Está en la página 1de 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GAJAH

34800 TRONG, PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
2019M/1440H

ANJURAN :
BAHAGIAN DAKWAH
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

“BERANI DAN SEDIA BERUBAH”


TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan sumbangan daripada PIBG SK
Padang Gajah dan individu bagi menjalankan Program Ihya’ Ramadhan
1440H/2019M.

PENDAHULUAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam
seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang
dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah,
iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan
khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu, Panitia Agama Islam SK
Padang Gajah akan mengambil peluang ini untuk menganjurkan beberapa aktiviti
untuk meningkatkan lagi penghayatan bulan yang mulia ini.

MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di SK Padang
Gajah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi
dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah
tercapai.

OBJEKTIF
 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam
Ramadhan al Mubarak.
 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat
dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie
serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan
kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi
sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman
dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran
beramal sepanjang Ramadhan.
 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga
sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa.

RASIONAL
1. Pelajar perlu diberi pendedahan dan pengalaman menghidupkan bulan
Ramadan secara amali dan praktikal
2. Pelajar hendaklah diberi peluang untuk menunjukkan penghayatan
mereka terhadap ajaran Islam.

SASARAN
 Semua murid SK Padang Gajah.
 Guru dan staf sokongan.
 Ibu Bapa dan penjaga murid.

TARIKH PELAKSANAAN
06 – 24 Mei 2019 bersamaan 01 – 19 Ramadhan 1440H.

TEMPAT
Sekitar SK Padang Gajah.

PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Dakwah, Panitia Pendidikan Islam SK
Padang Gajah.
JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Pn. Hjh. Rojita binti Ahmad ( Guru Besar )
Timb. Pengerusi : En. Hakimi bin Salleh ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Asma Aini binti Mohamed ( PK HEM )
Naib Pengerusi 2 : Pn. Noor Mila binti Mehat ( PK Kokurikulum )
Setiausaha : Pn. Rohana binti Jusoh ( Penyelaras Dakwah )
Pen. Setiausaha : En. Mohd Sodruddin bin Md Makhtar ( GBA)
Bendahari : Pn. Siti Nor Jannah binti Abu Bakar ( GPI )
Ahli Jawatankuasa
JK Tadarus al – Quran JK Majlis Khatam Quran
Pn. Sharizan binti Mat Daud Pn. Hjh. Hanan binti Mohd Saad
Pn. Nuruladhillah binti Mat Zain Pn. Noryati binti Othman
Pn. Roshayati binti Nayan

JK Bacaan Yasin JK Tabung Infaq Ramadhan


En. Mohd Sodruddin bin Md Makhtar Pn. Azlinda binti Adnan
Pn. Asma’a binti Mat Pn. Siti Nor Jannah binti Abu Bakar

JK Sumbangan Anak Yatim dan JK Hadiah dan Cenderamata


Miskin Pn. Fatin Farhana binti Azman
Pn. Hjh. Nor Liza binti Nor Din Pn. Nur Atikah binti Yaacob@Yahaya
Pn. Halijah binti Jalaludin Pn. Rohana binti Jusoh
En. Zahari bin Mohamad

JK Persiapan Dewan dan Pentas JK Dokumentasi


En. Omar bin Yusuff Pn. Norasima binti Mat Jaie
Pekerja Swasta Pn. Maziahtonsaabah binti Mohd Nor

JK Keselamatan dan Siaraya JK Tugas - Tugas Khas


En. Ahmad Hashimi bin Abdullah En. Shahrul Azmi bin Jamaluddin
En. Abdul Hisham bin Abdul Rashid P. Sharifah binti Nayan
En. Hussein bin Mansor
PERANCANGAN AKTIVITI PROGRAM

TARIKH HARI AKTIVITI PELAKSANA


Program Ust. Sodruddin
3/5/2019 Jumaat Di Ambang
Ramadhan
Pelancaran
6/5/2019 Isnin Ihya’ Ramadhan 2019 Semua Guru
10/5/19 Ust. Sodruddin
17/5/19 Jumaat Bacaan Yaasin
24/5/19
13/5/19 Isnin Tazkirah Ust. Jannah
20/5/19 Ramadhan Ust. Rohana
6—24 Solat Dhuha Ust. Sodruddin
/5/2019 - (Waktu Rehat) Cikgu Omar
6—24 Tadarus Semua Guru
/5/2019 - Al—Quran
6—24 Tadarus Ustz. Sodruddin
/5/2019 - Surah Pilihan

21/5/ Selasa Iftor Jama’ie dan Solat Tarawih Semua GPI & GBA
2019
22/5/ Rabu NUZUL AL-QURAN cuti
2019
Majlis Khatam Quran &
Jumaat Majlis Penutup Semua GPI & GBA
24/05/19 Ihya’ Ramadhan 2019
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH

1. Cenderahati Peserta Tadarus al – Quran RM 104


52 X RM 2
2. Cenderahati Naqib/Naqibah RM 36
12 X RM 3
3. Cenderahati Peserta Khatam al – Quran RM 38
19 X RM 2
4. Bunga Telur RM 100
Sumi/gula - gula RM 22
JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

Sumber Kewangan : Sumbangan PIBG, sumbangan guru dan sumbangan luar.


PENUTUP

Diharap program yang dirangka ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya


meluluskan pelaksanaan program dan peruntukan kewangan yang dipinta. Semoga
program ini menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada semua warga SK
Padang Gajah disamping dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan
akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai
panduan hidup. Semoga kedatangan Ramadhan Al-mubarak ini dapat dipenuhi
dengan aktiviti yang bermenfaat dan bakal mendapat ganjaran yang hebat dariNya,
Insya Allah.

Wallahu’alam. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………………………………………….. ………………………………………………….
(MOHD SODRUDDIN BIN MD MAKHTAR) (PN. ASMA AINI BINTI MOHAMED)
Penolong Setiausaha. Penolong Kanan HEM.

Disahkan Oleh :

………………………………………………..
(TN. HJ. MOHAMAD PADZIL BIN SA’ALUDIN)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

También podría gustarte