Está en la página 1de 25

990831-11-6166

ANALISIS NISBAH KEWANGAN TERHADAP

SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY BERHAD

1
990831-11-6166

ABSTRAK

ANALISIS NISBAH TERHADAP SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY


BERHAD

Kajian ini dijalankan keatas sebuah syarikat perniagaan iaitu syarikat multinasional
Sime Darby Berhad. Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal
pasti dan menghitung nisbah kewangan syarikat multinasional Sime Darby Berhad
seperti nisbah kecairan , nisbah penggearan , nisbah kecekapan , nisbah pasaran dan
nisbah keberuntungan. Selain itu, menjelaskan tafsiran dapatan daripada pengiraan
nisbah kewangan yang dilaksanakan oleh syarikat multinasional Sime Darby Berhad
serta menganalisis dan membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun iaitu
bermula dari tahun 2015 , 2016 dan 2017 . Pengkaji juga akan menjelaskan implikasi
nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat multinasional Sime Darby
Berhad. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan
melaksanakan kajiaan ini adalah dengan menggunakan kaedah pengumpulan data
primer dan data sekunder melalui buku rujukan dan laman web yang berkaitan dengan
syarikat multinasional Sime Darby.

2
990831-11-6166

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Siti Noraisyah Binti Zati dari kelas
6USM ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah
berjaya menyiapkan kerja kursus bagi subjek Pengajian Perniagaan Penggal 3 2018
dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar
oleh Tuan Saberi Bin Mustaffar selaku guru bagi subjek Pengajian Perniagaan yang telah
banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan kajian ini. Selain itu, saya juga
ingin mengucapkan terima kasih yang tidakn terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan
saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan kajian. Kerjasama dan
pertolongan yang diberikan oleh kalian amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

3
990831-11-6166

1.0 PENGENALAN

Syarikat Multinasional Sime Darby Berhad adalah syarikat konglomerat


mutinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan , hartanah,
industri , automotif , tenaga dan prasarana serta hospitaliti . Syarikat Sime Darby
Berhad juga tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan
pada tahun 1910 iaitu 108 tahun yang lalu. Ibu pejabat syarikat Sime Darby Berhad
ialah di Kuala Lumpur, Malaysia.

Perancang utama terkini syarikat multinasional Sime Darby Berhad adalah Tun
Musa Bin Hitam iaitu selaku pengerusi Sime Darby Berhad dan diikuti oleh Dato’
Mohd Bakke Saleh selaku Presiden dan CEO kumpulan. Selain itu, Dato’ Abdul
Wahab Maskan pula ialah COO kumpulan syarikat multinasional Sime Darby
Berhad. Pada tahun 2008, hasil yang diperolehi oleh syarikat Sime Darby Berhad
ialah MYR 34.05 billion dengan pendapatan bersih MYR 3.73 billion (2008) , jumlah
aset MYR 35.972 billion (2008) dan jumlah ekuiti MYR 22.205 billion ( 2008 ).
Bilangan tenaga pekerja terkini dalam syarikat multinasional Sime Darby Berhad
adalah lebih kurang seramai 104,000 orang meliputi pelbagai bidang. Laman
sesawang rasmi Sime Darby Berhad ialah www.simedarby.com .

Sejarah penubuhan syarikat multinasional Sime Darby Berhad bermula pada


tahun 1910 , ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British iaitu
William Middleton Sime dan Henry Darby telah menubuhkan Sime, Darby & Co
dalam sektor perladangan getah pada mulanya. Syarikat ini mula beralih kepada
kelapa sawit , koko dan pelbagai sektor lain pula selepas itu. William Middleton Sime
ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari Scotland dan terlibat dalam
perniagaan import dan eksport serta ladang kopi. Henry Darby pula berusian 50-an
ketika itu merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah
Melayu.

4
990831-11-6166

Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexeder Guthrie pada 1821 di Singapura.


Syarikat ini adalah syarikat british yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie
memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada tahun 1896 dan
1924 di Kuala Selangor. Pada tahun 1905, syarikat Harrison dan Crosfield membeli
beberapa ladang di Semenanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi.
Namanya ditukarkan kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada tahun 1982 Harrison
and Crosfield menjuak tiga ladang miliknya iaitu Golden Hope, Petaling dan London
Asiatic kepada pihak Malaysia pada harga £146 juta. Pada tahun 1990, pemiliknya
Permodalan Nasional Berhad telah menukar nama kepada Golden Hope Plantation
Bhd ( GHBP ).

