Está en la página 1de 2

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

SK FELDA LOK HENG 2018

Yang berusaha, En Mohd Zallei B Zainuddin, Guru Besar SK Felda Lok Heng.
Yang dihormati En Zaini B Ibrahim , Guru Penolong Kanan HEM, merangkap
pengerusi jawatankuasa Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK Felda Lok Heng ,
En Zainorin B Banon, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Felda Lok Heng,
Barisan guru-guru, pembantu pengurusan murid dan murid-murid yang dikasihi
sekelian.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput En Mohd Amier Shahkirin B Mohd
Shari f untuk membacakan doa.

Amin…amin Ya Rabbal al amin….

Untuk memulakan majlis pada pagi ini, dipersilakan wakil murid, Adik Ammar
Asyraf Razak dari kelas 6 Amanah untuk memberikan ucapan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan En Mohd Zallei B


Zainuddin, Guru Besar SK Felda Lok Heng untuk memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SK Felda Lok Heng
2018. Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan.

# Guru Besar akan melancarkan roket air sebagai gimik

Terima kasih di atas ucapan dan kesudian merasmikan program sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput En Zaini B Ibrahim , Guru Penolong Kanan HEM bagi


mengiringi En Mohd Zallei B Zainuddin, Guru Besar SK Felda Lok Heng untuk
menyempurnakan majlis sambutan hari lahir bagi murid-murid dan warga sekolah
yang lahir pada bulan Ogos hingga Disember :
 Dijemput murid yang lahir bagi bulan Ogos
 Dijemput murid yang lahir bagi bulan September
 Dijemput murid yang lahir bagi bulan Oktober
 Dijemput murid yang lahir bagi bulan November
 Dijemput murid yang lahir bagi bulan Disember

# Sesi potong kek dan bergambar.

Terima kasih En Zaini B Ibrahim , Guru Penolong Kanan HEM dan En Mohd Zallei B
Zainuddin, Guru Besar SK Felda Lok Heng di atas kesudian menyempurnakan majlis
itu tadi.

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan pakaian beragam dari murid-murid
Pra Sekolah. Diminta murid-murid dapat masuk ke dalam dewan dengan teratur.

También podría gustarte