Está en la página 1de 2

ADAB REHLAH

Rehlah itu pergi melawat,


Pelbagai arah dan juga tempat,
Ciptaan Allah dapat dilihat,
Ambillah iktibar dengan cara yang tepat.

Berhati-hati memilih tempat,


Supaya sesuai serta selamat,
Berpakaian sopan menutup aurat,
Agar terhindar daripada maksiat.

Jika kita ingin berehlah,


Untuk melepaskan penat dan lelah,
Jagalah adab jangan tersalah.
Niat yang baik kerana Allah.
Maruah diri dan juga keluarga,
Semasa berehlah perilaku dijaga,
Keselamatan diri paling berharga,
Daripada bencana yang tidak diduga.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU


DIELAKKAN KETIKA BEREHLAH

Bergaul bebas
Memakai pakaian yang mendedahkan aurat
Mengotorkan tempat rehlah
Merosakkan harta benda awam
Melakukan perbuatan maksiat

HIKMAH BERADAB KETIKA BEREHLAH

Mendapat keredhaan Allah


Memelihara keselamatan dan maruah diri
Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah
Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah

También podría gustarte