Está en la página 1de 5

1.

0 PENGENALAN

Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Perkara 11 telah memperuntukkan


kebebasan beragama bagi setiap rakyat Malaysia. Kebebasan ini telah melahirkan
penganutan pelbagai agama dan kepercayaan di negara ini, iaitu agama Islam
sebagai agama terbesar, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Taoisme, Konfusianisme dan
animisme. Setiap agama dan kepercayaan ini mengajarkan nilai murni yang banyak
dan harus dipraktikkan oleh penganutnya.

2.0 ANALISIS KONSEP DAN NILAI-NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN


KEPERCAYAAN DI MALAYSIA

2.1 AGAMA

Menurut tokoh Sidi Gazalba (1975), agama bermaksud kecenderungan rohani


manusia yang berhubungan dengan alam semesta, nilai yang meliputi segalanya,
makna yang terakhir dan hakikat daripada semuanya itu (Mircae Eliade, 2013). Kamus
Merriam-Webster mendefiniskan agama sebagai pelayanan dan penyembahan
kepada Tuhan atau yang ghaib. Kedua-dua definisi mengaitkan definisi dengan
hubungan manusia dengan Pencipta yang melebihi alam semesta. Manusia bertindak
mengikut nilai dan peraturan yang diciptakan oleh Tuhan.

Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Konsep utama agama


Islam ialah penyerahan diri dan penurutan perintah Allah swt (Tie dan Ezzat, 2016).
Agama ini menuntut setiap penganutnya agar menuruti segala perintah, sunnah,
ajaran daripada Allah. Seseorang yang beragama Islam haruslah menerima dan
mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam seperti mendirikan sembahyang
(solat), menunaikan zakat, puasa dan sebagainya (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd
da[00n Roslina, 2014).

Nilai murni kepercayaan kepada Tuhan merupakan paksi utama penganutnya


iaitu dengan melaksanakan dua rukun utama iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman (rujuk
Lampiran A). Rukun-rukun ini menjadi panduan kepada masyarakat Muslim dalam
menjalani kehidupan sebagai orang Islam untuk mempertimbangkan perbuatan yang
betul dan salah.

Selain itu, nilai hormat-menghormati sesama manusia juga amat ditekankan


iaitu kehormatan kepada Allah, ibu bapa, kaum mukmin, jiran dan orang lain.
Penghormatan tersebut menunjukkan akhlak yang mulia seperti yang telah diajarkan

1
oleh 0=[agama Islam dan memelihara hubungan sesama (Muhammad, 2015). Agama
Islam turut menerapkan nilai-nilai seperti kesabaran, kesederhanaan, bersopan-
santun, adil dan banyak lagi.

Seterusnya ialah agama Kristian iaitu agama terbesar di seluruh dunia. Ajaran
Kristian berteraskan kepada dua kitab suci iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru
(Charles Chiew, 2013). Ia merupakan suatu agama sejarah yang telah wujud kira-kira
2000 tahun yang lalu di Yerusalem (Djohan Effendi, 1985). Segala peristiwa yang
tercatat di dalam alkitab adalah benar dan wujud pada zaman tersebut, dari kisah
pelanggaran Adam dan Hawa sehingga penyaliban Yesus Kristus. Pada konsepnya,
penganut agama Kristian mempercayai bahawa Yesus adalah Tuhan yang memiliki
tiga peribadi iaitu Bapa, Putera dan Roh Kudus. Yesus turun ke bumi untuk
menyelamatkan umat manusia dan akan datang untuk kali keduanya sebagai Raja
dan Hakim (Sue Penney, 1995).

Ajaran utama agama Kristian ialah melaksanakan Sepuluh Perintah Allah


(rujuk Lampiran B). Sepuluh perintah ini mencakupi banyak perintah, larangan,
teguran, nilai murni bagi umat-umat Kristian. Misalnya, nilai kejujuran iaitu tidak
berbohong atau bersaksi dusta. Selain itu, nilai kehormatan kepada Allah, ibu bapa
dan sesama manusia juga dititikberatkan dalam sepuluh perintah ini.

Di samping itu, Yesus mengajar umatnya untuk saling mengasihi sama ada
kepada kawan-kawan mahupun musuh (Lukas 6:36). Mengasihi sesama membuatkan
seseorang individu mudah mengampuni dan menerima orang lain walaupun wujud
perbezaan pendapat, warna kulit atau agama. Agama ini juga mengajarkan
kemurahan hati iaitu menolong orang pada setiap masa tanpa mengharapkan balasan
sebagaimana Yesus sentiasa berbuat baik dengan memberikan penyembuhan dan
sebagainya.

