Está en la página 1de 31
——-PagtPetang DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 1 (BIDANGKUASA RAYUAN) PERMOHONAN NO. 2013 ANTARA SOH SOOK HWA PERAYU/ PEMOHON DAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA RESPONDEN [ alam Mahkamah Rayuan Malaysia (Bidang Kuasa Rayuan) Rayuan No 420-2010 Antara Soh Sook Hwa Perayu Dan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Responden DAN Dalam Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan Dan Kuasa-Kuasa Khas) Permohonan Semakan Kehakiman No: R4(2 005 Dalam Perkara Aturan 53, Kaedah- Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980 Dan Dalam Perkara = Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan. Dan Dalam Perkara Seksyen-seksyen 15 dan 16B Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Dan Kaedah 3, 13 dan 69 Kaedah- Kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Dan Dalam Perkara Perenggan 1 Jadual Akta Mahkamah Kehakiman, 1964. Dan Dalam Perkara Surat bertarikh 26 haribulan 2005. Antara Soh Sook Hwa Pemohon Dan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Responden) ] yang diputuskan oleh YA Dato! Sri Abu Samah bin Nordin, YA Datuk Lim Yee Lan dan YA Dato! Tengku Maimun binti Tuan Mat di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 19 haribulan April 2013. NOTIS USUL Sila ambil perhatian bahawa pada hari pada haribulan . 2013 pada pukul pagi/petang ‘mukasurat > atau seberapa segera selepas itu yang boleh didengar, Ang Hean Leng, iaitu peguam bagi Pemohon, akan mengusulkan supaya Mahkamah membuat untuk suatu perintah bahawa:- (a) (b) (c) Pemohon diberikan kebenaran untuk membuat rayuan kepada © Mahkamah Persekutuan —terhadap_—_—seseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 haribulan April 2013 yang menolak rayuan pihak Pemohon terhadap —_keputusan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang diberikan pada 4 haribulan Jun 2010; berikutan perenggan (a) di atas, Pemohon diberikan kebenaran untuk membuat rayuan berdasarkan isu dan soalan untuk didengar dan diputuskan| oleh. = Mahkamah Persekutuan seperti mana yang dilampirkan sebagai ‘Lampiran A’; Pemohon diberikan 14 hari dari tarikh perintah ini untuk memfailkan satu Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ‘mukasurat—> Rayuan yang diberikan pada 19 haribulan April 2013; (a) kos bagi permohonan ini dijadikan kos dalam kausa rayuan Pemohon kepada Mahkamah Persekutuan; dan (e) sebarang perintah atau relif lain yang Mahkamah yang Mulia ini berpendapat berpatutan. Alasan-alasan untuk menyokong permohonan ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Afidavit Sokongan oleh SOH SOOK HWA yang diikrarkan dan difailkan di sini bagi menyokong permohonan ini. HAg) Peguamcara bagi pihak Perayu/Pemohon Bertarikh di Putrajaya pada haribulan 2013. Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Putrajaya ‘mukasurat 4 Kepada: Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara, Bahagian Guaman, Aras 3, Block C3, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya. (Peguameara bagi pihak Responden yang dinamakan di atas) Alamat untuk penyampaian kepada Pemohon ialah di Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Level 16, Menara Tokio Marine Life, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Peguamcara bagi pihak Perayu/Pemohon yang dinamakan di atas. (No. Tel: 21612330 / No. Faks: 21613933) (Ruj No: AHL/44068) (4.ja12013..44068..NTS USUL..44068) mukasurat 5 e ‘Lampiran A’ Proposed Questions of Law 1. Where a university student has been disciplined pursuant to a written law and the student subsequently brought legal action to invalidate the written law as unconstitutional, whether the subsequent amendment of the written law renders the legal action academic. 2. Whether the fact that a university student has since graduated and no longer a student renders the legal action by the student in relation the disciplinary proceedings by the university which has since been concluded with a finding against the student academic. 3. Whether a statement made by the decision maker prior to the commencement of the decision making process of that subject person is guilty of misconduct amounts to pre-judging. 