Está en la página 1de 2

ANDRIOD

Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular,
komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan
sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android
Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis


aplikasi untuk pengembangan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android
boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling
popular untuk peralatan mobile.

Versi
Android versi 1.1
Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini
dilengkapi dengan kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice search (carian
suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel.

Android versi 1.5 (Cupcake)


Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit dengan
menggunakan Android dan SDK (Software Development Kit) dengan versi 1.5
(Cupcake). Terdapat beberapa kemas kini termasuk juga penambahan beberapa
ciri-ciri dalam telefon bimbit versi ini.

Android versi 1.6 (Donut)


Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September 2009 dengan menampilkan proses
carian yang lebih baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri penunjuk dan
kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang membolehkan pengguna untuk
memilih gambar yang akan dihapuskan.

Android versi 2.0/2.1 (Eclair)


Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan versi 2.0/2.1
(Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan
Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML5,
senarai kenalan(phone contacts) yang baru,

Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)


Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-perubahan
umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1,
kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript
engine yang digunakan Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan
rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi
Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi Android Market.
Android versi 2.3 (Gingerbread)
Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan. Perubahan-
perubahan am yang didapati dari Android versi ini antara lain peningkatan
kemampuan permainan (gaming), dan lain-lain.
Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)
Android Honeycomb direka khusus untuk tablet. Android versi ini menyokong saiz
skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeza kerana sudah
direka untuk tablet. Honeycomb juga menyokong multi pemproses dan juga
akselerasi (kelajuan) perkakasan (hardware) untuk grafik. Tablet pertama yang
dibuat dengan menjalankan Honeycomb adalah Motorola Xoom.

Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)


Diumumkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb untuk
smartphone dan menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan
pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan kawalan, kenalan
rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi, mencari e-mel secara offline, dan
berkongsi maklumat dengan menggunakan NFC .

Android versi 4.2 (Jelly Bean)


Android versi 4.4 (KitKat)
Versi ini diumumkan dan diluncurkan pada tahun 2013, dalam waktu yang hampir bersamaan
dengan Nexus 5.

Android versi 5.0 (Lollipop)


Versi ini diluncurkan pada 12 November 2014. Versi ini dengan penampilan yang
baharu, di antaranya antara muka yang menarik, tampilan yang lebih moden, dan
ada kelengkapan aplikasi baharu seperti Cloud untuk menambah bilangan pengguna
baharu dan menyimpan data dengan lebih efisyen.

Android versi 6.0 (Marshmallow)


Versi ini adalah versi terbaru pada sistem operasi Android. Diluncurkan dengan ciri
Doze, Pembaruan Kebenaran Aplikasi, Sokongan USB-C, dan sokongan cap jari.

Android versi 7.0 (Nougat)


(dikenali dengan nama kod Android N ketika pembangunan) ialah versi utama ke-
7 Android yang dilancarkan pada 23 Ogos 2016.

Android Versi 8.0 (Oreo)


Android Oreo ialah versi utama ke-8. Telah dilancarkan pada 22hb Ogos 2017,

También podría gustarte