzerland, Syria, Tajikistan, Ukraine dan
Amerika Syarikat.108

Di dalam wacananya, A.I.C.P atau Ahbash menekankan ke’madani’an dan


kesederhanaan ‘versinya sendiri’ pada peringkat individu, masyarakat dan negara. 109
Pendirian ini sesungguhnya mengundang konflik yang belum kunjung padam dengan
harakah-harakah umat Islam Lubnan yang lain. 110 Oleh itu, Ahbash muncul sebagai
alternatif non-militan bersifat pergerakan umat Islam Sunni kelas menengah yang
menarik perhatian kaum professional, intelektual, dan ahli keluarga-keluarga
perniagaan dari pusat-pusat bandar Lubnan.111 Di kalangan kumpulan-kumpulan sosial
ini, Ahbash menyeru kepada kesederhanaan dalam agama, kemadanian politik, dan
keamanan mempunyai gema yang kuat kepada umat Islam Sunni selepas 15 tahun
dilanda perang saudara dan pertumpahan darah. Di sini terjadinya pertemuan antara
nilai, aspirasi, dan sosio-ekonomi bagi kelas menengah Sunni dan mesej Syeikh Habashi,
gencatan perselisihan Sunni-Syiah, kestabilan politik, kerohanian Islam yang dinamik di
dalam kerangka sekularisme moden, identiti Lubnan dikahwinkan dengan nasionalisme
Arab, sikap bertolak ansur dengan rejim-rejim pemerintah negara Arab khususnya
kerajaan Syria.

Ahbash sesungguhnya melihat dirinya sebagai pejuang hak-hak kaum Sunni,


dengan matlamat jangka pendek mereka ialah untuk membentuk organisasi dengan
100,000 ahli yang direkrut terutamanya daripada generasi belia Sunni. 112 Meskipun
masih mempunyai kekurangan jaringan khidmat-sosial seperti Hizballah, mereka telah
menumpukan usaha kepada pembinaan masjid dan sekolah, yang menyediakan ruang
penyebaran mesej dan kebajikan mereka. Di samping pendidikan agama, sekolah-
sekolah Ahbash turut menawarkan program-program vokasional, latihan komputer,
aktiviti sukan, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. 113 Pada tahun 1992 pula,
A.I.C.P mula mengorak langkah dengan menceburi bidang politik apabila calon-
calonnya mula bertanding buat pertama kalinya di dalam pilihanraya Lubnan, dengan
calon mereka Dr. Adnan Tarablusi mencapai kemenangan. 114 A.I.C.P atau al-Ahbash
bersama-sama dengan al-Jama’ah al-Islamiyyah115 dianggap mewakili masyarakat Islam
107
al-Shira1, 27 Julai 1992, 30-3 1; Manar al-Huda, November 1992, seperti yang
dinukil oleh Hamzeh, A. Ni2ar dan DekmejiaivR.Hrair. (1996). A Sufi Response To
Political Islamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam
International Journal of Middle East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229
terbitan American University of Beirut. Versi internet boleh dimjuk di laman web
dengan url: http://alniashriq.hiof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbash.html
108
Ibid.
109
Manar al-Huda, April-Mei 1993,49 (Ibid).
110
AI-Nahar, 12 September 1992, 11 (Ibid).
111
Ibid
112
Al-Nahar, 12 September 1992, 11. dan 9 Disember 1992, 113 (Ibid)
113
Manar al-Huda, Ogos-September 1992, 12-13. (Ibid).
114
Malangnya satu-satu kerusi di parlimen yang dimiliki oleh Ahbash ini terlepas
dengan kekaiahan mereka pada pilihanraya tahun 1996.
115
Dipimpin oleh Syeikh Fathi Yakan, penulis buku 'Apa Ertinya Soya Menganut

29
Ahbash

Sunni.

Ahbash dipimpin oleh sekumpulan syeikh dan beberapa tokoh lain yang tidak
berpendidikan agama secara formal. Naib-naib Presidennya iaitu Syeikh Samir al-Qadi,
Syeikh Usama Usama al-Sayyid, dan Syeikh Khalid Hunayna pula masing-masing
mengetuai cawangan-cawangan AICP di Utara Lebanon, Biqa (Lembah Bekaa), dan
Selatan Lebanon. Syeikh 'Abd al-Qadir al-Fakhani pula mengetuai cawangan Ahbash di
'Iqlim al-Kharrub dan merupakan Ketua Editor bagi majalahnya Manor al-Huda.
Perhubungan awam AICP pula dikendalikan oleh Dr. ‘Adnan Tarabulsi berpendidikan
di Universiti Kiev, Ukraine; yang juga pernah mewakili AICP di Parlimen Lubnan pada
sessi 1992-1996. Berhubung dengan pimpinan tertingginya, Hamzeh menerangkan: ‘At
the apex is its saintly founder, ‘Allama Shaykh ‘Abdallah al-Habashi; the administrative
functions are carried out by Shaykh Husam Karakira, who serves as president of the
organization ‘(Pada puncaknya adalah Syeikh Abdullah al-Habashi yakni pengasas
Ahbash yang sangat dimuliakan oleh pengikutnya, manakala fungsi-fungsi pentadbiran
yang formal dilaksanakan oleh Syeikh Hussam Qaraqirah selaku presiden kepada
organisasinya).116

4.0 'Mursyid' A.I.C.P : al-Syeikh 'Abdullah al-Habashi


Berada di kemuncak pimpinan AICP, Ahbash memperkenalkan mursyid mereka
kepada masyarakat umum sebagai ‘ulama’ baru, teladan kepada segala muhaqqiq, dan
wakil kepada ilmu jarh dan ta’dil,yang unggul di antara ulama yang beramal. Imam
yang meriwayatkan hadis, yang bersangatan pula taqwanya, ‘abid yang lebih baik,
pemilik karamah dan kasyaf, Syeikh Abu Abdul Rahman Abdullah Bin Muhammad Bin
Yusuf Bin Abdullah Bin Jami’ al-Harari al-Shibi, al-‘Abdari ketua Qadi bagi Somalia,
dilahirkan di kota Harare pada tahun 1339H/1920. 117 Beliau biasa dirujuk di kalangan
pengagumnya sebagai ‘Mawlana al-Hafiz al-Muhaddith al-Syeikh ‘Abdullah al-Harari
al-Shafi’iy al-Rifa’iy Hafizahullah.118

Seterusnya diturunkan apa yang dibanggakan oleh laman web AICP sendiri tentang
mursyid mereka:

“The great impact of the A.I.C.P. on Muslims and its popularity among them is the
result of the efforts of its leader and spiritual guide: Shaykh ^Abdullah al-Harariyy,
-whose lineage is from the same honorable Arab tribe as the Prophet, the tribe of
Quraysh’.119 (Pengaruh hebat AICP terhadap umat Islam dan popularitinya di kalangan

Islam?' yang sudah lama diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.


116
Hamzeh, A. Nizar dan Dekmejian, R.Hrair. (1996). (Ibid)
117
al-Habashi, Abdullah. Izhar al-Aqidah Stmniyah, cetakan l,halaman 9, seperti
yang dinukil dalam artikd "The Habashies Weighted On The Scale OfShara' seperti
yang disiarkan di dalam majalah Nida 'ul Islam bil. 5, Oktober - November 1994. Versi
web boleh didapati di url : http://www.islam.org.au/articles/ older/AHBASH.HTM
118
Laman web Abdul Hadi Palazzi di url:
http://village.flasnnet.it/users/rh034463/maqalat.html
119
Lembaran 'Shaykh AAbdullah al-Harariyy' di laman web rasmi AICP di url :
http://www.aicp.org/ About/shavkh AAbdullah al-Harariw .htm

30
Ahbash

mereka adalah hasil usaha pemimpin dan mursyid kerohaniannya: Syeikh Abdullah al-
Harariyy,yang nasabnya adalah daripada keturunan yang mulia, sama seperti Nabi
SAW, yakni Quraisy...’) ‘Shaykh ^Abdullah’s primary goal is to spread (he truth of
Islam, by teaching the correct belief of Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah, and he works with
tenacious determination to reach his goal. His students have spread through more than
forty (40) countries, across six (6) continents. He continues to support the Muslims in
acquiring the knowledge and infighting the deviant factions who attempt to spread
misguidance in the name of Islam’.120 (Tujuan utama Syeikh Abdullah ialah untuk
menyebarkan kebenaran Islam, dengan mengajarkan aqidah Ahl al-Sunnah wa al-
Jama’ah yang sebenar dan beliau berusaha dengan keazaman yang hebat untuk
mencapai matlamatnya. Murid-muridnya sudah bertaburan di lebih 40 buah negara di 6
benua. Beliau terus menyokong umat Islam dalam memperolehi ilmu dan melawan
kumpulan-kumpulan menyeleweng yang cuba menyebarkan kesesatan mereka dengan
nama Islam’)

‘Shaykh ‘Abdullah emphasizes the rich and moderate face of Islam—that of justice,
truth, trustworthiness, knowledge, generosity, manners, excellence, and sound
intellect’.121 (Syeikh Abdullah menekankan wajah Islam yang kaya dan sederhana
dengan keadilan, kebenaran, amanah, ilmu, pemurah, akhlak, kecemerlangan dan
intelek yang tinggi).

Seterusnya, latarbelakang pendidikan mursyid mereka juga dinyatakan oleh laman


web rasmi AICP. Maklumat tersebut ialah seperti berikut:

‘Shaykh ^Abdullah started acquiring the Religious knowledge at a very young age.
He memorized the Qur’an by heart and with tartil (reading correctly with tajwid rules)
when he was only seven years old. He is a renowned Scholar ofTawhid, Fiqh, and the
Hadith. He learned and mastered many fields of knowledge. These include: the
Shafi^iyy Fiqh (Rules of the Religion according to the school of Imam ash-Shafi^iyy), its
Usul (the Science of Inferring Rules and Judgments), Nahw (Arabic and Grammar), the
Sciences of the Arabic language, Tafsir (Science of Explanation of the Qur’an), Tajwid
(the proper recitation of the Qur’an), including the fourteen Qira’at (ways of reciting
Qur’an), among others. He is a Scholar of Hadith (Muhaddith) and of its sciences. He is
also an authority in the Fiqh and Usul of the other three madhhabs: Malikiyy, Hanbaliyy,
and Hanafiyy'. (Syeikh Abdullah mula menuntut ilmu-ilmu agama pada umur yang
teramat muda. Beliau menghafaz al-Qur'an bersama tartil semenjak berusia 7 tahun lagi.
Beliau juga seorang ulama' yang ulung di dalam Tawhid, Fiqh dan Hadis. Beliau
mempelajari sertai menguasai banyak bidang ilmu. Ini termasuklah Fiqh Syafi'iy, usul-
usulnya, Nahu, Tafsir, Tajwid, termasuklah 14 qira'at dan sebagainya. Beliau adalah
seorang ulama' Hadis dan ilmu-ilmunya. Syeikh juga seorang tokoh di dalam fiqh dan
usul bagi tiga madhab yang lain : Maliki, Hanbali dan Hanafi).

120
Ibid
121
Ibid

31
Ahbash

‘Shaykh ^Abdullah narrates the hadith with continuous chains of narration linked all
the way to Prophet Muhammad, sallallahu ‘alayhi wa sallam. Among the many
prominent narrators of his chains are: Ibn ^Abbas, al-Hasan al Basriyy, ash-Shafi^iyy,
Abu Hanifah, Malik, Ahmad, at-Tabariyy, al-Ash*ariyy, al-Maturidiyy, al-Bukhariyy,
Muslim, al-Bayhaqiyy, ath-Thawriyy, an-Nawawiyy, Ibn Hajar, at-Tahawiyy, al-Qadi
Iyad, and al-Ghazaliyy’. (Syeikh Abdullah juga meriwayatkan hadis dengan sanad yang
bersambung sehingga Nabi Muhammad SAW. Antara perawi-perawi yang mahsyur di
dalam sanad beliau ialah: Ibn 'Abbas, al-Hasan al Basri, al-Syaff iy, Abu Hanifah, Malik,
Ahmad, al-Tabari, al-Asy'ari, al-Maturidi, al-Bukhari, Muslim, al-Bayhaqi, al-Thawri, al-
Nawawi, Ibn Hajar, al-Tahawi, al-Qadi 'lyad, and al-Ghazali).

Biografi rasminya pula mencatatkan bahawa Syeikh Abdullah al-Harari al-Habashi


dilahirkan di al-Hirara, wilayah berhampiran Somalia, pada tahun 1920, di mana
dipelajarinya fiqh madhab Syafi’iy sebelum dia menjadi wilayah suku Oromo. Pada
tahun 1947, al-Habashi datang ke Hijaz selepas dia diusir dari Ethiopia, kerana
ajarannya dilihat sebagai ancaman oleh Maharaja Haile Selassie. Pada tahun 1948, syeikh
pergi ke Jerusalem dan kemudiannya ke Damsyik untuk belajar kepada syeikh-syeikh
tariqat-tariqat Rifa'iyyah dan Qadiriyyah. Dia menetap di Beirut pada 1950, dan
diijazahkan sebagai syeikh oleh cawangan Universiti al-Azhar di Lebanon.122

Walaupun demikian, menurut Z. Alzamil, al-Habashi meninggalkan Addis Ababa


bukan disebabkan pengusirannya oleh Maharaja Habasyah, Haile Selasie, telapi
disebabkan fitnah yang ditimbulkannya sendiri, yang terkenal dengan sebutan ‘Fitnah
Kolob’. Penduduk Addis Ababa memanggilnya Syeikh al-Fitnah. Al-Habashi
sebenarnya berkerja dengan gabenor Endragy, yang juga menantu kepada Haile
Selassie, bagi menentang pertubuhan-pertubuhan Islam di sana. Dasar anti-Islam dan
pro-Kristian Haile Selassie dilakukan oleh menantunya dengan menutup semua
ma’had-ma’had tahfiz al-Qur’an milik Persatuan Islam Nasional Habsyah di kota Hrar
pada tahun 1940 (1367H). al-Habashi ini membantu dasar ini dengan mengurung dan
mengugut para ulama’ di sana agar mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan
tindakan kerajaan ekstrimis Kristian ini.-Ini dijalankan dengan memfatwakan ma’had
tahfiz al-Qur'an tersebut telah mengajar ajaran yang ‘Wahhabi’ lagi kafir. Dengan itu
kesemua sekolah-sekolah itu ditutup dan pengetuanya Syeikh Ibrahim Hussain telah
dihukum penjara selama 20 tahun.

