Está en la página 1de 61

z

KERTAS 3
( 1249/3 )
2017

BAB 1:

Kemunculan dan
Perkembangan
Nasionalisme
SehinggaPerang Dunia
Kedua

1
NO. TAJUK MUKA
SOALAN SURAT

Isi Kandungan 1-3


1 a. Maksud /Konsep/Latar Belakang Imperialisme @ Konsep/maksud 4
imperialisme
b. Maksud/definisi/takrif/makna/latar belakang nasionalisme 5

2 a. Faktor-faktor Imperialisme di Asia 6-7


Tenggara
b. Faktor-faktor pencetus / kemunculan 7-9
nasionalisme di Asia Tenggara
c. Ciri-Ciri sistem Birokrasi Barat mengikut negara 9-11
d. Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua di Asia 11-12
Tenggara secara umum.
e. Perkembangan Nasionalisme mengikut Negara/Tahap 12-17
f. Tokoh-tokoh pejuang nasionalisme di Asia Tenggara 17-20
3 a. Faktor kejayaan kuasa Barat menguasai hampir keseluruhan 20-21
Asia Tenggara
b. Sebab-sebab Asia Tenggara menjadi tumpuan Imperialis Barat 22-23
c. Perbezaan Bentuk Nasionalisme Di Negara Asia Tenggara 23-27
Lain (Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

4 a. Faktor kejayaan kuasa Barat menguasai hampir keseluruhan 27-30


Asia Tenggara
b. Pengenalan sistem birokrasi Barat memeberi kesan ke atas Asia 30-32
Tenggara
c. Analisis Kesan Imperialisme Terhadap Asia Tenggara 32-36
d. Kesan-kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia kini 36-38
e. Walaupun tidak pernah dijajah, gerakan nasionalisme turut 39
berlaku di Thailand. Jelaskan/Buktikan/Bincangkan
f. (SOALAN MERENTAS BAB) 39-41
Media massa telah menjadi pemangkin terhadap kesedaran
nasionalisme di Asia Tenggara . Huraikan penyataan tersebut.
5 a. Peranan pemimpin mengukuhkan kedaulatan negara 41-42
b. Peranan rakyat/ masyarakat mengukuhkan kedaulatan negara 42-43
c. Peranan pemimpin / rakyat untuk mengukuhkan 43-44
kemakmuran negara (dalam bidang ekonomi)
d. Peranan pemimpin negara untuk membangkitkan semangat 45
nasionalisme rakyat Malaysia.
e. Bentuk imperialisme masa ini 45-47
f. Kesan-kesan penjajahan bentuk baharu/masa kini 47
6 6(a) Perpaduan
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan 48
kedaulatan negara.
ii. Huraikan cabaran yang dihadapi Malaysia terhadap imperialisme 48
bentuk baru
iii. Cabaran untuk mengekalkan semangat nasonalisme dalam 49-50
kalangan rakyat Malaysia.
2
6(b) Kedaulatan

i. Semangat nasionalisme mampu mengekalkan kedaulatan negara/ 50


Kepentingan semangat nasionalisme dalam memelihara kedaulatan
negara/ Semangat nasionalisme penting bagi sesebuah negara.
ii. Kesan yang akan berlaku sekiranya tiada semangat nasionalisme yang 51
tinggi dalam diri rakyat Malaysia.
iii. Setujukah anda bahawa semangat nasionalisme semakin utuh dalam 51-53
kalangan masyarakat Malaysia.

6.C. Nasionalisme
i. Kepentingan nasionalisme / Kebaikan nasionalisme / Manfaat 53-54
nasionalisme / Faedah nasionalisme
ii. Kesan / Akibat / Impak sekiranya warganegara tidak mempunyai 54
semangat nasionalisme
7 a. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman imperialisme 55
bentuk baharu.
b. Langkah/Cara/Usaha/ Bagaimana Untuk Mengekalkan 56
Kedaulatan Negara.
c. Langkah/Cara/Usaha/ Bagaimana Untuk Mengekalkan 57
Kedaulatan Negara.
57-58
d. Kepentingan Perpaduan Bagi Mengekalkan Kedaulatan

8 a. Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji 59-60

b. Nilai yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji 60


9 Kesimpulan 61

3
NOTA BAB 1

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme SehinggaPerang Dunia Kedua

Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat
kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia. British menguasai Burma (Myanmar),
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina
daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-
Timur.

TAJUK 1

1.a. Maksud /Konsep/Latar Belakang Imperialisme @ Konsep/maksud


imperialisme

Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan


wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme
juga membawa maksud penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap
negara lain yang lebih lemah. Penguasaan ini bertujuan untuk mengaut keuntungan
dari segi politik dan ekonomi. Menurut Kamus Dewan, imperialisme bermaksud dasar
atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya
ke atas negara-negara lain. Selain itu, imperialisme membawa maksud orang atau
negara yang mengamalkan fahaman imperialisme.

Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong
oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi dan mengubah sistem politik tanah
jajahannya. Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka
pada tahun 1511. Tujuan awal imperialisme Barat adalah untuk menguasai perdagangan
rempah dan Revolusi Perindustrian di Eropah menjadikan persaingan kuasa Eropah
bertambah sengit untuk mendapatkan kawasan baru.

Secara ringkasnya, imperialisme Barat telah mengubah sistem politik tanah


jajahannya di Asia Tenggara untuk memudahkan pengeksploitasian ekonomi dilakukan.

4
b. Maksud/definisi/takrif/makna/latar belakang

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang


membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad
kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga merangkumi pembebasan
daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. Menurut pandangan Anthony
D.Smith dalam bukunya Theories of Nationalisme merujuk kepada satu pergerakan
ideologi untuk mencapai dan memelihara pemerintahan sendiri atau kemerdekaan
sesuatu bangsa.

Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap
pertama dan tahap kedua. Kegagalan gerakan nasionalisme tahap pertama yang
bersifat sederhana menyebabkan munculnya gerakan nasionalisme tahap kedua
yang lebih radikal. Antara tokoh yang terlibat dalam gerakan nasionalisme tahap
pertama ialah Jose Rizal di Filipina. Manakala gerakan nasionalisme tahap kedua
ialah Soekarno di Indonesia. Kehadiran imperialisme barat yang menggugat
kedaulatan negara-negara Asia Tenggara telah mendorong kemunculan semangat
nasionalisme.

Ringkasnya, nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak


setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri, menegakkan kedaulatan
rakyat dan menuntut kesetiaan ulung rakyat untuk disalurkan kepada bangsa.dan
negara.

5
TAJUK 2

2a. Faktor-faktor/Punca-Punca/Sebab-sebab Imperialisme di Asia Tenggara.

Antara faktor imperialisme kuasa Barat di Asia Tenggara ialah kedudukannya


yang strategik iaitu terletak antara China dan India. Penguasaan terhadap Asia
Tenggara akan menjamin pasaran yang luas kepada kuasa Barat ini.
Asia Tenggara juga mempunyai tanah yang subur dan kaya dengan pelbagai
bahan mentah seperti bijih timah dan kayu jati. Bahan mentah ini diperlukan secara
konsisten untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Barat.
Selain itu, imperialisme juga berlaku akibat Revolusi Perindustrian yang berlaku
di Eropah sejak abad ke-17. Hal ini membolehkan mereka mengeluarkan berbagai-bagai
hasil perkilangan secara besar-besaran. Penghasilan barangan yang banyak ini
menyebabkan mereka memerlukan kawasan pasaran yang baru. Hal ini mendorong
perluasan kegiatan penjajahan yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan
Asia Tenggara.
Di samping itu, perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
turut menyumbang kepada kegiatan imperialisme Barat di Asia Tenggara. Penciptaan
dan penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang lebih banyak
dibawa di samping mempercepat perjalanan antara Barat dengan Timur.
Sementara itu, pembukaan Terusan Suez pula telah memendekkan jarak
perjalanan antara Timur dengan Barat dan menjadikan perjalanan lebih selamat serta
menjimatkan kos.
Penciptaan telegraf pula membolehkan imperialis Barat memberikan arahan
kepada para pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.
Teknologi telegraf ini turut membolehkan ahli-ahli perniagaan di Barat berhubung dengan
wakil-wakil mereka di Timur menjadikan urusan perniagaan lebih mudah seterusnya
menyebabkan peningkatan dalam kegiatan perdagangan antarabangsa.
Semakin luas tanah jajahan sesebuah kuasa Barat, semakin tinggi sanjungan
yang diperoleh kuasa-kuasa Barat tersebut. Hal ini menimbulkan persaingan antara
kuasa Barat. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan

6
sesebuah kuasa Barat. Akibatnya, negara-negara Asia Tenggara menjadi mangsa
kegiatan imperialisme Barat.
Kuasa-kuasa Barat seperti British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun. Oleh yang demikian, mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin
orang Timur ke arah kehidupan yang lebih baik. Contohnya, British dan Belanda
menggunakan slogan beban orang putih. Perancis pula menggunakan slogan tugas
menyebarkan tamadun. Mubaligh Kristian pula ingin menyebarkan agama Kristian
kepada penduduk di Tanah jajahan.
Imperialisme juga berlaku disebabkan oleh keinginan masyarakat Eropah untuk
memecahkan monopoli perdagangan rempah ratus dan sutera yang selama ini
dikuasai oleh orang Islam. Selain itu, galakan daripada pemerintah juga mendorong
imperialisme berlaku terutamanya golongan monarki baru di England, Perancis dan
Belanda. Oleh sebab itu penjajahan ini sering dikaitkan dengan kata-kata gold,glory dan
gospel.

2b. Faktor-Faktor Kebangkitan / Kemunculan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ialah dasar penjajahan Barat


yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara di
Asia Tenggara kerana sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberi peluang
yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. Melalui
dasar ini rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba
kekurangan. Malah dasar ekonomi penjajah telah menindas penduduk peribumi,
contohnya Sistem Polo di Filipina dan Sistem Tanaman Paksa di Indonesia.
Selain itu, penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap
bahawa mereka berada dalam kelas yang tersendiri yang mana mereka hanya layak
berdampingan sesama mereka dan bergaul hanya dengan golongan elit tempatan yang
terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat.
Di samping itu, dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran juga
menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan kerana golongan tersebut menguasai
bidang ekonomi.

7
Pengaruh agama juga telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk
menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian.
Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan
Belia Buddha menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan
agama sebagai pencetus nasionalisme. Gerakan Islah telah memperjuangkan Pan
Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat. Manakala agama
Kristian di Filipina telah menyatupadukan penduduk peribumi menentang kuasa
Sepanyol kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding
penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
Karya kesusasteraan di Asia Tenggara berperanan membangkitkan
nasionalisme melalui karya-karya yang dihasilkan sebagai media untuk menyampaikan
mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya
membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. Contohnya cerpen
Kerikil-Kerikil Tajam di Indonesia dan Putera Gunung Tahan di Tanah Melayu.
Seterusnya, sikap penjajah yang pilih kasih dalam menyediakan kemudahan
pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah
sebagai bahasa pengantar turut mencetuskan nasionalisme. Penjajah hanya
memberikan pendidikan pada peringkat rendah serta terhad kepada golongan elit dan
penduduk bandar sahaja. Contohnya, di Indonesia, anak golongan priyayi diberikan
pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan yang
bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Manakala di Burma,
pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang telah diperkenalkan menjadi ancaman
terhadap sekolah Buddha. Begitu juga di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular
sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
Faktor seterusnya ialah kemunculan golongan intelektual yang melanjutkan
pelajaran di Barat dan Asia Barat telah mendapat pendedahan dengan idea falsafah
Barat dan Islam. Pengalaman mereka di luar negara telah menyedarkan golongan ini
betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara
mereka sendiri. Akhirnya, mereka inilah yang memimpin gerakan nasionalisme dengan
menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela dan meminta penjajah membebaskan tanah
air mereka.

8
Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah telah berupaya
menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat.
Contohnya, Warta Malaya dan Majlis di Tanah Melayu dan Tribune Indigene di Vietnam.
Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan seperti pembinaan
jalan kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan yang sebelumnya
terpisah. Hal ini memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan berbincang
mengenai idea-idea nasionalisme. Kewujudan perkhidmatan perhubungan seperti telefon
dan telegraf juga memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
Akhir sekali, pengaruh luar seperti kejayaan Jepun menewaskan China dan
Rusia telah membuka mata para nasionalis tentang keupayaan sebuah negara kecil
mengalahkan negara besar. Manakala perjuangan Mahatma Gandhi menentang British
di India telah memberi inspirasi kepada para nasionalis Asia Tenggara.