Nilai murni kerendahan hati turut menjadi fokus utama ajaran Kristian.
Seseorang haruslah tidak membanggakan diri di atas kemampuan dan
pengetahuannya namun sepatutnya memandang orang lain setaraf dengannya
(Thomas a Kempis, 1977). Amalan-amalan mulia juga melambangkan penerapan nilai-
nilai murni Kristianiti agar ia memberikan kebaikan kepada orang lain.

Agama Buddha pula diperkenalkan oleh Siddharta Gautama yang berasal dari
India yang berusaha menemukan kebenaran (Djohan Effendi, 1985). Buddhisme
mengetengahkan Jalan Mulia Lapan Lapis yang berfungsi sebagai pembimbing ke
arah akhlak yang mulia. Ia mencakupi aspek pemikiran, pertuturan, perbuatan yang
betul agar penganut Buddha dapat melepaskan diri daripada keinginan nafsu dan

2
godaan dunia. Dengan melaksanakannya, seseorang akan sentiasa berkelakuan,
bertutur, berfikiran secara baik dan positif.

Penganut agama Buddha turut dilarang berbohong, meminum arak, berzina,


membunuh dan mengkhianati sesama (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina,
2014). Penghayatan terhadap perkara-perkara menunjukkan penguasaan terhadap
Panca Sila yang tinggi iaitu asas moral Buddhisme. Perkara-perkara ini ditegah kerana
ia membawa kepada kesan dan akibat yang memudaratkan dalam masyarakat.
Penganut Buddha juga tidak seharusnya mempunyai fikiran yang negatif, sebaliknya
haruslah berbuat baik dan mencintai semua orang.

Agama Hindu yang dikenali sebagai “Santhana Dharma” berasal daripada


Sungai Indus, India. Konsep utama agama ini ialah mempercayai hukum karma yang
bererti perbuatan baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya. Konsep moksa yang
bermaksud kebahagiaan yang tertinggi turut menjadi pegangan utama penganut
agama ini. Pencapaian tahap moksa tidak akan menyebabkan seseorang dilahirkan
semula dalam bentuk haiwan, manusia atau benda hidup yang lain (Swami, 2000) .

Hinduisme menekankan nilai-nilai seperti kesabaran, mengawal nafsu dan


kemarahan, mengampuni, bertolak-ansur dan banyak lagi. Pengamalan nilai-nilai ini
seiring dengan Upanishad yang mengajarkan kemoralan seperti sentiasa berderma,
menunjukkan kasih sayang, menghindari perasaan benci serta dengki, menghormati
yang lebih tua dan tidak menginginkan barang orang lain. Nilai-nilai ini amat
bersesuaian dengan keinginan setiap orang untuk mencapai moksa dan terlepas
daripada kemahuan diri. Ia juga dapat mengelakkan seseorang daripada bertindak di
luar batasan dan mencetuskan kekacauan.

Berbeza pula dengan agama Sikh, ia diasaskan oleh Guru Nanak sekitar 500
tahun yang lalu. Konsep utama agama Sikh ialah monotheisme iaitu kepercayaan dan
penyembahan kepada satu Tuhan. Penyembahan berhala juga dilarang sama sekali.
Tuhan dikenali sebagai ‘Ik Oknar’ yang bermaksud ‘Satu Realiti Tertinggi’. Kehidupan
terakhir seseorang haruslah bersatu dengan Tuhan agar adanya penebusan dosa
(Projek Dialog, 2015).

Selain daripada kepercayaan kepada Tuhan, Sikhisme turut menitikberatkan


penghormatan kepada guru-guru agama, kehidupan yang serba sederhana,
bertoleransi antara agama, menunjukkan kasih sayang kepada orang lain dan
sebagainya. Tiga Tonggak Hidup dan Tatacara Hidup juga merupakan asas nilai dan
moral dalam Sikhisme (rujuk Lampiran C). Pegangan-pegangan ini dapat

3
mengelakkan seseorang individu daripada melakukan perbuatan yang tidak baik
dalam kehidupan bermasyarakat.

2.2 KEPERCAYAAN

Kepercayaan seperti Konfucianisme, Taoisme dan animisme turut diamalkan


oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Konfucianisme dan Taoisme umumnya dianuti
oleh sebilangan masyarakat Cina. Konfucianisme telah diperkenalkan oleh Kung Fu
Tze ( 551-479 SM) yang mengatakan bahawa manusia lahir dengan nilai-nilai yang
terpuji namun dirosakkan oleh pengaruh persekitaran.

