Está en la página 1de 3

PK07-PENGURUSAN MESYUARAT 2017

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KERUH


33100 PENGKALAN HULU,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel & Faks : 04-4778909
Emel : ABD7047@1bestarinet.yes.my
“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENGAKAP 2017

Tarikh : 11 Jan 2017


Masa : 12.30 pm
Tempat : Tahun 6

Kehadiran

1. Selvarani PJK A/P Muniandy Guru Besar


2.J Balachandran A/L Jayaram Penolong Kanan Kokurikulum
3. Vehnoo Pirieyan A/L Subramaniam
4.Monica A/P Henry
5.Semua ahli Pengakap

Tidak hadir

Tiada

1.0 Ucapan Setiausaha

1.1 Setiausaha mengalu-alukan kedatangan Guru Besar, para guru dan ahli persatuan sekalian.
1.2 Setiausaha mengedarkan agenda mesyuarat pada kali ini.
1.3 Setiausaha mengesahkan kehadiran Bil 1/2017

Makluman dan tindakan semua ahli


PK07-PENGURUSAN MESYUARAT 2017

2.0 Ucapan Pengerusi

2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan ahli pengakap.
2.2 Guru Besar meminta semua ahli pengakap harus bekerjasama dan membantu menjayakan
semua aktiviti yang dirancang bagi tahun 2017.
2.3 Beliau juga meminta segala aktiviti yang dirancang perlulah dilakukan dengan sistematik.
2.4 Beliau juga meminta AJK Pengakap membantu guru dengan aktif pada masa aktiviti
kokurikulum dijalankan.

Makluman dan tindakan semua ahli

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas

3.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung 2016 yang lalu untuk disahkan.
3.2 Sargunan A/L Armugom mencadangkan minit mesyuarat berkenaan disahkan.
3.3 Kalaimagal A/P Chinna Karuppan menyokong supaya minit mesyuarat disahkan.

Makluman dan tindakan semua ahli

4.0 Perkara berbangkit

4.1 Tidak ada perkara yang dibangkitkan.

Makluman dan tindakan semua ahli

5.0 Pemilihan AJK

5.1 Guru penasihat dan penolong penasihat mengadakan pemilihan AJK bagi tahun 2017. AJK
telah dipilih melalui undian murid yang hadir pada hari tersebut.
5.2 Pemilihan AJK dilampirkan dalam lampiran.

6.0 Rancangan Tahunan dan Takwim


6.1 Guru penasihat dan penolong penasihat bersama-sama dengan murid membincangkan
rancangan tahunan bagi tahun 2017.

Makluman dan tindakan semua ahli


PK07-PENGURUSAN MESYUARAT 2017

7.0 Cadangan

7.1 Beliau juga meminta murid yang belum mempunyai pakaian seragam harus membeli dan
memakai secepat mungkin.

8.0 Ucapan Penangguhan

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………..……… …………………………
(MONICA A/P HENRY) (SELVARANI A/P MUNIANDY)
Penasihat Pengakap Guru Besar

También podría gustarte