4, Whether the right to vote is a relevant consideration in disciplinary proceedings against university students alleged to have participated in political activities without the prior approval of the university. 5. Whether a prohibition on participation in politics allows the university to only selectively discipline university students for opposition polities. 6. Whether university students in disciplinary proceedings are entitled to legal representation. e Tarikh BicaselS2byepare-gpy Tarikh Difafikat Tarikh Dikrerkan. TAINS DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) PERMOHONAN NO. 2013 ANTARA SOH SOOK HWA PERAYU/ PEMOHON DAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA RESPONDEN [ Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia (Bidang Kuasa Rayuan) Rayuan Sivil No. W-01-420-2010 Antara Soh Sook Hwa Perayu Dan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Responden DAN Dalam Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan Dan Kuasa-Kuasa Khas) Permohonan Semakan Kehakiman No: R4(2): 005 Dalam Perkara Aturan 53, Kaedah- Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980. Dan Dalam Perkara— Bahagian —_ II, Perlembagaan Persekutuan. Dan Dalam Perkara Seksyen-seksyen 15 dan 16B Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Dan Kaedah 3, 13 dan 69 Kaedah- Kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Dan Dalam Perkara Perenggan | Jadual Akta Mahkamah Kehakiman, 1964. Dan Dalam Perkara Surat bertarikh 26 haribulan 2005. Antara Soh Sook Hwa Pemohon Dan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Responden) ] AFIDAVIT SOKONGAN Saya, SOH SOOK HWA (No. K/P. 820818-14-5614), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. 11, Lorong 5B, Taman Intan Baiduri, 52100 Kuala Lumpur dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:- ‘mukasurat 2 1. Saya ialah Pemohon yang dinamakan di atas. Pada kesemua masa yang material, saya merupakan seorang mahasiswi di. Universiti Sains Malaysia (“USM”) dan telah sejak itu berkelulusan ijazah. 2. Selain dinyatakan sebaliknya, segala fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah benar di dalam pengetahuan diri saya sendiri. 3. Saya dengan hormatnya merujuk kepada permohonan saya bagi kebenaran membuat rayuan ke Mahkamah yang Mulia ini, terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Raywan pada 19.4.2013. 4. Bagi kemudahan Mahkamah yang Mulia ini, saya dengan hormataya memohon kebenaran merujuk kepada Rekod- rekod Rayuan yang telah difailkan di Mahkamah Rayuan di bawah: dl. Rekod Rayuan (Jilid 1) — sesalinan Rekod Rayuan (Jilid 1) kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “SSH-1"; mukasurat 3 42. Rekod Rayuan (Jilid 2) — sesalinan Rekod Rayuan (Jilid 2) kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “SSH-2"; 43 Rekod Rayuan (Jilid 3) — sesalinan Rekod Rayuan (Jilid 3) kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “SSH-3”; 44. Rekod Rayuan Tambahan — sesalinan Rekod Rayuan Tambahan kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “SSH-4”; 4.5. Rekod Rayuan Tambahan II — sesalinan Rekod Rayuan Tambahan II kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “SSH-5”. 5. Fakta-fakta yang membawa kepada permohonan ini, dan rayuan yang diniatkan kemudiannya, adalah seperti yang mukasurat 4 ir dinyatakan dalam Rekod-rekod Rayuan tersebut dan juga telah dirumuskan seperti berikut. AL Latar Belakang Fakta 6. Pada kesemua masa yang material, saya merupakan seorang pelajar mahasiswi di USM, Pulau Pinang. Saya telah aktif dalam kegiatan USM, dan antara Jain, adalah seorang wakil mahasiswa (mewakili fakulti saya), Presiden kepada Persatuan Bahasa Tionghua di USM dan Ketua Biro Penerbitan dan Informasi bagi Majlis Pelajar USM (‘USM Student Council’). Dalam tahun 2005, saya telah berjaya memperoleh ijazah saya dari USM. 7: Dalam tahun 2004, semasa tahun ketiga dan terakhir pengajian saya, saya telah dituduh dengan tuduhan salahlaku dan telah diberikan satu pendengaran oleh Pihak Berkuasa Tatatertib di USM (“Pendengaran yang dikatakan” tersebut). 