Está en la página 1de 5

Cara Menulis Perenggan Pengenalan Rumusan ( Contoh Soalan Buku Latihan Twitter Ting.

4)
PERINGATAN RUMUSAN MERUPAKAN LUBUK MARKAH.
JUSTERU, PASTIKAN ANDA MEMBOLOT 30 MARKAH YANG DIPERUNTUKKAN.
Jawapan Soalan Rumusan Teks:-

Petikan membincangkan faktor-faktor wanita terjebak sebagai keldai


dadah di Malaysia.

Antara faktor menyebabkan wanita terjebak sebagai keldai dadah adalah


kerana mereka teruja untuk mendapatkan wang yang banyakdan ditipu dengan tawaran kerja
sebagai operator pelancongan dengan gaji yang lumayan. Disamping itu, mereka percaya
dengan pujukan cinta yang ditawarkan oleh lelaki asing. Bahkan juga, kehidupan terdesak
kerana ketiadaan pekerjaan menyebabkan mereka melakukan pekerjaan tersebut. Selain itu,
wanita beranggapan kerja yang dilakukan mudah tanpa perlu bekerja berat dan mereka mahu
hidup mewah tanpa memikirkan risikonya.

Impak perbuatan wanita di atas boleh menyebabkan imej negara tercemar di mata
dunia dan menyebabkan kedatangan rakyat Malaysia ke negara luar diragui. Selain itu, kawalan
imigresen Malaysia turut diperlekeh.
Kesimpulannya, wanita Malaysia perlu berhati-hati terhadap modus operandi warga
asing agar mereka tidak tertipu.
(126 patah perkataan)

Jawapan isi tersurat tambahan:-


i) Wanita ini juga dimomokkan undang-undang dadah di luar negara tidak setegas negara
Malaysia.
ii) Rakan sebaya mereka yang melakukan kativiti yang sama dan tidak tertangkap
menyebabkan mereka
terdorong mengikut langkah tersebut.
iii) Mereka terpengaruh dengan percutian menarik daripada warga asing yang baru dikenali.
iv) Mereka diugut dibunuh menyebabkan terpaksa mengikut telunjuk pengedar dadah.

Jawapan isi tersirat tambahan:-


i) Malaysia dianggap tempat persinggahan pengedar dadah dunia.
ii) Malaysia juga menjadi pusat pengedaran dadah dunia.

INFO TAMBAHAN

Di bawah disenaraikan frasa yang boleh digunakan untuk memulakan pengenalan rumusan:-

1. Petikan memperkatakan......
2. Petikan menyentuh...
3. Petikan berkaitan...
4. Petikan membincangkan...
5. Petikan mengenai...

6. Petikan menerangkan..
7. Petikan menghuraikan..
8. Petikan menjelaskan
9. Petikan tentang.....

También podría gustarte