Está en la página 1de 11

ILMU / PENGETAHUAN BARU

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat


menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia pendidikan bagi
seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang
diperolehi hasil daripada PBS yang telah saya jalankan di SK Sultan Abdul Aziz,
Teluk Intan, Perak.
Walau pun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di sekolah ini,
namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai
aspek tertentu supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan
sempurna. Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya
tersendiri tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk
merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Keadaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) kurang memuaskan dari aspek
kebersihan dan juga kekemasan. Keadaan ini mungkin kerana PSS ini kurang
diambil perhatian terutamanya ketika saya menjalankan PBS ini, pihak sekolah
sedang sibuk membuat persiapan untuk Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah.
Keadaan perpustakaan perlu berada dalam keadaan yang bersih dan kemas
supaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran murid-murid
dan pengajaran guru-guru di PSS. Walaupun perhiasan yang ditampal dan
digantung menampakkan keceriaan PSS ini, namun keadaannya seperti
berserabut kerana perhiasan di dalam PSS terlalu padat.
Selain itu, mural tidak banyak terdapat di sekolah ini. Terdapat hanya 3
mural sahaja di sekitar sekolah ini di mana ketiga-tiganya telah berusia hampir
10 tahun. Warna-warna pada mural ini telah luntur ataupun telah tertanggal
daripada lukisannya. Keadaan ini secara tidak langsung memburukkan keceriaan
sekolah.
Kelemahan-kelemahan seperti itu perlu diperbaiki supaya suasana
sekolah menjadi lebih ceria dan perkembangan minda pelajar menjadi lebih baik
dan sihat.

1 Syaza Yasmin binti Ismail


Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini
dari segi keceriaan sekolah, aktiviti dan program sekolah serta pencapaian
sekolah tidak kira dalam bidang akademik mahupun aktiviti kokurikulum.
Menurut pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung kata-kata
hikmat di kawasan sekitar sekolah. Usaha seperti ini menyebabkan persekitaran
sekolah kelihatan ceria dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran dalam
kalangan murid-murid walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid
juga dapat dijana dengan baik.
Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah
ini termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar sekolah sentiasa
menjadi sekolah yang terbaik di daerah Hilir Perak ini. SK Sultan Abdul Aziz
banyak mencapai kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Pencapaian ini bukan sahaja hanya dalam bidang kokurikulum, malah dalam
bidang akademik. Perkara ini telah saya perhatikan sejak saya masih bersekolah
di sini lagi. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid adalah kunci kejayaan
kepada pencapaian ini.
Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang dapat
saya ambil iktibar, saya juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah
sekolah dan rutin harian sesebuah sekolah. Berikut merupakan peranan pihak
pengurusan yang saya perolehi hasil daripada temubual dan pemerhatian yang
dilakukan;

2 Syaza Yasmin binti Ismail


Guru Besar

Guru Besar mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam mengemudikan


pentadbiran sekolah.

• Mempengerusikan mesyuarat JKKS. Mengadakan perbincangan dengan


setiausaha untuk menentukan agenda mesyuarat.
• Ahli Jawatankuasa Kurikulum Daerah.
• Sebagai Pemimpin dan Perancang Program Kurikulum Sekolah
bertanggungjawab menentukan:
(a) Dasar Kurikulum Sekolah:
i) Memastikan Dasar Kurikulum Sekolah selaras dengan dasar
kurikulum yang ditetapkan oleh PPD / JPN / KPM dan Akta
Pendidikan Negara.
ii) Memastikan semua guru mematuhi Dasar dan Prosedur
pelaksanaan Program Kurikulum Sekolah.
iii) Menyebarkan maklumat terkini mengenai Kurikulum.

(b) Matlamat, Objektif dan Target Program Kurikulum


i) Menentukan matlamat, objektif khusus, fokus dan target
pencapaian Program Kurikulum Sekolah sesuai dengan hala
tuju PPD, JPN dan KPM.
ii) Memastikan semua guru dan pelajar menetapkan target
tahunan masing-masing selaras dengan head count / target
kurikulum sekolah.

