Está en la página 1de 8

1

Shariah Law Reports (ShLR)/2017/Volume 4/Mahad Ahmed Mohamed v Natasha bt Zolkeflee - [2017] 4
SHLR 67 - 23 June 2015

[2017] 4 SHLR 67

Mahad Ahmed Mohamed v Natasha bt Zolkeflee


SHARIAH SUBORDINATE COURT (PETALING JAYA)
HUSAINI ROSLIN SHSCJ
CASE MAL NO 10001-054-1126 OF 2015
23 June 2015

Islamic Law -- Divorce -- 'Talak' divorce -- Husband used words 'full talak' and 'complete talak' to wife --
Whether words suggested triple talak -- Whether pronouncement fulfilled criteria and conditions which
validated talak -- Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment 2003

The plaintiff and the defendant were married in Selangor in 2011 with the defendant's father acting as wali
and witnessed by two witnesses. In 2015, the defendant said, 'It's over between us. Consider this a full talak'.
A complete talak ('the pronouncement'). The plaintiff filed for an affirmation of divorce outside the court. The
issues for adjudication were whether the court was seized with the jurisdiction to hear, try and decide the
application; whether the pronouncement fulfilled the criteria and conditions which validates talak; and the
number of talak pronounced based on the said pronouncement if affirmed.

Held, affirming the divorce:

1)  The plaintiff and the defendant were married in Selangor. Their marriage was valid
under Hukum Syarak and was registered under Islamic Family Law (State of Selangor)
Enactment 2003. Based on s 62(2)(b) of the Administration of the Religion of Islam (State of
Selangor) Enactment 2003, the court was seized with the jurisdiction to hear and decide this
case (see paras 9-10).
1)  Five criteria of talak must be met before a talak pronouncement is said to be valid,
namely the husband, the pronouncement (sighah), intention of talak, who talak was directed to
or which wife and the talak was pronounced by way of husbandry powers. The first, second and
third criteria were fulfilled. The plaintiff was aware and not intoxicated and there was no
coercion that compelled him to pronounce the talak. The fourth criterion was also complete as
'us' in the pronouncement referred to the plaintiff and the defendant. The defendant, too,
admitted that the plaintiff had pronounce talak and that she understood that the pronouncement
meant to divorce her. The fifth criterion also completed based on the iqrar by the plaintiff and
the defendant that they had never divorced prior to this. Therefore, when the pronouncement
was made, the defendant was the legitimate wife of the plaintiff and was still within the plaintiff's
power as a husband and the talak was valid if the plaintiff pronounced talak against the
defendant (see paras 12-14, 17 & 19-21).
1)  The pronouncement was a kinayah which meant to pronounce talak. Based on the
plaintiff's own admission, 'full talak' and 'complete talak' meant the third talak. The defendant
was divorced with triple talak.

Plaintif dan defendan bernikah di Selangor pada 2011 dengan berwalikan bapa defendan dan bersaksikan
dua orang saksi. Pada 2015, defendan melafazkan 'It's over between us. Consider this a full talak. A
complete talak' ('lafaz tersebut'). Plaintif memfailkan pengesahan cerai di luar mahkamah. Isu-isu yang perlu
3

dipertimbangkan adalah sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa mendengar, membicara dan
memutuskan permohonan; sama ada lafaz tersebut memenuhi rukun dan syarat yang menjatuhkan talak;
dan jumlah talak yang gugur daripada lafaz tersebut jika disabitkan.

Diputuskan, mensabitkan penceraian:

2)  Plaintif dan defendan bernikah di Selangor. Pernikahan mereka sah mengikut
hukum syarak dan berdaftar bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.
Berdasarkan s 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,
mahkamah berbidang kuasa mendengar dan memutuskan kes ini (lihat perenggan 9-10).
2)  Terdapat lima rukun talak yang perlu dipenuhi sebelum lafaz cerai menjadi sah, iaitu
suami, lafaz (sighah), diqasadkan talak, kepada siapa talak itu ditujukan atau isteri yang mana
satu dan talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami. Syarat pertama, kedua dan ketiga
dipenuhi. Plaintif dalam keadaan sedar dan tidak mabuk serta tiada paksaan daripada mana-
mana pihak untuk melafazkan talak tersebut. Syarat keempat juga sempurna kerana 'us' dalam
lafaz tersebut merujuk pada plaintif dan defendan. Defendan turut mengaku plaintif ada
melafazkan talak dan dia faham bahawa lafaz tersebut bermaksud untuk menceraikannya.
Syarat kelima sempurna berdasarkan iqrar plaintif dan defendan bahawa kedua-dua belum
pernah bercerai sebelum ini. Oleh itu, sewaktu lafaz tersebut dibuat, defendan masih isteri sah
plaintif dan masih dalam kekuasaan plaintif sebagai suami dan sah talak jika plaintif
melafazkan talak kepada defendan (lihat perenggan 12-14, 17 & 19-21).
2)  Lafaz tersebut adalah lafaz kinayah yang bermaksud menjatuhkan talak.
Berdasarkan keterangan plaintif sendiri, 'full talak' dan 'complete talak' bermaksud talak tiga.
Defendan tertalak dengan talak tiga (lihat perenggan 25).

Notes
For cases on 'talak divorce', see 8(1) Mallal's Digest (5th Ed, 2017) paras 717-721.

Cases referred to
Azura bt Adna lwn Zulkefli bin Salleh [2001] 14 bhg 2 JH 179, (refd)
Sharifah Laila bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif bin Arshad [1994] 9 bhg 1 JH 16, (refd)
Zaiton bt Hamim lwn Abd Razak bin Kassim [1999] 13 bhg 1 JH 115, (refd)

Legislation referred to

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 s 62


Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 45, 57

Books referred to
Kitab I'aanat al-Talibin Jld 4 ms 3, 4 & 15
Kitab Mughni Muhtaj, Jld 4, ms 479, 529 & 530

Both plaintiff and defendant unrepresented.

Husaini Roslin SHSCJ:

FAKTA
4

[1] Kes ini adalah tuntutan pengesahan lafaz cerai di bawah s 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003 sebagaimana pernyataan tuntutan yang difailkan oleh plaintif pada 19 Jun 2015.
[2] Plaintif dalam kes ini, Mahad Ahmed Mohamed beralamat di No 14, SS 22∕39 A, Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya, Selangor dan defendan, Natasha bt Zolkeflee juga beralamat di No 14, SS 22∕39 A,
Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
[3] Plaintif dan defendan telah bernikah pada 3 September 2011 dengan berwalikan bapa kandung
defendan, Zolkeflee bin Ismail dan hasil perkahwinan tersebut, pihak-pihak tidak dikurniakan cahaya mata.
[4] Pada 4 Jun 2015, lebih kurang jam 10.15 malam di dalam rumah yang beralamat No 14, SS 22∕39 A,
Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor, defendan telah melafazkan 'It's over between us, consider
this a full talak, complete talak'.
[5] Plaintif kemudiannya telah memfailkan kes tuntutan pengesahan cerai di luar mahkamah pada 19 Jun
2015. Kes telah disebut dan dibicarakan pada 23 Jun 2015 dengan kehadiran plaintif dan defendan
bersendirian.
[6] Terdapat tiga isu yang perlu diputuskan di dalam kes ini:

1a)  sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar, membicara dan
memutuskan permohonan tersebut;
1b)  sama ada lafaz 'It's over between us, consider this a full talak, complete talak'
memenuhi rukun dan syarat yang menjatuhkan talak; dan
1c)  berapakah jumlah talak yang gugur dari lafaz tersebut sekiranya mahkamah
mensabitkannya.
[7] Mahkamah mendapati terdapat beberapa isu-isu penting yang perlu diteliti dan diputuskan iaitu
seperti berikut:

2a)  sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar, membicara dan
memutuskan permohonan tersebut;
2b)  sama ada lafaz 'It's over between us, consider this a full talak, complete talak'
memenuhi rukun dan syarat yang menjatuhkan talak; dan
2c)  jumlah talak yang gugur dari lafaz tersebut sekiranya mahkamah mensabitkannya.

