Está en la página 1de 5

Terdapat salah faham dikalangan majoriti masyarakat Malaysia mengenai idea ‘bersenam’ dan

erti ‘gaya hidup sihat’. Berikut adalah beberapa alasan yang selalu kita dengar dan respon
mengenai cara untuk mengelaknya.

Alasan #1 – “Saya sangat sibuk, mana ada masa nak bersenam!”

Anda tidak akan pernah sibuk untuk bersenam! Bersenam ialah suatu kewajipan selagi kita
masih hidup (dan jika mahu hidup panjang!). Jika anda sangat sibuk dan langsung tidak ada masa
untuk luangkan masa ‘berharga’ anda walaupun 20 minit sehari, jadilah lebih aktif! Gunakan
tangga berbanding lif. Cuba kurangkan penggunaan kenderaan. Jika sangat perlu, letak kereta
anda sejauh mungkin supaya anda masih perlu berjalan ke destinasi yang anda ingin tuju.

Okay anda mungkin berpendapat bahawa perkara-perkara ini adalah ‘remeh’ dan tidak mungkin
membantu anda dalam mencapai objektif anda. Tetapi, jika anda mengambil langkah-langkah ini
setiap hari, ianya akan memberi kesan lebih dalam jangka panjang! Sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit juga kan!

Alasan #2 – “Buat apa bersenam? Saya telah ditakdirkan sebagai seorang


gemuk!”

Saya berpendapat bahawa ini merupakan alasan yang tidak boleh diterima sama sekali! Ia seperti
mengaku bahawa ada yang tidak kena tentang diri anda tetapi anda tidak mahu mengambil
langkah proaktif untuk mengubahnya kerana menganggap bahawa ianya suatu yang telah ‘sebati’
dalam diri anda. Saya percaya setiap personaliti yang anda baca di ruangan ‘Success Stories’ di
Kevin Zahri mempunyai pendapat yang sama berkenaan ini.

Kadangkala, kegemukan bukanlah kesalahan individu itu sendiri, ianya sesuatu yang dikongsi
bersama. Ianya disebabkan oleh kebiasaan yang dipupuk dari kecil. Ingat tak pesan, kalau
makan, makan sampai kenyang kan? Bersenam juga dianggap sebagai perkara yang tidak wajib
oleh kebanyakan masyarakat kita. Sama juga bagi mereka yang kurus disebabkan kadar
metabolism tinggi, senaman masih juga relevan dan penting!

Percayalah cakap saya, jika anda mempunyai azam untuk berubah anda pasti boleh mencapainya.
Yang penting sekali, anda perlu ubah persepsi dan berhenti menyalahkan diri anda terhadap
keadaan diri anda sekarang. Jika anda sedang membaca ini, ia bermakna anda sangat berminat
untuk mengubah diri anda. Persoalannya sekarang, bilakah anda mahu mentadbir diri anda
kembali? Jawapannya, sekarang!

Jika anda sedang membaca ini, ia bermakna anda sangat berminat untuk
mengubah diri anda. Persoalannya sekarang, bilakah anda mahu mentadbir diri
anda kembali? Jawapannya, sekarang!
Alasan #3 – “Saya diet, tak payah bersenam lah!”

Perkataan ‘diet’ ialah salah satu terma yang paling gemar digunakan dan juga ‘disalahguna’ oleh
orang ramai yang cuba untuk mengurangkan berat badan! Diet tak bermakna anda ‘berpuasa’
dan mengikat perut anda dari makanan.

‘Diet’ sebenarnya ialah jumlah makanan yang diambil oleh seseorang. Setiap individu
mempunyai jumlah nilai kalori harian (DCR) berlainan bergantung kepada fizikal badan dan juga
gaya hidup seseorang itu (sama ada aktif atau tidak). Sudah tentu, tidak mustahil bagi seseorang
itu untuk mengurangkan berat badan dengan hanya berdiet. Tetapi ianya sangat tidak disyorkan
kerana seseorang itu perlu sangat berdisiplin dalam pengambilan makanan. Terdapat juga
kemungkinan besar untuk berasa lapar dan akhirnya anda mungkin terlebih makan kerana
tersangat lapar! Oleh itu, ‘diet seimbang’ sangat disyorkan oleh majoriti pakar nutrisi yang
meliputi diet (‘reduced calorie diet’) dan senaman. Tahukah anda bersenam membantu anda
mengurangkan nafsu makan?

Alasan #4 – “Saya tak mahu pergi gym, saya tak mahu badan ‘besar’ macam
ahli bina badan!”

Mungkin ini salah satu sebab kenapa kurangnya pengunjung perempuan di gimnasium. Kaum
wanita sangat risau jika tubuh badan mereka akan berotot seperti lelaki bina badan. Jangan risau,
kebanyakan lelaki juga mempunyai kerisauan yang sama kerana tidak mahu kelihatan ‘besar’
macam ‘weightbuilder’.

Sebenarnya, bukan senang untuk seseorang kelihatan seperti ahli bina badan. Ianya adalah proses
yang mengambil masa yang agak panjang dan diet mereka sangat berbeza berbanding mereka
yang hanya pergi gym untuk menjadi sihat dan meningkatkan kesihatan diri. Jadi anda tak
perlu risau!

Perempuan dan lelaki juga mempunyai fisiologi yang berbeza. Kepada kaum wanita, bentuk
badan anda akan menjadi lebih menarik kerana latihan di gym membantu membakar lemak
badan. Jangan jadikan alasan ini untuk tidak mahu pergi ke gym lagi okay?

Alasan #5 – “Bencilah bersenam! Tak suka!”

