Está en la página 1de 7

6.

0 Dapatan Kajian

Semua data yang diperoleh semasa kajian dijalankan telah dianalisis. Analisis

terhadap ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi serta analisis kriteria

isi kandungan karangan boleh menjadi medium keberkesanan kaedah lampu isyarat

meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta. Manakala analisis temu bual

dan pemerhatian dapat memperihalkan amalan pengajaran dan pembelajaran

pengkaji dalam meningkatkan kemahiran peserta kajian menulis karangan jenis fakta

dengan menggunakan kaedah lampu isyarat. Semua hasil dapatan kajian

dibincangkan berdasarkan soalan dan objektif kajian yang dibentuk.

6.1 Adakah kaedah lampu isyarat dapat meningkatkan kemahiran peserta kajian

untuk menulis karangan jenis fakta?

Pengkaji telah menggunakan analisis ujian sebelum dan selepas intervensi untuk

menjawab persoalan ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan

markah peserta kajian dalam ujian selepas intervensi. Graf perbandingan ujian

sebelum dan selepas intervensi menjelaskan pencapaian ini seperti yang ditunjukkan

dalam rajah 6.1.


Perbezaan Pencapaian Peserta Kajian
80

70

60

50
Markah Ujian Sebelum
40 Tindakan
Markah Ujian Selepas
30
Tindakan
20

10

0
P1 P2 P3 P4 P5

Rajah 6.1 Graf perbandingan ujian sebelum dan selepas intervensi

Peserta kajian P1 mendapat markah 48% dalam ujian sebelum intervensi. Dalam

ujian selepas intervensi, peserta kajian P1 mendapat markah 68% iaitu telah

meningkat sebanyak 20% berbanding ujian sebelum intervensi. Peserta kajian P2

mendapat markah 60% iaitu meningkat sebanyak 12% berbanding dengan ujian

sebelum intervensi.

Peserta kajian P3 pula mendapat markah 60% iaitu meningkat sebanyak 20%

berbanding dengan ujian sebelum intervensi. Dalam graf ini juga jelas menunjukkan

peserta kajian P2 dan P3 berkongsi markah yang sama iaitu sebanyak 60%. Peserta

kajian P4 mendapat markah 64% iaitu meningkat sebanyak 24% berbanding dengan

ujian sebelum intervensi. Peserta kajian yang mendapat marakah terendah dalam

ujian sebelum intervensi ialah peserta kajian P5. Markah bagi peserta kajian P5 telah

mendapat markah 48% iaitu meningkat sebanyak 12% berbanding ujian sebelum

intervensi.
Perbandingan antara analisis kriteria isi kandungan karangan murid sebelum

dan selepas intervensi juga dilaksanakan untuk melnjawab persoalan kajian tersebut

seperti yang ditunjukkan dalam jadual 6.1.

Jadual 6.1

Perbandingan Analisis kriteria isi kandungan karangan murid sebelum dan selepas

intervensi.

Kod Peserta Kajian Ujian

P1 P2 P3 P4 P5

Kriteria isi

Peserta kajian dapat Sebelum / / / / /

mengemukakan 4 isi yang Intervensi

sesuai dengan tajuk karangan. Selepas / / / / /

Intervensi

Setiap perenggan mempunyai Sebelum

ayat penegasan isi, huraian, Intervensi

contoh dan ditulis dalam tiga Selepas / / / / /

ayat. Intervensi

Keseluruhan karangan Sebelum / / / /

mempunyai enam perenggan. Intervensi

Selepas / / / /

Intervensi

Isi bercampur Sebelum /

Intervensi

Selepas

Intervensi

Selepas melaksanakan tindakan,isi yang dikemukakan oleh peserta kajian

mengikut kehendak tajuk karangan itu dan mempunyai sekurang-kurangnya empat


isi. Isi juga disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi

karangan peserta kjian juga dapat dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Setiap

isi juga dapat dikembangkan atau dihuraikan secara sesuai dan terdiri daripada tiga

ayat iaitu mempunyai penegasan isi, huraian dan contoh yang sesuai.

Kesimpulannya, kaedah lampu isyarat merupakan salah satu kaedah yang boleh

digunakan dalam pengajaran karangan fakta bahasa Melayu. Kaedah ini terbukti

telah meningkatkan kemahiran menulis karangan fakta dalam kalangan murid-murid

tahun 5C, SJK(C) Pei Hwa, Perling.

Pihak Transkripsi data temu bual


G : Adakah anda rasa kaedah ini membantu anda memperkembangkan isi ?

P1 : Ya, cikgu. Kaedah ini meingatkan saya untuk menulis sekurang-kurang tiga
ayat untuk setiap perenggan.

P2 : Saya dapat mengguna ayat tanya untuk menghuraikan isi.

P3 : Ya, saya akan soal sendiri menggunakan kata tanya untuk menghuraikan
isi.
P4 : Dulu tak tahu nak tulis apa. Sekarang guna kaedah ini dapat membantu
saya memberi huraian dan contoh yang sesuai.