ISU PERTAMA BIDANG KUASA MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

[8] Pihak plaintif dan defendan telah bernikah pada 3 September 2011 di Petaling Jaya, Selangor.
Berdasarkan Surat Perakuan Nikah (Negeri Selangor) No 067861 Bil Daftar 1372∕2011, pernikahan mereka
adalah sah mengikut Hukum Syarak dan telah didaftarkan di bawah enakmen ini. Perkara ini adalah selari
dengan kehendak peruntukan s 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 ('EUUKIS')
iaitu:

kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan
Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang
suami melafazkan talak kecuali:

1a)  jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah
Enakmen ini; atau
1b)  jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; dan
1c)  jika permastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu
diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.
5

[10] Bidang kuasa mahkamah yang membicarakan apa-apa permohonan dan tuntutan yang berkaitan
dengan sesuatu perkahwinan adalah ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003 ('EPAINS 2003'). Berdasarkan peruntukan s 62(2)(b) EPAINS 2003, mahkamah berpuas hati bahawa
mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini.

Seksyen 62 Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah


(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi
Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu
tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau
harta sepencarian).

[11] Oleh sebab itu, permohonan pengesahan lafaz cerai di bawah s 57 EUUKIS 2003 ini juga adalah selari
dengan peruntukan s 62(2)(b) EPAINS 2003 tentang bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah kerana
kedua-dua peruntukan ini adalah terikat dan berkaitan di antara satu sama lain.

ISU KEDUA RUKUN DAN SYARAT talak MENURUT HUKUM SYARAK

[12] Dalam membicarakan sama ada sesuatu lafaz cerai yang dibuat oleh suami terhadap isteri di luar
mahkamah memenuhi rukun dan syarat yang menjatuhkan talak, mahkamah merujuk kepada kes Azura bt
Adna lwn Zulkefli bin Salleh [2001] 14 Bhg 2 JH ms 179 dan kes Zaiton bt Hamim lwn Abd Razak bin
Kassim [1999] 13 Bhg 1 JH ms 115 di mana yang arif hakim telah merujuk kepada asas yang sama iaitu
terdapat lima rukun talak yang perlu dipenuhi syaratnya sebelum sesuatu lafaz cerai menjadi sah atau tidak.
[13] Penjelasan tentang rukun talak dinyatakan di dalam kitab I'anat al-Talibin Jld 4 hlm 3:

Maksudnya: Rukun talak itu ada lima iaitu suami, lafaz (sighah), diqasadkan talak, kepada siapa talak itu ditujukan atau
isteri yang mana satu, dan talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.

[14] Berdasarkan penjelasan tersebut, terdapat lima rukun talak yang perlu dikenal pasti:

Dalam kes ini, pihak plaintif telah memenuhi kewujudan rukun yang pertama iaitu suami berdasarkan fakta pihak
plaintif dan defendan telah berkahwin pada 3hb September 2011 di Petaling Jaya, Selangor dengan berwalikan bapa
kandung defendan, Zolkeflee bin Ismail dengan disaksikan oleh Mohd Essam Fikri bin Ahmad Rushdi dan Aden Ahmed
Mohd. Oleh itu, mahkamah berpuas hati dengan kewujudan fakta ini iaitu plaintif merupakan suami yang sah kepada
defendan berdasarkan keterangan pihak plaintif dan defendan serta dokumen surat perakuan nikah yang diserahkan
kepada pihak mahkamah sebagai keterangan utama tentang wujudnya pernikahan antara plaintif dan defendan
tersebut.
[15] Secara asasnya, rukun yang kedua iaitu lafaz talak terbahagi kepada dua; sama ada bersifat nyata (soreh) atau
bersifat sindiran (kinayah). Lafaz talak yang nyata tidak memerlukan niat untuk menjadikannya sah atau menjatuhkan
talak tersebut. Terdapat tiga perkataan talak yang nyata (soreh) di dalam Bahasa Arab iaitu talak, Firaq (Pisah) dan
Saraah (Lepas). Sedangkan lafaz-lafaz lain yang tersebut adalah bersifat sindiran (kinayah).
[16] Di dalam Kitab Mughni Muhtaj, Jld 4, hlm 479, menjelaskan bahawa sekiranya suami menyatakan dia tiada niat
menjatuhkan talak, lafaz itu tetap sah jika ia bersifat lafaz yang nyata (soreh). Manakala, dalam isu lafaz kinayah yang
memerlukan niat bagi memastikan lafaz yang digunakan itu memberi maksud perceraian dalam rumahtangga adalah
sangat bergantung kepada niat suami. Jika niat suami bermaksud kepada perkara selain daripada untuk menjatuhkan
talak, lafaz kinayah yang diucapkan tetap tidak menjatuhkan talak walaupun sempurna struktur ayatnya.
[17] Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa jika lafaz yang digunakan adalah lafaz soreh, ianya sudah cukup diterima
untuk menjatuhkan talak walaupun ada pengakuan daripada suami bahawa beliau tidak berniat atau bermaksud untuk
menjatuhkan talak tersebut kepada isterinya. Niat adalah terkait dengan kedudukan lafaz soreh dan kinayah yang
merujuk kepada tujuan lafaz itu dibuat adalah sememangnya untuk menjatuhkan talak atau menyebabkan berlakunya
perceraian di antara suami dan isteri tersebut dan bukannya bertujuan untuk membawa maksud yang lain.
6

