Está en la página 1de 16

1.

0 PENGENALAN

Kami telah menjalankan kajian luar di sebuah kawasan bandar di Langkawi. Langkawi
ialah pulau bebas cukai yang terletak di perairan Kedah. Kedah merupakan salah satu destinasi
perlancongan berkunjung ke pulau ini. Oleh itu, pelbagai infrastruktur telah dibina untuk
memenuhi keperluan pelancong dan penduduk setempat seperti taman rekreasi, homestay dan
tempat perlancongan.

Menurut Kamus Dewan, pelancongan berasal daripada lancong atau melancong yang
membawa maksud melawat sambal melihat-lihat (bersenang-senang). Dalam bahasa Inggeris
Pelancongan diertikan sebagai tourism manakala melancong pula diertikan sebagaitravel atau
journey. Melancong juga didefinisikan sebagai meninggalkan tempat tinggalmenuju ke sesuatu
destinasi dengan tujuan tertentu dan berhasrat untuk kembali semulake tempat asal. Manakala
pelancong pula diertikan sebagai orang yang bermusafir kesesuatu tempat dengan tujuan tertentu
dan tidak bertujuan untuk berhijrah atau berkerjadi tempat tersebut.

Pelancongan turut didefinisikan sebagai satu kegiatan multidimensi dan pelbagai yang
menyentuh dalam aspek kehidupan dan aktiviti ekonomi. Pelancongan tidak semuanya bertujuan
untuk keseronokan atau berhibur malah ia juga merangkumi pelancongan perniagaan,
pelancongan kesihatan, pelancongan sukan dan lain-lain. Fathi Yakan membahagikan
pelancongan kepada dua iaitu perlancongan taat yang berlandaskan syariat Islam dan
pelancongan maksiat iaitu yang berlawanan dengan ketetapan dan syariat Allah s.w.t. Menurut
Hunziker pula, beliau mendefinisikan pelancongan sebagai satu fenomena yang mempunyai
hubungan dengan perjalanan seseorang yang tidak kekal dan tidak terlibat dengan aktiviti atau
kegiatan yang produktif.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

a) Mengenalpasti Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan untuk kemudahan di Pantai Chenang,


Langkawi.

i. Melakar peta lakaran aktiviti perniagaan dan perkhidmatan


ii. Membina jadual taburan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan
iii. Membina jadual kedatangan pelancong
iv. Melukis graf kedatangan pelancong

b) Menghurai perubahan landskap budaya akibat perkembangan aktiviti pelancongan di Pantai


Chenang, Langkawi

c) Menjelaskan kesan aktiviti pelancongan terhadap pembangunan sosio-ekonomi penduduk


setempat di Pantai Chenang,Langkawi.

d) Memberi cadangan, strategi dan langkah untuk meningkatkan potensi Pantai Chenang,
Langkawi bagi menarik kedatangan pelancongan.
3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, lokasi merupakan elemen yang sangat penting. Pengkaji memilih
Langkawi untuk dijadikan tempat penyelidikan kerana Langkawi merupakan tempat
ekopelancongan yang terpenting dalam Malaysia. Selain itu, Langkawi juga mempunyai jumlah
pelancong yang ini juga dapat memudahkan pengkaji memungut data yang diinginkan. Langkawi
juga merupakan tempat yang selamat untuk didiami ini penting untuk pengkaji melakukan tanpa
sebarang masalah.

Gambar : Dataran Lang

Sumber : Kajian Luar 2018

Langkawi, sebuah kumpulan 99 pulau yang dipisahkan dari tanah besar Malaysia oleh
Selat Melaka, adalah sebuah daerah negeri Kedah di Malaysia Utara dan terletak kira-kira 51 km
barat Kedah. Jumlah jajahan di pulau-pulau ini adalah 47.848 hektar. Pulau utama terletak kira-
kira 25 km dari utara ke selatan dan sedikit lagi untuk timur dan barat. Kawasan pesisiran pantai
terdiri daripada dataran yang rata dengan batu kapur. Dua pertiga pulau ini terdiri oleh
pergunungan, bukit dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah dan ia merupakan lokasi paling
ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti restoran, hotel serta chalet bajet, pusat
hiburan dan kedai cenderamata mudah ditemui di sepanjang lokasi ini. Pantainya pula berpasir
halus. Pantai Cenang juga terkenal dengan keindahan matahari terbenam dan di sebelah
malamnya pula dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, pelbagai kemudahan seperti bangunan
kompleks, hotel, kiosk dan lain-lain disediakan yang berdiri di sepanjang sebelah persisiran
pantai.
4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Kaedah kajian merupakan salah satu cara untuk mengandun dan menstruktur setiap
maklumat yang diperoleh mengikut ketetapan yang ditetapkan. Kaedah untuk mengumpul data-
data dan medapatkan maklumat yang tepat, pengkaji menggunakan kaedah kajian yang
bersesuaian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang memberi tumpuan kepada penggunakan kaedah
penganalisisan kandungan. Antara kaedah yang digunakan untuk menyiapkan kajian
ekopelancongan termasuklah :