2C. Ciri-ciri Sistem birokrasi Barat mengikut negara.

a) Filipina
Antara ciri sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina
ialah penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan barangay dengan Gabenor Jeneral
merupakan pemerintah tertinggi peringkat pusat.
Ketua Datuk Bandar pula berperanan sebagai Ketua Pentadbir Wilayah dan
Gabenor kecil dilantik sebagai Pentadbir Bandar.
Pada peringkat tempatan, barangay-barangay disatukan di bawah Sistem
Encomienda yang diketuai oleh encomiendero. Encomiendero berperanan menjaga
keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay. Di bawah sistem
ini, para penduduk Filipina dikenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga.

b) Indonesia
Antara ciri sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Indonesia oleh penjajah
Belanda adalah dengan memperkenalkan pentadbiran berpusat yang diketuai oleh
Gabenor Jeneral.
Pentadbiran di peringkat tempatan dikendalikan oleh para pembesar tempatan di
bawah pengawasan pegawai Belanda.
9
Beberapa buah Jabatan Kerajaan turut ditubuhkan. Misalnya, Jabatan Pelajaran
dan Jabatan Pertanian.
Dewan Tempatan ditubuhkan oleh Belanda yang berperanan sebagai penasihat
pentadbiran Belanda tetapi tidak mempunyai kuasa perundangan.
Volksraad turut ditubuhkan. Volksraad merupakan Majlis Rakyat dan dianggap
sebagai langkah ke arah kemerdekaan.

c) Burma
Antara ciri sistem Birokrasi Barat di Burma ialah pelantikan Pesuruhjaya Tinggi
British sebagai pemerintah tertinggi menggantikan fungsi raja.
Kedatangan penjajah Barat menyaksikan pentadbiran daerah diambil alih oleh
Myo-ok (Pegawai Bandaran).
Undang-undang Barat juga diperkenalkan mengakibatkan fungsi raja sebagai
penaung sami Buddha diambil alih oleh undang-undang Barat. Akta Kampung Ulu Burma
1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 turut diperkenalkan menggantikan undang-
undang tradisional Burma.
Selain itu, Majlis Perundangan diperkenalkan malahan, beberapa jabatan
kerajaan misalnya Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran juga
ditubuhkan.

d) Indochina
Di IndoChina, Perancis memperkenalkan kerajaan pusat dengan penubuhan
Union IndoChinoise / Persekutuan IndoChina yang terdiri daripada Vietnam dan
Kemboja. Laos menyertainya pada tahun 1904.
Kerajaan pusat ini diketuai oleh Gabenor Jeneral dan Leftenan Jeneral sebagai
pemerintah peringkat wilayah. Mereka dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen
Wilayah.
Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.
Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi mereka perlu
membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

10
e) Tanah Melayu
Di Tanah Melayu, British telah menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura menjadi Negeri-Negeri Selat. Pemerintah tertinggi bagi Negeri-Negeri Selat
ialah Gabenor Negeri-Negeri Selat. Gabenor dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga
– tiga negeri tersebut.
Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan pula, British memperkenalkan Sistem Residen. Residen bertindak
sebagai penasihat sultan dalam semua hal kecuali hal ehwal agama Islam dan adat
resam Melayu.
Bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Kelantan, Trengganu,
Perlis dan Johor British memperkenalkan Sistem Penasihat British. Residen dan
Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Tugas utama residen dan penasihat British adalah menasihati Sultan dalam
semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Selain itu, Brirtish turut memperkenalkan sistem kehakiman Barat di Tanah Melayu
dan melaksanakan sistem pengutipan cukai tanah dan hasil hutan.
Pentadbiran negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Penubuhan balai polis
dilaksanakan untuk mengawal keselamatan. Kuasa Raja dan pembesar Melayu terjejas
dan hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Sementara itu, pentadbiran pada peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.

2d) Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua di Asia Tenggara secara
umum.

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara umumnya terbahagi kepada dua


tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.
Pada tahap pertama, penentangan masyarakat adalah secara terbuka tetapi
bersifat setempat dan tidak berorganisasi.
Gerakan nasionalisme pada tahap ini bertitik tolak daripada isu-isu kebudayaan,
agama dan hak peribumi.

11
Gerakan ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan
Asia Barat. Mereka lebih menekankan kesedaran politik yang menuntut hak-hak mereka
dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki.
Secara umumnya gerakan pada tahap ini tidak meminta kemerdekaan dengan
segera.
Gerakan nasionalisme pada tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme
yang lebih radikal dan berorganisasi. Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme
tahap pertama yang bersifat sederhana gagal.
Gerakan nasionalisme tahap kedua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan
serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.
Mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan penjajah dan kesannya terhadap
bangsa dan negara.
Matlamat perjuangan mereka juga lebih jelas iaitu ke arah menuntut kemerdekaan
dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

2e. Perkembangan Nasionalisme mengikut Negara/ Tahap

(i) Perkembangan Nasionalisme di Filipina

Gerakan nasionalisme di Filipina merupakan gerakan terawal di Asia Tenggara


yang dapat dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.

Pada tahap pertama, gerakan ini merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh
Jose Rizal yang mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan
yang berpendidikan Barat.
Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa Filipina
diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol, dan bangsa Filipina
diberikan kebebasan bersuara.
Apabila tuntutan mereka tidak mendapat tindak balas Sepanyol, Jose Rizal telah
menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak Kerajaan Sepanyol
melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.

12
Kerajaan Sepanyol berasa terancam dan menangkap Jose Rizal serta
membuangnya ke Dapitan di Mindanao. Jose Rizal akhirnya dikenakan hukuman bunuh
atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
Walaupun gerakan dakyah ini berakhir tetapi telah mencetuskan gerakan
nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina bermula apabila Parti Katipunan
yang ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah memulakan penentangan secara radikal
terhadap Sepanyol. Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina
dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
Katipunan telah menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi
kepada rakyat. Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan tersebut.
Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk
menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal. Katipunan semakin lemah selepas
Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.
Aguinaldo telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir
Sepanyol pada tahun 1898. Penyingkiran Sepanyol telah memulakan penguasaan
Amerika Syarikat terhadap Filipina.
Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak
disahkan oleh Amerika. Dengan itu, revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap
pada tahun 1901.
Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik
sederhana. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan selepas
partinya iaitu Parti Nasional menang dalam pilihanraya pada tahun 1907.
Pada tahun 1930-an, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui
perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih
liberal.

(ii) Perkembangan Nasionalisme di Indonesia

Gerakan nasionalisme di Indonesia gerakan terawal di Asia Tenggara yang dapat


dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.

13
Pada tahap pertama, para nasionalis di Indonesia memberikan sepenuh tumpuan
terhadap isu-isu pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah
nasib rakyat Indonesia.
Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan karyanya ‘Habis Gelap Terbitlah Terang
’ dan ‘ Penulisan Seorang Puteri Jawa’ . Karya ini telah mendedahkan kemunduran rakyat
Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda.
Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya
untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.
Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini. Matlamat
pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari
ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Pertubuhan ini turut membina banyak
sekolah, klinik dan masjid .
Gerakan nasionalisme di Indonesia pada tahap kedua memperlihatkan
perjuangan parti-parti politik radikal Sarikat Islam(SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan
Parti Nasional Indonesia (PNI). Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut
kemerdekaan Indonesia walaupun dengan cara kekerasan.
PNI di bawah pimpinan Soekarno berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia untuk
menentang Belanda. Belanda bertindakbalas dengan menangkap pemimpin yang radikal
termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI.

(iii) Perkembangan Nasionalisme di IndoChina

Gerakan nasionalisme tahap pertama di IndoChina tertumpu di Vietnam yang


dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka
berjuang memulihkan sistem pemerintahan beraja.
Golongan menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan
Barat dalam kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau telah
memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal.
Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan
melancarkan pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam.
Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan dan VNQPH telah diharamkan oleh

14
Perancis. Kegagalan parti-parti politik sederhana mendapatkan kerjasama Perancis telah
membawa kepada Gerakan nasionalisme yang lebih radikal.
Gerakan tahap kedua merupakan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang
(VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV) yang bersifat radikal. Perancis bertindak
menangkap pemimpin VNQDD dan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Nguyen
Thai Hoc manakala Ho Chi Minh pemimpin PKV telah melarikan diri ke Hong Kong.
Sikap keras Perancis ini telah menyebabkan gerakan nasionalisme kembali
bercorak sederhana dibawah pimpinan Maharaja Bao Dai. Segala usaha pembaharuan
Maharaja Bao Dai telah disekat malah, baginda juga dilarang melibatkan diri dalam
gerakan nasionalisme.
Akhirnya, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan dilantik
menjadi Presiden Vietnam Utara.

(iv) Perkembangan Nasionalisme di Burma / Myanmar

Gerakan nasionalime tahap pertama di Burma dicetuskan oleh golongan sami


Buddha dan golongan elit berpendidikan barat.

Golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun
1906 yang bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan
dalam kalangan rakyat Burma
Persatuan Belia Buddha menggunakan isu Kasut untuk membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma
Menjelang tahun 1916 Persatuan Belia Buddha dikatakan lebih bersifat radikal
dibawah pimpinan U Ba Pe.
Pada tahun 1920 pemimpin-pemimpin Persatuan Belia Buddha telah menubuhkan
Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma yang lebih radikal.
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma dikatakan muncul hasil daripada
Laporan Montagu Chelsford yang mengatakan Burma masih belum bersedia untuk
berkerajaan sendiri.
Pada tahun 1920 berlakunya revolusi pelajar yang membawa kepada cadangan
dan tuntutan penubuhan sebuah Universiti untuk mereka.
15
Gerakan nasionalisme di Burma juga berlaku setelah wujudnya gerakan Golongan
Sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang membawa kepada tercetusnya
Pemberontakan Saya San. Pemberontakan ini telah diketuai oleh Saya San yang
merupakan bekas Pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.
Kebangkitan semangat nasionalisme di Burma juga berlaku setelah munculnya
Liga Antipemisahan yang mengatakan pemisahan dengan India akan melambatkan
kemerdekaan Burma.
Pengenalan Perlembagaan Burma pada tahun 1935 memberi ruang kepada
rakyat Burma untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Begitu juga kewujudan Golongan
Thakin (siswazah universiti ) telah menuntut kemerdekaan Burma melalui penubuhan
Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935. Parti Dobama Asiayone tersebut dipimpin oleh
Aung San, Kyam Nein dan U Nu dengan mengelarkan diri mereka sebagai “Tuan”.
Akhir sekali, kemenangan Dr. Ba Maw dalam pilihan raya pada tahun 1937 telah
membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Burma.

(v) Perkembangan Nasionalisme di Thailand

Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara


lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah.
Gerakan nasionalisme di Thailand pada tahap pertama merupakan rasa tidak
puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan
penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn
telah melahirkan golongan intelek di Thailand. Mereka yang mendapat pendidikan Barat
terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti fahaman
liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan. Kefahaman terhadap idea
demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah
menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah
membuatkan rakyat tidak berpuas hati. Hal ini membawa kepada penubuhan Parti Rakyat
oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul Songram pada 1932. Parti ini telah melancarkan
revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
16
Nasionalisme tahap kedua di Thailand pula disebabkan rasa tidak puas hati
rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina. Walaupun
bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand.
Hal ini menimbulkan kemarahan orang Siam terhadap kerajaan kerana kerajaan
tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas orang
Siam.
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau telah meluluskan
undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China.
Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah Cina. Akhbar-akhbar Cina turut
diharamkan.
Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu
perdagangan dan perusahaan. Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk
penganut Buddha sahaja. Pada tahun 1939, nama Siam ditukar kepada Thailand yang
bermaksud “ tanah yang bebas”.
Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya
mendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan
Perancis.

2.f. Tokoh-tokoh pejuang nasionalisme di Asia Tenggara.

(i) (ii) (iii)

Raja Mongkut Raden Adjeng Kartini Jose Rizal

17
(iv) (v)

Soekarno Emilio Aguinaldo

Huraikan perjuangan tokoh-tokoh tersebut.

(i) Raja Mongkut

Raja Mongkut merupakan pemerintah Thailand. Beliau telah memperkenalkan


sistem birokrasi Barat dalam pentadbiran negara. Baginda telah melantik 80 orang
penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai
tempatan. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa daripada Britain.
Penasihat Kastam dan ketenteraan pula masing-masing dari Amerika Syarikat dan
Perancis. Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut telah berjaya
mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara Thailand.

(ii) Raden Adjeng Kartini

Raden Adjeng Kartini berasal daripada keluarga bangsawan berketurunan jawa.


Beliau merupakan tokoh perjuangan nasianolisme tahap pertama di Indonesia. Beliau
berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita. Karyanya “Habis Gelap Terbitlah
Terang” dan “Penulisan Seorang Puteri Jawa” telah mendedahkan kemunduran rakyat
Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda. Perjuangannya telah memberi
inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih
tersusun.
18
(iii) Jose Rizal

Jose Rizal merupakan pejuang nasionalisme tahap pertama di Filipina. Beliau


memimpin gerakan dakyah yang mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan
pertengahan yang berpendidikan Barat. Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan
wilayah Sepanyol, bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh
bangsa Sepanyol, dan bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara. Apabila tuntutan
mereka kurang mendapat tindak balas Sepanyol, Jose Rizal telah menubuhkan Liga
Filipina dengan tujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik,
ekonomi dan sosial. Kerajaan Sepanyol berasa terancam lantas Jose Rizal ditangkap
dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao. Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas
tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan. Walaupun gerakan dakyah ini berakhir
tetapi gerakan ini kemudiannya telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih
radikal pada tahap kedua.

(iv) Soekarno

Soekarno merupakan pejuang nasionalisme tahap kedua di Indonesia. Beliau


telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada tahun 1927. Beliau melakukan
perjuangan yang lebih radikal dan lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun
dengan cara kekerasan. Perjuangan yang dilakukan oleh Soekarno menyebabkan
Belanda semakin terdesak lalu bertindak balas dengan menangkap beliau dan pemimpin
radikal yang lain. Belanda juga telah mengharamkan PNI. Beliau telah dipenjarakan oleh
Belanda pada tahun 1929 hingga 1931 seterusnya dibuang ke Flores pada tahun 1934.
Perjuangan Soekarno ini akhirnya menemui kejayaan apabila beliau mengisytiharkan
kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan beliau telah menjadi Presiden Indonesia
yang pertama pada tahun 1949. Hal ini menunjukkan bahawa kewibawaan seseorang
pemimpin itu sangat penting dalam sesebuah perjuangan, seperti mana yang ditunjukkan
oleh Soekarno yang telah berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia untuk bersatu
menentang penjajahan Belanda.