[18] Rukun ketiga iaitu niat atau qasad talak merujuk kepada isu sama ada perkataan talak; soreh atau kinayah
difahami maksudnya oleh suami sekiranya digunakan dan kesan sekiranya ia digunakan, boleh menyebabkan
berlakunya perceraian dalam rumahtangga. Dalam Kitab I'anat al-Talibin, Jld 4, hlm 14 dan 15 menyatakan:

Maksudnya: ... (lafaz soreh) iaitu lafaz yang zahirnya tidak mencakupi makna selain itu sendiri (iaitu
perkataan talak), sekalipun dilafazkan oleh orang Ajam (selain orang Arab) yang mengetahui
(memahami) bahawa perkataan talak itu digunakan untuk melepaskan ikatan pernikahan atau untuk
menjauhkan suami daripada isterinya.
Berdasarkan pernyataan di atas, sekiranya suami sama ada orang Arab ataupun bukan Arab yang
menngunakan perkataan 'talak' dan faham bahawa maksud perkataan itu adalah menunjukkan
kepada berlakunya perpisahan antara suami isteri atau bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan,
maka itu sudah cukup untuk diterima walaupun si suami tidak mengetahui makna asal kepada lafaz
'talak' itu dalam Bahasa Arab.

[19] Seterusnya, rukun keempat talak ialah mahal talak yang merujuk kepada siapa talak itu ditujukan atau
isteri yang mana satu. Kitab I'anat al-Talibin, Jld, ms 16 menyatakan bahawa untuk menjadikan sesuatu lafaz
talak tersebut sebagai satu ayat yang sempurna, maka syarat-syarat asas ayat (lafaz) yang sempurna di
dalam konteks bahasa yang difahami juga perlu dipenuhi, termasuklah kedudukan pihak yang dijatuhkan
talak (mahal talak) dan perkataan talak itu sendiri.
[20] Dalam kes ini, mahkamah merujuk kepada lafaz 'It's over between us' yang mana dalam keterangan
plaintif, beliau mengaku bahawa perkataan 'us' tersebut menunjukkan plaintif dan defendan. Pihak defendan
juga dalam keterangannya mengakui bahawa plaintif ada melafazkan talak dan memahami bahawa lafaz
yang dibuat oleh plaintif bermaksud untuk menceraikan defendan. Justeru itu, mahkamah berpuas hati
bahawa telah sempurna syarat kepada rukun keempat talak iaitu mahal talak dengan penggunaan perkataan
'it's over between us' yang membawa maksud pihak plaintif (suami) dan defendan (isteri).
[21] Rukun talak yang kelima iaitu talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami (isteri masih di dalam
wilayah suami). Dalam isu ini, mahkamah berpuas hati bahawa rukun ini juga sempurna berdasarkan iqrar
daripada pihak plaintif dan defendan bahawa kedua-duanya belum pernah bercerai sebelum daripada tarikh
4 Jun 2015 tersebut. Oleh itu, sewaktu lafaz talak tersebut dibuat, pihak defendan masih merupakan isteri
yang sah kepada plaintif dan masih di dalam kekuasaan (wilayah) plaintif sebagai suami, dan sah talak
sekiranya plaintif melafazkan talak kepada defendan.