Oleh kerana al-Habashi lebih menyayangi pemerintah Kristian yang kafir daripada
sesama Muslim yang ‘Wahhabi’, penduduk di sana menggelarnya Syeikh al-Fitnah.
Mereka membencinya sehingga dia dipanggil bapa penipuan dan pecah-belah, seperti
yang dinyatakan oleh mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengannya. Antara
yang tegas berpendirian demikian ialah abang iparnya sendiri, Yusuf Bin Abdul
Rahman al-Harari yang kini menetap di Madinah disebabkan penglibatannya di dalam

122
Wawancara dengan 'Abd al-Rahman al-Habashi, anak kepada Syeikh Habashi
dan presiden Ahbash di Australia, dengan majalah al-Shira', 27 Julai 1992, 30-31.
(Ibid)

32
Ahbash

Fitnah Kolob.123 Apabila tembelangnya mula terdedah, dia merasa tertekan dan keluar
dari Habsyah.124

Abdullah al-Habashi lari ke Hijaz, dan kemudiannya pergi ke Damsyik. Kemudian,


dia memulakan aktivitinya dengan menziarahi para ulama' dan menghadiri majlis-
majlis ilmu mereka, untuk menganalisis personaliti mereka. Walau bagaimanapun,
selepas banyak usaha dilakukan, dia mendapati Damsyik suatu tempat yang terlalu
'Islamik' dan mempunyai ulama' yang ramai, yang semua itu lebih menyukarkan
usahanya. Kemudian, dia pergi ke Lubnan dan memohon suaka dengan Setiausaha
Agung, Kementerian Hal-Ehwal Agama di Lubnan, Syeikh Mukhtar Alili. Dia diberikan
tempat tinggal dengan syarat dia hanya tinggal di Masjid Ziqaq al-Bilat di Beirut, dan
dia tidak akan menyebarkan ajarannya dalam apa cara sekalipun kepada orang ramai.
Malangnya, janjinya dengan Syeikh Mukhtar-.Alili inilah yang telah dimungkirinya
sehingga tersebarlah kerosakannya sehingga sekarang. Di Beirut, takfir yang
dilakukannya di Habsyah telah diulangi lagi.

Penganalisis politik, Walid Abdul Baset mengatakan:Pergerakan Ahbash mewakili


seorang lelaki yang tiba di Beirut pada 1950 bernama Abdullah al-Harari, atau dipanggil
al-Habashi...dia kemudian menetap di salah satu kawasan perumahan di Musayteba.
Kemudian, al-Habashi akan mendekati sekumpulan kanak—kanak yang bermain di
sekitar jalanan, di mana dia akan turut bermain bersama mereka seperti anak kecil, dan
ketika mereka berehat, dia akan bercakap tentang agama dengan mereka”.125

Jalan yang benar' seperti yang ditakrifkan oleh al-Habashi melibatkan apa yang
dipanggilnya sebagai ‘Ilm al-Din al-Daruri' (ilmu agama yang wajib diketahui). 126
Antaranya ialah setiap mukallaf wajib mengetahui 13 sifat-sifat Allah. 127 Ilmu Tawhid
khususnya dianggap ilmu yang paling penting di antara segala ilmu agama. la terdiri
daripada:

(1) Iman kepada Allah dan Rasul;

123
al-Habashi Shututuhu wa Akhta'uhu: 7 seperti yang dinukil dalam artikel "The
Habashies Weighted On The Scale Of Shara' seperti yang disiarkan di dalam majalah
Nida'ul Islam bil. 5, Oktober - November 1994. Versi web boleh didapati di url:
http://www.islam.org.au/articles/older/AHBASH.HTM
124
Z. Alzamil. Al-Ahbash: Their History and Their Beliefs, di url : http://www.
islamicweb.com/beliefs/ cults/habasi historv.htm
125
Akhbar An Nahar, Rabu 9 Disember 1992:2 seperti yang dinukil dalam artikd
'The Habashies Weighted On The Scale Of Shara' yang disiarkan di dalam majalah
Nida'ul Islam bil. 5, Oktober - November 1994. Versi web boleh didapati di url:
http://www.islam.org.au/articles/older/AHBASH.HTM
126
Manar al-Huda, Mei-Jun 1993, 46; juga al-Habashi, al-Kafil bi 'Dm al-Din al-
Daruri:5-l 1. seperti yang dinukil oleh Hamzeh, A. Nizar dan Dekmejian,R.Hrair.
(1996). A Sufi Response To Political Islamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang
dimuatkan di dalam International Journal of Middle East Studies bilangan
28 (19%), halaman 217-229 terbrtan American University of Beirut. Versi internet
boleh dirujuk di laman
web dengan url: http://almashriq.hiof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbash.html x
127
Sifat-sifat itu ialah al-Wujud, al-Qiyam, al-Wahdaniyyah, al-Baqa', al-Qiyam
bil-nafs, al-Mukhalafa li'l-hawadith, al-Qudrah, al-Iradah, al-'Ilm, al-Hayah, al-
Sam', al-Basar, dan al-KalamlJibat Habashi, Sarih al-Bayan, 28 (Ibid)

33
Ahbash

(2) Iman kepada hadith dan Sunnah;

(3) Ilmu dengan sifat-sifat Allah tanpa Tajsim128 (antrophomorphism);

(4) Ilmu tentang pembatal kelslaman seperti Kufur; dan

(5) Ilmu tentang fiqh solat dan taharah129

Ilmu yang mendalam tentang tawhid bukan semata-mata datangnya dari membaca
al-Qur’an dan Sunnah tetapi juga mesti menerusi proses belajar atau talaqqi dengan
orang 'alim yang thiqah.130 Sedangkan belajar dan memahami al-Qur'an dan al-Sunnah
secara membaca sahaja membawa kepada wujudnya kejahilan tentang Islam sebenar
dan boleh juga kepada ekstrimisme.131

Hamzeh mengulas keadaan ini dengan katanya 'By stressing the pivotal role of an
"authorized" 'alim, Habashi comes close to emulating the guidance function of the Shi'i
mujtahid, as distinct from the Sunni Islamist view of the ulama' (Dengan menekankan
peranan teras seorang ‘alim yang diijazahkan, Habashi sangat menyerupai dengan
fungsi pembimbing132 bagi seseorang mujtahid Syi'ah, berbeza daripada pandangan
umat Islam Ahl Sunnah terhadap ulama').133 Dengan itu, berlaku kejadian di mana
mereka cuba memperdayakan manusia di dalam tulisan mereka, misalnya ketika
membahaskan sesuatu masalah agama itu mereka biasa mengatakan ‘ada ulama’ yang
berpendapat atau ‘Al-Hafiz al-‘Abdari telah mengatakan...’, dan sebagainya. Padahal,
yang dimaksudkan dengan ulama’ atau al-Hafiz al-‘Abdari itu ialah syeikh mereka
sendiri, al-Habashi!134.

Pengikut Ahbash mempunyai kesetiaan yang luarbiasa terhadap mursyid mereka,


mereka tidak menentang kata-katanya, dan mereka siap-siaga melaksanakan fatwanya
meskipun ia bersifat syadz atau ganjil daripada pandangan ulama’-ulama’ lain. Ini
menjadikan mereka sentiasa berkonfrontasi, bertelagah dan berdebat dengan ramai
ulama’, penuntut ilmu dan masyarakat Islam secara umumnya. Al-Zamil juga
mendakwa bahawa kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ini diperolehi oleh Ahbash
menerusi penggunaan sihir untuk menundukkan para pengikutnya. Antaranya mereka
menggunakan ‘kertas sihir’ dan juga ‘Hubub al-Ahb’ yakni sejenis ‘tablet janji’ bagi
tujuan mensihirkan orang atau pihak yang mereka kehendaki. Antara yang diugut
untuk disihir ialah Syeikh Abdul Rahman Dimashqiyah yang telah mendedahkan

128
Yakni menjisimkan Allah, atau menyamakan sifat Allah dengan makhhik
129
al-Habashi, Sarih al-Bayan, 24. (Ibid)
130
al-Habashi, Sarih al-Bayan, 25. (Ibid)
131
Manar al-Huda, April-May 1993,49.(Ibid)
132
Biasa digelar Morja' Taqlid atau Marja' Dini.
133
Hamzeh, A. Nizar dan Dekmejian,R.Hrair. (1996). A Sufi Response To Political
Islamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International
Journal of Middle East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan
American University of Beirut. Versi internet boleh dirujuk di laman web dengan url:
http://almashriQ.hiof.no/ddc/proiects/pspa/al-ahbash.html
134
Z. Alzamil. Al-Ahbash: Their History and Their Beliefs, di url: http://www.
islamicweb.com/beliefs/ cults/habasi history.htm

34
Ahbash

kesesatan mereka, tetapi beliau tidak mengendahkannya dan menegaskan keselamatan


dan bahaya yang akan menimpanya hanyalah ditentukan oleh Allah, bukan oleh
Ahbash.135

Syeikh al-Habashi ini juga mendakwa memiliki ‘cincin Rasulullah’ dan pengikut-
pengikutnya akan berebut-rebut untuk mencium tangan dan cincinnya itu bagi
mendapatkan berkat.136 Ilmu telah dibahagikannya kepada ilmu zahir dan ilmu batin,
dan dia telah mendakwa mendapat Ilmu Laduni daripada Allah serta ilmu daripada
Nabi Khidir AS. Syeikh ini juga mendakwa telah berinteraksi dengan wali-wali Allah di
dalam makam-makam mereka, yakni wali-wali yang diyakininya mempunyai kuasa
mentadbir alam ini bagi pihak Allah SWT, menurut ‘martabat’ masing-masing. Ada
wali-wali yang mentadbir urusan bumi, sedangkan ada pula yang lain mentadbir urusan
ghaib!137.

Dengan kecenderungan konfrontasi yang tidak pernah berkurang ini sehingga


rancangan jahat mereka terdedah kepada semua manusia yang siuman, atau kepada
mana-mana umat Islam yang mendengar atau menyaksikan kesesatan mereka,
sekalipun mereka mendakwa dengan pelbagai perkara yang tidak mereka miliki!.

5.0 'Aqidah Ahbash


Laman web rasmi A.I.C.P menyatakan aqidah mereka adalah seperti yang
disenaraikan di bawah138:

‘The A. I. C. P. was established to implement the teachings of Islam as per the


guidance of the Qur’an. The belief and practice of the A. I. C. P. worldwide is that of
Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah, those who adhere to the Sunnah of Prophet Muhammad,
saUallahu ^alayhi wa sallam’. (A.I.C.P telah ditubuhkan untuk melaksanakan ajaran-
ajaran Islam seperti yang ditunjukkan oleh al-Qur’an. Aqidah dan amalan A.I.C.P
diseluruh dunia ialah (di atas manhaj) Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, yakni mereka yang
berpegang dengan Sunnah Nabi Muhammad SAW.)

‘The A. I. C. P. does not compromise its stand against those who try to deviate the
Muslims from the belief of the Prophet, sallallahu ‘alayhi wa sallam, his Companions,
and the subsequent Muslim generations known as Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah’ (A.IC.P
tidak bertolak ansur dengan pendiriannya untuk menentang sesiapa yang cuba
menyesatkan umat Islam daripada aqidah Nabi SAW, sahabat-sahabat baginda dan
generasi-generasi umat Islam yang menyusul, dikenali sebagai Ahl al-Sunnah wa al-
Jama’ah...)

Meskipun begitu, Hamzeh menyatakan ‘aqidah mereka sebagai:

135
Ibid
136
Ibid
137
Ibid
138
Lembaran 'Identity, Membership and Finances' bagi laman web rasmi A.I.C.P di
url: http://www..aicp. org/About/IdentitvMembershiDandFinances.htm

35
Ahbash

“The complex structure of Shaykh Habashi’s belief system blends elements of Sunni
and Shi'i theology with Sufi spiritualism. The outcome of his doctrinal eclecticism is an
ideology of Islamic moderation and toleration that emphasizes Islam's innate pluralism,
along with opposition to political activism and the use of violence against the ruling
order’139 (Struktur aqidah Syeikh Habashi yang kompleks memadukan unsur-unsur
aqidah Sunni dan Syi'iy bersama-sama dengan kerohanian Sufi. Hasil doktrinnya ialah
ideologi ‘kesederhanaan’ Islam, dan tolak-ansur yang menekankan pluralisme dalaman
Islam, bersama-sama penentangan terhadap aktivisme politik dan penggunaan
kekerasan terhadap kerajaan yang memerintah)

Antara aqidah Ahbash yang menyeleweng menurut manhaj Ahl al-Sunnah wa al-
Jama’ah ialah140:

1. Mengubah makna sifat-sifat Allah berdasarkan hawa-nafsu serta menafikan


banyak nama-nama Allah.141 Mereka mendakwa nama-nama dan sifat-sifat Allah
berbeza daripada Allah sendiri.

