Está en la página 1de 6

PENGGUBALAN SOALAN MAHA

TAJUK : PERANAN WANG

DISEDIAKAN OLEH PANITITA EKONOMI SMK TUN HABAB

BAHAGIAN A

1 Apakah kelemahan wang sebagai alat simpanan nilai?

A penawaran wang adalah terhad

B wang mempunyai berbagai kegunaan

C wang sukar ditukarkan kepada nilai yang lebih kecil

D nilainya akan jatuh apabila berlaku kenaikan harga umum

JAWAPAN : D

2 Bank perdagangan mempunyai kuasa untuk mencipta wang berbanding syarikat


kewangan kerana

A bank perdagangan menawarkan deposit semasa kepada pelanggannya

B bank perdagangan menawarkan nisbah rizab tunai kepada pelanggannya

C bank perdagangan memberi kemudahan pinjaman kepada pelanggan dengan


kadar bunga yang rendah

D bank perdagangan diberikan kebenaran oleh bank pusat untuk menguruskan


penjualan dan pembelian surat jaminan kerajaan

JAWAPAN : A

3 Berikut adalah fungsi bank pusat sebagai juru bank kepada kerajaan kecuali

A memberikan pinjaman kepada kerajaan

B menguruskan akaun kerajaan

C menguruskan hutang negara

D mencetak wang kertas

JAWAPAN : D
4 Jika nisbah rizab ditetapkan pada kadar 20%, berapakah pertambahan bekalan wang
yang boleh diwujudkan oleh sistem bank sekiranya deposit pelanggan yang asal ialah RM3 000
juta.

A RM3 000 juta

B RM6 000 juta

C RM12 000 juta

D RM15 000 juta

JAWAPAN : C

5 Keupayaan bank perdagangan mencipta wang semakin berkurangan jika

A jumlah simpanan semasa daripada pelanggan semakin meningkat

B pengeluaran wang tunai daripada sistem bank menurun

C bank perdagangan mengetatkan syarat pinjaman

D bank negara menurunkan nisbah rizab berkanun

JAWAPAN : C

6 Mengikut Teori Kuantiti Wang Klasik kenaikan bekalan wang dalam ekonomi akan

A meningkatkan tingkat harga umum dengan kadar yang sama

B menurunkan tingkat harga umum dengan kadar yang lebih kecil

C meningkatkan tingkat harga umum dengan kadar yang lebih besar

D meningkatkan keluaran dalam negeri kasar dengan kadar yang lebih besar

JAWAPAN : A

7 Dalam Teori Kuantiti Wang Klasik diandaikan penawaran wang di pasaran ialah RM 500
juta. Halaju wang ialah 4 dan nilai urus niaga ialah RM10 000 juta. Berapakah peratus
perubahan dalam harga apabila halaju wang meningkat kepada 5?

A Menurun sebanyak 20%

B Menurun sebanyak 25%

C Meningkat sebanyak 25%

D Meningkat sebanyak 40%

JAWAPAN : C
8 Mengikut Teori Kewangan Keynes penurunan penawaran wang dalam ekonomi akan
menyebabkan kesan berikut kecuali?

A tingkat harga umum meningkat

B pendapatan negara menurun

C kadar bunga meningkat

D pelaburan menurun

JAWAPAN : A

BAHAGIAN B

1 (a) Dengan menggunakan contoh yang sesuai jelaskan tentang Teori Kuantiti Wang
Fisher. [4]

(b) Terangkan dengan ringkas dua kelemahan Teori Kuantiti Wang Fisher. [2]

BAHAGIAN C

1 Dengan menggunakan gambarajah yang sesuai, terangkan kesan pengurangan bekalan


wang ke atas kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara. [10]

BAHAGIAN D

1 Jadual di bawah menunjukkan butiran wang dalam edaran, deposit semasa, separa wang
Keluaran Dalam Negara Kasar benar dan Indeks Harga pengguna pada tahun 2007-2010 bagi
sebuah negara.

