Está en la página 1de 6

MINIT MESYUARAT PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 08 JANUARI 2017


Hari : AHAD
Masa : 09.00 PAGI
Tempat : BILIK GERAKAN PENDIDIKAN KHAS SK TAMAN RIA

Agenda :
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Perutusan Guru Besar
3. Perutusan Penolong Kanan Pendidikan Khas
4. Membentangkan minit mesyuarat yang lalu
5. Jawatankuasa 2016/2017
6. Membentangkan Penyata Kewangan
7. Agenda Profesional
8. Taklimat elaun
9. Ko-kurikulum
10. Perancangan tahunan
11. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)
12. Program Inklusif
13. Hal-hal lain

Kehadiran :
1. En Azman b Mohd Noor (PK1) 13. Pn Nurazima bt Ramli
2. Pn Shahrul Bariah Hanim bt Shafie (PKPK) 14. Pn Nurzahida bt Norizab
3. En Mukhiri b Muhamad 15. En Zulhelmi b Awang
4. Pn Norhayati Bt Mat Rajab 16. En Ramli b Abdullah
5. Pn Nor Azriati Bt Mohd Nazri 17. Pn Salfarina bt Abd Rahim
6. Pn Noorliza bt Abd Aziz 18. En Azre b Mohammad
7. Pn Hassna Bt Taib 19. Pn Farah bt Azmi
8. Pn Komala Devi A/P Veeriah 20. Pn Rokiah bt HS Ahmad
9. Pn. Norhalizawati Md Rejab 21. En Abd Karim b Mohamed Moktar
10. Cik Nurul Ieza bt Abd Rashid 22. En Mohd Zamri b Yunus
11. En Mohd Sani b Shafie 23. Pn Rohani
12. En Zakaria b Abd Rashid

1. Ucapan aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada tuan pk pentadbiran, guru-guru dan
semua waris kerana dapat menghadiri mesyuarat .
1.2 Bacaan Yassin supaya mesyuarat diberkati dan dirahmati Allah swt.

2. Perutusan Guru Besar


2.1 Tuan PK Pentabiran iaitu En.Azman Bin Mohd Noor mengucapkan terima kasih kepada
Pengerusi Jawatan Kuasa Pemuafakatan Ibu Bapa Dan Guru PPKI, guru-guru dan semua
waris kerana sudi menghadirkan diri walau pun sibuk dengan pelbagai tugasan.
2.2 Tuan PK Pentabiran memohon maaf atas kelewatan menghadiri mesyuarat Tahun
Enam.
2.3 Beliau menaruh harapan agar segala program yang dirancang oleh Guru-guru PPKI
mendapat sokongan, dorongan dan kerjasama yang jitu daripada ibu bapa.
2.4 Tuan PK Pentadbiran memaklumkan bahawa SKTR akan mendapat seorang guru besar
baru iaitu En.Abd Halim Bin Zainol Abidin.
2.5 Jelas PK Pentadbiran,En. Abd Halim Bin Zainol Abidin menggantikan Pn.Noral Aisyah
Binti Harun yang telah bersara.
2.6 Tambah beliau lagi, bilangan murid-murid PPKI semakin bertambah ramai dan
jumlahnya kini mencecah 30 orang.
2.7 Tuan PK Pentadbiran sekali lagi mengucapkan terima kepada semua jawatan kuasa
yang hadir.

3. Perutusan Penolong Kanan Pend. Khas


3.1 Selaku penolong kanan Pend.Khas,Pn Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie memaklumkan
bahawa bilangan kelas tahun 2017 masih kekal 3 kelas.
3.2 -Bilangan guru seramai 5 orang dan seorang Pk
-Bilangan ppm seramai 3 orang.
-Bilangan murid seramai 30 orang
(17 elaki dan 13 perempuan)

4. Membentangkan Minit Mesyuarat Yang Lalu


4.1 - En.Mohd Sani mohon minit mesyuarat disahkan.
- Disokong oleh Pn.Rokiah Binti Ahmad

5. Jawatan Kuasa Sesi 2016 Masih Kekal.

6. Membentangkan Penyata Kewangan


- Pn Hassna Binti Taib selaku bendahari membentangkan penyata kewangan seperti di
lampiran.

