Está en la página 1de 14

Jawab semua soalan.

(40 markah)
1. Rajah 1 menunjukkan seekor lembu.

Rajah 1
Apakah pemerhatian yang boleh dibuat tentang lembu pada Rajah 1?
A. Lembu ialah haiwan herbivor.
B. Lembu gemar memakan rumput.
C. Lembu membiak dengan melahirkan anak.
D. Lembu mempunyai tanduk dan berkaki empat.

2. Antara pengelasan haiwan berikut, yang manakah betul?


Bertelur Melahirkan anak
A. Buaya Paus
B. Sotong Siput babi
C. Rama-rama Ular
D. Kucing Gajah

3. Antara tumbuhan berikut, yang manakah tumbuhan berbunga?


A. Lumut C. Pokok bunga matahari
B. Cendawan D. Paku pakis

1
4. Rajah 2 menunjukkan ukuran panjang sebatang rod silinder dan batang besi.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?


A. Panjang rod silinder ialah 6 cm.
B. Panjang batang besi ialah 8 cm.
C. Rod silinder ialah 2 cm lebih pendek daripada batang besi.
D. Batang besi ialah 4 cm lebih panjang daripada rod silinder.

5. Sebuah pasu bunga diletakkan di atas rumput selama seminggu seperti yang ditunjukkan
di dalam Rajah 3. Selepas pasu itu dialihkan, rumput di bawahnya didapati berwarna
kuning.

Rajah 3
Apakah inferens yang dapat dibuat daripada pemerhatian ini?
A. Rumput itu telah dimampatkan.
B. Rumput itu tidak dapat bernafas.
C. Rumput itu kekurangan garam mineral.
D. Rumput itu kekurangan cahaya matahari.

2
6. Rajah 4 menunjukkan beberapa biji kacang hijau yang dimasukkan ke dalam sebuah
bekas kaca. Bekas ini diletak di atas meja makan di dapur.

Biji-biji benih ini masih tidak bercambah selepas seminggu. Apakah inferens yang dapat
dibuat?
A. Biji-biji benih ini tidak mendapat air.
B. Biji-biji benih ini tidak mendapat udara.
C. Biji-biji benih ini tidak mendapat cahaya matahari.
D. Keadaan suhu persekitaran adalah tidak bersesuaian.

7.
Ali lebih tinggi daripada Raju.
Lee lebih tinggi daripada Ali.

Antara carta palang berikut, yang manakah mewakili ketinggian mereka?

3
8. Rajah 5 menunjukkan susunan radas yang disediakan dalam satu penyiasatan untuk
mengkaji keperluan asas haiwan.

Rajah 5

Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan ini?


A. Kehadiran air C. Kehadiran makanan
B. Kehadiran udara D. Kehadiran siput babi

9. Sekumpulan murid ingin mengkaji kesan cahaya matahari terhadap pertumbuhan pokok.
Antara pemboleh ubah berikut, yang manakah perlu dimalarkan?

P : Kehadiran cahaya matahari


Q : Kuantiti air yang disiram
R : Kuantiti baja yang ditaburkan

A. P sahaja C. Q dan R
B. Q sahaja D. P dan R

4
10. Satu penyiasatan dijalankan dengan merendamkan tiga keping span yang berlainan saiz
ke dalam bekas yang mengandungi air yang sama banyak.

Rajah 6
Rajah 6 menunjukkan kuantiti air yang diserap setelah setiap keping span dikeluarkan.
Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan?
A. Semakin besar saiz span, semakin banyak air yang diserap oleh span.
B. Semakin besar saiz span, semakin sedikit air yang diserap oleh span.
C. Semakin besar saiz span, semakin banyak air yang tertinggal di dalam bekas.
D. Semakin kecil saiz span, semakin kurang air yang tertinggal di dalam bekas.

11. Antara peralatan sains yang berikut, yang manakah tidak sesuai digunakan untuk
tugasnya?

Kegunaan Peralatan
Sains
A mengukur panjang meja

B mengukur isipadu cecair

C mengukur jisim objek

D mengukur satu tempoh masa

5
12. Sekumpulan murid sedang mengkaji pembiakan dan peringkat pertumbuhan rama-rama
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7.

