Está en la página 1de 45

i

KESAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM KALANGAN PELAJAR


POLITEKNIK YANG BERBEZA GAYA KOGNITIF

NORELIANA BINTI MD SHARIF

Laporan Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2012
v

ABSTRACT

Multimedia software proved to help students and lecturers in teaching and learning process. This
study attempts to see the effect of multimedia approach compared with conventional methods on
the achievement of 57 students in Mechanical Engineering with difference cognitive style at the
Polytechnic Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. This study used a quasi-
experimental design of pre and post test. A courseware entitled „Plastic‟ was develop for
Materials Technology subjects. The research instrument consists of pre and post test, Group
Embedded Figures Test (GEFT), questionnaires and multimedia software. The data was
analyzed by using mean score, standard deviation, t-test and analysis of 2x2 factorial ANOVA
with Statistic Package for The Social Science Version 17.0 (SPSS v 17.0). Pre and post test
score were compared for the control and experimental groups and between groups of Field
Independence (FI) and Field Dependence (FD). The results showed significant differences in
achievement test scores of control and treatment groups. However, no significant differences in
test scores between FI and FD students. There were also no significant interaction between
control and treatment group FI and FD groups of students. Thus, while constructing the
multimedia teaching package, a lecturer must consider the psychological factors of students for
the teaching and learning in the classroom. Based on learning theory, psychological factors was
important because it can enhance the positive attitude towards the subject.
vi

ABSTRAK

Penggunaan perisian multimedia terbukti dapat membantu pelajar dan pensyarah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengajaran dengan
kaedah multimedia berbanding kaedah konvensional ke atas prestasi pelajar berbeza gaya
kognitif terhadap 57 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen ujian pra
dan pos. Perisian multimedia yang dibangunkan ialah topik Plastik dari subjek Teknologi
Bahan. Instrumen kajian terdiri dari ujian pra dan pos, Group Figures Embedded Test (GEFT),
borang soal selidik dan perisian multimedia. Analisis data menggunakan Statistic Package for
The Social Science Version 17.0 (SPSS v 17.0) melibatkan skor min, sisihan piawai, ujian-t dan
analisis ANOVA 2x2 faktorial. Ujian pra dan pos dibandingkan untuk mendapatkan skor bagi
pencapaian pelajar bagi kumpulan kawalan dan eksperimen dan di antara kumpulan Field
Independence (FI) dan Field Dependence (FD). Dapatan kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan.
Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian di antara pelajar FI dan
FD. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian
pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan pelajar kumpulan rawatan terhadap pelajar kumpulan
FI dan pelajar kumpulan FD. Justeru, semasa membina pakej pengajaran multimedia, seseorang
pensyarah mesti mengambil kira faktor psikologi pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan teori pembelajaran tersebut, faktor psikologi penting
supaya dapat meningkatkan sikap positif pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.
vii

KANDUNGAN

TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Kajian 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Tujuan Kajian 7

1.5 Kerangka konsep Kajian 7

1.6 Objektif Kajian 9

1.7 Persoalan Kajian 9

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Hipotesis Kajian 10

1.10 Batasan Kajian 11

1.11 Definasi Operasi 12

1.12 Rumusan 13
viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 14

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Multimedia 15

2.2.1 Kajian mengenai penggunaan 16


Multimedia dalam Pendidikan

2.2.2 Multimedia dalam pengajaran dan 17


pembelajaran

2.2.3 Keperluan multimedia dalam 18


pengajaran dan pembelajaran

2.2.4 Kelebihan multimedia dalam 19


pengajaran dan pembelajaran

2.2.5 Multimedia sebagai alat kognitif 22

2.2.6 Membantu meningkatkan Pencapaian 22


Akademik Pelajar

2.3 Pembelajaran 23

2.3.1 Teori Pembelajaran 24

2.3.1.1 Teori Behaviourisme 24

2.3.1.2 Teori Konstruktivisme 24


2.3.1.3 Teori Kognitif 25

2.4 Jenis-jenis gaya kognitif 26

2.4.1 Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran 27


Kognitif FI – FD

2.5 Model-model Kajian FI-FD 28

2.5.1 Model FI-FD dari Kajian Ellis 1993; 28


berdasarkan Hawkey: 1982

2.5.2 Model Kajian Witkin, H.A., 30


Moore, CA., Goodenough, D.R.,
ix

Dan Cox, R.W (1997)

2.5.3 Kajian tentang FI-FD 31

2.6 Rumusan 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Instrumen Kajian 36

3.3.1 Penilaian 38

3.3.2 Ujian pencapaian 39

3.3.2.1 Ujian pra 39

3.3.2.2 Ujian pos 39

3.3.3 Borang soal selidik 39

3.3.4 Ujian Psikologi GEFT 40

3.3.5 Perisian multimedia 41

3.3.5.1 Adobe Flash 42


Profesional CS4

3.3.5.2 Adobe Photoshop 42

3.4 Pembolehubah 42

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 43

3.6 Sampel Kajian 43

3.7 Prosedur Kajian 44

3.8 Kaedah Analisis Data 45

3.8.1 SPSS (Statistic Package for The 45


Social Science)
x

3.8.2 Ujian-t 46

3.8.4 Anova 2x2 Faktorial 46

3.9 Kajian Rintis 47

3.10 Dapatan Kajian 47

3.11 Rumusan 48

BAB 4 PEMBANGUNAN REKABENTUK KOSWER 49

4.1 Pengenalan 49

4.2 Fasa Reka bentuk produk 49

4.3 Kronologi Pembangunan Koswer 51

4.3.1 Fasa 1: Analisis 52

4.3.2 Fasa 2 : Reka bentuk 53

4.3.2.1 Reka bentuk isi 54


kandungan

4.3.2.2 Reka bentuk 54


Persembahan

4.3.2.3 Reka bentuk interaksi 54

a) Carta Alir 55

b) Storyboard 56

4.3.3 Fasa 3 : Pembangunan 56

4.3.4 Fasa 4 : Pelaksanaan 57

4.3.5 Fasa 5: Penilaian 57

4.4 Merekabentuk Elemen Multimedia 57

4.4.1 Merekabentuk Grafik 58

4.4.2 Merekabentuk Animasi 58


xi

4.4.3 Penggabungan Elemen 58


Multimedia

4.5 Reka bentuk Paparan Persembahan 60

4.5.1 Reka bentuk Montaj 60

4.5.2 Reka bentuk Paparan Menu Utama 61

4.5.2.1 Butang Home 62

4.5.2.2 Butang Objektif 62

4.5.2.3 Butang Pengenalan 63

4.5.2.4 Butang Aktiviti 63

4.5.2.5 Butang Keluar 64

4.5.3 Reka Bentuk Paparan Butang 64


Subtopik

4.5.4 Reka Bentuk Paparan Tutorial 66

4.6 Rumusan 68

BAB 5 ANALISIS DATA 69

5.1 Pengenalan 69

5.2 Analisis Data 70

5.3 Analisis Gaya Pembelajaran 70

5.4 Ujian Kesejenisan Levene Skor Ujian Pra 71


Bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan
Rawatan

5.5 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi 72


Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

5.6 Perbezaan Prestasi Pencapaian Pelajar 74


Di Antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan
Rawatan

5.7 Perbezaan Prestasi Pencapaian Pelajar 75


xii

Di Antara Pelajar Field Independence (FI)


Berbanding Pelajar Field Dependent (FD)

5.8 Perbezaan Prestasi Pencapaian Pelajar 77


Di Antara Pelajar Kumpulan Kawalan Dan
Pelajar Kumpulan Rawatan Terhadap Pelajar
Kumpulan Field Independence (FI) Dan
Pelajar Field Dependent (FD)

5.9 Skor Min Bagi Soal Selidik Elemen 80


Multimedia Teknologi Bahan

5.10 Rumusan 82
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 83

6.1 Pengenalan 83

6.2 Ringkasan Kajian 83

6.3 Perbincangan Dapatan Kajian 84

6.3.1 Perbezaan Prestasi Pencapaian 85


Pelajar Di Antara Kumpulan
Kawalan dan Kumpulan
Rawatan

6.3.2 Perbezaan Prestasi Pencapaian 86


Pelajar Di Antara Pelajar
Field Independence (FI) Berbanding
Pelajar Field Dependent (FD)

