Está en la página 1de 6

PK07- LAMPIRAN 3

SK SRI DELIMA
KAMPUNG BATU, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 52000 KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL : 1/2018

Tarikh : 3 Januari 2018


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Sri Cempaka
Pengerusi : En. Mohamad Izuan Bin Sareat

Kehadiran :

1. Pn. Norzita Binti Mohamad Noh (Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran)
2. En. Mohamad Izuan Bin Sareat (Ketua Panitia )
3. Pn. Noraini Binti Dasril (Setiausaha)
4. Pn. Suriani Bt Muhamad
5. Pn. Sunaiza Bt Husein
6. Pn. Maizatul Akmal Bt Ahmad Zulkifli
7. Cik Nur Diyana Bt Ismet Furmansyah
8. Pn. Nor Azaliza Bt Tarmizi
9. En. Shahrizal B. Sulong @ Shamsuddin
10. En. Mohamad Syahmi B. Ghazali
11. En. Mat Lazin B. Abdullah
12. En. Che Halim B. Madon
13. En. Mohd Aisamudin B. Azilah
14. Pn. Hana Bt Sadir
15. Pn. Nur Afifa Bt Mohd Saffer
16. En. Mohd Jumarin B. Ab Halim
17. En. Khusairi B. Basir
18. Pn. Siti Norbaini Bt Bedullah
19. Pn. Noraziah Binti Ibrahim
20. Cik Nurul Syairah Binti Awang
21. Pn. Siti Halimahtun Binti ainol Abidin
22. Pn. Nur Zeelda Raha Binti Husin
23. Pn. Nur Hidayah Binti Mohtar

Tidak Hadir:

1. En. Adnan Bin Ali@Alias (bersebab)


2. En. Jasman B. Sim (bersebab)
3. Pn. Maini Bt Md Daud (bersebab)

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
Setiausaha mesyuarat : Pn. Noraini Binti Dasril

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Pengerusi
1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.
1.1.2 Pengerusi membuat semakan kelas guru yang mengajar Bahasa Melayu.
1.1.3 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru baharu yang akan
mengajar Bahasa Melayu bagi tahun 2018.
1.2 Ucapan Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran
1.2.1 Penolong Kanan Kurikulum mengucapkan tahniah kepada ahli panita
Bahasa Melayu yang baharu.
1.2.2 Penolong Kanan Kurikulum membuat rumusan data UPSR 2017 dari
aspek perbandingan peningkatan dalam sekolah.
1.2.3 Penolong Kanan Kurikulum mengingatkan tentang SPI dan SOP sebagai
punca kuasa dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat Bil 1/2018 dicadang untuk disahkan oleh En. Shahrizal Bin
Sulong dan disokong oleh En. Aisamudin Bin Azilah.

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Program Mentor Mentee (PLC) untuk ahli panitia Bahasa Melayu.
3.1.1 Program ini perlu dijalankan sepanjang tahun dalam meningkatkan kualiti
pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan guru.
Tindakan : Ketua Panitia

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 Pengesahan Perlantikan AJK 2018


4.1.1 Rujuk buku pengurusan bagi perlantikan AJK Panitia Bahasa Melayu Pra
sekolah dan guru tahun 1 hingga 6.

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan
4.2.1 PPPM/DSKP perlu selaras untuk setiap aliran dan lengkap untuk
matapelajaran yang diajar. Guru boleh melayari blog Panitia Bahasa
Melayu SK Sri Delima (https://panitiabahasamelayusksd.wordpress.com/)
untuk maklumat berkenaan.
4.2.2 Semakan KSSR bagi tahun 1 dan 2 (2018).
Tindakan: Makluman

4.3 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (BRM)


4.3.1 Melengkapkan buku rekod mengajar yang mempunyai senarai nama
murid, ruangan markah Formatif 1 dan 2, PPT, PAT serta TOV dan ETR.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

4.4 Fail Dokumen Pengajaran dan Pembelajaran


4.4.1 Guru perlu mempunyai fail dokumen pengajaran dan pembelajaran yang
mempunyai keterangan peribadi, DSKP, Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid (Tahun 2-3), Rancangan Pelajaran Tahunan, Rekod
pencapaian 100% (SPSK PK03-1) dan borang perekodan PBS.
4.4.2 Fail dokumen pengajaran dan pembelajaran (fail putih) hendaklah dibawa
bersama dengan BRM semasa pdpc dijalankan.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

