Está en la página 1de 9
KETUA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia Aras 8, Blok E8 Kompleks & Tel: 03-8884 6072 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks: 03-8888 5124 62604 PUTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.my Ruj. Kami: KP(BKEW)(DK)1587/6/A-4 Jid. 3 (&) Tarikh 2) Disember 2014 Semua Setiausaha/Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri Semua Pegawai Pendidikan Daerah Semua Pengarah Kolej Vokasional Semua Pengetua/Guru Besar YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 4 TAHUN 2014. BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PBB) KEPADA MURID DI SEKOLAH TUJUAN Surat Pekeliling Kewangan (SPK) ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan serta tatacara pelaksanaan Bantuan Pakaian Seragam (BPS) Pasukan Badan Beruniform (PBB) kepada murid di sekolah LATAR BELAKANG 2. Pemberian BPS kepada murid mula dilaksanakan pada tahun 2008 berdasarkan ucapan pembentangan Bajet 2008 oleh YAB Perdana Menteri pada 7 September 2007 3. Penerima BPS adalah murid yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) dan telah dikategorikan sebagai Miskin/Miskin Tegar. 4. Bagi tujuan tersebut, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 11 Tahun 2010 mengenai Pemberian Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform Di Sekolah bertarikh 24 Disember 2010 TAFSIRAN 5. Tafsiran bagi maksud SPK ini adalah seperti berikut :- 5.1 ‘Pasukan Badan Beruniform’ adalah terdiri daripada*; i. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia — Darat (PKBMD); i, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia — Laut (PKBML); iii, | Pasukan Kadet Bersatu Malaysia —- Udara (PKBMU); iv. Kor Kadet Polis; v. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat; vi. Pasukan Kadet Pertahanan Awam; vii, Pasukan Kadet Koreksional; viii. Persekutuan Pengakap Malaysia: ix. Pergerakan Pandu Puteri Malaysia; x. Bulan Sabit Merah Malaysia; xi. St. John Ambulans Malaysia: xii. Pergerakan Puteri Islam Malaysia; xiii, Boys Brigade Malaysia; iv. Girls Brigade Malaysia; Pasukan Kadet Remaja Sekolah; Pasukan Pancaragam Brass; dan |. Pasukan Seni Bela Diri. *Perubahan kepada senarai PBB tertakluk kepada bidang kuasa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM 5.2 ‘Murid’ bermaksud murid Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (Tahun 1 bagi Kolej Vokasional) termasuk murid berkeperluan khas yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; 5.3 “eKasih” bermaksud Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. Sistem ini dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri 5.4 ‘Lebihan Peruntukan’ bermaksud jumlah peruntukan bantuan bagi murid yang layak tetapi didapati telah berhenti, bertukar sekolah atau tidak wujud di sekolah berkenaan. 5.5. ‘Baki Peruntukan’ bermaksud jumlah peruntukan yang tidak habis dibelanjakan berikutan penjimatan dalam perolehan pakaian seragam pasukan badan beruniform pada akhir tahun. MAKSUD BELANJA 6. Maksud Belanja BPS Pasukan Badan Beruniform adalah seperti berikut :- pembelian pakaian seragam Pasukan Badan Beruniform yang dianggotai oleh murid Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4; dan upah jahit pakaian seragam sekiranya badan induk pasukan beruniform menyediakan bekalan kain. KADAR BANTUAN 7. 8. Kadar BPS adalah sebanyak RM100 bagi seorang murid. Pihak sekolah adalah dilarang memberi bantuan secara tunai kepada murid. KRITERIA KELAYAKAN 9. Kriteria kelayakan murid dalam pemberian BPS adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :~ i) Murid warganegara Malaysia yang berada di Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (Tahun 1 bagi Kolej Vokasional) termasuk murid berkeperluan khas yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan; ii) Murid (Ahli Isi Rumah) yang Ketua Isi Rumahnya (KIR) telah berdaftar dengan sistem eKASIH dan dikategorikan sebagai Miskin/Miskin Tegar; dan iii) | Murid yang tidak dibekalkan pakaian seragam lengkap oleh badan induk Pasukan Pakaian Beruniform yang dianggotai TATACARA PERMOHONAN 10. Murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKasih dan disahkan berada dalam kategori Miskin/Miskin Tegar akan diberikan BPS secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan: PENYALURAN PERUNTUKAN 11. Bahagian Kewangan akan menurunkan waran peruntukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pada awal bulan Januari setiap tahun. 