8. Pada atau sekitar 29.10.2004, saya telah menerima sepucuk surat yang mengkehendaki kehadiran saya di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib pada 9.11.2004. saya telah dimaklumkan bahawa saya dituduh atas tuduhan perlanggaran disiplin yang mukasurat 5 12 merupakan kesalahan, antara lain, di bawah seksyen-seksyen 15(1) dan (3) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (“AUKU”). 8.1. 8.2. 8.3. Secara hakikatnya, tidak terdapat sebarang tuduhan jelas mengenai salahlaku yang dimaklumkan kepada saya. Notis tersebut hanya mendakwa bahawa saya telah ‘terlibat dalam Kempen Pilihanraya Umum Ke 11 (2004) sepertimana yang tersiar dalam akhbar China Press dan Sin Chew Daily bertarikh 15 Mac 2004’; Saya tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara-perkara. yang akan menunjukkan bahawa saya ‘terlibat’ dalam kegiatan berkempen; Adalah jelas dari prosiding, bahawa tidak terdapat sebarang ‘tuduhan’ penglibatan. Sesalinan surat tersebut dari pihak USM kepada saya yang bertarikh 29.10.2004 adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-2, mukasurat 6 13 pada muka surat 138 sehingga 140 kepada yang sama. 9. Pihak Berkuasa Tatatertib telah kemudiannya memutuskan bahawa saya adalah bersalah atas tindakan salahlaku dan telah dikenakan denda RM200.00. Pensyarah-pensyarah saya telah membayar denda tersebut bagi pihak saya, dan telah menyatakan percanggahan pendapat terhadap yang sama. Sesalinan surat daripada pensyarah-pensyarah saya bertarikh 20.12.2004, mengenai pembayaran denda tersebut tanpa menyatakan persetujuan kepada yang sama, adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-3, muka surat 174 kepada yang sama. 10. Berikutan skema yang dinyatakan dalam AUKU, saya telah membuat rayuan terhadap keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib tersebut kepada pihak Responden. Responden telah menolak rayuan saya dan telah mengekalkan denda yang telah dikenakan. 1. Saya tidak pernah menerima sebarang komunikasi dari pihak Responden berkenaan rayuan tersebut sehingga saya menerima sepucuk surat dari pejabat di USM pada 8.7.2005. mukasurat 7 B Pendengaran_yang dikatakan tersebut/ _Tindak laku ihak Responden 12. Saya dinasihati oleh peguameara saya dan sesungguhnya percaya bahawa, antara lain, pengendalian Pendengaran yang dikatakan tersebut adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip keadilan asasi (‘natural justice’) dan, secara khususnya, tiada peluang yang diberikan supaya kedudukan saya didengarkan. Berikut adalah satu kronologi langkah-langkah yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tatatertib termasuk penyiasatan dan Pendengaran yang dikatakan tersebut: 12.1. penyiasatan mengenai tindakan salahlaku saya yang dikatakan telah bermula seawal 1.4.2004. Ia telah berbangkit melalui satu gambar akhbar yang menunjukkan, antara lain, diri saya, la adalah satu gambar yang tidak membawa sebarang kemudaratan; Sesalinan gambar akhbar tersebut adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-2, pada muka surat 160 sehingga 161 kepada yang sama. 14 mukasurat 8 12.2. 12.3. 12.4. 12.5. namun, USM berpendapat bahawa ianya perlu bagi menjalankan penyiasatan yang memuncak kepada satu sesi pertemuan dengan saya pada 9.4.2004; permintaan saya untuk dibekalkan dengan hasil penyiasatan tersebut tidak dijawab; Sesalinan surat dari USM __ bertarikh 8.6.2004 adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-2, pada muka surat 135 sehingga 136 kepada yang sama. Saya telah secara sepihak digantung dari kedudukan saya sebagai Presiden kepada Persatuan Bahasa Tionghua, sebagai hasil penyiasatan yang dijalankan; Saya telah kemudiannya dipanggil supaya berhadapan dengan Pihak ~~ Berkuasa Tatatertib dan telah hadir di hadapan yang sama pada 24.11.2004. Dalam hal ini 15 ‘mukasurat 9 16 Saya tidak pernah dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai tuduhan-tuduhan terhadap diri saya. Saya hanya telah menerima sepucuk surat yang menyatakan peruntukan- peruntukan statutori yang terkandung dalam AUKU dan Peraturan-peraturan USM (Disiplin Pelajar) 1999, tanpa diberikan scbarang fakta atau butir- butiran lain; Permintaan-permintaan saya yang berulang