6.3.3 Perbezaan Prestasi Pencapaian 88


Pelajar Di Antara Pelajar Kumpulan
Kawalan Dan Pelajar Kumpulan
Rawatan Terhadap Pelajar Kumpulan
Field Independence (FI) Dan
Pelajar Field Dependent (FD)

6.4 Implikasi Dapatan Kajian 91

6.5 Penilaian Pakar dan Responden 91

6.5.1 Penilaian Pembangunan Koswer 92

6.5.1.1 Penilaian oleh Pakar 92


xiii

6.5.1.2 Penilaian oleh Responden 93

6.6 Cadangan Untuk Dapatan Kajian 94

6.6.1 Memasukkan Unsur Interaktiviti 95

6.6.2 Memperbanyakkan Contoh 95

6.7 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 96

6.8 Rumusan 96

RUJUKAN 98

LAMPIRAN 106
xiv

SENARAI JADUAL

2.1 Teori Pengekalan Informasi oleh Vaughn (2004) 16


2.2 Hasil Tinjauan Melibatkan Teknologi dan Pencapaian 23
(NCREL, 2002)
2.3 Perbezaan di antara individu Field Independence (FI) 29
dengan Field Dependence (FD)
(Ellis 1993; berdasarkan Hawkey :1982)
2.4 Ciri-ciri individu FI-FD (Witkin et al., 1977) 30
3.1 Format Skala Likert 40
3.2 Skor Nilai GEFT Mengikut Format 41
Witkin et al., 1977
3.3 Skor Markah Tahap Pencapaian Pelajar 43
3.4 Contoh jadual analisis data yang akan diperolehi 46
5.1 Skor ujian GEFT dan bilangan responden bagi kumpulan 71
Kawalan dan Rawatan
5.2 Ujian Kesejenisan Levene 72
5.3 Sistem Penilaian Gred mengikut markah di Politeknik 73
5.4 Skor Min dan Sisihan Piawai bagi pelajar kumpulan 73
kawalan dan rawatan
5.5 Analisis Pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan 74
rawatan
5.6 Analisis Pencapaian Pelajar FI berbanding Pelajar FD 76
5.7 Analisis Pencapaian Pelajar FI berbanding Pelajar FD 76
5.8 Analisis Interaksi Pelajar FI dan FD terhadap Pelajar 78
xv

Kumpulan Kawalan dan Rawatan


5.9 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 79
5.10 Analisis Deskriptif Bagi Bahagian A hingga D dalam 81
Borang Soal Selidik
5.11 Purata Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Perisian 81
Multimedia
5.12 Tahap Kecenderungan oleh Lendel, 1977 81
xvi

SENARAI RAJAH

1.1 Komponen Multimedia 5


1.2 Kerangka konsep kajian (diubahsuai dari 8
Information Processing Characteristics
oleh Daniel; 1996)
2.1 Kadar Ingatan merujuk kepada kaedah perolehan 21
Pengetahuan (Neo & Neo, 2001)
3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 34
3.2 Carta Alir rekabentuk kajian 37
3.3 Contoh soalan bentuk tersembunyi dalam 41
GEFT (Sumber: http://www.mindgarden.
com/products/gefts.htm)
4.1 Carta alir pembangunan perisian 50
4.2 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 52
(Harun Aris & Tasir, 2001)
4.3 Carta alir reka bentuk interaksi perisian kursus 55
4.4 Penggabungan Babak 59
4.5 Kod Butang 59
4.6 Montaj 60
4.7 Paparan Menu Utama 61
4.8 Butang “Home” 62
4.9 Butang Objektif 62
4.10 Butang Pengenalan 63
xvii

4.11 Butang Aktiviti 63


4.12 Butang Keluar 64
4.13 Rekabentuk paparan sub-topik :Plastik” 65
4.14 Penerangan beserta grafik 65
4.15 Rekabentuk paparan sub-topik :Struktur Polimer: 66
4.16 Gambar yang menyokong setiap keterangan 66
4.17 Menu paparan Aktiviti 66
4.18 Paparan Soalan Aktiviti 67
5.1 Graf interaksi Gaya Pembelajaran melawan Kumpulan 78
Kaedah pembelajaran
5.2 Graf interaksi Kumpulan Kaedah Pembelajaran melawan 79
Gaya Pembelajaran
6.1 Perkaitan di antara kumpulan FIdan FD dengan kumpulan 90
kawalan dan rawatan yang menggunakan kaedah
konvensional dan multimedia
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pembangunan politeknik-politeknik di Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah


menjadi sebuah negara perindustrian dan seterusnya meningkatkan daya saing dalam
pasaran ekonomi dunia. Penubuhan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
KPTM adalah bertujuan untuk melatih bakal pekerja separa profesional bagi
menampung keperluan sumber manusia dalam jurusan teknikal, perdagangan dan
perkhidmatan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengatur
strategi dalam menjayakan hasrat negara dengan mengenalkan Pelan Induk
Pembangunan Pembelajaran (PIPP) 2006-2010 yang merupakan dokumen rangka kerja
pelaksanaan KPM yang komprehensif bagi mendukung dan menjayakan Misi Nasional
serta bagi melaksanakan projek-projek Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam
Rancangan Malaysia Ke-9.
Mengikut pelan itu, strategi yang akan ditekankan ialah membangunkan modal
insan dengan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri
pelajar yang bertujuan melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi,
inovatif dan kreatif serta boleh dipasarkan. Oleh itu, sistem pendidikan Negara akan
terus mengambil pendekatan holistik bagi pembangunan modal insan dengan memberi
tumpuan terhadap pendidikan, pemerolehan pelbagai pengetahuan dan peningkatan
kemahiran. Sehubungan dengan itu, adalah amat penting bagi golongan pendidik untuk
mengetahui pendekatn pembelajaran pelajar teknikan serta pendekatan yang sesuai dan
berkesan agar pelajar lebih kreatif dan professional.
2

Ledakan ilmu dalam abad ke-20 kini menyaksikan perkembangan pesat Sains
dan Teknologi. Pembangunan teknologi maklumat telah memberikan pelbagai kesan
yang positif terhadap bidang pendidikan pada masa kini. Ianya memberikan sumbangan
yang besar dalam bidang pendidikan berbanding pada masa dahulu. Dalam usaha untuk
melahirkan pelajar seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai
dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. Teknologi Maklumat
(Information Technology) ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin
terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang
penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Dengan itu, inovasi dan reformasi dalam sistem pendidikan adalah perlu bagi
menjamin lahirnya rakyat yang cekap dan berketerampilan dalam bidang teknologi
maklumat serta berupaya berfikiran kritis dan kreatif. Konsep dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan alat bahan bantu mengajar
(ABBM) semakin mendapat perhatian terutamanya daripada institusi-institusi
pendidikan di Malaysia. Tidak dinafikan penggunaan ABBM adalah perkara biasa
dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar teknikal namun adakalanya pelajar
mengalami masalah dalam pembelajaran walaupun dengan bantuan pensyarah
berkemahiran. Lazimnya, pelajar hanya menghafal dan menggunakan teks untuk
mengingati sesuatu fakta. Justeru menurut Zain (2003) dan Tukiran (2004), amalan ini
tidak dapat membentuk individu yang kreatif dan kritis dan kaedah ini tidak lagi relevan
untuk diteruskan pada zaman yang serba maju ini. Pelaksanaan pengajaran berasaskan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran proses membantu menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran kejuruteraan
(Sahairil, 2003). Pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran yang menggunakan
teknologi berbanding dengan sistem pembelajaran yang biasa. Ini menunjukkan
bahawa pendekatan pendidikan konvensional yang menekankan penyampaian melalui
cara syarahan dan penerangan guru sepenuhnya sudah tidak lagi releven dalam proses
pengajaran dan pembelajaran moden.
3