(c) Sistem Pengurusan Kurikulum


i) Mengawal dan menentukan Sistem Pengurusan Kurikulum
yang teratur, kemas dan dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan:

3 Syaza Yasmin binti Ismail


– Pengurusan Panitia, Peperiksaan dan Penilaian, Jadual
Waktu, SPBT, Kewangan , pemantauan dan lain-lain.
(d) Kewangan
i) Memastikan setiap Unit Akademik menyediakan Anggaran
Belanjawan Tahunan selari dengan Dasar Kewangan
Sekolah, Pekeliling-pekeliling Kewangan, Arahan
Perbendaharaan dan sesuai dengan keperluan sekolah.
ii) Memastikan setiap unit mematuhi dasar perolehan,
penggunaan, penyenggaraan, hapuskira dan pelupusan
selari dengan Dasar Kewangan Sekolah, Pekeliling
Kewangan dan Arahan Perbendaharaan.

(e) Program Peningkatan Kurikulum


i) Memastikan JKKS, Panitia-panitia Mata Pelajaran dan Unit-
unit Akademik lain merancang, melaksana dan menilai
Program Peningkatan Akademik (Jangka Pendek dan
Jangka Panjang) dengan berkesan sesuai dengan dasar,
target pencapaian sekolah dan kajian keperluan sekolah.
ii) Pemantauan dan Penilaian Program Kurikulum

(f) Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan.


i) Merancang, membina dan melaksanakan sistem, strategi
dan bidang pemantauan dan penilaian Program Kurikulum
Sekolah.
ii) Mengambil tindakan mengatasi kelemahan.
iii) Melapor hasil / dapatan pemantauan dan penilaian kepada
semua guru.

(g) Pengurusan Pusat Sumber Sekolah


i) Menjadi pengerusi JK Induk PSS.
ii) Memastikan PSS memainkan peranan yang efektif.

4 Syaza Yasmin binti Ismail


(h) Program Kemajuan Staf dan Pakar Rujuk
i) Menjadi pengerusi JK Program Kemajuan Staf.
ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini.
iii) Sentiasa bersedia membantu guru-guru menyelesaikan
masalah secara profesional.

Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran

Tugas penolong kanan sinonimnya adalah sebagai pembantu Guru Besar dalam
pentadbiran sekolah.
• Menjadi Naib Pengerusi JKKS.
• Membantu Pengetua menentukan Dasar Kurikulum Sekolah, menetapkan
matlamat dan sasaran sekolah, menentukan sistem pengurusan
kurikulum, mengawal perbelanjaan, memantau dan menilai program
kurikulum dan menyelesai masalah.
• Menjadi Pengerusi JK Jadual Waktu
a) Melaksanakan Dasar / Sistem / Prosedur Penyediaan Jadual Waktu
yang ditetapkan oleh JKKS.
b) Menentukan pengagihan mata pelajaran guru-guru sidang pagi.
c) Menyelaras tugas-tugas menyusun / menyusun semula jadual waktu
kelas, guru dan jadual waktu ganti.

• Menjadi Pengerusi JK Peperiksaan dan Penilaian


a) Memastikan pelaksanaan Dasar / Sistem / Prosedur Peperiksaan dan
Penilaian yang ditetapkan oleh JKKS.
b) Menyelaraskan tugas-tugas yang berkaitan dengan peperiksaan awam
dan dalaman.

5 Syaza Yasmin binti Ismail


• Program Peningkatan Kurikulum
a) Menjadi Pengurus Program Kurikulum Sekolah. Memastikan setiap
aktiviti / projek ada kertas kerja.
b) Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh
Sekolah (di bawah kawalan Guru-guru Kanan Bidang), JPN dan KPM.
c) Memastikan bahan-bahan sumber pendidikan (ABM dan BBM) dan
kemudahan-kemudahan fizikal lain mencukupi, diguna, disenggara
dan disimpan dengan baik.
d) Mengkaji segala jenis laporan kurikulum serta mencadangkan tindakan
susulan.