Rajah 7

Apakah yang harus dilakukan pada akhir penyiasatan?


A. Biarkan rama-rama dan tumbuhan di dalam bekas itu.
B. Buang rama-rama dan tumbuhan ke dalam tong sampah.
C. Bunuh rama-rama dan buangkan tumbuhan ke dalam tong sampah.
D. Lepaskan rama-rama dan kembalikan tumbuhan ke tempat yang asal.

13. Antara langkah-langkah berikut, susunan manakah betul untuk membersihkan sebuah
bikar?

W: Keringkan bikar dengan kain yang bersih.


X : Berus bikar dengan air sabun.
Y : Bilas bikar dengan air yang bersih

A. W, X, Y C. X, Y, W
B. X, W, Y D. Y, W, X

14. Apakah yang harus dilakukan pada peralatan Sains yang telah dibersih dan dikeringkan?
A. Letakkan di atas meja guru.
B. Simpan di dalam singki.
C. Letak di bawah meja murid.
D. Simpan di tempat asal.

6
15. Rajah 8 menunjukkan dua jenis peralatan Sains yang biasa dijumpai di bilik Sains.

X y

Rajah 8
Antara berikut, padanan manakah yang benar?
X Y
A. Kelalang kon Bikar
B. Silinder penyukat Kelalang kon
C. Bikar Kelalang kon
D. Kelalang kon Silinder penyukat

16. Antara berikut, yang manakah tidak diperlukan sebelum kita menjalankan eksperimen
di dalam bilik Sains?
A. Kebenaran daripada guru.
B. Menentukan kedudukan pintu keluar kecemasan.
C. Membaca sebarang arahan yang diberi dengan teliti.
D. Tanggalkan kasut dan tinggalkannya di luar bilik Sains.

17. Antara yang berikut, peralatan manakah mesti berada di dalam bilik Sains?
A. Jam randik C. Mangkuk
B. Alat pemadam api D. Komputer

18. Mengapakah kita harus menjaga kebersihan dan kekemasan bilik Sains?
A. Supaya guru tidak marah.
B. Supaya bilik Sains kelihatan cantik.
C. Supaya bilik Sains bebas daripada lalat.
D. Untuk membantu mengelakkan kemalangan.

7
19. Seorang rakan kamu telah tercedera semasa melakukan eksperimen. Apakah tindakan
yang sepatutnya kamu lakukan?
A. Cuba merawat rakan. C. Membawa rakan ke hospital.
B. Tidak berbuat apa-apa. D. Melaporkan kepada guru dengan segera.

20. Manusia menjalankan proses pernafasan setiap masa. Semasa menarik nafas manusia
menyedut gas X ke dalam peparu dan menyingkirkan gas Y dan bahan Z keluar daripada
peparu.
Antara berikut, yang manakah mewakili gas Y dan bahan Z di atas?
A. oksigen, karbon dioksida C. karbon dioksida, wap air
B. karbon dioksida, oksigen D. wap air, oksigen

21. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pernafasan?


A. Bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam dua minit.
B. Bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu jam.
C. Bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit.
D. Bilangan pergerakan dada naik dalam satu minit.

22. Rajah 9 menunjukkan keratan rentas kulit manusia.

U
S

R
T

Rajah 9
Bahagian manakah pada Rajah 10 membenarkan peluh keluar melaluinya semasa proses
perkumuhan manusia?
A. R C. T
B. S D. U

8
23. Maklumat berikut menunjukkan sikap Mira dan masalah yang dialaminya.

 Mira suka makan pelbagai jenis makanan


 Mira kurang minum air kosong
 Mira selalu mengalami masalah untuk membuang air besar

Antara langkah berikut, tabiat yang manakah perlu diamalkan oleh Mira bagi mengatasi
masalahnya?
A. Makan seperti biasa C. Minum banyak air kosong
B. Kurangkan pengambilan makan D. Minum banyak air yang bergula

24. Antara ciri berikut, ciri yang manakah tidak boleh diwarisi oleh anak daripada kedua ibu
bapanya?
A. Jenis rambut C. Panjang rambut
B. Warna kulit D. Rupa paras

25. Rajah 10 menunjukkan keadaan sekumpulan lelaki.

Rajah 10
Antara tabiat berikut, yang manakah menyebabkan keadaan dalam Rajah 10?
A. Merokok C. Menghisap gam
B. Mengambil dadah D. Mengambil minuman keras

9
26. Rajah 11 menunjukkan organ penyahtinjaan manusia.