19
(v) Emilio Aguinaldo

Emilio Aguinaldo merupakan seorang tokoh nasionalisme di Filipina pada tahap


kedua. Beliau mengganggotai pertubuhan Katipunan yang ditubuhkan oleh Andres
Bonifacio. Pertubuhan Katipunan bermatlamat untuk menyatukan bangsa Filipina dan
mencapai kemerdekaan melalui revolusi. Beliau telah dilantik sebagai Datuk Bandar di
Cavite pada tahun 1895. Beliau telah bersama-sama dengan Andres Bonifacio
melancarkan revolusi bersenjata pada tahun 1896 untuk menggulingkan pemerintahan
Sepanyol tetapi gagal. Akibat kegagalan tersebut, beliau telah bekerjasama dengan
Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898. Walaupun Filipina
bebas daripada Sepanyol namun setelah itu Filipina dikuasai pula oleh Amerika Syarikat.
Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina pada tahun 1899 tetapi tidak disahkan
oleh Amerika Syarikat. Hal ini menyebabkan beliau meneruskan revolusi sehingga
ditangkap pada tahun 1901. Kesimpulannya, perjuangan beliau tidak berjaya
memerdekakan Filipina, namun kepimpinan beliau tetap berjaya menyatupadukan
semangat nasionalisme rakyat Filipina.

TAJUK 3

3 (a) Faktor kejayaan kuasa Barat menguasai hampir keseluruhan Asia Tenggara

Kemunculan negara-negara Eropah selain Britain dalam bidang perindustrian


seperti Jerman, Perancis, dan Itali merupakan faktor kejayaan imperialisme Barat.
Keadaan ini mewujudkan persaingan dalam kalangan negara-negara Eropah. Masing-
masing berusaha memperoleh kawasan baru kerana dapat memastikan bekalan bahan
mentah dan pasaran.
Di samping itu, wujud semangat perlumbaan untuk mengatasi satu sama lain
dengan menakluk negara di luar Eropah. Kejayaan menguasai tanah jajahan yang luas
menjadi status dan simbol sebuah kuasa yang kuat. Oleh itu, negara Eropah berlumba-
lumba antara satu sama lain untuk mendapatkan tanah jajahan.
Kejayaan kuasa Barat turut dibantu oleh perkembangan revolusi pengangkutan
terutama penggunaan kapal berkuasa wap. Perkembangan ini telah memudahkan lagi
20
aktiviti imperialisme kerana dapat memudah dan mempercepat perjalanan. Tambahan
lagi pembukaan Terusan Suez pada 1869 telah memendekkan perjalanan dari Eropah
ke Asia Tenggara. Keadaan ini telah mempercepat kegiatan Imperialisme.
Di samping itu, Eropah mempunyai teknologi yang jauh melebihi negara Asia
Tenggara. Perkembangan teknologi ini membantu Imperialis menghasilkan pengeluaran
yang maksimum. Di Tanah Melayu contohnya, Britain telah memperkenalkan teknologi
kapal korek dalam industri perlombongan bijih timah. Mereka berjaya menghasilkan
pengeluaran yang banyak dan menguntungkan.
Imperialis juga mempunyai modal yang banyak yang dimiliki pelabur Eropah
melalui syarikat-syarikat perdagangan yang ditubuhkan.Syarikat-syarikat ini telah diberi
konsensi dengan menyediakan kadar sewa dan tarif cukai yang rendah. Syarikat-syarikat
perdagangan ini telah melabur dalam industri perladangan dan perlombongan.
Imperialis juga berjaya menguasai sistem pentadbiran di negara-negara yang
dijajah melalui pengenalan sistem birokrasi. Melalui sistem tersebut, pegawai-pegawai
Barat telah dilantik menjadi pentadbir bagi menggantikan pembesar-pembesar tradisional
termasuk pengaruh golongan agama. Kuasa raja juga telah dikurangkan dan
dilenyapkan. Hal ini menyebabkan mereka menerapkan undang-undang Barat yang
digunakan untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Sikap masyarakat Eropah untuk menyebar pengaruh tamadun dan agama
mereka kepada masyarakat di luar Eropah. Usaha mengembang tamadun dianggap satu
tanggungjawab mereka. Inilah yang disebut orang Inggeris sebagai the white man’s
burden, Perancis pula menganggap sebagai mission civilivisatrice sementara orang
Jerman dan Amerika menganggap tugas menyebar budaya sebagai the blessings of the
Anglo-Saxon protection. Di Filipina contohnya agama Kristian telah diterima oleh
kebanyakan penduduk tempatan.

21
3 (b) Perbandingan Gerakan Nasionalisme Di Thailand Dengan Negara-Negara
Asia Tenggara
Atau
Mengapakah Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di
Asia Tenggara

Keadaan ini berlaku kerana Thailand tidak pernah dikuasai oleh Imperialis Barat
seperti negara-negara Asia Tenggara yang lain. Sistem birokrasi Barat diperkenalkan
sendiri oleh pemerintahnya iaitu Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Contohnya Raja
Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di
Thailand. Oleh itu, gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di
negara lain di Asia Tenggara yang bersifat anti penjajah.
Nasionalisme di Thailand pada tahap pertama merupakan kegelisahan rakyat
terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan juga penentangan terhadap raja
berkuasa mutlak.
Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap
fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan
intelek Thailand. Nasionalisme di Thailand juga bertujuan untuk mengekalkan
kemerdekaan negara Thai. Selain itu, gerakan nasionalisme Thailand juga bertujuan
untuk membaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran dan menentang sikap boros raja
Thailand contohnya Raja Vajiravudh. Hal ini membawa kepada penubuhan Parti Rakyat
pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram. Oleh itu,
nasionalis Thai telah melancarkan Revolusi Thai untuk menamatkan sistem raja
berkuasa mutlak.
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand pula disebabkan oleh rasa tidak
puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Oleh
itu, semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-
undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Selain
itu, sekolah Cina dan akhbar Cina turut dibubarkan.
Manakala penduduk peribumi pula digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti
ekonomi serta jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama
Buddha. Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama negara Siam kepada
22
Thailand yang bermaksud ‘Tanah Bebas’. Mereka turut berusaha mendapatkan semula
wilayah Siam di IndoChina dan Tanah Melayu melalui kerjasama dengan Jepun semasa
Perang Dunia Kedua.

3(c). Perbezaan Bentuk Nasionalisme Di Negara Asia Tenggara Lain


(Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara)

1. FILIPINA

Gerakan nasionalisme di Filipina mendahului negara lain di Asia Tenggara dan


perjuangan mereka boleh dibahagikan kepada dua tahap.Tahap pertama gerakan ini
merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang mempunyai pengaruh
kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.

Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa Filipina


diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol dan bangsa Filipina
diberikan kebebasan bersuara. Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindakbalas
Sepanyol, Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina dengan tujuan mendesak Kerajaan
Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.

Kerajaan Sepanyol berasa terancam dan menangkap Jose Rizal dan


membuangnya ke Dapitan di Mindanao.Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas
tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan. Walaupun gerakan dakyah ini berakhir
tetapi telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.
Gerakan nasionalisme tahap kedua bermula apabila Parti Katipunan yang
ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah memulakan penentangan secara radikal
terhadap Sepanyol. Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina
dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.Katipunan telah menggunakan media cetak
untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat. Kalayan merupakan akhbar rasmi
pertubuhan tersebut. Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk
menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal. Katipunan semakin lemah selepas
Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.
Aguinaldo kemudiannya telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya
mengusir Sepanyol pada tahun 1898. Penyingkiran Sepanyol telah memulakan

23
penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina. Pengisytiharan kemerdekaan Filipina
oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak disahkan oleh Amerika. Dengan itu, revolusi
diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901. Akhirnya Kerajaan Amerika
terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana. Sergio Osmena telah
dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan selepas partinya iaitu Parti Nasional menang
dalam pilihanraya pada tahun 1907.

Pada tahun 1930-an, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui


perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih
liberal.

2. INDONESIA

Gerakan nasionalisme di Indonesia gerakan terawal di Asia Tenggara yang dapat


dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Pada tahap pertama
, para nasionalis di Indonesia memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu
pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib rakyat
Indonesia.
Oleh itu, Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan karyanya Habis Gelap Terbitlah
Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa yang telah mendedahkan kemunduran
rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda. Perjuangannya telah
memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan
pertubuhan yang lebih tersusun.
Selain itu Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini.
Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan
menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Seterusnya pertubuhan
ini turut membina banyak sekolah, klinik dan masjid .

Pada tahap kedua gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan


perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam (SI), Parti Komunis
Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI). Pada tahap ini, parti-parti politik
begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia walaupun dengan cara kekerasan. PNI
di bawah pimpinan Soekarno berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia. Belanda

24
bertindakbalas dengan menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan
mengharamkan PNI.

3. INDOCHINA

Gerakan nasionalisme tahap pertama di IndoChina tertumpu di Vietnam yang


dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
Mereka berjuang memulihkan sistem pemerintahan beraja. Manakala golongan
menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat dalam kalangan
rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau telah memimpin satu
gerakan revolusi tetapi gagal. Beliau kemudiannya menubuhkan
Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tongkin serta
melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau kemudiannya telah
dipenjarakan dan VNQPH telah diharamkan oleh Perancis.

Kegagalan parti-parti politik sederhana mendapatkan kerjasama Perancis telah


membawa kepada Gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua yang
diperjuangkan oleh Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam
(PKV). Perancis bertindak menangkap pemimpin VNQDD dan menjatuhkan hukuman
bunuh terhadap Nguyen Thai Hoc manakala Ho Chi Minh pemimpin PKV telah melarikan
diri ke Hong Kong. Sikap keras Perancis ini telah menyebabkan gerakan nasionalisme
kembali bercorak sederhana dibawah pimpinan Maharaja Bao Dai. Segala usaha
pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat malah, baginda juga dilarang melibatkan
diri dalam gerakan nasionalisme. Akhirnya, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan
kemerdekaan Vietnam dan dilantik menjadi Presiden Vietnam Utara.

4. BURMA / MYANMAR

Gerakan nasionalime tahap pertama di Burma dicetuskan oleh golongan sami


Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat. Golongan sami Buddha telah
menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 yang bertujuan untuk
mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan dikalangan rakyat Burma.
Persatuan Belia Buddha telah menggunakan isu Kasut untuk membangkitkan semangat
nasionalime. Menjelang tahun 1916 Persatuan Belia Buddha dikatakan lebih bersifat

25
radikal dibawah pimpinan U Ba Pe. Pada tahun 1920 pemimpin-peminpin Persatuan
Belia Buddha telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma yang
lebih radikal.
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma dikatakan muncul hasil dari
Laporan Montagu Chelsford yang mengatakan Burma masih belum bersedia untuk
berkerajaan sendiri. Pada tahun 1920 berlaku revolusi pelajar yang membawa kepada
tuntutan penubuhan sebuah universiti untuk mereka. Gerakan nasionalisme di Burma
juga berlaku setelah wujudnya gerakan Golongan Sami Buddha melalui Majlis Am
Sangha Sametggi yang membawa kepada tercetusnya Pemberontakan Saya San.
Pemberotakan Saya San telah diketuai oleh Saya San yang merupakan bekas Pongyi
dan pemimpin di Tharawaddy. Kebangkitan semangat nasionalisme di Burma juga
berlaku setelah munculnya Liga Antipemisahan yang mengatakan pemisahan dengan
India akan melambatkan kemerdekaan Burma.
Pengenalan Perlembagaan Burma pada tahun 1935 memberi ruang kepada
rakyat Burma untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Begitu juga kewujudan Golongan
Thakin (siswazah universiti ) telah menuntut kemerdekaan Burma melalui penubuhan
Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935. Parti Dobama Asiayone tersebut dipimpin oleh
Aung San, Kyam Nein dan U Nu dengan mengelarkan diri mereka sebagai “Tuan”. Akhir
sekali, kemenangan Dr Ba Maw dalam pilihan raya pada tahun 1937 telah membolehkan
beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Burma.

5. THAILAND

Nasionalisme di Thailand pada tahap pertama merupakan kegelisahan rakyat


terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan juga penentangan terhadap raja
berkuasa mutlak.

Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap


fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan
intelek Thailand. Nasionalisme di Thailand juga bertujuan untuk mengekalkan
kemerdekaan negara Thai. Selain itu, gerakan nasionalisme Thailand juga bertujuan
untuk memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran dan menentang sikap boros
raja Thailand contohnya Raja Vajiravudh. Hal ini membawa kepada penubuhan Parti

26
Rakyat pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram.
Oleh itu, nasionalis Thai telah melancarkan Revolusi Thai untuk menamatkan sistem raja
berkuasa mutlak.
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand pula disebabkan oleh rasa tidak
puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi kapitalis barat dan orang cina. Oleh itu,
semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang
untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang cina. Selain itu,
sekolah cina dan akhbar cina turut dibubarkan.
Manakala penduduk peribumi pula digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti
ekonomi serta jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama
Buddha.Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama negara Siam kepada
Thailand yang bermaksud Tanah Bebas. Mereka turut berusaha mendapatkan semula
wilayah Siam di Indo China dan Tanah Melayu melalui kerjasama dengan Jepun semas

TAJUK 4

a. Perubahan/ Kesan Selepas Kedatangan Barat di Setiap Negara Di Asia


Tenggara.

FILIPINA (MS. 8 – 9)

Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang


dikenali sebagai Barangay. Barangay diperintah oleh Datu. Manakala di selatan
kepulauan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam.
Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol kemudiannya memperkenalkan
sistem pentadbiran berpusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral, wilayah diketuai oleh
Datuk Bandar. Manakala bandar diketuai oleh Gabenor Kecil.
Pentadbiran tempatan mengikut sistem Encomienda diketuai oleh
Encomiendero.Tugas Encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan
mengkristiankan penduduk Barangay. Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk
Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga kepada

27
mereka. Penyatuan Barangay telah menyebabkan kemerosotan terhadap pemerintahan
tradisional dan pengaruh golongan Datu.