4.5 Pelaksanaan PDP


4.5.1 Guru-guru perlu menggunakan KBAT, i-Think, MMI dan VLE frog
dalam pdpc selaras dengan pembangunan dan pengajaran abad ke-21.
4.5.2 Contoh penggunaan MMI pembelajaran abad ke-21 adalah seperti Gallery
Walk, Traffic Light, Hot Chair dan sebagainya perlu dicatat dalam RPH.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

4.6 Penggunaan Buku Tulis dan Buku Kerja


4.6.1 Ketua Panitia menyelaraskan bilangan penggunaan buku latihan sebanyak
4 buah buku bagi Tahap 1 dan 5 buah buku bagi tahap 2.
4.6.2 Nama buku latihan juga diselaraskan kepada BM1(tatabahasa), BM2
(tatabahasa), BM3 (pemahaman), BM4 (penulisan) dan BM5 (penulisan).

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
4.6.3 Latihan penulisan atau karangan ditetapkan bagi tahap 1 sebanyak sekali
seminggu manakala bagi tahap 2 adalah sebanyak 2 kali seminggu.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

4.7 Pencerapan dan Penyemakan Buku Latihan


4.7.1 Jadual pencerapan telah disediakan oleh pentadbir. Pencerapan akan
dibuat dua kali setahun iaitu pencerapan kali pertama pada bulan Februari
hingga Mei dan pencerapan kali kedua pada bulan Julai hingga Oktober.
4.7.2 Semakan buku latihan murid perlu dibuat sebelum memberi latihan
seterusnya dan guru perlu memberi pujian atau teguran membina kepada
murid.
Tindakan: Makluman

4.8 Borang Perekodan PBS


4.4.1 PBS perlu diisi dari semasa ke semasa dalam fail putih dan BRM serta
dimasukkan ke dalam sistem offline setelah habis satu kemahiran atau
topik.
Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

4.9 Takwim Peperiksaan dan Penyediaan serta Penggubal Soalan


4.9.1 Penetapan penyediaan dan penggubal soalan peperiksaan Ujian Formatif
1 dan 2, PPT dan PAT akan disediakan oleh setiausaha peperiksaan
dalaman.
Tindakan: Makluman

4.10 Program Peningkatan


4.10.1 Antara program yang dirancang sepanjang 2018 adalah Minggu Bahasa
dan Program bersama PSS (Julai), Bulan Bahasa Kebangsaan (Oktober),
Kem Tahun 4 (April, Oktober) dan Menulis Karangan Hujung Minggu.
BIL. PERKARA J F MA MJ J O S O N
1 MESYUARAT PANITIA X X X X
2 UJIAN FORMATIF 1&2/PPT/PAT X X X X
3 TRANSISI MURID TAHUN 1 X
4 PROGRAM LINUS X X X X X X X X X X
5 PROGRAM PENINGKATAN UPSR X X X X X X X X X X
6 MINGGU BAHASA X

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
7 KEM MEMBACA 1 MALAYSIA X
8 PROGRAM BERSAMA PSS X
9 BULAN BAHASA KEBANGSAAN X
10 PROGRAM PEMULIHAN X X X X X X X X X X
11 KEM IGG 4 X X
12 KEM IGG 5 X X
13 KEM IGG 6A X
14 SUDUT BAHASA (KELAS) X X X X X X X X X X
15 MENULIS KARANGAN HUJUNG
X X X X X X X X X
MINGGU

Tindakan: Makluman

4.11 Pengurusan Sistem Fail


4.11.1 Semakan fail SPSK bermula Mac 2018
Tindakan: Makluman

4.12 Anggaran Belanjawan


4.12.1 Peruntukan belum diperolehi lagi dan Ketua Panitia memohon LCD dari
unit ICT bagi penggunaan panitia Bahasa Melayu.
Tindakan: Makluman

4.13 Bahan Bantu Mengajar


4.13.1 Guru perlu merekodkan dan menyenaraikan BBM yang ada dan boleh
mendapatkan BBM daripada Ketua Panitia.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi memaklumkan tentang Latihan Dalam Perkhidmatan tentang
penandaan kertas yang akan dijalankan.
Tindakan: Makluman

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
6.3 Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mac.

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00
Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ ____________________
(NORAINI BINTI DASRIL) (MOHAMAD IZUAN B. SAREAT)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu
SK Sri Delima SK Sri Delima

Tarikh : 9 Januari 2018

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1 Mac 2016 -Keluaran 01 | Pindaan 00

También podría gustarte