4.2 Kaedah Permerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang terawal dalam penyelidikan. Kaedah ini
dijalankan bagi bertujuan memahami dan mengetahui situasi lapangan kajian dan memperoleh
semua makluamt secara langsung. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian sebanyak 2 kali dan
melihat sendiri perubahan persekitaran di tempat kajian bagi mendapat maklumat pada lokasi
kajian bagi mencapai objektif dan mengetahui perubahan landskap budaya akibat perkembangan
aktiviti dan kesan aktiviti pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk setempat.

4.3 Kaedah Borang Soal Selidik

Bagi soal selidik, Saya mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden di tempat
kajian. Antaranya, sebanyak 35 orang pelancong dan orang tempatan di sekitar pantai chenang. Ini
bertujuan untuk melihat pandangan responden antara positif atau negatif terus mengumpul
maklumat yang diberi oleh responden melalui borang soal selidik. Kesemua responden ini dipilih
secara rawak. Terdapat 4 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bajagian C dan bahagian D.
Bahagian A berkaitan maklumat diri responden iaitu jantina, umur, berasal dari, tujuan datang
Langkawi dan bangsa. Responden dimaklumkan agar mengisi dengan tepat. Bahagian B pula
berkaitan tindak balas responden terhadap penyataan perubahan landskap budaya akibat
perkembangan aktiviti pelancongan. Bahagian D kesan aktiviti pelancongan terhadap
sosioekonomi penduduk setempat. Seterusnya, bahagian D pula berkaitan cadangan strategi untuk
meningkatkan potensi kawasan kajian bagi menarik kedatangan pelancongan.Responden perlu
memilih cadangan jawapan yang diberikan. Responden diberi pilihan antara skala (1) “Sangat
tidak setuju”, (2) “Tidak setuju”, (3) “Tidak pasti”, (4) “Setuju”, (5) “Sangat setuju”

4.4 Rujukan

Rujukan merupakan satu hubungan diantara objek-objek yang dirangka dalam satu objek
yang dikaitkan dengan objek yang lain. Pengkaji telah mencari bahan rujukan seperti surat khabar
Utusan Malaysia serta Kamus Dewan Edisi Keempat maklumat tentang maksud perlancongan,
perpustakaan sekolah untuk mencari maklumat di Langkawi. Bahan akhbar digunakan untuk
memperoleh maklumat ekopelancongan. manakala Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat
digunakan untuk definisi perkataan dalam kajian ini. Bahan dari laman web juga digunakan oleh
pengkaji untuk maklumat tambahan.
5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Jenis aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di pantai cenang.


PERKHIDMATAN BILANGAN
Perkhidmatan 13
Hotel/villa 28
Dobi 1
Spa 1
JUMLAH 43
Jadual 1 : Jenis Perniagaan
Sumber : Kajian luar 2018
PERNIAGAAN BILANGAN
Kedai makan 24
Café 6
Kedai pakaian 12
Kedai runcit 18
Perniagaan ubat kesihatan 1
JUMLAH 61
Jadual 2 : Jenis Perkhidmatan
Sumber : Kajian Luar 2018
Jadual diatas merupakan perniagaan dan perkhidmatan yang ada di pantai cenang,
Langkawi. Sebanyak 5 jenis Aktiviti perniagaan yang dijalankan di pantai cenang, Antara jenis
perniagaan yang ada di pantai cenang ialah kedai makan iaitu sebanyak 24 unit, café iaitu terdapat
6 unit, 12 unit kedai pakaian, 18 unit kedai runcit, perniagaan ubat kesihatan 1 unit, dengan
kesemua bilangan itu, jumlah bagi aktiviti perniagaan ialah 61. Bagi aktiviti perkhidmatan pula
sebanyak 4 jenis perkhidmatan yang ada di pantai cenang termasuklah 13 unit perkhidmatan yang
ada iaitu pakej pelancongan, sewa pengangkutan dan lain. Seterusnya, 28 unit hotel/villa, 1 unit
lobi dan 1 unit spa. Data diambil berdasarkan atas pemerhatian pengkaji lokasi yang ingin dikaji.
5.2 Jadual kedatangan pelancong