INDONESIA (MS. 9)

Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa kerajaan


berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut
diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan
tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau Bupati di Jawa. Setelah
dijajah oleh Belanda, Indonesia dibahagikan kepada dua pentadbiran.
Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral. Manakala pentadbiran
tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan. Belanda telah menubuhkan beberapa
jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian, Dewan Tempatan sebagai
penasihat pentadbiran tetapi tiada kuasa perundangan. Belanda juga telah menubuhkan
Volksraad iaitu Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah
kemerdekaan. Penubuhannya hasil daripada desakan Sarekat Islam.

INDOCHINA (MS. 11)

Sebelum kedatangan Perancis, IndoChina ditadbir oleh kerajaan pusat yang berkuasa
mutlak dan pembesarnya berkuasa penuh. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan
mandarin yang dipengaruhi oleh sistem pentadbiran China. Golongan ini dipilih melalui
peperiksaan mengenai bahasa dan kesusasteraan China.
Selepas dikuasai Perancis, pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral yang
bertanggungjawab terus kepada kementerian tanah jajahan di Paris. Perancis juga
membentuk kerajaan pusat iaitu Union Indochinoise 1887 yang merupakan persekutuan
IndoChina yang teridiri daripada Vietnam dan Kemboja.
Laos menyertainya pada tahun 1904 yang diketuai oleh Gabenor Jeneral dan
pentadbiran yang dikuasai oleh Perancis yang mana rang undang-undang diluluskan
oleh Parlimen Perancis. Walaupun begitu, kerajaan pusat tidak mencampuri pentadbiran
tempatan tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

28
BURMA (MS. 10 – 11)

Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di


bawah Dinasti Konbaung. Raja merupakan penaung kepada sami Buddha. Raja dibantu
oleh Hluttaw (Majlis diraja) dan Wun (Pegawai tinggi kerajaan) dan Myothugyi (Ketua
bandar) dibantu oleh Ahmudan (Pegawai diraja) manakala Athi pula merupakan
pembesar-pembesar tradisional.
Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British
menguasai seluruh Burma yang telah menyebabkan Dinasti Konbaung berakhir,
institusi raja tersingkir dan jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat
terhapus.
PesuruhjayaTinggi British menjadi pemerintah tertinggi Burma. British
memperkenalkan Akta Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 yang telah
melenyapkan pentadbiran tradisional. Pentadbiran daerah diambil alih oleh
Myo-ok Pegawai Bandaran dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami
Buddha telah diambil oleh undang-undang Barat. Pada masa yang sama majlis
Perundangan telah diperkenalkan juga beberapa jabatan seperti Jabatan Perhutanan,
Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan.

TANAH MELAYU (MS.12)

Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem


Pembesar Empat Lipatan yang menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu. Penaklukan
Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja di Melaka. Semasa
pemerintahan Belanda, institusi raja terus terhapus. Kemudian, semasa pemerintahan
British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri
Selat (NNS)
Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan beliau dibantu oleh residen
kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut. Pentadbiran pada peringkat kampung oleh
penghulu dikekalkan.
Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan, British telah memperkenalkan Sistem Residen. Manakala di Negeri-

29
negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor
pula British memperkenalkan Sistem Penasihat.
Residen dan penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS. Tugas utama
residen dan penasihat British adalah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal
ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
British juga memperkenalkan pelbagai perubahan seperti kehakiman Barat,
pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah
dan penubuhan balai polis. Walaupun struktur pentadbiran negeri-negeri Melayu tidak
berubah, namun peranan raja dan pembesar telah terjejas.

THAILAND (MS. 12 – 13)

Birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
Dimana Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai
jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat Kewangan dan
Pelabuhan serta Polis dibawa dari Britain.Penasihat Kastam dan Ketenteraan pula
masing-masing dari Amerika Syarikat dan Perancis.
Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis
Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat
Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negara. Kabinet Menteri
terdiri dari pada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian.
Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam Perbendaharaan Negara.
Muncul golongan baru terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam
birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan mereka.

b. Pengenalan sistem birokrasi barat memberi kesan ke atas Asia Tenggara.


Jelaskan penyataan tersebut.

Sistem birokrasi Barat diperkenalkan untuk memudahkan penjajah menguasai


ekonomi dan politik/dasar pentadbiran Barat. Penjajahan Barat turut menyebabkan
kemerosotan dan keruntuhan sistem pemerintahan beraja. Sebagai contohnya
kepulauan Melayu dipecah perintah oleh kuasa Barat.

30
Selain itu, para pembesar juga kehilangan kuasa kerana tugas dan peranan
mereka diambil alih oleh pegawai penjajah. Malahan pengaruh golongan agama dalam
masyarakat di Asia Tenggara turut merosot.
Di samping itu, Asia Tenggara menjadi medan persaingan kuasa-kuasa Barat
untuk mengaut hasil bumi. Contohnya pengenalan pelbagai jenis cukai dan peraturan
baharu yang membebankan penduduk tempatan.
Seterusnya sistem ekonomi Barat diperkenalkan dan menggantikan sistem
ekonomi tradisional. Kesannya wujud dwiekonomi tradisional diamalkan kaum peribumi
di luar bandar, manakala ekonomi moden oleh kaum pendatang terutamanya orang
Eropah.
Asia Tenggara dihubungkan dengan perdagangan antarabangsa. Contohnya
institusi kewangan dan insuran telah diperkenalkan. Yang menyebabkan munculnya
bandar-bandar baru dan pelabuhan.
Penjajah Barat turut mambawa masuk kaum imigran untuk menampung
keperluan tenaga kerja dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kesannya,
penjajah menguasai dan membolot hasil bumi dan bahan mentah untuk kepentingan
mereka sendiri. Hal ini menyebabkan kemajuan ekonomi tidak seimbang antara wilayah.
Kedatangan kaum imigran secara beramai-ramai menyebabkan pertambahan penduduk.
Kemasukan kaum imigran menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk dan
menimbulkan masalah kaum di negara-negara Asia Tenggara.
Walaupun pihak penjajah menyediakan kemudahan kesihatan. Namun begitu,
masyarakat pribumi masih /terus ketingalan daripada arus kemajuan kerana tidak
mendapat pembelaan daripada penjajah.
Tambahan pula, sistem pendidikan Barat / Vernakular diperkenalkan dan
menggunakan bahasa negara penjajah dengan meluas. Mereka juga turut
memperkenalkan undang-undang Barat. Contohnya, undang-undang Barat seperti Akta
Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889. British turut
memperkenalkan Majlis Perundangan dan sistem kehakiman barat seperti Undang-
undang sistem pengutipan cukai.
Sistem perhubungan / pengangkutan dimajukan untuk menyokong keperluan
ekonomi dan politik penjajah yang turut menggerakkan nasionalisme di Asia Tenggara.

31
Penyerapan budaya Barat dan agama Kristian terus berlaku secara meluas.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila penduduk tempatan ditindas melalui Sistem
Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina.
Tuntasnya, perubahan sistem politik yang diperkenalkan oleh imperialis Barat
terhadap negara yang dijajah menjadi faktor utama kejayaan mereka menguasai ekonomi
tanah jajahan untuk kepentingan mereka. Walaupun institusi-institusi pemerintahan
beraja masih kekal di beberapa tanah jajahan tetapi peranannya berkurangan. Birokrasi
Barat yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan raja dan pembesar yang
akhirnya membawa kepada tercetusnya gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

c. Analisis Kesan Imperialisme Terhadap Asia Tenggara

ci) Kesan politik

Persaingan kuasa Barat menguasai negera-negara Asia Tenggara telah


mendorong kuasa Imperialisme Barat campur tangan dalam pentadbiran tempatan.
Kepulauan Melayu telah dipecah perintah selepas kedatangan Barat iaitu Inggeris di
Tanah Melayu sementara Belanda di Indonesia. Perancis menjadi saingan Britain di
Indochina dan Sepanyol dan kemudian Amerika pula menduduki Filipina. Daerah-daerah
kecil disatukan menjadi pemerintahan berpusat atau kerajaan pusat yang ditadbir oleh
seorang pegawai Barat.
Sistem pemerintahan mengalami perubahan yang drastik. Pemerintah
tempatan terpaksa menerima penasihat atau pentadbir dari Barat. Sistem pentadbiran
tradisonal telah diubahsuai dan ditukar menyerupai sistem Barat. Sebagai contoh di
Burma pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung dihapuskan dan diganti dengan
Sistem Birokrasi Barat di bawah Pesuruhjaya Tinggi British. Begitu juga di Tanah Melayu
Sistem Pemerintahan Pembesar Empat Lipatan diganti dengan Sistem Residen dan
Penasihat. Sistem ini telah mengambil alih peranan raja dan pembesar di negara-negara
yang terlibat.
Penghapusan sistem beraja yang diamalkan sebelum seperti di Indonesai dan
Burma menyebabkan institusi raja tersingkir dan jawatan pembesar pusat terhapus.
Pemerintahnya digantikan dengan Gabenor atau Pesuruhjaya Tinggi. Walaupun Tanah
32
Melayu sistem pemeritahan beraja masih kekal, namun peranan raja dan pembesar telah
berkurangan. Mereka hanya berkuasa dalam bidang agama dan adat istiadat sahaja.
Meskipun Thailand satu-satunya negara yang tidak dijajah oleh kuasa Barat
namun Thailand tidak terkecuali menerima kesan dasar Imperialisme Barat. Birokrasi
Barat yang dibawa sendiri oleh rajanya iaitu Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn, telah
menghapuskan sistem raja berkuasa mutlak dan digantikan dengan Sistem Raja
Berpelembagaan. Perubahan ini turut mengurangkan pengaruh pembesar tradisonal
dan institusi beraja di Thailand.
Selain peranan pembesar di peringkat pusat dihapuskan, peranan pembesar
peringkat daerah turut terjejas. Peranan mereka telah diambil oleh pegawai Barat
contohnya jawatan penghulu dan pembesar tempatan diletakkan di bawah pengawasan
pegawai Barat. Di peringkat pusat tugas pembesar digantikan dengan biro ataupun
jabatan contohnya di Burma dibentuk jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan
pelajaran. Semua jabatan tersebut diketuai pegawai Barat.
Sistem perundangan tradisional juga digantikan dengan sistem perundangan
Barat. Imperialisme telah mewujudkan Badan Kehakiman dan Mahkamah mengikut
undang-undang Barat. Di Burma diperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta
Perkampungan Burma 1889, di mana pentadbiran daerah diketuai Myo-ok dan sistem
undang-undang Barat diperkenalkan contohnya Majlis Perundangan telah diperkenalkan.
Hal ini menyebabkan pengaruh golongan pembesar dan golongan agama merosot.
Rakyat pula telah dibebani dengan pelbagai jenis cukai baru dan peraturan
baru yang ketat. British telah memperkenalkan beberapa peraturan dan cukai tanah di
Tanah Melayu untuk memastikan mereka mendapat hasil yang maksimum. Contohnya
British menetapkan setiap tanah yang hendak dibuka perlu mendapat keizinan dan
dikenakan cukai. Peraturan ini amat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
tempatan.

cii) Kesan Ekonomi

Kegiatan ekonomi peribumi distruktur untuk kepentingan ekonomi Imperialis.


Imperialisme memperkenal beberapa tanaman baru bersifat komersil. Misalnya di Tanah

33
Melayu tanaman getah dan perusahan bijih timah. Hal ini bagi memastikan bahan
tersebut memenuhi keperluan industri mereka.
Meskipun pelbagai tanaman baru diperkenalkan, namun penglibatan
masyarakat tempatan amat terhad. Penduduk tempatan hanya terlibat sebagai buruh
seperti di Indonesia(Tanaman Paksa) dan Filipina (Sistem Polo). Di Tanah Melayu
penduduk tempatan dihalang terlibat dalam ekonomi moden melalui pengenalan
beberapa akta / dan peraturan contohnya Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang
penanaman getah di kawasan tanah padi selain petani dikenakan premium untuk
pembukaan tanah baru di samping larangan pembukaan tanah baru untuk getah. Semua
ini bertujuan untuk memastikan mereka memonopoli perusahaan tersebut.
Kepesatan ekonomi moden telah meminggirkan kawasan luar bandar yang
menjalankan ekonomi tradisional yang bersifat sara diri. Ekonomi moden telah menjadi
penyumbang sumber pendapatan utama kerajaan penjajah. Hal ini telah mewujudkan
dwiekonomi. Keadaan ini telah mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan kawasan
selain menjadikan penduduk peribumi berada dalam keadaan yang miskin dan
ketinggalan dari segi infrastruktur.
Kemunculan golongan kapitalis Barat menguasai ekonomi negara dijajah.
Keupayaan pelabur Barat dari segi kewangan dan teknologi membolehkan mereka
menguasai ekonomi negara yang dijajah. Contohnya di Thailand, orang Barat dan orang
Cina telah menguasai ekonomi Thailand yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati
rakyat sehingga mencetuskan gerakan nasionalisme. Di Tanah Melayu, kebanyakan
ladang getah dan lombong bijih timah dikuasai pelabur Barat kerana mereka telah
diberikan kosensi dengan kadar sewa dan tarif cukai yang rendah. Hal ini telah
meminggirkan penduduk peribumi dalam arus kemajuan negara.
Imperialisme Barat turut memperkenalkan ekonomi wang. Pengenalan beberapa
jenis cukai dan peraturan baru diperkenalkan. Segala bentuk cukai, sewa tanah,
barangan keperluan dan perkhidmatan dibayar dalam bentuk wang. Masyarakat terpaksa
bergantung kepada orang tengah untuk mendapatkan wang. Untuk mendapatkan wang,
petani terpaksa berhutang. Ada kalangan mereka yang terpaksa menjual tanah milik
mereka untuk melangsaikan hutang.

