Está en la página 1de 29

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

TAJUK SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK


1

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang


bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian
ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman
Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab,
zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.

(ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,


Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.

1.0 KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah
ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum
masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu
linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan
penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil
kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam
kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada
zaman linguistik yang bermula di Eropah.

1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam


bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani
merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan
tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan

1
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum
masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka
kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang
berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu
pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada
bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat
ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada


zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347)
merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa
sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog,
iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad
lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa
bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang
kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah
menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan
realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga
menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan
kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada
predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322
sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa,
iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran
tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana
yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa
Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa
sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa
bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan
yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja
yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
2
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era
Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian
mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan


linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah.
Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah
jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan
linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih
kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan
membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan.
Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan
satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang
mempunyai makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik


zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun
Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani
dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada
zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani
kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu
baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat
penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji
bahasa selepas zaman itu.

1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik


zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era
ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para
pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk

3
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu
baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan
tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika
dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan
zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga
dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa
Inggeris.

Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman


Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah
pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap.
Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa
mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu
kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin
pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk
dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman


India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan
kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi
bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada
Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini


ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula
mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa
berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian,
hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud
perkataan juga hampir sama.

4
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada


linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang
dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan
kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan
hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati
bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi
wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada


semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-
bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan
bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L
dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat


sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian
ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau
linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada
sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu
bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

TUGASAN:
Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah

perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden.


Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.

5
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada

perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.

TAJUK PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK


2

SINOPSIS

Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de
Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan
kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku
zaman
(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu
bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden
(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh
linguistik

2.0 KANDUNGAN ISI

Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai


“Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan
teori behaviourisme

2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik


 Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural
dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau
mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek
psikologi.

6
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

 Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam


sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa
merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.
 Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu
bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku
beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana
menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari
segi fungsinya dalam masyarakat.
 Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,
bahasa akan sentiasa berubah.

2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik


 Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang
mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan
fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau
beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan
yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain,
ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila
adanya rangsangan.
 Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca
daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun
dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap
rangsangan itu.
 Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya,
iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan
kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara
empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik

7
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

 Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang


mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai
‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-
penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa
secara moden.
 Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang
pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya
kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara
sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada
suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi
sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang
dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
 De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek
dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau
diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
 Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan
buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915.
Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-
pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-
bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

TUGASAN

Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de


Saussure dengan Bloomfield.

8
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan


dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan
pembelajaran bahasa.

TAJUK BIDANG LINGUISTIK


3

SINOPSIS

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik
Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta
Linguistik Kontekstual.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik


(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik
perbandingan dan linguistik kontekstual
(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya
dengan pengajaran bahasa.

KERANGKA TAJUK

Bidang
Linguistik

Linguistik
Linguistik Linguistik Linguistik Linguistik
Gunaan
Umum Sejarah Perbandingan Kontekstual

9
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

3.0 KANDUNGAN ISI


Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada
bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa,
perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara
bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu
linguistik.

3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan

 Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang


yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
 Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
 Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung
dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
 Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang
memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik
dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
 Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat
dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada
penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
 Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa
dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.
 Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah
terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan
bahasa asli pelajarnya.
 Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik
gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini
kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam
mengajarkan bahasa sahaja.
 Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan
konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
 Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara
universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam
penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
 Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa
disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran
bahasa.

10
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

 Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa


merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara
saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
 Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa,
seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan
peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

 Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah


satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-
bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara
bahasa-bahasa itu.
 “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,
dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula
bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang
telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
 Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan”
yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi,
sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
 Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait
harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan
perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-
sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
 Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan
tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu
berguna.
 Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang
mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh
ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan
perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200)
yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
 Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu
berpisah.
 Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan
pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik
perbandingan:

11
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

 Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat


mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
 Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik
tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza,
khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.
 Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui
melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu
tahap yang tertentu.
 Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal
usul (etimologi) sesuatu bahasa.
 Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
 Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci
dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
 Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan
yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
 Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang
berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi
sejarah yang dilaluinya melalui masa.
 Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl
usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk
mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau
hingga kini.
 Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya
adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara
bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada
bahasa induk.
 Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja
atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini
memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal
ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-
aspek yang dibandingkan itu

3.3 Linguistik Kontekstual

 Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi


dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik

12
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,


bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa
berinteraksi dengan dunia.

 Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik


merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi
linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.

 Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah


berinteraksi dengan linguistik.

 Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains


perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi
disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik
pengiraan, serta sains kognitif.

TUGASAN:

Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik


perbandingan.

Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.

13
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

TAJUK LINGUISTIK KONTEKSTUAL


4

SINOPSIS
Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan
disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji
bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin
mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.

(ii) Mengenal pasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan


bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan
masyarakat.

4.0 KANDUNGAN ISI

4.1 Linguistik Kontekstual

 Menurut J. Lyons, 1968 ;


Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara
saintifik

 Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan


Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
Linguistik ialah
1. Kajian saintifik tentang bahasa.
2. Berkaitan dengan bahasa.

14
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

 Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah


pengajian ilmu bahasa.

 Menurut John Lyons (1968);


Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang
dilakukan secara saintifik.

Definisi kontekstual:
 Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur 2005);

Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks:


penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan
perkembangan sastera.
Kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan


langsung, mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan
(meaningful).

Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik


berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan
linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,
bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa
berinteraksi dengan dunia.

15
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Li n g u i st ik
Sosiolin g u ist ik A n t r op olog i ka l

KONTEKSTUAL

A n t r op olog i Li n g u ist ik

4.2 Sosiolinguistik

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara


bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.
Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam
masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial
dalam masyarakat.
Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi
bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan
bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata
sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di
antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa,
pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara
sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi.
Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang
melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada

16
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya


dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.
Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan
pertalian antara bahasa dengan masyarakat.
Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti
perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular
yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang
dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti
sesebuah negara.

Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-


budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti
perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan
kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan
bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-
pemakainya.

4.3 Pengertian Antropologi

Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani


“Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos”
bererti ilmu yang mempelajari.

4.4 Antropologi Linguistik

 Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya


terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan
sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

 Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan


memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara
bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan
kumpulan-kumpulan etnik.

 Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat
pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara
terperinci adalah participant observation.
17
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

 Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar


kepada esuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik
berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada
perkahwinan dan jangka masa yang lama.

4.5 Linguistik Antropologikal

Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek


kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana
suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur
mempengaruhi cara mereka berbahasa.

TUGASAN

Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.

TAJUK STILISTIK
5

SINOPSIS

Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu
bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung
kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya
dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak
formal.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.

(ii) Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa.

18
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

5.0 KANDUNGAN ISI

5.1 Stilistik

Menurut Abdullah Hassan (1990)


 Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang
dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa

 Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan

 Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam


bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana
pengucapan.

 Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu


gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.

5.2 Stilistik dari sudut Sastera

 Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada


penggunaan bahasa.

 Cabang linguistik gunaan atau terapan.

 Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya


bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.

 Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) - stilistik meneliti


penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan
berusaha menemukan fungsi estetik.

5.3 Pengenalan am Stilistik Bahasa

 Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu


bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung
kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.

 Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang
paling formal kepada bentuk yang agak formal.

19
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

5.4 Prinsip Stilistik

 Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca


kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan
berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.

 Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan


kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.

 Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa


tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

 Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti


yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan
struktural.

 Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada


aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina
keseluruhan karya.

 Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami,


mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna
simbolik.

 Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan


gaya keperibadian seseorang penulis.

 Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian


sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu
penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan
keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.

 Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh


beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan
keperibadian penulis

 Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan


diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.

 Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat


pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.

20
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

 Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek


kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu
dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

 Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna


perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan
oleh pengarang.

 Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan


dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan
satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

 Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang


penghasilan sesebuah karya.

 Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai


keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.

 Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan


stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-
unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

 Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis


proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk
menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau
khalayak terhadap sesebuah karya.

 Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu


bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau
memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada
penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk
mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

TUGASAN

Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu


mempengaruhi kehidupan masyarakat.

21
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

TAJUK SIFAT BAHASA


6

SINOPSIS

Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky


Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai
sifat-sifat yang tersendiri.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.


(ii) Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.

6.0 KANDUNGAN ISI

6.1 Bahasa sebagai satu sistem

22
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

• Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam


bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau
bentuk sintaksis.

• Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu


susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata).

• Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan


mengikut cara-cara tertentu.

• Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.

• Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.

• Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.


Contoh :
BAHASA MELAYU

1. buku itu
2. sebuah buku merah
3. pensel ini

BAHASA INGGERIS

1. that car (kereta itu)


2. three red books (tiga buah buku yang merah)
3. the beautiful book (buku yang cantik itu)

6.2 Bahasa bersifat dinamis

• Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya


bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain.

23
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

• Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan


manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan
perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.

• Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

6.3 Bahasa itu bersifat arbitrari

• Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam


bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan
ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.

• Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan


dengan benda-benda yang dimaksudkan.

• Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap


bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda
sama.

Sebagai contoh:
dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu”
dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door”
“puerta” dalam Bahasa Sepanyol.

6.4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi

• Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di


sampaikan oleh penutur kepada pendengar.

• Faktor yang mengubah bahasanya.

– pendengar : orang yang dilawan bercakap.

– tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil


tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.

– butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan


pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

6.5 Bahasa mempunyai makna

• Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.

24
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

• Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

6.6 Bahasa itu linear

• Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan


alat-alat artikulasi satu demi satu.

• Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang


dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’.

• Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu
demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.

TUGASAN:

Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat


bahasa dengan jelas.

TAJUK VARIASI BAHASA


7

SINOPSIS

Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan


bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan
masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas
daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.
(ii) Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan
masyarakat.

7.0 KANDUNGAN ISI

25
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

7.1 Variasi Bahasa

 Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang


digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu

 Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa


yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan
kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang
sama dalam keadaan yang berbeza.

 Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :

Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan


dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.

 Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa


yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.

 Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan,


kosa kata dan tatabahasa.

 Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin


besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa
itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi
penggunaannya.

 Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu.  Dalam konteks


Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat
berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu,
Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 

 Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin


besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa
itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi
penggunaannya.

 Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.  Dalam rangka


Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat
berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu,
Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 

 Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud


oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan,

26
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang


berbeza-beza penggunaannya.

 Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-


ahli bahasa.  Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa
tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka
mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang
walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri
daripada satu keseluruhan. 

 Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih


sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi
ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.

 Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu
bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau
bahasa baku.

 Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-


orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan
berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.

 Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing


dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m
Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek
bahasa Melayu Johor Riau.

 Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku,


ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa
sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan,
mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.

 Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

7.2 Variasi Bahasa (Dialek)

 Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos'


iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya
dengan bahasa Yunani pada waktu itu.

 Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih


difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa

27
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali


sebagai dialek.

 Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan


oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

 Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan


tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari
segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu,
tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai
satu bahasa yang lain.

 Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan


pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun
bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara
mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti
Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

7.3 Bahasa Isyarat

 Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi


manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk
berkomunikasi.

 Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan


bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan,
orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi
wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.

 Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.

 Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.


Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki
bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang
berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal
yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki
bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol),
tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

28
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

 Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang


mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.

 Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu
sama lain.

 Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah


Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat
jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak
memahami bahasa berkenaan.

 Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat


Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui
sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih
100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

TUGASAN

Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi


bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.

TAMAT

29

También podría gustarte