Syarikat British yang mengesuai dan menentukan harga getah tidak digemari oleh
pemimpin dan rakyat Malaysia. Selepas tahun 1970, pelabur Malaysia melalui
Tradewinds ( Malaysia ) Sendirian Berhad membeli dan mengusai saham Sime
Darby. Pada tahun 1979, entiti Sime Darby Berhad (SDB) dan Consolidated
Plantations Berhad (CPB) digabungkan dan ibu pejabat dipindahkan ke Kuala
Lumpur. Pada tahun 1981, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad merestui tindakan PNB untuk membeli atau mengambil alih syarikat
Guthrie dari Bursa Saham London dalam apa yang dipanggil sebagai ‘serangan waktu
subuh’. Pada Januari tahun 2007, 3 syarikat multinasional iaitu Guthrue Berhad,
Golden Hope dan Sime Darby digabung menjadi menjadi Synergy Drive. Pada 27
November 2007 ia telah ditukar nama kepada Sime Darby Berhad sahaja.

5
990831-11-6166

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan keatas syarikat multinasional Sime Darby Berhad dengan
empat tujuan utama iaitu untuk:

i) Mengenalpasti dan menghitung nisbah kewangan syarikat Sime Darby


Berhad.

ii) Menjelaskan tafsiran pendapatan daripada pengiraan nisbah kewangan


syarikat Sime Darby Berhad.

iii) Menganalisis dan membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun
iaitu tahun 2015, 2016 dan 2017 oleh syarikat Sime Darby Berhad.

iv) Menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan


syarikat Sime Darby Berhad.

6
990831-11-6166

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dilakukan keatas syarikat multinasional Sime Darby Berhad. Sime
Darby Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1910 di Melaka, Malaysia. Awal
penubuhannya syarikat ini dikenali sebagai Sime Darby & Co, namun setelah melalui
beberapa fasa transformasi yang membawa syarikat ini di persada antarabangsa. Pada
peringkat awal operasinya, Sime Daarby telah melantik rakan kongsi tempatan yang
paling terkenal di Malaysia iaitu Tun Tan Cheng Lock yang merupakan bapa kepada
Perdana Menteri Kewangan Kedua Malaysia Tun Tan Siew Sin. Kini , syarikat Sime
Darby tidak menumpukan hal sektor perladangan sahaja malah Sime Darby juga telah
membuka pasaran baharu dengan menceburi sektor permotoran, sektor kelengkapan
perindustrian, sektor penjagaan kesihatan dan sektor hartanah.

Pada tahun 2010, Sime Darby diumumkan sebagai sebuah syarikat terbesar di
Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran RM53.66 Billion dengan tenaga kerja
seramai 100,000 orang di 23 negara. Syarikat Sime Darby kini beroperasi di 21st
Floor, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala
Lumpur, Malaysia. Di wisma Sime Darby menempatkan kumpulan operasi Sime
Darby Plantation Sdn.Bhd. Sime Darby juga mementingkan aspek sosial untuk
membantu masyarakat melalui Yayasan Sime Darby yang beroperasi di menara Sime
Darby.

Menurut Daning (1974), syarikat multinasional merujuk kepada firma yang


membuat pengeluaran sekurang-kurangnya di sebuah negara asing. Kwook dan Reeb
(2000) pula mendefinisikan syarikat multinasional sebagai sebuah nisbah aset asing
melebihi satu peratus. Sime Darby Berhad merupakan syarikat multinasional
terkemuka di Malaysia dan salah sebuah konglomerat terbesar di Asia Tenggara.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1910 berkembang menjadi sebuah kumpulan
antarabangsa yang teguh dan dinamik dengan lebih 210 buah syarikat yang beroperasi

7
990831-11-6166

di 23 buah negara. Kumpulan mempunyai lebih daripada 27000 warga kerja dan
terkenal dengan keupayaan kewangan dan pengurusannya. Sime Darby adalah sebuah
syarikat yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur dengan
modal pasaran melebihi US$2.9 Billion pada 30 Jun 2000.