34
ciii) Kesan social

Imperialis Barat memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris. Meskipun sistem


pendidikan ini tidak meluas dan hanya terhad di kawasan bandar, namun keadaan ini
telah mewujudkan kepincangan dan ketidaksempurnaan kepada sistem pendidikan di
negara yang dijajah. Di Indonesia, anak golongan priyayi diberikan pendidikan tersendiri
dan diasingkan daripada anak kebanyakan. Di Tanah Melayu pula muncul sistem
pendidikan vernakular iaitu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum
masing-masing seperti sekolah Cina, Tamil, Pondok dan Inggeris. Hal ini menyebabkan
kerajaan sukar untuk untuk menyatukan semula sekolah-sekolah tersebut dalam satu
aliran seterusnya menyukarkan usaha membentuk perpaduan.
Kuasa Barat juga bertindak mengimport buruh asing untuk menjadi tenaga kerja
bagi keperluan ekonomi komersial mereka. Orang Cina dibawa masuk untuk
mengusahakan lombong bijih timah, sementara orang India dibawa masuk untuk
mengusahakan ladang getah tetapi orang Melayu dibiarkan dalam kegiatan ekonomi
tradisional. Imperialis Barat tidak berusaha bagi mengharmonikan hubungan antara
kaum. Tanggungjawab inilah yang terpaksa dipikul oleh kerajaan selepas mencapai
kemerdekaan.
Implikasi daripada kemasukan buruh asing maka terbentuklah masyarakat baru
yang terdiri daripada berbilang kaum yang dikenali masyarakat majmuk. Kewujudan
masyarakat ini menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza.
Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas. Keadaan ini
menyulitkan proses mewujudkan perpaduan. Contohnya di Tanah Melayu menjadi petani
di kampung-kampung, orang Cina bekerja di lombong sementara orang India bekerja
buruh di ladang. Selepas merdeka pemerintah terpaksa berusaha menghapuskan
perbezaan kaum demi kesepaduan dan kesejahteraan rakyat
Keadaan ini turut menyebabkan kekayaan rakyat tidak seimbang. Di
kebanyakan negara yang dijajah, ekonomi rakyat tempatan diabaikan. Mereka dibiarkan
dikekalkan menjalankan kegiatan ekonomi tradisonal. Malah terdapat larangan
menghalang mereka terlibat dalam ekonomi moden yang menguntungkan. Keadaan ini
menjadikan kehidupan masyarakat peribumi ketinggalan dan berada pada tahap
kemiskinan manakala golongan pendatang beroleh kekayaan. Hal inilah yang
35
menyebabkan munculnya gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand apabila
ekonomi mereka dikuasai oleh orang Barat dan orang Cina.
Selain itu, pembangunan juga tidak seimbang. Kemudahan infrastruktur hanya
isediakan di kawasan-kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan
ekonomi semata-mata. Penduduk luar bandar ketinggalan dalam arus pembangunan..
Contohnya di Tanah Melayu pembinan jalan raya dan jalan keretapi tertumpu di kawasan
Pantai Barat Semenanjung sahaja sementara negeri di Pantai Timur dipinggirkan.
Ketidak seimbangan antara kawasan atau daerah dan negeri juga wujud.

d. Kesan-kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia kini

i) Kesan Politik
Terdapat beberapa kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia kini. Dari aspek
politik, perubahan drastik telah berlaku, di mana pemimpin tempatan terpaksa menerima
penasihat dari Barat. Sistem politik juga telah berubah di mana perundangan telah di
ubah suai atau ditukar agar menyerupai sistem di Barat. Jelas penjajah Inggeris telah
menguasai pentadbiran negara kita.

ii) Kesan Ekonomi


Kegiatan ekonomi peribumi pula telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat
kepada ekonomi negara metropolitan. Misalnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman
getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut
dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri. Terbukti penjajah telah
menstrukturkan ekonomi Tanah Melayu mengikut keperluan dan pasaran British
pada waktu itu.

iii) Kesan Pendidikan


Sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di Tanah Melayu yang hanya terhad di
kawasan bandar dan dikhususkan untuk memberi pendidikan asas. Kepincangan dan
ketidaksempurnaan sistem pendidikan inilah yang kemudiannya dibaiki oleh kita yang
berkuasa selepas merdeka. Pada hari ini sistem pendidikan alaf baru menggunakan

36
pelbagai teknologi moden seperti komputer, wujudnya sekolah bestari dan sebagainya.
Hal ini seharusnya mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini.

iv) Kesan Sosial


Kuasa Barat juga telah bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi
tenaga kerja bagi keperluan ekonomi komersial mereka. Dasar ini telah membawa
perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang telah dijajah
oleh kuasa Barat. Walau bagaimanapun, kuasa penjajah tidaklah mengendalikan
sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum
semasa pemerintahan mereka. Tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik
dalam kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemimpin selepas merdeka.
Pemimpin terpaksa berusaha dari semasa ke semasa untuk mengekalkan perpaduan
kaum terutama yang melibatkan tiga kaum terbesar seperti kaum Melayu, kaum Cina dan
Kaum India.

e. Kewibawaan pemerintah berjaya memelihara kemerdekaan Thailand


sehingga menimbulkan perasaan bangga rakyat terhadap negara.

Pemerintah Thailand telah memainkan peranan yang penting sehingga berjaya


memelihara kedaulatan negara dan menimbulkan perasaan bangga rakyat Thailand
terhadap negara mereka. Usaha-usaha pemodenan pentadbiran yang dilakukan oleh
Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn berjaya menghalang kuasa Barat untuk
menguasai pentadbiran dalam negara Thailand

i) Peranan Raja Mongkut

Raja Mongkut telah memperkenalkan birokrasi Barat dalam pentadbiran negara.


Baginda juga telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
kerajaan dan melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan dan pelabuhan
serta polis dibawa dari Britain. Manakala penasihat kastam dibawa dari Amerika Syarikat.
Penasihat ketenteraan juga dibawa dari Perancis

37
ii) Peranan Raja Chulalongkorn
Raja Chulalongkorn pula telah memperkenalkan Majlis Penasihat , Majlis Mesyuarat
Tertinggi dan Kabinet Menteri. Beliau juga telah melantik juruaudit dari Britain untuk
berkhidmat dalam perbendaharaan negara.
Pembaharuan yang dilakukan oleh kedua-dua raja tersebut berjaya mengekalkan
kemerdekaan Thailand. Selain itu, muncul golongan pentadbir dalam birokrasi moden
berdasarkan tahap pendidikan.
Walau bagaimanapun pemerintah seterusnya lemah dalam pentadbiran sehingga
menyebabkan berlaku Revolusi Thai yang telah menamatkan sistem pemerintahan raja
berkuasa mutlak. Akhirnya membawa kepada pengenalan sistem Raja
Berperlembagaan.

iii) Peranan Phibul Songram

Phibul Songram merupakan Perdana Menteri Thailand. Beliau telah berjaya


mengukuhkan perasaan bangga rakyat Thailand terhadap negara dengan melakukan
beberapa perubahan dalam pemerintahan ekoran perasaan tidak puas hati rakyat
terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
Beliau juga telah meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan
ekonomi oleh orang Cina dan bertindak membubarkan sekolah dan akhbar Cina. Beliau
telah menggalakkan penduduk peribumi untuk menceburi bidang ekonomi dan
menetapkan syarat hanya penganut agama Buddha sahaja yang boleh memegang
jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan.
Beliau bertindak menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah
Bebas pada tahun 1939. Langkah ini telah menyemarakkan lagi gerakan nasionalisme
rakyat Thailand sehingga telah berjaya memelihara kemerdekaan Thailand melalui
kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Akhirnya semasa pemerintahan
beliau, beberapa wilayah yang telah dikuasai oleh Thailand juga telah berjaya
dikembalikan.

38
e. Walaupun tidak pernah dijajah, gerakan nasionalisme turut berlaku di
Thailand. Jelaskan / Buktikan / Bincangkan.

Nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara kerana


Thailand berjaya mengekalkan kedaulatannya. Gerakan nasionalisme di Thailand adalah
kerana rasa tidak puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat
raja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. Hal ini kerana perkembangan
sistem pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Raja Chulalongkorn yang telah
berjaya melahirkan golongan intelek.
Golongan intelek ini telah mendapat pendidikan Barat di seberang laut dan telah
terdedah dengan fahaman liberal, sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan.
Kefahaman mereka terhadap idea demokrasi menyebabkan mereka berpendapat
bahawa sistem pemerintahan beraja mutlak adalah penghalang kepada pembentukan
negara Thai moden.
Tambahan pula, Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melakukan pelbagai
perubahan ke arah pentadbiran demokrasi Barat. Namun rakyat tidak puas hati
dengan kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh yang bersikap boros.
Ketidakpuasan hati rakyat telah mewujudkan penubuhan Parti Rakyat pada tahun
1932. Parti ini ditubuhkan oleh Nai Pridi Panamyong dan Field Marshall Phibul Songram.
Parti Rakyat tersebut telah melancarkan revolusi yang akhirnya berjaya menamatkan
sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak di Thailand.

f. (SOALAN MERENTAS BAB 2 )


Media massa telah menjadi pemangkin terhadap kesedaran nasionalisme di
Asia Tenggara . Huraikan penyataan tersebut

Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah telah menyemarakkan


semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Hal ini dikatakan demikian kerana karya-karya
ini merupakan media massa yang digunakan untuk menyampaikan mesej
kesengsaraan dan kekecewaan rakyat terhadap penindasan penjajah yang akhirnya
membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.

39
Selain itu, akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan
menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata. Sebagai contoh, di Vietnam,
akhbar Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh. Di
Indonesia, cerpen Kerikil-Kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu
berpengaruh tetapi juga menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia
Tenggara.
Di Filipina, novel Noli Me Tengere karya Jose Rizal bukan sahaja mencetuskan
gerakan nasionalisme di Negara itu. Manakala di Tanah Melayu pula, Al-Ikhwan,
Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah antara akhbar yang utama. Seterusnya, antara
penulis akhbar yang terkenal pada tahun 1920-an termasuklah Zainal Abidin bin Ahmad
(Za’ba). Kesannya, tulisan beliau yang bernas telah membangkitkan kesedaran untuk
memajukan diri dan bersatu padu dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu.
Di samping itu, rakyat juga dapat memahami matlamat perjuangan para
nasionalis. Rakyat di seluruh negara menerima maklumat terkini tentang perkembangan
semasa yang berlaku dalam dan luar negara agar mereka mendapat maklumat yang
tepat tentang sesuatu peristiwa. Akhir sekali, rakyat dapat mengenali tokoh-tokoh
nasionalis dan sedar akan peranan untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara.
Di samping itu, mereka dapat membandingkan dan menilai kesan penjajahan terhadap
kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik mereka. Pembaca mendapat idea baharu dan
pendedahan yang banyak tentang gerakan nasionalisme di luar dan di dalam negara.
Tuntasnya, media massa berperanan penting dalam menggerakkan kesedaran
kebangsaan masyarakat Asia Tenggara dengan memuatkan isu berkaitan sosial,
ekonomi dan politik untuk tatapan masyarakat.

40
TAJUK 5

5.a Peranan pemimpin mengukuhkan kedaulatan negara


Seorang pemimpin perlulah bersifat proaktif untuk memajukan negara.
Pemimpin negara yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan
taraf hidup rakyat. Mereka harus sentiasa mencari peluang untuk membantu
meningkatkan ekonomi negara. Misalnya pelbagai program telah dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat seperti memberi peluang masyarat luar
bandar terlibat dalam sektor ekonomi.Pelbagai bantuan telah diberikan melalui pelbagai
agensi seperti Felcra, Felda dan Fama. Dengan bantuan seumpama ini akan memacu
lagi perkembangan ekonomi negara dengan penglibatan keseluruhan masyarakat.
Sebagai seorang pemimpin negara juga, perlu memastikan perpaduan
masyarakat terus kekal. Tindakan ini bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan,
rusuhan yang boleh memberi ancaman kepada negara.Jika perkara ini berlaku akan
menyebabkan kedaulatan negara terancam. Oleh itu ,pelbagai aktiviti yang menjurus
kepada perpaduan kaum perlu dilaksanakan seperti rumah terbuka ,gotong – royong
perdana dan program RIMUP. Aktiviti ini dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat dan akan timbul perasaan tolong menolong antara satu sama lain.Hal ini
seterusnya memastikan perpaduan rakyat terus kekal demi kedaulatan negara.
Antara langkah mengekalkan kedaulatan negara bermula daripada pemimpin
sendiri. Pemimpin yang cemerlang ialah seorang yang amanah dalam memikul
tanggungjawab sebagai salah seorang individu yang terpenting dalam tampuk
pemerintahan negara. Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa yang ada untuk
kepentingan diri sendiri mahupun ahli keluarga. Sebaliknya seorang pemimpin harus
memberi keutamaan kepada rakyat. Hal ini kerana rakyat telah memberi kepercayaan
dan harapan yang tinggi kepada pemimpin bagi mentadbir negara dengan adil dan
saksama. Pentadbiran yang berjaya akan mengekalkan kedaulatan negara yang sekian
lama dikecapi.
Di samping itu, seorang pemimpin harus meningkatkan taraf hidup rakyat agar
rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa. Pemimpin perlu peka dengan
peningkatan kos sara hidup yang tinggi dengan menyediakan program-program untuk
membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah untuk meningkatkan
41
pendapatan mereka. Contohnya, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), dan Skim
Perumahan 1 Malaysia (PR1MA). Dengan ini rakyat akan berpuas hati dengan
kepimpinan negara sekaligus dapat mengelak daripada terpengaruh dengan anasir
asing yang boleh menggugat kedaulatan negara.
Peranan pemimpin perlulah memantapkan institusi pendidikan dengan
langkah-langkah pelaksanaan yang konkrit dan eksplisit. Pemimpin perlu memastikan
perlaksanaan dalam penyediaan prasarana yang berkualiti dan dasar pendidikan terbuka
dengan mengaplikasikan teknologi dan kurikulum yang terkini. Contohnya, perubahan
kurikulum pendidikan negara daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pemimpin bertanggungjawab memastikan rakyatnya mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi terhadap negara agar dapat memantapkan keamanan
negara.. Hal ini kerana, pemimpin merupakan tonggak utama negara dalam memupuk
taat setia rakyat kepada negara. Contohnya, program kenegaraan seperti PLKN dan
sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada setiap tahun menyuburkan nilai
patriotik yang berterusan.
Kesimpulannya, pemimpin memainkan peranan yang sangat penting dalam
mewujudkan jalinan persefahaman yang kukuh dan harmoni antara pemimpin
dan rakyat dengan menyuburkan lagi semangat sehati sejiwa.