Tahun Wang dalam Deposit Indeks harga Separa wang


edaran semasa (RM pengguna (RM juta)
(RM juta) juta)
2007 30 166 76 431 101.5 116 138
2008 33 501 88 135 102.4 227 565
2009 36 247 112 382 103.6 256 059
2010 39 102 143 252 104.7 288 657

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan wang M1? [1]

(b) (i) Hitung bekalan wang M1 pada tahun 2007 hingga 2010. [2]

(ii) Hitung kadar inflasi pada tahun 2008 hingga 2010 [2]

(iii) Hitung pertumbuhan bekalan wang M1 pada tahun 2008 hingga 2010. [2]

(c) Apakah yang dimaksudkan dengan Teori Kuantiti Wang? Adakah data yang diberikan
bersesuaian dengan Teori Kuantiti Wang? Jelaskan. [3]
SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A
1 D 5 C
2 A 6 A
3 D 7 C
4 C 8 A

SOALAN BAHAGIAN B MARKAH


1 a) a) MV = PT
M - Penawaran wang/bekalan wang
V – Halaju wang
P – Tingkat harga umum [4 X ½ = 2]
T – Jumlah urusniaga
Andaian:
1. V tetap ½
2. T tetap kerana ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
½
Teori Kuantiti Wang Fisher menyatakan apabila bekalan wang (M) meningkat, tingkat
harga umum (P) juga akan meningkat dengan kadar yang sama 1

b) Kelemahan teori Fisher


1. Nilai V tetap adalah kurang tepat. V dipengaruhi oleh banyak faktor. Contohnya 1
pada masa inflasi masyarakat cenderung untuk membuat perbelanjaan.
2. Nilai T tetap adalah kurang tepat. Dalam ekonomi tidak semestinya mencapai 1
guna tenaga penuh.
3. Fisher hanya menjelaskan fungsi wang untuk urusniaga sahaja iaitu apabila
bekalan wang meningkat, tingkat harga akan meningkat. Dalam keadaan 1
sebenar, masyarakat juga menggunakan wang untuk tujuan awasan dan
spekulasi. [2 X 1 =2]

BAHAGIAN C
1
Kadar bunga
Kadar bunga
Ms1 Ms Rajah
1+1+1
E1
r1
r1
E
r
r
Md MEI

0 M1 M
Kuantiti wang 0 I1 I Pelaburan

AE Y=AE

E AE=C+I+G

E1 AE1=C+I1+G

0 Y1 Y Pend. negara
Keseimbangan kadar bunga yang asal di capai pada titik E (Md=Ms). Kadar 1
bunga pada r. Apabila bekalan wang menurun, keluk penawaran wang 1
beralih ke kiri dari Ms ke Ms1. Kadar bunga meningkat dari r ke r1
Pada kadar bunga r, pelaburan pada I. Apabila kadar bunga meningkat dari r 1
ke r1, pelaburan telah menurun dari I ke I1
Keseimbangan asal dicapai pada titik E (AE=C+I+G). Pendapatan negara 1
pada Y.
Apabila pelaburan menurun, perbelanjaan agregat menurun. keluk AE 1
beralih ke bawah menjadai AE1=C+I1+G.
Pada pendapatan negara Y, AS>AE. Firma akan mengurangkan pengeluaran 1
sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Keseimbangan baharu dicapai pada titik E1 (AE1 = C+I1+G). Pendapatan 1
negara telah menurun dari Y ke Y1.
BAHAGIAN D
a) Bekalan wang M1 adalah tediri daripada wang dalam edaran iaitu wang 1
kertas dan duit syiling dan simpanan semasa dalam bank perdagangan.
b) i) Bekalan wang M1 = wang dalam edaran + deposit semasa
Tahun Bekalan wang M1 (RM juta)
2007 30 166 + 76 431 = 106 597
2008 121 636 ½X4=2
2009 148 629
2010 182 354
ii) Kadar inflasi = IHP tahun t – IHP tahun t-1 X 100
IHP tahunt-1
Tahun Kadar inflasi (%) F=½
2008 102.4 – 101.5 X 100 = 0.89 J=1½
101.5
2009 1.17
2010 1.06
iii) Pertumbuhan bekalan wang M1 =
bekalan M1 thn t – bekalan M1 thn t-1X 100
bekalan M1 t-1

Tahun Pertumbuhan bekalan wang M1 F=½


2008 121 636-106 597 X 100 = 14.11 J = 1½
106 597
2009 22.19
2010 22.69
c) Teori Kuantiti Wang MV=PT. Dengan andaian V dan T adalah tetap. Apabila 1
M meningkat, P meningkat dengan kadar yang sama
Daripada data pada tahun 2008, M meningkat sebanyak 14.11% manakala P
meningkat pada kadar 0.89%. Pada tahun 2009, M meningkat sebanyak
22.19% manakala P meningkat sebanyak 1.17%. Pada tahun 2008, M 1
meningkat sebanyak 22.69% manakala P meningkat sebanayk 1.06%.
Keadaan ini menunjukkan data yang diberikan tidak sesuai dengan teori
kuantiti wang kerana kadar peningkatan bekalan wang tidak sama kadar 1
peningkatan harga.