Bahagian latar belakang kajian ini juga memaparkan jenis-jenis nisbah


kewangan yang terdapat dalam analisis kewangan yang digunakan oleh pengkaji
dalam melaksanakan kajian analisis nisbah kewangan keatas syarikat Sime Darby..
Terdapat 15 nisbah kewangan iaitu nisbah semasa, nisbah cepat, tempoh kutipan
hutan , pusing ganti inventori, pusing ganti aset bukan semasa, pusing ganti jumlah
aset, margin untung kasar, margin untung bersih, pulangan atas aset, pulangan atas
ekuiti, nisbah hutang atas aset, nisbah hutang atas ekuiti, nisbah perolehan sesaham,
nisbah harga/perolehan dan nisbah pasaran/nisbah buku.

Menurut Faizah Shabudin (2015), analisis nisbah kewangan membantu


pemegang saham, pihak pengurusan, pelabur, pemiutang bank, pembekal, agensi
kerajaan dan kesatuan sekerja untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan sesebuah
syarikat. Analisis nisbah kewangan merujuk kepada suatu teknik untuk
menginterpretasikan hubungan antara angka-angka kewangan tertentu untuk
membuat kajian ini. Antaranya ialah nisbah kecairan ( nisbah semasa dan nisbah
cepat) , nisbah kecekapan (pusing ganti jumlah aset), nisbah keberuntungan (margin
untung kasar dan pulangan atas aset) dan nisbah penggearan/nisbah hutang (nisbah
hutang aset).

Setiap nisbah yang dikira berdasarkan laporan kewangan Syarikat Sime


Darby Berhad dengan mengikut tahun yang telah dipilih oleh pengkaji iaitu tahun
2015, 2016 dan 2017. Selepas pengiraan nisbah dilakukan keatas laporan kewangan
Syarikat Sime Darby Berhad, pengkaji mengkaji dan menganalisis nisbah-nisbah

8
990831-11-6166

tersebut dan menterjemahkanya kepada bentuk ayat yang mudah difahami dan ulasan
yang diberikan adalah berkaitan dengan syarikat tersebut. Terdapat kesan positif dan
kesan negatif yang dapat pengkaji lihat dalam laporan kewangan syarikat tersebut
dari tahun ke tahun.

9
990831-11-6166

4.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini pengkaji menjelaskan antara kaedah kajian yang digunakan
oleh pengkaji semasa dalam proses melaksanakan kajian analisis nisbah kewangan keatas
syarikat Sime Darby Berhad. Terdapat dua kaedah utama yang digunakan iaitu kaedah
mengumpul data primer dan kaedah mengumpul data sekunder. Melalui pengumpulan
data primer dan data sekunder ini pengkaji berjaya memperoleh maklumat lengkap
tentang syarikat multinasional Sime Darby Berhad.

4.1 DATA PRIMER

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi (2002), data primer ialah maklumat


pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara kaedah mengutip
data primer ialah melalui pemerhatian.

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan


maklumat tentang syarikat multinasional Sime Darby Berhad melalui analisis
kewangan syarikat tersebut. Pemerhatian ini dilakukan merangkumi aspek
dalaman dan luaran syarikat Sime Darby Berhad.

4.2 DATA SEKUNDER

Berdasarkan Kamus Dewan Ketiga (2002), data sekunder ialah maklumat


sampingan yang boleh digunakan dalam melaksanakan sesuatu kajian. Pengkaji telah
menggunakan beberapa sumber untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Sumber
yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat dari data sekunder ialah

10
990831-11-6166

melalui sumber buku rujukan dan laman web yang berkaitan dengan syarikat Sime Darby
Berhad.

4.2.1 BUKU RUJUKAN

Salah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat
semasa menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan buku rujukan sebagai
rujukan utama. Antara buku yang digunakan oleh pengkaji untuk dijadikan rujukan ialah
buku Pengajian Perniagaan STPM Penggal 1yang ditulis oleh Cikgu Zahari Mahamad.
Pengkaji telah menggunakan buku rujukan ini untuk mendapatkan formula-formula
kewangan untuk digunakan dalam pengiraan analisis nisbah kewangan terhadap syarikat
Sime Darby Berhad.

4.2.2 LAMAN WEB

Laman web ialah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan telefon
yang mengandungi teks, grafik, meja dan maklumat tentang sesuatu institusi organisasi,
persatuan, individu dan sebagainya yang dapat dicapai melalui internet. Antara laman
web yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi kajian ini ialah
www.simedarby.com .