bagi perwakilan guaman telah ditolak. Tambahan pula, Pihak Berkuasa Tatatertib telah mengarahkan supaya peguam saya menunggu di luar bilik pejabat semasa keseluruhan tempoh masa Pendengaran yang dikatakan tersebut; Sesalinan surat dari USM bertarikh 22.11.2004 yang menolak permintaan saya untuk perwakilan guaman adalah mukasurat — 10 17 dickshibitkan di Ekshibit SSH-2, pada muka surat 146 kepada yang sama. Keterangan Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap tindakan salahlaku saya yan gdikononnya hanya —_berdasarkan sahaja laporan akbar ~—-yang mengandungi gambar yang memaparkan diri_ saya. —‘Tiada sebarang keterangan lain, termasuk secara dokumen atau pengakuan lisan, yang telah dikemukakan; Pihak Berkuasa Tatatertib telah membuat rujukan secara sampingan kepada dua (2) orang yang lain dan dokumen-dokumen lain —_tanpa memberikan saya peluang untuk mengkaji mereka dan dokumen- dokumen tersebut. mukasurat 11 Sesalinan nota-nota keterangan pada 24.11.2004 adalah diekshibitkan di SSH-2, pada muka surat 151 sehingga 158 kepada yang sama. Tambahan pula, Responden telah membuat rujukan terhadap seorang pelajar yang lain yang telah mengenalpasti saya sebagai orang yang dipaparkan dalam gambar akhbar tersebut. Orang tersebut tidak hadir dalam perjalanan_ penyiasatan ataupun Pendengaran yang dikatakan tersebut; Rujukan yang dibuat oleh Responden boleh dilihat dalam afidavit yang difailkan bertarikh 28.12.2009, dan adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-1, muka surat 53 sehingga 64 kepada yang sama. 18 mukasurat 12 = Pihak Berkuasa Tatatertib berkelihatan seperti terdiri daripada individu-individu yang telah menjalankan penyiasatan terhadap diri saya. Saya tidak dimaklumkan secara wajarnya mengenai_pihak pendakwaan dan juga _ pihak adjudikasi, walaupun saya telah membuat permintaan-permintaan yang sama; Semasa prosiding, saya _ tidak dibenarkan membuat pembelaan bagi diri saya secara wajarnya. Ini adalah nyata dari nota prosiding (Ekshibit SSH-2, pada muka surat 151-158) Selanjutnya saya telah dinafikan peluang untuk menyoalkan Pihak Berkuasa —Tatatertib ~—- mengenai keterangan-keterangan yang telah kononnya dikumpul melalui penyiasatan; 19 ‘mukasurat 13 h. semasa_—_prosiding, saya_ telah menyatakan bahawa saya merupakan seorang pengundi berdaftar di kawasan pilihanraya tersebut dan hanya melaksanakan hak saya untuk mengundi, dan oleh itu tidak patut dihukum atas sebab tersebut; i. Prosiding telah ditangguhkan; dan j. Saya telah dihalang —daripada membuat sebarang pernyataan kepada pihak akhbar atau media. 13. Lebih penting, sebelum penamatan prosiding tatatertib tersebut (iaitu penentuan adjudikasi oleh Pihak Berkuasa Tatatertib), pada 1.12.2004 pihak Responden telah secara terbuka membuat representasi di Parlimen bahawa saya adalah bersalah. Responden mengaku terhadap pernyataan ini. Sesalinan keratan akhbar bertarikh 1.12.2004 berkenaan dengan yang dinyatakan di atas adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-2, pada muka surat 171 sehingga 172 kepada yang sama. Pernyataan 20 mukasurat 14 21 pihak Responden yang bermaksud sedemikian adalah dickshibitkan di Ekshibit SSH-2, pada muka surat 60 kepada yang sama. 14, Ta adalah diperhatikan bahawa universiti hanya membuat pertimbangan pada 2.12.2004 namun Responden telah membuat kesimpulan sebelum itu, iaitu pada 1.12.2004 bahawa saya adalah bersalah atas salahlaku sebelum universiti telah membuat keputusan. pihak Responden semasa dipersoalkan oleh pihak wartawan di lobi di Parlimen telah berkata bahawa “berdasarkan kepada bukti yang kami ada — foto, logo (parti), masa dan tempat (dia dilihat berada) - sudah jelas dia bersalah (seperti yang dituduh)” (rujuk kepada Exhibit SSH-2, pada muka surat 171). 14.2. kedudukan/ kesimpulan yang dibuat oleh Responden adalah sebelum pihak universiti telah membuat sebarang keputusan. Ini adalah pra-penghakiman (‘pre-judging’) bagi perkara tersebut, dan juga merupakan mukasurat— 15 14,3. 