P5 : Saya rasa dapat membantu saya menghuraikan isi walaupun huraian saya
yang diberi tidak baik sangat.

Pihak Transkripsi data temu bual


G : Cikgu nampak keputusan ujian penulisan meningkat berbanding dengan yang
sebelum ini. Adakah kamu rasa kemahiran menulis karangan meningkat selepas
menggunakan kaedah lampu isyarat?
P1 : Ya, cikgu. Cikgu guna e-buku cerita yang menarik. Senang bagi saya
mengemukakan isi karangan.
P2 : Saya pun begitu juga cikgu.
P3 : Saya lebih senang nak dapat idea.
P4 : Dulu saya tak dapat nak luahkan idea melalui peta minda. Kaedah ini banyak
membantu saya menjana idea untuk menulis karangan faka.
P5 Sikit-sikit cikgu. Saya malas nak tulis panjang-panjang.
6.2 Bagaimanakah pengkaji dapat menambah baik amalan pengajaran semasa

menggunakan kaedah lampu isyarat dalam meningkatkan kemahiran menulis

karangan jenis fakta bagi mata pelajaran bahasa Melayu tahun lima?

Sebagai bakal guru Bahasa Melayu, penyelidikan tindakan ini dapat menambah baik

amalan pengajaran pengkaji sebagai guru Bahasa Melayu. Murid-murid didapati

terlibat aktif semasa sesi pdp dijalankan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6.2.

Murid-murid telah berjaya mengetahui konsep kaedah ini sebagai satu cara

menghuraikan isi-isi utama dengan menggunakan kata tanya.

Rajah 6.2. Peserta kajian terlibat dengan aktif semasa pengkaji menggunakan kaedah

lampu isyarat dalam pengajaran karangan berfakta.

Selain itu, pengkaji telah menjalankan temu bual dan pemerhatian dan soal

selidik terhadap peserta kajian. Ini bertujuan untuk melihat sama ada keadah lampu

isyarat dapat menambah baik amalan pengajaran pengkaji. Perubahan pesert kajian

dicatat mengikut fokus yang ditetapkan oleh pengkaji dalam borang senarai semak

pemerhatian seperti jadual 6.2 berikut:

Jadual 6.2

Dapatan Borang soal selidik

Bil. Item Bilangan

Ya Tidak
1. Saya seronok menulis karangan fakta dengan 4 (90%) 1 (10%)

menggunakan kaedah lampu isyarat.

2. Kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam 5 (100%) 0 (0%)

pengajaran dan pembelajaran karangan fakta.

3. Penggunaan kaedah ini membantu saya 5 (100%) 0 (0%)

menulis karangan fakta.

4. Pembelajaran menggunakan kaedah lampu 3 (60%) 2 (40%)

isyarat membantu saya melibatkan diri secara

aktif dalam pembelajaran.

5. Saya lebih fokus terhadap apa yang diajar oleh 3 (60%) 2 ( 40%)

guru melalui kaedah ini.

6. Saya mendapati rakan saya kurang memberi 4 (90%) 1 (10%)

gangguan di dalam bilik darjah apabila proses

PdP menggunakan kaedah lampu isyarat.

Dapatan soal selidik mendapati bahawa peserta kajian berminat untuk

menulis karangan fakta kerana mereka berasa seronok semasa menggunakan

kaedah lampu isyarat. Kaedah ini juga dapat membantu mereka menulis karangan

fakta. Murid-murid didapati mereka terlibat aktif dan memberi tumpuan semasa sesi

PdP dijalankan.

Setelah data pemerhatian dianalisis, peserta kajian didapati lebih berminat

untuk belajar. Hal ini terbukti apabila pengkaji menjalankan pemerhatian. Jadual di

bawah menunjukkan senarai semak pemerhatian.

Item Penyataan Bilangan

Ya Tidak

1 Peserta kajian tidak membuat kerja lain. 5 (100%) 0

2 Peserta kajian tidak berbual-bual. 3 (60%) 2( 40%)


3 Peserta kajian menjawab soalan yang 4 (90%) 1 (40%)

dikemukakan oleh guru secara sukarela.

4 Peserta kajian tidak mengganggu rakan lain. 4 (90%) 1 (10%)

Temu temu bual pengkaji dengan peserta kajian pada 2 Ogos 2017

menunjukkan bahawa kaedah ini telah membantu menambah baik amalan

pengajaran peserta kajian kerana kaedah tersebut dapat menarik minat untuk belajar.

Transkripsi temu bual tersebut adalah seperti berikut.

G : Adakah anda rasa kaedah ini meningkatkan minat untuk menulis karangan
fakta?

P1 : Ya, cikgu. Saya rasa seronok menggunakan kaedah ini.

P2 : Saya lebih berminat kerana kaedah ini mempunyai gambar dan animasi
yang menarik.

P3 : Amat menaraik.
P4 : Penggunaan kartun telah menarikminat saya.
P5 : Saya rasa seronok belajar.

También podría gustarte