Rajah 11
Apakah organ yang bertanda P?
A. Usus kecil C. dubur
B. Usus besar D. tinja

Soalan 27 dan 28 merujuk kepada Rajah 12.


27. Rajah 12 menunjukkan model peparu manusia.

belon
X

Rajah 12
Bagaimanakah keadaan belon apabila bahagian X di tarik oleh seorang murid?
A. Kedua-dua belon mengecut
B. Kedua-dua belon mengembang
C. Kedua-dua belon mengecut dan mengembang
D. Satu belon mengecut dan satu belon lagi mengembang

28. Tindakan di soalan 27 mewakili proses .......................


A pernafasan C menghembus nafas
B menarik nafas D menahan nafas
10
29. Rajah 13 menunjukkan organ yang terlibat semasa proses pernafasan manusia.

P
R

Rajah 13

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan laluan udara yang betul semasa
manusia menghembus nafas?
A. P Q R
B. R Q P
C. P R Q
D. Q R P

30. Apakah tindak balas Aiman apabila terhidu bau serbuk lada hitam??
A. Menitiskan air mata C. Batuk
B. Kelip mata D. Bersin

31. Rajah 12 menunjukkan tiga organ pada manusia.

Rajah 12
Apakah fungsi organ-organ ini?
A. Pertumbuhan C. Pembiakan
B. Pernafasan D. Penyahtinjaan

11
32. Antara urutan berikut, yang manakah menunjukkan laluan udara semasa manusia
menarik dan menghembus nafas?

33. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang proses menarik dan
menghembus nafas?
Menarik nafas Menghembus nafas
I. Dada naik Dada turun
II. Peparu mengecut Peparu mengembang
III. Dada turun Dada naik
IV. Peparu mengembang Peparu mengecut

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. II dan IV

34. Manusia membebaskan gas ___________________________ dan wap air semasa


menghembus nafas.
A. Karbon dioksida C. Karbon monoksida
B. Oksigen D. Nitrogen

35. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?


A. Penyingkiran karbon dioksida daripada peparu.
B. Penyingkiran air kencing daripada ginjal.
C. Penyingkiran bahan buangan daripada badan.
D. Penyingkiran tinja daripada badan.
12
36. Rajah 13 menunjukkan satu organ perkumuhan manusia.

Rajah 13
Apakah hasil perkumuhan organ Y ?
A. Peluh C. Air kencing
B. Wap air D. Karbon dioksida

37. Selepas bersenam, banyak titisan air terbentuk di permukaan kulit kita. Apakah titisan
air tersebut?
A. Peluh C. Air kencing
B. Wap air D. Air liur

38. Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtinjaan?


A. Penyingkiran bahan makanan yang kurang berkhasiat daripada badan.
B. Penyingkiran bahan makanan yang tidak tercerna daripada badan.
C. Penyingkiran gas beracun daripada badan.
D. Penyingkiran peluh daripada badan.

13
39. Rajah 14 menunjukkan seorang budak melompat terperanjat apabila hon kereta tiba-tiba
berbunyi di belakangnya.

Rajah 14
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan reaksi budak ini?
A. Manusia takut pada bunyi hon kereta.
B. Manusia melompat apabila terperanjat.
C. Manusia melindungi diri daripada bunyi kuat.
D. Manusia bergerakbalas terhadap rangsangan.

40. Apakah kepentingan gerak balas manusia terhadap rangsangan?


A. Mengekalkan kesihatan badan.
B. Melindungi diri daripada kecederaan.
C. Mengurangkan pengumpulan bahan toksik di dalam badan.
D. Membantu menyingkir bahan perkumuhan daripada badan.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


............................... .............................. ..................................
(NOR HABSAH BT HAMID)
GURU SAINS TAHUN 4

14

También podría gustarte