Sistem multimedia merupakan salah satu istilah yang sering diperkatakan dalam
menuju era teknologi maklumat. Menurut Saifuddeen (2002), sistem multimedia ialah
penggunaan alat teknologi maklumat yang menggabungkan pendengaran dan
penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat.
Dalam erti kata lain, sistem multimedia menggunakan telinga dan mata di samping
memproses maklumat yang diterima. Perisian multimedia merupakan satu alternatif
baru ke arah mempelbagaikan media pengajaran serta memberi pendedahan kepada
pelajar tentang kecanggihan sistem multimedia masa kini (Ismail, 2010).
Pengaplikasian teknologi multimedia secara berkesan dan cekap dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya bagi menghasilkan bahan pembelajaran interaktif diharap
dapat memotivasikan pelajar untuk meneruskan penerokaan isi pembelajaran di
samping memperkayakan lagi pendekatan pembelajaran sedia ada.
Dengan mengkaji gaya kognitif yang berbeza bagi setiap pelajar dan sukatan
pengajaran yang bersesuaian mengikut gaya kognitif setiap individu, proses pengajaran
dan pembelajaran boleh diperbaiki ke arah pembelajaran yang optimum kerana setiap
gaya kognitif mempunyai kelebihan yang tersendiri dan guru seharusnya memainkan
peranan dalam memanfaatkan setiap kelebihan yang ada pada pelajar. Dalam
memenuhi setiap pembelajaran pelajar, guru haruslah terlebih dahulu memahami
maksud perbezaan individu dan mengaitkan gaya pengajaran mereka dengan gaya
pembelajaran serta gaya kognitif yang dimiliki oleh pelajar. Kajian oleh Yahaya et al.,
(2005), menerangkan bahawa Witkin et al., (1977), menyatakan gaya kognitif
merupakan ciri-ciri tersendiri seseorang individu itu memproses, menyusun dan
menggunakan maklumat melalui aktiviti tanggapan dan intelek menerusi suatu cara
yang teguh serta menyeluruh yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Witkin
dan rakan-rakannya juga yang telah membangunkan konsep gaya pembelajaran kognitif
Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD)
Individu FD cenderung melihat satu elemen sebagai gambaran keseluruhan dan
suka memfokuskan pada satu aspek situasi, menggambarkan secara global dan tidak
boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Manakala
individu FI suka memfokuskan kepada perkara-perkara kecil daripada keseluruhannya,
4

tidak gemar kepada aktiviti sosial, sikap berdikari yang tinggi, menganalisis sesuatu
aktiviti secara analitikal dengan teliti.
Selain itu, gaya pembelajaran berdasarkan ciri-ciri bidang bebas iaitu FI dan
bidang bergantung iaitu FD sebagai tingkah laku yang stabil dan kompleks di mana
interaksi dan personaliti seseorang diperlihatkan semasa menghadapi tugasan
pembelajaran. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, anjakan
paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu
dibuat dan penglibatan secara menyeluruh oleh para pendidik perlu dilakukan sehingga
mampu melahirkan generasi yang menepati kehendak kurikulum dan memenuhi
keperluan industri.

1.2 Latar belakang kajian

Penggunaan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berlaku
semenjak dahulu lagi. Kenyataan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa
sistem pendidikan konvensional yang bergantung sepenuhnya kepada guru, papan kapur
dan buku teks tidak lagi praktikal pada zaman teknologi masa kini. Tambahan pula,
kaedah penyampaian berbentuk satu hala dan tidak berpusatkan pelajar menjadikan
pelajar seorang yang pasif. Ini menjadikan suasana serta proses pengajaran dan
pembelajaran membosankan. Selain itu, sistem pembelajaran konvensional dilihat telah
menghalang pelajar untuk mengembangkan potensi masing-masing dengan cara, teknik
serta gaya pembelajaran mereka yang tersendiri (Ramlah, 2003).
Pelbagai perancangan dan usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Salah satu usaha
tersebut ialah untuk meningkatkan lagi keberksesanan proses P&P melalui penggunaan
komputer dan teknologi maklumat. Menurut Rahmat (2005), terdapatnya kekangan dan
masalah di dalam bilik darjah menyebabkan pelajar tidak dapat menerima sepenuhnya
maklumat yang disampaikan oleh pengajar. Kadang-kala terdapat konsep-konsep atau
gambaran tertentu yang tidak dapat dijelaskan oleh pengajar secara kaedah pengajaran
tradisional. Masalah utama yang dihadapi pelajar terutamanya dalam proses P&P
adalah kesukaran pelajar untuk memahami teori-teori kerana sistem sekarang
5

menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan buku teks. Menurut Ee (2003),


penggunaan ABBM seperti buku adalah berbentuk statik dan membosankan pelajar.
Salah satu kaedah yang sesuai untuk mengajar topik Plastik dalam mata
pelajaran Teknologi Bahan adalah menggunakan perisian multimedia yang akan
memberikan gambaran sebenar tentang objektif dan isi kandungan yang terdapat dalam
tajuk pembelajaran. Penyataan daripada Hofstetter (1995) menyatakan multimedia
merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media)
seperti teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini
disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif. Gabungan sistem ini
boleh digambarkan seperti di dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Komponen Multimedia

Penggunaan teknologi multimedia bukanlah bererti bertujuan menggantikan


peranan guru tetapi akan membantu guru dalam mempelbagaikan gaya pengajaran dan
membantu dalam menyampaikan maklumat dengan tepat kepada pelajar. Multimedia
akan mewujudkan satu situasi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan kerana
pelajar akan mendapat 20% dengan membaca, 30% dari mendengar, 40% dari melihat,
50% apabila menyebut, 60% apabila membuat dan 90% apabila dia membaca,
mendengar, melihat, menyebut dan membuatnya serentak (Ismail, 2010).
6

Setiap individu memproses maklumat dengan cara yang berlainan. Justeru itu,
kepelbagaian dalam berfikir ini akan mempengaruhi pelajar untuk bertindak terhadap
bahan pengajaran guru. Kesesuaian pelajar mengikuti suatu pakej pembelajaran banyak
dipengaruhi oleh gaya kognitif. Menyedari hakikat itu, perbezaan ciri-ciri individu
yang wujud dikalangan pelajar seharusnya dijadikan panduan di dalam usaha
merancang P&P yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Selain dari itu, penentuan
gaya pembelajaran ini juga dilihat berpotensi di dalam menentukan kejayaan suatu
proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus meningkatkan motivasi dan pencapaian
pelajar. Kegagalan dalam mengenalpasti gaya kognitif bagi setiap pelajar boleh
mengakibatkan kegagalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan multimedia dalam pendidikan perlu mengambil kira beberapa
faktor seperti gaya pembelajaran dan kognitif pelajar khususnya bagi pelajar Field
Independence dan Field Dependence. Mereka ini memiliki corak belajar yang berbeza
dan sesetengah corak pengajaran yang tidak sesuai akan menyukarkan proses
pembelajaran mereka. Pelajar akan dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan sekiranya keperluan dan gaya
pembelajaran pelajar diberikan perhatian (Noriah et al., 2003). Ini bagi memastikan
pelajar mampu memperolehi pencapaian yang optima disamping mempunyai minat
yang berterusan untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang lebih baik dan
menyeronokkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam


kelas merupakan salah satu alat bantu mengajar (ABBM) yang dapat membantu guru
dalam meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Menurut
Mohamed (2000), media digunakan semata-mata bertujuan untuk memudahkan guru
dan pelajar berinteraksi atau berhubung, iaitu komunikasi dua hala yang dapat menarik
minat penerima untuk menghasilkan tindak balas. Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal, Politeknik Shah Alam yang mengajar subjek Teknologi Bahan menyatakan
bahawa kurangnya pelajar yang mendapat markah yang tinggi setiap kali ujian
7

diadakan. Bilangan pelajar yang mendapat gred B+ ke atas adalah sedikit berbanding
pelajar yang mendapat gred B+ ke bawah. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat
pelajar yang bermasalah dari segi pembelajaran kerana setiap pelajar mempunyai
kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar yang cerdas akan belajar dan
menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang
lemah pula lambat untuk mempelajari topik yang sukar mereka fahami. Menjadi
peranan guru mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar serta membantu mereka supaya
mengamalkan gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian hingga ke tahap
cemerlang. Oleh kerana di dalam pembelajaran berasaskan multimedia yang dibina
menggunakan elemen-elemen media yang berbagai seperti teks, grafik, audio, animasi,
video dan sebagainya, maka ia berkemungkinan akan turut memberikan kesan yang
berbeza ke atas kumpulan pelajar yang berbeza dari segi gaya kognitif. Oleh itu,
terdapat keperluan untuk membuat kajian yang berkaitan dengan kesan penggunaan
multimedia terhadap pelajar yang mempunyai gaya kognitif yang berbeza.