5b) Peranan Rakyat/ Masyarakat Mengukuhkan Kedaulatan negara

Peranan masyarakat bagi mendaulatkan Negara kita ialah perlu mengenali serta
menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana peranan mereka dalam usaha
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Perjuangan tokoh-tokoh negara
seperti Tunku Abdul Rahman memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan
kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka,
negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing. Hal ini akan memastikan negara
tetap aman dan sejahtera tanpa ada ancaman daripada luar
Selain itu, bagi mendaulatkan negara kita juga perlu sentiasa bersifat setia dan
sayang akan negaranya. Dalam hal ini ,kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta
tidak mengkhianati negara. Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa negara
dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan
kemerdekaan negara. Malah kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang

42
bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Justeru akan menanamkan perasaan
cinta akan negara dan sanggup berkorban demi negara.
Rakyat perlu mengenali dan menghormati lambang-lambang kebesaran
negara dengan menimbulkan perasaan bangga dalam diri terhadap negara. Hal ini
kerana rakyat perlu sentiasa memupuk perasaan patriotisme walau di mana sahaja
berada. Contohnya, rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat dan
tidak membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar .
Selain itu, rakyat bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni dengan
tidak mencetuskan sebarang sentimen perkauman dan pergaduhan antara kaum.
Sebaliknya rakyat perlu mewujudkan semangat bekerjasama dengan saling
menghormati setiap perbezaan kaum dalam pelbagai aspek melibatkan agama, budaya
dan bahasa. Contohnya, rakyat pelbagai kaum menghadiri sambutan rumah terbuka
dalam setiap perayaan yang diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan ukhuwah.
Akhir sekali, rakyat perlu mempunyai perasaan sayang dan terhutang budi
kepada negara dengan membentuk peribadi rakyat yang berjiwa patriotik, berintegriti
dan berwawasan. Hal ini kerana rakyat perlu bersedia pada bila-bila masa untuk menjadi
tulang belakang pertahanan negara demi menggalas amanah keamanan sejagat.

5. (c) Peranan Pemimpin / Rakyat Untuk Mengukuhkan Kemakmuran Negara

i. Aspek ekonomi

Peranan pemimpin untuk mengekalkan kemakmuran negara adalah pemimpin


mempunyai strategi dalam kerjasama serantau dengan negara -negara Asia
Tenggara yang lain dengan mewujudkan perkongsian dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang teknologi. Contohnya, melalui program pertukaran pelajar di
institut pengajian tinggi dengan negara luar. Hal ini dapat menjana pertumbuhan
kepakaran dalam bidang-bidang tertentu seterusnya memberi keyakinan kepada negara
lain terhadap kesediaan negara kita bersaing dalam pasaran. Dengan ini, kita mampu
untuk berdaya saing dengan negara maju yang lain.

Seterusnya, pemimpin perlulah bersikap proaktif dalam memajukan negara


dengan menggiatkan penambahan keluaran eksport negara dalam industri
pertanian dan pembuatan mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara . Insentif

43
dan strategi ekonomi yang menarik juga dapat menarik pelabur dari luar terlibat sama
dalam menyumbang pendapatan negara malah dapat memberi peluang pekerjaan
kepada rakyat. Contohnya, pemberian Taraf Perintis iaitu pengecualian cukai kepada
syarikat luar. Dengan ini dapat menarik pelabur yang berminat melabur dalam negara.
Selain itu, pemimpin juga tidak boleh berputus asa dalam menghadapi
kegawatan ekonomi dengan sentiasa peka menyelesaikan situasi yang dihadapi
negara. Keyakinan pemimpin dalam menyelesaikan masalah ini menyebabkan rakyat
percaya dan saling mengambil tanggungjawab bersama pemimpin dalam mengekalkan
kemakmuran ekonomi. Contohnya, mengekang kejatuhan nilai mata wang negara.
Dengan kerjasama pemimpin dan rakyat mata nilai mata wang negara dapat distabilkan.

ii. Aspek sosial


Selain itu, memperkukuhkan pasukan keselamatan dengan memastikan
kemakmuran dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin. Mereka bertanggungjawab
menjadi benteng hadapan negara daripada sebarang ancaman musuh dari luar dan
dalam. Contohnya, seperti angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia,Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan RELA merupakan sayap kanan dan jentera
keselamatan negara . Dengan ini dapat membendung gejala ancaman keselamatan
terhadap negara.
Selain itu, golongan pedagang dan korporat juga hendaklah memainkan
peranan yang aktif dengan lebih iltizam untuk memakmurkan negara dengan cara
memanfaatkan segala hasil mahsul negara. Justeru, golongan pedagang dan korporat
perlu mengutamakan agenda negara agar kemakmuran negara dapat dikekalkan.
Misalnya, korporat dan GLC. Contohnya, seperti Petronas, FELDA dan Tabung Haji
(LUTH) dan banyak lagi telah menyumbangkan pendapatan yang besar kepada
pembangunan ekonomi negara.
Akhir sekali Kementerian pelajaran juga seharusnya memperkenalkan
modul berkaitan dengan budaya setiap kaum agar pelajar terdedah kepada perkara
ini sejak dari bangku sekolah. Sebagai contoh, dengan memantapkan kurikulum mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Sejarah. Dengan ini,
kementerian perlu sentiasa memantau pelaksanaan dan penerapan nilai
patriotisme dijalankan.
44
5 d. Peranan pemimpin negara untuk membangkitkan semangat nasionalisme
rakyat Malaysia.

Peranan pemimpin negara untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat


Malaysia ialah menubuhkan lebih banyak muzium dengan memperkenalkan
pelbagai aktiviti menarik supaya generasi muda dapat mengenali tokoh dan
peristiwa bersejarah dalam negara Contohnya, menganjurkan Program hari bersama
pelancong di muzium setiap negeri agar dapat menimbulkan kesedaran dalam jiwa
masyarakat. Dengan ini, dapat menyemaikan semangat patriotik yang tinggi dalam
kalangan masyarakat.
Selain itu, media massa menyiarkan mesej patriotik dengan menyiarkan
rancangan berunsur nilai patriotik dan radio menyiarkan lagu-lagu kebangsaan bukan
sahaja dalam bulan kemerdekaan tetapi setiap hari. Melalui akhbar pula boleh
menyediakan ruangan untuk masyarakat memberi cadangan atau tindakan yang harus
dilakukan untuk menunjukkan semangat nasionalisme. Ini dapat melahirkan semangat
cinta akan negara dengan menonton rancangan yang disiarkan.
Kerajaan boleh juga melancarkan kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia”
dengan usaha menarik sokongan rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia
supaya Malaysia dapat mengurangkan kadar import barangan luar. Contohnya
mempromosikan barangan hasil kraf tangan dan anyaman. Hal ini dapat menyemai
semangat kebanggaan terhadap barangan tempatan.
Kesimpulannya, seseorang pemimpin itu sangat memainkan peranan penting bagi
menunjukkan teladan dalam memperjuangkan keamanan dan kemajuan negara. Ianya
menjadi kekuatan kepada rakyat untuk sama -sama menjaga kemajuan negara.

5 (e). Bentuk imperialisme masa ini

Imperialisme baharu pada masa kini ialah berlakunya campur tangan negara
luar dalam hal ehwal ekonomi dan politik dalam sesebuah negara menyebabkan
berlaku ketidakseimbangan akibat daripada dasar dan ideologi yang berbeza. Kuasa
besar mengambil kesempatan ke atas negara yang tidak stabil politiknya dengan
menghasut dan menyebarkan maklumat palsu.

45
Seterusnya, arahan untuk mematuhi peraturan antarabangsa yang ditetapkan
oleh kuasa besar merupakan suatu penindasan kepada negara kecil dan lemah. Hal ini
kerana negara lemah terpaksa mematuhi ketetapan yang dibuat tanpa diberi pilihan untuk
membela diri. Contohnya penjenayah yang menembak jatuh kapal terbang Malaysia
MH370.
Di samping itu, penjajahan bentuk baharu juga berlaku dalam bidang ekonomi.
Kegawatan ekonomi memberi peluang negara kaya menguasai sistem kewangan
negara-negara lemah. Contohnya, perjanjian Trans Pasific Partnership Agreement
(TPPA) yang menyebabkan syarikat gergasi meluaskan monopoli di negara kita
menyebabkan usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi luar negara.
Penguasaan pelabur luar dalam saham bumiputera pegangan syarikat PROTON
Malaysia untuk mencari rakan kongsi strategik negara asing bagi membantu proton
berkembang lebih cekap dan setanding jenama besar. Contohnya, separuh saham
syarikat Proton telah dijual kepada pembuat kereta Zhejiang Geely dari China.
Selain itu, anasir luar menyelinap dalam pertubuhan bukan kerajaan NGO
memberikan bantuan kewangan untuk melakukan pelbagai aktiviti. Hal ini telah
mewujudkan NGO yang mempertikaikan hak ketuanan orang Melayu dan Islam sebagai
agama rasmi negara dan mengamalkan liberalisasi Islam lebih memperjuangkan hak
dan kesamaan kaum wanita serta memburukkan undang-undang Islam dan para ulama.
Contoh yayasan Friedrich Nauman Faundation (FNF) menaja dan bekerjasama dengan
‘Malaysia kini’ dan beberapa pejuang sosialis seperti Jeff Ooi dan Jeremiah Foo dengan
tidak bekerjasama dengan NGO dan aktivis Islam kerana mempunyai agenda
tersembunyi.
Pelaksanaan imperialisme bentuk baharu juga berlaku menerusi era globalisasi.
Globalisasi ialah cara untuk negara luar meluaskan pengaruh kapitalis barat ke negara-
negara dunia ke tiga. Barat menguasai perdagangan, perindustrian, teknologi dan
pendidikan. Kuasa barat juga mengawal pasaran ekonomi dan mengaut keuntungan
melalui pelaburan.
Selain itu, berlakunya penerapan budaya asing tanpa disedari dalam masyarakat
terutamanya generasi muda. Mereka mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme
terutamanya melalui filem, iklan dan media sosial serta dadah yang boleh menggugat jati
diri bangsa. Contohnya, budaya Punk, Black Metal, Gothic dan sebagainya.
46
Kesimpulannya, penjajahan bentuk baru meninggalkan pelbagai kesan kepada
sesebuah negara terutamanya kesan yang boleh mengganggu gugat kedaulatan
negara kita.

5.f . Kesan-kesan penjajahan bentuk baharu/masa kini

Kesan penjajahan bentuk baharu ialah negara menjadi tidak stabil dan kerap
berlaku perebutan kuasa dan jawatan. Pemimpin akan dipilih atau ditaja oleh kuasa
asing yang ingin menguasai sesebuah negara tersebut. Hal ini akan mencetuskan
ketidakstabilan dalam negara dan pemimpin hanya dijadikan boneka. Contohnya,
Perhimpunan Bersih yang dilakukan oleh NGO bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan
atas dasar propaganda politik. Dengan ini, akan menganggu gugat keselamatan dalam
negara.
Seterusnya ialah penguasaan ekonomi oleh kuasa luar. Negara kaya akan
meluaskan penguasaan ekonominya ke atas negara yang lemah. Mereka menguasai
pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan. Malah negara terpaksa
bergantung kepada mereka seperti di negara-negara yang membangun. Contohnya,
pemilikan saham negara China dalam syarikat Proton sebanyak 49.9 peratus. Dengan
ini menunjukkan wujudnya pengaruh kuasa luar dalam sektor ekonomi negara.
Selain itu, kehilangan identiti dan jati diri bangsa. Generasi muda menjadi leka
dengan budaya asing yang disebarkan melalui hiburan fahaman liberalisme, seks bebas
dan dadah. Malah golongan ini lebih mementingkan budaya hedonisme. Contohnya
laman sosial seperti facebook, Instagram wechat dan sebagainya. Dengan ini, akan lahir
generasi yang antisosial dan lemah menjejaskan kemajuan negara.
Pengaruh barat yang menggugat keamanan negara seperti kebebasan
bersuara tanpa mematuhi dan menghormati undang-undang negara. Mereka
menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demonstrasi yang mampu untuk
menggugat kestabilan negara. Contohnya kebebasan bersuara yang menyentuh isu-isu
sensitif pelbagai kaum seperti isu budaya dan agama akan menjejaskan keamanan
negara. Dengan ini, akan menjejaskan imej negara di mata masyarakat luar.
Kesimpulannya, penjajahan bentuk baru meninggalkan pelbagai kesan kepada
sesebuah negara terutamanya kesan yang boleh mengancam kestabilan politik,
ekonomi dan sosial.
47
TAJUK 6

6(a) Perpaduan

6a(i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan


kedaulatan negara. ATAU
6a(ii) Huraikan cabaran yang dihadapi Malaysia terhadap imperialisme bentuk
baru

Cabaran yang pertama ialah terdapat pihak asing yang menjadi dalang
dalam menggugat kestabilan dan keselamatan negara. Mereka sering mewar-
warkan keburukan negara melalui media massa yang dikuasai mereka dan menjadi
penaja dalam menggerakkan sebarang penentangan terhadap pemerintah. Misalnya
berlaku demonstrasi jalanan seperti Bersih 3.0 yang telah memporak-perandakan
keamanan negara.
Cabaran yang dihadapi negara ialah terpaksa mematuhi peraturan
antarabangsa yang ditetapkan oleh kuasa besar. Peraturan tersebut merupakan satu
bentuk penindasan kuasa besar terhadap negara kecil dan lemah. Misalnya, dari segi
kawalan terhadap harga bahan mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi
terhadap pinjaman yang diberikan kepada negara. Hal ini disebabkan negara kita
kurang mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi
barangan siap .Negara kita terpaksa bekerjasama membentuk Negara-Negara
Selatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada kuasa-kuasa besar tersebut.
Cabaran imperialisme bentuk baru juga berlaku melalui era globalisasi.
Globalisasi ialah cara untuk meluaskan pengaruh kapitalis Barat ke negara dunia
ketiga. Barat menguasai perdagangan, perindustrian, teknologi dan pendidikan.
Kuasa Barat mengawal pasaran,ekonomi dan mengaut untung melalui pelaburan di
negara tersebut. Perjanjian pelaburan yang berat sebelah menyebabkan pemodal
asing menguasai ekonomi tempatan. Harga barangan tempatan ditentukan oleh
kuasa besar seperti getah, minyak dan gas asli.