1. Jantina
JANTINA BILANGAN RESPONDEN PERATUSAN(%)
(ORANG)
Lelaki 18 51
Perempuan 17 49
JUMLAH 35 100
Jadual 1 : Jantina Responden
2. Umur
UMUR BILANGAN RESPONDEN PERATUSAN(%)
(ORANG)
Bawah 20 Tahun 2 6
21 Tahun - 30 Tahun 11 31
31 Tahun – 40 Tahun 17 48
41 Tahun – 50 Tahun 3 9
50 Tahun ke Atas 2 6
JUMLAH 35 100
Jadual 2 : Umur Responden
3. Tempat Asal
JENIS KEDATANGAN BILANGAN RESPONDEN PERATUSAN(%)
(ORANG)
Tempatan 17 48
Terengganu 5 14
Selangor 1 3
Negeri Sembilan 3 9
Kelantan 2 6
Pelancong Antarabangsa 7 20
JUMLAH 35 100
Jadual 3 : Tempat Asal Responden

4. Kekerapan

BERAPA KALI DATANG BILANGAN PERATUSAN(%)


RESPONDEN(ORANG)
Pertama 6 17
Kedua 7 20
Ketiga 5 14
Lebih pada 3 kali 1 49
JUMLAH 35 100
Jadual 4:
Data yang didapati merupakan hasil daripada soal selidik ketika berada di lokasi kajian
pengkaji telah menyoal selidik terhadap 35 responden yang mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi
umur, jantina, tempat asal dan kekerapan datang ke Langkawi. Pengkaji juga menyoal selidik
pendatang dari luar untuk mengetahui pendapat mereka mengenai pantai cenang, Langkawi ini.

5.3 Graf Kedatangan pelancong

Graf Kedatangan Pelancong


60

50

40

30

20

10

0
Tempatan Terengganu Selangor N.Sembilan Kelantan Antarabangsa

Series 1

Graf 1 : Jumlah Kedatangan Pelancong


Menurut graf 1, jumlah pelancong tempatan yang berasal dari Negeri Kedah seramai 17
orang, antara sebab mengapa ramai pelancong tempatan datang untuk mencari perkerjaan .
Pelancong luar negeri seramai 15 orang yang terdiri daripada pulau pinang iaitu 2 orang, negeri
Selangor sebanyak 2 orang, negeri perak pula 3 orang. Selain itu, negeri Terengganu pula adalah
2 orang dan kuala lumpur adalah 1 orang untuk melancong. Pengunjung dari luar negara yang
datang ke Langkawi adalah 11 orang.
5.4 Perubahan landskap budaya akibat perkembangan aktiviti.

1. Hutan ditebang untuk pembinaan Kompleks beli-belah selesa.

Melalui kajian yang dilakukan, pengkaji telah berjaya mengumpul meklumat mengenai
perubahan landskap budaya yang berlaku dipantai ini, perubahan ini berlaku disebabkan
perkembangan aktiviti-aktiviti pelancongan. Tempat pembinaan kompleks itu dahulunya
merupakan kawasan pantai yang terbiar, tanah diratakan untuk dibina pusat kompleks untuk
kemudahan kepada pelancong dan penduduk tempatan. Kompleks ini dibina telah memberi banyak
sumbangan terhadap eko-pelancongan dalam pantai chenang. Sebanyak 12 orang setuju iaitu 34%
sangat setuju dengan kompleks beli-belah dibina dikawasan yang lapang untuk lebih selesa,
mereka memilih ini kerana kemudahan parking dikawasan kompleks dapat memudahkan
pelancong dan penduduk tempatan selesa. Selain itu, sebanyak 15 orang responden iaitu 43%
bersetuju bahawa kompleks beli-belah ini perlu dibina dikawasan yang lebih lapang. Selebihnya,
kategori tidak pasti sebanyak 8 orang responden iaitu sebanyak 23%, kebanyakan responden yang
memilih tidak pasti ini merupakan warga orang tua kerana mereka takut dipinggirkan.

2. Laut ditambak dan dijadikan tempat pembinaan jalan raya.

Hasil kajian menunjukkan laut ditambak untuk dijadikan jalan raya. Penambakkan pada
eset tanah membolehkan pembinaan jalan raya disepanjang pantai cenang dapat dilakukan untuk
kemudahan pelancongan dan penduduk setempat. Laut ditambak dengan pasir untuk meluaskan
kawasan dalam Langkawi, hal ini kerana keluasan yang yang terhad membolehkan jalan kecil dan
menyebabkan berlakunya kesesatan lalu lintas. Penambak dibuat untuk mengelak kesesatan lalu
lintas berdekatan lokasi dataran helang. Sebanyak 24 responden atau 69% yang memilih sangat
setuju dimana laut ditambak untuk pembinaan jalan raya, antara sebab mereka memilih untuk
kebaikan bersama. Selebihnya, 11 orang atau 31% memilih setuju untuk soal selidik ini dengan
sebab yang sama.