Saya suka berlari. Mungkin anda tidak suka berlari. Anda mungkin mempunyai aktiviti yang
anda minat yang mungkin anda sendiri tidak tahu lagi. Yang penting di sini, jangan mudah
berhenti dan berputus asa. Teruskan bersenam dengan pelbagai aktiviti yang anda boleh cari dan
cuba. Kawan saya dah berhenti berlari dengan saya selepas beberapa minggu dan sekarang
masuk kelas ‘pole dancing’. Tak kisahlah apa pun yang anda buat, cuma pastikan ianya sesuatu
yang aktif dan membuat anda berpeluh!
Alasan #6 – “Buat penat saja exercise, tak ada beza apa-apa pun!”

Ramai orang putus asa dan berhenti bersenam sepenuhnya sebab tak nampak apa-apa pun beza
selepas penat bersenam selama beberapa minggu. Banyak faktor yang menyebabkan kenapa
ianya berlaku tetapi ianya boleh disimpulkan kepada satu sahaja, iaitu pengetahuan asas
mengenai senaman.

Senaman akan menjadikan anda lebih sihat dan fit tetapi tidak akan membantu anda
mengurangkan berat badan jika anda masih teruskan dengan diet anda yang biasa. Anda perlu
tahu tentang konsep pemakanan sihat, dan juga tips mengenai senaman supaya anda boleh
mencapai objektif anda secara efektif. Ingat, kualiti selalunya lebih penting dari kuantiti!

Alasan #7 – “Susahlah nak teruskan bersenam!”

Ada juga yang mahu bersenam tapi susah nak jadikan ianya satu amalan. Banyak sebab kenapa
situasi ini boleh terjadi. Lazimnya ia mungkin disebabkan oleh terlalu memaksa diri untuk
mencapai suatu objektif. Saya ingat lagi dahulu betapa azabnya untuk berlari hanya sejauh 1km
tanpa henti. Ianya semuanya proses yang mengambil masa. Sekali lagi, ianya sangat bergantung
kepada psikologi anda.

Betapa banyak anda mahu mencapai objektif tersebut. Saya selalu ingatkan diri saya untuk buat
yang terbaik setiap kali bersenam kerana saya yakin setiap kali bersenam ialah satu kejayaan
terhadap diri saya. Tak ramai orang yang sanggup bangun dari sofa dan keluar rumah hanya
untuk pergi bersenam bukan?

Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa seseorang tidak akan berubah kerana apa
yang mereka sudah ketahui, tetapi apa yang mereka rasa tentang sesuatu.
Seorang perokok tidak akan berhenti merokok kerana tahu merokok
membahayakan kesihatan atau mungkin menyebabkan kanser, tetapi berhenti
kerana merasakan sesuatu yang tidak kena tentang tabiat tersebut.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada kurang
prevalens di kalangan penduduk Kg. Bangi perlu
di atasi dengan perancangan yang teratur oleh
agensi berkaitan. Penduduk perlu didedahkan
kepada pengetahuan tentang kebaikan
bersenaman dan cara-cara senaman yang betul
melalui ceramah, bengkel, seminar dan program-
program kesihatan di samping mengedar bahan-
bahan bacaan seperti risalah, poster dan majalah
yang mempunyai maklumat yang mudah
difahami dan diterima.
Kebanyakan penduduk mempunyai
masalah untuk meluangkan masa untuk
bersenam disebabkan masa dan jadual kerja yang
padat. Mereka haruslah dididik tentang alternatif
meningkatkan aktiviti fizikal semasa bekerja
seperti menggunakan tangga untuk
menggantikan lif dan melakukan regangan di
dalam pejabat.
Prevalens kurang bersenam adalah
tinggi di kalangan kaum wanita dan warga tua di
kampung. Justeru itu program-program yang
khusus untuk kedua-dua golongan ini wajar
diadakan, contohnya kelas aerobik untuk kaum
wanita dan kelas taichi bagi warga emas.
Kemudahan-kemudahan untuk aktiviti
bersenam yang sesuai dan mencukupi perlu
didirikan dalam kawasan perumahan dan mampu
menampung bilangan penduduk yang ramai.
Contohnya pembinaan taman permainan untuk
kanak-kanak, padang, gelanggang dan trek larian
untuk dewasa dan tapak refleksologi untuk
warga tua.
Agensi berkaitan di setiap peringkat
perlu menjalankan pemantauan yang sistematik
bagi memastikan progran dan minat penduduk
terhadap aktiviti senaman dapat dikekalkan
secara berterusan.
Kempen Gaya Hidup Sihat dan Kempen
Senaman Asas Kesihatan yang dilancarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak
tahun 1998 haruslah diterapkan kepada semua
golongan masyarakat bagi memupuk budaya
bersenam. Penubuhan Majlis Kecergasan
Kebangsaan (MKK) dilihat sebagai satu usaha
serius kerajaan untuk menggalakkan penduduk
Malaysia untuk bersenam, sekaligus membantu
dalam menurunkan morbiditi dan mortaliti akibat
kurang bersenam. Untuk mencapai misi dan visi
Jabatan Kesihatan Masyarakat 2007: Jilid 13 Bil. 1
43
MKK, organisasi ini seharusnya dibentuk hingga
ke peringkat kampung untuk memastikan setiap
penduduk di Malaysia mendapat faedah dengan
menyertai program-program yang diaturkan

AMALAN SENAMAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN


PENDUDUK KG. BANGI, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR D.E. MALAYSIA (PDF
Download Available). Available from:
https://www.researchgate.net/publication/301296846_AMALAN_SENAMAN_DAN_FAKTOR
-
FAKTOR_YANG_MEMPENGARUHINYA_DI_KALANGAN_PENDUDUK_KG_BANGI_D
AERAH_HULU_LANGAT_SELANGOR_DE_MALAYSIA [accessed Aug 4, 2017].

También podría gustarte