48
6a(iii) Cabaran untuk mengekalkan semangat nasonalisme dalam kalangan rakyat
Malaysia.

Antara cabaran untuk mengekalkan semangat nasionalisme dalam kalangan


rakyat Malaysia ialah sebahagian besar rakyat tidak pernah mengalami dan merasai
susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Mereka tidak
merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul
Rahman, Dato Onn b Jaafar dan lain- lain lagi. Hal ini kerana mereka dilahirkan semasa
negara dalam keadaan aman damai. Keadaan ini menyebabkan mereka leka dan lalai
dalam menghayati semangat cinta kepada negara.
Selain itu, penyalahgunaan teknologi moden dan canggih yang dinikmati seperti
kemudahan internet dan media sosial menyebabkan semangat nasionalisme semakin
berkurangan. Hal ini kerana terdapat sebilangan besar generasi pasca merdeka yang
mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah atau fitnah yang memburukkan pemimpin
negara yang disebarkan melalui gajet seperti WhatsApp, facebook dan lain-lain.
Ketidakmatangan pemikiran menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan
tohmahan tersebut yang menggugat semangat nasionalisme dalam diri sekaligus boleh
mengancam kedaulatan negara.
Seterusnya ialah kemasukan pengaruh luar seperti budaya hendonisme iaitu
mengutamakan keseronokan yang bertentangan dengan norma kehidupan. Contohnya
pengambilan arak, seks bebas sehingga menolak agama. Keasyikan dengan
keseronokan ini menyumbang kepada kurangnya jati diri mereka.
Selain itu kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kepentingan diri
sendiri berbanding dengan kepentingan kepada negara. Keadaan ini boleh dikaitkan
dengan pengaruh budaya Barat yang mengutamakan sifat individualistik dan
materialistik.. Jadi, rakyat sibuk memikirkan hal masing-masing tanpa menghiraukan
masyarakat dan negara.
Fahaman politik yang berbeza juga menyumbang ke arah kurangnya semangat
nasionalisme. Semangat fanatik terhadap pegangan ideologi parti masing-masing
mendorong mereka lebih mengutamakan kepentingan agenda peribadi daripada

49
mengutamakan kepentingan negara. Hal ini mengakibatkan berlakunya pepecahan
kaum yang merintis ke arah keruntuhan semangat nasionalisme kini.

SOALAN 6(b) Kedaulatan

6b(i) Semangat nasionalisme mampu mengekalkan kedaulatan negara/


Kepentingan semangat nasionalisme dalam memelihara kedaulatan negara/
Semangat nasionalisme penting bagi sesebuah negara.

Semangat nasionalisme penting bagi sesebuah negara adalah untuk memupuk


dan mengekalkan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat. Dengan wujudnya
semangat nasionalisme, sudah pasti rakyat akan terus menjaga keamanan
negara.Kesannya, rakyat akan berjuang bersungguh-sungguh berkorban demi negara.
Contohnya Peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah yang turut mengorbankan
nyawa anggota keselamatan kita.
Selain itu, semangat nasionalisme juga penting bagi mengelakkan negara
daripada dijajah oleh negara asing. Keadaan ini menyebabkan kedaulatan sesebuah
negara dapat dikekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman dan
damai. Kesannya, keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan
kehidupan seharian tanpa gangguan.
Seterusnya, semangat nasionalisme juga penting bagi memastikan rakyat
mempertahankan negara dari anasir - anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa.
Hal ini dikatakan demian kerana rakyat berasa bertanggungjawab untuk menjaga maruah
bangsa. Keadaan ini seterusnya akan mewujudkan kestabilan dalam politik negara.
Kesannya campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran sesebuah negara dapat
dielakkan.
Akhir sekali, semangat nasionalisme juga akan mewujudkan perpaduan antara
kaum dan sifat toleransi dalam kalangan rakyat. Semangat nasionalisme juga
membolehkan generasi muda dapat mengelakkan diri daripada perkara–perkara negatif
seperti gejala sosial dan vandalisme. Kesannya, Keadaan ini sekali gus akan dapat
menaikkan imej negara di mata dunia sebagai sebuah negara yang harmoni.

50
6b(ii) Kesan yang akan berlaku sekiranya tiada semangat nasionalisme yang
tinggi dalam diri rakyat Malaysia.

Sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat nasionalisme yang


tinggi, rakyat akan hidup berpecah belah sehingga perpaduan kaum tidak dapat
diwujudkan. Hal ini akan menyebabkan keamanan dan keharmonian negara terancam.
Seperti yang berlaku di negara Syria.
Selain itu, akan berlakunya ketidakstabilan politik negara. Contohnya, akan
berlakunya rusuhan dalam negara. Hal ini menyebabkan negara akan dikuasai kuasa
asing. Seterusnya, kedaulatan negara juga akan tergugat. Hal ini akan menyebabkan
pentadbiran menjadi kucar kacir. Seperti yang berlaku di Palestin.
Di samping itu, akan berlakunya peningkatan gejala sosial. Rakyat akan terlibat
dalam perkara-perkara negatif seperti vandalisme. Keadaan ini akan menyebabkan imej
dan maruah negara tercalar.
Akhir sekali, sekiranya tiada semangat nasionalisme yang tinggi dalam diri
rakyat Malaysia ekonomi negara tidak akan berkembang. Hal ini akan menyebabkan
pertumbuhan ekonomi negara akan tergendala. Contohnya, seperti yang berlaku di
negara Syria dan Palestin. Kesannya, negara akan menjadi mundur. Malahan,
masyarakat juga akan hilang jati diri kerana terpengaruh dengan budaya asing yang
negatif. Sebagai contoh, budaya hedonisme.

6b(iii) Setujukah anda bahawa semangat nasionalisme semakin utuh dalam


kalangan masyarakat Malaysia. Berikan penjelasan anda.

SETUJU

Semangat nasionalisme semakin utuh dalam kalangan masyarakat Malaysia hari


ini, buktinya pasukan Malaysia sentiasa berusaha memenangi acara-acara sukan yang
disertainya sama ada sukan di peringkat negara mahupun antarabangsa seperti dalam
Sukan Sea baru-baru ini.

51
Selain itu, rakyat Malaysia juga sentiasa menjaga imej negara di luar negara
seperti jemaah haji Malaysia yang sentiasa mendapat pujian daripada kerajaan Arab
Saudi.
Seterusnya, semua warga Malaysia memastikan negara aman dan hidup bersatu
padu dan benci kepada keganasan dan kekejaman seperti kekejaman rejim Israel ke
atas rakyat Palestin Bukti seterusnya rakyat Malaysia sentiasa mengibar bendera negara
semasa sambutan Hari Kemerdekaan.
Rakyat Malaysia menyokong gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh pemimpin
negara dan sentiasa menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan. Keutuhan
semangat nasionalisme rakyat Malaysia juga dapat dilihat dalam program sukan, apabila
semua kaum memberi sokongan padu kepada pemain-pemain tanpa mengira latar
belakang politik, agama dan kaum.
Komitmen yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia dalam memberi
sumbangan kepada pembangunan negara juga membuktikan semangat nasionalisme
utuh di kalangan rakyat Malaysia. Keuntuhan juga dapat dilihat melalui pemberian
bantuan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam tanpa
mengira kaum dan agama.
Akhir sekali semangat nasionalisme rakyat Malaysia dapat dibuktikan menerusi
sambutan hari perayaan, sambutan tahun baru serta ambang kemerdekaan melibatkan
semua kaum.

TIDAK SETUJU

Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan rakyat Malaysia kerana


kekurangan didikan agama. Ibu bapa terlalu mengejar kebendaan atau mementingkan
kekayaan. Hal ini menjadikan mereka terikut-ikut sehingga tidak memberikan fokus
kepada usaha untuk memupuk semangat nasionalisme.
Selain itu, senario politik semasa dalam negara menyebabkan rakyat berpecah
belah. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidakstabilan dalam politik, ekonomi dan sosial.
Seterusnya, masyarakat juga tidak begitu menghargai perjuangan yang dilakukan oleh
tokoh-tokoh pejuang tanah air. Mereka tidak mengerti kesusahan pemimpin negara
52
berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Kesannya, semangat jati diri semakin
berkurangan akibat terpengaruh dengan budaya asing. contohnya budaya hedonisme
Akhir sekali, sikap rakyat yang mementingkan diri sendiri juga merupakan bukti
semangat nasionalisme semakin luntur. Contohnya, ramai dalam kalangan rakyat yang
tidak memberikan kerjasama kepada ahli masyarakat dalam banyak hal.

SOALAN 6. C. Nasionalisme

6C(i) Kepentingan nasionalisme / Kebaikan nasionalisme / Manfaat nasionalisme


/ Faedah nasionalisme

Kepentingan nasionalisme kepada negara ialah dapat melahirkan rakyat yang


bersemangat patriotik yang tinggi. Oleh itu rakyat mempunyai jati diri yang kuat dalam
menghadapi sebarang ancaman musuh luar. Dengan semangat patriotik yang mantap
dapat memastikan kedaulatan negara dipertahankan. Contohnya, pencerobohan di
Lahad Datu telah dapat diatasi dengan jayanya dan rakyat sanggup berkorban untuk
mempertahankan negara daripada serangan musuh.
Nasionalisme sangat penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Melalui pengamalan semangat nasionalisme, semangat bekerjasama dapat
dipupuk supaya rakyat memahami pentingnya perpaduan dalam masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Contohnya, pihak kerajaan hendaklah mengadakan pelbagai
program seperti kempen berkaitan perpaduan. Oleh yang demikian perpaduan yang
jitu sangat penting untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang aman dan
harmoni.
Kepentingan lain nasionalisme ialah dapat menjadikan ekonomi negara turut
berkembang pesat. Semangat nasionalisme yang kuat dalam warga Malaysia mampu
melonjakkan rakyat untuk bersaing dari segi ekonomi. Malah rakyat berupaya menjadi
tenaga kerja yang mahir dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Sebagai
contohnya negara kita merupakan negara pengeluar barangan halal yang telah
mendapat pengiktirafan dari luar negara.
Kepentingan nasionalisme juga adalah untuk mendorong rakyat berusaha
dengan bersungguh-sungguh. Kesungguhan ini akan meningkatkan produktiviti serta
53
menaikkan imej negara di mata dunia. Dalam bidang sukan, individu yang memiliki
semangat nasionalisme akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi sesuatu
pertandingan dan mengharumkan nama negara. Sebagai contohnya banyak atlit negara
yang bertaraf dunia berjaya dilahirkan seperti Dato Nicol David dalam sukan squash,
Dato Lee Chong Wei dalam sukan badminton serta Azizul Hasni Awang menerusi sukan
berbasikal

6C(ii) Kesan / Akibat / Impak sekiranya warganegara tidak mempunyai semangat


nasionalisme
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, masyarakat akan
berpecah belah. Keadaan ini boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara.
Malah situasi ini akan melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri. Oleh yang
demikian hal ini boleh meruntuhkan kestabilan politik negara dan membawa kepada isu
perkauman yang boleh menghancurkan keamanan negara. Sebagai contohnya rusuhan
kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 adalah berpunca daripada kurangnya
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat ketika itu.
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, ekonomi negara tidak
berkembang. Pertumbuhan ekonomi negara akan tergendala. Kemakmuran negara
tergugat kerana pembangunan negara terbantut. Malah negara kita akan dipandang
rendah oleh negara maju lain.
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, mereka tidak akan
menghormati pemimpin negara. Hal ini menyebabkan politik negara akan menjadi tidak
stabil. Sistem pentadbiran negara akan kucar-kacir. Seterusnya ia menyebabkan
kedaulatan negara akan terancam. Oleh yang demikian, negara mudah terdedah
kepada campur tangan kuasa asing.
Sekiranya rakyat tidak memiliki semangat nasionalisme, masyarakat akan hilang
jati diri. Hal ini menjadikan minda masyarakat akan dijajah. Mereka mudah terpengaruh
dengan budaya asing. Dengan itu, budaya baru yang bersifat negatif akan menular.
Kesannya, Perkara ini akan meruntuhkan tamadun bangsa kita yang kaya dengan
nilai ketimuran dan imej negara akan terjejas di mata dunia.