3. Bukit padang mat sirat ditarah untuk pembinaan kawasan lapangan terbang.

Kajian yang dijalankan menunjukkan kawasan lapangan tebang dibina setelah bukit
ditarah. Pembinaan lapangan terbang ini dibina dikawasan padang mat sirat yang dahulunya ia
merupakan kawasan berbukit, bukit ditarah dengan keluasan yang luas untuk pendaratan kapal
terbang. Pembinaan lapangan terbang ini berhampiran persisiran pantai dan kawasan penduduk
tempatan. Lapangan terbang dapat menaikkan kadar pelancongan datang ke Langkawi. Pada soal
selidik, sebanyak 17 responden atau 49% memilih setuju bahawa perubahan ini berlaku. Manakala
15 responden atau 43% tidak pasti dan 3 responden atau 9% yang tidak setuju, kerana bunyi yang
bising datang semasa pendaratan kapal terbang.

4. Hutan ditebang untuk pembinaan chalet dan taman tema.

Gambar 2 : Sri Lagenda Apartment

Sumber : Kajian Luar 2018


Perubahan landskap pada hutan dimana tujuan untuk membina tempat kediaman, chalet,
hotel dan taman tema. Hutan yang terbiar ditebang untuk pembinaan-pembinaan tersebut seperti
pada gambar 2 .Perubahan hutan kepada pembinaan chalet dapat memudahkan pelancong luar
untuk tujuan mencari tempat kediaman mereka. Pembinaan taman tema juga dapat menarik
pelancong untuk mengunjungi ke tempat tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapat
beberapa maklumbalas responden iaitu sebanyak 14 atau 40% jumlah responden bersetuju bagi
mendirikan bagi pembinaan chalet dan taman tema. Manakala 5 atau 14% jumlah responden tidak
pasti bahawa hutan ditebang bagi pembinaan chalet dan taman tema. Selebihnya , sebanyak 16
atau 46% responden tidak setuju terhadap pembinaan chalet yang membolehkan penebangan
hutan.

5.5 Kesan aktiviti pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk setempat.

1. Keselamatan yang terjamin.

Gambar 3 : Feri Langkawi

Sumber : Kajian Luar 2018

Kebanyakkan para pelancongan datang ke Langkawi disebabkan oleh jaminan keselamatan


yang ada, oleh sebab itu perkhidmatan sosial ditingkatkan seperti penyediaan pangangkutan yang
lebih selesa seperti bas, teksi, dan feri yang cukup selamat dan selesa dan persekitaran yang
selamat dari ancaman kepada pelancong untuk menarik minat mereka gemar ke sini dan kesannya
secara langsung akan meningkatkan perkhidmatan sosial penduduk setempat seperti feri di jeti
kuala perlis ke pecan kuah. Seramai 35 responden telah disoal selidik, antaranya, 18 responden
atau 51% bersetuju akan jaminan keselamatan disini. Sebanyak 13 atau 37% tidak pasti manakala
selebihnya 4 reponden atau 4 atau 11% tidak setuju dengan jaminan keselamatan tersebut.

2. Penduduk tempatan bekerja di chalet dan hotel.

Penduduk tempatan disekitar Pantai Cenang kebanyakkannya bekerja disekitar kawasan


mereka diami. Dengan pembangunan yang baru dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka
untuk menampung perbelanjaan mereka. Peluang perkerjaan yang mereka boleh didapati
dikawasan Pantai Cenang adalah chalet dan hotel sebagai tukang masak, servis dihotel dan lain-
lain. Antara hotel yang terdapat disana ialah sunset villa in, nor vila rooftop, dan lain-lain lagi. Ini
dapat memberi kesan kepada sosioekonomi penduduk setempat memberi peluang pekerjaan
penduduk setempat. hal ini, pengunjung akan menyewa hotel ataupun chalet sebagai tempat
penginapan mereka. Daripada soal selidik yang didapati. Sebanyak 24 atau 69% responden
bersetuju bahawa kebanyak penduduk tempatan bekerjaan di chalet dan hotel. Dan selebihnya 11
atau 31% reponden tidak pasti dengan kesan tersebut.