11
990831-11-6166

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil kajian yang
telah dilakukan daripada buku-buku kewangan yang ditulis oleh pakar-pakar yang mahir
dalam bidang kewangan. Pengkaji memilih syarikat multinasional Sime Darby Berhad
untuk menganalisis dan mentafsir data-data kewangan. Laporan tahunan 2015, 2016 dan
2017 Sime Darby Berhad digunakan untuk menganalisis secara terperinci tentang prestasi
kewangannya. Nisbah kewangan yang dianalisis dan ditafsir oleh pengkaji ialah
merangkumi nisbah kecairan, nisbah kecekapan, nisbah keberuntungan dan nisbah
penggearan. Data yang diambil daripada laporan tahunan yang dikaji oleh pengkaji telah
dimasukkan dan diproses bagi menghitung nisbah kewangan dan menjelaskan dan
diproses bagi menghitung nisbah kewangan dan menjelaskan implikasi nisbah-nisbah
yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat ini.

5.1 NISBAH KECAIRAN

Menurut Jerry J. Weygandt (2007), nisbah kecairan mengukur kemampuan


perniagaan membuat bayaran pihak pemiutang dan bank dalam jangka pendek. Kecairan
sesebuah syarikat merujuk kepada keupayaan aset yang hendak ditukar dengan mudah
dalam bentuk tunai tanpa menjejaskan nilai aset. Kecairan adalah penting dalam
mengendalikan aktiviti perniagaan. Kedudukan kecairan yang teruk adalah petunjuk awal
bahawa syarikat menghadapi masalah awal. Nisbah kecairan terdiri daripada nisbah
semasa dan nisbah cepat.

51.1 Nisbah Semasa

Menurut Jerry J. Weygandt (2007), nisbah semasa menunjukkan sejauh mana


syarikat perniagaan mampu membayar hutang-hutang jangka pendek sekiranya aset-aset

12
990831-11-6166

semasanya ditunaikan. Nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan
liability semasa. Nisbah semasa dapat dihitung melalui rumus dibawah ini.

Formula: Nisbah Semasa = Aset Semasa


Liabiliti Semasa

Berikut merupakan dapatan analisis nisbah semasa terhadap laporan kewangan syarikat
multinasional Sime Darby Berhad.

Perkara 2017 (RM, 000) 2016 (RM, 000) 2015 (RM, 000)
Aset Semasa 13691 24376 25802.4
Liabiliti Semasa 7924 13372 15501.4
Nisbah Semasa
24376 25802.4
13691
13372 15501.4
7924

= 1.73 = 1.82 = 1.67

Nisbah Semasa

2017 2015
33% 32%

2016
35%
2015 2016 2017

13
990831-11-6166

Menurut pengiraan nisbah semasa dalam jadual yang dinyatakan di atas


menunjukkan bahawa pengiraan nisbah semasa syarikat Sime Darby pada 2015 ialah
sebanyak 1.67 kali. Pengiraan nisbah semasa syarikat Sime Darby pada tahun 2016 pula
ialah sebanyak 1.82 kali dan nisbah semasa syarikat Sime Darby pada tahun 2017 ialah
sebanyak 1.73 kali.

Berdasarkan pengiraan nisbah semasa di atas menunjukkan pada tahun 2015


syarikat mendapat pengiraan nisbah semasa sebanyak 1.67 kali meningkat kepada 1.82
kali pada tahun 2016, iaitu peningkatan ini sebanyak 0.15 kali. Hal ini disebabkan oleh
aset semasa pada setiap tahun meningkat berbanding liabiliti semasa. Namun, pada tahun
2017 syarikat mengalami penurunan sebanyak 0.09 kali iaitu 1.73 kali. Penurunan ini
berlaku disebabkan oleh aset semasa berkurang dari tahun sebelumnya.

Implikasi yang bakal berlaku apabila keadaan nisbah semasa syarikat tidak
konsisten iaitu pada tahun 2015 ke 2016 akan menyebabkan syarikat mengalami keadaan
yang tidak stabil , hal ini kerana tahap aset semasa terlalu tinggi. Jika rendah liabiliti
semasa melebihi aset semasa syarikat menghadapi masalah kewangan yang berlanjutan
yang boleh mempengaruhi kestabilan kewangan semasa syarikat.