54
TAJUK 7

a) Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman imperialisme bentuk


baharu.

Langkah langkah untuk mengatasi ancaman imperialisme bentuk baru ialah


melalui peranan ibu bapa membentuk jati diri anak-anak. Ibu bapa perlu membawa
anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir
Melaka dan muzium-muzium. Selain itu Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak
tentang kisah tokoh-tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh
membeli buku dan DVD yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme.Pendidikan
sejak kecil dalam keluarga dapat menerapkan jati diri.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan dapat memupuk semangat ini dengan
menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam
peperiksaan.Seterusnya guru juga dapat menerapkan elemen patriotisme melalui
mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan
sebagainya.Guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar menyertai pelbagai aktiviti seperti
ucapan, pidato, bahas dan pintomin pada bulan kemerdekaan.Melalui penglibatan ini
telah memberikan kesedaran kepada pelajar tentang bahaya imperialisme.
Selain itu, pihak Kementerian melalui institusi pendidikan juga boleh
menganjurkan aktiviti-aktiviti patriotisme bersempena Sambutan bulan Kemerdekaan
seperti deklamasi sajak, debat, perarakan dan lain-lain.Di samping itu, kerjasama antara
media massa seperti stesen televisyen dapat membantu memupuk semangat
nasionalisme dengan menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat cintakan
negara contohnya filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan. Secara tidak langsung dapat
menyuntik semangat cintakan negara.
Pihak yang bertanggungjawab juga hendaklah menjalankan kempen secara
besar-besaran melalui penganjuran pameran atau karnival.Pelbagai aktiviti untuk
mengukuhkan kerjasama antara kaum dapat dilaksanakan agar timbul kesefahaman
antara satu sama lain seperti Karnival

55
b) Langkah/Cara/Usaha/ Bagaimana Untuk Mengekalkan Kedaulatan Negara.
Kedaulatan negara kita dapat dikekalkan dengan mengatasi gejala
keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan
sebagainya.Pendidikan agama hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka
kecil lagi. Dengan mempunyai pendidikan agama seseorang akan dapat membezakan
nilai sesesuatu yang baik ataupun buruk.Selain itu mereka tidak mudah terpengaruh
dengan gejala sosial dengan itu akan dapat mengekalkan kedaulatan negara.
Sistem pertahanan negara hendaklah diperketatkan agar pencerobohan
sempadan negara oleh pihak musuh yang dapat dielakkan. Pihak Imigresen perlu
mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin yang akan menggugat keselamatan
negara.Ini disebabkan ada antara pendatang ini merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
Kerajaan perlu merangka program bersepadu untuk menyelesaikan masalah
perpaduan kaum contohnya mengadakan Hari Sukan Negara yang melibatkan semua
kaum.Penglibatan semua anggota masyarakat secara serentak dan menyeluruh di
seluruh negara dapat mewujudkan perpaduan yang kukuh.
Generasi muda hari ini perlu menguasai ilmu pengetahuan untuk
mengekalkan kedaulatan negara.mereka yang berilmu tidak akan terpengaruh dengan
dakyah atau ideologi yang memecahbelahkan perpaduan kaum contohnya Daesh, IS dan
sebagainya.Jelas bahawa dengan adanya ilmu pengetahuan semangat cinta akan
negara dapat dipupuk.
Kerajaan perlu memperketatkan undang-undang untuk mengelakkan
demonstrasi jalanan contohnya demontrasi Perhimpunan Bersih jika tidak dibendung
akan mengancam keselamatan negara.Selanjutnya, warganegara Malaysia yang setia
kepada negara dapat dilahirkan.

56
c) Cara-cara / Langkah menyemarakkan semangat nasionalisme atau cinta akan
negara dalam kalangan generasi muda masa kini

Antara langkah-langkah untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam


kalangan warga Malaysia ialah dengan memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Melalui
konsep ini kerajaan telah memperkenalkan Kedai Rakyat 1M, Klinik 1M dan Perumahan
1M. Dengan cara ini kemakmuran negara dapat dikongsi bersama.

Langkah untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda


ialah dengan mengadakan kempen mencintai negara dan memperbanyakkan iklan patriotik
dalam media massa serta elektronik seperti menayangkan iklan yang berunsur cinta akan
negara. Media massa dan media cetak perlu mempelbagaikan karya seperti penulisan novel
dan drama serta filem yang berunsurkan patriotisme. Contohnya filem Tanda Putera,Hati Malaya
dan Leftenan Adnan.Dengan adanya kempen ini ianya akan memberi kesedaran dan ianya
dapat mengukuhkan jati diri dalam diri individu tersebut.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan dapat membolehkan mereka
berinteraksi dengan pelbagai kaum melalui beberapa program dan aktiviti yang dilaksanakan.
Aktiviti perarakan,pameran tokoh-tokoh patriotik dan pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik
dapat menjadikan remaja yang terlibat menghargai perjuangan nasionalis terdahulu. Dengan
itu dapat menyemai semangat perpaduan dalam mempertahankan kemerdekaan negara
dan memberi kesedaran dan pemahamaman tentang perjuangan.
Dalam bidang pendidikan semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam mata
pelajaran sejarah dan juga matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah-sekolah.
Dalam mata pelajaran tersebut, pengamalan prinsip Rukun Negara ditekankan dalam
kehidupan seharian mereka seperti Kepercayaan Kepada Tuhan,Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara dan sebagainya. Generasi muda yang mempunyai jati diri tidak mudah terpengaruh
dengan anasir luar seperti menyertai mana-mana kumpulan pengganas militant contohnya
kumpulan Daesh dan Taliban. Selain itu mereka dididik mengamalkan kebudayaan
kebangsaan supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain dan bekerjasama.

d) Kepentingan Perpaduan Bagi Mengekalkan Kedaulatan

Kepentingan perpaduan dapat mengekalkan kedaulatan negara kerana negara


akan menjadi aman dan terhindar dari berlakunya perpecahan kaum kerana masyarakat
hidup bersatu padu di bawah satu prinsip Rukun Negara. Hal ini akan menarik ramai
57
pelabur asing untuk menanam modal di negara kita dan Malaysia dapat bersaing
di peringkat antarabangsa dalam semua bidang.
Selain itu, ramai pelancong asing datang ke negara kita kerana kestabilan politik
dan ekonomi negara kerana keharmonian pelbagai kaum. Secara tidak langsung
ekonomi negara akan berkembang kerana kemasukan pelancong asing membuka ruang
ekonomi dan menaik taraf kehidupan penduduk setempat.
Semangat perpaduan juga penting bagi mengelakkan negara dari dijajah oleh
negara asing. Keadaan ini menyebabkan kedaulatan sesebuah negara dapat
dikekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman dan damai. Kesannya,
keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa
gangguan. Sikap ini juga akan menguatkan jati diri yang penting bagi mempertahankan
negara dari anasir - anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa
Perpaduan nasional dapat membawa negara ke arah kemajuan kerana dengan
ada perpaduan dari pelbagai kaum dan dapat mengekalkan kestabilan negara.
Kepelbagaian kaum ini mencorakkan kepelbagaian kebolehan dan kepakaran dalam
negara. Dengan ini, pemimpin yang bijak akan merancang masa depan negara yang
lebih gemilang seperti Program TN50 yang telah dirangka.
Kesimpulannya, perpaduan yang utuh dapat mengekalkan kedaulatan
daripada sebarang bentuk penjajahan.

58
TAJUK 8

a) Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji

Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji ialah pemimpin negara perlulah
bijaksana dan bersifat tegas agar dapat menjamin dan mengekalkan kedaulatan
negara. Contohnya, menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa asing. Kesannya kita
dapat mengelakkan negara asing memusuhi dan menyerang negara kita.
Iktibar yang kedua ialah kita hendaklah melantik pemimpin yang berwibawa . Hal
ini demikian, pemimpin yang berwibawa dapat memacu kemajuan negara mencapai
matlamat TN50 (Transformasi Negara 2050). Kesannya negara kita akan mencapai
status negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Iktibar yang seterusnya ialah rakyat dan pemimpin hendaklah bersatu-padu bagi
memelihara dan mengekalkan kedaulatan negara daripada dijajah semula. Perpaduan
dalam kalangan rakyat dapat mengelakkan pengaruh anasir luar . Contohnya , pengaruh
gerakan militan Daish. Kesannya, keamanan dan kesejahteraan negara akan
berkekalan.
Selain itu, negara kita hendaklah memantapkan ekonomi supaya tidak terlalu
bergantung kepada negara luar. Hal ini dapat mengelakkan negara kita daripada dijajah
dari segi ekonomi. Contohnya, negara mengalami kerugian akibat kejatuhan harga
getah di pasaran dunia pada tahun 1930 an. Kesimpulannya , kebergantungan kepada
negara luar memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi negara.
Di samping itu, kita hendaklah melengkapkan diri dengan segala ilmu
pengetahuan yang baik supaya kita tidak terjajah lagi. Sebagai contohnya,
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sains, matematik dan teknikal untuk
memajukan negara . Dengan ini kita tidak perlu mengimport teknologi dari luar untuk
memajukan negara. Dengan ini, kita dapat membebaskan diri dari cengkaman
penjajahan.
Akhirnya, kita hendaklah mempunyai semangat juang yang tinggi bagi menjamin
kedaulatan negara. Hal ini, negara kita tidak akan sewenang-wenangnya diganggu gugat
oleh kuasa asing . Sebagai contohnya, semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh

59
pelbagai pihak dalam menangani isu percerobohan Lahad Datu pada tahun 2013.
Kesannya, kemerdekaan dan kedaulatan negara dapat dikekalkan sampai bila-bila.

b) Nilai yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji

Kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk


mengekalkan kedaulatan negara. Sebagai rakyat Malaysia, perasaan cinta terhadap
negara dapat ditonjolkan dengan menghormati dan mengenang jasa-jasa pemimpin dan
tokoh yang berjuang mencapai kemerdekaan negara. Sebagai contohnya, kita
menghasilkan filem yang mengisahkan perjuangan menuntut kemerdekaan negara
seperti filem 1957 : Hati Malaya. Kesannya rakyat dapat menghayati pengorban dan
perjuangan mereka dan ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara,.
Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai kemajuan agar negara
kita standing dengan negara-negara maju di dunia. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum perlu perlu berganding bahu untuk membangunkan negara. Sebagai
contohnya, semua rakyat perlu berusaha untuk memastikan Wawasan 2020 tercapai.
Kesannya, kemakmuran dan kekayaan negara dapat dikongsi dan diagih sama rata oleh
semua kaum di Malaysia
Di samping itu, kita perlu mempunyai nilai tabah menghadapi cabaran agar dapat
menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Dalam era globalisasi yang semakin
mencabar, kita perlu bersaing dengan negara-negara lain supaya negara kita tidak
ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi. Sebagai contohnya, penggunaan gadget
dan teknologi pengkomputern terkini. Kesannya, negara kita akan mempunyai teknologi
yang setanding dengan negara lain.
Di samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan
orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula. Kita hendaklah menyokong
kepimpinan negara dan tidak memperlekehkan pemimpin negara. Sebagai contoh, tidak
memburukkan pemimpin negara dengan melemparkan ftinah di media sosial atau di
media massa. Kesannya, pemimpin akan dihormati dan imejnya akan terpelihara di mata
dunia.
Akhirnya, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu
bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk ke arah
kebaikan. Kita hendaklah menerima perubahan dasar-dasar pentadbiran yang
dilakukan oleh pemimpin negara . Sebagai contohnya, menerima Dasar Transformasi
Negara 2050(TN50) yang dilancarkan oleh pihak kerajaan. Kesannya negara akan
berkembang maju.

60
TAJUK 9

Kesimpulan

Berdasarkan tugasan ini, antara pengetahuan yang diperoleh ialah Imperialisme


membawa keburukan kepada negara yang dijajah dalam aspek politik, ekonomi dan
sosial. Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial
negara-negara Asia Tenggara. Penjajah menggunakan apa saja cara demi mengekalkan
kekuasaannya, contohnya penjajah telah mengamalkan diskriminasi dan penindasan.
Malahan Imperialisme Barat di Asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme
dalam kalangan rakyat tempatan yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan
seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah.
Antara nilai yang diperoleh ialah semangat bekerjasama antara pemimpin dan
rakyat dalam menentang penjajahan kuasa asing. Manakala nilai patriotisme yang
diperoleh pula ialah kita mesti taat dan setia kepada negara dan memiliki jati diri yang
tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selain itu, kita hendaklah berani,
mempunyai semangat juang yang kental dan sanggup berkorban untuk mempertahankan
tanah air dari sebarang penjajahan asing. Di samping itu, kita perlu mengekalkan
perpaduan kaum untuk mengelakkan sebarang bentuk penjajahan. Malah setiap rakyat
bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara. Kita juga harus
berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi
kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.
Harapan saya adalah semua rakyat Malaysia perlulah memiliki semangat cinta
akan negara dengan berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan
negara. Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mencontohi semangat bersatu padu,
kepimpinan yang kental dan keberanian para nasionalis demi mengekalkan
kemerdekaan negara. Saya juga berharap agar semua kaum hidup dalam keadaan aman
damai dengan menjalin kerjasama antara satu sama lain ke arah kemajuan negara.
Pemimpin dan rakyat juga perlulah berkerjasama untuk merealisasikan wawasan negara
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa Imperialisme Barat memainkan peranan penting
dalam memacu kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara.

61

También podría gustarte