3. Pendapatan tetap mampu membeli rumah yang selesa.

Gambar 4 : Rumah Penduduk Tempatan

Sumber : Kajian Luar 2018


Tahap mobili penduduk yang meningkat dapat membolehkan penduduk dapat tinggal
dirumah dengan lebih selesa. Tahap pertama, kedatangan pelancong dari luar negara sebagai titik
tolak terhadap perkembangan serta perluasan pembandaran dan perindustrian, pembangunan
wilayah bandar dan desa. Sebagai contoh kawasan pantai cenang merupakan hutan pantai yang
tebal telah dibangunkan menjadi pusat bandar kerana ramai pelancong yang datang melawat dan
ingin melihat keunikan kawasan tersebut dengan lebih selsesa. Dapat kajian ini mengumpul
sebanyak 35 reponden. Antaranya seramai 11 atau 31% responden memilih sangat setuju
manakala 21 atau 60% reponden memilih setuju terhadap kesan ini. Selebihnya, 3 atau 9%
responden memilih tidak pasti.

5.6 Cadangan strategi untuk meningkatkan potensi kawasan kajian bagi menarik
kedatangan pelancongan.

1. Menyediakan tempat penginapan yang murah dan selesa untuk menarik kedatangan
pelancong.

Dengan adanya tempat penginapan yang murah dan selesa dapat menarik kedatangan
pelancong kerana terdapat memberikan faedah kepada pelancong tersebut kerana dapat menjimat
duit mereka. Harga yang murah dapat meningkat potensi di kawasan kajian dihadiri ramai
pelancong luar dan dalam negara. Penginapan yang murah ini juga, pelancong dapat
mencadangkan percutian ini kepada rakan-rakan mereka untuk datang kesini. Dengan 35
responden, pengkaji telah mendapat data iaitu sebanyak 8 atau 23% responden yang memilih
sangat setuju dan seterusnya 12 atau 34% responden yang memilih setuju dan selebihnya tidak
pasti dan tidak setuju masing ialah 9 atau 26% dan 6 atau 17%.

2. menydiakan sewa kenderaan yang murah untuk pelancong.

Cadangan bagi penyediaan kereta sewa yang berbaloi dan murah untuk perlancongan. Ini
dapat memudahkan pelancong meneroka dengan mereka sendiri. Kemudahan kereta sewa dapat
meningkatkan jumlah kedatangan pelancong datang. Hal ini, dengan menyewa kereta mereka
dapat menikmati percutian mereka dengan baik. Jumlah responden yang disoal selidik adalah
sebanyak 35 orang, antaranya 14 responden sangat setuju bahawa kereta sewa yang berbaloi
merupakan cadangan yang baik manakala selebihnya iaitu 21 responden bersetuju dengan
cadangan yang diberikan dalam soal selidik.
3. Pakej perlancongan yang berbaloi akan menarik minat pelancong datang ke Langkawi.

Gambar 5 : Pakej Pelancongan

Sumber : Kajian Luar 2018

Menyediakan pakej perlancongan yang berbaloi juga merupakan cadangan yang baik.
Dengan pakej yang ditawarkan termasuk aktiviti seperti bersiar-siar ditempat Langkawi dan
melawat tempat-tempat yang menarik, juga penginapan yang selesa dan tersedia kenderaan untuk
pelancong dapat menarik minat pelancong datang ke langkawi dengan pakej harga yang murah
dapat memudahkan pelancong serta pelancong tempatan. Pakej yang berbaloi dengan sekali
penginapan yang selesa dapat menaikkan kedatangan pelancong. Antara 35 responden terdapat 17
atau 49% responden yang memilih sangat setuju dan 18 atau 51%responden yang memilih setuju.
4. Menyediakan perkhidmatan bas yang kerap ulang dan alik di kawasan Pulau Langkawi untuk
kegunaan pelancongan.

Memperbaiki dan menaiktaraf sistem perkhidmatan terutamanya dalam sektor


perkhidmatan bas. Hal ini akan menarik pelancong gemar ke sini kerana perkhidmatan bas
disediakan dengan lebih efisien seperti bas yang sampai tepat pada waktunya bagi memudahkan
mereka membuat jadual perjalanan. Selain itu, bas yang selesa adalah bas yang mempunyai
penghawa dingin yang dapat memberi keselesaan kepada pelancong semasa menikmati perjalanan
mereka. Setiap bas perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang perlu untuk jaminan keselamatan
pelancong. Antara 35 responden, terdiri daripada 12 atau 34% responden sangat setuju.
Seterusnya, 16 atau 46% responden memilih setuju dengan cadangan ini dan selebihnya 7 atau
20% memilih tidak pasti.