2. al-Habashi membahagikan al-Qur’an kepada dua bahagian : pertama ialah kalam


Allah yang tidak mempunyai huruf dan bunyi. Sedangkan kalam yang kedua
ialah kalam yang dilafazkan dan dibaca, serta dikatakan kalam Allah, sedang
sebenarnya ia adalah kalam yang digubah oleh Jibril A.S. 142 Mereka beriman
bahawa Allah berfirman dengan kalam yang abadi, yang tiada awal dan
akhirnya, dan tidak terdiri daripada huruf yang bersambung atau lafaz yang
berasingan atau digabungkan. Kalam Allah adalah suatu bentuk dialog antara
Allah dengan Zat-Nya, kerana mereka berpendapat kalam Allah bukanlah sekali-
kali suatu bahasa, huruf atau bunyi. Oleh itu, al-Qur’an seperti yang diimani oleh
umat Islam sebagai kalam Allah, dianggap oleh al-Habashi sebagai makhluk
yang cuma digelar kalam Allah, sedangkan ia bukanlah kalam Allah yang
sebenar menurut mereka. Bagi mereka, al-Qur’an yang dibaca atau dilafazkan
oleh umat Islam hari ini hanyalah ‘perwakilan kepada kalam Allah’, yakni ia
mewakili pengucapan kalam Allah, sedangkan ia bukanlah kalam Allah!.
Katanya: ‘Kalam peribadi bagi Allah yang bukannya huruf atau bahasa adalah
kalam Allah yang sebenar. Walaupun begitu, al-Qur'an yang terdiri daripada

139
Hamzeh, A. Nizar dan Dekmejian,RJfcair. (1996). A Sufi Response To Political
Islamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International
Journal of Middle East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan
American University of Beirut. Versi internet boleh dirujuk di laman web dengan uri:
http://almashriq.hiof no/ddc/projects/pspa/al-ahbash.html
140
Z. Alzamil. Al-Ahbash: Their History and Their Beliefs, di uri : http://www.
islamicweb.com/beliefs/ cuhs/habasi_historv.htm. , artikel 'The Habashies Weighted
On The Scale Of Shara' seperti yang disiarkan di dalam majalah Nida'ul Islam bil. 5,
Oktober - November 1994. Versi web boleh didapati di url :
http://www.islam.org.au/articles/older/AHBASH.HTM , dan artikel di uri:
http://www.allaahuakbar.net/ habashis/ habashis and the_issue_of_qiblah.htm .
Kebanyakan daripada butiran yang dinukilkan ini oleh kesemua artikel ini diambil
daripada kitab Syeikh Abdul Rahman Dimashqiyyah yang membantah golongan jni.
141
al-Habashi, Abdullah, al-Dalil al-Qawim, halaman 78 (Ibid)
142
al-Habashi,Abdullah. Izhar al-Aqidah al-Sunniyah halaman 59. (Ibid)

36
Ahbash

huruf dan perkataan, adalah makhluk, tetapi bolehlah ia dipanggil kalam


Allah’.143

3. al-Habashi juga menimbulkan perkara-perkara ganjil, umpamanya dia berkata


Allah mempunyai Qudrat atau kekuasaan ke atas urusan kebanyakan perkara. 144
’Dia juga bertanya kepada orang ramai’ Adakah Allah berkuasa ke atas Zat-Nya
atau tidak?”

4. Dia menggalakkan umat Islam pergi ke kubur-kubur orang salih dan meminta
tolong kepada mereka. Dia juga membenarkan amalan memohon perlindungan
daripada selain Allah.145 Dia juga mengatakan bahawa wali-wali Allah muncul
daripada kubur-kubur mereka untuk melaksanakan permintaan manusia,
kemudian mereka akan balik semula ke kubur mereka. 146 Dia juga menganjurkan
manusia untuk mengambil berkat (tabarruk) kepada batu.147

5. Dia berpegang kepada aqidah Jabariyah apabila dia berkata Allah lah yang
menolong orang kafir untuk berada di dalam kekufuran mereka. Jika Allah tidak
menolong mereka, maka bagaimana mungkin mereka akan menjadi kafir?148

6. Dia berpegang kepada aqidah Muni’ah apabila dia mengatakan iman hanyalah
kepercayaan di hati dan perkataan di lidah, bukannya memerlukan amalan soleh
dilakukan oleh anggota badan untuk menyempurnakannya.149

7. Dia tidak mempedulikan sama ada untuk melaksanakan syariat atau hukum
Islam atau pun tidak. Dia menegaskan bahawa mereka yang berhukum dengan
undang-undang ciptaan manusia untuk menentang Islam serta membenci untuk
berhukum dengan syariat Islam adalah Muslim dan Mukmm, serta dibolehkan
orang mukmin untuk menolong mereka.150 Dia juga berfatwa bahawa sesiapa
yang sepanjang hidupnya mengucapkan La Ilaha ila Allah sekurang-kurangnya
sekali adalah Muslim dan Mukmin sekalipun dia tidak melaksanakan syariat
Allah di dalam hidupnya, tidak melakukan suruhan-Nya dan tidak pula
meninggalkan larangan-Nya.151 Anehnya, al-Habashi juga menfatwakan Sayyid
Qutb sebagai kafir kerana dia melarang hakim-hakim untuk membuat keputusan
di antara manusia dengan menggunakan undang-undang buatan manusia!

8. Dia cuba untuk mengambil hati penganut Syi’ah dengan banyak memperkatakan
fitnah yang timbul antara para sahabat. Dia juga banyak menghina Mu’awiyyah
143
al-Habashi, Abdullah. al-Nahjul Salim halaman 26. (Ibid)
144
al-Habashi,Abdullah. Izhar cd-Aqidah al-Sunniyah halaman 59. (Ibid)
145
al-Habashi,Abdullah. al-Dalil al-Qawim, halaman 173, Bughyah al-Talib
halaman 8, Sarih al-Bayan halaman 57-62. (Ibid)
146
Kaset b/70 oleh Khalid Ken'an. (Ibid)
147
al-Habashi, Abdullah Sarih al-Bayan halaman 58, Izhar al-Aqidah al-
Surmiyyah halaman 244. (Ibid)
148
al-Habashi,Abdullah Al-Nahj al-Salim halaman 67. (Ibid)
149
al-Habashi, Abdullah. al-Dalil al-Qawim halaman 7, Bughyah al-Talib halaman
51, al-Inftta' halaman 34. (Ibid)
150
al-Habashi,Abdullah. Kaset 318/1 side A. (Ibid)
151
al-Habashi, Abdullah. al-Dalil al-Qawim, halaman 9-10, Bughyah al-Talib
halaman 51, (Ibid)

37
Ahbash

Bin Abu Sufyan RA dengan mengatakan beliau sebagai ahli neraka, dan
mengutip begitu banyak cerita-cerita yang menghinanya daripada riwayat
Syi’ah.152

9. Al-Habashi juga beriman bahawa Allah menciptakan alam dan mengutuskan


para rasul tanpa sebarang kebijaksanaan, kerana apabila dikatakan rasul-rasul
diutus bersama kebijaksanaan itu bermakna sudah meletakkan sebab di dalam
urusan penciptaan Allah. Sedang, apabila sebab dihubungkan dengan
penciptaan Allah, bererti sekutu-sekutu sedang diletakkan bersama-sama Allah.
Maka mengambil sekutu bagi Allah bermakna syirik.153

10. Al-Habashi juga melakukan Takfir, yakni mengkafirkan orang Islam yang tidak
kafir tanpa dalil yang sahih, asalkan orang tersebut tidak bersetuju dan
menentang mereka. Buktinya mereka tidak mahu solat di masjid-masjid yang
mengikuti manhaj selain manhaj syeikh mereka.154

Unsur-unsur Syi'ah Dalam Aqidah Ahbash155


Di dalam percubaannya untuk ‘menawarkan’ kritikan pedas lawannya dan
memperteguhkan kedudukannya di dalam para pengkutnya yang terdiri daripada umat
Islam Sunni, al-Habashi menghebahkan nasab keturunannya yang dikatakan
bersambung sehingga ke keturunan Ahl Bayt Nabi Muhammad SAW. 156 Salah satu
perkara yang paling menghairankan di dalam aqidah Ahbash ialah penerimaan doktrin
aqidah Syi’ah tentang imamah oleh Syaikh al-Habashi. Ini dilakukannya dengan:

a. Menukilkan riwayat yang dinisbahkan kepada al-Syafi’iy bahawa sesiapa yang


menentang Ali adalah baghi atau pemberontak.157 Seterusnya, riwayat yang
dinisbahkan kepada Ahmad Ibn Hanbal bahawa kekhalifahan Ali ke atas
Mu’awiyah adalah sah dan Mu’awiyyah sebagai al-Firqah al-Baghiyah.158 Akan
tetapi, riwayat daripada dua lagi madhab utama iaitu Hanafi dan Maliki tidak
pula dibawakannya.

b. Menekankan keunggulan Ahl Bait- Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dengan
riwayat daripada Muslim dan al-Nasa'iy.159

152
Ibid.
153
Ibid
154
Ibid
155
Hamzeh, A. Nizar dan Ddonejian^LHrair. (1996). A Sufi Response To Political
Islamism: At-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam
InternationaUournal of Middle East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229
terbitan American University of Beirut. Versi internet boleh dirujuk di laman web
dengan url: http://almashriq.biof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbash.html
156
al-Habashi,Abdunah. (1990). Sarih al-Bayan. Beirut: Jam'iyyat al-Mashari',
1990. Halaman 195.(Ibid)
157
al-HabasW, Abdullah. (1984). al-Kafil bi-llm al-Din al-Daruri. Beirut: Masjid
Burj Abi Haydar. Halaman 46.(Ibid)
158
Habashi, Sarih al-Bayan. Halaman 90. (Ibid)
159
Ibid: 111

38
Ahbash

c. Menolak penggunaan ijtihad oleh Mu’awiyyah sebagai alasan untuk


mempersoalkan tindakan Ali. Pandangan Ibn Taymiyyah, bahawa berperang
bersama Ali bagi menentang Mu’awiyyah bukanlah suatu kewajipan dan bukan
juga suatu Sunnah, telah dikecam hebat olehnya kerana ‘bertentangan dengan dalil
al-Qur’an dan Sunnah yang sarih’.

d. Membawakan riwayat hadith di mana Rasulullah SAW memberikan amaran


kepada Ammar Bin Yassir bahawa dia akan dibunuh oleh sekumpulan penzalim,
di mana penzalim itu dikatakan pasukan Mu’awiyyah dan berperang di pihak
Ali adalah wajib dan Sunnah.160

e. Menukilkan hadis tentang kelebihan-kelebihan Ali.161

f. Sangat-sangat memuliakan ajaran Zayn al-‘Abidin, anakanda kepada Husain Bin


Ali.162

Walau bagaimanapun, unsur-unsur Syi’ah di dalam aqidah Ahbash mungkin juga


datangnya daripada kaitan dirinya dengan tasawwuf, khususnya menerusi tariqat
Rifa’iyyah.163

Unsur-unsur Sufi Dalam Aqidah Ahbash164


Sufisme mewakili kunci yang amat penting dalam memahami aqidah dan pemikiran
pergerakan Ahbash. Taqdis atau pensucian al-Habashi terhadap Ali adalah selaras
dengan kedudukan istimewa yang diberikan oleh semua Sufi kepada khalifah yang
keempat, yang dikatakan juga sebagai pengasas mistisme Islam dengan gelaran "al-'Arif
bi'lLah”.165 Tambahan pula, tariqat Qadiriyah dan Rifa’iyyah yang dianut oleh al-
Habashi dikaitkan dengan Ahmad al-Rifa’iy (wafat 1183H) yang mendakwa
berketurunan Ali dan Fatimah. Ahmad al-Rifa’iy juga dipuji oleh al-Habashi sebagai “al-
Rifa’i al-Husayni” dan "sitfi salaf.166 Sebagai ‘ahli sufi’, al-Habashi mempertahankan
amalan dan aqidah Sufi yang diserang sebagai perbuatan bid’ah oleh pelbagai pihak
yang mahu kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana baginya bid'ah
terbahagi kepada dua: yang hasanah (baik) dan yang dalalah (sesat). Bid'ah Hasanah
digelamya juga sebagai Bid'ah Huda kerana ia 'selaras dengan al-Qur'an dan al-Sunnah
160
Ibid: 107; rujuk juga Manar al-Hudd, April-Mei 1993, halaman 45
161
al-Habashi, Abdullah. Sarih al-Bayan, halaman 86, 88 dan 105. Antara hadis
tersebut ialah: "Barangsiapa yang aku adalah Tuannya, maka Ali yang ini
adalahjuga Tuannya, Ya Allah bantukth sesiapa yang setia kepadanya dan
tentanglah mereka yang menentangnya" dan "Hasan daripadaku dan Husayn
daripada 'Ali".
162
Ibid: Manar al-Hudd, November 1992, halaman 32; dan juga April 1993, halaman
37
163
Perfaatikan bagaimana dia juga menisbahkan tariqat Rifa'iyyah kepada namanya
dengan memakai gelar al-Rifa'iy
164
Hamzeh, A. Nizar dan DekmejiaiULHrair. (1996). A Sufi Response To Political
Islamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International
Journal of Middle East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan
American University of Beirut Versi internet boleh dirujuk di laman web dengan url:
http://almashriq.Mof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbash.html
165
Manar al-Hudd. November 1992, halaman 18 (Ibid)
166
Manar al-Hudd. Disember 1992-Januari 1993, halaman 24-25 (Ibid)

39
Ahbash

serta patut dipertahankan, kerana Allah mengkhabarkan rasul-Nya bahawa ummahnya


boleh melakukan bid'ah (yuhdithii) di dalam berpegang kepada al-Qur’an dan hadith,
seperti yang dilakukan oleh “tariqat ketuhanan” (Turuq Ahl Allah) -iaitu Qadiriyyah
dan Rifa’iyyah”.167 Antara bid’ah hasanah menurutnya adalah memberikan bai’ah
kepada al-salafal-salih; mengadakan halaqah zikir dan tahlil; merayakan mawlid Nabi;
menziarahi makam wali-wali bagi mendapatkan keberkatan mereka; berzikir dengan
suara yang tinggi beramai-ramai dengan dipimpin oleh satu suara; dan sebagainya. 168
Inilah adalah beberapa contoh aqidah Sufi yang lebih dari sekadar sudi dipertahankan
oleh para Ahbash daripada serangan musuh-musunnya.

Dalam amalan pula, al-Habashi dan para pengikutnya mengamalkan ‘khalwah’


untuk bermeditasi dan berpuasa. Untuk majlis zikir, dua buah kumpulan muzik yang
dinamakan ‘al-Rifa’iyyah’ dan ‘al-Jilaniyyah’ untuk mengiringi majlis zikir dan tarian-
tarian kerohaman akan ditarikan sebagai ibadah kepada Allah.

6.0 Fatwa-fatwa Ahbash


Dalam satu wawancara dengan majalah al-Majalla bilangan 679, mereka yang
mewakili Ahbash mengatakan: “Kami menyeru kepada Islam, berpegang kepada
manhaj Ahl Sunnah wa al-Jama'ah, khususnya kepada madhab Imam Syafi’iy R.A.
Daripada perspektif ini, kami mewakili suatu seruan (Islam) yang tradisional kerana
Imam Syafi’iy adalah tunggak kepada imam-imam yang Muhtadun zaman silam... “.169

Persoalannya, benarkah mereka mengikut manhaj Imam al-Syafi’iy di dalam fiqh.