7. Agenda Profesional
7.1 Pengurusan
- Jadual Waktu telah disediakan untuk 3 kelas (Bijak,Cerdik,Elit)
- Perancangan Tahunan seperti di lampiran
- Kurikulum (KSSR / PASR)
- Hal Ehwal Murid (kedatangan murid dan waktu pulang 7.40 pagi hingga 12.05
tengah hari untuk tahap 1 kelas Cerdik dan Bijak )
- Kelas Elit-tahap 2 (7.40 pagi hingga 12.35 tengah hari)
- RMT disediakan untuk semua murid ppki pada waktu rehat tahap 1 (9.40 pagi)

8. Taklimat Elaun
8.1 Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie menjelaskan bahawa waris mengeluarkan
elaun RM 300 bagi setiap dua bulan.
8.2 Wang elaun digunakan untuk tujuan pendidikan anak-anak.
8.3 Waris tiada alasan untuk mengecualikan anak-anak daripada mengikuti program yang
dianjurkan oleh PPKI.
8.4 Sesetengah kes, pengeluaran elaun terpaksa dilakukan oleh guru atau PPM kerana
waris tidak mematuhi syarat yang telah dipersetujui seperti jumlah pengeluaran juga
pembayaran bayaran tambahan.
8.5 Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie meminta waris mengisi borang yang telah
disediakan.

9. Ko korikulum
9.1 Pihak JPN telah menetapkan supaya murid tahap 2 mengikuti program ko-kurikulum.
1) Unit Uniform : Pengakap
2) Persatuan Dan Kelab : Kelab Kemahiran Hidup
3) Sukan Dan Permainan / 1M1S : Petanque dan Bowling

10. Perancangan Tahunan


10.1 Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie Shuib memaklumkan bahawa banyak
program dirancang sepanjang tahun 2017.
10.2 Walau bagaimanapun hanya 2 program yang akan dibentangkan kerana program-
program lain adalah program rutin PPKI.
10.3 Program Perkhemahan :
10.3.1 Menurut Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie, ianya akan melibatkan semua
murid yang boleh mengurus diri.
10.3.2 Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie telah berhubung dengan pihak yang
terlibat mengenai perkara tersebut.
10.3.3 Sepanjang program akan diadakan pelbagai pengisian seperti Solat Bestari, Slot
Ceramah Motivasi,Terapi Air.
10.3.4 Bayaran akan dikenakan berdasarkan kos yang diputuskan oleh pihak
pengurusan yang teribat.
10.3.5 Sekiranya ada waris yang tidak mahu melibatkan anak-anak mereka maka ianya
di bawah tanggung jawab waris.
10.3.6 Program Motivasi ini dijangka akan diadakan pada bulan April.
10.4 Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang Menaiki Kenderaan Awam.
10.4.1 Puan Komala Devi memaklumkan bahawa pelajar akan dibawa menaiki
komuter,feri dan bas
10.4.2 Program Lawatan ini dijangka akan dibuat pada awal bulan Mac.
10.4.3 Terbuka kepada semua murid dan waris
10.4.4 Sebarang info akan disampaikan dalam group Whatsapp PPKI.
10.4.5 Bayaran penyertaan setiap peserta adalah dijangka sebanyak RM50.00 bagi
setiap peserta.

11. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)


11.1 Puan Hassna Binti Taib selaku Setiausaha PASR memaklumkan bahawa seramai 4
orang murid telah didaftarkan sebagai calon PASR 2017.
11.2 Calon-calon tersebut ialah:
a. Muhammad Hazim Bin Aminudin
b. Nurul Hanim Binti Khoiruddin
c. Siti Nurhidayah Binti Mohammad Nasir
d. Farah Najeeha Binti Mohd Yusri
11.3 PASR akan dijalankan pada bulan Julai hingga September.
11.4 Keputusannya akan keluar pada hari yang sama dengan UPSR.
11.5 Pada tahun lepas, melibatkan 2 orang calon.
11.6 Menurut Puan Hassna lagi soalan PASR adalah sulit.
11.7 Tuan Pengerusi mengajukan soalan sama ada calon boleh dibimbing atau tidak di
rumah.
11.8 Puan Hassna memberi penjelasan bahawa soalan adalah sulit dan murid-murid
akan dibimbing sepanjang pentaksiran dijalankan oleh guru-guru di sekolah.
11.9 Puan Rokiah pula mengemukakan soalan iaitu adakah PASR mempunyai
kesinambungan di sekolah menengah.
11.20 Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie memaklumkan bahawa mulai tahun 2017,
murid-murid sekolah menengah akan menduduki PASM iaitu Pentaksiran Alternatif
Sekolah Menengah.
11.21 Bagi Komponen Kemahiran Hidup, PPKI SK. Taman Ria memilih Kemahiran Hidup
Masakan.
11.22 Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie menjelaskan bahawa setiap bahagian iaitu
Pro Khas 1 dan Pro Khas 2, terdapat 20 konstruk yang dinilai.Tahap Kompetensi
pula adalah KOMPETEN,KOMPETEN TERPUJI dan BELUM KOMPETEN.
11.23 Tahap pencapaian mengikut konstruk memudahkan guru-guru di sekolah
menengah mengetahui keupayaan dan tahap kebolehan murid.

12 Program Inklusif :
12.1 Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie menerangkan bahwa Program Inklusif merupakan
satu program iaitu menempatkan murid-murid PPKI belajar dengan murid-murid arus
perdana.
12.2 35% murid-murid perlu diinklusifkan.
12.3 Murid-murid yang diinklusifkan adalah terdiri daripada murid-murid Kelas Cerdik,Bijak
dan Elit.
12.4 Murid-murid tersebut akan diinklusifkan bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani.
12.5 Tuan Pengerusi merakamkan rasa kesyukuran kerana kerana dengan peluang mengikuti
Inklusif,murid-murid PPKI berpeluang berkomunikasi dan bersosialisasi dengan murid-
murid di arus perdana.
12.6 Tambah Pengerusi lagi, jika diinklusif dalam mata pelajaran teras, murid-murid akan
menghadapi masalah kerana guru-guru di arus perdana mengejar silibus dan ianya akan
memberikan tekanan kepada murid-murid.

13. Hal-hal lain


13.1 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa para waris boleh sama-sama berganding bahu
mencari dana untuk memperkasakan PPKI
13.2 Tuan Pengerusi juga mengajukan soalan mengenai umur yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk murid-murid PPKI menyambung pengajian di
sekolah menengah
13.3 Puan Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie menjelaskan bahawa sememangnya murid-murid
digalakkan lebih awal ke sekolah menengah tetapi sekolah menengah pula menghadapi
kekangan dari segi tempat untuk menampung bilangan murid yang ramai berbanding
dengan program PPKI sekolah menengah yang wujud di Daerah Kuala Muda Yan

14. Ucapan Penangguhan


14.1 Tuan Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua
14.2 Beliau memohon maaf sekiranya ada salah dan silap kerana beliau tidaklah begitu pandai
berkata-kata

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.


Disediakan oleh: Disemak Oleh:

…………………………………. ………………………………………
Pn Nor Azriati Bt Mohd Nazri Pn Shahrul Bariah Hanim bt Shafie
Setiausaha PPKI Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Taman Ria SK Taman Ria
08000 Sg Petani, Kedah 08000 Sg Petani, Kedah

Disahkan oleh :

…………………………………………

En.Abd Halim Bin Zainol Abidin


Guru Besar
Sk Taman Ria
08000 Sg Petani, Kedah

También podría gustarte