1.4 Tujuan Kajian

Pelaksanaan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengajaran dengan kaedah
multimedia berbanding kaedah konvensional ke atas prestasi pelajar berbeza gaya
kognitif pada pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, Shah Alam.

1.5 Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan kesan kaedah pembelajaran menggunakan


multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Plastik dalam subjek
Teknologi Bahan . Kerangka konsep kajian telah dibentuk dan diubahsuai dari
Information Processing Characteristics oleh Daniel (1996). Objektif utama adalah
untuk melihat pencapaian pelajar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza.serta perbezaan pencapaian pelajar Field Dependence (FD) atau Field
Independence (FI). Bagi melihat perbezaan skor pencapaian, ujian pra dan ujian pos
8

dijalankan setelah menggunakan kaedah konvensional dan kaedah multimedia sebagai


medium pengajaran ke atas pelajar

Rajah 1.2 : Kerangka konsep kajian (diubahsuai dari Information Processing


Characteristics oleh Daniel; 1996)

Rajah 1.2 : Kerangka konsep kajian (diubahsuai dari Information Processing


Characteristics oleh Daniel; 1996)

1.6 Objektif Kajian


9

Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk:


(i) Mengenalpasti gaya kognitif pelajar yang berada dalam kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan.
(ii) Membandingkan skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan
terhadap kaedah pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dan
multimedia.
(iii) Mengkaji perbezaan skor ujian pencapaian pelajar Field Independent (FI)
berbanding pelajar Field Dependent (FD)
(iv) Mengkaji perbezaan skor ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan terhadap pelajar kumpulan Field Independent (FI) dan
pelajar kumpulan Field Dependent (FD)

1.7 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian berikut:


(i) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar
kumpulan kawalan dan rawatan terhadap kaedah pembelajaran menggunakan
kaedah konvensional dan multimedia?
(ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar
Field Independent (FI) berbanding pelajar Field Dependent (FD)?
(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian di
antara pelajar kumpulan kawalan dan pelajar kumpulan rawatan terhadap pelajar
kumpulan Field Independent (FI) dan pelajar kumpulan Field Dependent (FD)?

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini tertumpu kepada pelajar Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam
yang mengambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal bagi subjek Teknologi Bahan.
Perisian kursus ini dibangunkan dengan menggunakan Adobe Flash Profesional CS4.
10

Dalam kajian ini, maklumat berkaitan jenis gaya kognitif yang dimiliki oleh
pelajar iaitu FI dan FD dalam pembelajaran akan di kaji. Ciri-ciri personaliti individu
FI-FD yang akan dikenalpasti adalah dari segi tingkah laku, proses berfikir dan
memproses maklumat serta cara menyelesaikan masalah yang akan berbeza di antara
kedua-dua jenis gaya kognitif.

1.9 Hipotesis Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa hipotesis yang ingin dikaji iaitu:
(a) Hipotesis nul
Ho1: Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian
pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan terhadap kaedah
pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dan multimedia.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian
pencapaian pelajar Field Independent (FI) berbanding pelajar Field
Dependent (FD).
Ho3: Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian
pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan pelajar kumpulan rawatan
terhadap pelajar kumpulan Field Independent (FI) dan pelajar
kumpulan Field Dependent (FD).

(b) Hipotesis alternatif


Ha1: Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian pencapaian
pelajar kumpulan kawalan dan rawatan terhadap kaedah pembelajaran
menggunakan kaedah konvensional dan multimedia.
Ha2: Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian pencapaian
pelajar Field Independent (FI) berbanding pelajar Field Dependent (FD).
Ha3: Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian
pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan pelajar kumpulan rawatan
terhadap pelajar kumpulan Field Independent (FI) dan pelajar
kumpulan Field Dependent (FD)?
11

1.10 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan terhadap kajian yang dilakukan iaitu:


(i) Kajian ini hanya melibatkan pelajar Kejuruteraan Mekanikal di sebuah
politeknik sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian tidak boleh
digeneralisasikan kepada semua pelajar politeknik yang mengambil jurusan
Kejuruteraan Mekanikal.
(ii) Kajian hanya terhad untuk tajuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam
topik Plastik bagi subjek Teknologi Bahan dan bukannya untuk keseluruhan
sukatan pelajaran Teknologi Bahan .
(iii) Kajian ini difokuskan kepada jenis gaya kognitif yang dimiliki oleh pelajar sama
ada Field Independence (FI) dan Field Dependence (FD) semasa proses
pembelajaran secara konvensional atau dengan menggunakan multimedia.
(iv) Dalam kajian akan wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang
memesong dari objektif kajian misalnya maklumat palsu yang mungkin diberi
oleh sampel kajian.
(v) Walaupun pengkaji membina alat bantu mengajar ini dengan menggunakan
perisian multimedia, namun kualiti perisian yang direkabentuk mungkin kurang
memuaskan dan menjejaskan dapatan kajian.

1.11 Definasi Operasi

(i) Multimedia
Menurut Shuman (2003), multimedia secara amnya bermaksud menggunakan
bidang spektrum pada komputer yang berkaitan dengan produk dan prosesnya.
Menurut definasi Vaughn (2004), multimedia adalah sebarang teks, bunyi,
animasi dan video yang berasaskan penggunaan komputer atau media elektronik
lain. Di dalam perisian ini, multimedia digunakan untuk menguatkan isi
kandungan perisian ini supaya ia dapat menarik perhatian dan penyerapan ilmu
dapat dilakukan lebih efektif berbanding cara konvensional.
12

(ii) Animasi
Perkataan animasi berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud
„dihidupkan‟. Kamus Dewan mendefinisikan animasi sebagai satu perbuatan
atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Menurut Alessi
(2003), animasi merupakan satu teknologi yang membolehkan I mej pegun
seolah-olah hidup, dapat bergerak dan bercakap. Ini disebabkan
penerapan teknik grafik dan audio yang pelbagai untuk menghasilkan atau
memberi ilusi pergerakan dan penghidupan kepada lukisan kartun, lukisan
tangan, gambar dan objek tiga dimensi.

(iii) ABBM
Menurut Tahir (2004), Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) ialah suatu bahan
yang mampu menjadikan kesan pengajaran guru lebih baik terhadap pelajar dan
membantu serta menyokong minda pelajar dalam pembelajaran mereka.
Perisian kursus ini adalah salah satu ABBM di mana ia menggunakan teknologi
maklumat seperti elemen multimedia sebagai medium utama dalam
membangunkan sesbuah perisian kursus.

(iv) Interaktif
Kaedah yang membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat
melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan yang tersendiri. Menurut
Harun et al., (2000), pengguna boleh mencapai sebarang topik atau
meninggalkan bahagian-bahagian yang tidak begitu menarik atau diperlukan
oleh mereka. Di dalam perisian kursus ini, penerapan elemen multimedia yang
menarik dilakukan bagi menghasilkan sebuah perisian kursus yang interaktif.
13

(v) Field Independent (FI)


Merupakan sekumpulan gaya kognitif pembelajaran yang diperkenalkan oleh
Witkin et al., (1977). Kumpulan ini dikenali sebagai individu
analitikal dan penuh perhatian kepada butiran. Pelajar Field
Independence (FD) juga cenderung tidak bergantung kepada guru atau
pelajar yang lain.