ISU KETIGA BILANGAN JUMLAH talak YANG GUGUR DALAM SATU LAFAZ

[22] Dalam kes ini, mahkamah berpuas hati bahawa syarat suami sewaktu kejadian tersebut pada 4 Jun
2015 adalah sempurna berdasarkan keterangan pihak plaintif yang mengaku bahawa beliau dalam keadaan
sedar dan tidak mabuk serta tiada paksaan daripada mana-mana pihak untuk melafazkan talak tersebut.
Plaintif juga dapat memahami dan menjawab soalan-soalan sewaktu diajukan oleh mahkamah dengan baik.
[23] Syeikh Khatib Syarbini di dalam kitab Mughni Muhtaj,Jld 4, ms 529-530 menjelaskan perbezaan
pendapat tentang lafaz talak tiga dalam satu lafaz dikatakan menjatuhkan talak satu sahaja atau
menjatuhkan talak tiga antaranya adalah merujuk hadith yang diriwayat oleh Muslim yang bermaksud:

Keadaan lafaz talak tiga pada zaman Rasulullah SAW, di zaman Khalifah Abu Bakar dan dua tahun pemerintahan
Khalifah Umar dianggap sebagai jatuh satu talak sahaja, kemudian kata Saidina Umar: Ramai orang yang suka
tergesa-gesa dalam urusan (talak) yang seharusnya mereka berhati-hati dalam memutuskannya. (Maka sebagai
pencegah agar mereka tidak tergesa-gesa) sebaiknya kita tetapkan saja sepertimana yang mereka ucapkan.

[24] Justeru itu, dalam isu lafaz talak tiga dalam satu lafaz, mahkamah berpuas hati bahawa dalam kes ini
mahkamah perlu mensabitkan perceraian di antara plaintif dan defendan dengan talak tiga. Dalam masa
yang sama, Khalifah Umar mengingatkan janganlah kita menjadi orang yang tergopoh gapah dalam urusan
7

perceraian ini kerana keadaan orang yang tergopoh gapah ini juga amat terkait dengan keadaan seorang
yang suka marah, tetapi tidak berusaha menguruskan kemarahannya sehingga hilang pertimbangan.
[25] Kesimpulannya, mahkamah memutuskan bahawa lafaz 'It's over between us, consider this a full talak,
complete talak' adalah lafaz kinayah yang membawa maksud untuk menjatuhkan talak. Berdasarkan kepada
keterangan pihak plaintif, perkataan 'full talak' dan 'complete talak' tersebut membawa maksud talak tiga.
Pihak plaintif sendiri membuat pengakuan di dalam keterangannya bahawa beliau tidak boleh lagi untuk
meneruskan perkahwinan bersama defendan dan lafaz tersebut dibuat dalam keadaan sedar dan tiada
paksaan untuk dibuat.

KEPUTUSAN

[26] Mahkamah setelah mendengar keterangan dan pengakuan pihak plaintif dan defendan, serta
meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah, maka mahkamah memutuskan dan
memerintahkan seperti berikut:

3a)  mahkamah mensabitkan perceraian pada 4 Jun 2015, jam 10.15 malam dengan
talak tiga kali pertama berjumlah tiga talak secara bain kubro di luar mahkamah dan tanpa
kebenaran mahkamah;
3b)  defendan dalam keadaan suci semasa talak dilafazkan dan hendaklah beriddah
selama tiga kali suci mulai tarikh tersebut; dan
3c)  mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Daerah
Petaling dan Surat Perakuan Nikah (Negeri Selangor) No 067861 Bil Daftar 1372∕2011
hendaklah dibatalkan.

Affirming divorce.

Reported by Afiq Mohamad Noor