Está en la página 1de 1

Ayam bakar berempah

Bahan-bahan ( 4 orang makan )


1 kilo kepak ayam- guna bhg peha ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula - ganti dg madu
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa - letak anggaran dlm 1 sb paras
- yg mama tambah;
1 sb sos tiram
1 sk lada hitam
minyak zaitun/butter - sapu masa bakar ayam

Cara-cara
Bersihkan kepak/bhg ayam dan toskan
Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama
bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
Gaulkan kepak/bhg ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
Bakar kepak/bhg ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak . sapu
butter/minyak semasa nak bakar..
note; mama bakar api atas bawah 200'C sampai masak

También podría gustarte