(vi) Field Dependence (FD)


Gaya kognitif ini diperkenalkan oleh Witkin et al., (1977) dan gaya ini
ditakrifkan oleh ketidakupayaan membanding dan membezakan secara
terperinci dari maklumat lain di sekelilingnya. Pelajar Field Dependence
(FD) sering bekerja dengan baik dalam pasukan kerana mereka cenderung
untuk menjadi yang lebih baik pada hubungan interpersonal.

1.12 Rumusan

Penerangan terperinci berkenaan latar belakang,masalah, penyataan masalah, tujuan


kajian, objektif kajian dan hipotesis kajian telah dinyatakan secara menyeluruh di dalam
bab ini. Dapat dirumuskan bahawa kaedah pengajaran menggunakan multimedia akan
dapat mempengaruhi prestasi dan minat pelajar. Selain itu, daripada kajian ini akan
mengenalpasti pencapaian pelajar yang berbeza gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran
ini juga merujuk kepada elemen-elemen yang penting dalam mempengaruhi tingkah
laku dan pencapaian akademik mereka serta gaya ini merujuk cara pelajar bertindak
balas terhadap alam persekitaran.
14

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan dan berlandaskan kepada ini, maka
sewajarnya pendidik perlu memikirkan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan
selain menambah baik mutu pengajaran yang sedia ada sekarang. Proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) masa kini telah banyak berubah dan mengalami evolusinya
sendiri. Jika dahulunya penggunaan lisan dan tulisan sudah menjadi kebiasaan dalam
pengajaran, kini teknologi telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih
canggih seperti penggunaan komputer, video dan pelbagai peralatan lain lagi yang
menggabungkan elemen visual, audio dan teks. Penggunaan ABBM berasaskan
multimedia dalam kalangan guru dan pengajar di Malaysia juga semakin meluas.
Ramai pengajar masa kini juga lebih suka memilih untuk menggunakan kemudahan
teknologi berbanding pengajaran secara konvensional.
Subjek Teknologi Bahan merupakan satu subjek yang diajar di dalam Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik. Subjek ini merupakan subjek penting untuk
pelajar mengetahui tentang sifat sesuatu bahan. Namun begitu di dapati bahawa pelajar
sukar untuk menguasai subjek ini kerana subjek ini merupakan subjek yang
memerlukan daya imiginasi dalam menggambarkan keadaan bahan dan pengiraan yang
kompleks menyebabkan pelajar sukar menguasai subjek ini. Oleh itu, di dapati
penyediaaan interaktiviti sebagai sebahagian daripada pembelajaran berasaskan
multimedia telah terbukti untuk membantu kedua-dua pelajar Field Independence -
Dependence (Weller et al., 1994). Di dalam bab ini, komponen-komponen penting
dalam kajian ini iaitu kesan penggunaan perisian multimedia pendidikan terhadap
15

prestasi pelajar yang berbeza gaya kognitif akan dibincangkan. Beberapa kajian
terdahulu yang dilaksanakan akan dijadikan sebagai panduan dalam menjayakan kajian
ini.

2.2 Multimedia

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer


yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio,
grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata
gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi.
Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk
mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.
Sejarah perkembangan multimedia Perkembangan Komputer Peribadi (Personal
Computer) yang pertama adalah ‘Monomedia’ tanpa bunyi. Ianya hanya berbentuk teks
sahaja pada skrin. Teknologi monomedia diterajui oleh ENIAC 1946. Selepas ini, di
peringkat pertengahan PC bertambah maju dengan kelebihan cip yang lebih laju.
Ketika itu, PC dilengkapi dengan kad suara dan kad paparan warna. Monitor pada PC
juga adalah lebih besar dari peringkat awal. PC telah dikembangkan dan dimajukan
dengan adanya Multimedia PC pada ketika ini. Multimedia PC yang telah dimajukan
adalah lengkap dengan teks, grafik, audio, animasi dan klip
Dalam sejarah perkembangan multimedia, "Microsoft Corp" merupakan
organisasi yang menganjurkan persidangan yang pertama berkaitan dengan CD-ROM
dalam tahun 1984. Dalam tahun 1991, Window 3.0 telah memperkenalkan penggunaan
grafik untuk komputer. Ianya dapat mengubah konsep penggunaan komputer yang
lebih bersifat interaktif dalam menyampaikan mesej dan maklumat dari fungsinya yang
terdahulu hanya sebagai mesin taip. Microsoft Window 3.0 telah memperkenalkan
multimedia pada tahun 1992. Ianya memberi peluang kepada pengaturcara-
pengaturcara dalam meneroka bidang bunyi digital, grafik dan visual. Versi ini kurang
mendapat sambutan kerana kosnya yang mahal.
Selepas kemunculan Windows 3.1, versi ini mendapat sambutan dari pengguna
dengan adanya fungsi tambahan yang dimasukkan seperti bunyi audio, MIDI dan
16

Joystick. Pada tahun 1991, „Multimedia Marketing Council‟ telah mengumumkan


piawaian "Multimedia Personel Computer" (MPC) untuk menetapkan garis panduan
kepada pengeluar-pengeluar perkakasan komputer peribadi agar mendapat status
komputer multimedia dan memudahkan pengguna memperolehi komputer multimedia
yang menepati piawaian yang sah. Pembelian komputer pada masa kini telah
dilengkapkan dengan perisian multimedia yang dibekalkan terus di dalam komputer.
Dengan adanya kemudahan itu, pengajaran dan pembelajaran secara kendiri dapat
disampaikan dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan.

2.2.1 Kajian mengenai Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan

Menurut Jamaludin (2000), dalam proses penyebaran maklumat, bidang pendidikan kini
telah maju dengan perkembangan pelbagai media. Penggunaan perisian multimedia
dikatakan menjadi pemangkin kepada bidang pendidikan kerana multimedia dapat
dilihat sebagai medium yang berkesan terhadap pembelajaran pelajar. Secara amnya,
pelajar boleh mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai perkaitan antara satu sama
lain. Ransangan corak ingatan terhadap sesuatu perkara yang kompleks akan
menjadikan penyampaian maklumat lebih mudah diikuti, diingati dan disimpan lebih
lama dalam kotak memori seseorang infividu. Teori Pengekalan informasi telah
diperkenalkan oleh Vaughn (2004) dalam bentuk peratusan seperti Jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1 : Teori Pengekalan Informasi oleh Vaughn (2004)

Kategori Peratus penerimaan pada individu (%)

Melihat 40%

Mendengar 20%

Melihat, Mendengar & Menulis serentak 75%


17

2.2.2 Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dalam pendidikan masa
kini. Jika suatu ketika dahulu, guru lebih banyak bergantung kepada bahan yang di
ambil dari buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan dan pelbagai bahan bercetak untuk
membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kini teknologi telah
banyak membantu guru-guru dalam meningkatkan teknik pengajaran di bilik darjah. Ini
kerana pelajar hari ini bukan sahaja telah banyak didedahkan dengan pelbagai teknologi
moden yang serba canggih malah banyak juga mereka juga bergantung kepada
teknologi tersebut dalam kehidupan seharian.
Perkembangan teknologi terkini menyediakan lebih banyak mod persembahan
maklumat secara dinamik berbanding kaedah pengajaran dan media tradisional
(Guttormsen et al., 2000). Antaranya ialah seperti aplikasi animasi komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Chan Lin, 2000). Perkembangan teknologi terkini
menyediakan lebih banyak mod persembahan maklumat berasaskan perisian
instruksional sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran berasaskan media tradisi.
Dengan peningkatan kemampuan perkakasan dan perisian komputer, persembahan
maklumat berasaskan perisian telah semakin meningkat dalam kalangan pengguna
komputer. Jika dibandingkan dengan media instruksional lain, komputer merupakan
alat kognitif yang paling efisien dan efektif kerana kelebihannya dari sudut interaktiviti
serta kawalan pengguna.
Interaktiviti serta kawalan pengguna ini membolehkan murid mengawal,
memanipulasi dan menjelajah maklumat di dalam perisian instruksional dan aspek ini
memberi kesan yang sangat positif terhadap murid. Adalah sangat sukar untuk
mendefinisikan teknologi pendidikan. Bidang ini mencakupi kombinasi instruksional,
pembelajaran, pengembangan, pengurusan dan lain-lain teknologi yang digunakan
untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Menurut Roblyer (2003), teknologi
pendidikan adalah kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani
keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat
yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan. Kadangkala teknologi juga
dilihat sebagai arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu
18

organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat
teknologi itu sendiri.
Dalam kehidupan persekitaran kita penuh dengan elemen atau media-media
komunikasi yang lain seperti bunyi dan juga paparan imej atau grafik sama ada yang
berbentuk statik mahupun dinamik. Pendidikan masa sekarang lebih bertumpu kepada
teks dan angka,namun kadangkala timbul masalah sukar memahami apabila bahan
pengajaran hanya melibatkan teks dan angka sahaja. Multimedia berupaya menangani
masalah ini dengan menyelitkan unsur -unsur yang melibatkan pelbagai deria seperti
audio, video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium komunikasi.
Pembangunan teknologi multimedia juga menekankan kepada pembelajaran
interaktif dan mengambil kira teori-teori pembelajaran atau berdasarkan suasana dan
keperluan semasa. Pembelajaran berasaskan multimedia adalah berkaitan dengan
proses bagaimana seorang pelajar belajar. Pembelajaran berasaskan multimedia
haruslah menjana dan menggunakan idelogi tertentu serta dikukuhkan dengan
penggunaan pelbagai jenis media yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Unsur interaktif dan rekabentuk yang menarik juga penting bagi menghasilkan
pembelajaran yang bermakna dan juga berkesan dalam membantu pelajar memahami
sesuatu tajuk pelajaran.

2.2.3 Keperluan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pelbagai kelebihan dan keistimewaan dalam multimedia yang menyebabkan multimedia


mula digemari dan diterima ramai sebagai salah satu aspek utama dalam kehidupan
seharian. Bidang pendidikan juga memanfaatkan teknologi ini ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara sebab keperluan penggunaan multimedia dalam
bidang pendidikan ialah
(i) Ruang penyimpanan dan kemudahan penyebaran yang mengambil ruang seperti
buku teks, majalah dan sebagainya.
(ii) Kemudahan carian dan capaian maklumat.
(iii) Rujukan dan pengukuhan maklumat menerusi sumber yang tiada batasan.
(iv) Menyediakan kuasa kawalan pembelajaran yang lebih fleksibel.
(v) Pembelajaran berkesan melalui penggunaan pelbagai media.
19

2.2.4 Kelebihan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan secara umumnya adalah sangat luas serta merangkumi pelbagai bidang
seperti kurikulum, kaunseling, pengurusan serta pengajaran. Pendidikan masa kini
mempunyai kaitan yang rapat dengan perubahan dalam bidang sains dan teknologi.
Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan perisian instruksional, muncul
peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya komputer
sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer (Heinich
et al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada kemahiran memperoleh
maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh
melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid-
murid kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat
pengajian atau di tempat kerja mereka.
Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan informasi serta meningkatkan
produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan perubahan dari segi model
pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru iaitu melalui penggunaan
teknologi seperti perisian instruksional yang boleh menghasilkan sumber tenaga kerja
yang diperlukan untuk pembangunan negara. Teknologi pendidikan adalah berkaitan
dengan P&P di mana alat atau bahan media digunakan sebagai sokongan atau bantuan
dalam proses P&P. Multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks, dan animasi
yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia mempunyai
interaktif yang tinggi, maka ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi
pendidik. Pelajar berinteraksi dengan multimedia untuk memperolehi pengetahuan
yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka Interaktiviti serta
kawalan pengguna ini membolehkan pelajar mengawal, memanipulasi dan menjelajah
maklumat di dalam perisian pendidikan dan perkara ini memberi kesan yang sangat
positif terhadap pelajar (Bailey, 2001).
Multimedia mengubah cara pengajaran guru yang rutin, yang menunjukkan
pelajar belajar dalam suasana yang berbeza. Guru akan bertindak sebagai pembimbing
sepanjang pembelajaran. Penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah salah satu
kaedah alternatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
20

berkesan terhadap pelajar. Ia juga dapat memvariasikan proses pembelajaran dan bukan
bertujuan untuk menggantikan guru seperti kedah pengajaran berasaskan guru seperti
dalam kaedah biasa (Rozinah, 2002).
Menurut Jamaludin et al., (2003), penggunaan perisian multimedia sudah
semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan.
Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang dihadapi di dalam
proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ia boleh
menjadi peransang kepada golongan pendidik serta menjadi alat yang dapat membantu
para pendidik menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
Antara kelebihan pembelajaran berasaskan multimedia adalah :
(i) Menyokong Pembelajaran Kendiri
Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan
dengan berkesan. Keupayaan menyediakan pembelajaran kendiri serta jadual belajar
yang sesuai dengan pelajar merupakan dua kelebihan koswer yang telah dibuktikan
melalui kajian (Blankenhorn, 1999). Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta
tujuan pembelajaran mereka dengan cepat kerana program multimedia memberi
kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan
individu mengikut daya keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran
kendiri melalui koswer adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, dimana melalui
pembelajaran kendiri ini pelajar boleh mengawal pembelajaran berdasarkan
kemampuan serta kesesuaian mereka

(ii) Membantu imiginasi terhadap perkara abstrak


Elemen-elemen dalam multimedia antaranya seperti muzik, animasi, simulasi dapat
menolong menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar dalam bentuk yang mudah
difahami dan lebih menarik berbanding buku atau media lain dan ianya mampu
memenuhi strategi belajar yang bervariasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai
corak pembelajarannya yang tersendiri. Pengajaran secara tradisi tidak dapat
memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini. Namun komputer kini dapat
memberikan segala kemudahan ini kepada pelajar (Abtar, 2001).
21

(iii) Menjana pemikiran dan keseronokan pelajar belajar


Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan proses pendidikan itu
sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah
terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamaludin et al., 2001).
Kebanyakan pelajar suka dan terhibur belajar dengan animasi (Reiber, 1991).
Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan di dalam pendidikan akan memberi kesan
yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Ismail, 2000).

(iv) Melibatkan Lebih Dari Satu Deria


Pendidikan menerusi multimedia akan menggerakkan setiap deria pengguna untuk
terlibat sama dalam proses pembelajaran. Keseluruhan deria iaitu deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan dan minda seseorang pelajar itu akan tertumpu dan terlibat
secara aktif dalam proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan lebih daripada satu
deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran. Pembelajaran yang
menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan berbanding dengan
pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Alessi et al., 2003). Rajah 2.1
menunjukkan kadar ingatan melalui kaedah pembelajaran yang melibatkan satu deria
dan kombinasi lebih daripada deria berpandukan Dale’s Cone of Experience.
22

Rajah 2.1 Kadar ingatan merujuk kepada kaedah perolehan pengetahuan


(Neo & Neo, 2001)

2.2.5 Multimedia sebagai alat kognitif

Menurut teori kognitif, kemahiran kognitif adalah merujuk kepada kemampuan


seseorang pelajar menyimpan dan mengingati semula maklumat dari memori jangka
panjang berdasarkan keperluan (Cooper, 1998). Maklumat yang hendak didaftar di
dalam memori jangka panjang perlu melalui storan sementara di memori sensori dan
memori kerja. Oleh kerana kapasiti dan kemampuan memori kerja adalah sangat
terhad, tidak semua maklumat yang melaluinya akan dapat masuk ke memori jangka
panjang.
Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk
memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang dilakukan melalui
23

perisian instruksional atau koswer lebih membantu murid mengingati sesuatu


maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat
yang disampaikan dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk
visual (contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan
mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001). Perisian instruksional
sememangnya menggunakan konsep ini di mana teks atau lisan digabungkan dalam
skrin yang sama dengan grafik, animasi atau video.

