Está en la página 1de 7

PENUBUHAN MALAYSIA

PENGENALAN

Pengetahuan mengenai proses dan perkembangan penubuhan


Malaysiyang berbentuk persekutuan.

Dibentuk berasaskan ciri-ciri demokrasi

-proses pergabungan yang unik di antara dua

wilayah rumpuan Melayu dan Singapura.

Memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada

sebuah negara pelbagai etnik.

Cadangan Penubuhan Malaysia

Pada tahun 1959, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapurs, Lee
Kuan Yew mencadangkan percantuman Singapura dengan Tananh Melayu
sebagai usaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura.

Sebelum itu, Dua orang pemimpin Singapura yang terdahulu, David Marshall
dan Lim Yew Hock pernah menyuarakan cadangan yang serupa.

Mereka berpendapat Tanah Melayu dan Singapura perlu dicantumkan supaya


kerjasama ekonomi di antara kedua-dua wilayah dapat ditingkatkan secara
kekal.

Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku
Abdul Rahman kerana percantuman itu boleh menimbulkan masalah sosial,
akibat daripada kedudukan kaum yang tidak seibang antara orang Melayu
dengan orang Cina.
Tunku Abdul Rahman berpendapat percantuman itu hanya wajar dilakukan
jika
melibatkan Sabah, Sarawak dan Brunei.
Semasa berucap di Singapura pada 27 Mei 1961, beliau mencadangkan
Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dicantum menjadi
sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Malaysia.
Tunku Abdul Rahman berpendapat Tanah Melayu, Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei banyak memepunyai persamaan .
Kerjasama politik dan ekonomi dapat ditingkatkan apabila kelima-lima wilayah
digabungkan dalam satu unit politik.
Kesatuan yang pernah duwujudkan adalah seperti berikut :

I. Negara Negara Melayu Tidak Bersekutu

II. Negara- Negara Selat

Pergenalan ini didasarkan kepada beberapa ciri dan keseragaman geografi


dan pembangunan bagi memudahkan pentadbiran Britrish.

Idea-Idea Ke Arah Penubuhan Malaysia

Titik tolak kepada idea penggabungan Tanah Melayu dengan


Wilayah.Wilayah jiran dimulakan oleh Lord Brassey iaitu salah seorang
pengarah Syarikat Borneo Utara.

Malcolm Macdonald iaitu Pesuruhanjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

David Marshall iaitu Ketua Menteri Singapura.

Ghazali Shafie.

Ucapan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Hotel Adelphi Singapura pada
27 Mei 1961.

Langkah-Langkah Penubuhan-Penubuhan

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidantly Coucil


Committee) (JPPM)

-merupakan usaha awal ke arah memberikan

penerangan kepada para pemimpin-pemimpin

wilayah yang akan terlibat dalam pernyataan

dengan Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold

* mengumpulkan pandangan rakyat di Sabah

dan Sarawak. Dianggotai oleh mereka yang

dilantik oleh kerajaan Britain:

-Lord Cobbld

-Sir Anthony Abell

-Sir David Watherson

Manakala mereka yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu


pula ialah:

-Ghazali Shafie

- Datuk Wong Pow Nee

Keputusan pungutan suara yang telah dijalankan oleh

suruhanjaya ini ialah:

-1/3 menyokong

- 1/3 menentang dan mahukan kemerdekaan secara

berasingan .

-1/3 menyokong dengan syarat hak-hak mereka dijamin

terlebih dahulu.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Bertujuan untuk menggubal satu rangka bagi sebuah kerajaan persekutuan


yang lebih terperinci. Terdiri dari:

-Lord Landsdowne (pengerusi)

-Tun Abdul Razak

-DonaldStephen

-Abang Haji Mustafaa


-Temenggung Jugah

- Seorang wakil dari Persekutuan Tanah Melayu.

Hasilnya

Perwakilan dari negeri Sabah menuntut kepentingan rakyat Sabah dalam satu
tuntutan yang dikenali sebagai Tuntutan 20

5jawatankuasa kecil ditubuhkan:

1. Perlembagaan

2. Kewangan

3. Perundanagan

4. Kehakiman

5. Organisasi Jabatan

Setelah persetujuan dicapai satu laporan telah

dikeluarkan dan ia menjadi asa kepada perjanjian

penubuhan Malaysia.

