Está en la página 1de 6

Al-Ghazali merupakan tokoh ahli fikir Islam yang terkenal bukan sahaja di

kalangan umat Islam bahkan juga bagi umat bukan Islam. Kehebatan al-Ghazali telah

memberi kesan mendalam ke dalam jiwa umat Islam dari segi pemikiran, budi pekerti

dan pendidikan. Keilmuannya sangat meluas dalam pelbagai bidang ilmu, terutama

dalam bidang falsafah, akidah, fiqh, ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik, dan lain-

lain serta dengan pelbagai penulisan ilmiah.

Pengaruh pemikiran al-Ghazali dalam pendidikan Islam amat mendalam dan

luas sekali. Begitu juga di Malaysia, falsafah pendidikan al-Ghazali senantiasa

menjadi rujukan cendekiawan – cendekiawan dalam memartabatkan pendidikan islam

di Malaysia.

Al-Ghazali di Barat terkenal dengan nama “Al-Gazel”, akan tetapi nama

sebenar beliau adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-

Ghazali, dilahirkan pada tahun 450 Hijrah/1058 Masihi di kota Tus sebuah kota

wilayah Khurasan di negeri Persia atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Iran dan

beliau wafat pada tahun 505 Hijrah/111 Masihi. Beliau merupakan

seorang berketurunan Parsi dan hidup di sekitar masa berlakunya perang salib.

Ayahnya seorang pemintal benang. Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau dijaga

oleh seorang ahli tasawuf.

1
Al-Ghazali mula berkecimpung dalam bidang pendidikan setelah berguru

dengan Ali bin Ahmad al-Radzikani, Abu Nashr al-Ismaili dan Imam al-Haramain Abi

al-Maali al-Juwairi. Beliau mendapat pendidikan asas dengan menghafal al-Qur’an,

mempelajari asas-asas membaca dan menulis, ilmu nahu bahasa arab, matematik,

fiqah, dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, dalam konteks pendidikan, al-Ghazali lebih terkenal

dengan ilmu falsafahnya. Perkataan ’filsafat’ dalam konteks pendidikan Islam ialah

hikmat atau pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai asas atau yang

tertinggi atau sesuatu matlamat yang dikehendaki dalam proses pendidikan, Halim El-

Muhammady ( 1984 ). Islam merupakan satu agama yang tidak memisahkan

kehidupan dunia dengan ibadah. Falsafah Islam pula tidak memisahkan antara

manusia dengan akal, emosi dan perbuatannya. Islam tidak menolak proses

pendidikan malah menggalakkan lagi proses ini kerana ianya dapat meninggikan

kemakmuran hidup insan. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Ankabut

ayat 43 yang bermaksud : ” Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk

manusia. Dimana tiada yang memahaminya, kecuali orang-orang yang berilmu.”

Sebagaimana menurut Omar al-Syaibany (1971), masyarakat Islam perlu mengambil

hasil-hasil kajian dan penyelidikan berkaitan dengan falsafah, sifat-sifat, proses dan

fungsi pendidikan selama mana yang sesuai dengan syariat Islam.

Banyak sumbangan al-Ghazali dalam bidang pendidikan terutamanya falsafah

pendidikan Islam di seluruh dunia. Menurut al-Ghazali, konsep belajar dan mengajar

tidak dapat dipisahkan dalam pendidikan. Jelas di sini, proses mengajar itu ialah orang

yang mengajar iaitu guru, manakala belajar ialah proses dalam pendidikan itu sendiri.

Guru berperanan dalam mengarahkan fizikal dan potensi seseorang. Belajar pula

2
merupakan tingkahlaku yang mana ianya dipimpin oleh orang lain, bagi

memperkembangkan proses pendidikan dalam diri seseorang itu. Dalam erti kata lain,

mengajar (guru) membimbing orang lain belajar, manalaka belajar pula ialah proses

yang dilakukan oleh orang yang belajar. Al-Ghazali sangat menekankan kepentingan

proses mengajar dan belajar ini. Jika kita melihat kembali sejarah atau sirah Nabi

Muhammad S.A.W, baginda mula belajar membaca dengan malaikat Jibril A.S.

Malaikat Jibril A.S merupakan guru kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ini bermakna

konsep mengajar dan belajar ini merupakan konsep teras dalam pendidikan Islam.

