Está en la página 1de 2

PELANCONGAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang menarik.
tempat-tempat ini sama ada wujud secara semula jadi atau yang dibina oleh kerajaan boleh
dikunjungi pada bila-bila masa untuk menenangkan fikiran dan beriadah bersama keluarga. Selain
itu, tempat-tempat menarik ini juga menjadi daya penarik kepada para pelancong luar. Saban tahun
ratusan ribu pelancong dari luar negara datang melawat ke negara kita.
Antara tempat yang menarik di Malaysia ialah kawasan-kawasan pantai yang bersih dan cantik.
Kedudukan Malaysia sebagai sebuah semenanjung yang menganjur dari tanah besar Asia
memberikan satu keistimewaan yang tersendiri. Malaysia dikelilingi oleh Laut Cina Selatan dan Selat
Melaka di mana setiap persisiran pantai itu terdapat pantai-pantai yang sesuai untuk dikunjungi dan
beriadah seperti Pantai Merdeka di Kedah, Batu Feringghi di Pulau Pinang, Desaru di Pahang, Pantai
Cahaya Bulan di Kelantan dan sebagainya. Pantai-pantai ini telah menjadi daya penarik kepada
pelancongan domestik dan luar negara.
Selain itu, di sekitar laut pula terdapat pulau-pulau yang indah dan mempunyai persekitaran yang
terpelihara. Terdapat banyak pulau di Malaysia ini dijadikan destinasi pelancongan. Di sekitar pulau
ini terdapat taman laut yang indah dan dipenuhi oleh hidupan laut yang dijaga dengan rapi. Hotel-
hotel dan chalet-chalet dibina untuk kemudahan para pelancong. Antara pulau yang terkenal ialah
Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan beberapa buah pulau
lain di perairan Sabah dan Sarawak.

PERKATAAN SINONIM (SEERTI)


1. Beriadah

2. Saban

3. Persisiran

4. Domestik

5. Perairan

6. Destinasi

7. Indah

8. Rapi

9. Menganjur

10. Dikunjungi
PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam
sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan
menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu
pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan
terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah
menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan
nama negara.Negara kita sebenarnya telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan
negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara
untuk masyarakat.Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.

Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran
alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.Pencemaran ini terjadi
tanpa diduga oleh masyarakat.Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti
gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan
kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contoh apabila berlakunya letusan
gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu
seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti
asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya.Oleh itu,semua pihak
memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Mereka seharusnya tidak
mengamalkan sikap “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”

También podría gustarte