Está en la página 1de 1
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: Tugasan 1 Penulisan akademik (20%) Menurut Lev Vygotsky (1896-1934), kanak-kanak berkembang dengan cara yang sistematis, logikal dan rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Analisiskan apa yang dimaksudkan oleh beliau berkaitan dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain dalam teori pembelajaran konstruktivis, yang memberikan impak kepada pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan model pengajaran sosial, huraikan bagaimana_strategi dan kaedah pembelajaran koperatif yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran di dalam bilk darjah. Tugasan 2 (Pengajaran Mikro)(15%) Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran harian bagi satu mata pelajaran berdurasi 30 minit untuk murid Tahun 5. Setiap pelajar harus memilh mana-mana satu kemahiran pengajaran mikro dan melaksanakan pengajaran tersebut kepada sekumpulan murid (rakan sekuliah anda sebagai murid) bermula daripada permulaan pengajaran, perkembangan pelajaran hingga kepada penutup pengajaran. Tugasan 3 (Penulisan Reflektif)(15%) Berdasarkan catatan pemerhatian rakan-rakan anda yang telah dipilih untuk memberi Komen pengajaran anda, tuliskan catatan refieksi anda terhadap aspek-aspek kekuatan pengajaran dan teguran membina rakan-rakan anda untuk tindakan penambahbalkan penyediaan dan pelaksanaan pengajaran anda pada masa akan datang, Arahan Pelaksanaan Tugasan 4. Semua tugasan adalah tugasan individu . 2. Panjang penulisan akademik adalah 800 patah perkataan. Manakala penulisan reflektif adalah 500 patah perkataan. Esei bertaip dengan saiz fon arial 11, dan langkau 1.5 bars. 3. Rujukan harus merangkumi jurmal, buku rujukan dan sumber internet. 4, Penulisan rujukan mengikut format dan gaya APA( American Psychological Association) 5. Esei harus menunjukkan keaslian,kematangan dan bermutu ilmiah. 6 Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekal. 7. Bahagian muka depan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: a. Nama siswa pendidik b. _No.Angka Giliran c. No. Kad Pengenalan dé. Kumpulan/Unit e. Kod dan Nama Kursus 1. Tajuk Tugasan Projek g. Nama Pensyarah hb. Tarikh hantar 8. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjelaskan gred kerja kursus anda, 9, Tugasan yang baik harus mengandungi butir- butir berikut a. Kefahaman yang menyeluruh terhadap isi kandungan kursus EDUP 2033 b. _ Rumusan yang ringkas,padat dan komprenhensif

También podría gustarte