12. JPN perlu mengagihkan waran peruntukan BPS ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/sekolah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan waran 13. Pengagihan peruntukan ke sekolah perlu dibuat setelah penyelarasan maklumat keperluan dibuat dengan pihak sekolah. Satu salinan surat agihan peruntukan hendaklah dihantar kepada PPD/sekolah berkenaan untuk tujuan rekod dan pemantauan 14. Sekolah yang menerima peruntukan BPS _hendaklah mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur Bantuan Persekolahan Lain (BPL) dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan menyelenggara Akaun Subsidiari BPS. 4 15. Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK), PPD hendaklah mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur BPS dalam Buku Tunai Akaun Khas PPD. PPD hendaklah membuat agihan dalam bentuk baucer atau cek kepada sekolah selewat-lewatnya 14 hari dari tempoh peruntukan diterima. Ini kerana agihan perlu disegerakan bagi memastikan perolehan segera dibuat dan diberikan kepada murid yang layak bagi memastikan matlamat/objektif bantuan tersebut tercapai. TATACARA PEROLEHAN 16. Pihak JPN/PPD/sekolah dibenarkan mengurus perolehan BPS dan bertanggungjawab dalam memastikan perolehan BPS diagihkan kepada murid tertakluk kepada peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. PELARASAN PERUNTUKAN 17. Pihak JPN WAJIB melaksanakan pelarasan peruntukan tahun semasa berdasarkan bilangan murid yang layak untuk mengenalpasti peruntukan sebenar yang sepatutnya diterima oleh PPD/sekolah bagi tahun tersebut. 18. Maklumat pelarasan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dengan mengisi Borang Tuntutan Pelarasan BPS seperti di Lampiran A. Jika terdapat lebihan peruntukan, pihak PPD/sekolah hendaklah memulangkan peruntukan tersebut kepada JPN. 19. JPN hendaklah mengembalikan lebihan peruntukan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “KETUA AKAUNTAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA”. Maklumat pelarasan dan cek pemulangan lebihan peruntukan perlu dihantar kepada Bahagian Kewangan selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun semasa. 20. Sekiranya terdapat baki peruntukan, pihak PPD/sekolah tidak perlu memulangkan baki tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM. Baki peruntukan tersebut hendaklah dibawa ke tahun berikutnya untuk digunakan bagi maksud belanja yang sama. PEMANTAUAN 21. Pihak JPN/PPDisekolah hendaklah membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan pelaksanaan BPS mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan. LAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN 22. Pihak PPD/sekolah hendaklah menyediakan laporan_ prestasi perbelanjaan BPS secara berkala kepada JPN. JPN hendaklah menyelaras dan mengemukakan laporan tersebut ke Bahagian Kewangan, KPM sebanyak 4 kali setahun pada bulan April, Julai, Oktober dan Januari tahun berikutnya. Format Laporan Prestasi Perbelanjaan seperti di Lampiran B. TARIKH KUAT KUASA 23. SPK Bil. 4 tahun 2014 ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. PEMBATALAN 24, Dengan berkuatkuasanya SPK ini, maka SPK Bilangan 11 Tahun 2010 - Pemberian Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform di Sekolah adalah dibatalkan. Sekian,terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” TAN SI ~ MADINAH BINT! MOHAMAD. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia S.k: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPM Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran), KPM Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, KPM Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan, KPM Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan,KPM Lampiran A BORANG TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PBB) BAGI TAHUN BAHAGIAN |: MAKLUMAT JPN. Nama JPN : No. Telefon : No. Fax : Tarikh Asas Tuntutan : BAHAGIAN II: TUNTUTAN BPS BAHAGIAN Il : PERAKUAN BAGI PENGESAHAN TUNTUTAN Disodiakan oleh: ‘Saya dengan ini mengesahkan bahawa tuntutan ini adalah senarai nama yang layak berdasarkan data eKasih seperti pada tanith tuntutan yang dinyatakan, (Tandatangan) (Tandatangan Pengarah/Timbalan Pengarah) ‘Nema: Nema Cop Rasmi Cop Rasmi Jawatan: Tarikh: Lampiran B LAPORAN PRESTAS! PERBELANJAAN/ BELANJA MENGURUS BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) PASUKAN BADAN BERUNIFORM. BULAN . TAHUN .. JPN: Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh: (Ketua Sektor/Akauntan) ‘endidikan Negeri) Pentadbiran dan Pembangunan JPN (Pr Kew)

También podría gustarte