Está en la página 1de 4

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

Yang Dihormati pengerusi majlis,


yang berbahagia, Puan Nur Hanida binti Omar, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
Puan Norisah binti Abd Kader Marican, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum
Yang diraikan Puan Hjh. Norhayati binti Othman
guru-guru dan rakan-rakan pelajar sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana kita dapat berkumpul dan


berhimpun di pagi yang mulia ini sempena majlis persaraan Cikgu Hjh.
Norhayati binti Othman selaku guru penolong kanan kurikulum. Di
kesempatan ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada semua yang hadir.
Para hadirin sekalian,

Sempena majlis persaraan ini, saya wakil pelajar mengucapkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan
Cikgu sepanjang berkhidmat di SK Kelebang Besar ini. saya percaya
segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperolehi
menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di masa
hadapan. Segala sumbangan dan pengorbanan cikgu di sekolah ini akan
sentiasa dikenang. Terima kasih atas segala curahan ilmu cikgu kepada
kami.

Syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu


demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu. Semoga
semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan. Di kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang
yang cikgu ceburi. Anggaplah perjalanan yang cikgu sedang lalui ini
adalah satu cabaran baru dan diharap cikgu terus cemerlang.
Curahkanlah bakti cikgu demi kesejahteraan negara. Saya juga
berharap agar hubungan silaturrahim cikgu dengan SK Kelebang Besar
akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak
dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.
Izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :

tenang-tenang air di laut,


sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenang mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak dijunjung.

patah dahan bunga kemboja,


pucuk paku subur di titi,
budi cikgu kami tak lupa,
sudah terpaku di dalam hati.

Terbang serindit ke pohon meranti,


Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Cikgu Habib tersayang.

Tiada kata seindah bicara,


Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika Cikgu Habib bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.
Bibir merah tergigit lada,
Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Cikgu Habib berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,


Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,


Ingin membeli popia dan samosa,
Doa ikhlas kami hulurkan,
Semoga Cikgu Habib sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Akhir sekali, kami berharap cikgu sentiasa sihat sejahtera dan


berbahagia di samping keluarga tercinta.
Terima kasih cikgu. sekian, terima kasih.
wabillah...................

También podría gustarte