• Program Kemajuan / Perkembangan Staf


a) Mengenalpasti keperluan (dengan kerjasama Penyelia Petang dan
Guru-Guru Kanan).
b) Menyelaras pelaksanaan Program Kemajuan Staf.
c) Membimbing guru-guru baru, GSTT, Guru Ganti dan Guru-guru
Pelatih.

• Menjadi Naib Pengerusi JK Pemantauan


a) Menyediakan pengagihan tugas dan jadual pemantauan berdasarkan
ketetapan yang dibuat oleh JKKS.
b) Menyelia dan memantau secara berterusan peranan yang dimainkan
oleh Panitia Mata Pelajaran, PSS, Bilik-bilik Khas dan Unit-unit
Akademik yang lain.
c) Menyediakan laporan pemantauan.

• Perekodan Data dan Maklumat Kurikulum


a) Menyelaras pelaksanaan Sistem dan Prosedur Perekodan Data dan
Dokumen yang ditetapkan oleh JKKS.
b) Memastikan pengurusan data dan maklumat sentiasa teratur, kemas
kini dan mudah diperolehi.
Penyelia Petang
6 Syaza Yasmin binti Ismail
Penyelia Petang pula bertanggungjawab sebagai pentadbir bagi sidang petang
yang mengendalikan hal-hal pentadbiran pada sesi petang.

• Menjadi Naib Pengerusi JKKS.


• Membantu Pengetua menentukan Dasar Kurikulum Sekolah,
menetapkan matlamat dan sasaran sekolah, menentukan sistem
pengurusan kurikulum, mengawal perbelanjaan, memantau dan
menilai program kurikulum dan menyelesai masalah sidang petang.
• Menjadi Pengerusi JK Jadual Waktu
a) Melaksanakan Dasar / Sistem / Prosedur Penyediaan Jadual
Waktu yang ditetapkan oleh JKKS.
b) Menentukan pengagihan mata pelajaran guru-guru sidang petang.
c) Menyelaras tugas-tugas menyusun / menyusun semula jadual
waktu kelas, guru dan jadual waktu ganti sidang petang.

• Menjadi Naib Pengerusi JK Peperiksaan dan Penilaian


a) Memastikan pelaksanaan Dasar / Sistem / Prosedur Peperiksaan
dan Penilaian yang ditetapkan oleh JKKS.
b) Menyelaraskan tugas-tugas yang berkaitan dengan peperiksaan
awam dan dalaman.
c) Menyelia perjalanan peperiksaan sidang petang.

• Program Peningkatan Kurikulum


a) Merancang Program Kurikulum Sekolah Sidang Petang dan
menyelaraskannya dengan sidang pagi.
b) Memastikan segala jenis program kurikulum melibatkan sidang
petang yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM
diselaras, dilaksanakan dan diselia.
c) Memastikan bahan-bahan sumber pendidikan (ABM dan BBM) dan
kemudahan-kemudahan fizikal lain mencukupi, diguna sepenuhnya

7 Syaza Yasmin binti Ismail


dan disimpan dengan baik. Menyelaras penggunaan PSS dan
Program Radio / TV Pendidikan.
d) Mengkaji segala jenis laporan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.

• Program Kemajuan / Perkembangan Staf


a) Mengenalpasti keperluan latihan / kursus bagi guru-guru sidang
petang.
b) Membimbing guru-guru baru, GSTT, Guru Ganti dan Guru-guru
Pelatih Sidang Petang terutamanya dalam pengurusan Pengajaran
dan Pembelajaran.

• Menjadi Naib Pengerusi JK Pemantauan


a) Membantu Penolong Kanan menyediakan pengagihan tugas dan
jadual pemantauan.
b) Menyelia dan memantau keberkesanan pelaksanaan program
kurikulum sidang petang.
c) Menyediakan laporan pemantauan dan cadangan tindakan
susulan.

