Está en la página 1de 4
KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM. TINGKAT 20, MENARA TH PERDANA 1001, JALAN SULTAN ISMAIL Jad. oncnen son 50250 KUALA LUMPUR Faks: 09-2091 7501 areca Web, we goviy Ruj Kami: JHEV/BD/12/1 KLT 2 Tarikh : 3 Apri 2019 Seperti Senarai Edaran YBhg Tan Sri/Dato/Tuan/Puan, INISIATIF _BANTUAN HARAPAN NEGARA (BHN) 2019 KEPADA VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BERPENCEN DAN TIDAK BERPENCEN DALAM KATEGORI ISI RUMAH BERPENDAPATAN 40 PERATUS TERENDAH (B40) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat kelulusan pelaksanaan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 daripada Kementerian Kewangan, rujukan KK/BPM/S(6.00)202.60 (3) bertarikh 25 Mac 2019 adalah berkaitan. 2. Seperti yang diumumkan olen YB Menteri Pertahanan pada 26 Mac 2019, Kerajaan telah bersetuju dan meluluskan pelaksanaan inisiatif BHN 2019. Inisiatif BHN 2019 adalah merupakan inisiatif baharu bagi menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen {Malaysia (SVTB1M) 2013, Inisiatit BHN 2019 merupakan penghargaan berterusan daripada Kerajaan kepada Veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara. tanya adalah usaha berterusan Kerajaan untuk menjaga kebajikan semua golongan Veteran ATM. 3. Inisiatif BHN 2019 turut melibatkan kumpulan Veteran ATM Berpencen yang tidak menerima sebarang bantuan kewangan secara one-off sebelum ini. Pelaksanaan inisiatif ini adalah lebih bersasar di mana penerimanya adalah Veteran ATM di dalam kumpulan B40. Kriteria penerima BHN 2019 ditetapkan seperti berikut: Veteran ATM; Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019; Bermastautin di Malaysia; Veteran ATM yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan; e. erly memohon untuk mendapatkan BHN 2019 bagi i. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017; dan ii. Bakal Veteran ATM (TTP sebelum/pada 31 Disember 2019). 1 “KESEJAHTERAAN VETERAN ATM KEUTAMAAN KAM” f, Veteran ATM dengan jumiah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah (B40); dan 9. Tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggunganiwatis. 4, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan inisiatif BHN 2019 ini, JHEV ATM akan menyediakan kemudahan pendaftaran dan permohonan, menentukan kelayakan dan meluluskan permohonan, memaklumkan status permohonan serta melaksanakan pembayaran ke akaun bank penerima BHN 2019. 5. _Permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 akan dibuka mulai 14 April 2019 dan ditutup pada 1 Oktober 2019. Permohonan hanya melibatkan pemohon baharu seperti kriteria di Para 3 e, Borang permohonan boleh diperolehi secara atas talian melalui portal BHN 2019 ataupun di pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri-negeri. Pembayaran BHN 2019 akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 27 Mei 2019. 6. _Contoh borang permohonan BHN 2019 seperti yang dilampirkan untuk rujukan dan makluman pihak YBhg Tan Sri/Dato/Tuan/Puan, Sekian terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA” ‘Saya yang menjalankan amanah, YB Menteri Pertahanan Kementerian Pertahanan Malaysia ‘YB Timbalan Menteri Pertahanan Kementerian Pertahanan Malaysia Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia Panglima Angkatan Tentera Kementerian Pertahanan Malaysia Panglima Tentera Darat Kementerian Pertahanan Malaysia Panglima Tentera Laut Kementerian Pertahanan Malaysia Panglima Tentera Udara Kementerian Pertahanan Malaysia Senarai Edaran Luaran: Pengarah MK ATM - JRP Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan Ketua Akauntan Bahagian Akaun Kementerian Pertahanan Pengarah JHEV ATM Cawangan Selangor/W.Persekutuan KL Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak ‘Senarai Edaran Dalaman: Pengarah BKP Pengarah BP Pengarah BK Pengarah BKS Pengarah BPM Pengarah BKA Pengarah 8D Ketua Unit UKK Pengurus Kebajikan dan Pembangunan Projek Yayasan Veteran ATM

También podría gustarte