5.1.2 Nisbah Cepat

Menurut Jerry J. Weygandt (2007), nisbah cepat mengukur kemampuan syarikat


perniagaan membayar hutang pendek dengan serta-merta tanpa menjual inventori. Nisbah
cepat adalah ujian kecairan yang lebih ketat berbanding dengan modal kerja bersih dan
nisbah semasa. Ini kerana nisbah cepat hanya mengambil kira tunai dan aset yang boleh
ditukar dengan mudah dalam bentuk tunai. Inventori tidak termasuk dalam aset cair yang
lain kerana tempoh yang lama bagi inventori yang hendak ditukarkan kepada tunai.
Nisbah cepat juga dikenali sebagai nisbah ujian asid.

Formula: Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori


Liabiliti Semasa

14
990831-11-6166

Berikut merupakan dapatan analisis nisbah cepat terhadap rekod kewangan Syarikat Sime
Darby Industries Berhad dari tahun 2015 hingga 2017.

Perkara 2017 (RM, 000) 2016 (RM, 000) 2015 (RM, 000)
Aset Semasa 13691 24376 25802.4
Inventori 7103 12779 12306.8
Liabiliti Semasa 7924 13372 15501.4
Nisbah Cepat
13691 – 7103
24376 – 12779 25802.4 – 12306.8
7924
13372 15501.4

= 0.83 = 0. 87 = 0.87

Nisbah Cepat

2017 2015
32% 34%

2016
34%
2015 2016 2017

Menurut pengiraan nisbah cepat di atas menunjukkan bahawa nisbah cepat


syarikat Sime Darby pada tahun 2015 dan 2016 ialah sebanyak 0.87 kali, manakala
nisbah cepat syarikat itu pada tahun 2017 pula ialah sebanyak 0.87 kali.

Berdasarkan pengiraan nisbah cepat di atas menunjukkan bahawa pada tahun


2015 syarikat dapat mengira nisbah cepat berdasarkan aset semasa, inventori dan liabiliti
semasa yang berada dalam penyata kewangan syarikat iaitu sebanyak 0.87 kali dan

15
990831-11-6166

konsisten pada tahun berikutnya iaitu tahun 2016. Hal ini disebabkan oleh syarikat dapat
mengawal penjualan inventori. Pada tahun 2017,nisbah cepat sebanyak 0.83 kali iaitu
penurunan sebanyak 0.04. Syarikat tidak dapat menstabilkan kewangan syarikat dan
keluar masuk penjualan akibat aset semasa yang berkurangan dan tidak dapat
menampung keuntungan syarikat untuk membayar semula hutang syarikat.

Implikasinya, jika nisbah ini mengalami penurunan, ini menunjukkan sesebuah


firma itu tidak memenuhi tuntuntan jangka pendek tanpa menjual stok. Ini juga
menggambarkan sesebuah syarikat tidak mampu memutar kembali modal mereka dalam
masa terdekat. Penghutang syarikat ini juga kemungkinan begitu ramai dan tidak
membayarnya dalam masa terdekat dan mengambil masa yang begitu lama. Hal ini boleh
mempengaruhi menjejaskan imej syarikat tersebut kesan daripada ketidakstabilan
kewangan syarikat.

5.2 Nisbah Penggearan

Menurut kotler (2012), nisbah penggearan juga dikenali sebagai nisbah hutang.
Malah, nisbah ini juga dikenali sebagai "nisbah leverage”. Nisbah ini memberi gamabran
tentang paras hutang yang dibuat oleh syarikat. Nisbah penggearan menjadi petunjuk
yang mencerminkan saiz risiko perniagaan, tetapi juga mencerminkan keupayaan
perusahaan untuk menggunakan wang daripada pemiutang yang terlibat dalam aktiviti
perniagaan. Penganalisis boleh menggunakan nisbah ini untuk membuat tafsiran terhadap
implikasi hutang me atas syarikat. Nisbah penggearan terdiri daripada nisbah hutang atas
aset, nisbah hutang atas ekuiti dan nisbah meliputi belanja faedah.

5.2.1 Nisbah Hutang Atas Aset

Menurut kotler (2012), nisbah hutang atas aset mengggambarkan sumbangan


hutang dalam membiayai dengan jumlah aset yang ada. Jumlah hutang merangkumi
hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang. Nisbah hutang yang tinggi
menunjukkan sebahagian keupayaan firma untuk berhutang adalah terbatas dan firma

16
990831-11-6166

akan dikenakan kadar faedah yang tinggi. Nisbah yang tinggi juga akan mengurangkan
kuasa meminjam syarikat. Malah, hutang tinggi juga boleh membebankan syarikat dari
segi pembayaran faedah yang tinggi.