Seterusnya, disenaraikan pula beberapa fatwa ‘ganjil’ dikeluarkan oleh al-Habashi dan
para pengikutnya170:

1. Dia juga memfatwakan bahawa meremehkan air kencing bayi yang terkena
tangan ibu atau sesiapa yang menukarkan lampinnya sama seperti melakukan
dosa besar oleh ibunya.171 Ini menjadikan sesetengah pengikutnya memakai
sarung tangan ketika menukar lampin.

2. Kebenciannya kepada amalan menggunakan tangan untuk ketika beristinja’


dengan air mahupun dengan kertas tandas. Katanya: ‘Apa yang sesetengah
orang amalkan ketika membersihkan kemaluan selepas menunaikan hajat di

167
Manar al-Hudd, April-Mei 1993, halaman 36-37; al-Habashi, Abdullah. Sarih al-
Bayan, halaman 74 (Ibid)
168
Manar al-Hudd, April-Mei 1993, halaman 36-37. (Ibid)
169
al-Majalla bilangan 679. (Ibid)
170
Z. Alzamil. Al-Ahbash: Their History and Their Beliefs, di uri : http://www.
idaimcweb.com/beliefe/ cults/habasi_history.htirL , artikel "The Habashies Weighted
On The Scale OfShara' seperti yang disiarkan di dalam majalah Nida'vl Islam bil. 5,
Oktober - November 1994. Versi web boleh didapati di url :
http://www.islam.org.au/articles/older/AHBASH.HTM , dan artikel di url:
http://www.allaahuakbar.net/ habashis/ habashis and thejissuejofj}iblah.htm .
Kebanyakan daripada butiran yang dinukilkan ini oleh kesemua artikel ini diambil
daripada kitab Syeikh Abdul Rahman Dimashqiyyah yang membantah golongan ini.
171
Kaset Khalid Kan'an no. 424, side A . (Ibid).

40
Ahbash

tandas, yakni mengambil air dengan tangan kiri, dan menyapukannya adalah
menjijikkan’.172

3. Solat yang didirikan oleh sesiapa yang menanggung najis pada badan, pakaian
mahupun tempat solat adalah sah.173

4. Di Amerika Utara, pengikut Ahbash cuba membetulkan arah kiblat yang salah
yakni daripada menghadap ke ke arah Timur Laut ke arah Tenggara, berasaskan
anggapan bumi ini terhampar dan bukan bulat. 174 Percubaan ini telah cuba
dilakukan di Montreal dan Tampa di Florida, tetapi berakibat mereka dihalau
keluar oleh masyarakat Islam di kawasan tersebut.

5. Untuk mengelakkan dari berhenti daripada sesuatu urusan disebabkan


kewajipan ke masjid untuk menunaikan solat jumaat mahupun solat jama’ah
bagi lelaki, al-Habashi mencadangkan satu helah diamalkan. Helahnya ialah
mereka yang mahu mendapat kemudahan ini perlulah memakan banyak
bawang kerana ‘ada hadis Nabi yang melarang sesiapa yang memakan banyak
bawang untuk datang ke masjid’.

6. Zakat matawang dalam sistem wang kertas pada zaman ini adalah tidak
diperlukan atau tidak wajib, sedang zakat matawang hanya akan wajib apabila
wang yang digunakan benar bersandar kepada nilai sebenar emas dan perak.
Kata syeikhnya: “Tidak ada (hukum) zakat harta selain ke atas emas dan
perak”.175

7. Diharuskan memakai salib di negara kafir jika bimbangkan ancaman orang-


orang kafir jika amalan itu tidak dilakukan.176

8. Harus mengambil riba’ daripada orang kafir dalam ‘keadaan perang’. Lubnan
adalah sebuah negara dalam perang dan malah katanya ‘tidak ada pihak yang
benar-benar berdamai dengan umat Islam’ hari ini!

9. Harus menyimpan wang dalam bank yang mengamalkan riba’ asal sahaja
pemilik bank itu adalah orang kafir. Katanya “simpanlah di sana dan ambillah
faedahnya, sekiranya kamu mahu mengambil manfaat, (malah) jika kamu pasti
bahawa kamu akan untung, maka ia menjadi harus”.177

10. Harus bagi seseorang Muslim berjudi dengan orang Kuffar. Apabila ditanya
tentang adakah boleh mencuri dari ladang yang dimiliki oleh orang kafir,
katanya harus mencuri daripada jiran jika mereka adalah kafir asalkan pencurian
itu tidak membawa kepada ketidakseimbangan.178 Ketika peperangan,
172
al-Habasyi, Abdullah. Btighyah al-Talib. Halaman 207-209. (Ibid)
173
al-Habasyi, Abdullah. Bughyah al-Talib. Halaman 99-100. (Ibid)
174
(Ibid)
175
al-Habasyi, Abdullah. Bughyah al-Talib. Halaman 68,207-209. (Ibid)
176
al-Habasyi, Abdullah. al-Nahju al-Qawim. Halaman 155. (Ibid)
177
al-Habasyi, Abdullah. Kaset no: 3 . (Ibid)
178
al-Habasyi, Abdullah. Sarih al-Bayan. Halaman 133, juga kaset 3(109) side B .
(Ibid)

41
Ahbash

dibolehkannya merompak mana-mana rumah yang tinggalkan oleh


penghuninya kerana mengelakkan peperangan. Dihalalkan juga untuk
membunuh mana-mana orang yang membawa kad pengenalan yang
membuktikan dirinya bukan Islam, jika ada keperluan.

11. Tentang wanita, al-Habasyi berpendapat bahawa melihat wanita yang ajnabi itu
pada kali pertama adalah diharuskan, walaupun ia mengambil masa yang
lama.179 Dia tidak membezakan antara penglihatan yang tidak disengajakan,
dengan renungan yang diniat malah dirancangkan!180

12. Golongan Ahbash juga berpendapat menutup kepala itu lebih utama daripada
menutup aurat. Antaranya mereka memfatwakan bahawa selagi mana seseorang
wanita itu masih menutup kepala, dia bolehlah berenang di dalam pakaian
mandi ‘moden’, walaupun di hadapan lelaki ajnabi. Wanita dihalalkan untuk
memakai segala macam kosmetik, minyak wangi dan perhiasan, seluar ketat
yang menampakkan bentuk badan dan pakaian yang menggoda di hadapan
mana-mana lelaki sekalipun, asalkan wanita tersebut menutup kepalanya.181

13. Mereka juga mengharuskan mufakhadhah, yakni seseorang lelaki itu boleh
meniduri dan melakukan perbuatan seksual dengan wanita selain isterinya,
asalkan ‘batang penyapu celak tidak masuk ke dalam botol celak tersebut’.
Mereka juga sedang mengkaji kemungkinan mengeluarkan fatwa yang
mengizinkan nikah mut’ah diamalkan.182

Bolehkah fatwa-fatwa begini didapati daripada para ulama’ pewaris Anbiya’ yang
bermadhab Syafi’iy dalam fiqhnya? Inikah yang didakwa pengikut madhab Imam al-
Syafi’iy?

7.0 Ahbash dan Ekstrimisme


Di dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Perlis, Presiden AICP atau Ahbash,
Syeikh Hussam Qaraqirah menulis: ‘Di mana pula peranan golongan ulama’ Ahl al-
Sunnah yang sebenar dalam memberikan pedoman dan penjelasan mengenai perbezaan
di antara ekstrimisme dan moderate kepada pemuda-pemudi serta membantu kerajaan
mengenalpasti golongan yang bertopengkan agama ini untuk menghancurkan
keamanan sejagat.....?’183

Laman web rasmi A.I.C.P sebagai pejuang ‘Islam Sederhana’ (Moderate Islam) dan
anti-ekstrimisme. Tertera pada laman webnya184:

"The A. I. C. P. is the "Resounding Voice of Moderation." This is the platform upon

179
al-Habasyi, Abdullah. Bughyah al-Talib. Halaman 224,287. (Ibid)
180
(Ibid)
181
al-Habashi, Abdullah. Sarih al-Bayan, halaman 186. (Ibid)
182
(Ibid)
183
al-Qaraqira, Syeikh Dr. Hishamuddin. Halaman 5
184
Lembaran 'Identity, Membership and Finances' bagi laman web rasmi A.I.C.P di
url: http://www. .aicp.org/About/IdentityMembeTshipandFinances.htm

42
Ahbash

-which we stand firm. The A. I. C. P. speaks and -writes against those extremist groups
-who sponsor violence, terrorism, and the call for assassinations of government officials
because they rule by secular law. These are foreign ideas contrary to the true teachings of
Islam’. (A.I.C.P adalah suara yang bergema bagi kesederhanaan. Inilah plaform di mana
kami berpijak kukuh. A.I.C.P bersuara dan menulis bagi menentang kumpulan-
kumpulan ekstrim yang menaja jenayah, keganasan dan pembunuhan pegawai-pegawai
kerajaan kerana mereka berhukum dengan undang-undang sekular. Semua itu adalah
idea asing yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar)

‘Islam is the Religion of Moderation, and "Moderation" is the motto of the A.I.C.P’
(Islam adalah agama yang sederhana, dan kesederhanaan adalah cogankata A.I.C.P)
'The A. I. C. P. is a voice of moderation, striving to rid the Muslim community of the vile
innovations and prevailing deviations—the proponents of -which call for terrorism and
violence’ (A.I.C.P adalah suara kesederhanaan, berusaha untuk menghapuskan bid’ah-
bid’ah yang sesat vile dan kesesatan yang prevailing- proponents yang menyeru kepada
keganasan dan jenayah)

Maka lawan kepada kesederhanaan ialah melampau atau ekstrimisme. Benarkah


A.I.C.P merupakan suatu organisasi yang menentang ekstrimisme dan mengamalkan
kesederhanaan? Atau, adakah benar A.I.C.P sendiri sudah bebas daripada sebarang
unsur ekstrimisme?. Sesungguhnya, penakrifan dan pengisian konsep ekstrim atau
sederhana perlulah dikembalikan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, bukannya kepada
akal, fanatisme, hawa-nafsu, syaitan dan sebagainya. Maka sekiranya A.I.C.P atau
Ahbash mengembalikan konsep mereka tentang ekstrim dan sederhana kepada kitab
Allah dan sunnah rasul-Nya, adakah mereka akan kekal dengan keekstriman berikut?

7.1 Ekstrimisme: Ta'asub dan Kultus Pemimpin185


Pengikut Ahbash hanya akan mudah mengkafirkan orang lain yang tidak mahu
berbai’ah kepada syeikh mereka. Mereka hanya akan bernikah sesama mereka. Mereka
telah, sedang dan akan berjual beli dan berdagang antara mereka sahaja. Fatwa juga
dikeluarkan bahawa seseorang lelaki boleh meniduri mana-mana wanita ajnabi yang
bukannya ahli kumpulan mereka, kerana wanita tersebut boleh dianggap jariah atau
hamba perempuan. Anggapan jariyah pula dilakukan kerana mereka dianggap sedang
berperang dengan semua pihak yang tidak mengikut manhaj mereka. Untuk mencapai
perkara ini juga, jikalau cara berlembut tidak menjadi, penggunaan kekerasan adalah
diizinkan. Ini bererti rogol telah dihalalkan dengan bertopengkan agama!

Mereka juga menghancurkan keluarga dengan menuntut isteri-isteri meninggalkan

185
Z. Alzamil. Al-Ahbash: Their History and Their Beliefs, di url : http://www.
islamicweb.com/beliefs/cults/habasi_nistory.htm. , artikel "The Habashies Weighted
On The Scale OfShara' seperti yang disiarkan di dalam majalah Nida'ul Islam bil. 5,
Oktober - November 1994. Versi web boleh didapati di url
:http://www.islam.org.au/articles/older/AHBASH.HTM , dan artikel di url:
http://www.allaahuakbar.net/habashis/ habashis_and the_issue_of_qiblah.htm .
Kebanyakan daripada butiran yang dinukilkan ini oleh kesemua artikel ini diambil
daripada kitab Syeikh Abdul Rahman Dimashqiyyah yang membantah golongan ini.

43
Ahbash

suami-suami, ataupun suami-suami menceraikan isteri-isteri mereka di atas dasar jika


salah seorang pasangan telah berbai’ah kepada Abdullah al-Habashi sedangkan yang
seorang lagi enggan membai’ahnya, yang enggan mestilah ditinggalkan. Maka, melalui
kaedah ini beribu-ribu keluarga telah dihancurkan di Lubnan, Eropah dan Amerika
Utara. Untuk isteri-isteri yang dipisahkan secara paksa daripada suami yang enggan
berbai’ah, fatwa dikeluarkan agar isteri tersebut berkahwin semula sekalipun menurut
hukum syara’ si isteri tersebut masih lagi merupakan isteri kepada suaminya yang
pertama tadi. Yang lebih dahsyat lagi, isteri-isteri ini hanya dibolehkan berkahwin
semula dengan orang lain di dalam kumpulan mereka sahaja.

7.2 Ekstrimisme: Takfir dan Penghinaan Ulama’186


Hamzeh mengulas situasi ini dengan katanya: “The Ahbash ideological offensive
against the Islamist thinkers is both virulent and comprehensive, beginning with Ibn
Taymiyya and Ibn 'Abd al-Wahhab and their contemporary disciples, Sayyid Qutb,
Mawdudi, and Fathi Yakan of Lebanon’s al-Jama’a al-Islamiyya”. 187 Penentangan
ideologi daripada Ahbash terhadap para pemikir Islam adalah berbahaya dan tidak
mengenal kekecualian, bermula dengan Ibn Taymiyyah, Muhammad Abdul Wahhab
serta murid-murid mereka yang sezaman, Sayyid Qutb, al-Mawdudi dan Fathi Yakan
pemimpin Jama’ah Islamiyyah di Lubnan).