2.2.6 Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Pelajar

Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan perisian instruksional


dari sudut peningkatan pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang
dijalankan melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap universiti
oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL).
Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian instruksional menunjukkan
kesan positif terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam
peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000).
Jadual 2.2 menunjukkan hasil tinjauan melibatkan teknologi dan pencapaian oleh
NCREL.

Jadual 2.2: Hasil Tinjauan Melibatkan Teknologi dan Pencapaian (NCREL, 2002)
24

2.3 Pembelajaran

Menurut Cooper (1998), pembelajaran merupakan satu proses di mana maklumat


(dalam bentuk pengetahuan atau kemahiran) direkod ke dalam ingatan jangka panjang
supaya ia dapat dicapai dan diaplikasikan pada masa akan datang. Proses merekod akan
dijalankan dalam ingatan jangka pendek dan di sinilah, hubungan antara maklumat
dihasilkan dan kandungan maklumat akan diuji secara berulangan.
Maklumat ingatan jangka panjang akan disimpan dalam skema. Latihan,
pengalaman dan pendidikan formal akan menyumbang kepada skema yang berlainan
bagi individu yang berlainan, terutamanya berkenaan dalam bidang pengetahuan yang
sama (Cooper, 1998). Individu yang pakar dalam sesuatu bidang akan mempunyai
skema yang lebih dalam, kaya dan kompleks daripada individu yang mempunyai
pengetahuan asas terhadap bidang tersebut. Proses pembelajaran akan lebih berjaya
semasa maklumat baru jelas dikaitkan dengan skema terdahulu (Craig et al., 2006).

2.3.1 Teori Pembelajaran

Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini jika di kaji kesusasteraan psikologi,
kita akan menemui banyak teori belajar yang berpunca dari aliran-aliran psikologi.
Namun dalam kesempatan ini hanya akan dikemukakan tiga jenis teori belajar saja,
iaitu: teori behaviorisme, teori konstruktivisme dan teori kognitif.

2.3.1.1 Teori Behaviorisme

Teori behaviorisme merupakan salah satu pendekatan untuk memahami perilaku


individu. Behaviorisme memandang individu hanya dari sisi fenomena jasmaniah, dan
mengabaikan aspek - aspek mental. Dengan kata lain, behaviorisme tidak mengakui
adanya kecerdasan, bakat, minat dan perasaan individu dalam suatu belajar. Peristiwa
belajar semata-mata melatih refleks-refleks sedemikian rupa sehingga menjadi
kebiasaan yang dikuasai individu. Teori ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan
dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner,berpendapat bahawa pembelajaran adalah
berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya
99

RUJUKAN

Abdul Ghaffar, M.N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor :
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Abtar, K. (2001) Integrating Library Resources In To A Web-Based Learning..Jurnal
BTP,L , 25-34.
Alessi, S.M dan Trollip, S.R (2003)Multimedia for Learning : Methods and
Development. Third Edition. Boston : Allyn & Bacon.
Alias, B. dan Chong, M. L. (1992). Hubungan di antara stail kognitif dengan jantina,
aliran dan kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar. Jurnal Pendidikan,
17, 61–73.
Arnot, M., David, M. dan Weiner, G. (1995). Educational reforms and gender equality
in Schools. London: Falmer Press.
Baker, D. dan Stevenson, D. (1986). Mother's strategies for children's school
achievement: Managing the transition to high School. Sociology of Education,
59(3), 156–166.
Basow, S. A. (1984). Ethnic group differences in educational achievement in Fiji.
Journal of Cross-Cultural Psychology, 15(4), 435–451.
Bell, Vaughan. (2004). Perceptions and perceptual distortions. Cardiff University, UK.
R Persaud
Birenbaum, M. dan Kraemer, R. (1995). Gender and ethnic-group differences in causal
attributions for success and failure in Mathematics and language examinations.
Journal of Cross-Cultural Psychology, 26(4), 342–359.
Brown, B. L. (2003). Teaching style vs. learning style. Myths and realities. (Dokumen
ERIC No. ED 482329), 26, 2-4.
Craig Errey, Paul Ginns, dan Claudia Pitts. . (2006). “Cognitive load theory and user
interface design: Making software easy to learn and use.” The
Performance Technologies Group
Chan Lin, L.J. (2000) “Attributes of Animation for Learning Scientific Knowledge.”
Journal of Instructional Psychology, 27 (4), 228-238.
100

Cooper, G. (1998) “Research Into Cognitive Load Theory And Instructional Design At
UNSW.” Australia: University Of New South Wales.
Cozby, P. C. (2001). Methods in behavioral research (7th ed.). Mountain View,
California: Mayfield Publishing Company. American Psychological
Association.
Daniel R.J., Clifton, Rachel K., Gullapalli, Vijaykumar, McCall, Daniel D. and.
Berthier,
Eccleston, G., Borkin, I. dan Burrows, A. (1990). Sex-related Differences in Academic
Performance at GCE(A-)Level. Educational Research, 32(3), 229–240.
Ee A.M. (2003). Pendidikan di Malaysia II. Cetakan Keempat, Alan : Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Faraday, P. (2000). Visually Critiquing Web Pages. 6 th Conference on Human Factors
& The Web. Dalam B. Bailey, (2001). Multimedia and learning.
Feij, J. A. (1976). Field independence, impulsiveness, high school training, and
academic achievement. Journal of Educational Psychology, 68(6), 793–799.
Frank, B. M. (1986). Cognitive styles and teacher education: Field dependence and
areas of specialization among teacher education majors. Journal of Educational
Research, 80(1), 19–22.
Fred T. Hofstetter. (1995). Multimedia Literacy. London: McGraw-Hill,
Gagne,Ellen D. (1985). “ The Cognitive Psychology Of School Learning.” Boston:
Little Brown.
Guttormsen-Schär, S. and Krueger, H. (2000). Using New Learning Technologies with
Multimedia. IEEE MultiMedia, 7, 3, 40-5.
Gustafson, K. L., & Branch, R. (2007). What is instructional design? In R. A. Reiser
&J. V.Dempsey (Eds.), Trends and issues in instructional design and technology
(2nd ed.) (pp. 16-25). Upper Saddle River, New Jersey: Merrill-Prentice Hall.
Hansen, J. W. (1995). Student cognitive style in postsecondary technology programs.
Journal of Technology Education, 6(2), 19–33.
Harding, Jan. (1979). Sex differences in examination performance at 16+. Physics
Education, 14, 280–288.
101

Harun J., dan Tasir Z. (2000). Multimedia Untuk Pendidikan. PTS Publication:
Bentong.
Hasan, H.F. (2007). Kesan penggunaan perisian multimedia di kalangan pelajar
teknikal yang berbeza gaya kognitif Field Independent (FI) dan Field dependent
(FD). Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Hergenhahn, B. R. dan Olson, M. H. (1993). An introduction to theories of learning.
New Jersey: Prentice Hall.
Ho, D. Y. F. (1987). Predictions of foreign language skills: A canonical and part
canonical correlation study. Contemporary Educational Psychology, 12, 119–
150.
Hussein.S. (2006). Keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Lokus dalam Dua Matra terhadap pelajar tingkatan dua.
Open University Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Ismail, N.A.F. (2010). Pengenalan dan Definasi Multimedia. Fakulti Sains Komputer
dan Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia.
Jabar,H. (2000). Pengenalan Model ADDIE. Kuala Lumpur, Venton Publishing.
Jacobs, N. dan Harvey, D. (2005). Do parents make a difference to children's academic
achievement? Differences between parents of higher and lower achieving
students. Educational Studies, 31(4), 431–448.
Jamaludin, H. & Zaidatun Tasir,.(2003). Multimedia Dalam Pendikan. PTS Pubication.
Jamalludin H. & Zaidatun Tasir .(2001)“Pengenalan Kepada Multimedia.” Kuala
Lumpur, Venton Publishing.
Jonassen, H. D. (1999). Comtructivist learning environments on the Web: engaging
students in meaningful learning. Paper Presented at Educational Technology
Conference and Exhibition, 9-11 February, SUNTEC City, Singapore.
Kim, T. S. (1996). Perhubungan di antara gaya kognitif, kumpulan etnik, jantina dan
pencapaian matematik murid-murid sekolah rendah. Tesis Sarjana yang tidak
diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Konting, M.A. (2004). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa danPustaka
Kush, J. C. (1996). Field dependence, cognitive ability, and academic achievement in
102