14.4, arahan yang tidak wajar kepada pihak universiti mengenai bagaimana ia patut membuat keputusan. Responden pada hakikatnya telah mengaku bahawa ia telah menerima kesemua dokumen-dokumen, laporan-laporan dan juga nota-nota prosiding pada masa itu (rujuk kepada Ekshibit SSH-1, pada muka surat 60). Tindak laku pihak Responden mestilah dilihat bersama dengan pengumuman- pengumuman awal yang dibuat oleh Responden dalam Mac 2004 di mana ia telah menyatakan secara jelas bahawa tindakan disiplin yang keras akan diambil termasuk pergantungan pelajar_—_ dari pengajian atau pemberhentian pelajar dari pengajian universiti sekiranya pelajar- pelajar didapati terlibat dalam politik “pembangkang” 22 mukasurat— 16 14.5. 14.6. 23 Sesalinan keratan akhbar dalam Mac 2004, berkenaan yang di_—atas, adalah diekshibitkan di SSH-2, pada muka surat 189 kepada yang sama. Universiti telah juga mengeluarkan amaran- amaran yang jelas supaya mengelakkan daripada melibatkan diri dalam politik “pembangkang”. Sementara itu, pihak universiti tidak mempunyai sebarang isu dalam mematuhi permintaan politik oleh parti politik dalam kerajaan, di mana berikutan — satu permintaan daripada pihak UMNO, pelajar- pelajar universiti telah diminta memakai baju kemeja-T dan topi Putera UMNO. Sesalinan surat daripada parti politik dalam kerajaan kepada Timbalan Naib Cancelor USM bertarikh 13.6.2005, adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-2, pada muka surat 200 kepada yang sama. mukasurat_ 17 15. Sehari kemudian, pada 2.12.2004, Pihak Berkuasa Tatatertib telah memberikan keputusan iaitu pendapat bahawa terdapat salahlaku dan denda sebanyak RM200.00. Galinan-salinan surat berkenaan keputusan di atas, bertarikh 29.11.2004 dan 3.12.2004 masing-masing, adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-2, pada muka surat 167 dan 168-169 secara masing- masing. 16. Dalam hal-hal di atas, saya sesungguhnya pereaya bahawa Pihak Berkuasa Tatatertib telah secara tidak adil membuat penghakiman pra-matang terhadap saya dan telah dijejaskan oleh deklarasi oleh Responden terhadap ‘kesalahan’ saya. Cc Prosiding Undang-undang 1f. Pada 16.8.2005, saya telah memulakan prosiding undang-undang melalui permohonan semakan kehakiman atas alasan-alasan, antara lain, bahawa seksyen 15(3) AUKU pada masa itu adalah tidak berperlembagaan. Sesalinan Permohonan bagi Semakan Kehakiman menurut Aturan 53 kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan 24 Tmukasurat 18 25 Pernyataan menurut Aturan 53 kaedah 3(2), Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980, adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-1, pada muka surat 9-13 dan 14-21 masing-masing. 18. Pada 6.4.2010, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan saya. Sesalinan Perintah Mahkamah Tinggi (termeterai) bertarikh 6.4.2010 adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-5. 19. Dalam hal ini, saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa: 19.1. Seksyen 15(3) dalam isu adalah serupa dalam semua aspek material kepada seksyen 15(5)(a) yang terkemudian; 19.2. Mahkamah Tinggi di bawah telah menangani isu keperlembagaan seksyen 15(3) dengan mengikuti_—_keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Muhammad Hilman Idham & Ors v Kerajaan Malaysia & Ors [2010] 8 CLJ 869. ‘mukasurat 19 20. Saya turut dinasihati oleh peguameara saya bahawa keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Muhammad Idham telah sejak itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan, yang mana telah memutuskan bahawa seksyen 15(5)(a) (peruntukan berpadanan dengan seksyen 15(3) berikutan pemindaan terkemudian) sebagai tidak berperlembagaan, dan kesahihannya adalah "patently un“ustainable". 2. Memandangkan perkara-perkara di atas, saya telah mengarahkan peguameara saya supaya memfailkan satu rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30.6.2010. Sesalinan Notis Rayuan bertarikh 30.6.2010 adalah diekshibitkan di Ekshibit SSH-1, pada muka surat 26 sehingga 28 yang sama. 22. Pada 19.4.2013, setelah mendengar penghujahan dari kedua-dua pihak kaunsel, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan saya, Antara lain, kaunsel bagi pihak Responden telah berhujah bahawa rayuan tersebut adalah akademik memandangkan saya bukan lagi merupakan pelajar. 