Formula: Nisbah Hutang Atas Aset = Jumlah Liabliti


Jumlah Aset

Berikut merupakan dapatan analisis Nisbah Hutang Atas Aset terhadap rekod kewangan
Syarikat Sime Darby Berhad dari tahun 2015 hingga 2017.

Perkara 2017 (RM, 000) 2016 (RM, 000) 2015 (RM, 000)
Jumlah Liabiliti 28107 29884 31670.3
Jumlah Aset 67680 64509 62238.4
Nisbah Hutang Atas
28107
Aset 29884 31670.3
67680
64509 62238.4

= 0.42 = 0.46 = 0.51

Nisbah Hutang Atas Aset

2017
32% 2015
36%

2016
32%
2015 2016 2017

17
990831-11-6166

Menurut pengiraan nisbah hutang atas aset diatas menunjukkan bahawa nisbah
hutang atas aset syarikat Sime Darby pada tahun 2015 ialah sebanyak 0.51 kali dan pada
tahun 2016 pula ialah sebanyak 0.46 kali. Manakala, pada tahun 2017 pula nisbah hutang
atas aset syarikat itu ialah sebanyak 0.42 kali.

Berdasarkan pengiraan nisbah hutang atas aset menurut pengiraan daripada


penyata kewangan syarikat Sime Darby menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah
mendapat nisbah hutang atas aset paling tinggi pada tahun 2015 iaitu sebanyak 0.51 kali
dan telah berlaku penurunan sebanyak 0.05 kali pada tahun berikutnya iaitu sebanyak
0.46 kali pada tahun 2016. Pada tahun 2017, syarikat perniagaan ini juga sekali lagi
mengalami penurunan sebanyak 0.42 iaitu sebanyak 0.04 kali dan ini telah menunjukkan
bahawa syarikat ini mengalami kejatuhan nisbah hutang atas aset selama dua tahun
berturut-turut.

Berdasarkan pengiraan nisbah hutang atas aset terhadap syarikat Sime Darby dari
tahun 2015 hingga tahun 2017 menunjukkan bahawa nisbah tersebut mengalami
penurunan dua tahun berturut- turut. Implikasi daripada penurunan nisbah hutang atas
aset kepada syarikat ini ialah dapat mengurangkan risiko berlaku kebankrapan terhadap
kewangan syarikat. Hal ini demikian kerana, nisbah hutang yang tinggi menunjukkan
sebahagian keupayaan firma untuk berhutang adalah terbatas dan firma akan dikenakan
kadar faedah yang tinggi. Nisbah yang tinggi juga akan mengurangkan kuasa meminjam
syarikat. Malah, hutang tinggi juga boleh membebankan syarikat dari segi pembayaran
faedah yang tinggi.

5.3 Nisbah Kecekapan

Nisbah kecekapan juga dikenali sebagai nisbah aktiviti. Nisbah kecekapan


biasanya digunakan untuk menganalisis seberapa baik syarikat menggunakan aset dan
liabilitinya secara dalaman. Nisbah kecekapan boleh mengira perolehan penghutang,
pembayaran balik liabiliti, kuantiti dan penggunaan ekuiti, dan penggunaan umum

18
990831-11-6166

inventori dan jentera. Nisbah kecekapan mengukur keupayaan syarikat untuk


menggunakan asetnya untuk menjana pendapatan. Sebagai contoh, nisbah kecekapan
sering melihat aspek syarikat, seperti masa yang diperlukan untuk mengutip tunai
daripada pelanggan atau jumlah masa yang diperlukan untuk menukar inventori kepada
tunai. Ini menjadikan nisbah kecekapan penting, kerana peningkatan dalam nisbah
kecekapan biasanya diterjemahkan kepada keuntungan yang lebih baik. Nisbah
kecekapan terdiri daripada tempoh kutipan purata, pusingan ganti intentori, pusingan
ganti inventori mengikut bilangan hari, pusingan ganti jumlah aset dan pusingan ganti ast
tetap.

5.3. 1 Pusingan Ganti Jumlah Aset

Jumlah pusing ganti aset menunjukkan kecekapan syarikat dalam menggunakan semua
aset untuk menjana jualan. Biasanya, semakin tinggi nisbah, semakin cekap penggunaan
aset. Nisbah ini mungkin nisbah yang lebih kerap dirujuk oleh pihak pengurusan kerana
ia boleh menunjukkan kecekapan operasi syarikat secara keseluruhannya. Pusingan ganti
jumlah aset dapat dihitung melalui rumus di bawah ini.