Ahbash menentang Takfir yang dilakukan tanpa dalil ke atas pemerintah Muslim
yang tidak berhukum dengan syariat Islam, tanpa mereka menghalalkan perbuatan itu.
Walau bagaimanapun, apakah fenomena yang layak dinamakan ke atas perbuatan
mereka yang mengkafirkan pihak yang tidak mereka sukai atau yang menentang atau
mengancam kedudukan mereka?. Mereka mengwujudkan takfir yang ‘baru’ atau takfir
‘kedua’, di atas setiap takfir ‘pertama’ yang dilakukan. Mereka mahu menentang
pengkafiran yang batil dengan pengkafiran yang tidak kurang juga batilnya!. Antara
tokoh-tokoh yang terlibat dalam takfir dan penghinaan mereka ialah:

1. Mu’awiyyah Bin Abi Sufyan RA.

Mereka telah mengkafirkan penulis wahyu yang juga ipar kepada Rasulullah SAW
di mana baginda telah mengahwini saudara perempuannya Ummu Habibah Binti Abu
Sufyan. Itulah Mu’awiyah Bin Abu Sufyan, amir al-Mu’minin yang kelima. Beliau
adalah seorang sahabat yang mereka gelarkan orang fasiq dan ahli neraka.188

2. Abu Hanifah.

186
Ibid
187
Hamzeh mengulas lagi bahawa 'Hasan al-Barma' is the sole Islamist who is
spared criticism '(Hanya Hasan al-Banna yang terlepas daripada kritikannya), dalam
Hamzeh, A. Nizar dan Dekraejian,R_Hrair. (1996). A Sufi Response To Political
Islamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International
Journal of Middle East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan
American University of Beirut. Versi internet boleh dirujuk di laman web dengan url:
http://almashriq.hiof no/ ddc/proiects/pspa/al-ahbash.html
188
al-Habashi, Abdullah. Izhar al-Aqidah al-Svnniyah halaman 182 (Ibid)

44
Ahbash

Mereka mengatakan Imam Abu Hanifah juga adalah seorang ahli falsafah atau ahli
kalam.189 Ini disebabkan Ahbash selalu menggunakan kerangka falsafah untuk
menjelaskan sesuatu.

3. Ibn Taymiyyah.

Ahbash juga mengambil sikap yang keras terhadap para ulama’ yang
membincangkan tentang siyasah di dalam tulisan mereka. Antara yang paling dibenci
ialah Ibn Taymiyyah di mana mereka menuduh beliau dengan pelbagai tuduhan palsu,
menisbahkan perkataan yang tidak pernah diucapkannya dan menukilkan rujukan-
rujukan yang tidak berasas. Dengan sentimen Asya’irah fanatiknya, al-Habashi
mengarang kitab khas ‘al-Durrar al-Suniyyah fi al-Radd 'ala Ahmad Ibn Taymiyyah'
semata-mata untuk membantah Ibn Taymiyyah. 190 Katanya, Ibn Taymiyyah adalah
pengasas kepada ekstrimisme di dalam Islam yang merebak sampai ke hari ini, 191 yang
‘dihumbankan’ ke penjara oleh keputusan empat hakim yang mewakili keempat-empat
madhab, maka tidaklah layak sama sekali Ibn Taymiyyah digelar Syeikhul Islam oleh
pengikutnya.192 Aqidah Ibn Taymiyyah diserangnya habis-habisan kerana:

i. Tidak menyokong pendapat yang mengharuskan tawassul melalui roh para Nabi
dan wali yang sudah meninggal dunia dilakukan dengan mengucapkan kata-
kata seperti “Ya Rasul, Ya Ali”!.193

ii. Tidak menyokong pendapat yang mengharuskan bermusafir ke makam-makam


orang salih bagi mengambil berkat dan beristighathah, yakni meminta
pertolongan dengan perantaraan mereka.

iii. Tidak bersetuju dengan pandangannya tentang ijma'

iv. Tidak menyokong Syi’ah dan tariqat Sufi

v. Tidak mena’wilkan sifat-sifat Allah, malah Ibn Taymiyyah dikatakan telah


menyuburkan tasybih, yakni penyerupaan terhadap sifat Allah dengan sifat
makhluk, serta menggalakkan pertumbuhan aliran Mujassimah dan Musyabbihah
dalam Islam.194

vi. Tidak mempunyai pandangan yang sama dengannya tentang kufur dan takfir,
kerana Ibn Taymiyyah mempersoalkan status keIslaman dan keimanan jika
syarat-syarat tertentu dipenuhi di dalam kes-kes tertentu yang berlaku dan tidak
ada uzur lagi yang dapat diberikan oleh Syara’ kepada pihak tersebut.195

189
al-Habashi, Abdullah. Dalil al-Qawim. Halaman 4. (Ibid)
190
al-Habashi, Abdullah. (1990). al-Durar al-Surmiyya fi al-Radd 'ala Ahmad Ibn
Taymiyyah. Beirut: Jam'iyya al-Mashari'. Halaman 5. (Ibid)
191
Manar al-Huda, April-Mei 1993.45 (Ibid)
192
Ibid: 10
193
Ibid: 10, rujuk juga Sifat al-Mustaqim. Halaman 55 (Ibid)
194
al-Habashi, Abdullah. (l99Q)J)uraral-Sunniyyah.Halaman 51; Sirat al-
Mitftaqim.Halaman 50. Manar al-Huda, Mei- Jun 1993. Halaman 47. (Ibid)
195
al-Habashi, Abdullah. Sorih ol-Boyon. Halaman 32 (Ibid)

45
Ahbash

Akhimya, Ibn Taymiyyah telah dikafirkan oleh beliau kerana dikatakan telah
menjadi murtad dan zindiq. Pengikut-pengikutnya pula digalakkan membakar buku-
buku karangan Ibn Taymiyyah yang berada di dalam simpanan masing-masing.196

4. al-Dhahabi.

Imam al-Dhahabi dikatakan sebagai orang jahat yang membuat makar, katanya: ‘Jika
Zahabi dinyatakan sebagai pembuat makar, maka itu penjelasan yang tepat’.197

5. al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.

Al-Hafiz Ibn Hajar pula dikritik kerana menerima riwayat daripada al-Dhahabi.
Katanya: ‘Adalah suatu persoalan yang kita tertanya-tanya tentang bagaimana al-Hafiz
itu telah menerima sebagai lelaki yang adil dan taqwa!’

6. Syeikh MuhammadAbd al-Wahhab.

Syeikh Muhammad Abdul Wahhab pula dipanggil oleh Abdullah al-Habashi


sebagai ‘orang kafir lagi pembunuh’.198

7. Syeikh MuhammadNasiruddin al-Albani.

Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula dipercayai tidak boleh meninggal


sebagai seorang Muslim. Katanya: ‘Dia (yakni Albani)!, kalaupun dia mati sebagai orang
Islam...’ disebabkan oleh perbezaan pendapatnya dengan al-Albani dan kegagalannya
membawa hujjah yang sahih terhadap isu kedudukan Sunnah.199

8. Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz.

Al-Habashi mengecam Syeikh Abdul Aziz Bin Baz kononnya kerana mengkafirkan
Gamal Abdul Naser kerana tidak berhukum dengan syariat Islam.200 Sementara Gamal
Abdul Naser pula dipujinya kerana menghukum mati ‘bapa Khawarij’ Sayyid Qutb di
tali gantung.

9. Syeikh Sayyid Sabiq.

Sayyid Sabiq, pengarang kitab Fiqh al-Sunnah pula dikatakan ‘seorang Majusi
walaupun dia (yakni Sayyid Sabiq) mendakwa terdiri daripada ummat Muhammad’.
Dia juga banyak menukilkan daripada Fiqh al-Sunnah secara salah, agar membawa
maksud yang tidak benar lagi mengelirukan di dalam kitabnya Bughyah al-Talib.201

196
al-Habashi, Abdullah. al-Maqalat al-Sumtyah. Halaman 15, 24, 26, 57, 62 dan
75. (Ibid)
197
Kaset no 149, side A, suara al-Habashi sendiri. (Ibid)
198
Manar Al-Huda bil. 3. Halaman 34. (Ibid)
199
al-Habashi, Abdullah.a/-7a 'qub al-Hathith. Halaman 88. (Ibid)
200
Manar al-Huda, April-Mei 1993. Halaman 45-47. (Ibid)
201
Kaset no: 1, side A /181 . (Ibid)

46
Ahbash

10. Sayyid Qutb.

Sayyid Qutb pula dikatakan seorang kafir komunis yang menjadi ketua Khawarij.202

11. Fathi Yakan.

Syeikh Fathi Yakan juga dihentamnya kerana berpandangan pemerintah yang tidak
mahu berhukum dengan hukum Allah boleh menjadi kafir dengan syarat-syarat
tertentu.203

Oleh itu, tidaklah hairanlah Mufti Negara Lubrian bagi masyarakat Islam Sunni,
Syeikh Hasan Khaled yang mati dibunuh, pernah meminta Perdana Menteri Lubnan
untuk tidak mengizinkan Abdullah al-Habashi masuk ke Lubnan ketika beliau
memegang jawatan tersebut.

7.3 Ekstrimisme: Berlembut Dengaa Orang Kafir Tetapi Keras Sesama Islam204
Dr. Adnan Tarablusi mengatakan: ‘We are open for all people, we invite to the
opening and good moral, we are in Islamic Charitable Project disagree with demolition
Ikhwan party "Hizb Al-Ikhwan Al-Haddam"-, we are not fundamentalists, we are
against
the fundamentalists which it is looking for the chair and leadership, no for this
fundamentalists which judge all Arab's and Muslim's leaders as Kuffar because they -
the
leaders - judge by the law without believing that the law is better than Al-Qur'an’ (Kami
terbuka kepada semua orang, kami menyeru kepada keterbukaan dan moral yang baik,
kami di dalam AICP tidak bersetuju dengan Hizb al-Ikhwan al-Haddam (dimaksudkan
Ikhwanul Muslimun). Kami bukannya fimdamentalis, kami menentang fimdamentalis
yang mencari kerusi dan kepimpinan, tidak untuk fundamentalis yang menghukum
semua pemimpin Arab dan Islam sebagai Kuffar kerana mereka berhukum dengan
hukum lain tanpa beriman hukum itu lebih baik daripada hukum al-Qur’an). Adakah
pernyataan umum ini meliputi semua pemimpin Islam?. Adakah pemimpin Islam yang
dimaksudkan itu memang bersikap seperti yang dimaksudkan oleh Tarablusi ataupun
ada yang lebih dahsyat daripada itu?. Malahan, Taha Naji yakni salah seorang calon
Ahbash di dalam pilihanraya, telah berkempen di bandar-bandar bermajoriti penduduk
Kristian di Utara Lubnan dengan janji untuk ‘menghapuskan fundamentalis Islam’.
Malangnya beliau tetap kalah di dalam pilihanraya!

202
al-Habashi, AbdulIah.a/-Afa/j/ al-Sawiy fi al-Radd 'ala Sayyid Qutub \va
Tabi'ih Fiysal Muwlawi. Halaman 3. (Ibid)
203
Manar al-Huda, April-Mei 1993. Halaman 48. (Ibid)
204
Z. Alzamil. Al-Ahbash: Their History end Their Beliefs, di url : http:/Avww.
islamicweb.com/beliefs/ cults/habasijiistory.htm. , artikel 'The Habashies Weighted
On The Scale OfShara' seperti yang disiarkan di dalam majalah Nida'ul Islam bil. 5,
Oktober - November 1994. Versi web boleh didapati di url :
http://www.islam.org.au/articles/older/AHBASH.HTM , dan artikel di url:
hrtp://www.allaahuakbar.net/ habashis/ habashis_and_the issue of qiblah.htm .
Kebanyakan daripada butiran yang dinukilkan ini oleh kesemua artikel ini diambil
daripada kitab Syeikh Abdul Rahman Dimashqiyyah yang membantah golongan ini.

47
Ahbash

Dasar yang Ahbash amalkan ini menjadikan mereka popular dan disenangi oleh
orang-orang kafir Lubnan yang dikenali anti-Islam dan pro-Barat. Misalnya, beberapa
tokoh Kristian Lubnan memuji Ahbash dan Ahbash sendiri bersikap sangat positif
terhadap umat Kristian. Antaranya ialah:

1. Mieshal Adah, Menteri Pendidikan Lubnan yang beragama Kristian mengatakan:


‘I know Islamic Charitable Projects very well, and I heard about you, in spite of that,
there are a lot of associations, but you are very active, also I know Syeikh Nizar Halabi,
he is very gentle and may god guide him’.205 (Saya sangat mengenali AICP, dan saya
sudah mendengar tentang kamu. Walaupun ada banyak organisasi Islam, kamu
semua sangat aktif. Saya juga mengenali Syeikh Nizar Halabi, dia sangat lemah-
lembut dan semoga Tuhan memberikan petunjuk kepadanya). Entahlah kepada
tuhan yang mana Mieshal Adah inimemintakan hidayah untuk Nizar al-
Halabi?206

2. Khacheek Babekeyan, juga seorang tokoh Kristian mengatakan: “If this association
-Islamic Charitable Projects- did what it planned to do, then the favor is due to its
president, congratulation to Sheikh Nizar Halabi for what he did and does for the seek of
Lebanon and its people”. (Jika organisasi ini, AICP, telah melakukan apa yang
dirancangkan, itulah hasil kecekapan presidennya, tahniah kepada Syeikh Nizar
Halabi kepada apa yang telah dilakukannya kepada negara dan rakyat
Lubnan).207

3. Wakil AICP di Bekaa, Usamah al-Sayyid telah mengunjungi Eali Frzali, seorang
Kristian yang menjadi calon pilihanraya bagi ‘empower the inner relation and to
unite the efforts and the activities between them’. 208 (untuk meningkatkan hubungan
dalaman dan menyatukan usaha dan aktiviti antara kedua-dua pihak)

4. Dalam wawancara dengan Adnan Tarablusi, beliau mengakui bahawa


penyokong Ahbash telah mengundi parti Kristian, Chastens dan sebagai balasan
umat Kristian di utara Lubnan telah memberi 16,000 undi kepada Taha Naji.209

5. Dalam majlis-majlis mereka, tokoh-tokoh Kristian terus diundang dan diberikan


kedudukan yang istimewa di dalam majlis tersebut. Misalnya dalam perasmian
Education School milik AICP, tokoh-tokoh seperti John Aubead, Salaim Habeeb,
Estafan al-Dwehi, Na’elah Mu’wad (isteri Reneeh Mu’wad), dan tokoh-tokoh
Kristian yang cukup diingati atas ‘sumbangan mereka’ yang banyak merugikan
umat Islam Lubnan.210