23. Mahkamah Rayuan tidak membekalkan sebarang pencarian atau pendapat yang terperinci mengenai merit raynan 26 mukasurat 20 tersebut, melainkan bahawa rayuan saya telah menjadi akademik atas sebab, antara lain, bahawa seksyen 15(3) AUKU pada masa itu telah dipinda oleh perundangan. 24. Saya dinasihati oleh peguamcara_ saya dan sesungguhnya percaya bahawa keputusan oleh Mahkamah Rayuan adalah salah, dari segi fakta dan undang-undang atas sebab-sebab berikut: 24.1 rayuan di Mahkamah Rayuan tidak boleh dikatakan sebagai akademik, atas sebab rayuan tersebut sekiranya dibenarkan akan melupuskan rekod saya yang menyatakan saya mempunyai kesalahan salahlaku; 24.2. selain pendapat kesalahan, saya telah dikehendaki membayar RM200.00 sebagai hukuman denda, dan telahpun membayar denda tersebut. Pendapat —_kesalahan tersebut, dan denda sebanyak RM200.00 tersebut (yang telah dibayar oleh pensyarah-pensyarah saya pada masa itu, di bawah protes) akan terus dikekalkan dalam mukasurat 27 24.3. 24.4, 24.5. rekod, melainkan dan sehingga ia dibatalkan dan diketepikan melalui semakan kehakiman; terdapatperselisihan benar (‘actual dispute’) di antara pihak-pihak terlibat; Saya sepatutnya diberi hak, dan oleh demikian dengan hormatnya memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini, untuk satu penentuan bagi tujuan memberikan ‘solace and closure’; Selanjutnya, Mahkamah Rayuan telah gagal untuk memberi pertimbangan sewajarnya kepada perkara-perkara yang berikut: (a) fakta bahawa pihak Responden telah membuat penghakiman pra- matang terhadap saya dengan membuat deklarasi bahawa saya adalah bersalah tas salahlaku walau sebelum prosiding tatatertib 28 mukasurat 22 29 telah ditamatkan, dan __ proses rayuan dimulakan; (b) fakta bahawa saya _—_— telah melaksanakan hak saya untuk mengundi — semasa_—_—_tempoh pilihanraya; (c) fakta bahawa universiti telah secara memihak mendisiplinkan pelajar-pelajar yang melibatkan politik pembangkang dan politik secara amnya; (a) fakta bahawa saya telah dinafikan hak perwakilan guaman semasa prosiding tatatertib walaupun saya telah membuat permintaan bagi memperoleh hak —_perwakilan guaman. 25. Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa Mahkamah Rayuan telah khilaf mukasurat — 23 30 pada perkara-perkara dan prinsip-prinsip undang-undang yang mana telah mengakibatkan ketidakadilan yang ketara kepada diri saya, sebagai Pemohon. Saya dengan hormatnya memohon kebenaran untuk membuat rayuan ke Mahkamah yang Mulia ini atas soalan-soalan undang-undang yang dicadangkan, yang mana berbangkit dari keputusan Mahkamah Rayuan pada 19.4.2013 Soalan-soalan undang-undang yang dicadangkan ini telah dinyatakan di Lampiran A kepada Notis Usul yang telah difailkan di sini. 26. Saya dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa soalan-soalan undang-undang yang dicadangkan ini membangkitkan persoalan prinsip umum sama ada yang akan diputuskan buat pertama kali, atau mempunyai kepentingan di mana penghujahan lanjutan dan keputusan dari Mahkamah yang Mulia ini akan membawa kepada manfaat awam. 27. Selanjutnya, saya telah dinasihati oleh peguameara saya dan sesungguhnya pereaya bahawa jawapan-jawapan kepada soalan-soalan undang-undang yang dicadangkan ini akan memberi ‘mukasorat 24 31 kesan menterbalikkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 19.4.2013. 28. Memandangkan kesemua yang atas, saya dengan rendah diri memohon perintah seperti dipohon dalam permohonan. Borang-Borang Jurat Berkenaan dengan afidavit oleh ) deponen bernama ) SOH SOOK HWA ) Diikrarkan pada 29 WNT haribulan 2013) di gyal ) (melalui terjemahan oleh ... [terjemahan tidak diperlukan]. ) (SOH SOOK HWA) Level 16, Menar§ Tokio Mariné Life, 409, Jalan Tun Razef, 50400 Kuala Lumpur Afidavit ini diikrarkan oleh SOH SOOK HWA pada At 10% dan difailkan pada ___2 0 MAY 2013 oleh Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Tingkat 16, Menara Tokio Marine Life, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Peguameara bagi pihak Perayu/Pemohon yang dinamakan diatas. (Tel No. 21612330/Fax No. 21613933) (Ruj. No: AHL/RD/44068) (4.1012019..01f Sokongan..14060..86) mukasurat 25

También podría gustarte