Formula: Pusingan Ganti Jumlah Aset = Jualan


Jumlah Aset

Berikut merupakan dapatan analisis pusingan ganti jumlah aset terhadap rekod kewangan
Syarikat Sime Darby Berhad dari tahun 2015 hingga 2017.

Perkara 2017 (RM, 000) 2016 (RM, 000) 2015 (RM, 000)
Jualan 31087 29452 43728.7
Jumlah Aset 67680 64509 62238.4
Pusingan Ganti 31087
67680
Jumlah Aset
29452 43728.7
64509 62238.4

= 0. 46 = 0.46 = 0.70

19
990831-11-6166

Pusingan Ganti Jumlah Aset

2015
27%

2017
55%

2016
18%

2015 2016 2017

Menurut pengiraan nisbah pusingan ganti jumlah aset terhadap syarikat Sime
Darby pada tahun 2015 ialah sebanyak 0.70 kali. Pada tahun 2016 dan 2017 pula nisbah
pusingan ganti jumlah aset terhadap syarikat itu ialah sebanyak 0.46 kali.

Berdasarkan nisbah pusingan ganti jumlah aset, pada tahun 2015 menunjukkan
nisbah pusingan ganti jumlah aset paling tinggi bagi syarikat Sime Darby iaitu sebanyak
0.70 kali dan menurun kepada 0.46 kali pada tahun 2016 iaitu berlaku penurunan
sebanyak 0.24 kali pada tahun tersebut. Pada tahun 2017, nisbah pusingan ganti jumlah
aset syarikat masih lagi berada pada kedudukan jumlah yang sama iaitu 0.46 kali yang
menunjukkan jumlah ini konsisten dari tahun sebelumnya iaitu tahun 2016. Hal ini
disebabkan oleh faktor jualan dan jumlah aset dalam syarikat tersebut.

Impak yang dapat dilihat daripada syarikat tersebut ialah syarikat dapat
mengendalikan semua aset yang terdapat dalam syarikat tersebut. Pada tahun 2015,
syarikat berada dalam keadaan bermasalah disebabkan oleh ketidakcekapan nisbah
pusingan ganti jumlah aset iaitu mendapat nisbah 0.70 kali sahaja. Namun pada tahun
2016 dan tahun 2017, syarikat berjaya mengekalkan prestasi syarikat menjadi lebih baik
iaitu berfokus kepada pengendalian semua aset syarikat dan ianya dapat menjana jualan
daripada keadaan syarikat yang lebih baik. Jika nisbah ini rendah, ini akan menunjukkan
ketidakcekapan syarikat dalam mengawal aset bagi mendapatkan keuntungan.

5.4.2 Pulangan Atas Aset (ROA)

20
990831-11-6166

Menurut Peter C. Brewer (2004), pulangan atas aset menunjukkan hubungan antara
untung bersih dengan jumlah aset. Pulangan atas aset mengukur untung bersih yang dapat
dihasilkan bagi setiap ringgit yang telah dilaburkan. Pulangan atas aset boleh menjadi alat
yang berguna untuk membandingkan prestasi syarikat dari setahun ke tahun. Ia juga
boleh digunakan untuk membandingkan prestasi dua syarikat yang berbeza, tetapi
pemahaman yang mendalam tentang perniagaan yang dimaksudkan diperlukan. Pulangan
atas aset dapat dihitung melalui rumus di bawah ini.

Formula: Pulangan Atas Aset = Untung Bersih x100


Jualan Aset

Berikut merupakan dapatan analisis pulangan atas aset terhadap rekod kewangan Syarikat
Sime Darby Berhad dari tahun 2015 hingga 2017.

Perkara 2017 (RM, 000) 2016 (RM, 000) 2015 (RM, 000)

Untung Bersih 2562 2451 2430

Jumlah Aset 67680 64509 62238.4

Pulangan Atas Aset 2562 2451 2430

67680 64509 62238.4

= 3.79 = 3.80 = 3.91

21
990831-11-6166

Pulangan Atas Aset

2015 2016 2017 4th Qtr

Menurut pengiraan nisbah pulangan atas aset diatas menunjukkan bahawa nisbah
pulangan atas aset syarikat Sime Darby pada tahun 2015 ialah sebanyak 3.91 kali. Pada tahun
2016, nisbah pulangan atas aset syarikat multinasional itu ialah sebanyak 3.80 kali dan pada tahun
2017 pula nisbah pulangan atas asetnya ialah sebanyak 3.79 kali.