8 Syaza Yasmin binti Ismail


Guru-guru

• Perhubungan / Komunikasi
a) Mengadakan sistem perhubungan yang efektif antara pihak pentadbir
dengan guru.
b) Mengadakan hubungan yang baik dalam kalangan guru-guru.
c) Mengadakan hubungan yang baik di antara guru dengan pihak-pihak
dalam sekolah.
d) Mengadakan hubungan yang rapat di antara guru dengan pihak luar
sekolah.
e) Mewujudkan satu ‘team’ yang bersemangat ‘kekitaan’ dalam kalangan
guru-guru terhadap meningkatkan kejayaan sekolah.

• Kurikulum dan Kokurikulum


a) Mengajar tidak kurang daripada waktu yang ditetapkan.
b) Memadankan tugas kerja dengan minat dan kebolehan guru.
c) Mengagihkan beban tugas mengajar dan aktiviti kokurikulum.
d) Merancang dan menyediakan jadual waktu mata pelajaran (termasuk
jadual guru ganti).
e) Merancang dan memajukan guru-guru dalam bidang akademik dan
ikhtisas.
f) Menyelesaikan masalah kerja.
g) Memberi pimpinan fisiologi kepada guru.
h) Menggembelingkan tenaga ke arah matlamat pendidikan yang sama
dalam bidang bilik darjah dan luar bilik darjah.
i) Menyelaraskan dan mengkaji rancangan-rancangan pengajian guru.
j) Menyemak buku rekod guru lebih aktif dalam Persatuan Ibu bapa dan
Guru.
k) Membuat keputusan bagi pelantikan guru-guru dalam bidang-bidang
tugas termasuk pengawas-pengawas, guru kanan mata pelajaran,

9 Syaza Yasmin binti Ismail


guru-guru rumah, guru permainan, setiausaha sukan, guru disiplin,
guru kerjaya, setiausaha peperiksaan dan lain-lain.
l) Menubuh dan mengawas perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
m) Mengambil tindakan tentang laporan-laporan rasmi (Lawatan Nazir,
Penyelia Negeri, Pegawai Kurikulum Negeri dan lain-lain) dan laporan-
laporan panitia mata pelajaran yang munasabah.
n) Memberi bimbingan kepada guru-guru pelatih yang baru ditempatkan
di sekolah kerana latihan mengajar, dan
o) Melibatkan guru secara aktif dalam kegiatan upacara rasmi sekolah
termasuk perhimpunan mingguan.

• Perjawatan dan Perkhidmatan


a) Memberi penerangan mengenai sekolah dan mengorientasikan guru
baru.
b) Menguruskan penempatan dalam sekolah dan pertukaran guru.
c) Menyimpan dan menyelenggara rekod-rekod peribadi guru serta
membuat laporan sulit tahunan.
d) Menguruskan hal-hal yang berhubung dengan perkhidmatan guru.
e) Menyiap dan menyempurnakan Rekod Prestasi setiap guru dan
kakitangan.

• Disiplin
a) Mengadakan dan menentukan pelaksanaan peraturan-peraturan
sekolah.
b) Menguatkuasakan pekeliling dari Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran.
c) Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

10 Syaza Yasmin binti Ismail


• Sosial
a) Memberi perhatian dari segi kesihatan, keselamatan dan kebajikan
guru.
b) Menggalakkan kerjasama dan memupuk semangat kekitaan di
kalangan guru-guru di sekolah dan juga dengan rakan dalam profesion
yang sama.
c) Menggalakkan semangat kerjasama dengan ahli-ahli profesion yang
lain.
d) Memastikan supaya hubungan dua hala sekolah / guru dan ibu bapa /
masyarakat sentiasa berjalan dengan baik.

• Peribadi
a) Menyelia, meneliti dan menilai sumbangan guru.
b) Menggalakkan dan memupuk daya cipta guru.
c) Mengadakan corak kepimpinan yang sesuai terhadap guru-gurunya.
d) Memupuk nilai-nilai sosial dan moral di kalangan guru-gurunya.
e) Memastikan dan menentukan semua guru-guru dan kakitangan
sentiasa ‘mantap’.

Oleh itu, saya berharap agar dapat memanfaatkan segala yang dipelajari
daripada pengalaman dan pengetahuan yang baru diperolehi ini.

11 Syaza Yasmin binti Ismail

También podría gustarte