Está en la página 1de 1

MENCARI TITIK PUTARAN DENGAN MENGGUNAKAN SIKUMETER –

MENGHURAIKAN GABUNGAN DUA PENJELMAAN BAGI OBJEK DAN IMEJ YANG DIBERI.

Balkis binti Abdul Manaf


SM SAINS TUANKU SYED PUTRA,
01000 Kangar, Perlis.

ABSTRAK

Bismillahirrahmanirrahim. Selepas lebih tiga belas tahun saya diberi peluang untuk mengajar murid-
murid Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, saya terpanggil untuk membuat
kajian berkenaan dengan permasalahan sebahagian murid-murid tingkatan 5 iaitu untuk mencari titik
putaran 900 apabila objek dan imej suatu penjelmaan diberi.

Apabila saya menanda kertas Matematik Kertas 2, Bahagian B soalan nombor 13, di mana melibatkan
Tajuk Penjelmaan, saya dapati sebilangan murid mempunyai masalah semasa mempersembahkan
huraian bagi gabungan penjelmaan yang melibatkan Pembesaran dan Putaran atau sebaliknya.
Sebilangan murid ini tahu untuk menghuraikan dua jenis gabungan penjelmaan ini, tetapi masalah
timbul bila titik putaran 900 yang digunakan tidak tepat dan secara langsung menyebabkan titik
pembesaran yang digunakan juga tidak sesuai.

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tingkatan 5 meningkatkan kemahiran menghuraikan
gabungan dua penjelmaan bagi objek dan imej yang diberi khusus kepada gabungan Putaran 90 0 dan
Pembesaran atau gabungan Pembesaran dan Putaran 90 0 . Teknik yang akan diperkenalkan ini adalah
mengkhusus kepasa bagaimana murid dapat mencari titik putaran 90 0 yang tepat di mana seterusnya
akan melibatkan titik pembesaran yang betul digunakan.

Selepas menemuramah beberapa murid dari sampel yang telah dikenalpasti, didapati bahawa mereka
telah menggunakan pelbagai teknik untuk mengenalpasti titik putaran suatu penjelmaan tetapi masih
tidak mendapat titik putaran yang tepat. Ini kerana kumpulan murid ini kurang mahir mencari
pembahagi dua sama serenjang bagi garisan yang menyambungkan titik-titik objek kepada titik-titik
imej.

Kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti ialah seramai 20 orang. Selepas analisis item dibuat selepas
ujian Formatif 1, didapati pelajar yang berada dalam kumpulan ini tidak menjawab dengan tepat
soalan huraian gabungan penjelmaan yang melibatkan pembesaran dan putaran.

También podría gustarte