Berdasarkan pengiraan nisbah pulangan atas aset di atas menunjukkan nisbah


tertinggi ialah pada tahun 2015 iaitu sebanyak 3.91 kali manakala menurun kepada 3.80
kali pada tahun 2016, ianya menurun sebanyak 0.11 kali berbanding tahun sebelumnya.
Pada tahun 2017, nisbah ini menunjukkan sebanyak 3.79 kali berbanding tahun
sebelumnya, sekaligus menunjukkan bahawa nisbah ini sekali lagi mengalami penurunan
pada tahun 2017 iaitu 0.01 kali berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2016.

Impak yang dapat dilihat mengikut keadaan persekitaran ialah syarikat dapat
mengira untung bersih daripada nilai wang yang telah dilaburkan. Syarikat mengalami
penurunan pada tahun sebelumnya kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ianya
menjejaskan kestabilan syarikat. Pada tahun sebelumnya, syarikat tidak dapat
menstabilkan dan meningkatkan keuntungan syarikat dan mengakibatkan syarikat
mengalami penurunan pada tahun 2017. Keadaan ini tidak dapat menstabilkan keadaan
kewangan syarikat dari terus beroperasi selama 3 tahun berturut-turut.

22
990831-11-6166

6.0 RUMUSAN

Kajian ini dijalankan terhadap syarikat multinasional Sime Darby iaitu


bertujuan menghitung nisbah kewangan seperti nisbah semasa, nisbah cepat, nisbah
hutang atas aset, nisbah pusingan ganti jumlah aset dan nisbah pulangan atas aset ,
mentafsir dapatan daripada pengiraan tersebut pada tahun 2015, 2016, dan 2017.
Selain itu, membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh 3 tahun dan menjelaskan
impilikasi nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat tersebut.
Syarikat Sime Darby mampu membayar balik jumlah hutang jangka pendek dengan
baik. Berdasarkan hasil kajian, antara elemen utama yang menentukan keuntungan
atau kerugian sesebuah organisasi adalah bergantung kepada laporan kewangan
sesebuah syarikat.

Pengkaji mencadangkan agar syarikat Sime Darby lebih menfokuskan kepada


bidang perladangan kelapa sawit dan getah berbanding bidang automotif dan
perkilangan. Hal ini kerana objektif awal penubuhan syarikat ini adalah untuk
mengawal harga pasaran dan pengeluaran kelapa sawit dan getah dunia. Jika syarikat
ini dapat mengawal pengeluaran bagi bidang perladangan tersebut , ini akan memberi
kesan positif kepada syarikat dan peneroka.

Kesimpulannya, analisis kewangan sangat penting bagi mengukur prestasi dan


kemajuan syarikat multinasional Sime Darby dalam operasi perniagaannya. Perkara ini
dapat membantu syarikat mengurus kewangan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Oleh itu, dengan adanya analisis kewangan juga, syarikat tersebut berharap agar mereka
dapat menguruskan perniagaan lebih baik supaya dapat berkembang lebih maju pada
masa hadapan.

23
990831-11-6166

7.0 RUJUKAN

Buku Rujukan

 Jerry J.Weygandt, May 29 2012, Financial Accounting 8 Edition,


 Peter C.Brewer 2006, Introduction to Managerial Accounting, Third Edition
McGraw-hill
 Sabitha Marican 2005, Pengurusan masalah dan penyelesaian, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
 Sabri Hj. Hussin, 2002. Pengenalan Kepada Perniagaan, Kuala Lumpur:
Thomson Learnin
 Kotler Philip, 200, Principles of Marketing: A Global Perspective, Singapore:
Prientice-Hall
 Amstrong, Gary & Kotler, Philip 2011. Marketing : An Intriduction, Tenth
Edition, England, Person Education Limited

LAMAN WEB

 www.simedarby.com .
 https://ms.investing.com/equities/sime-darby-bhd-financial-summary
 https://ms.investing.com/equities/sime-darby-bhd-income-statement
 https://ms.investing.com/equities/sime-darby-bhd-balance-sheet

24
990831-11-6166

25

También podría gustarte