Melalui proses penyoalan pula iaitu sesi soal jawab pelajar dengan guru,

pelajar sebenarnya berkehendakkan sesuatu maklumat yang baru, dengan bantuan

guru yang seharusnya lebih arif dan pengalaman pelajar dapat mendapatkan

maklumat baru dengan tepat. Sesi soal jawab ini dapat menghasilkan 3 perkara yang

berfaedah. Menurut Muhammad M.Benomran (1983), yang pertama pelajar dapat

menyelesaikan kekeliruan dan masalah yang wujud dalam minda mereka, disamping

menambah ilmu pengetahuan dan kesedaran. Yang kedua, jawapan yang diterima

pelajar akan dapat memuaskan pelajar, dan dengan jawapan tersebut ia dapat

meluaskan serta menambah pengetahuan guru itu juga, dan yang ketiga,

membolehkan pelajar lain yang turut serta dalam sesi tersebut menambah

pengetahuan mereka.

Menurut al-Ghazali lagi, pendidikan merupakan proses melatih bagi melatih

akal, jasmani dan moral (emosi) individu agar menjadi manusia yang berguna di dunia

dan di akhirat. Dapat kita fahami bahawa konsep pendidikan Islam yang dibawa oleh

Al-Ghazali ialah pendidikan mestilah terdapat di dalamnya ilmu yang menjadikan

manusia insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat, dan bukanlah dunia semata-

3
mata. Berdasarkan ajaran Islam, pendidikan adalah proses mendidik akal, jasmani

dan rohani insan berdasarkan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu iaitu Al-

Quran dan Al-Sunnah bagi melahirkan individu yang bertakwa dan mengabdikan diri

kepada Alllah S.W.T, Abdul Halim El-Muhammadi (1991).

Berdasarkan huraian di atas, pendidikan menurut al-Ghazali dapat di

kategorikan seperti berikut, yang pertama proses pendidikan itu sendiri dapat

membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kedua, lahirnya anak didik atau pelajar

yang dibimbing oleh pendidik secara sengaja atau sedar. Ketiga, pendidikan juga

merupakan proses yang dilalui pelajar itu sendiri dan seterusnya pendidikan menurut

Islam adalah berdasarkan sumber rujukan hidup umat Islam iaitu al-Quran dan al-

Sunnah.

Jika kita melihat konsep pendidikan Islam di Malaysia, Kementerian Pelajaran

Malaysia menjadikan falsafah pendidikan al-Ghazali yang disebutkan di atas sebagai

salah satu rujukan utama selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Pendidikan Islam dalam KBSM di Malaysia juga memberi penekanan dan penumpuan

4
sepenuhnya terhadap diri pelajar kepada pengukuhan akidah Islamiah, pemahaman

sifat-sifat dan cara hidup serta asuhan budi pekerti dan berakhlak yang mulia. Zawawi

Hj Ahmad (1990).

Konsep mengajar dan belajar yang ditekankan al-Ghazali juga menjadi asas utama

dalam pendidikan Islam di Malaysia. Guru wajib bersama pelajar sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru akan menjadi pembimbing kepada para

pelajar dan menjadi tempat rujukan kepada pelajar untuk mengajukan pelbagai soalan

dan kekeliruan yang terdapat dalam minda pelajar. Ini juga bererti konsep persoalan

iaitu sesi soal jawab antara pelajar dan guru yang disebut oleh al-Ghazali dalam

falsafah pendidikannya diamalkan di Malaysia. Pendidikan Al-Quran Sunnah dijadikan

sebagai salah satu subjek dalam pendidikan Islam di Malaysia, ianya merupakan

lambang bahawasanya Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri merupakan sumber

rujukan hidup utama umat Islam secara umumnya dan pendidikan Islam secara

khususnya di Malaysia.

Kesimpulan yang dapat dirangkulkan di sini, falsafah pendidikan Islam yang

dibawa oleh al-Ghazali banyak memberi sumbangan dan senantiasa menjadi rujukan

di seluruh dunia secara umumnya dan di Malaysia khususnya.

5
RUJUKAN

1. Ahmad, L. H. (2014). Keberkesanan kurikulum pendidikan Islam dalam

pembentukan sahsiah Muslim: kajian terhadap pelajar di Politeknik Pantai

Timur/Lukman Hakimi bin Ahmad(Doctoral dissertation, University of Malaya).

2. Malaysia, K. P. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah

menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Cetakan Dewan Bahasa dan

Pustaka.

3. Al-Ghazali, I. (2008). Ringkasan Ihya'Ulumuddin. Akbar Media.

4. Basmeih, S. A. (2001). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-

Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

5. Abidin, A. (1995). Riwayat Hidup Imam Al-Ghazali. Jakarta: Bumi Aksara.

También podría gustarte