Anglo American and Mexican American students. Journal of Cross-Cultural


Psychology, 27(5), 561–575.
Krishnasamy V. (2007). The Effects Of A Multimedia Constructivist Environment On
Students’ Achievement And Motivation In The Learning Of Chemical Formula
And Equations. Universiti Sains Malaysia. Tesis Sarjana.
Lau T.K., Zainuddin Awang And Pang. (2006). Statistics For Uitm (In English).
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Loo, P. P. (2002). Perhubungan di antara gaya kognitif, jantina, kecerdasan dan
pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam Biologi, Kimia dan Fizik. Tesis Sarjana
yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Lourdusamy, A. (1998). Perbezaan gaya kognitif individu dan implikasi terhadap
pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Mahfurdz A. dan Semail S. (2000). Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi Dan
Pencapaian Pelajar Semester Satu Dalam Modul Matematik Kejuruteraan.
Digest Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.
Maznah, I. dan Ng, W. K. (1985). Relationship of locus of control, cognitive style,
anxiety, and academic achievement of a group of Malaysian primary school
children. Psychological Reports, 57, 1127–1134.
Md. Yunos J., Wan Ahmad W.A.R., Madar A.R. (20017). Field Dependence –
Independence Students And Animation Graphic Courseware Based Instruction.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. MEDC Volume 1, December 2007
Messick, Samuel ., Wiley, John & Sons. Individuality In Learning: Implications of
Cognitive Styles and Creativity for Human Development. California.
Josey‐Bass Inc. (1976)
Mohamad Yatim, (2011). M.H., Md. Saad M.N. dan Mohamad Rasli, R. Teknologi
Maklumat Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohamed, O. (2000). Gender Socialization And Learning Style Pathers Of Secondary
School Students. Bertanika Journal of Social Science And Humanities. (5) 1, 15-
20.
Muhamed Salleh A. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan
Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan
103

Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu. Open
University Malaysia. Tesis Sarjana.
Mohd Ishak, A., Nor Sakinah Mohamad. (2003). Kesan Interaksi antara Gaya
Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen terhadap Profesyen Pengurusan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ng, S. N. (1972). Socio-economic status as related to achievement and some
noncognitive variables. Jurnal Pendidikan, 3, 82–92.
Ng, W. K. (1985). Pembolehubah-pembolehubah bukan akademik dan pencapaian.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 7, 43–51.
Nisa, K. (2011). Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Neil E. (1996). Visual Information and Object Size in the Control of Reaching. In
Journal of Motor Behavior,. 28 pp. 187-197.
O'Neil H. F. Jr dan Brown. R. S. (1997). Differential Effects of question formats in
Mathematic Assesment on metacognition and affect. Applied measurement in
Education, 11, 331–351.
Paradise, L. V. dan Block, C. (1984). The relationship of teacher-student cognitive style
to academic achievement. Journal of Research and Development in Education,
17(4), 57–61.
Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran (PIPP) 2006-2010, Rancangan Malaysia ke-
9.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Perkins‐Gough, D. (2005). Do We Really Have A “Boy Crisis”. Educational
Leadership. 93 – 94.
Popham, W. James. (1975). Educational Evaluation. Englewood Cliffs, N.J. Prentice-
Hall, Inc
Gay L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: competencies for analysis
and application. C.E. Merrill Pub. Co
Rahmat M.R. (2006). Kesan Pembelajaran Urutan Tertib dan Urutan Kendiri dalam
Pembelajaran Biologi Berasaskan Web terhadap prestasi Pelajar Tingkatan
104

Empat yang berbeza pencapaian dan gaya kognitif. Universiti Teknologi Mara.
Tesis Sarjana.
Ramlah, J., Shahabuddin Hashim dan Mahani Razali. (2003). Psikologi Pendidikan.
Bentong : PTS Publications and Distributors,
Roberge, J. J. dan Flexer, B. K. (1983). Cognitive style, operativity and mathematices
achievement. Journal of Research in Mathematics Education, 14(4), 344–353.
Rozinah Jamaludin.(2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd
Russell, F. W. (2001). Measuring Ideal and Real Self-Concept on the Same Scale Based
on a Multifaceted Hierarchical Model of Self-Concept. Education and
Psychological Measurement. 61, 85-102.
Saifuddeen,S.M. (2002). Sistem Multimedia. Universiti Teknologi Malaysia.
Samsudin, D.S. et al. (2011). Rekabentuk Instruksional Berdasarkan Model ADDIE
:Analisis Kajian di Emporia State Universiti Korea Selatan dan Universiti
Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Sharifah Md. Nor. (1992). Faktor-faktor latar belakang yang berkaitan dengan
pencapaian akademik. Pendidik dan Pendidikan, 11, 61–69.
Sherman, J. (1980). Mathematics. Spatial visualization and related factors : Changes in
girls and boys, Grades 8–11. Journal of Educational Psychology, 72(4), 476–
482.
Shuman, James E. (2003). Interactive multimedia; Multimedia systems. [Boston, MA] ;
United Kingdom : Thomson/Course Technology.
Somyurek S., Guyer T. and Atasoy B. (2008). The Effects of Individual Difference on
Learners’s Navigation In a Courseware. The Turkish Online Journal of
Educational Technology- TOJET –ISSN :J303-6521 volume 7 issue 2 Article 4.
Sow L.S. (2007). Penghasilan Modul Pembelajaran Berasaskan Teori Beban Kognitif
Untuk Subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana.
Sulaiman,R., Roziana Ibrahim and Sarah Sabarina Yusoff . (2004). “Globe-Trekker
Encyclopedia System (G-TES): Children’s Virtual World Explorer Towards an
Interactive LearningEnvironment via Cognitive Mapping”, Proceedings of
105

Biennial National Conference on ICT (BNCICT) , Universiti Malaysia Sabah,


Malaysia.
Tahir .M.L. (2004). Implikasi Latihan Dalaman Kepada Guru-Guru Sekolah Rendah.
Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Tukiran, A. dan Maizam Alias. (2006). The effect of teacher generated concept maps
on learning of secondary school physics. Proceeding of the 2nd International
Conference on Concept Mapping CMC 2006, 5-8 September, University Costa
Rica, Costa Rica.
Weller, H. G., Repman, J., & Rooze, G. E. (1994). The relationship of learning,
behavior, and cognitive style in hypermedia based instruction: implications for
design of HBI.Computers in the Schools, 10(3/4), 401-420.
Wilson, T., Ford, N., Foster, A. dan Ellis, D. (1999). Cognitive styles in information
Seeking analysis. Final Report to The British Library Research and Innovation
Centre, University of Sheffield, UK.
Witkin, H. A., Moore, C. A., Oltman, P. K., Goodenough, D. R., Friedman, F., Owen,
D.
R., Raskin, E. (1977). Role of the field-dependent and field-independent
cognitive style in academic evolution: A longitudinal study. Journal of
Educational Psychology, 69(3), 197–211.
Witkin, H.A., Moore, C.A., Goodenough, D.R. dan Cox, P.W. (1977). Field‐Dependent
And Field‐Independent Cognitive Styles And Their Educational Implications.
Review of Educational Research, 47(1), 1 – 64.
Yahaya, A , dan Nadia Farhana Mohammad Zabidi. (2007). Kualiti Diri Guru Pelatih
Berdasarkan Teori. Fakulti Pendidikan,, Universiti Teknologi Malaysia.
Yang, S. C. (2001). Synergy of constructivism and hypermedia from three constructivist
perspectives:social, semiotic, and cognitive. Educational Computing Research
24(4): 321-362.

También podría gustarte