Está en la página 1de 4

KERTAS KERJA

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM


SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU KURSHIAH

Cadangan Tarikh : 15 November 2017 - Rabu


Tempat : Dewan Tertutup Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah

Pendahuluan
Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum yang diadakan bagi memberi penghargaan
kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakan murid aktif
dalam bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibubapa
menghargai kegiatan anak mereka di sekolah.

Matlamat
Matlamat Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum pada tahun ini adalah bertujuan
bagi mencapai beberapa sasaran ;

Pemberian anugerah kokurikulum akan memberi dorongan kepada murid bergiat


aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dikalangan


murid.

Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan di kalangan murid.

Objektif
Objektif Anugerah Cemerlang Kokurikulum adalah bagi menggalakkan murid aktif
dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak
sekolah mahupun pihak luar.

Antaranya ialah;

Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada
persatuan, kelab atau unit beruniform.

1
Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi
pemimpin yang berkaliber.

Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat


memupukkan sikap disiplin yang tinggi.

Cadangan Aktiviti

11:05 pagi - Murid/penerima hadiah berkumpul di dewan tertutup


11:30 pagi - Ketibaan barisan Pentadbir
- Nyanyian lagu Negaraku
- Tayangan montaj
- Ucapan dan Pembukaan Rasmi Hari Anugerah
Kokurikulum 2017 oleh Pn. Hjh. Mysiah Bt. Hj
Idris
11:45 pagi - Penyampaian sijil
12:30 tengahari - Penyampaian hadiah
13:05 tengahari - Sesi bergambar

Cadangan Anugerah (mengikut keputusan PAJSK)


1. Peserta terbaik setiap unit
Kelab dan Persatuan (10)
Sukan dan Permainan (5)
Unit Beruniform (4)
2. Murid yang mendapat A dalam PAJSK
3. Sijil kepada murid-murid mendapat B dan C dalam PAJSK

Anggaran Perbelanjaan :
a. Hadiah/sijil murid
Kokurikulum terbilang (RM 10 X 3 ) = RM 30.00
Tokoh harapan (RM 12 X 2 ) = RM 24.00
Peserta terbaik (RM 4 X 20 ) = RM 80.00
PAJSK ( RM 8 X 25 ) = RM 200.00
b. Lain-lain = RM 116.00

2
JUMLAH = RM 450.00
HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2017
15 NOVEMBER 2017
Ahli Jawatan Kuasa Induk
Penasihat Pn. Hjh. Mysiah Bt. Hj. Idris Guru Besar
Pengerusi I En. Kamal Bashah B. Abdul Razak - PK Kokurikulum
Pengerusi II Pn. Norsila Bt. Md. Yasin - PK Pentadbiran &
Kurikulum
En. Mohd Azman B. Mohd Ali PK HEM
Setiausaha Pn. Nor Hidayah Bt. Mohd Shukor
Bendahari Pn. Nita Bt. Hassan

Ahli Jawatankuasa Kerja


Juruacara Bacaan Doa
1. Cik Rokiah bt. Hj. Othman 1. Wakil murid- Hafiz
Sijil dan Hadiah Persiapan Dewan dan Keceriaan
1. Pn. Zuraini bt. Mohd Nasir (K) 1. Pn. Wan Norfazura bt. Wan Omar (K)
2. Pn. Nurul Amrina bt. Md Jan 2. Pn. Mazlina bt. Daud
3. Cik Liza bt. Mohamed 3. En. Saifulizam b. Ismail
4. Pn. Yasminder Kaur 4. En. Hisham b. Itam
5. Cik Phon Hui Ping 5. En. Dzulkarnain b. Baharuddin
6. Pn. Wan Latifah bt. Wan Latif 6. En. Osman b. Jaffar
Kawalan Murid dan Displin Penyelia Penerima Hadiah
1. Pn. Norshuhada bt. Jusoh (K) 1. Pn. Hjh. Razlina bt. Abd. Rahman (K)
2. Cik Mazidah bt. Ismail 2. Pn. Hjh. Siti bt. Bulat
3. Pn. Nita bt. Hasan 3. Pn. Noorfarizan bt. Mohd Di
4. Pn. Kamsiah bt. Hassan 4. Pn. Sapiah bt. Abd. Wahab
5. Pn. Khairunisa bt. Shamsuddin 5. Pn. Zuraida bt. Abd. Hamid
6. Pn. Hasaniah bt. Abd Ghani 6. En. Hairul Amil b. Che Nan
Buku Program dan Dokumentasi Siaraya
1. Pn. Nor Hidayah bt. Mohd Shukor 1. En. Johari b. Saino (K)
2. En. Munniswaran a/l Maniam
Jurugambar
1. En. Mohd Qais b. Md. Nor
Penutup

3
Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum yang akan dijadikan acara tahunan ini
akan memberi dorongan kepada murid supaya lebih aktif dalam menyumbangkan
sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama baik SK Tunku Kurshiah. Semoga
perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Laporan disediakan oleh :

.
( PN. NOR HIDAYAH BT. MOHD SHUKOR)
Setiausaha Kokurikulum
SK Tunku Kurshiah

Disemak oleh :

.
(EN. KAMAL BASHAH B. ABDUL RAZAK)
GPK Kokurikulum
SK Tunku Kurshiah

Disahkan oleh :

...
( PN. HJH. MYSIAH BT. HJ. IDRIS)
Guru Besar
SK Tunku Kurshiah

También podría gustarte