Calon-calon al-Ahbash bersama-sama dengan delegasi dan AICP juga telah


menziarahi Waleed Jumblat, pemimpin masyarakat Druze yang menyembah Hakim Bi
AmrilLah al-Fatimi sebagai penjelmaan Allah SWT di atas muka bumi. Jumblat bukan
205
Manar Al-Huda bil. 4, 1993. Halaman 37-38. (Ibid)
206
Yakni presiden AICP sebelum Syeikh Hussam Qaraqirah.
207
Manar Al-Huda No. 5 Halaman 33, Manar Al-Huda No. 17. Halaman 41. (Ibid)
208
Manar Al-Huda No. 13 Halaman 56(Ibid)
209
Majalah Al-Afkar No. 531 Halaman 13. (Ibid)
210
Manar Al-Huda No. 6 Halaman 58. (Ibid)

48
Ahbash

sahaja menerima mereka dengan mesra, akan tetapi beliau juga turut mendermakan
sebanyak $35,000 untuk AICP membina sebuah sekolah.211

Terdapat begitu banyak pertubuhan-pertubuhan umat Islam di Lubnan yang


mempunyai, dengan rahmat dan inayah Allah SWT jua, program dan aktiviti yang
memberikan berbagai-bagai khidmat dan bantuan kepada sesama umat Islam bahkan
juga kepada semua manusia, sekaligus menampung kekosongan penyediaan keperluan
rakyat yang tidak dapat ditampung oleh kerajaan Lubnan. Walau bagaimanapun,
daripada semua pertubuhan yang ada, kerajaan Lubnan sangat menyukai AICP atau
Ahbash ini dan sentiasa seia-sekata dengannya. Apabila Syeikh Nizar al-Halabi
dibunuh, bukan sahaja Presiden Lubnan, Perdana Menterinya dan pemimpin-pemimpin
Kristian Lubnan yang menyuarakan rasa amat-amat bersimpati mereka, akan tetapi
pemimpin-pemimpin tertinggi negara Arab yang lain seperti di Syria, Yaser Arafat, dan
sebagainya turut juga melahirkan tindakan yang serupa. Sedangkan sebelum itu, sudah
puluhan pemimpin umat Islam yang jauh lebih berpengaruh daripada Syeikh Nizar al-
Halabi telah dibunuh dengan cara yang lebih kejam, akan tetapi di manakah rasa
simpati mereka?. Selain daripada itu, dengan alasan untuk memburu pembunuhnya,
merupakan sebab yang digunakan untuk polis kerajaan Lubnan memasuki dan
menggeledah kem-kem pelarian Palestin seluruh Lubnan, buat julung-julung kalinya.
Seolah-olah pemimpin Kristian ini tahu apakah gerakan Ahbash dan siapakah yang
telah dan akan membantu mereka memporak-perandakan dakwah Islam di Lubnan?

Seterusnya, di atas nama nasionalisme Arab, Ahbash sanggup melupakan identiti


Islamnya demi untuk identiti Arab. Dr. Adnan Al-Tarabulsi mengatakan: “It is allowed to
be there a peace with Jews, but our request is that we are as ARAB nation do have rights, we
request them under ARAB agreement, and I am without any guarded support is supporting that
agreement”.212 (Adalah dibenarkan untuk berdamai dengan Yahudi, tetapi permintaan
kami ialah, kami sebagai BANGSA ARAB memang mempunyai hak, kami!
menuntutnya di bawah persetujuan ARAB, dan saya tanpa kecuali menyokong
perjanjian tersebut). Syeikh Nizar Al-Halabi pula pemah mengatakan:

“Our candidate Dr. Adnan Tarabulsi by the God’s care won and reach the Parliament to
arise with national good brothers of the Lebanon’s ARABIC identification”. (Calon kami Dr.
Adnan Tarabulsi dengan pertolongan Allah telah menang dan mencapai parlimen untuk
bangun bersama identiti ARAB bagi Lubnan, bersama-sama dengan saudara-saudara
sebangsa kami yang baik hati).

Syeikh Hussam Qaraqirah sendiri, ketika masih menjawat kedudukan Naib Presiden
telah berkata di dalam suatu wawancara dengan majalah Al-Safeer keluaran 19 Oktober

211
Seterusnya, sesiapa yang berminat untuk membandingkan kemesraan Ahbash
dengan orang Kafir dengan sikap kerasnya terhadap umat Islam, bolehlah merujuk
majalah Manar al-Huda bagi keluaran No. 6 Halaman 59, No. 16 Halaman 37, No. 15
Halaman 35., No. 7 Halaman 67., No. 12 Halaman 35-39., No. 2 Halaman 59, No. 13
Halaman 58-59., No. 1 Halaman 31-34., No. 2 Halaman 16 , 32-34, 65-66, No. 9
Halaman 7, 14, 20-21, 45-46 dan lain-lain. (Ibid)
212
Majalah al-Shira'a 09/07/1992 dan majalah al-Afkar 09/26/1992. (Ibid)

49
Ahbash

1992:

“We are with ARAB agreement, when the ARAB agree to stop fighting the Jews, we are with
that agreement”. (Kami adalah bersama dengan perjanjian ARAB, apabila umat ARAB
bersetuju untuk berhenti melawan orang Yahudi, kami adalah bersama-sama perjanjian
tersebut).

Hamzeh pula menganalisis dasar-dasar perhubungan antara agama yang


digunapakai oleh Ahbash dengan katanya:

“The political stance of the Ahbash organization as presented by its president, Shaykh Husam
Karakira, accepts Lebanon's confessional system and the primacy of serving Lebanon's national
interests”.213 (Pendirian politik organisasi Ahbash dilambangkan dengan presidennya
Syeikh Hussam Qaraqirah yang menerima sistem pemerintahan Lubnan dan
keunggulan memperjuangkan kepentingan-kepentingan nasional Lubnan). Katanya lagi:
“The Ahbash pledge loyalty to Lebanon as an Arab country and support its armed forces as the
defenders of its citizens, their families, and the country itself”. (Ahbash berikrar taat setia
kepada Lubnan sebagai sebuah negara ARAB dan menyokong angkatan bersenjatanya
sebagai pembela rakyatnya, keluarga mereka, dan negaranya sendiri). Beliau
menegaskan lagi: “In opposing the establishment of an Islamic order, the Ahbash are committed
to coexistence with the Christian communities. Consistent with his Sufi beliefs, Habashi extolls
al-rahbaniyya -the fraternity of mystics- as ‘a virtuous way’ that is also practiced by the monastic
‘followers of Christ’”.214 (Di dalam menentang pemerintahan Islam, Ahbash beriltizam
untuk wujud secara bersama-sama dengan komuniti-komuniti Kristian. Selaras pula
dengan aqidah Sufinya, al-Habashi amat menyanjungi ‘al-Rahbaniyyah’ -selaku
sekumpulan ahli mistik- sebagai ‘jalan yang mulia’ yang juga turut diamalkan oleh
'pengikut-pengikut Nabi Isa’ di biara-biara).

“Equally mild is the foreign-policy orientation and world outlook of the Ahbash. While
supporting the liberation of the ‘security zone’ in the South through United Nations Resolution
425 and affirming ‘Palestinian rights’, the Ahbash literature makes no reference to jihad or the
use of force against Israel ‘unless it is necessary’”.215 (Yang sama kurang ‘pedasnya’ ialah
oreintasi dasar-luar dan pandangan-dunia Ahbash- Walaupun menyokong pembebasan
‘Zon Keselamatan’ di Selatan menerusi Resolusi 425 PBB dan menetapkan ‘hak-hak
rakyat Palestin’, bahan-bahan penerbitan Ahbash tidak memuatkan sebarang artikel
tentang jihad atau penggunaan kekuasaan bagi menentang pencerobohan Israel
‘kecualilah yang demikian itu benar-benar diperlukan’)

213
al-Safir, 19 November 1992, halaman 3. seperti yang dinukilkan dalam Hamzeh,
A. Nizar dan Dekmejian,R.Hrair. (1996). A Sufi Response To Political Islamism: Al-
Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International Journal of Middle
East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan American University of
Beirut. Vera internet boleh dirujuk di laman web dengan url: http ://almashriq. hiof.
no/ ddc/projects/pspa/al-ahbash.html
214
al-Habashi, Abdullah. Sariti al-Bayan. Halaman 76. (Ibid).
215
Ibid. Halaman 169; rujuk juga Manar al-Huda, Disember 1992-Januari 1993.
Halaman 42. (Ibid)

50
Ahbash

Ahbash juga tidaklah marah kepada Barat, bahkan mereka menggalakkan ahli-ahli
mereka mempelajari sains dan ilmu-ilmu barat agar dapat mencapai masyarakat Islam
yang ‘berperadaban’.216 Perbuatan mempolitikkan Islam ‘sebagai khidmat awam’ di
dalam sistem politik Lubnan juga ditolak oleh kumpulan ini.

Daripada beberapa kata-kata ini kita boleh mengetahui bahawa dengan berakar-
umbi kepada nasionalisme Arab sahaja, skop masalah Palestin atau konspirasi Yahudi
telah disempitkan oleh mereka kepada HANYA masalah umat Arab sahaja. Kenapa
semua ini tidak langsung dinyatakan juga sebagai masalah bersama bagi umat Islam
sedunia yang berjuta wajah tetapi memiliki satu aqidah yang sama?. Ahbash berjaya
mengambil hati orang Kristian Lubnan kerana mereka sama-sama berbangsa Arab dan
berbangga untuk menyempitkan masalah ini di bawah payung Arab.

Dengan itu, tidak hairanlah apabila di Perlis, Syeikh Hussam Qaraqirah juga telah
mengemukakan ide-ide Ahbash yang serupa dengan tulisannya: ‘..kehancuran negara
Arab dan Islam yang dilihat dari kacamata. . . .’217. “. . . membawa kepada pertumpahan
darah di kebanyakan negara Arab dan Islam. . . “.218

Sesungguhnya, sejarah Lubnan moden hanya bermula dengan kejatuhan empayar


Turki Uthmaniyyah. Di bawah perjanjian Sykes-Picott tahun 1916, wilayah Syam telah
dipecahkan kepada Syria, Jordan, Palestin, Israel dan Lubnan untuk dibahagi-bahagikan
antara penjajah Inggeris dan Perancis. Lubnan telah dipilih khas untuk menjadi negara-
bangsa Kristian pertama buat julung-julung kalinya di Timur Tengah selepas
berakhirnya Perang Salib.219 Walau bagaimanapun, penduduk Kristian hanya dapat
membentuk majoriti mudah kerana jumlah penduduk Islam Sunni dan Syi’ah masih
signifikan. Untuk itu, perlembagaan Lubnan yang ditinggalkan oleh penjajah Perancis
memperuntukkan jawatan Presiden untuk penjawat beragama Kristian, jawatan Perdana
Menteri untuk penjawat beragama Islam Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, dan Speaker
Parlimen untuk penjawat beragama Islam madhab Syi’ah.

Seterusnya, dengan rahmat Allah, keadaan mula berubah apabila dengan


perantaraan pelbagai faktor, penduduk Islam yang minoriti kini terus bertambah
sehingga mereka kini membentuk jumlah majoriti penduduk Lubnan. Oleh itu, layakkah
golongan majoriti diperintah oleh golongan minoriti?. Konsep perkongsian kuasa yang
diperuntukkan oleh perlembagaan Lubnan menjadi semakin tidak relevan apabila umat
Islam semakin lantang menuntut hak-hak mereka dalam pelbagai aspek khususnya
monopoli kuasa eksekutif tertinggi yang tidak pernah dilepaskan oleh umat Kristian.
Dengan itu, apa yang dapat dibuat oleh umat Kristian untuk menyekat kemaraan umat
Islam ke mercu kuasa di Lubnan?. Menyekatnya sama sekali agak mustahil, akan tetapi
melambatkan atau menggagalkan percubaan umat Islam dalam masa-masa terdekat ini
216
Manar al-Huda, November 1992, 6; ibid., April-Mei 1993, Halaman 6.(Ibid)
217
al-Qaraqira, Syeikh Dr. Hishamuddin. Halaman 5
218
Ibid: 7
219
Zallum, Abd al-Qadir. (2001). Kayfa Hudimat al-Khilafah. (edisi terjemahan
oleh Abu Faiz dengan judul Konspirasi Barat Meruntuhkan Khilafah Uthmaniyyah).
Bangil: Al-Izzah. Halaman 100

51
Ahbash

adalah masih mungkin. Syeikh Hussam Qaraqirah menulis:

“..Majoriti rakyat Lubnan menganut agama Islam. Namun, corak pemerintahan


bersifat perkongsian kuasa di antara penganut Islam dan Kristian dalam segenap
kepentingan bermula dari ketua kerajaan, kementerian dan jabatan kerajaan”.220

Dengan itu, kemunculan Ahbash dan A.I.C.P yang sangat pro kepada konsep
perkongsian kuasa dalam perlembagaan Lubnan serta menegaskan nasionalisme Arab
walaupun menafikan hak umat Islam, amatlah dialu-alukan. Bagai orang mengantuk
disorong bantal, sambutan ‘penuh makna’ daripada umat Kristian ini diterima dengan
sepenuh hati dan perasaan oleh Ahbash. Kita juga tidak lupa bahawa, idea-idea
nasionalisme Arab telah dipelopori oleh orang-orang Kristian Lubnan yang berbangsa
Arab dan telah dimulakan semenjak penentangah mereka terhadap Khilafah Turki
Uthmaniyyah lagi sehingga ia berkembang ke seluruh dunia Arab dan turut
mempengaruhi umat Islam berbangsa Arab sendiri. Maka tidak hairanlah idea-idea
Kristian dipandang mulia di atas nama nasionalisme Arab Lubnan oleh Ahbash.