Persekutuan Malaysia telah diistiharkan pada 16

September 1963.

Implikasi Penubuhan Malaysia

Hubungan dengan negara jiran

-Filipina telah mengemukakan tuntutan ke

atas Sabah adalah bahagian daripada

Wilayah Kesultanan Sulu.

-Indonesia telah memustuskan hubungan

dengan Malaysia dan memulakan kempen

konfrantasi sehingga tahun 1966.\

Faktor-faktor Pembentukan Malaysia


Ancaman Komunis di Singapura

Pengaruh komunis yang semakin meluas di Singapura memebinbangkan


kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pihak komunis mula Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat
(PAP) pimpinan Lee Kuan Yew.
Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri
menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil pada tahun 1961 bagi
kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin
merebak di Singapura.
Perkembangan di Singapura memebimbangkan Tunku Abdul Rahman.
Beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh komunis dan keadaan ini boleh
mengacam keselamatan Tanah Melayu.
Tunku berpendapat pembentukan Malaysia dapat menyekat pengaruh
komunis daripada merebak di Singapura.

Ancaman Kominis di Singapura

Pembentukan Keseimbangan kaum

Malaysia

Kemajuan ekonomi bersama

Mempercepet kemerdekaan

Keseimbangan Kaum

Percantuman dengan Singapura boleh menimbulkan masalah


ketidakseimbangan kaum di Tanah Melayu kerana lebih 75% penduduk
Singapura ialah kaum Cina.
Manakala komposis kaum di Tanah Melayu ialah orang Melayu 50% dan Cina
berjumlah 37%.
Tunku Abdul Rahman bimbang, jika Tanah Melayu bercantum dengan
Singapura, bilangan penduduk Cina akan kedudukan orang Melayu sebagai
kaum terbesar di Tanah Melayu.
Bagi mengimbangi keadaan itu, negeri-negeri di wilwyah Borneo perlu
bergabung ke dalam Persekutuan Malaysia.
Kemasukan Sabah,Sarawak dan Brunei dilihat penting kerana negeri-negri itu
mempunyai lebih 70% kaum Bumiputera.

Kemajuan Ekonomi Bersama

Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah, Brunei kaya dengan sumber
minyak dan Singapura pula merupakan pelabuhan yang penting di Asia
Tenggara.
Pembentukan Malaysia membolehkan ketiga-tiga negerimendapat faedah
ekonomi terutamenya dari segi perdagangan, bahan mentah, pasaran dan
pelaburan asing.
Negeri-negeri di Borneo seperti Sabah dan Sarawak masih mundur dari segi
ekonomi dan pembanngunan infrastruktur.
Kemakmuran ekonomi yang dicapai selepas pembentukan Malaysia dapat
dikongsi bersame oleh semua negeri di dalam persekutuan.

Mempercepat Kemerdekaan

Pembentukan Malaysia menjadi jalan pintas Singapura, Brunei, Sabah dan


Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan, tanpa berusaha secara
bersendirian.
Kerajaan British dilihat tidak berminat memberilkan kemerdekaan kepada
keempat-empat negeri itu secara berasingan.
Penubuhan Malaysia boleh menamatkan perjajahan British di Asia Tenggara.
Usaha ini seiring dengan usul Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
yang meminta perjajahan di seluruh dunia ditamatkan.
Melalui penubuhkan Malaysia, perjajah B ritish boleh berundur secara
terhormat daripada tanah jajahannya dci Asia Tenggara.
Usaha ini bagi memastikan perasaan muhibah dan hubungan persahabatan
dengan tanah jajahannya dapat dikekalkan.

Reaksi dan Sambutan

Tanah Melayu

Cadangan pembentukan Malaysia mendapat sambutan baik dalam kalangan


parti-parti politik di Tanah Melayu.
Semua parti politik, termasuk parti pembakang seperti PAS, Parti Rakyat dan
Parti Buruh secara prisipnya bersetuju dan menerima cadangan itu, tetapi
mereka berbeza pendapat tentang cara untuk melaksanakannya.
Parti Buruh mahukan Tanah Melayu bercantum dengan Singapura terlebih
dahulu sebelum membawa masuk negeri-negeri di wilayah Borneo ke dalam
Malaysia.

También podría gustarte