Ajaran utama kepercayaan ini ialah berbuat baik setiap masa dan menjaga
hubungan yang baik dengan orang lain (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina,
2014). Seseorang individu haruslah memelihara kemesraan dan hubungan yang erat
antara satu sama lain dengan melakukan kebaikan serta menghormati orang lain
(shu). Menunjukkan kasih sayang sesama manusia juga penting dalam menjaga
hubungan dengan semua orang.

Manakala kepercayaan Taoisme yang diasaskan oleh Lao Tze (604-524 SM)
pula, amnya ia berkisar mengenai dimensi sosial seperti kebijaksanaan dan usia
(Henri Maspero, 2014). Taoisme bererti ‘jalan’. Hal-hal kebatinan menjadi fokus utama
kepercayaan ini iaitu keabadian roh melalui upacara amal. Lao Tze turut
menganjurkan konsep keseimbangan ying dan yang di dalam alam semesta. Ying dan
yang berupaya mengawal ketidakseimbangan alam agar keharmonian dikekalkan.

Sikap hormat-menghormati dan berbudi bahasa merupakan nilai-nilai murni


yang utama dalam Taoisme. Manusia harus saling memahami antara satu sama lain
agar persefahaman dapat dicapai. Selain itu, pengamalan upacara sembahyang
kepada dewa dewi dan nenek moyang juga melambangkan nilai murni. Ia bermaksud
seseorang tersebut patuh kepada tuntutan kepercayaan dan melaksanakannya.

Di samping itu, seseorang harus mengamalkan nilai kesederhanaan dalam


pertuturan, tingkah laku untuk menjaga tatatertib diri. Percakapan yang tidak sombong
dan merendah hati amat digalakkan ketika berinteraksi dengan orang lain.
Keseimbangan alam sekitar juga harus dijaga untuk mencapai keharmonian hidup
dengan alam sekitar. Lao Tze amat menitikberatkan hubungan manusia dan alam
semesta, maka penjagaan terhadap alam sekitar yang rapi harus dilakukan.

4
Kepercayaan yang terakhir iaitu animisme atau juag dikenali sebagai
kepercayaan terhadap makhluk halus atau roh. Menurut Wikipedia Ensiklopedia
Bebas, kepercayaan ini merupakan asas bagi kemunculan pelbagai agama lain dan
telah wujud pada zaman masyarakat purba lagi. Masyarakat yang menganuti
kepercayaan ini meyakini bahawa setiap benda di dunia ini mempunyai semangat
yang harus dihormati demi kepentingan-kepentingannya yang tersendiri.

Di negara kita, kepercayaan animisme dianuti oleh masyarakat Melayu Asli di


Semenanjung Malaysia. Mereka memuja pokok, sungai, batu besar untuk
menghindarkan mereka daripada malapetaka, menolong mereka dan sebagainya
(Amran Kasimin, 1991). Animisme memupuk sikap menghormati dalam diri
penganutnya. Oleh kerana pemujaan tersebut, perasaan hormat wujud kepada benda-
benda di sekeliling mereka. Selain itu, aktiviti keagamaan mereka akan menyebabkan
mereka menghargai dan melindungi alam sekitar dengan baik. Hal ini secara tidak
langsung memupuk nilai mencintai alam sekitar dan ini dapat mengurangkan
pencemaran alam di kawasan mereka.

Tambahan lagi, animisme mementingkan pematuhan pantang larang yang


ketat. Hal ini akan dapat membentuk disiplin diri yang tinggi. Penganut animisme amat
mempercayai pantang larang yang akan mendatangkan bala sekiranya dilanggar.
Oleh itu, mereka akan saling mengingati dan menegur segala perbuatan yang
mungkin akan melanggar pantang larang tersebut.

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kepelbagaian agama di Malaysia telah menghasilkan


keunikan dalam masyarakat kita. Walaupun rakyat Malaysia menganuti agama dan
kepercayaan yang berlainan, kita masih lagi hidup harmoni bersama sehingga hari ini.
Hal ini membuktikan bahawa perbezaan pendapat dan anutan bukanlah alasan untuk
kita saling membenci dan menghina agama lain.

Setiap agama dan kepercayaan turut mengajarkan nilai-nilainya yang


tersendiri (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina, 2014). Oleh hal yang
demikian, setiap penganutnya haruslah berusaha mengamalkan nilai-nilai tersebut
demi keharmonian dan ketenteraman bersama.

También podría gustarte