7.4 Ekstrimisme: Berlembut Dengan Ahl al-Bid'ah Tetapi Keras Terhadap Ahl
al-Sunnah
Berbeza dengan permusuhannya terhadap Jama'ah Islamiyyah pimpinan Fathi
Yakan, Ahbash mempunyai hubungan yang ‘mesra’ dan ‘normal’ dengan Hizballah
yang berfahaman Syi’ah.221 Di dalam pilihanraya tahun 1992, Ahbash dan Hizballah
telah.) menjalinkan kerjasama tidak rasmi di Beirut yang memastkan kemenangan calon
mereka yakni Dr. ‘Adnan Tarabulsi (dari AICP) and Muhammad Burjawi (dari
Hizballah).222 Atas dasar pro-Syria yang sama, Ahbash juga tidak segan silu menyokong
pencalonan ketua pergerakan Amal Syi’ah, Nabih Berri sebagai calon Speaker Parlimen
Lubnan.223 Ahbash juga mendapat sokongan yang padu daripada 3 tariqat sufi yang
dikatakannya sebagai Turuq Ahl Allah, yakni tariqat Qadiriyyah, Rifa’iyyah dan
Naqshabandiyyah.224 Seterusnya, pada Disember 1993 di dalam pertemuan antara
Syeikh al-Habashi dan Khalifah Tariqat Naqsyabandiyyah Lubnan iaitu Syeikh
Muhammad Uthman Siraj al-Din, kedua-duanya mengumumkan satu ikatan antara ‘dua
kekuasaan umat Islam’ telah dibentuk bagi menghadapi Jama’ah Islamiyyah dan Hizb
al-Ikhwan, khususnya ‘ideologi Sayyid Qutb dan fahaman-fahaman lainnya yang telah
sesat dari ijma’ umat Islam”.225 Meskipun begitu, ada pula amalan-amalan tariqat-tariqat
sufi sendiri tetapi yang bukan dari kumpulan Turuq Ahl Allah, seperti tariqat al-
Badawiyyah, al-Khalwatiyyah, and al-Mawlawiyyah, semua itu telah dikecam oleh al-
220
al-Qaraqira, Syeikh Dr. Hishamuddin. Halaman 5
221
al-Masira, 27 December 1992, 15 seperti yang dinukilkan dalam Hamzeh, A. Nizar
dan Dekmejian,R.Hrair. (1996). A Sufi Response To Political Islamism: Al-Ahbash Of
Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International Journal of Middle East
Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan American University of Beirut.
Versi internet boleh dirujuk di laman web dengan url:
http://almashriq.hiof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbash.html
222
al-Shira’, 7 September 1992, halaman 20. (Ibid)
223
al-Safir, I Oktober 1992, halaman 4 . (Ibid)
224
Manar al-Huda, November 1992, 41;June-Julai 1993, halaman 37. (Ibid)
225
Manar al-Huda, Disember 1992-Februari 1993, halaman 31-33 . (Ibid)

52
Ahbash

Habashi sebagai ‘bid’ah dalalah yang bertentangan dengan al-Kitab dan Sunnah’
khususnya tariqat Syaziliyyah.226 Wallahul Musta'an.

Yang ganjilnya, terhadap pentadbiran tertinggi urusan keIslaman bagi masyarakat


Islam Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang rasmi di bawah kerajaan Republik Lubnan,
yakni Darul Ifta’ al-Lubnaniyah,227 Ahbash memiliki sikap tidak mahu berkerjasama
langsung ataupun sangat sukar berkerjasama. Hamzeh melihat situasi ini cukup
signifikan untuk diulas dengan kata-katanya: “This stance is prompted by the Ahbash’s
desire to have one of their shaykhs appointed by the government as the chief Sunni mufti of
Lebanon - a position now held by an acting mufti, Muhammad Rashid Qabbani”.228 (Pendirian
ini berasal daripada keingjnan Ahbash agar salah seorang daripada syeikh-syeikh
mereka dapat dilantik sebagai Ketua Mufti atau Mufti Negara bagi masyarakat Ahl al-
Sunnah wa al-Jama'ah seluruh Lubnan- suatu kedudukan yang sedang dipangku oleh
seorang mufti, Syeikh Muhammad Rashid Qabbani 229). Mungkinkah calon Mufti Negara
yang diinginkan oleh Ahbash ialah Syeikh Hussam Qaraqirah sendiri?.

Sekalipun menyeru kepada kesederhanaan, Ahbash sendiri terlibat dengan apa yang
diistilahkan oleh Dr. Hamzeh sebagai “a life-and-death struggle with what they call ‘Hizb al-
Ikhwan”, yakni penentangan yang sengit kepada Hizb al-Ikhwan yang pro kepada
manhaj Ahl al-Sunnah, khususnya Jama’ah Islamiyyah pimpinan Fathi Yakan dan juga
rakan-rakan antarabangsanya.230 Selain daripada konflik doktrin dan ideologi, Ahbash
dan al-Jama’ah telah terlibat di dalam pertempuran-pertempuran berdarah di sekitar
Masjid Umar al-Kabir di Sidon dan Masjid Isa bin Maryam di Tripoli. 231 Kumpulan ini
juga mengwujudkan hingar-bingar dan kekacuan di masjid-masjid. Imam-imam masjid
ada yang dikafirkan sedang ramai ulama’ yang menentang mereka dikatakan fasiq.
Jarang sekali, akan ada sesiapa yang selamat daripada difitnah oleh mereka kecuali
beliau berjalan bersama-sama mereka tanpa banyak soal.

7.5 Ekstrimisme: Keganasan Fizikal Atas Nama 'Kesederhanaan'


Sepanjang peperangan saudara di Lubnan, Ahbash berkembang daripada beberapa

226
Ibid: 35
227
Pada hemat penulis, pemegang jawatan Mufti Negara Lubnan bagi masyarakat
Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah inilah yang lebih layak untuk menghuraikan 'peranan
ulama' di dalam pembangunan ummah di Lebanon' di dalam mana-mana seminar
antarabangsa pun. Sekurang-kurangnya atas dasar jawatan, beliau telah diiktiraf
secara rasmi oleh pemerintah Republik Lubnan dan diiktiraf pula sebagai ketua mufti-
mufti Ahl al-Sunanh di sehiruh Lubnan.
228
al-Shira', 5 Oktober 1992, halaman 16-17; rujuk juga al-Muslimun, 30 November
1992, halaman 3 seperti yang dinukilkan dalam Hamzeh, A. Nizar dan
Dekmejian,R.Hrair. (1996). A Sufi Response To Political Islamism: Al-Ahbash Of
Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalam International Journal of Middle East
Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbrtan American University of Beirut.
Versi internet boleh dirujuk di laman web dengan url: http://almashriq.hiof.no/
ddc/projects/pspa/al-ahbash.html
229
Ini terjadi ekoran wafatnya Syeikh Hasan Khaled, Mufti Negara yang telah
dibunuh sebelum Syeikh Muhammad Rashid Qabbani memangku jawatannya sehingga
ke had ini.
230
Ibid.
231
Manar al-Hudd, Disember 1992-Januari 1993, halaman 41 (Ibid)

53
Ahbash

ratusan ahli kepada organisasi besar dengan menyusup ke dalam sekolah-sekolah dan
militia-militia Sunni. Apabila militia ‘Abd al-Hafiz Qasim’ dibubarkan pada 1984,
Ahbash merekrut ahli-ahlinya.232 Dengan ini juga Ahbash memiliki militia yang
memungkinkannya meneruskan agenda-agendanya dengan perantaraan kekerasan.

Ahbash memaksa imam-imam masjid di Lubnan untuk mengizinkan mereka


mengajar di masjid-masjid tersebut. Sekiranya imam masjid tersebut menolaknya,
mereka akan menghalang imam itu daripada mengajar di masjid itu ataupun cuba
mengganggu perjalanan majlis ilmunya. Kadang-kadang mereka menggunakan senjata
api untuk melaksanakan apa yang mereka kehendaki. Oleh sebab itu, tembak-
menembak telah berlaku dan beberapa masjid di Lubnan telah ditutup. Inilah fenomena
yang cuba dihuraikan oleh majalah al-Shira di Lubnan dengan tema utama ‘Fighting on
Masajids in Lebanon’ (Bergaduh Disebabkan Masjid Di Lubnan).233 Di samping itu,
pengikut-pengikut Ahbash juga diarahkan supaya memukul atau membunuh sesiapa
yang didapati membawa bahaya kepada pergerakan mereka. Antara yang diancam di
kalangan para imam bagi masjid-masjid di Lubnan, ialah seperti234:

i. Imam Adnan Yasen, yang mengalami percubaan membunuhnya sebanyak


beberapa kali.

ii. Imam Hassan Katuji, yang telah dipukul dan disakiti.

iii. Imam Jamal al-Dhahabi, Imam Abdul Hamid Shanuha dan lain-lain yang telah
berhijrah dari Lubnan.

iv. Syeikh Muhammad al-Juzu’ pula telah difitnah sebagai lelaki lucah oleh radio
mereka, Nida'ul Ma'arifah.

Semasa perang saudara memuncak di Lubnan, lebih ramai orang yang telah ditekan
untuk menyertai kumpulan ini, sama ada melalui peras-ugut, ancaman melalui telefon
atau memasang bom di rumah atau di kereta mereka. Ancaman ini berterusan sehingga
ke hari ini.

Selain daripada itu, siapa yang dapat melupakan pembunuhan Syeikh Hasan
Khaled, Mufti Negara Lubnan bagi masyarakat Islam Ahl al-Sunnah yang juga amat
gigih menentang kesesatan mereka?. Begitu juga dengan insiden pemecatan Mufti
Wilayah Utara Lubnan, Syeikh Taha al-Sabounjiy, yang dilakukan dengan cara yang
tidak berasas, selepas itu?. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sehingga ke hari ini,
Ahbash terus berusaha gigih dengan segala saluran yang ada 235 agar jawatan Mufti
Negara yang dikosongkan dengan kematian Syeikh Hasan Khaled dapat diisi oleh calon
mereka. Soalnya, siapakah yang lebih ‘beruntung’ dengan wafatnya Syeikh Hasan

232
Al-Nahar, 8 Disember 1992, 1 1 . (Ibid)
233
al-Shira' No. 574 (Ibid)
234
Z. Alzamil. Al-Ahbash: Their History and Their Beliefs, di uri : http:/Avww.
islamicweb.com/beliefs/ cuhs/habasi_history.htm
235
Tentunya tanpa menimbangkan halal dan haramnya?

54
Ahbash

Khaled dan dipecatnya Syeikh Taha al-Sabounjiy selain mereka? Anak kepada Syeikh
Hasan Khaled, Sa’duddin Khaled mengulas tentang kematian ayahandanya: ‘Semua
keadaan nampaknya telah ‘dimudahkan’ agar pembunuhan ini terjadi, dan semuanya
tidaklah jauh daripada sifat-sifat rancangan Zionis serta peperangan sengit yang
dilancarkan oleh musuhnya yang penuh dendam (Ahbash)...”. Katanya lagi: “Saya
masih meragukan persefahaman antara dua pihak ini, akan tetapi tanpa kerjasama
antara keduanya, bagaimanakah mungkin (Ahbash) boleh tersebar dengan kepantasan
dan kekuatan yang luarbiasa??”236

Selain daripada itu, Ahbash juga telah menampilkan organisasi yang berpotensi
mencetuskan keganasan dan pertumpahan darah di jalanan dengan mengadakan
demonstrasi-demonstrasi bersenjata. Misalnya, pada 11 April 2001, pengikut-pengikut
Ahbash telah mengadakan demonstrasi bersenjata di jalan-jalanraya. Berpakaian serba
hitam, bertopeng dan mengecat muka dengan face paint, mereka keluar berdemonstrasi
untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan Syria sambil membawa batang penyapu
yang dilengkapkan dengan paku tajam, pisau, ‘buku lima’ daripada tembaga, rantai,
kapak, pedang, rukul besi dan belantan di dalam tunjuk perasaan tersebut, seperti yang
dipaparkaji dalam gambarfoto di bawah.237
uweinMisltn

Members of the pro-Syrian AI-Ahbash


movement brandishing clubs and knives in
the Makassed area pf Beirut on April 11.

Ini hanya terjadi apabila beberapa tokoh masyarakat Islam Sunni mula
mengeluarkan kenyataan tegas menyeru kerajaan Syria berundur dari Lubnan dan
menyerahkan urusan Lubnan untuk ditangani oleh rakyatnya sendiri.

Daniel Nassif mengatakan: “In reality, the group is largely a propaganda tool used by
Syria’s secular, Alawite-dominated regime to combat Islamic fundamentalism, manipulate the
Lebanese Sunni Muslim community, and gain acceptance for the Alawite sect within Islamic
religious circles”. (Realitinya, kumpulan ini ialah alat propaganda yang digunakan oleh
rejim pemerintah Syria yang sekular, dan didominasikan oleh Syi’ah Alawiyyah
(Nusayriyyah) untuk menghapuskan fundamentalisme Islam, memanipulasi masyarakat
Islam Sunni Lubnan, dan memungkinkan penerimaan madhab Syi’ah Alawiyyah di
kalangan jama’ah-jama’ah Islam masyarakat Sunni).238 Organisasi masyarakat Sunni
yang lain pula menganggap Ahbash hanya mahu mengambil kesempatan untuk
menggunakan kekuasaan rejim Syria untuk membina pengaruh politik mereka sendiri
di Lubnan. Selepas presiden AICP, Syeikh Nizar al-Halabi dibunuh oleh suatu
kumpulan radikal yang menamakan organisasinya sebagai Usbat al-Ansar al-Islamiyyah
pada 31 Ogos 1995, Naibnya Syeikh Hussam Qaraqirah pula dilantik sebagai presiden
236
Ibid
237
Nassif; Daniel. (April 2001). Al-Ahbash. Dimuatkan di dalam Middle East
Intelligence Bulletin. Vol. 3 Bil. 4. United States Committee For Free Lebanon dan
Middle East Forum. Versi web boleh didapati di uri: www.meib.org/articles/0104 Id
1 .htm
238
Ibid

55
Ahbash

yang baru. Dan tidaklah menghairankan apabila dasar pro-Syria ini diteruskan oleh
Syeikh Hussam Qaraqirah disebabkan latar belakangnya sendiri yang berkelulusan
daripada pusat pengajian Islam di Syria.239

Adakah trend keganasan ini tidak merebak kepada cawangan-cawangan AICP di


luar negara Lubnan?

Pada 10 Jun 1998, Riad Nachef, Presiden AICP di Amerika, telah mengaku bersalah
di hadapan Mahkamah Daerah ‘District Court’ Boston, USA telah mengaku bersalah atas
kesalahan menyerang kediaman peribadi kepada Presiden Islamic Assocmion of
Massachusetts (IAM).240 Berikut adalah gambar 9 daripada 10 ahli-ahli yang terlibat
dengan penyerangan tersebut:

Keterangan Gambar : 9 ahli AICP di dalam mahkamah. Mereka adalah, (dari kiri)
Tanwir Sahib, Omar Mateen, Ghadi Hamdi Salem, Muhamed Itani, Marwan Ahmed
Husseini, Bobby Hawthorne, Riad Nachef (Presiden AICP), Helmi Dennaoui and Abdul
Latif El-Hussami. Seorang lagi, Samir al-Kadi telah melarikan diri.

Ini semua dilakukan dengan motif mahu menguasai pusat Islam yang ditadbir oleh
IAM. Serangan ini telah dilakukan pada 22 Mac 1997 secara bersama oleh Riad Nachef,
Samir al-Kadi (Naib Presiden AICP Amerika), dan 8 lagi ahli AICP yang memecah
masuk ke rumah presiden Persatuan Islam Massachusetts, Syeikh Ahmad el-Arab di
Chelsea, Massachusetts. Mereka telah menyebat serta membelasah beliau, isteri beliau
serta seorang lagi ahli Lembaga Pengarah IAM, Muhammad al-Arab dengan
menggunakan 'hand-gun'. Kesemua mereka telah diberkas oleh polis dengan darah
masih lagi berlumuran di tangan-tangan mereka. Akan tetapi Samir al-Kadi yang juga
menjadi Mufti AICP di Amerika Syarikat telah berjaya melarikan dirinya. Mereka
kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin iaitu $75,000.00 bagi setiap orang sebelum
mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama pada 10 Jun 1998.

Di Australia pula, Ahbash telah berkonflik dengan Islamic Council of New South
Wales (ICNSW) yakni majlis agama Islam yang menaungi seluruh persatuan-persatuan
umat Islam di wilayah New South Wales sehingga melibatkan Australian Federation of
Islamic Councils (AFIC), yakni.persekutuan majlis-majlis agama Islam seluruh Australia.
Konflik ini berterusan atas sebab Ahbash yang minoriti mahu mewakili umat Islam di
Australia dengan menafikan aspirasi umat Islam yang tidak bersetuju dengan aqidah
dan manhaj mereka, yang jauh lebih ramai bernaung di bawah ICNSW. Kesemua ini
berpanjangan dan melahirkan ‘perang mulut’ di radio komuniti umat Islam sehingga
Australian Broadcasting Agency (ABA) terpaksa campur tangan.241
239
Ibid
240
Laman web tariqat Naqshabandi di url:
www.naqshbandi.org/topics/refiite/aicp/aicplO.htm . Walaupun mereka menganut
tariqat juga, tetapi mereka dan pemimpin mereka, Syeikh Nazim al-Haqqani, telah pun
dikafirkan oleh Ahbash di laman webnya di url:
http://www.aicp.org/lslamiclnformation/ English/QubrusiNeeatesIslam.htm
241
Laman web ABA di url:
http://www.aba.gov.au/radio/investigations/breach_findings/ breach_2001/

56
Ahbash

Selain daripada itu, permusuhan mereka dengan Islamic Youth Movement of


Australia atau Pergerakan Belia Islam Australia menjadikan mereka sanggup
menangguk di air keruh berkat sentimen anti-Islam yang meningkat semenjak serangan
ke atas WTC pada 11 September 2001. Ini mereka lakukan dengan memberikan
kenyataan akhbar kepada akhbar The Daily Telegraph Sydney yang memfitnah Islamic
Youth Movement of Australia (IYM) sebagai ‘there are fanatics in Sydney... who are linked to
bin Laden’ (ada puak fanatik di Sydney…yang berhubungan dengan Bin laden) di mana
‘these people...are propagating the same principles as bin Laden supporters’ (orang-orang
ini...juga menyebarkan prinsip-prinsip yang sama dengan penyokong Bin Laden). 242
Artikel tersebut disiarkan dengan judul ‘Campaign Of Racial Hate Goes Regional’ (Kempen
kebencian ras menjalar ke peringkat wilayah) pada 2 Oktober 2002. Kenyataan ini
dikecam hebat oleh Pejabat Media IYM. Ini disebabkan, hakikatnya, Ahbash di Australia
hanya terdiri daripada 300 ahli yang bertumpu di kawasan Bankstown dan bukannya
sebahagian daripada masyarakat arus perdana umat Islam di seluruh Australia. Akhbar
The Daily Telegraph juga ditempelak kerana mengamalkan dasar berat sebelah dan
menyembunyikan kenyataan percubaan-percubaan serius untuk membunuh beberapa
umat Islam di kawasan Lakemba pada tahun 1996 oleh ahli-ahli Ahbash, suatu realiti
yang boleh dipastikan dengan rekod-rekod polis tempatan.

Berdasarkan kes-kes yang dibentangkan di atas, untuk ke sekian kalinya, ingin


penulis tanyakan di sini bahawa apakah Ahbash yang menyeru kepada anti-ekstrimisme
ini sebenar-benarnya sudah bebas dalam makna ekstrimisme dalam ertikatanya yang
sebenar dan dalam setiap manifestasinya yang mungkin?. Sangat dibimbangi dalam
keadaan kita amat-amat ingin membanteras ekstrimisme, kita berhadapan pula dengan
‘musang berbulu ayam’: pihak ekstrim yang berlagak anti-ekstrim. Selanjutnya, pihak
yang berlagak anti-ekstrim ini mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan
menuduh musuh-musuhnya sebagai ekstrimis. Harapannya agar pihak berkuasa
termakan dengan tuduhannya dan mengambil tindakan melenyapkan musuhnya itu.
Untung sabut timbul untung batu tenggelam tanpa menimbangkan halal-haram,
berkuranglah satu lagi musuhnya yang disenaraikan dan semakin mudahlah ia
mengatur langkah-langkah seterusnya ke hadapan. Maka, siapakah “Ahbash” sebenar
dan perspektif anti-ekstrimisme yang masih murni?

8.0 Ahbash di Malaysia


Sumber-sumber yang thiqah memberitahu penulis bahawa di'ayah Ahbash di
Malaysia sudah mula berkembang. Antara wasilahnya ialah Ahbash memanfaatkan
tekanan ekonomi yang diterima oleh graduan bahasa Arab dan pengajian Islam rakyat
Malaysia yang menuntut di negara Jordan.

Wakil Ahbash di Jordan telah mengajukan kepada mereka tawaran untuk menerima
latihan di ibupejabat Ahbash di Beirut sebagai pendakwah Ahbash di Malaysia. Apabila

aug2001/rtffRep962.itf
242
Laman web rasmi Australian Islamic Youth Movement (IYM) di url:
http://islam.org.au/editions/ nov2002/english/media/hatefiil.htm

57
Ahbash

metrics tmNk ke Malaysia, mereka akan menerima gaji dan elaun yang lurnayan Secara
bulanan, asalkan mendakwahkan ajaran Ahbash dan melakukan lain-lain perkara yang
diarahkan oleh ibu pejabat di Beirut.

Penulis diberitahu bahawa ada sekurang-kurangnya seorang anak Perlis yang selesai
menuntut di Jordan telah menerima tawaran ini asalnya disebabkan oleh tekanan
ekonomi. Diceritakan juga kepada penulis, bagaimana hamba Allah ini telah ditaja
segala-galanya: tambang, wang saku, yuran pengajian, makan-minum dan sebagainya
ketika menjalani latihan sebagai pendakwah Ahbash di Beirut selama sebulan. Dengan
hanya RM5 di dalam poketnya yang betul-betul merupakan wangnya sendiri, dia telah
membawa balik ke Perlis sebanyak RM20,000.00 dalam tempoh lebih kurang sebulan
kemudian. Begitulah kuat pengaruh ‘harta duniawi’, kadang-kadang ilmu di dada
sudah kurang berguna lagi….

Diceritakan juga kepada penulis bahawa, pendakwah Ahbash yang direncanakan


untuk berkhidmat di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang dan
Johor sudah pun menjalani latihan dan ada yang sudah memulakan tugas secara rasmi
dengan izin ibu-pejabat di Beirut.

Pada hari seminar antarabangsa Ulama’ Pewaris Anbia’ dijalankan, penulis ingin
menarik perhatian para pembaca budiman yang sempat berada di khemah pemerhati, di
luar Dewan Warisan, (Kangar). Bagi pembaca yang berada di khemah pemerhati ketika
itu, sudah tentu akan teringat akan sekumpulan anak-anak muda lelaki yang hampir
semuanya berserban. Itulah sekumpulan lebih dua puluh anak muda yang dibawa oleh
pendakwah Ahbash dari Pulau Pinang untuk menghadap Presiden AICP sendiri, Syeikh
Hussam Qaraqirah. Siapa tahu? Dalam keadaan ekonomi dan material keluarga yang
serba kekurangan, melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah adalah satu fantasi yang
menjadi realiti. Dan bukankah satu tawaran yang cukup menarik akan terbentang jika
terpilih untuk; menyertai pelawaan Ahbash memasuki Universiti Antarabangsa Beirut
yang bersifat PERCUMA segala-galanya?

Yang lebih merisaukan lagi, anak lelaki kedua kepada seorang tokoh agama paling
terkenal peringkat Negeri Perlis243, kini sedang berada di Universiti Antarabangsa Beirut
dengan segala-galanya ditaja oleh Ahbash. Ini bermakna, tidaklah perlu ‘bapa’nya
mengeluarkan sebarang biaya pengajiannya. Barangkali, atas rasa terhutang budi
tergadai negeri, tokoh ini telah berbesar hati mengundang Syeikh Hussam Qaraqirah
untuk datang membentang kertas kerja di seminar antarabangsa yang lepas. Inilah
majlis peringkat antarabangsa yang cukup berprestij untuk Ahbash dipromosikan secara
rasmi, mungkin buat julung-julung kalinya di Malaysia. Oleh itu, tidaklah keterlaluan
rasanya, kalau dikatakan seminar antarabangsa Ulama' Pewaris Anbia' telah berjasa
dalam menjadikan tapak dilancarkan promosi perdana bagi gerakan Ahbash di
243
Penulis secara peribadi merasa amat kagum dengan bakat dan kebolehan tokoh
ini. Beliau adalah "The Great Anti-Sunnah Conspirator', seorang pakar taktik tempur
gerila 'suruh orang lain lempar batu, saya pura-pura buat tak tahu' dan untuk
anugerah pelakon lelaki terbaik 'kategori ulama' hatta untuk tiap-tiap tahun pun,
beliau pasti layak menerimanya!

58
Ahbash

Malaysia. Dan tidak keterlaluan juga rasanya jika penulis berpendapat bahawa seminar
antarabangsa Ulama' Pewaris Anbia' ini juga akan merupakan tempat promosi di luar
negara yang memberikan kenangan paling manis dan layanan paling VVIP kepada
Syeikh Hussam Qaraqirah pada sepanjang tahun 2003 ini. Wallahu ‘Alam.

9.0 Penutup
Demikianlah sedikit sebanyak maklumat yang dapat penulis kongsikan tentang
Syeikh Hussam Qaraqirah dan gerakannya AICP atau Ahbash berdasarkan kepada
beberapa sumber lisan yang thiqah, bahan bertulis yang rasmi dan maklumat-maklumat
internet di dunia siber. Semoga yang salah dan silap dapat dibetulkan. Moga hati-hati
yang kurang puas dapat dipuaskan dengan melawat sendiri laman-laman web yang
disertakan alamat url khususnya laman web rasmi AICP sendiri bagi meneliti sendiri
bahan-bahan yang dimuatkan. Janganlah juga segan silu untuk menghubungi divisyen
penerbitan di bawah AICP bagi mendapatkan buku-buku karangan Syeikh Abdullah al-
Harari, Syeikh Hussam Qaraqirah sendiri, majalah Manar al-Huda dan sebagainya,
menyemak kesahihan dakwaan penulis. Hanya saja yang penulis mohonkan: sentiasalah
berpandu dengan timbangan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih dalam segala
penilaian kecil dan besar yang dibuat.

Sesungguhnya, masuknya Ahbash ke Malaysia akan mengundang reaksi yang


berupa protes daripada 3 penjuru iaitu:

i. Organisasi bermanhaj Ikhwan al-Muslimin, baik secara rahsia mahupun yang


rasmi, seperti PAS, ABIM, JIM dan sebagainya.

ii. Tariqah-tariqah Sufi yang tergolong bukan daripada 3 tariqat Turuq Ahl Allah:
Qadariyah, Naqshabandiyyah dan Rifa’iyyah yang diikhtiraf oleh Ahbash.

iii. Pendakwah dan individu yang ittiba’ kepada manhaj Salaf al-Salih yang tidak
dapat mendiamkan diri lagi apabila al-Qur'an dan al-Hadis disalahguna
sedemikian rupa oleh Ahbash, serta sudah habis pula batasan taat kepada ‘Ulil
Amri kerana maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya yang dilakukan oleh Ahbash
jauh lebih besar.

Jika ini berlaku, semua prang akan mengenang negeri di mana promosi perdananya
dilakukan, dan di dalam majlis apa serta anjuran siapa promosi perdana bagi Ahbash itu
telah dilangsungkan. Mungkin ketika ini lawan bertukar menjadi kawan dan begitulah
sebaliknya.

Seterusnya, jikalau para pembaca tidak bersetuju dengan kumpulan Ahbash ini,
penulis berdo’a moga-moga ketidaksetujuan itu dapatlah diterjemahkan kepada
tindakan-tindakan yang positif, sekurang-kurangnya berupa do’a sehinggalah kepada
implementasi amalan preventif dan kuratif berdasarkan undang-undang di setiap
peringkat yang wujud. Wallahu A’lam.

59
Ahbash

“. . . Apabila Mari Pak Sheikh Dari al-Azhar, Mesir,


LEBANON 244

Tidak ada Yang Tanya Soalan. . .”


(YAB Datuk Seri Shahidan Kassim, Berita Minggu, 23 Mac 2003, ms. 15) .

244
Yakni Syeikh Hussam Qaraqirah

60

También podría gustarte